Tuesday, September 22, 2015

sndki bab 56-60

Bab 56
Balkish mengetuk pintu bilik pejabat sebelum dia masuk sambil membawa lima buah dikumen besar yang tebal dalam tangannya. Balkish menolak pintu dengan tubuhnya dan dia terkial-kial untuk masuk ke dalam  pejabat sedangkan Amin sekadar melihat. Balkish juga tidak ingin dibantu tapi alangkah baik kalau lelaki itu memberikan bantuan.
Dokumen-dokumen itu dihempapkan ke meja Amin, terkejut lelaki itu dibuatnya.
“This document need your review” beritahu Balkish dan dia segera mengatur langkah untuk keluar dari bilik pejabat itu.
Amin menggeserkan tangannya di meja sengaja menolak dokumen-dokumen yang baru sahaja diletakkan oleh Balkish. Langkah kaki Balkish terhenti saat dia mendengar bunyi dokumen-dokumen itu jatuh ke lantai. Dia memandang Iman dengan pandangan tajam. Lelaki itu sengaja membuatnya marah. Lelaki itu pula hanya melihat ke arahnya seolah-olah dia tidak bersalah. Bertambah geram Balkish dibuatnya.
“Pick it up” marah Balkish. dokumen-dokumen yang sudah berselerak di lantai ditunjuk dengan tangan telunjuknya.
“Im busy” balas Amin. dia senyum mengejek. Sengaja kaki kirinya disilangkan ke kaki kanan dan Amin menyandarkan tubuh ke kerusi empuk miliknya itu.
“Papa need you to review the document”
“It not my job to do that”
“Tell that to papa” marah Balkish. dia mahu cepat-cepat keluar dari bilik itu.
Amin senyum. I’m lucky, Balkish because I know you keras kepala. Dan sebab perangai you tu, I tahu you takkan lepaskan I semudah itu.
Amin menekan nombor telefon kerani yang bekerja di bawahnya.
“Bob. Masuk bilik saya kejap. Ada dokumen dekat lantai saya ni, saya nak awak buang” sengaja Amin memanggil Bob sementara Balkish masih berada di biliknya. Dia sengaja mahu menyakitkan hati Balkish. Rancangannya berhasil. Langkah kaki Balkish terhenti sekali lagi.
Bob tergopoh-gapah masuk ke bilik pebata Amin saat dipanggil oleh bosnya itu.
“Bob, ni hah. Buang je semua ni. Sampah je ni. Buat menyemak je mata memandang” beritahu Amin. dia memandang Balkish sengaja mengundang marah di hati gadis itu.
Berapi hati Balkish mendengar arahan daripada Amin itu. sampah dia kata! Setiap hujung tahun aku tak tidur malam nak siapkan dan kemaskini akaun syarikat tapi bila sampai depan Amin dia kata dokumen tu sampah! Kalau bukan sebab papa, dah lama dah dia abaikan dokumen tu tapi amanah papa sebagai ketuanya harus ditunaikan.
Balkish berjalan kea rah Bob yang sedang mengutip dokumen-dokumen di lantai. Dia memnundukan diri membantu lelaki itu. dokumen-dokuumen yang sudah selsai dikutip diletakkan di meja. Dato' Sahar senyum bangga, dapat mengalahkan gadis itu hari ini.
“NI account syarikat dalam masa lima tahun kebelakang ini. papa suruh awak rev kasar tadi tidak berhasil, kali ini dia iem semuanya” beritahu Balkish. dia akhirnya kalah kepada Amin hari ini, kalau dengan cara kasar tidak berhasil, kali ini dia mencuba sekali lagi dengan cara baik.
“Saya banyak kerja” balas Amin.
“Kalau awak ada masa, bacalah. Kalau bukan sebab papa, saya pun tak nak berurusan dengan awak” beritahu Balkish.
Amin senyum sahaja. “Bob awak boleh keluar” dia menyuruh Bob, pekerjanya untuk keluar. kali ini dia tidak mahu ada orang asing yang menganggu perbualan antara dia dan Balkish. malu juga kalau kata-kata kasar daripada Balkish itu didengari oleh orang bawahannnya. Jatuhlah maruahnya sedangkan dia ketua mereka. dan kalau boleh dia tidak mahu pekerja-pekerjanya tahu tentang kedinginan hubungan mereka suami isteri tapi, Balkish eperti tidak mahu berselindung langsung. Memang tidak ada lagikah rasa hormat gadis itu buat dirinya?
“And what if, sampai bila-bila pun saya takkan ada masa untuk review dokumen awak ni” sengaja Amin mahu memancing kemarahan Balkish. gadis itu sering menyakiti hatinya. Kali ini dia juga mahu berbuat yang sama kepada gadis itu.
“I will keep on reminding you about it” balas Balkish tegas.
Amin senyum. Rancangan dan kehendaknya berhasil. Akhirnya dia mengangguk perlahan-lahan. Jawapan daripada Balkish itu menggembirakan hatinya, senyumannya tidak dapat disembunyikan lagi.  dia gembira kalau Balkish selalu mengingatkannya tentang dokumen akaun syarikat itu.  nanti ada juga alasan untuk dia berhubung dengan Balkish.
“Im counting in that” balas Amin.
“Now if you don’t have anything else, you can leave. Im a buzy man Balkish” beritahu Amin dia tidak mengendahkan pandangan tajam daripada Balkish. gadis itu benar-benar marah diperlakukan ala kadar oleh Amin. segera dia mengatur langkah keluar dari bilik pejabat itu. dalam hati, dia menyumpah lelaki ego itu. baru sahaj bekerja dua hari di sini,dah mula nak berlagak dengannya yang sudah bekerja setahun di syarikat ini.
“Bos” panggil Malik mahu bertanya tentang kerja yang disuruh oleh Balkish kemarin.
“What!” marah Balkish. lelaki itu pula yang menjadi kamgsa amukannya.
Amin terdiam. “Im sorry Malik. Ada apa?” soal Malik.
Dia bertanya tentang dokumen akaun syarikat yang dikehendaki oleh Dato' Sahar hari Jumaat ini. Balkish memberitahu apa yang patut dibetulkan dan tidak lama kemudian Malik kembali ke mejanya.
Balkish menghempapkan tubuh ke kerusi empuk miliknya. Kejadia di bilik pejabat Amin sebentar tadi benar-benar membuatkan dia marah. Lelaki itu seolah-olah cuba mempermainkannya dan sekarang seperti dia sedang bersorak kegembiraan kerana kekalahanku. Susah untuk dia bekerja dengan Amin tapi dia terpaksa belagak professional dan mengenepikan semua masalah peribadi antara mereka berdua. Seringkali kalau mereka berdua berada dalam satu siatuasi, pasti dia yang pertama hilang kawalan diri. Ada-ada sahaja kesalahan yang dilakukannya apabila berada dekat dengan Amin. ada apa dengan sebenarnya? kenapa aku perlu berkelakuan aneh sebegitu apabila berada di sampingnya? Balkish mencuri pandang kea rah bilik pejabat Amin. lelaki itu sekarang sedang bercakap di telefon bimbitnya.
‘Dengan siapa dia berbual sampai gembira begitu?’ Amin tersenyum menampakkan giginya yang teratur saat berbicara dengan orang yang menelefonnya. Siapakah gerangan pemanggil itu? adakah seorang gadis?
Balkish cuba mengalihkan perhatiannya kepada kerja. Namun sekejap-sekejap dia mencuri pandang kepada Amin yang duduk di bilik pejabat bersebelahan dengannya. Teringat kembali kenangan lama saat dia dan Amin masih berbual dan berkomunikasi, tidak seperti sekarang ini. masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Nama sahaja suami isteri tapi dia tidak pernah menjaankan tanggungjawabnya kepada Amin dan begitu juga dengan Amin. mereka berdua sibuk dengan urusan lain. Tidak di sangka yang usia perkahwinan mereka sudah hampir lima tahun dan selama itulah dia tidak pernah mengecap bahagia bersama Amin. apa salah mereka? di mana salahnya dalam hubungan ini? atau sebenarnya, dia dan Amin memang tidak seharusnya bersatu dari awal-awal lagi? kalau hubungan ini berterusan begini, sampai bila mereka berdua harus terikat dalam ikatan yang tak pernah berhasil? Mungkinkah aku harus mengakhirinya? Mungkin Amin harus mengakhirinya? Tapi bersediakah aku menerima lafaz cerai dari bibir Amin?
Dan bagaiman dengan hidup Amin selam lima tahun ini? kalau dulu dia masih mempunyai Tina. Tapi setelah Tina meninggal, gadis mana yang menyerikan hidup Amin? mustahil Amin akan setia kepadanya sedangkan dia tidak pernah memperlakukan Amin selayaknya seorang suami. Tidak pernah keperluan Amin zahir dan batin dipenuhi dengan baik. Dia hanya memperlakukan Amin seperi seorang housemate, dan juga seorang kawan. Suatu masa dulu dia pernah menyukai Amin dan Amin merampas rasa itu daripadanya dengan perbuatan kejinya. Dan dia juga pernah menyukai Amin untuk kali kedua tapi perasaan itu juga diragut daripadanya setelah dia mengetahui kehadiran Sufi sebagai anak hasil hubungan Amin dengan Tina. Jadi di mana lagi letak harga dirinya setelah perasaan suka itu buat pertama dan kedua kalinya disentap dari hatinya  gara-gara kewujudan seorang gadis yang Tina. Dia sudah penat menyemai rasa suka dan cinta buat Amin tapi akhirnya dia terpaksa menanggung duka kerana perangai Amin yang tidak pernah akan berubah.
Haruskah aku meminta cerai daripada Amin? tapi nanti bagaimana dengan papa, mama, ayah dan juga ibu? Akankah mereka faham dengan keputusanku itu? bagaimana pula dengan Iman? Tegarkah aku membiarkan Iman membesar tanpa seorang ayah?
Tapi kenapa Amin berbuat jahat begini kepadaku? Kenapa Amin masih mengikatku sedangkan dia tidak menyintaiku? Atau Amin sebenarnya menyanyangiku, Cuma aku yang tidak boleh memberinya kesempatan? Tapi buat apa? Aku sudah tidak mahu terluka lagi untuk ketiga kalinya. Haruskah aku meminta cerai?
…………………………………….
Hujung minggu begini, Amin akan menghantar Iman pulang setelah seharian anak mereka itu menghabiskan masa di rumah papanya. Setiap minggu Amin akan mengambil Iman untuk bermalam di rumahnya. Pasti setelah pulang Iman akan kepenatan dan terus terlelap. Entah ke mana anaknya itu dibawa keluar berjalan-jalan. Balkish sedang membantu Datin Hasmah berkebun di ramannya sambil menunggu Iman dihantar pulang oleh Amin. Dato' Sahar sibuk membaca buku di gazebo dalam taman itu. pohon orkid yang disemai oleh Datin Hasmah sudah tumbuh segar.
“Mama kata nak pergi cari pokok bungan baru. Bila mama nak pergi? Next week Balkish free je ma” beritahu Balkish. dia mengingatkan Datin Hasmah tentang ajakan ibu mertuanya itu. kadang-kadang Datin Hasmah terlupa tentang banyak benda, maklumlah sudah bertambah juga usinya.
“Hari SElasa lah Balkish. lepas Balkish balik kerja, temankan mama boleh?” soal Datin Hasmah.
“Boleh je ma” balas Balkish. dia tahu ibu mertuanya itu suka sekali dengan pokok bunga orkid dan kebetulan clientnya ada memberikan kupon pembelian di Kedai Bungan di mall dekat rumah mereka, jadi Balkish mengajak Datin Hasmah untuk ke sana. Manalah tahu ada yang ibu mertuanya itu berkenan nanti.
“Ibu dengan ayah Balkish macamana?” soal Datin Hasmah.
“Baik-baik je mama. Ayah tulah sakit-sakit sikit. Balkish dah bawa pergi klinik dah hari tu” Minggu lepas baru sahaja dia pergi menjenguk orangtuanya dengan Iman. Dan baru sahaj semalam dia menelefon ke ibu dan bertanyakan tentang keadaan mereka sekeluarga. Sekarang ini semua-adik-adiknya berada di rumah termasuk Fahim. Adik lelakinya sudah selesai dengan peperiksaan SPMnya dan sekarang sudah memulakan kkuliah di UiTM Shah Alam.
Sekarang ini, dia menjenguk ayah dan ibu sendirian sahaja. Kalua berteman sekalipun, pasti ditemani oleh Iman sahaja. Dia sudah berani ke sana tanpa Amin tidak seperti dulu, dia akan diteani oleh Amin. entah bagaimana perubahan itu berlaku, tapi segala-galanya bagaikan sungguh  mudah. Ibu dan ayah juga tidak bertanya banyak tentang Amin, mungkin kerana mereka akhrinya dapat tahu tentang hubungan dingin antara dia dan Amin. mungkin daripada Farah keran Farah juga bekerja satu pejabat dengannya. Orang di pejabat itu semuanya kaki bercerita sehinggakan hal rumah tangga orangpun mereka jadikan Hot News. Kejanggalan hubungan dia dan Amin sudah tidak menajdi rahsia lagi di kalangan kakitangan syarikat dan dia juga tidak mahu berselindung apa-apa. Ayah dan ibu pula tidak pernah bertanya yang bukan-bukan berkenaan hubungannya dengan Amin, mungkin kerana mereka sendiri terperangkap dalamm kata-kara mereka dulu bahawa semua keputusan yang diambil olehnya akan mereka sokong dengan sepenuhnya. Entahlah, bila sudah bertambah usia ini, semua masalah itu dipandang sebelah mata dan Amin bukanlah seorang yang penting lagi dalam hidupnya. Cukuplah derita yang ditanggungnya selama ini. dia sudah tidak mahu terluka lagi. dia mahu bahagia walaupun erti kata bahagia dalam kamus hidupnya itu bermaksud ‘tanpa Amin’ di sisi.
Amin pula entahlah, mungkin sudah tidak berkunjung lagi ke rumah ayah. Kalau dulu, liat mahu mengajak lelaki itu menamninya menjenguk ibu dan ayah di rumah. Tapi sekarang bila dah jadi macam ni, senang hatilah agaknya lelaki itu, sudah tidak harus dipaksa bangun awal dan bersusah-susah tinggal di rumah ayah yang tidak semegah rumah papa itu.
Balkish tersedar dari lamunannya saat terdengar deruan enjin kereta BMW milik Amin berhenti di hadapan rumah. Pintu kereta belakang dibuka sendiri oleh Iman dan kanak-kanak itu melompat turun daripada kereta sambil menggalas beg di belakang. Tidak lama kemudian, Amin turun dari kereta setelah mematikan enjin. Sufi mengikut belakang Iman.
“Mama!” laun Iman saat melihat mamanya berada di taman, menunggu kepulangannya.
Sufi turut berlari mengejar langkah adiknya. Amin melangkah perlahan-lahan kea rah mamanya dan bersalaman dengan Datin Hasmah.
“Papa mana ma?” soal Iman.
“Tu. baca buku” beritahu Datin Hasmah sambil menunjukkan kea rah gazebo.
“Amin dari mana ni?” soal Datin Hasmah. anak lelakinya itu ditanya apabila melihat Amin berpakaian agak kemas.
“Pergi Mines dengan budak-budak ni” beritahu Amin.
“Mama, tengoklah apa Iman ada” beritahu Iman sambil menunjukkan maina baru yang dibeli sebentar tadi.
“Beli apa lagi ni. Kan dah banyak mainan Iman” kata Balkish. dia tidak suka cara Amin berbelanja. Dah banyak dah mainan Iman di dalam bilik tu, belikan lagi mainan baru. Kahirnya berlambak mainan yang langsung tidak digunakan oleh anak mereka itu.
“Lain kali jangan minta papa belikan mainan lagi. membazir je. Iman kan dah ada banyak kat dalam bilik tu” sambung Balkish. dia melihat kea rah Amin. dia tidak mahu Amin terlalu memanjakan Iman dengan barang-barang yang tidak perlu, kalau betul sayangkan anak, janganlah sampai semua kemahuannya ditunaikan.
“Ni Auntie Rina yang belikan” beritahu Iman.
“Auntie Rina?” soal Balkish. dia melihat kea rah Amin. Datin Hasmah juga melihat kea rah anak lelakinya itu. ini pertama kali dia mendengar nama itu dan hatinya tertanya-tanya. Datin Hasmah cepat-cepat melihat kea rah wajah Balkish, sengaja dia mahu melihat ekspresi dan reaksi menantunya itu.
“Kawan masa kat kampus dulu ma. Terserempak tadi” beritahu Amin berterus-terang. Dia tidak mahu berselindung apa-apa kepada mamanya.
“kenapa pula dia belikan untuk Iman ni?’ soal Datin Hasmah pelik.
“Cucu mama nilah yang kecoh nak mainan. Bila papa cakap tak payah, dia degil. Rina tulah yang beli. Dua lagi. untuk Sufi juga” beritahu Amin lagi.
Iman senyum kpeada papanya saat Amin mencubit pipinya.
“Apa pula Iman ni. Tak baik buat macam tu” tegur Balkish.
Amin melihat ke rah Balkish. risau juga kalau nanti gadis itu berasa tidak selesa apabila mendengar nama rina. Tapi gaya Balkish macam dia cool sahaja. Ops terlupa, yang Balkish memang sudah tidak menghiraukannya sudah lama dulu jadi buat apa gadis itu harus berasa tidak selesa? Apatah lagi cemburu mendengar nama Rina.
“Min dah makan ke?” soal Datin Hasmah lagi.
“Dah ma. Sufi nilah. Tapi masa orang makan dia sibuk main. Sufi nak makan ke?” soal Amin kepada Sufi. Anaknya yang seorang ini memang agak pendiam.
Sufi menggeleng.
“Betul ni? Balik nanti papa tak masak dah. Kalau nak makan, papa tunggu” beritahu Amin.
“Abang. Abang makan sinilah. Adik temankan. Mama masak sedap. Abang makan sinilah” pujuk Iman. Belum sempat mendengar jawapan Sufi Iman sudah menarik tangan abangnya untuk masuk ke dalam rumah. Mereka berdua berlari ke dapur.
“Balkish masuk dululah ma” beritahu Balkish.
Tidak lama kemudian Amin juga meminta izin untuk masuk. Langkah kaki Balkish diekori dari belakang. Balkish ke dapur untuk menyiapkan makanan untuk dua orang anaknya itu. Amin juga turut mengekori ke dapur tapi lelaki itu tidak pula berbicara apa-apa. Tidak lama kemudian mereka berdua ke ruang makan untuk menemani Iman dan Sufi di meja makan.
Setelah membaca bismillah, dua kanak-kanak itu makan nasi yang dihidangkan oleh mama mereka. Balkish duduk menamani. Amin menatap wajah Balkish yang duduk bertentangan dengannya tanpa disedari oleh gadis itu. wajah itu tetap ayu seperti dulu Cuma sekarang sudah sangat jarang tersenyum, mungkin banyak menanggung kesedihan yang tidak mahu dikongsi dengan orang lain.
“Balkish dah makan ke?’ soal Amin. isterinya itu sekadar mengangguk.
“Pa, I just wondering” Iman, walaupun mulut masih penuh, tetap tidak boleh diam. I wonder where he get that side from from.
“Auntie Rina tu girlfriend papa ke?’ soal Iman.
Amin tergelak besar saat mendengar bicara anaknya itu. dari manalah budak dua tahun ni belajar pasal girlfriend?
“Makan jelah Iman. Tak baik bercakap masa makan” kata Amin saat ketawanya sudah selesai. Balkish berdiri dan menghilang ke dapur. Amin melihat kearah isterinya itu. mungkinkah Balkish marah? Cemburukah dia?
Datin Hasmah masuk ke ruangan makan. Dia menegur Amin.
“Min, tunggulah lepas Isyak baru balik. Dah nak Magrib dah ni pun” ucap Datin Hasmah.
“Nanti Balkish siapkan baju dengan tuala Min kalau Min nak mandi” sambung Datin Hasmah lagi. Amin mengangguk. Datin Hasmah masuk ke dapur, Balkish dilihat sedang termenung panjang. Datin Hasmah menegur.
“Balkish boloh tolong mama siapkan tuala untuk Amin. dia nak mandi, nak solat dulu sebelum balik” beritahu Datin Hasmah.
“Tolong mama ye. Mama nak naik atas dulu. papa dah panggil dah tu” beritahu Datin Hasmah. suruhan Datin Hasmah itu terpaksa ditunaikan.
Balkish keluar dari dapur dan mahu ke tingkat atas. Dia terserempak dengan Amin yang masih menemani kedua anak mereka makan. Balkish mahu berlalu pergi tanpa melihat kearah wajah lelaki itu.
“Susah-susah je Balkish” beritahu Amin. Balkish tidak mengendahkannya, dia segera beredar. Malas mahu berbicara atau melayang kata-akata Amin. makin dilayan, makin menjadi-jadi.
Setelah selesai makan, Amin, Iman dan Sufi naik ke tingkat atas.
“Pa. Iman mandi bilik mama jelah” beritahu Iman.
“Abang jomlah mandi bilik mama” ajak Iman. Sufi mengangguk. Mereka berdua mengetuk pintu bilik Balkish. gadis itu membuka pintu dan menyuruh Iman dan Sufi untuk masuk.
“Tuala abang mana?” soal Amin.
“Ada dekat bilik Aman” beritahu Balkish. dia segera menutup daun pintu biliknya. Amin meninggalkan bilik Balkish dank e bilik Aman. Tuala yang disiapkan oleh Balkish terhampar di katil . Amin mengambil tuala dan melangkah masuk ke bilik air. Dia harus bersiap-siap untuk mengerjakan solat AMghrib.
Jam 9 lewat, Amin mengajak Sufi untuk pulang. Sufi bersalaman dengan semua orang sebelum pulang dan Amin bersalaman dengan papa dan mamanya.
“Bye adik. Besok abang datang lagi” ucap Sufi kepada Iman yang kelihatan sedih untuk berpisah dengan Sufi walaupun untuk sementara. Sufi biasanya ditinggalkan dengan mama kalau Amin mahu ke tempat kerja, dan Amin juga ditinggalkan dengan mama kalau Balkish mahu ke syarikat. Jadi dua beradik itu pasti akan bertemu lagi esok.
Sufi berjalan kearah Amin.
“Dah salam dengan semua?” soal Amin. sufi mengangguk.
“Dengan mama?” soal Amin lagi. sufi mengangguk lagi. Amin meminpin Sufi untuk keluar. mereka dihantar oleh mama dan Iman sementara papa leka menonton berita di televise sementara Balkish hilang ke dapur.
“Bawa kereta elok-elok” pesan Datin Hasmah kepada Amin.
Kereta itu kemudiannya dipandu keluar ke jalan raya.

Bab 57
Rina membetulkan pakaiannya sebelum masuk ke syarikat itu. dia sempat menangkan dirinya sebelum dia melangkah masuk. Rina disapa oleh seorang sepekrja syarikat.
“Cari siapa Cik? Soal Malik.
“Saya cari En. Amin” beritahu Rina.
“En. Amin mesyuarat. Cik boleh tunggu dekat sana. Sini saya bawakan” ajak Malik. Rina mengekori dari belakang. Dia dipersilakan untuk duduk di sofa oleh Malik. Kemudian Malik memberitahu Gina tentang tujuan kedatangan Rina supaya gadis setiausaha itu menyampaikannya kepada En. Amin nanti. Rina senyum berbahasa-basi dengan Gina yang mejanya paling dekat dengan sofa di ruangan menunggu.
Siapa pula gadis cantik ni? Kawan En. Amin ke? Kawan baik? Tak kisahlah siapapun, jangan jadi drama dekat office ni sudah. Gina menyambung tugasnya.
Rina melihat jam di tangannya, sudah hampir setengah jam dia menunggu Amin, perutnya juga sudah mula berkeroncong menyanyi lagu kelaparan. Amin belum juga muncul. Helaian lembar majalah di tangannya dibelek satu persatu. Untuk menghabiskan masa, dia membaca sahaja isi kandungan majalah itu satu persatu.
“Gina. Kawan I ada datang?” soal Amin saat dia keluar dari bilik mesyuarat. Dialah orang pertama yang keluar dari bilik itu saat Dato' Sahar selesai menyampaikan kata-kata penutup. Risau juga membuatkan Rina lama menunggu.
“Hai” sapa Rina dari belakang. Amin segera berpaling kea rah gadis itu.
“Lama ke tunggu?” soal Amin.
“Tak adalah lama, Cuma nak dekat satu jam juga la” balas rina. Sengaja membuatkan Amin berasa bersalah.
“Tulah lain kali nak datang, Tanya dulu. ni main serbu je office orang” marah Amin. si Rina ni satu. Nak datang tak Tanya dulu, orang free ke tak, suka hati dia je datang. Tengoklah susahkan diri je menunggu lama. Dia juga tidak tenang di bilik mesyuarat tadi memikirkan temannya itu terpaksa menunggunya di luar.
“Kebetulan I ada kerja dekat area sini. Datanglah singgah office you” balas Rina.
“Jomlah lunch” ajak Amin.
“You belanja?” soal Rina
Amin mengangguk.
“Wife you mana? I nak kenal sangat dengan dia” beritahu Rina. Isteri Amin itu adalah orang yang paling beruntung kerana dapat menakluk hati lelaki itu. bertuahnya badan. Dan Rina ingin sekali berkenalan dengan gadis yang dianggap paling bertuah itu, yang Berjaya menjinakkan seorang lelaki playboy macam Amin dan membuatnya berubah enjadi seorang suami yang setia.
Balkish berhenti di hadapan Amin saat lelaki itu memanggilnya. Gadis yang berdiri di sebalah Amin itu membuatkan dia tidak senang duduk. Siapa gadis itu? Rina? Inikah Auntie Rina yang disebut oleh Iman beberapa hari yang lalu? Balkish memberikan senyuman kepada gadis yang diduga sebagai rina itu. Cantik. Memang cantik. Sepadanlah dengan Amin! hati kecilnya berkata-kata.
“Balkish, abang kenalkan ni kawan abang, Rina. Rina, wife I”
Rina menghulurkan tangan untuk bersalaman. Huluran itu disambut baik oleh Balkish.
“Hye” sapa Rina. Wajah Balkish serta cara dia berpakaian menjadi tatapan Rina. Macam ni rupanya pilihan Amin. tak jauh beza daripada cirri-ciri yang ada padanya. Wanita yang bergelar isteri kepada Amin itu bertudung, berbaju kurung batik, dengan aksesori yang simple sahaja. Secara keseluruhan Balkish terlihat sederhana sekali, Cuma wajah Balkish cantik, ayu dan keibuan. Dan kalau bibir itu tersenyum, terlihat lesung pipit di pipi sebelah kirinya. Kalau sekali pandang ada iras-iras vanida Imran.
“Abang nak pergi lunch dengan Rina, Balkish ikutlah sekali” pelawa Amin.
“Tak apalah, Balkish ada hal sikit. Korang berdua pergilah” suruh Balkish.
“Takkan abang dengan Rina je. Jomlah sekali” Amin mengajak sekali lagi.
Macamlah tak biasa makan berdua. I bet, sebelum ni selalu je kan korang keluar berdua.
“Jomlah sekali” ajak Rina pula.
Balkish terpaksa mengikut Amin dan Rina keluar makan bersama ke restoran yang menjadi kegemaran lelaki itu. Balkish duduk di sebelah Rina. Mereka bertiga memesan makanan masing-masing. Amin dan Rina berbual panjang tentang apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka sedangkan Balkish hanya berdiam diri. Keakraban Amin dan Rina membuahkan tanda Tanya di hatinya. Sejauh manakah hubungan mereka berdua ini? adakah sahabat atau lebih dari itu? mereka berdua dapat berkongsi apa sahaja cerita namun semua cerita mereka langsung tidak melibatkan Balkish. dia berasa terpinggir dalam kemeriahan dua orang sahabat ini. sebenarnya dia tidak diperlukan antara mereka, Rina dan Amin hanya memerlukan satu sama lain, kalaulah dia dapat memutarkan waktu, dia menolak sahaja pelwaan mereka berdua tadi supaya dia tidak terjebak dalam kejanggalann situasi ini.
Setelah selesai makan, mereka bertiga kembali ke syarikat, rina terpksan meminta diri kembali ke keretanya. Balkish dan Amin melangkah kembali ke pejabat.
Amin sedar yang isterinya itu hanya berdiam diri sejak dari tadi tapi dia sengaja tidak mahu melayani sangat si Balkish ni. Adalah tu benda yang bukan-bukan difikirkannya. Isterinya itu sejak daripada dulu sampai sekarang tidak pernah berubah.
“Abang dengan Rina kawan je” beritahu Amin saat mereka berdua menaiki lif bersama-msama dan kebetulan waktu itu tidak ada orang lain kecuali mereka.
“Okla”
“Ok? Ok for what?’ soal Amin.
“She likes you” beritahu Balkish. dia tidak buta untuk melihat body language, gaya bahasa dan bicara Rina terhadap Amin. dalam masa beberapa jam sahaja bersama dengan Rina dia dapat tahu yang gadis itu menyukai Amin. mustahil lelaki itu berkawan dengan Rina selama bertahun-tahun masih belum dapat membaca isi hati gadis itu.
“Tak adalah. Kami kawan je. Dia pun dah tahu abang dah kahwin dengan Balkish” beritahu Amin.
“Lelaki boleh kahwin sampai empat” sampuk Balkish.
“Bertuahnya abang, isteri abang yang sibuk nak bermadu? Abang tak cakap apa-apa pun”
“Jangan mainkan perasaan orang kalau awak tak suka. Rina tu baik saya tengok”
“You sound like mama”
Apabila pintu lif suah terbuka, Balkish melangkah meninggalkan Amin di belakang. Amin membiarkan sahaj Balkish mendahuluinya. Kata-kata Balkish tadi membuatkan dia berfikir. Betulkan Rina menyukainya? Selama beberapa tahun mereka berkawan, gadis itu tiak memberitahunya apa-apa dan mereka berkawan seperti biasa. Sedikitpun dia tidak pernah memnganggap Rina lebih dari seorang sahabat. Dan selama bertahun-tahun itu, dia tidak pernah merasakan yang Rina mempunyai perasaan terhadapnya. Gadis itu seperti biasa melayan kerenahnya dan juga membantunya. Amin melepaskan satu keluhan berat. Mungkinkah Balkish benar?
………………………………………
Balkish memaai krim ke wajahnya sambil bertilik di cermin. Gelagat Iman yang meliuk lentuk di katil sambil berbual di telefon dengan papanya diperhatikan. Anaknya itu ketawa besar seolah-olah sedang bergurau senda dengan Amin.
Penutup krim malam ditutup. Balkish bangun dari kerusi dan berjalan ke ara katil.
“Dahlah, dah malam. Tidur” tegur Balkish.
“Pa. mama dah suruh tidur” beritahu Iman.
Iman ketawa seolah-lah Amin memberitahu sesuatu yang lucu kepadanya.
“Ma. Papa suruh cakap. You look beautiful even without the night cream” beritahu Iman kepada Balkish.
Eh Amin ni. Macam tahu-tahu je aku pakai krim malam. Fikir Balkish.
“Ma. Papa nak cakap” beritahu Iman. Dia menghulurkan telefon bimbit kepada Balkish.
“Mama mengantuk, nak tidur” beritahu Balkish kepada Iman. Dia tidak mahu berbicara dengan Amin. buang masa je.
“Pa. mama cakap dia mengantuk. Dia ajak papa tidur” beritahu Iman kepada Amin. lain yang dicakapkan oleh Balkish, lain pula yang disampaikak kepada Amin.
Amin ketawa lucu saat mendengar anaknya itu berbicara. Si Iman ni lebih lancar bahasi Inggerisnya dari Bahsa Melayu. Susunan ayatnya masih tunggang langgang.
“Ish, Iman. Mama cakap lain. Awak cakap lain” marah Balkish. nanti apa pula Amin fikir.
“Pa, abang dah tidur?” soal Iman.
“Abang dah tidur. Iman pun tidurlah. Kirim salam dekat mama” beritahu Amin. panggilan itu dimatikan.
Iman bangun dari tidurnya untuk meletakkan telefon bimbit mamanya ke meja sebelah katil. Dia kemudiannya mereahkan diri ke sisi Balkish dan memeluk mamanya sekuat hati.
“Papa kirim salam” beritahu Iman.
“Dahlah, jangan bercakap lagi. tidur. Besok nak bangun susah” sambung Balkish pula.
“Ma. Kenapa mama dengan papa tinggal asing? Tak macam opah dengan atuk?” soal Iman.
Pertanyaan itu sudah dipertanyaan banyak kali oleh Iman dan sudah banyak kali juga Balkish tidak memberikan jawapan. Kalau Iman mahukan jawapan, dia tidak bisa memberikannya kerana dia juga tidak sanggup memberitahu Iman perkara yang sebenar, jadi jalan yang sering diambil adalah dengan berdiam diri dan berharap Iman sendiri akan terlupa untuk mengih jawapan kepada pertanyaan itu. mungkin apabila Iman sudah dewasa nanti, anaknya itu baru akan mengerti.
……………………………………..
Amin keluar dari bilik pejabatnya dan melangkah laju masuk ke bilik pejabat Balkish. daun pintu juga tidak diketuk, dan Amin masuk menerjah ke bilik pejabat Balkish seolah-olah dia tidak menganggu privasi gadis itu. satu dokumen besar dihempapkan ke meja Balkish. gadis itu terkejut.
“Apa ni? Masuk tak bagi salam, tak ketuk pintu pun. Pastu nak marah-marah” marah Balkish. perbuatan Amin itu dirasakan biadap.
“Abang tak faham satu apa pun dalam dokumen ni” beritahu Amin.
“Tak faham tanyalah, tak payah nak hempap-hempap barang” marah Balkish. dokumen itu diambil dan dilihat isi kandungannya. Ini adalah dokumen akaun syarikat yang Dato' Sahar suruh Amin lihat tempohari. Dan baru sekarang, lelaki itu mahu membacanya sedangkan dari awal-awal lagi dia sudah menyuruh Amin melihatnya.
“ Balkish nak ajar abang ke?’ soal Amin. sengaja dia mengintai peluang untuk bekerjasama dengan Balkish.
“Tak. I suruh Malik ajar you” tegas suara Balkish.
“Kalau MAlik ajar abang, sampai bila-bila pun abang takkan faham” beritahu Amin.
Meluat pula Balkish dibuatnya dengan kerenah Amin yang bagai. Perangainya makin menajdi-jadi sejak dia bekerja di sini. Kedudukannya sebagai pewaris utama syarikat papa lebih mendukungnya untuk berbuat apa sahaja mengikut kehendaknya.
Telefon di meja berbunyi. Suara Dato' Sahar kedengara dari speaker telefo.
“Masuk office papa sekejap” beritahu Dato' Sahar.
“Balkish, im not finish yet” rengek Amin tapi Balkish tidak mengendahkannya. Dia keluar dari bilik pejabatnya meningggalkan Amin sendirian di situ. Akhirnya Amin juga mengikut  masuk ke bilik pejabat papanya.
“Temankan papa pergi jumpa client. Nanti Balkish bawa sekali dokumen yang berkaitan dengan tender tu” suruh Dato' Sahar. Balkish mengangguk.
“Nak ke mana ni pa?” soal Amin.
“Jumpa client. Site macamana?” soal Dato' Sahar berkenaan satu projek besr yang diuruskan oleh Amin dan FArhan.
“Ok. Iman pergi site tadi, semua berjalan according to plan”
“Ok. Kalau macam tu Amin ikutlah. Papa nak jumpa Dato’ teoh pasal projek tender yang dia nak bagi dekat company kita. Nanti Amin boleh belajar sikit-sikit” beritahu Dato' Sahar. Balkish berpaling kearah Amin. dia tidak suka bersama dengan Amin, nanti dia yang tidak senang duduk atau serba-salah. Nanti dia juga yang tidak selesa, tapi Amin tidak pernah mahu mengerti tentang situasi mereka itu. lelaki itu selamba sahaja berusaha mencari tempat di sisinya. Kenapalah Amin tidak pernah berputus asa?
“Papa turun dulu, kita jumpa kat bawah. Balkish jangan lupa bawa dokumen penting tu. ada satu lagi dokumen dengan Gina, nanti awak minta dari dia” beritahu Dato' Sahar. Dia kemudiannya berlalu.
Amin senyum mengejek kepada Balkish. dia bangga kali ini dia juga yang menang, takdir menyebelahinya, ada-ada sahaja perkara yang membuatkan dia Berjaya mendekati Balkish tapi hati Balkish terlalu keras, hati itu tidak pernah mahu belajar erti memaafkan atau member peluang kepadanya. Balkish mencebik. Dia segera keluar dan emndapatkan dokumen yang diperlukan oleh Dato' Sahar daripada Malik dan Gina. Balkish juga membawa beg netbooknya dan disangkan ke bahu sambil kedua tangannya membimbit beberapa dokumen yang bakal diguakan oleh Dato' Sahar untuk meyakinkah Dato Teoh tentang kekukuhan ekonomi syarikat.
Walaupun Amin melihat Balkish yang terpaksa membawa banyak dokumen di tangannya dan terppksa lagi menyandang beg netbooknya, dia tidak mahu menolong kecuali kalau diminta oleh gadis itu. dan Balkish belum meminta tolong, mulut kecil itu susah sekali mahu membua mulut dan meminta tolong dari Amin. ego? Atau ada berlian emas dalam mulut?
“Min, kenapa tak tolong Balkish tu?” teur Dato' Sahar apabila melihat Balkish terpaksa membawa dokumen-dokumen itu sendirian sedangkan anak lelakinya berjalan lenganggang kangkung dengan tangan terselit ke kocek seluar.
“Taka pa pa. shes a tough woman” beritahu Amin. wak yang kasihan melihat Balkish tergopoh gapah mendapatkan Balkish dan membantunya.
“You a jerk” marah Balkish kepada Amin saat dia melewati lelaki itu. Balkish segera beredar masuk ke perut kereta dan duduk di belakang bersama Dato' Sahar. Amin pula mengambil tempat duduk di sebelah Wak. Kereta itu dipandu menuju ke destinasi.
Selepas hampir 30 minit perjalan, ereta yang dipandu oleh Wak itu sampai ke destinasi. Amin, Balkish dan Dato' Sahar keluar dari perut kereta sementara Wak mencari parker. Mereka bertiga naik ke bangunan tinggi bersebelahan dengan Bangunan Mara. Syarikat Dato’ Teoh terletak di lantai 6. Mereka bertiga disambhut oleh pembantu Dato’ Teoh dan dibawa masuk ke ruangan mesyuarat. tidak lama kemudian, Dtao’ Teoh dan ebberapa orang pekerjanya masuk. Tanpa berengah Dato Teoh terus memulakan perbincangan mereka. Dato' Sahar memberikan penerangan dan meyakinkan Dato Teoh tentang kemampuna syarikatnya untuk menjalan projek syarikat. Dokumen yang berkaitan tentang projek yang terbaik pernah dijalankan oleh syarikat diberikan kepada Dato teoh untuk diperhatikan. Ini adalah untuk meyakinkan Dato Teoh tentang kemampunan syarikat miliknya. Kemudian Balkish memberikan dokumen kewangan syarikat untuk beberapa bulan terakhir. Dokumen itu memang disiapkan khusus untuk diteliti oleh Dato Teoh. Balkish tidak memberikan data-data yang sepenuhnya kerana itu juga boleh membahayakan syarikat papa, dia Cuma menyiapkan akaun yang berkaitan dengan projek yang akan dipertanggungjawabkan oleh syarikat Dato Teoh. Akhirnya setelah hapir dua jam berbincang dan bersoal jawab, Dato Teoh memberkan mereka peluang untuk menyiapkan sebuah draft dalam masa tiga minggu dan itulah tugas Amin. draft itu nanti bakal dipview kewangan ersembahkan di hadapan Dato Teoh dan beberapa orang penting syarikat. Walaupun draftnya nanti bakal disiapkan oleh Amin tapi Dato teoh telah menetapkan sendiri cirri-ciri serta ideanya ke dalam lakaran itu jadi Amin mahu atau tidak mahu terpaksa menurut kehendak pelanggan mereka. ini merupakan cabaran buat Amin.
Setelah semuanya selesai, mereka berjabat tangan tanda persetuajuan kerjasama yang tidak formal. Delegasi syarikat papa, dihidangkan oleh minum petang oleh pembantu Dato Teoh sebelum pulang. Mereka bertiga kemudiannya kembali ke pejabat.
“Dah review dokumen kewangan syarikat?” soal Dato' Sahar kepada Amin.
“Belum pa”
“Bila nak review?” marah Dato' Sahar.
“Amin tak faham. Balkish pun bukannya nak tolong” Amin mengaitkan nama Balkish dalam situasinya.
“By the end of this month, papa nak tahu Amin dan siap review semua. Balkish nanti tolong juga suami Balkish ni” arah Dato' Sahar. Suara Dato' Sahar bersahaja namun mengundang getar di hati Balkish. yang si Amin ni satu, kenapa nak heret nama aku sama? Tak pasal-pasal dia juga kena tegur dengan papa. Dasar mamat sewel. Malasnya nak bekerjasama dengan Amin, tapi papa dah cakap sendiri yang dia kena membantu lelaki itu. kalau tak memang Malik sajalah yang disuruh.
 Dato' Sahar masuk ke bilik pejabatnya, Balkish pula melangkah unuk ke bilik pejabatnya, Amin mengekori dari belakang.
“Apa you nak lagi?” soal Balkish marah. Jengkel dengan perbuatan Amin, sengaja mahu menyusahkan hidupnya.
“So bila Balkish nak tolong abang review account syarikat tu?’ soal Amin. dia duduk di kerusi bertentangan degan Balkish walaupun tidak dipelawa.
“Bila-bila you nak” balas Balkish. dia bersedia sahaja sekarang ini kerana dia sudah tidak terlalu sibuk. Kalau ditangguh lama-lama lagitakutnya masa kedepan nanti, banyak pula kerjanya.
“Kalau macam tu, malam nil ah. Abang ke rumah papa” perlahan-lahan Balkish mengangguk. Lebih baik di rumah daripada keluar berdua dengan Amin.
“Ok. Lepas Maghrib abang ke sana. Nak tunggu Isyak lambat pula kan” sambung Amin. sejak bila pula Amin ni aware degnan waktu-watu solat ni? Balkish mengangguk lagi.
“Kalau macam tu, abang keluar dulu. kena buat draft plan untuk Dato Teoh”
 Balkish mengangguk lagi.
……………………………..
Amin datang seperti yang dijanjikan. Tepat jam 8 malam terpacul wajah itu di ruang menonton, Balkish memang sudah bersiap dari tadi menunggu kedatangan lelaki itu. dia juga memberitahu kepada mama tentang kedatangan Amin. Sufi pula dari pagi tadi lagi di rumah, setelah pulang kerja, Amin terus kembali ke rumah sewanya dan tidak mengambil Sufi seperti biasa kerana dia akan ke rumah papa juga nanti.
“Min dah makan?” soal Datin Hasmah. Amin mengangguk. Dia duduk di sofa, agak jauh dari Balkish. Amin berbual-bual dengan papanya. Sufi dan Iman leka bermain permainan baru mereka di atas karpet. Sekejap-sekejap terdengar celothe dua beradik itu berbicara.
“Jomlah. Nanti lambat pulak awak nak balik” ajak Balkish. Amin mengangguk, dia mengikut Balkish ke meja makan. Datin Hasmah melihat dari jauh.
“Abang ke suruh Amin datang malam ni?’ soal Datin Hasmah setelah mencuit lengan suaminya yang sedang leka menonton televise.
“Tak adalah. Abang Cuma suruh Balkish tolong Amin je” eritahu Dato' Sahar.
“Pandai abang ye. Plan abang berhasil” Datin Hasmah tersenyum lucu.
“Apa awak ni? Saya tak plan apa-apa pun”
“Yelah tu bang, dengan orang lain abang boleh tipu. Dengan Mah ni, janganlah. Mah dah kenal abang lama dah” bantah Datin Hasmah. dia tahu suaminya itu sengaja menyuruh Balkish membantu Amin supaya sepasang suami isteri dapat mencuri masa bekerja bersama. Manalah tahu dalam mereka bekerja berdua ni, timbul kembali rasa saying antara mereka.
“Bang, say anak pergi tengok mereka berdua tu kejap” beritahu Datin Hasmah.
“Awak duduk sini je. Temankan saya” arah Dato' Sahar.
Datin Hasmah menarik muka masam. Dia teringin sangat mahu melihat anaknya dengan menantunya di dapur, nanti adalah berita baru dia mahu memberitahu Kak Aminah nanti.
Amin menarik kerusi buat Balkish dan untuk dirinya. Dia mendekatkan posisinya dengan Balkish. Balkish menjeling tajam, Amin sengaja buat-buat tidak Nampak. Dia menarik dokumen yang berada di meja dan dokumen itu diserahkan kepada Balkish.
“Ajarlah abang”
“apa yang awak tak tahu?”
“Semua”
Balkish mencebik. Dulu masa kuliah, takkan tak diajar sedikitpun pasal akaun. Balkish mengeluh, nampaknya Amin akan berada di sini lebih lama daripada yang dijangkakan. Meluatnya kerana terpaksa menghabiskan masa dengannya lebih lama.

Bab 58
Farid mengatur langkah biasa menuju ke tempat yang dijanjikan oleh Rina. Hatinya berdebar-debar untuk berjumpa dengan gadsi itu berdua-duaan. Biasanya dia bertemu dengan Rina kalau ada Amin tapi sekarang, Rina meminta untuk bertemu dengannya tanpa Amin. apa yang diperlukan oleh Rina daripadanya?
Farid meangkah msuk ke restoran dan mengambil tempat semeja dengan Rina. Gadis itu menyapanya dengan senyuman gugur jantung Farid dibuatnya.
“Ada apa nak jumpa?’ soal Farid straight to the point.
“Saja. Orderlah dulu” suruh Rina. Dia memanggil pelayan untuk memesankan makanan dan minuman. Farid juga membuat pesanannya.
“Sorry ajak you keluar” kata Rina memulakan bicara.
“Ada apa?” soal Farid lagi. dia tahu kalau bukan sebab ada sesuatu yang penting Rina takkan mengajaknya keluar kerana mereka berdua tidaklah terlalu rapat. Mereka kenal pun kerana Amin. farid agak kekok dengan Rina, gadis itu selalu sahaja ceria, membuatkan Farid selalu berasa cemburu dengan kegembiraan hidupnya. Rina bagaikan bebsa dari masalah, dan peribadi Rina itu membuatkan Farid ingin tahu dan mengenali gadis yang kini bertugas sebagai seorang doctor di seuah hospital kerajaan.
“Sebenarnya ada ssuatu yang I nak Tanya you, boleh?” soal Rina. Dia mengatur bicara, risau jika bicaranya nanti kedengaran kurang sopan.
“Tanyalah. Kalau I tahu, I jawab” eritahu Farid.
“Pasal Amin dengan  Balkish. Mesti you lebih tahu pasal Amin daripada I” sambung Rina.
“Kenapa dengan diaorang?”
“Amin ada masalah ke dengan Balkish? I tengok mereka tu bukan macam suami isteri. Macam ada masalah je” sambung Rina lagi.
“Baik awak Tanya Amin sendiri” beritahu Farid.
“tak payahlah ambil tahu hal diaorang. Nanti apa-apa kita pula yang salah” sambung Farid lagi. dia tidak mahu Rina melibatkan diri dalam urusan rumah tangga Amin dan Balkish. biarlah masalah mereka selesaikan sendiri. Kalau ada campur tangan irang ketiga pasti akan berakhir dengan yang tak baik.
“JAdi betullah mereka ada masalah” teka Rina
Farid tidak memberikan komentar. Biarlah Rina mentafsir sendiri kebisuannya.
Dari jauh Hisyam melihat Farid dan rina sedang makan bersama, tanpa berfikir panjang dia mendekati mereka dan menegur farid. Kemudian, Hisyam menyapa Rina.
“Hye”
“Hye” balas Rina.
“You mesti dah tak ingat I kan?” soal Hisyam kepada Rina
Rina memandang kearah Farid. Dia memang tidak mengenali lelaki yang berdiri di samping meja mereka ini.
“I Hisyam, kawan Amin. Tiga serangkai dulu masa dekat kampus” Hisyam memperkenalkan dirinya kepada Rina. Gadis itu kemudiannya tersenyum lucu mengingatkan panggilannya buat Amin dan dua orang lagi kawannya. Tak sangka dia berjumpa lagi dengan Hisyam. kecil sahaja dunia ni. Dan Hisyam juga sudah banyak berubah sekarang ini, penampilannya lebih kemas dan professional.
“Oh, baru I ingat. Nice to meet you” ucap Rina.
“Nice to meet you too. So you dengan Farid?” soal Hisyam ingin tahu tentang hubungan Rina dengan bekas teman sebilik Hisyam saat di kampus dulu.
“No, no. kita Cuma lunch sama-sama je” beritahu Rina. Dia tidak mahu Hisyam salah anggap. Mungkin lelaki warak macam Farid tidak suka kalau dia dikatikan dengannya.
Hisyam senyum. “Good. Can I call you sometime?”
Rina mengangkat keningnya tanda terkejut. Kawan Amin yang seorang ini memang straight forward. Rina melihat kepada Farid sengaja mahu mengintai ekspresi di wajah temannya itu. Farid senyum sahaja.
“Well, erm, I think…” Rina tidak tahu bagaiman mahu memberikan respons kepada Hisyam.
“Well great, we should exchange number” sampuk Hisyam.
Oh, he’s persistent. Tak sampai hati pula nak menolak Hisyam di depan farid pula tu. bagi jelah. Number phone je pun, bukan number akaun, atau nombor rumah. Kalau tak suka, nanti rejectlah call dia.
“Well sure” Rina mengambil pen hitam dari beg tangannya dan menulis nombor telefon bimbitnya ke sehelai tisu yang diambil dari meja makan. Tisu itu diberikan kepada Hisyam.
“Thanks. I call you later” beritahu Hisyam. dia meminta diri untuk beredar.
Rina ketawa kecil mengingatkan situasi dengan Hisyam tadi. lelaki itu agak pelik sikapnya tapi lucu. Very straight forward dan confident.
“Dia tu memang macam tu ke?’ soal Rina kepada Farid.
Farid hanya menjungkitkan bahu. Enggan mengulas lebih lanjut.
……………………………………
Balkish duduk di bangku buluh di bawah pohon depan rumah ayah, lamunannya melayang tinggi hinggap entah ke mana. Pandangannya kosong. Hilai tawa Iman dah Fahmi yang sedang asyik bermain tidak menganggu lamunan panjang itu.
Fahim memberhentikan motornya di depan rumah dan berjalan kea rah kakaknya. Balkish disapa.
“jauh termenung”
Lamunan itu terhenti saat terdengar suara Fahim dari sisinya. Balkish senyum kepada adik lelakinya itu. Fahim mengambil tempat di sebelah Balkish.
“Macaman kuliah?” soal Balkish.
“Ok je kak, macam biasa” balas Fahim. Adik lelakinya itu memang pintar orangnya jadi pasti dia boleh menerima pembelajarannya dengan baik.
“Akak macamana pula?’ soal Fahim.
“Macam biasa jelah. Macam ni” beritahu Balkish.
“Suami akak macamana?’ soal Fahim. Balkish terdiam. malas mahu menjawab sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan Amin.
“Akak, Fahim tak suka tengok akak macam ni. Mengelamun sana, mengelamun sini. Susah-susah, akak minta je cerai. Akak pun dah ada kerja sekarang kan, dah boleh berdikari dan tak terlalu bergantung ke suami” kata Fahim.
“Apa Him cakap ni? Janganlah fikir pasal akak. Him tu kena tumpukan perhatian dengan pembelajaran. Jangan peningkan kepala dengan masalah akak” beritahu Balkish.
“Akak, kalau akak nak tahu, ibu tu tiap hari mengeluh pasal akak, risaukan akak. Him juga tak nak tengok akak sedih-sedih lagi”
 Balkish Diam. “Kalau tengok keadaan akak sekarang ni, ada laki tapi macam tak ada laki”
“Him. Jangan cakap yang bukan-bukan lagi. kalau ibu dengar nanti ibu marah”
“Akak fikirlah kak. Suami akak tu macam tak wujud je dalam keluarga kita ni” sambung Fahim.
“Dahlah, jangan emo sangat, nanti cepat tua. Akak masuk dulu. tengokkan si Iman dengan Fahmi tu” beritahu Balkish. dia sengaja mahu melarikan diri daripada Fahim. Tidak mahu perbualan tentang topic penceraian itu berlanjutan lagi. cerai! Senang sahaja mengucapkannya tapi bersediakah aku? Hidup bergelar janda anak satu. Iman pula macamanan terpaksa membesar dengan membahagikan masa antara aku dan papanya. Bolehkah Iman membesar seperti kanak-kanak lain kalau aku dan Amin bercerai? Mahukah Amin melepaskan aku? Mahukah aku dilepaskan oleh Amin?
Balkish melangkah masuk ke dapur, Farah sedang menggoreng kuih cempedak goring sementara Fatin membantu memotong sayur untuk dimasak sebagai juadah makan malam nanti. Balkish mengambil tempat di samping Fatin, membantu adiknya itu.
“Sekolah macamana, adik?” soal Balkish ke[ada Fatin di depannya.
“Fatin dapat nombor lima kak exam hari tu” beritahu Fatin dengan gembiranya.
“Pandainya adik akak ni” puji Balkish ikhlas.
“Nombor lima pun kelas nombor dua buat apa” sampuk Farah.
Fatin mencebik, mahu mekawan cakap Farah dia takut.
“Taka pa, nanti Fatin kena usahla lebih gigih lagi supaya dapat naik kelas kan?” pujuk Balkish. Fain mngangguk laju. Suka dipuji oleh Balkish.
“KAk, banyak cempedak ni, nanti bawalah balik sikit. Abang Amin suka juga makan kuih cempedak goring ni” beritahu Farah. Dia kemudiannya membawa sepinggan cempedak goring dan dihulurkan kepada Balkish.
“Baik betul Farah dengan Amin. mana farah tahu dia suka kuih ni?” soal Balkish. cemburukah aku? Eh takkan dengan adik sendiri pun nak cemburu? Melampaulah aku ni.
‘Abang Amin tu selalu je datang sini tanpa pengetahuan akak, jenguk ibu, ayah dan adik-adik, tu pasal Farah tahu. Kakak je yang sengaja pejamkan mata tak nak tengok kebaikan abang Amin’ Farah menjawab, tapi hanya di dalam hati. Dia tidak berani juga emberitahu kebanaran itu kepada kakaknya.
“Akak kenapa tak datang dengan Abang Amin dengan Sufi?” soal Fatin.
“Dia sibuk”
“Tapi hari tu”
Sebelum sempat Fatin menghabiskan kata-katanya tentang kedatangan Amin beberapa minggu yang lalu, Farah cepat-cepat memintas, “Fatin! Cepat sikit potong sayur tu. asyik bercakap je pot pet pot pet” marah Farah. Balkish berasa pelik. Apa sebenarnya yang cuba diberitahu oleh Fatin sehingga mengundang marah pada Farah? Dia dapat merasakan yang ada sesuatu yang disembunyikan oleh kedua orang adiknya itu.
Setelah selesai makan dan solat Isyak, Balkish duduk di sofa sambil menunggu Iman yang sedang brsiap-siap untuk pulang.
“Iman, cepat sikit” panggil Balkish.
“Wait lah ma. Lime minit lagi” laung Iman. Dia masih berbual-bual dengan Fahmi. Ada-ada sahaja kerenah si Iman ni. Dan Fahmi pula mahu melayan celothe anak saudaranya itu.
“Nanti datanglah lagi. ajak Amin sekali” beritahu Aminah. Dia tahu anaknya itu tidak berbaik lagi dengan Amin tapi dia tidak mahu mengikut sangat angin si Balkish ni. Kadang-kadang dia sendiri malu ke keluarga Datin Hasmah dan Dato' Sahar tentang perangai Balkish yang keras kepala ni. Tapi juga tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan oleh dia dan suaminya. Mereka pernah menegur sikap Balkish terhadap Amin tapi anak sulung mereka itu tidak mahu mendengar. Dato' Sahar dan Datin Hasmah juga melayan sahaja kerenah Balkish ni, sesungguh besan mereka itu sangat baik sampaikan Aminah segan untuuk bertemu dengan mereka. sudah banyak keluarga Amin itu membantu eluarganya sedangkan dia belum pernah memberikan mereka apa-apa. Ditambah pula dengan perangai si Balkish ni yang macam-macam.
“Kalau menantu ibu nak datang, tak perlu pun Balkish nak ajak dia datang ibu” Balkish menjawab. Sakit hatinya mendengar ibu menyebut nama Amin. kenapa ibu tak pernah mahu berhenti menyebut nama Amin? baik sangatkah si Amin tu? kalau baik,  pasti dia akan datang menjenguk keluarganya, tak perlu pun nak tunggu diajak baru nak datang.
“Balkish! ayah tak ajar Balkish cakap macam tu dengan ibu!” marah Tahir.
“Maaf ibu. Cuma Balkish tak suka kalau dengar nama Amin” balas Balkish. Aminah hanya diam, dia bertukar pandangan dengan suaminya.
“Sampai bila Balkish nak macam ni? Amin tu suami Balkish. cubalah kamu berdua berbincang elok-elok, cari jalan penyelesaian” tegur Tahir.
“Ayah, laki macam Amin tu buat sakit hati orang je. Jalan penyelesaian yang ada untuk kami adalah Amin lepaskan Balkish” beritahu Balkish.
Tahir menggelengkan kepala tanda tidak percaya yang kata-kata itu keluar dari mulut Balkish.
“Abang, tengoklah apa dah jadi dekat anak kita ni bang” Aminah seakan-akan mahu menangis. Dia sedih mendengar perkataan cerai yang meniti di bibir Balkish bagaikan tidak membawa erti apa-apa. Sedangkan perkataan itu adalah penghujung nyawa bagi seorang wanita. Tapi Balkish, senang sahaja mengucapkannya, di depan dia dan suaminya.
“ayah. Amin tu Cuma ayah kepada Iman. Kami tak pernah ada rasa apa-apa. Balkish tak pernah saying dia ayah. Selepas apa yang dia dah buat kepada Balkish, tak mungkin Balkish akan menyukai lelaki yang pernah meragut maruah Balkish” sambung Balkish.
“Kau balik! Ayah tak nak tengok lagi muka kau kat sini. Apa dah adi dengan kau ni? Kau langsung tak hormat ayah dengan ibu!”
“Aminah, hantar anak awak tu keluar. saya tak nak tengok lagi muka dia dekat sini”
Balkish jadi tergamam. Dia tidak menyangka ayahnya marah sekali sampai tergamak mengusirnya keluar. kenapa? Mulia sangat ke si Amin ni sampai ayah dan ibu juga menyebelahinya daripada aku? Sampai ayah marah sekali dengan aku? Apa salah aku? Amin tu budak jahat. Dia yang meragut maruah aku dulu, kenapa ayah yang dulu menyebelahi ku, sekarang ayah memihak pula kepada Amin?
“Iman jom kita balik” ajak Balkish. Iman berlalri-lari mendapatkan mamanya. Anak kecil itu pelik melihat wajah atuknya yang kelihatan marah dan neneknya yang hampir-hampir menangis.
“mama” Iman berjalan dan memegang tangan Balkish.
Balkish berjalan keluar ke keretanya sambil memegang tangan Iman. Aminan menemani Balkish sampai ke kereta.
“Balkish balik dulu ibu” ucap Balkish. dia bersalaman dengan ibunya.
“Nanti marah ayah tu dah reda, Balkish datanglah lagi. sekejap e tu ayah marah” pujuk Aminah. Balkish mengangguk terpaksa. Dia mengeluarkan dompetnya dan menghulurkan beberapa not wang kerta yang berjumlah tiga ratus ringgit kepada ibunya.
“Tak apalah Balkish. duit ibu ada lagi” huluran itu ditolak lembut.
“Ambillah ibu. Untuk adik-adik” pujuk Balkish.
“Tak apalah, Balkish simpan je duit ni untuk Iman dan untuk Balkish”
Duit pemberian Amin masih lagi banyak dan cukup untuk perbelanjaan bulan ini. menantunya itu tidak pernah lupa untuk mengirimkan wang belanja kepada adik-adik Balkish setiap bulan tapi semua itu dilakukan tanpa pengetahuan Balkish.
“Iman salam dengan nenek” surh Balkish. anaknya itu mencium tangan Aminah.
“Bawa kereta elok-elok. Dah malam dah ni” Balkish mengangguk sahaja. Dia mengundurkan kereta dan menukar gear pertama kereta itu dipandu keluar dari halaman rumah ayah.
“Mama gaduh dengan atuk?’ soal Iman.
“Tak adalah” protes Balkish.
“Habis kenapa mama macam nak nangis?’ soal Iman lagi.
“Mata mama masuk habuk. Iman tidurlah, mesti penatkan main dengan ayah su tadi?”
“Papa pesan, Iman kena jaga mama elok-elok. Iman yang kena ambil berat pasal mama kalau papa tak ada”
Balkish diam. kenapa semua orang harus menyebut nama Amin? kenapa? Ayah, ibu, Fahim dan sekarang Iman? Tak boleh ke mereka semua membiarkan dia hidup tenang tanpa Amin?
“Ah, mama. Hari tu kan masa Iman keluar dengan papa dengan abang, papa kata Iman budak baik kalau Iman tak cakap dalam masa lima minit. Papa panggil game tu moment of silence. Iman menang kalau Iman tak cakap dalam masa lima minit” cerita Iman tanpa disuruh. Teringat tentang papanya dan abang Sufi yang selalu melayan kerenahnya.
“Iman, Iman dia kejap boleh tak?”
“Mama nak main game moment of silence juga ke? Ok, Iman diam lepa Iman count untuil three. One, two, three” Iman diam serta merta selepa dia menghitung nombor dari pertama sampai ketiga. Balkish hanya melihat anaknya yang duduk di kerusi depan dengan seat belt terpasang ke tubuhnya mengetap bibir rapat-rapat supaya dia tidak bercakap. Pasti Amin sengaja mencipta game ini kerana bising atau bosan mendengar celothe Iman yang tak pernah mahu diam.
Balkish senyum lucu melihat gelagat Iman yang diam di tempat duduk.
“Tak penat ke diam tu?” soal Balkish. sengaja dia mahu menguji kesungguhan Iman dalam bermain permainan moment of silence itu. Iman hanya menggelengkan kepala. Dia tidak mahu terjebak dalam pertanyaan mamanya. Dia tahu kalau dia bersuara sekarang, pasti dia kalah dan mama akan berusaha untuk menganggu konsenterasi dia berdiam diri.
Balkish senyum lagi.
“Eh, jalan ni macam nak pergi rumah papa. Nak pergi ke tak?” soal Balkish. dia berpura-pura bercakap seorang diri.memang jalan simpang tiga di depannya itu jalan untuk ke rumah sewa Amin.
“Pergi. Pergilah ma. Please, please please!”
Balkish ketawa besar, hilang semua gundah di hati melihat kerenah dan gelagat Iman yang sering membuatkan semua orang tidak kering gusi. “\
“Mama saja test. Iman kalah” beritahu Balkish.
“Mama pergilah rumah papa.please. I promise I be a good boy”
“Please.please” rayu Iman lagi. di berdiri dan mencium pipi Balkish berulang kali. Balkish ketawa lucu.
“Duduk elok-elok” marah Balkish.
“But we go to papa” balas Iman. Balkish terpaksa mengangguk. Dia memandu keretanya membelok ke simpang kea rah rumah sewa Amin. jalan di perumahan itu agak kecil, jadi Balkish memandu perlahan-lahan. Tidak lama kemudian, mereka sampai ke rumah Amin. lampu rumah itu masih lagi menyala. Tanpa berlengah masa, Iman mencabut seat beltnya dan melompat keluar dari kereta.
“Iman, tunggu mama. Be carefull” tegur Balkish. dia mematikan enjin kereta dan turut keluar. pintu pagar rumah berkunci, Iman memberi salam. Tidak lama kemudian, muncul Amin dari pintu rumahnya. Lelaki itu kehairanan melihat kehadiran Balkish dan Iman di depan rumahnya.
“Balkish, buat apa sini malam-malam ni?’ soal Amin pelik.
“Anak awak nak jumpa awak. Kebetulan kami dari rumah ayah” jawab Balkish. Iman berlari-lari masuk ke dalam rumah. Dia mencari Sufi. Balkish serba-salah. Terasa salah pula menuju ke rumah ini jam-jam begini, nanti apa pula Amin fikir. Perigi mencari timbakah aku ini?
“Masuklah” ajak Amin.
“Tak payahlah, tak manis pula” jawab Balkish.
“Apa pula. Awak tu isteri saya kan?”
Apa pula sekarang ni? Rasanya baru tadi dia marahkan Amin, sampai bergaduh dengan ayah pasal Amin sekarang ini, dia pula yang datang mencari Amin? Balkish, what do you want actually?
“Tak apalah, dah lambat ni. Saya balik dululah”
“Iman?”
“Awak tanyalah dia, kalau dia nak tidur sini. Besoklah awak hantar dia” beritahu Balkish. Amin masuk kembali ke rumahnya sementara Balkish hanya menunggu di luar pagar. Sebentar kemudian Amin muncul dengan jawapan.
“Besoklah abang hantar dia”
Balkish mengangguk. Dia kembali ke keretanya sambil ditemani oleh Amin.
“Hati-hati bawa kereta” pesan Amin.
Balkish mengangguk.
“Bye” “Sayang” keluar juga panggilan saying itu dari mulut Amin.
Balkish mengangguk sahaja. Dia kemudiannya memandu keretany untuk kembali ke rumah papa. Esok dia bekerja jadi dia harus tidur awal.
Amin. masih seperti dulu, tampan dan kacak walaupun hanya bercelana pedek dan tshirt round neck. Balkish senyum sendiri.

Bab 59
Dua tahun kemudian
Balkish menapak masuk ke bilik pejabat bosnya. Lelaki itu kelihatan menggerunkan. Sibuk dengan beberapa projek dan tender yang akan dibida oleh syarikat.  Apakah reaksinya nanti apabila menerima dokumen ini daripadanya.
“Ada apa?’ jerkah Amin. posisi dan kerusi yang dulunya disandang oleh Dato' Sahar kini telah menjadi milik Amin sepenuhnya. Balkish tercegat berdiri di hadapan Amin.
Dokumen dalam sampul kuning bersiza A4 itu bertukar tangan. Amin meletakkan dokumen itu di mejanya.
“Amin, saya rasa awak perlu tengok dulu isi dokumen tu” beritahu Balkish.
“Nantilah. I sibuk” beritahu Amin. hari ini dia kehilangan sebuah tender projek besar yang telah ditandai olehnya sejak sebulan yang lalu. Projek itu jath ke tangan pesaing syarikat ini dan Amin berasa sangat kecewa. Nilai yang dibida oleh syrikatnya berbeza tipis dengan syarikat pesaing yang telah Berjaya mendapatkan tender itu.
“I think you should look at it” balas Balkish.
Mereka berdua bertentang mata, Balkish segera melarikan pandangannya, tidak sanggup dia bertentang mata dengan Amin lama-lama. Dia bersalah kepada lelaki itu.
Isi dalam sampul kuning itu dikeluarkan.
“Apa ni?” marah Amin saat dia mengetahui isi dokumen itu.
“Dokumen cerai kita. Dan kalau you tak nak ceraikan I cara biasa, I akan minta fasakh”
Dokumen itu dihamburkan ke muka Balkish. Amin berdiri dari duduknya dan pergi menutup tirai pejabat supaya pekerja-pekerjanya tidak dapat melihat suatu perang dunia yang akan tercetus sebentar lagi.
“Kau gila ke? Hah! nak minta cerai dari aku?” soal Amin marah.
“Kita tak pernah hidup macam suami isteri. Sama je. Saya tak nak terinkat lagi dengan perkahwinan kita yang pelik ni”
“Nilah kerja kau minta cuti minggu lepas? Rupa-rupanya kau pergi mahkamah, failkan kes cerai”
Balkish diam. memang tekaan Amin itu benar belaka. Dan dia melakukan semuanya atas kehendak dia sendiri Cuma dia mendapat bantuan dari Fahim.
“Kau tak malu ke? Dekat papa, mama, ayah, ibu? Tak malu ke? Kalau tak fikirkan aku, fikirlah perasan dia orang”
“Saya keluar dulu. awak akan dapat call dari lawyer saya nanti” beritahu Balkish. Amin menarik tangan Balkish dan menolak tubuh wanita itu ke mejanya. Balkish jadi takut. Tenaga Amin sangat kuat sehingga mejanya itu terdorong ke balakang.
“Aku takkan lepaskan kau Balkish. kau buatlah apa kau nak, tapi aku takkan biarkan kau hidup bahagia dengan lelaki lain” marah Amin lagi.
“Amin kalau you buat pelik-pelik, I akan jerit biar semua staf dekat office ni tahu siapa bos mereka yang sebenar” ugut Balkish. dia sudah tidak mempunyai jalan lain. Perbuatan dan kebengisan Amin membuatkan dia takut. Dia khuatir yang dia kaan dilukai oleh Amin sekali lagi.
Balkish berlalu pergi. Tombol pintu dibuka dan kelihata Gina dan kak Bibi menguping teliangan di daun pintu. Mereka berdua tedorong masuk ke dalam bilik Amin tatkala Balkish membuka pintu itu dengan rakus. Kedua wanita itu kemudiannya tercegat dan senyum kambing. Balkish tidak menghiraukan mereka dan keluar dari syarikat itu.
Gina dan Kak Bibi tersipu malu depan Amin kerana kelakuan mereka yang mencuri dengar pergaduhan antara bos mereka denga Balkish itu.
“Sorry bos, kuat sangat sampai dengar kat luar tadi” beritahu Gina apabila dia disku terus0terus oleh Kak Bibi.
“Keluar” arah Amin.
Balkish memandu keretanya ke rumah ayah, dia tidak mahumemberitahu apa-apa kepada ayah atau ibu keranamereka berdua pasti akan memerahinya. Balkish hanya menegur ibu lemah saat dia terserempak dengan ibu di perkarangan rumah. Pertanyaan ibu juga tidak sempat dijawab, Balkish terus masuk ke dalam biliknya.
Aminah memandang Balkish pelik, anaknya itu dilihat lemah dan tidak pernah Balkish datang ke rumah pada jam-jam begini. Penyapu lidi di tangan disimpan di depan pintu. Aminan menapak masuk ke dalam rumah dan mengetuk daun pintu bilik Balkish.
“Balkish!” panggil Aminah lembut. Tiada sahutan daripada anaknya di dalam bilik.
Aminah memanggil lagi.
“Ya, ibu” jawab Balkish.
“Kenapa ni?” soal Aminah risau.
“Ibu Balkish nak rehat kejap. Nanti Balkish keluar ye” jawab Balkish.
Aminah tidak sedap hati. Kenapa ni? Hatinya risau, kenapa sekarang Balkish di sini? Tidak sihatkah dia? Sebab itu tidak ke pejabat. Fikir Aminah. Tapi kalau tidak sihat, takkan Amin tidak menjaga Balkish? setahunya menantunya itu prihatin orangnya. Amin ke ruang tamu dan mencapai telefon bimbitnya yang sedang dicas. Nombor telefon Farah ditekan.
Salamnya dijawab oleh sang anak.
Suara Farah kedengaran gentar dan terkejut.
“Ada apa ibu?’soal Farah.
“Ada apa-apa ke kat pejabat?” soal Aminah.
“”Kenapa ibu Tanya macam tu?” soal Farah terkejut. Tidak disangka berita yang sedang tersebar di pejabat mereak itu sudah sampai ke pengetahuan ibu. Kuat sungguh naluri seorang ibu.
“Kak Balkish kau ni ada dekat rumah sekarang ni. Dia brgaduh dengan abang Amin kau ke?’ soal Aminah risau.
“Ibu, nanti farah bagitahu Abang Amin kaka dekat rumah. Nanti Farah cerita dekat ibu semua, tapi ibu jangan terkejut ye. Tunggu Farah balik. Abang Amin tengah cari kak Balkish ni” eritahu Farah.
“Ibu tak sedap hatilah Farah. Ceritalah dekat ibu” pujuk Aminah.
“Ayah mana ibu?” soal Farah.
“Pergi kebun Pak Mail”
“Ibu tunggu Farah balik ye. Sebelum tu ibu cubalah pujuk kak Balkish. farah ke rumah dengan abang Amin nanti” beritahu farah.
Panggilan itu kemudiannya dimatikan. Farah menelefon abang iparnya yang telah keuar beberapa saat yang lalu. Semua orang terdiam apabila mendengar pergaduhan antara Balkish dan Amin sebentar tadi. tidak lama setelah itu, Balkish keluar dari pejabat dan disusuli oleh Amin.
Panggilan Farah tidak diangkat, Farah menghantar pesanan tringkas sahaja kea bang iparnya memberitahu keberadaan kakaknya di rumah ayah. Tidak lama kemudian Farah mengambil beg tangannya dan mengangkat punggung dari kerusi. teman baiknya menegur.
“Kau nak ke mana tu?” soal Hamzan.
“Aku balik dulu. aku ambil cuti sakitlah hari ni” beritahu Farah. Hamzan mengangguk faham.
………………….
Apabila membaca pesanan ringkas dari Farah, dia memutar stereng kereta di UTurn, rumah ayah yang dituju. Kereta dipandu dengan laju sekali. Amin sudah tidak enghiraukan saman kereta yang terpaksa dibayar olehnya nanti, yang penting dia harus minta penjelasan daripada Balkish sekarang berkenaan surat cerai mereka. tiba-tiba Amin membelok mendadak di pinggir jalan sehinggakan kereta belakang yang sedang memandu dalam kelajuan sederhana memberikan hon yang panjang dan kuat. Amin memukul stereng kereta tanda marah. Dia keluar dari perut kereta dan berdiri menyandar di pintu. Tak guna dia mencari Balkish dalam keadaan marah macam ni! Takut apa pula yang terjadi kepada mereka nanti. Bertemu dengan Balkish sekarang mungkin akan mebawa padah yang buruk dan mengeruhkan lagi keadaan mereka. Amin beristighbar beberapa kali.
…………………
Farah akhirnya sampai di rumah, tapi diaberasa hairan kerana tidak melihat kereta Amin di perkarangan rumah. Pesanan smsmnya sudah sampai kea bang.
Farah masuk ke dalam rumah, ibu mendapatkannya untuk meminta penjelasan. Wajah ibu sudah panic apabila melihat kedua orang anak perempuannya berada di rumah saat waktu bekerja. Farah akhirnya menceritakan segala-galanya kepada ibu. Sedih hatinya melihat ibu menangis teresak-esak apabila mendengar cerita tentang kak Farah.
………………………….
Pintu bilik diketuk dengan kuat sekali, Balkish terasa gentar apabila mendengar suara ayah memekik menyuruhnya membuka pintu dan keluar. ayah kalau marah memang macam tu!
“Buka pintu ni!” arah ayah.
Balkish memulas tombol pintu dan melihat ayah, ibu serta Farah sedang tercegat di hadapannya.
“Betul apa yang ayah dengar?” soal Tahir.
Balkish melihat ke arah Farah. Pasti adiknya itu telah menceritakan segala-galanya kepada kedua orangtua mereka.
“Kau bagitahu?” soal Balkish marah.
Mendengar suara Balkish yang biadap memarahai Farah, Tahir jadi marag. Mahu sahaja dia menampar pipi anak sulungnya tu. dia tidak membesarkan Balkish untuk menjadi biadap begini.
“Abang” Aminah sempat melarang. Dia tahu suaminya sedang marah dan Balkish juga sedang marah. Kedua-dua orang yang disayanginya itu memilik sikap yang sama, tegas dank eras kepala. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?
Aminan cepat-cepat menarik tangan Balkish ke sofa untuk berbincang. Berita tentang penceraian yang dibawa oleh Farah itu membuatkan dia dan tahir sedih dengan keputusan mendadak yang diambil oleh Balkish itu. Aminah duduk di samping Balkish.
“Apa Balkish buat ni? Mama terkejut dengar berita ni” soal Aminah lembut.
“Balkish dah bagitahu Amin ibu” beritahu Balkish. suaranya datar dan wajahnya serius. Jelas di penglihatannya anaknya itu telah mengambil keputusan muktamad. Air matanya menitis.
“Apa Balkish buat ni? Kesian Amin” balas Aminah.
“Ibu lelaki tu tak pernah pun Balkish anggap macam suami Balkish. ibu lupa ke dia yang rogol Balkish dulu”
Farah terkejut. Bulat matanya melihat kerah kakaknya. Farah kemudian melihat keraha ibu dan ayah. Ayah dan ibu seperti tahu tentang kenyataan itu.
Bunyi tamparan ayah melekat di pipi Balkish bertambah mengejutkan semua orang.
“Kau jangan biadap dengan ibu. Aku tak pernah besarkan anak-anak aku jadi biadap macam ni” marah Tahir.
“Abang, abang dahlah” pujuk Aminah pula. Risaunya takut pergaduhan itu berterusan lagi.
“Ayah ibu, semua orang nak menagkan Amin pula sekarang? kenapa semua orang Nampak Balkish je yang salah? Amin tu apa? Malaikat. Dah lama Balkish bertahan, cukuplah sampai sini. Ibu dan ayah juga kan pernah cakap dulu sebelum Balkish berkahwin dengan Amin. Semua keputusan Balkish, ibu dan ayah akan sokong” balas Balkish.
“Kau buta ke Balkish?” soal Tahir marah.
“Abang” pujuk Aminah lagi.
Aminah menyentuh paha Balkish.
“ibu tahu Balkish tengah marah, ibu nak Balkish dengar je dulu. bagi kami Amin tu dah cukup baik selama ni. Dia tak pernah menyakiti Balkish lagi kan? Ada tak dia ulang hal-hal dulu dia tu? tak ada kan? Dia dah berubah Balkish Cuma Balkish kena bagi dia peluang. Suami mana sanggup tunggu bertahun-tahun untuk Balkish bagi dia peluang?
Balkish menggeleng. Kalau boleh kata-kata ibu itu tdak mahu dmasukkan ke fikirannya, dia tidak mahu nanti kata-kata itu membuatkan dia berubah pendapat. Hal ini muktamad. Dia nekad.
“Balkish dengar dulu ibu cerita” sambung Aminah.
Balkish diam.
“Dia jaga Balkish dngan baik masa Balkish mengandung dulu. makan minum Balkish semua dia jaga. Dengan Iman pun ibu tengok dia lebih rapat daripada Balkish. janganlah macam ni, tak baik kita isteri minta cerai dari suami. Tempat Balkish di sisi Amin. dah bertahun-tahun Balkish, kenapa Balkish tak cuba memaafkan kesalahan Amin yang dulu. dia dah berubah”
“Ibu tak tahu ibu” beritahu Balkish. kai ini dia sudah tidak data menahan sedihnya. Air matanya laju menitis di pipi.
“Ibu tak faham. Semua orang tak faham. Amin takkan pernah berubah. Dia selalu sakitkan hati Balkish, selalu nak buat Balkish marah dengan dia. Balkish dah cuba ibu, tapi Balkish tetap tak boleh maafkan kesalahan dia. Dengan Sufi lagi. tiap kali Balkish pandag Sufi Balkish pasti teringatkan arwah Tina”
Amin memeluk Balkish erat-erat. Anak sulungnya itu menangis sepuas-puasnya.
Farah yang sejak dari tadi hanya berdiam diri, mengesat air matanya. dia berasa simpati dengan nasib kakaknya, selama ini dia beasa hidup Balkish lebih beruntung dariadanya, mendapat suami yang baik dan bertanggungjawab macam abang Amin tetapi ternyata ada duka disebalik kegigihan dan kecekalan kakanya itu. Farah bangun dari duduknya dan memeluk erta tubuh Balkish. dia juga turut menangis.
……………………………………
Tahir mencuci tanganya. Makan malamnya tidak dihabiskan.
“Awak dah telefon keluarga Amin?” soal tahir.
“Belum, bang”
“Kita yang kena telefon dulu. saya malu nak jumpa Sahar tapi anak kita yang buat perangai” balas tahir.
“Saya pun malu, bang. Mereka kalau ada apa-apa cepat je bagitahu kita. Tapi sekarang ni, saya malu sangat dekat hasmah tu, bang. Dahlah mereka keluarga baik-baik”
“Dah tu anak awak tu sampai bila nak tinggal sini?” soal Tahir. Marahnya masih bersisa.
“Biarlah, bang dia dekat sini. Nanti apa-apa susah pula kita nak cari dia.
“Ami nada telefon?” soal Tahir lagi.
“Belum, bang”
Tahir mengeluh berat. Dia kemudiannya berlalu pergi. Aminah risau, Balkish sejak dari petang tadi asyik berkurung sahaj di dalam bilik, makan malam pun tidak. Apa nak jadi dekat anaknya yang seorang itu. setelah selesai makan, Aminah mengetuk seklai lagi pintu anaknya untuk mengajak Balkish makan tapi Balkish menolak. Amin kembali ke kamarnya.

Bab 60
Balkish duduk di bangku bamboo, pandangannya kosong. Matanya lebam kerana menangis semalaman. Dia cuba mengambil pendapat ibu dalam hal ini. kata-kaa ibu semalam membuatkan dia menimbang kembali keputusannya. Tina shirt lusuh yang longgar dipakainya menggerbang ditiup angin kuat, waktu pagi-pagi begini, jarang angin sekuat egini kecuali hari mahu hujan. Dia memandang ke langit melihat awah kelabu yang menutup sinar maTahiri.
“Farah pergi kerja dulu , ibu” beritahu Farah. Dia menyalami tangan Aminah. Sejak dari tadi dia memerhatikan anaknya yangduduk di bangku bamboo. Dia bersimpati pada Balkish tapi bukan begin jalan enyelesaiannya. Farah juga melihat kea rah Balkish. dia menyarungkan kasutnya dan berjalan kea rah kakanya.
“Kak” sapa Farah.
“Ya” senyum Balkish.
“Farah nak cakap sikit boleh?” soal Farah. Dia takut bakal melukai kakanya dan menambah luka yang sedia ada.
“Farah pun nak marah kakak?” soal Balkish. dia cuba untuk tersenyum tapi senyuman itu kekok sekali di wajahnya.
Farah berjalan mendekati tubuh Balkish yang masih lagi duduk di bangku.
“Farah sebenarnya cemburu dengan akak selama ni” beritahu Farah.
“Oh, sebab tulah farah selalu jawab sikit je kalau akak tegur” Balkish cuba untuk bergurau.
“Akak Berjaya, ada karier dan akak tahu ke mana hala tuju hidup akak. Akan rajin belajar, akan kuat semangat untuk kejar cita-cita akak. Farah cemburu sebab semua tu. kenapalah farah tak ada sifat-sifat macam tu dalam diri Farah? Sekarang, Farah juga masih cemburu dengan kejayaan akak. Akak beruntung ada Abang Amin. suami yang boleh sokong akak dalam apa juga keputusan akak. Farah juga cemburu sebab akak ada suami yang penyayang dan baik macam abang Amin”
Balkish diam. ikutkan hati, mahu sahaja dia mengangkat kaki dan berlalu.
“Abang Amin baik kak. Mungkin akak tak tahu, dan ibu dan ayah juga tak nak cerita pasal ni sebab Abang Amin suruh rahsiakan dari pengetahuan akak. Tapi Farah tak terikat dengan janji kepada Abang Amin. sebelum kakak ambil keputusan yang kakak akan menyesal, Farah nak akak tahu abang Amin”
mereka terpandang sebuah kereta BMW yang dipandu menuju ke rumah mereka. kata-kata Farah terhenti separuh jalan. Mereka berdua kenal akan kereta itu. Balkish yang sejak dari tadi berdiam diri, mula takur apabila melihat kereta BMW yang cukup d kenalinya. Dia berdiri dari bangku dan hanya tercegat untuk melihat siapakah gerangan tetamu mereka itu. wajah papa dan wajah mama mula kelihatan di pandangannya. Dari jauh Balkish dapat melihat sesusuk tubuh lelaki yang sedang menunggu di di kerusi pemandu. Wak? Atau Amin?
“Assalamualaikum, Balkish” sapa Datin Hasmah.
Balkish cuba untuk senyum kepada ibu mertuanya itu tapi dia tidak bisa. Rasa bersalahnya menggunung buat mama dan papa. Balkish minta maaf mama!
“Abang, Assalamulaikum” Dato' Sahar mengangkat tangan menyapa Tahir yang sedang berjalan kea rah mereka. tidak lama kemudian Hasmah dan farah datang juga menyapa. Balkish berjalan kea rah mama dan menicium tangan mama. Mama memeluk Balkish erat, wanita yang lebih muda daripada ibu itu kemudian mengesat air mata yang Berjaya membasahi pipi.
“Balkish minta maaf mama?” ucap Balkish dengan seribu penyesalan. Datin Hasmah hanya mengangguk-angguk faham. Dalam situasi itu dia terpandang wajah Amin yang sedang duduk di tenpat pemandu. Baru sahaja dia mahu marah, Datin Hasmah segera menarik tangan Balkish mengikut mereka untuk masuk ke dalam rumah. Balkish duduk bersama-sama keluarganya dengan pandangnnya hanya tertunduk ke lantai. Dia tidak bernai menatap pandangan papa atau mama.
“Mana Amin?” soal ayah semacam tidak ada apa-apa yang berlaku antara Balkish dan Amin.
“Dia tunggu kat kereta je, abang” balas Dato' Sahar. Tidak lama kemudian farah datang dengan menatang sedulang air minuman untuk tetamu mereka.
“Iman sihat mama?” soal Balkish.
“Iman dengan Sufi sihat” balas Datin Hasmah. dia kemudiannya melihat kea rah suaminya, berharap agar suaminya bersuara menytakan hajat mereka untuk datang berbincang tentang masalah antara anak mereka ini.
“Abang, maaflah datang terlambat sikit” beritahu Dato' Sahar.
“Apa pula, abang yang suruh datang kan” sampuk Tahir.
“Kami datang ni sebab nak berbincang pasal Balkish dengan Amin” beritahu Dato' Sahar.
“Kami un tak sangka bila tahu pasal ni” beritahu Dato' Sahar. Anak lelakinya itu pulang ke rumah semalam dengan wajahnya yang sembap.
“Kami Cuma nak tahu, apa salah anak kami?” sambung Dato' Sahar tapi kata-katanya terputus di situ.
“Setahu saya, Amin jaga Balkish dengan baik, jaga Iman dengan baik. Tapi kenapa sampai boleh jadi macam ni?” soal Dato' Sahar lagi.
Suasana hening seketika. Semua orang tertunduk, masing-masing cuba menyembunyikan duka.
“Pa, Balkish minta maaf” sedu mula kedengaran dalam suara Balkish. jelas sekali dia berasa bersalah kerana melukai hati papa dan mama yang telah menjaganya seperti anak mereka selama ini. bahkan Balkish dapat merasakan yang papa dan mama menyanyanginya lebih daripada mereka menyayangi Amin. dia diberikan tempat tinggal sedangkan Amin, anak mereka sendiri hidup di rumah sewa.
“Balkish, maafkanlah Amin. dia dah banyak berubah” suara Datin Hasmah pula kedengaran. Wanita itu juga menangis. Aminah yang sejak dari tadi berdiam diri, memegang tangan besannya itu.
“Mama” panggil Balkish. dia menyangi ibu mertuanya dan melihat wanita itu terluka dengan keputusannya hatinya dirundung sayu. Tapi dia nekad. Amin takkan pernah berubah.
“Amin dah berubah Balkish. selama ni papa diam je. Abang, saya minta maaf awal-awal kalau kata-kata saya ni menyinggung abang sekeluarga” beritahu Dato' Sahar.
“Amin dah berubah. Dia bukan macam dulu lagi dan semua tu sebab Balkish. dah bertahun-tahun Amin tunggu Balkish untuk terima dia, tapi dia tidak pernah memaksa Balkish. papa tengok sendiri perubahan Amin. selama dia berkahwin dengan Balkish, dia dah bertanggunjawab jaga Balkish dengan Iman dengan sedaya upaya. Kadang-kadang tak pergi class sebab jagakan Iman sementara Balkish sibuk dengan assignment dan exam. Papa tak kisah, sebab papa tahu Amin berusaha untuk jaga kerukunan Balkish sekeluarga. Dlu mungkin dia suka main-main, tapi perkahwinan kamu berdua ajar dia rasa tanggungjawab. Dia dah tak pergi melepak dengan kawan-kawan dia, dia pergi kelas agama dengan ustaz Wahid. Pernah dia memperkenalkan Ustaz Wahid ke papa dulu masa solat jenazah arwah Tina” beritahu Dato' Sahar.
Balkish tunduk, kata-kata papa itu membuatkan tangisannya semakin deras. Betulkah apa yang diberitahu oleh papa? Takkan papa nak berbohong. Betulkah Amin dah berubah? 
“Apa yang buat Balkish terfikir nak berpisah?” soal Dato' Sahar.
“Tina?” kata Balkish.
“Tina cerita lama dia, Balkish. sekarang dia saying Balkish seorang je” beritahu Dato' Sahar.
“Dan Sufi, bukan anak Amin dengan arwah Tina. Sufi anak arwah dengan bekas suami dia. Arwah minta tolong Amin untuk jaga Sufi macam anaknya sendiri” beritahu Dato' Sahar lagi.
Balkish melihat kea rah papa.
“Kenapa semua ni baru nak bagitahu Balkish?” tangisan Balkish semakin kuat. Dia bangun berdiri.
Amin barlari-lari masuk ke rumah saat mendengar suara jeritan Balkish. dia tercegat di muka pintu melihat keluarganya sedang berbincang. Aminah yang risau melihat anaknya pergi mendapatkan Balkish dan memeluk tubuh itu. Balkish menangis sekuat hati dalam pelukan ibunya.
“Kenapa semua orang tak cakap apa-apa selama ni. Kenapa sekarang?” soal Balkish lagi. dia meratap kesedihannya.
“Semua orang nak tengok Balkish macam orang bodoh kan? Tak tahu apa-apa” marah Balkish lagi. dia meraung sekuat hati. Dia rasa dirinya ditipu bulat-bulat oleh Amin dan keluarganya. Kenapa mereka semua merahsiakan semuanya daripe ngeteahuan aku? Dan kenapa sekarang mahu menceritakan segala-galanya? Saat dia sudah mengambil keputusan untuk berpisah dengan Amin? kenapa semua orang nak tengok aku hidup sengsara?
Balkish mahu masuk ke biliknya untuk mengemaskan barang-barangnya dan saat itulah dia melihat Amin tercegat memandang ke arahnya. Balkish melulu kea rah lelaki itu.
“Semua ni salah kau. Kau saja nak buat aku rasa macam ni. Kau saja je nak semua orang cakap aku salah” marah Balkish. Amin memegang lengan Balkish.
“Balkish, dengar dulu penjelasan abang” pujuk Amin.
Tahir yang diam dari tadi berasa geram dengan perangai Balkish yang biadap terhapa suaminya sendiri di hadapan kedua orang mertuanya. Lengannya ditarik oleh Aminah.
“Argh, aku benci kau!” herdik Balkish. dia meninggalkan Amin namun lelaki itu mengejarnya. Balkish masuk ke dalam bilik dan mengemaskan pakaian-pakaiannya.
“Nak ke mana ni Balkish?” soal ibu terkejut.
“Maaf ibu. Balkish nak keluar” beritahu Balkish.
“Balkish!” panggil Amin.
“Jangan sentuh aku” marah Balkish. Amin mengejar langkah Balkish sampai ke luar rumah. Dia menahan pintu kereta Balkish daripada tertutup. Dan memaksa Balkish melihat ke arahnya.
“Nak ke mana ni?’ soal Amin lagi.
“Suka hati akulah”
“I need to know”
“Kenapa, sebab kau nak huru-harakan hidup aku lagi?” soal Balkish.
“Youre my wife. Berdosa kalau abang tak izinkan”
Balkish terdiam. dosa! Memang berdosa sebab dia masih lagi isteri Amin.
“Sebab tu aku nak kau lepaskan aku!” Balkish menolak tubuh Amin dari keretanya. Pintu kereta ditutup dan dia memandu laju keluar dari halaman rumah meninggalkan Amin sendirian.