Bab 31
Balkish
pulang dari kelas, langsung masuk ke biliknya. Akhir-akhir ini hubungannya
dengan kawan agak renggang. Entah kenapa dia berasa Aiza dan Yani seperti
sengaja menjauh daripadanya. Mungkin ada sesuatu yang mereka rahsiakan dari
pengetahuannya.
Balkish
merebahkan dirinya ke katil. Tubuhnya terasa penat sekali, namun dia harus
menguatkan diri untuk bangun dan mandi kerana sebentar lagi dia harus
menyiapkan tugasannya. Aiza dan Yani masuk ke bilik. Balkish terus menegur.
“Kau
orang ke mana tadi?’ soalnya.
“Kita
orang keluar pergi beli makanan sekejap” balas Aiza.
“Kenapa
tak ajak? Aku pun belum makan lagi” soal Balkish lagi. Selalunya mereka akan
keluar bertiga untuk membeli makanan, tapi dia ditingalkan oleh Aiza dan Yani.
Hatinya tiba-tiba sedih tapi dia tidak mahu ikutkan sangat emosinya yang tidak
stabil itu.
“Tak
apalah, nanti aku keluar sendiri” sambung Balkish.
Dia
mengangkat tubuhnya untuk ke bilik air dan menyucikan diri. Dengan langkah
lemah dia membawa diri ke bilik air yang terletak di tengah-tengah lajur
bagunan itu. Alat-alat mandinya diletakkan di sinki. Wajahnya yang agak pucat
dilihat di cermin. Nasib baik tidak ada orang di bilik air jam-jam begini, dia
tidak perlu menunggu giliran.
Balkish
terlupa untuk membawa persalinan pakaiannya ke bilik air, jadi dia berjalan
keluar untuk kembali ke biliknya. Saat itulah dia terjatuh ke lantai akibat
licin. Kepalanya terhantuk ke lantai dan tubuhnya menyembah bumi dalam sekelip
mata sehingga Balkish tidak mampu berbuat apa-apa. Darah merah mengalir dari
kepala dan di betisnya. Perlahan-lahan Balkish cuba bangkit, menggagahkan diri
untuk kembali berdiri dan berpijak pada bumi Allah ini. Dia menampung beratnya
dengan kedua-dua belah kaki sambil tangannya cuba untuk berpaut pada dinding.
Perlahan-lahan Balkish mengatur langkah yang lemah untuk kembali ke biliknya.
Darah merah segar menitis dari kepala dan juga telapak kaki. Serentak dengan
langkahan kaki yang longlai, setitik demi setitik darahnya jatuh ke bumi. Pintu
bilik dikuak. Aiza dan Yani melihat Balkish yang hanya tercegat di pintu bilik.
“Kenapa
cepat sangat kau mandi?” Tanya Aiza spontan saat melihat Balkish hanya berdiri
di pintu. Terkejut melihat wajah Balkish yang pucat dan berlumuran darah. Aiza
dan Yani terpaku seketika di tempat mereka berpijak. Balkish dilihat dari
hujung rambut sampai hujung kaki, darah bukan sahaja mengalir dari kepala
Balkish tetapi juga dari betis dan tapak kaki Balkish, mengalir perlahan-lahan
dan bertumpuk pada kedua tempat tapak kaki Balkish berpijak. Balkish akhirnya
jatuh terjelepuk. Sebelum tubuhnya jatuh ke lantai, Aiza dan Yani segera
menopang dan menyambutnya. Mereka berdua menjadi panik, dan akhirnya mereka membuat
keputusan untuk membawa Balkish ke klinik dengan secepat mungkin. Tubuh Balkish
dipapah turun ke beranda dan Yani kemudiannya menahan sahaja teksi yang lalu
lalang di depan kolej mereka.
Sampai
sahaja di klinik, kes Balkish didahulukan oleh doktor di situ. Balkish di
masukkan ke dalam bilik dan segera di masukkan Intravenouse line di kedua-dua belah tangannya. Yani dan Aiza panik
tetapi mereka menceritakan apa yang mereka tahu tentang keadaan Balkish. Doktor
kemudiannya menyuruh Aiza dan Yani untuk tunggu di luar dan menelefon kepada
keluarga Balkish. Setelah itu mereka duduk menunggu di ruangan menunggu dan mendoakan
keselamatan Balkish. Tidak disangka yang keadaan teman mereka itu boleh separah
ini.
“Kau
nak ke mana tu?” soal Yani apabila melihat Aiza bangun dari duduknya dan
meninggalkannya sendirian menunggu.
“Sekejap
saja” beritahu Aiza. Dia akhirnya mengeluarkan telefon bimbit Balkish yang
sempat dicapai saat mereka berdua kalut memapah tubuh Balkish tadi. Nama mamat
sewel tertera di skrin sebagai orang terakhir yang menghubungi Balkish. Dengan
teragak-agak, Aiza menekan butang hijau pada nombor itu. Panggilan
disambungkan. Aiza menceritakan tentang keadaan Balkish kepada lelaki mamat
sewel itu.
“Kau
cakap dengan siapa?” soal Yani pelik. Dia menghampiri Aiza namun gadis itu
mematikan panggilannya.
“Kenapa?”
Aiza bertaya kepada Yani.
“Doktor
panggil kita, nak cakap pasal keadaan Balkish” beritahu Yani. Aiza mengikut
Yani dari belakang menuju ke arah doktor yang merawat Balkish.
“Cik
berdua ni siapa dengan Balkish?” soal si doktor.
“Kami
ini kawan baik Balkish” beritahu Aiza.
“Kalau
boleh cik cuba hubungi keluarga Cik Balkish, ada sesuatu yang saya nak cakap”
beritahu doktor.
“Kenapa
doktor?” Yani mulai takut.
“Saya
akan beritahu, tapi saya perlukan juga keluarga Cik Balkish ke sini supaya saya
dapat sampaikan berita ni dengan baik sesuai protokol saya sebagai seorang doktor”
“Kenapa
doktor? Tolonglah bagitahu kami” rayu Aiza. Dia hampir-hampir menangis.
“Kami
dah rawat luka di kepala Cik Balkish dan dia hanya mengalami concussion biasa, tapi kehamilan Cik
Balkish mungkin akan bermasalah sedikit”
Aiza
dan Yani ternganga. Kedua-duanya sangat terkejut mendengar penerangan yang
disampaikan oleh doktor itu.
“Ha..ha..mil
doktor?”
“Hamil.
Sebab itulah saya kena sampaikan berita ini kepada keluarga Cik Balkish. Saya
difahamkan yang Cik Balkish belum lagi menikah kan? Jadi eloklah saya berbicara
dengan ayah atau ibu Cik Balkish.”
“Balkish
keguguran?” soal Aiza.
Doktor
menggeleng, “Cuma threaten abortion.
Janinnya masih selamat dan kandungannya boleh diselamatkan kalau Cik Balkish
tidak terlalu memaksa diri dan banyakkan beristirehat” sambung doktor itu.
“Nanti
kalau keluaga dia sampai, boleh beritahu pembantu saya. Ada patient lain yang perlu saya lihat”
sambung doktor itu lagi.
Aiza
terduduk di kerusi menunggu. Teman sebiliknya itu mengandung? Dia tidak
menyangka yang Balkish sanggup melakukan perbuatan terkutuk seperti itu. Apa
yang ditakutinya menjadi kenyataan. Balkish sangat baik, tapi kenapa dia
sanggup melakukan perkara laknatullah itu? Aiza menitiskan air matanya. Yani
melangkah meninggalkan Aiza.
“Kau
nak ke mana?” soal Aiza berdiri sambil cuba untuk menghentikan Yani.
“Aku
tak sangka Balkish sanggup buat benda macam tu. Aku nak balik”
“Nak
tinggalkan Balkish seorang-seorang?”
“Pandai
buat, pandailah tanggung. Aku dah agak dah. Perempuan cantik macam dia tu,
takkan tak ada orang nak? Sangkaan aku memang benar, dia cuma nak mainkan hati
Fakrul”
“Yani,
kau ni kenapa? Balkish tu kawan kita. Dia baik” Aiza cuba untuk menyedapkan
hatinya sendiri. Namun benang yang basah tidak boleh ditegakkan.
“Baik
apanya kalau dah mengandung anak luar nikah macam tu? Ada lelaki lain, lepas tu
mainkah perasaan Fakrul lagi”
“Kau
ni buta sebab cinta kau dekat Fakrul. Fakrul yang terhegeh-hegeh dekat Balkish.
Balkish tak melayan pun si Fakrul tu. Balkish fikirkan kau!”
“Kau..kau
tahu aku suka Fakrul?” soal Yani terkejut.
“Aku
dengan Balkish tak buta. Kami buat-buat tak tahu supaya kau tak malu”
“Baguslah
kau dah tahu. Sekarang ni aku nak semua orang tahu dan aku nak Fakrul tahu yang
Balkish tu bukan perempuan baik. Depan kita dia berlakon baik”
“Astaghfirullahalazim”
terkejut Aiza dibuatnya.
“Aku
nak balik. Kalau kau nak duduk sini, kau duduklah seorang-seorang”
Yani
melangkah laju meninggalkan Aiza sendirian. Aiza menitiskan airmatanya
sendirian di ruangan menunggu. Sejahat manapun Balkish, dia masih mempunyai prikemanusiaan.
Dia tidak akan meninggalkan Balkish saat gadis itu terlantar lesu sendirian di
sini. Sekurang-kurangnya dia akan menunggu sampai ahli keluarga Balkish sampai.
Telefon bimbit Balkish diambil dari beg tangannya. Dia mahu mencari nombor
telefon keluarga Balkish tetapi telefon itu kehabisan bateri. Aiza mengeluh
berat, dia sudah tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
Pandangannya
terlihat seseorang yang tidak dikenalinya tetapi dia seperti pernah melihat
lelaki itu. Aiza bangun berdiri dan cuba menghampiri kaunter pertanyaan, tempat
lelaki itu berdiri.
“Cik,
Balkish dekat mana? Katanya dia pengsan”
Aiza
mencuri dengar. Dia mahu menegur abang Balkish itu tetapi belum sempat dia
menyapa lelaki itu telah berlari mengikut jururawat yang akan membawanya ke
bilik tempat Balkish ditempatkan. Aiza mengikut dengan langkah yang lemah. Dia bingung.
Abang Balkishkah itu? Seingatnya lelaki itu ada dilihat bersama keluarga
Balkish semasa mereka menghantar Balkish dulu. Tetapi dia tidak membuat
sebarang panggilan kepada keluarga Balkish kerana tidak sempat gara-gara
telefon bimbit Balkish yang kehabisan bateri.
Namun
sebelum bateri telefon bimbit itu mati, dia hanya sempat untuk menelefon mamat
sewel. Jadi? Adakah itu mamat sewel? Aiza cuba mengingat lagi, dia jadi
bingung. Yang mana satu ni? Lelaki itu pernah dilihat saat dia membantu Balkish
memindahkan barang-barangnya ke bilik pada hari pertama Balkish masuk ke kolej.
Lelaki itu ada di situ, bersama-sama dengan kedua orang tua Balkish.
“Encik,
silakan masuk” jururawat itu membukakan pintu untuk Amin. Dia melangkah masuk
dan meluru ke arah sekujur tubuh yang terbaring lemah.
Pintu
bilik Balkish tertutup rapat, Aiza mengambil beg tangannya dan berlalu pergi.
Mungkin abang Balkish itu akan menguruskan segala-galanya. Terasa berat hatinya
meninggalkan Balkish tapi dia juga pening, dan tidak dapat berfikir dengan
baik. Berita tentang Balkish yang sedang hamil itu membuatkan dunianya menjadi
gelap dan hitam. Dia tidak menyangka kawan baiknya itu hamil. Dia tidak percaya
mendengar berita itu tapi doktor sendiri
yang mengesahkan Balkish mengandung dan hampir keguguran. Kalau tidak
percayakan doktor, mahu percaya siapa lagi? Langkah yang diatur terasa berat
namun digagahi jua. Aiza bingung dan rasa dikhianati. Balkish sanggup
merahsiakan hal besar seperti itu dari pengetahuannya.
Amin
berdiri dari duduknya apabila melihat seorang lelaki dengan coat putih masuk ke ruangan isterinya.
“Doktor,
macamana keadaan isteri saya?” soal Amin risau.
“Maksud
awak Cik Balkish?” soal doktor itu.
“Kami
dah kahwin doktor. Dia isteri saya” tegas Amin.
“Saya
ingatkan Balkish belum kahwin. Kawan-kawannya yang hantar dia ke sini tadi
cakap Cik Balkish masih bujang”
“She’s my wife” tegas Amin sekali lagi. Kali
ini, suaranya agak sedikit keras.
Doktor
itu terangguk-angguk mengiyakan. “Keadaan Balkish sudah stabil. Luka di kepala cuma
luka biasa. Kalau encik setuju, kami nak buat CT scan kepala” beritahu doktor
itu.
“Anak
saya macamana, doktor?” soal Amin.
“Kandungan
Balkish selamat”
Amin
segera menyalami tangan doktor itu “Terima kasih banyak doktor”
“Bukan
saya, berterima kasihlah kepada Allah. Saya cuma membantu. Awalnya memang ada
perdarahan tapi kami dah buat ultrasound,
janinnya masih lagi di dalam kandungan. Cuma kalau perkara begini terjadi,
Balkish harus banyak berehat dan tidak boleh melakukan sebarang aktiviti, kalau
tak, kandungannya akan bermasalah”
Amin
mengangguk, dan bertanya “Tapi kenapa isteri saya belum sedar?” soal Amin.
“Memang
tekanan darah Balkish agak rendah, mungkin kerana dia agak penat. Berilah dia
masa. Kami juga dah infuse dengan
untuk bagi fluid. Mungkin sebentar lagi dia akan sedar” sambung doktor itu.
“Ada
apa-apa lagi encik nak tanya?”
“CT
scan?”
“Kalau
encik setuju. Sekejap lgi kami akan buat CT scan”
Amin
mengangguk.
“Kalau
tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu” doktor itu meminta diri.
Sekali
lagi Amin menyalami tangan doktor itu dan berterima kasih.
Amin
mengambil kerusi dan duduk di samping Balkish. Tangan isterinya digenggam erat.
Raut wajah gadis itu ditenung dengan penuh rasa sayang. Jari-jemari Amin menyentuh
pipi Balkish. Dengan refleks, Amin berdiri dan mendekatkan wajahnya ke wajah
Balkish. Satu kucupan lembut hinggap di dahi Balkish.
“Abang
bersyukur sangat bila Balkish dan anak kita selamat” bisik Amin ke telinga
Balkish. Dia duduk kembali di kerusinya. Tangan Balkish bergerak-gerak kecil
dan dia juga telah sedar dari tidurnya. Balkish cuba untuk duduk, dan Amin
segera membantunya. Wajah Balkish pucat. “Dekat mana ni?” soal Balkish.
“Dekat
hospital. Awak pengsan tadi” beritahu Amin.
Balkish
terkejut, tangannya segera mengusap kandungannya.
“Anak
kita selamat” beritahu Amin sambil tersenyum. Balkish tersenyum lemah dan
mengucapkan syukur.
“Alhamdulillah
anak ibu tak apa-apa”
“Doktor
kata awak kena banyak berehat, kena makan”
Balkish
menggelengkan kepala. “Tak ada selera nak makan. Kalau makan mesti muntah”
beritahu Balkish.
Amin
mengusap ubun-ubun Balkish. Balkish terkejut pada awlanya tapi dia membiarkan
sahaja. Sentuhan Amin terasa mententeramkan jiwanya.
“Awak
kena makan sayang, demi baby kita.
Erm? Nanti abang belikan”
“Awak
nak tinggalkan saya sendirian dekat sini?” rengek Balkish. Dia terkejut dengan
kata-katanya sendiri dan Amin juga turut berasa aneh. Isterinya itu tidak pernah
nak bermanja-manja sebegini dengannya. Dia memandang Balkish dan gadis itu segera
melarikan wajahnya, malu ditatap lama-lama oleh Amin.
“Kalau
macam tu abang minta mama belikan sebentar lagi. Mama dengan papa pun nak ke
sini”
“Awak
ada bagitahu parent saya tak?” soal
Balkish.
“Belum.
Sekejap lagi saya call”
“Tak
payahlah bagitahu ibu dengan ayah. Saya tak nak mereka risau” beritahu Balkish.
Amin
diam dan kemudian mengangguk.
“Awak
kena banyak berehat. Tidurlah dulu. Nanti kalau mama dan papa dah sampai saya
kejutkan” pujuk Amin. Dia membantu Balkish merebahkan dirinya.
“Awak
jangan tinggalkan saya” rayu Balkish sekali lagi. berharap agar dia tidak
bersendirian sekarang ini dan ditemani oleh Amin.
Amin
mengangguk. Dia duduk kembali ke kerusi di samping katil Balkish. Isterinya tidur
menghadapnya dan Amin menghadiahkan senyuman kepada gadis itu sebelum dia
kembali ke lenanya. Selimut yang menyelimuti Balkish ditarik sampai ke bahu
gadis itu.
Bab 32
Aiza
melangkah longlai masuk ke dalam kelas. Sejak Balkish dimasukkan ke hospital
semalam, gadis itu tidak ada menghubunginya.
Bagaimanakah
kesihatan Balkish? Aiza tertanya-tanya. Namun dia takut mahu menghubungi
Balkish. Apa yang harus dilakukannya? Balkish hamil? Bila? Banyak pertanyaan
yang bermain-main di fikiran Aiza. Hatinya hancur memikirkan rahsia yang disembunyikan
oleh Balkish itu. Selama ini Balkish dianggap seorang gadis yang baik, namun
segala-galanya berubah setelah dia mendapat tahu tentang kehamilan Balkish.
“Aiza”
panggil Fatimah, teman sekelasnya. Aiza sekadar tersenyum.
“Ada
apa?” soal Aiza.
“Betul
ke Balkish hamil?” soal Fatimah.
Bulat
mata Aiza mendengar pertanyaan yang senang saja dilafazkan dari mulut teman
sekelasnya itu. Ikutkan hati, mahu sahaja dia marah kepada gadis di hadapannya
itu. pertanyaannya sangat sinis dan dia melontarkan pertanyaan itu tanpa rasa
segan atau silu.
“Mana
kau dengar ni?” tegur Aiza.
“Jangan
nak sembunyikan lagi. Yani sendiri yang bagitahu kami. Dia kata dia dengar
sendiri doktor cakap yang Balkish hamil” jelas Fatimah.
Aiza
beristighfar beberapa kali di dalam hati. Kata-kata Fatimah itu menikam kalbu.
Sampai hati Yani memberitahu berita aib Balkish itu kepada teman-teman sekelas
mereka sedangkan mereka bertiga kawan baik. Berita itu belum disahkan lagi oleh
Balkish, tapi Yani sudah menghebahkannya kepada orang lain. Kalaupun benar
Balkish hamil, tapi Yani tetap tidak patut memberitahu berita itu kepada
sesiapapun kerana ia menjatuhkan maruah Balkish.
Aiza
berlalu pergi tanpa menjawab pertanyaan daripada teman-temannya itu. Dia tidak
akan bersekongkol dalam membuat dosa. Aiza duduk di tempat biasa dan mencari-cari
Yani. Perbuatan Yani yang telah menghebohkan cerita tentang kehamilan Balkish
harus dihentikan. Setelah agak lama mencari, akhirnya dari jauh dia melihat
susuk tubuh Yani yang duduk bertentangan dengan Fakrul.
“Assalamualaikum
Fakrul” tegur Yani, memberikan ucapan salam. Wajah Fakrul yang tidak bermaya
itu di pandang sekilas.
“Waalaikumussalam”
Fakrul mengangkat wajahnya melihat gerangan orang yang menyapa. Dia kemudiannya
kembali menekup wajahnya ke meja. Tidurnya terasa tidak cukup. Sejak
kebelakangan ini, dia asyik memikirkan masalahnya dengan Balkish. Sejak dia
melihat Balkish masuk ke hotel bersama seorang lelaki tempohari, lenanya bagai
diragut daripadanya, ketenangannya bagai disentap oleh perasaan marah dan
cemburunya terhadap lelaki yang bersama-sama Balkish. Dia mahu bertanya kepada
Balkish, tapi setiap kali dia ingin memulakan bicara, Balkish seakan-akan mahu
mengelakkan diri daripadanya. Masalah itu dipendam saja.
“Fakrul,
awak dah tahu belum?” soal Yani.
“Apa”
jawab Fakrul. Wajahnya masih lagi ditekup ke meja. Kata-kata Yani sekadar masuk
telinga kanan dan keluar telinga kiri.
“Balkish
hamil” beritahu Yani tanpa rasa bersalam atau malu.
“Apa?”
Fakrul terkejut.
“Semalam,
Balkish pengsan. Kami bawa ke klinik. Sampai kat klinik dOkeyter kata Balkish
hamil” beritahu Yani lagi.
“Klinik
mana?” soal Fakrul. Suaranya tinggi. Dadanya berombak kencang menahan marah.
“Klinik
dekat simpang depan kampus tu” beritahu Yani.
Tanpa
menunggu, Fakrul terus mencapai beg galasnya dan meluru keluar dari kelas itu. Yani
terpinga-pinga sendirian. Dia memanggil-manggil nama Fakrul tapi tidak
diendahkan oleh lelaki itu.
“Yani”
panggil Aiza. Yani berpaling ke arah teman baiknya itu.
“Boleh
tak kau berhenti buruk-burukkan nama Balkish” marah Aiza. Dia endengar sendiri
kata-kata YAni saat gadis itu bercerta kepada Fakrul.
“Kau
marah aku ke?” soal Yani terkejut.
“Ya.
Aku marah sebab kau mengaibkan Balkish”
“Aku
cakap benda betul. Kau pun dengar sendiri doktor cakap yang Balkish hamil”
suara Yani semakin keras.
“Aku
ada dekat situ tapi aku tak bercerita dekat semua orang kat kelas ni. Terutama
dekat orang lelaki. Kau langsung tak fikirkan maruah Balkish. kita kan kawan
baik”
“Kalau
Balkish fikirkan aib dan maruah dia, dia takkan buat kerja tak senonoh sampai
boleh hamil”
“Yani!”marah
Aiza.
“Aku
tak ingin nak berkawan dengan perempuan macam tu. kau tu sebelahkan Balkish
sangat, kau kawan sajalah dengan dia. Aku tak nak kena tempias perempuan hamil
anak luar nikah macam Balkish”
“Aiza!”
marah Yani lagi. ikutkan hai mahu saja tangan kanannya dihayunkan ke pipi Yani.
Temannya itu lancang berbicara dengan suara yang agak kuat. Seluruh isi kelas
diam mendengar pergaduhan antara mereka.
aiza turut malu. Dia diam sahaja.
Yani
meninggalkan Aiza sendirian.
………………………………………..
Amin
bangun dari kerusinya, dilihat Balkish masih lagi terlena di katilnya. Amin
mendekat ke arah isterinya dan menyelimuti tubuh Balkish. wajah Balkish yang
masih lagi pucat itu ditatap lama. Ingin sahaja wajah itu dikucup lembut tapi
sekali lagi rasa bersalah muncul di dalam hatinya. Dia gagal menjaga Balkish
sebagai seorang suami.
Jam
di dinding menunjukkan pukul 8 pagi. Amin duduk di sofa, matanya mengantuk tapi
dikuatkan sahaja dirinya menemani Balkish di ruang bilik hospital. Semalam papa
dan mama datang menjenguk dan Balkish sempat bertemu dengan mereka sebelum dia
kembali terlena. Papa dan mama mengucapkan syukur kerana b dan bayi yang
dikandungnya tidak apa-apa.
Amin
termenung, perkataan syukur itu seringkali diucapkan oleh orang-oirang
disekitarnya kebelakangan ini. Amin turut berasa gembira dengan keadaan Balkish
sekarang. walalupun isterinya itu terjatuh, namun bayi mereka tetap selamat. Amin
berterima kasih sekali untuk itu. diucapkan jutaan terima kasihnya itu kepaa doktor
yang merawat Balkish di klinik kelmarin tapi doktor itu menyuruhnya berterima
kasih kepada Allah yang memberikan hikmah itu kepada Balkish. ucapan terima
kasih itu layaknya untuk siapa kalau bukan kepada doktor yang memberikan
penanganan pertama buat Balkish? Amin melihat ke arah Balkish yang mula
bergerak-gerak kecil.
Segera
Amin mendekatkan dirinya kepada gadis itu.
“Kenapa
sayang?” soal Amin dengan lemah lembut.
“Kat
mana ni?’ soal Balkish.
“Hospital.
Abang minta transfer ke hospital petang semalam. Awak rehatlah. Badan awak
lemah lagi ni” pujuk Balkish .
Balkish
tetap bangun. Amin membantu. Diluruskan bantal di belakang tubuh Balkish buat
alas duduknya.
“Anak
kita tak apa-apa kan?” soal Balkish.
“Anak
kita Okey. Balkish kena banyak berehat” beritahu Amin. Dia duduk di kerusi di
samping katil.
“Bila
boleh keluar?” soal Balkish.
“Duduk
lah lama sedikit dekat hospital ni. Awak tu tak sihat lagi” pujuk Amin.
“Nanti
kalau doktor datang, awak Tanya bila saya boleh keluar” beritahu Balkish lagi.
Amin
mengeluh. Sakit-sakit begini masih lagi berkeras mahu dituruti sahaja
kehendaknya.
“Nanti
abang tanyakan”
“Awak
tak pergi kelas?” soal Balkish.
“Awak
sakit, takkan abang nak tinggalkan awak kat sini seorang-seorang”
“Nurse
ka nada. Kelas awak lagi penting”
“Awak
tidurlah Balkish.” malas Amin mahu bertengkar dengan isterinya itu, sakit-sakit
begini masih lagi mencari alasan untuk menjauhkan dia dari dirinya. Fikir Amin.
“Awak,
saya nak makan nasi ayam” beritahu Balkish.
“Nanti
abang cari ya” balas Amin.
“Saya
nak makan sekarang” balas Balkish.
“Mana
abang nak cari nasi ayam pagi-pagi macam ni”
“Saya
tak kira, saya nak makan sekarang”
Amin
mengeluh lagi. ada-ada sahaja perkara yang bakal dijadikan alasan untuk mereka
bertengkar. Ditahan sahaja marahnya kerana takut membuatkan Balkish sedih.
“Awak
pergilah sekarang” suruh Balkish lagi.
Amin
terpaksa menurut sahaja kehendak isterinya yang sedang sakit itu. diambil
dompet dan jaketnya di meja dan dia segera berlalu pergi. Mulutnya tidak
berhenti mengomel dengan permintaan Balkish yang tidak masuk akal itu.
………………………………………………
Fakrul
parkir motornya betul-betul dihadapan klinik yang diceritakan oleh Yani
kepadanya. Dia segera berlari ke kaunter pertanyaan. Jururawat muda yang
berhadapan dengan Fakrul tersenyum ramah dan menyapa.
“Boleh
saya tahu Balkish masih di sini?” soal Fakrul.
“Balkish?”
“Semalam
dia masuk ke klinik sini. Hamil” beritahu Amin.
“Semalam
ada tapi kelmarin dah pindah ke hospital” beritahu jururawat muda itu.
“Hospital
mana?” soal Fakrul lagi.
“Maaf
encik, saya tak tahu. Semalam kawan saya yang bertugas. Hari ini dia cuti”
beritahu jururawat itu lagi.
Fakrul
berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih.
Bab 34
Amin
mengemaskan semua barang-barang dan pakaian Balkish yang dibawa untuk
kelengkapan gadis itu selama dia dirawat di hospital. Balkish duduk di katil
dan hanya memerhatikan. Dia masih agak lemah, namun dia tidak mahu lama-lama di
hospital. Dikuatkan dirinya supaya dia dapat segera masuk ke kelas. Dia tidak
mahu meninggalkan kuliahnya lama-alama. Takut dia ketinggalan dalam
pelajarannya.
Balkish
cuba untuk berdiri. Dilihat Amin mengambil ‘pakaian-pakaian kecilnya’ yang
sudah dipakai dari bekas pakaian kotor. Malunya Tuhan sahaja yang tahu apabila
melihat tangan Amin memegang pakaian-pakaian itu.
Amin
tersenym nakal. “Kecil saja” kata Amin. Merona merah wajah Balkish apabila
mendengar komen itu keluar dari mulut Amin.
“Dahlah.
Awak biar saja kat situ. Nanti saya ambil sendiri”
“Doktor
cakap awak tak boleh banyak bergerak” balas Amin.
Balkish
terdiam. Kata-kata Amin itu ada benarnya tapi dia tidak mampu menahana malu dan
hanya memerhatikan Amin mentertawakannya dalam sinis.
“Boleh
tak kalau awak buat tanpa senyum-senyum macam tu?”
“Senyum
saya pun awak nak control?”
Balkish
diam.
“Ini
yang last” kata Amin. Balkish melihat sahaja perbuatan keanak-anakan Amin yang
cuba menyakiti hatniya itu.
“Mama
tak datang hari ni?” soal Balkish.
“Mama
kat rumah, siapkan tempat tidur awak. Mama suruh kita tidur dekat bawah saja
dulu sampai awak sembuh” beritahu Amin.
“Kita?”
“Yalah,
unless awak sangup bagitahu mama yang kita memang tak tidur sekali”
Balkish
terdiam, kalau dengan ugutan Amin.
“I
call ibu semalam, bagitahu tentang keadaan awak” beritahu Amin.
“Kenapa
awak buat macam tu? kan saya dah cakap jangan bagitahu ibu, nanti ibu susah
hati” marah Balkish.
“Dia
ibu awak, takkan kita tak nak cakap apa-apa. Lagipun, awak pengsan dan hampir
keguguran, its not a small matter Balkish” tegur Amin.
Balkish
diam lagi. dia mengalah dengan Amin kali ini. kata-kata Amin itu ada benarnya.
Tapi nalurinya tetap ingin melawan kata-kata Amin.
“Ibu
tu dah tua, saya tak nak susahkan ibu”
“Apa
yang susahnya, bukannya ibu seorang yang jaga awak, saya mama pun jaga awak. At
least kita beritahu ibu”
Balkish
terdiam lagi.
Selepas
membayar biaya jururawatan di hospital itu, mengajak Balkish pulang. Setelah
sampai di rumah, dia memapah tubuh Balkish masuk ke bilik di tingkat bawah. Amin
membantu mebaringkan tubuh Balkish ke katil.
Balkish malu diperlakukan sebegitu oleh Amin,
namun dia tidak berdaya untuk menolak. Siapa lagi yang dapat membantunya dalam
keadaan begini kecuali Amin. Sempat tangannya memaut leher Amin saat tubuhnya
dipapah oleh suaminya itu. Balkish mencuri pandang ke wajah Amin yang berada
dekat dengannya saat lelaki itu membantunya untuk berbaring.
“Awak
rehatla dulu” suruh Amin.
“Balkish
nak makan apa-apa ke, mama masakkan” soal Datin Hasmah.
Balkish
menggeleng, malu mahu meminta-minta dari ibu mertuanya.
“Tak
nak makan nasi ayam lagi ke?” sindir Amin.
Balkish
laju menggeleng. Takut menyusahkan ibu mertuanya.
“Hari
tu beriya saja nak makan nasi ayam” sindi Amin lagi.
“Isyh
kamu ni, kan Balkish tu tengah sakit, hamil. Mestilah dia mengidam” marah Datin
Hasmah.
“Mama
masak sup ayam. Nanti kita makan sama-sama” beritahu Datin Hasmah. Balkish
mengangguk mengiyakan.
“Balkish
rehatlah dulu” beritahu Datin Hasmah sebelum dia berlalu meninggalkan bilik
itu.
“Abang
keluar sekejap” beritahu Amin.
“Pergi
mana?” soal Balkish.
“Ambil
ibu. Ibu kata nak datang tengok awak”
…………………………………………………………
Balkish
dipapah keluar oleh Aminah yang dijemput oleh Amin siang tadi. Amin sekadar
memerhatikan. Riak wajah Balkish berubah saat melihat ibunya datang. Isterinya
semakin bersemangat sejak ditemani oleh ibunya sejak ibunya sampai. Balkish
dipimpin duduk.
“Makanlah
Balkish, Kak Aminah” pelawa Datin Hasmah.
“Makanlah
kak” pelawa dato’ Sahar pula.
Amin
menjeling ke arah Balkish yang duduk bertentangan dengannya. Asyik berkepit
sahaja dengan ibu macam aku ni tak wujud. Amin mengomel sendirian.
“Uhuk,
uhuk” Amin menepuk-nepuk dadanya kerana tercekik.
“Amin!”
Datin Hasmah cemas.
“Minum
air dulu” segelas air putih duhulurkan oleh Aminah. Air itu segera diteguk oleh
Amin.
“Lain
kali makan tu kunyah dulu sebelum telan” tegur Dato’ sahar. Amin memandang
kepada Balkish, mereka bertentang mata.
………………………………………
Setelah
selesai makan, Amin duduk di ruang tamu. dato’ Sahar menonton rancangan sukan
di tv, Amin sekadar menemani. Dia tidak senang duduk mendengar suara mama, ibu
dan Balkish dari dalam bilik. Entah apa yang dibualkan antara mereka bertiga.
Sejak ibu datang, Balkish sudah tidak bergantung padanya, sedikit-sedikit,
ibunya yang dipanggil. Dia bagaikan tidak wujud di mata Balkish sedangkan masa
di hospital dulu, Balkish bukan main lagi tidak boleh berenggang dengannya.
“Kuliah
macamana sekarang?’ soal Dato’ sahar.
“Macam
biasa pa”
“Amin
mungkin cuti lama sedikit pa sebab nak jaga Balkish” beritahu Amin.
Dato’
sahar mengangguk perlahan-lahan
“Papa
tak marah?” soal Amin agak terkejut. Kalau dulu, ponteng kelas satu hari pun
papa dah marah besar, sekarang cuti beberapa hari papa tetap cool saja.
“Buat
apa papa marah. Kamu bukannya ponteng sebab suka-suka” beritahu Dato’ sahar.
“Betul
pa?”
“Betul.
Kalau kamu kat rumah, boleh tengok-tengokkan Balkish. papa sibuk dekat office.
Balkish tu pun lemah lagi papa tengok. Jaga dia elok-elok. Jangan sampai dia
pengsan lagi”
“Okey
pa” Amin tersenyum.
Dia
akhirnya bangun dari duduknya dan menunju ke bilik. Daun pintu diketuk beberapa
kali. Serta-merta, Aminah, Datin Hasmah dan Balkish melihat kepadanya.
“Amin
mengantuklah ma” beritahu Amin. Dia dengan langkah yang laju melangkah masuk ke
dalam bilik.
“Awal
lagi ni Min” tegur Datin Hasmah.
“Tapi
Amin dah mengantuk, nak buat macamana” balas Amin. Datin Hasmah melihat ke arah
Amin yang sedang berpura-pura menguap itu. sekilas dia melirik ke arah Balkish.
tahulah dia maksud sebenar anak lelakinya itu.
“Ibu
tidurlah dekat sini, temankan Balkish” bentak Balkish.
“Apa
pula ibu, tu suami kamu tu ada. Nanti dialah tolong kalau Balkish nak apa-apa”
balas Aminah. Datin Hasmah mencuit tangan Aminah memberi signal.
“Kak
Aminah, jomlah kak, saya temankan akak ke bilik akak” ajak Datin Hasmah. Aminah
mengangguk.
“Amin
jangan kasar-kasar, Balkish masih lagi tengah sakit tu” pesan Datin Hasmah sebelum dia keluar dan menutup pintu bilik
anaknya itu. Amin tersenyum lucu. Pintu bilik dikunci.
Balkish
duduk menyandar di kepala katil. Amin ditatap dengan pandangan tajam. Gebar
ditarik menyelimuti dirinnya.
“Satu
hari ni awak ignore saja saya. Mentang-mentanglah ada ibu” beritahu Amin.
“Saya
lebih rela minta tolong ibu dari bergantung dekat awak” balas Balkish.
“Tak
ingat masa awak dekat hospital dulu? minta saya jangan tinggalkan awak” sambung
Amin.
Balkish
diam. memang waktu dia sakit dulu, Amin yang telah menjaganya siang dan malam.
Dia pula sering menyusahkan lelaki itu.
“Dahlah,
awak tidur saja. Dah lewat ni”
“Saya
belum mengantuk. Awak boleh ambil buku saya dekat atas tak? Saya nak study”
“Awak
tak dengar ke pesan doktor. Awak kena banyak berehat. Dah jangan banyak cakap.
Tidur” marah Amin.
“Saya
study dekat katil saja, tak effect apa-apa pun”
“Awak
nak tidur atau awak nak saya tidurkan awak?” ugut Amin.
Balkish
terkejut, dia akhirnya merebahkan dirinya di katil dan menyelimuti tubuhnya.
Matanya menatap Amin yang masih lagi berdiri. Amin akhirnya mengambil bantal
dari atas katil dan membaringkan tubuhnya di lantai sebelah Balkish. matanya
segera terpejam.
best!! bila nk smbung...tk sbr nk bce..cpt2 smbung yee.. :)
ReplyDeleteakak novelis, kami tengah tunggu ni, tak sabau nau nau ni. hak3 ;)
ReplyDeletecerita sangat best!
nak entry baru!
ReplyDeletecite ni best sis!