Bab 56
Balkish
mengetuk pintu bilik pejabat sebelum dia masuk sambil membawa lima buah dikumen
besar yang tebal dalam tangannya. Balkish menolak pintu dengan tubuhnya dan dia
terkial-kial untuk masuk ke dalam
pejabat sedangkan Amin sekadar melihat. Balkish juga tidak ingin dibantu
tapi alangkah baik kalau lelaki itu memberikan bantuan.
Dokumen-dokumen
itu dihempapkan ke meja Amin, terkejut lelaki itu dibuatnya.
“This
document need your review” beritahu Balkish dan dia segera mengatur langkah
untuk keluar dari bilik pejabat itu.
Amin
menggeserkan tangannya di meja sengaja menolak dokumen-dokumen yang baru sahaja
diletakkan oleh Balkish. Langkah kaki Balkish terhenti saat dia mendengar bunyi
dokumen-dokumen itu jatuh ke lantai. Dia memandang Iman dengan pandangan tajam.
Lelaki itu sengaja membuatnya marah. Lelaki itu pula hanya melihat ke arahnya
seolah-olah dia tidak bersalah. Bertambah geram Balkish dibuatnya.
“Pick
it up” marah Balkish. dokumen-dokumen yang sudah berselerak di lantai ditunjuk
dengan tangan telunjuknya.
“Im
busy” balas Amin. dia senyum mengejek. Sengaja kaki kirinya disilangkan ke kaki
kanan dan Amin menyandarkan tubuh ke kerusi empuk miliknya itu.
“Papa
need you to review the document”
“It
not my job to do that”
“Tell
that to papa” marah Balkish. dia mahu cepat-cepat keluar dari bilik itu.
Amin
senyum. I’m lucky, Balkish because I know you keras kepala. Dan sebab perangai
you tu, I tahu you takkan lepaskan I semudah itu.
Amin
menekan nombor telefon kerani yang bekerja di bawahnya.
“Bob.
Masuk bilik saya kejap. Ada dokumen dekat lantai saya ni, saya nak awak buang”
sengaja Amin memanggil Bob sementara Balkish masih berada di biliknya. Dia
sengaja mahu menyakitkan hati Balkish. Rancangannya berhasil. Langkah kaki
Balkish terhenti sekali lagi.
Bob
tergopoh-gapah masuk ke bilik pebata Amin saat dipanggil oleh bosnya itu.
“Bob,
ni hah. Buang je semua ni. Sampah je ni. Buat menyemak je mata memandang”
beritahu Amin. dia memandang Balkish sengaja mengundang marah di hati gadis
itu.
Berapi
hati Balkish mendengar arahan daripada Amin itu. sampah dia kata! Setiap hujung
tahun aku tak tidur malam nak siapkan dan kemaskini akaun syarikat tapi bila
sampai depan Amin dia kata dokumen tu sampah! Kalau bukan sebab papa, dah lama
dah dia abaikan dokumen tu tapi amanah papa sebagai ketuanya harus ditunaikan.
Balkish
berjalan kea rah Bob yang sedang mengutip dokumen-dokumen di lantai. Dia
memnundukan diri membantu lelaki itu. dokumen-dokuumen yang sudah selsai
dikutip diletakkan di meja. Dato' Sahar senyum bangga, dapat mengalahkan gadis
itu hari ini.
“NI
account syarikat dalam masa lima tahun kebelakang ini. papa suruh awak rev
kasar tadi tidak berhasil, kali ini dia iem semuanya” beritahu Balkish. dia
akhirnya kalah kepada Amin hari ini, kalau dengan cara kasar tidak berhasil,
kali ini dia mencuba sekali lagi dengan cara baik.
“Saya
banyak kerja” balas Amin.
“Kalau
awak ada masa, bacalah. Kalau bukan sebab papa, saya pun tak nak berurusan
dengan awak” beritahu Balkish.
Amin
senyum sahaja. “Bob awak boleh keluar” dia menyuruh Bob, pekerjanya untuk
keluar. kali ini dia tidak mahu ada orang asing yang menganggu perbualan antara
dia dan Balkish. malu juga kalau kata-kata kasar daripada Balkish itu didengari
oleh orang bawahannnya. Jatuhlah maruahnya sedangkan dia ketua mereka. dan
kalau boleh dia tidak mahu pekerja-pekerjanya tahu tentang kedinginan hubungan
mereka suami isteri tapi, Balkish eperti tidak mahu berselindung langsung.
Memang tidak ada lagikah rasa hormat gadis itu buat dirinya?
“And
what if, sampai bila-bila pun saya takkan ada masa untuk review dokumen awak
ni” sengaja Amin mahu memancing kemarahan Balkish. gadis itu sering menyakiti
hatinya. Kali ini dia juga mahu berbuat yang sama kepada gadis itu.
“I
will keep on reminding you about it” balas Balkish tegas.
Amin
senyum. Rancangan dan kehendaknya berhasil. Akhirnya dia mengangguk
perlahan-lahan. Jawapan daripada Balkish itu menggembirakan hatinya,
senyumannya tidak dapat disembunyikan lagi. dia gembira kalau Balkish selalu
mengingatkannya tentang dokumen akaun syarikat itu. nanti ada juga alasan untuk dia berhubung
dengan Balkish.
“Im
counting in that” balas Amin.
“Now
if you don’t have anything else, you can leave. Im a buzy man Balkish” beritahu
Amin dia tidak mengendahkan pandangan tajam daripada Balkish. gadis itu
benar-benar marah diperlakukan ala kadar oleh Amin. segera dia mengatur langkah
keluar dari bilik pejabat itu. dalam hati, dia menyumpah lelaki ego itu. baru
sahaj bekerja dua hari di sini,dah mula nak berlagak dengannya yang sudah
bekerja setahun di syarikat ini.
“Bos”
panggil Malik mahu bertanya tentang kerja yang disuruh oleh Balkish kemarin.
“What!”
marah Balkish. lelaki itu pula yang menjadi kamgsa amukannya.
Amin
terdiam. “Im sorry Malik. Ada apa?” soal Malik.
Dia
bertanya tentang dokumen akaun syarikat yang dikehendaki oleh Dato' Sahar hari
Jumaat ini. Balkish memberitahu apa yang patut dibetulkan dan tidak lama
kemudian Malik kembali ke mejanya.
Balkish
menghempapkan tubuh ke kerusi empuk miliknya. Kejadia di bilik pejabat Amin
sebentar tadi benar-benar membuatkan dia marah. Lelaki itu seolah-olah cuba mempermainkannya
dan sekarang seperti dia sedang bersorak kegembiraan kerana kekalahanku. Susah
untuk dia bekerja dengan Amin tapi dia terpaksa belagak professional dan
mengenepikan semua masalah peribadi antara mereka berdua. Seringkali kalau
mereka berdua berada dalam satu siatuasi, pasti dia yang pertama hilang kawalan
diri. Ada-ada sahaja kesalahan yang dilakukannya apabila berada dekat dengan
Amin. ada apa dengan sebenarnya? kenapa aku perlu berkelakuan aneh sebegitu
apabila berada di sampingnya? Balkish mencuri pandang kea rah bilik pejabat
Amin. lelaki itu sekarang sedang bercakap di telefon bimbitnya.
‘Dengan
siapa dia berbual sampai gembira begitu?’ Amin tersenyum menampakkan giginya
yang teratur saat berbicara dengan orang yang menelefonnya. Siapakah gerangan
pemanggil itu? adakah seorang gadis?
Balkish
cuba mengalihkan perhatiannya kepada kerja. Namun sekejap-sekejap dia mencuri
pandang kepada Amin yang duduk di bilik pejabat bersebelahan dengannya.
Teringat kembali kenangan lama saat dia dan Amin masih berbual dan
berkomunikasi, tidak seperti sekarang ini. masing-masing sibuk dengan urusan
masing-masing. Nama sahaja suami isteri tapi dia tidak pernah menjaankan
tanggungjawabnya kepada Amin dan begitu juga dengan Amin. mereka berdua sibuk
dengan urusan lain. Tidak di sangka yang usia perkahwinan mereka sudah hampir
lima tahun dan selama itulah dia tidak pernah mengecap bahagia bersama Amin.
apa salah mereka? di mana salahnya dalam hubungan ini? atau sebenarnya, dia dan
Amin memang tidak seharusnya bersatu dari awal-awal lagi? kalau hubungan ini
berterusan begini, sampai bila mereka berdua harus terikat dalam ikatan yang
tak pernah berhasil? Mungkinkah aku harus mengakhirinya? Mungkin Amin harus
mengakhirinya? Tapi bersediakah aku menerima lafaz cerai dari bibir Amin?
Dan
bagaiman dengan hidup Amin selam lima tahun ini? kalau dulu dia masih mempunyai
Tina. Tapi setelah Tina meninggal, gadis mana yang menyerikan hidup Amin?
mustahil Amin akan setia kepadanya sedangkan dia tidak pernah memperlakukan
Amin selayaknya seorang suami. Tidak pernah keperluan Amin zahir dan batin
dipenuhi dengan baik. Dia hanya memperlakukan Amin seperi seorang housemate,
dan juga seorang kawan. Suatu masa dulu dia pernah menyukai Amin dan Amin
merampas rasa itu daripadanya dengan perbuatan kejinya. Dan dia juga pernah
menyukai Amin untuk kali kedua tapi perasaan itu juga diragut daripadanya
setelah dia mengetahui kehadiran Sufi sebagai anak hasil hubungan Amin dengan
Tina. Jadi di mana lagi letak harga dirinya setelah perasaan suka itu buat pertama
dan kedua kalinya disentap dari hatinya gara-gara kewujudan seorang gadis yang Tina. Dia
sudah penat menyemai rasa suka dan cinta buat Amin tapi akhirnya dia terpaksa
menanggung duka kerana perangai Amin yang tidak pernah akan berubah.
Haruskah
aku meminta cerai daripada Amin? tapi nanti bagaimana dengan papa, mama, ayah
dan juga ibu? Akankah mereka faham dengan keputusanku itu? bagaimana pula
dengan Iman? Tegarkah aku membiarkan Iman membesar tanpa seorang ayah?
Tapi
kenapa Amin berbuat jahat begini kepadaku? Kenapa Amin masih mengikatku
sedangkan dia tidak menyintaiku? Atau Amin sebenarnya menyanyangiku, Cuma aku
yang tidak boleh memberinya kesempatan? Tapi buat apa? Aku sudah tidak mahu
terluka lagi untuk ketiga kalinya. Haruskah aku meminta cerai?
…………………………………….
Hujung
minggu begini, Amin akan menghantar Iman pulang setelah seharian anak mereka
itu menghabiskan masa di rumah papanya. Setiap minggu Amin akan mengambil Iman
untuk bermalam di rumahnya. Pasti setelah pulang Iman akan kepenatan dan terus terlelap.
Entah ke mana anaknya itu dibawa keluar berjalan-jalan. Balkish sedang membantu
Datin Hasmah berkebun di ramannya sambil menunggu Iman dihantar pulang oleh
Amin. Dato' Sahar sibuk membaca buku di gazebo dalam taman itu. pohon orkid
yang disemai oleh Datin Hasmah sudah tumbuh segar.
“Mama
kata nak pergi cari pokok bungan baru. Bila mama nak pergi? Next week Balkish
free je ma” beritahu Balkish. dia mengingatkan Datin Hasmah tentang ajakan ibu
mertuanya itu. kadang-kadang Datin Hasmah terlupa tentang banyak benda,
maklumlah sudah bertambah juga usinya.
“Hari
SElasa lah Balkish. lepas Balkish balik kerja, temankan mama boleh?” soal Datin
Hasmah.
“Boleh
je ma” balas Balkish. dia tahu ibu mertuanya itu suka sekali dengan pokok bunga
orkid dan kebetulan clientnya ada memberikan kupon pembelian di Kedai Bungan di
mall dekat rumah mereka, jadi Balkish mengajak Datin Hasmah untuk ke sana.
Manalah tahu ada yang ibu mertuanya itu berkenan nanti.
“Ibu
dengan ayah Balkish macamana?” soal Datin Hasmah.
“Baik-baik
je mama. Ayah tulah sakit-sakit sikit. Balkish dah bawa pergi klinik dah hari
tu” Minggu lepas baru sahaja dia pergi menjenguk orangtuanya dengan Iman. Dan
baru sahaj semalam dia menelefon ke ibu dan bertanyakan tentang keadaan mereka
sekeluarga. Sekarang ini semua-adik-adiknya berada di rumah termasuk Fahim.
Adik lelakinya sudah selesai dengan peperiksaan SPMnya dan sekarang sudah
memulakan kkuliah di UiTM Shah Alam.
Sekarang
ini, dia menjenguk ayah dan ibu sendirian sahaja. Kalua berteman sekalipun,
pasti ditemani oleh Iman sahaja. Dia sudah berani ke sana tanpa Amin tidak
seperti dulu, dia akan diteani oleh Amin. entah bagaimana perubahan itu
berlaku, tapi segala-galanya bagaikan sungguh
mudah. Ibu dan ayah juga tidak bertanya banyak tentang Amin, mungkin
kerana mereka akhrinya dapat tahu tentang hubungan dingin antara dia dan Amin.
mungkin daripada Farah keran Farah juga bekerja satu pejabat dengannya. Orang
di pejabat itu semuanya kaki bercerita sehinggakan hal rumah tangga orangpun
mereka jadikan Hot News. Kejanggalan hubungan dia dan Amin sudah tidak menajdi
rahsia lagi di kalangan kakitangan syarikat dan dia juga tidak mahu
berselindung apa-apa. Ayah dan ibu pula tidak pernah bertanya yang bukan-bukan
berkenaan hubungannya dengan Amin, mungkin kerana mereka sendiri terperangkap
dalamm kata-kara mereka dulu bahawa semua keputusan yang diambil olehnya akan
mereka sokong dengan sepenuhnya. Entahlah, bila sudah bertambah usia ini, semua
masalah itu dipandang sebelah mata dan Amin bukanlah seorang yang penting lagi
dalam hidupnya. Cukuplah derita yang ditanggungnya selama ini. dia sudah tidak
mahu terluka lagi. dia mahu bahagia walaupun erti kata bahagia dalam kamus
hidupnya itu bermaksud ‘tanpa Amin’ di sisi.
Amin
pula entahlah, mungkin sudah tidak berkunjung lagi ke rumah ayah. Kalau dulu,
liat mahu mengajak lelaki itu menamninya menjenguk ibu dan ayah di rumah. Tapi
sekarang bila dah jadi macam ni, senang hatilah agaknya lelaki itu, sudah tidak
harus dipaksa bangun awal dan bersusah-susah tinggal di rumah ayah yang tidak
semegah rumah papa itu.
Balkish
tersedar dari lamunannya saat terdengar deruan enjin kereta BMW milik Amin
berhenti di hadapan rumah. Pintu kereta belakang dibuka sendiri oleh Iman dan
kanak-kanak itu melompat turun daripada kereta sambil menggalas beg di
belakang. Tidak lama kemudian, Amin turun dari kereta setelah mematikan enjin.
Sufi mengikut belakang Iman.
“Mama!”
laun Iman saat melihat mamanya berada di taman, menunggu kepulangannya.
Sufi
turut berlari mengejar langkah adiknya. Amin melangkah perlahan-lahan kea rah
mamanya dan bersalaman dengan Datin Hasmah.
“Papa
mana ma?” soal Iman.
“Tu.
baca buku” beritahu Datin Hasmah sambil menunjukkan kea rah gazebo.
“Amin
dari mana ni?” soal Datin Hasmah. anak lelakinya itu ditanya apabila melihat
Amin berpakaian agak kemas.
“Pergi
Mines dengan budak-budak ni” beritahu Amin.
“Mama,
tengoklah apa Iman ada” beritahu Iman sambil menunjukkan maina baru yang dibeli
sebentar tadi.
“Beli
apa lagi ni. Kan dah banyak mainan Iman” kata Balkish. dia tidak suka cara Amin
berbelanja. Dah banyak dah mainan Iman di dalam bilik tu, belikan lagi mainan
baru. Kahirnya berlambak mainan yang langsung tidak digunakan oleh anak mereka
itu.
“Lain
kali jangan minta papa belikan mainan lagi. membazir je. Iman kan dah ada
banyak kat dalam bilik tu” sambung Balkish. dia melihat kea rah Amin. dia tidak
mahu Amin terlalu memanjakan Iman dengan barang-barang yang tidak perlu, kalau
betul sayangkan anak, janganlah sampai semua kemahuannya ditunaikan.
“Ni
Auntie Rina yang belikan” beritahu Iman.
“Auntie
Rina?” soal Balkish. dia melihat kea rah Amin. Datin Hasmah juga melihat kea
rah anak lelakinya itu. ini pertama kali dia mendengar nama itu dan hatinya
tertanya-tanya. Datin Hasmah cepat-cepat melihat kea rah wajah Balkish, sengaja
dia mahu melihat ekspresi dan reaksi menantunya itu.
“Kawan
masa kat kampus dulu ma. Terserempak tadi” beritahu Amin berterus-terang. Dia
tidak mahu berselindung apa-apa kepada mamanya.
“kenapa
pula dia belikan untuk Iman ni?’ soal Datin Hasmah pelik.
“Cucu
mama nilah yang kecoh nak mainan. Bila papa cakap tak payah, dia degil. Rina
tulah yang beli. Dua lagi. untuk Sufi juga” beritahu Amin lagi.
Iman
senyum kpeada papanya saat Amin mencubit pipinya.
“Apa
pula Iman ni. Tak baik buat macam tu” tegur Balkish.
Amin
melihat ke rah Balkish. risau juga kalau nanti gadis itu berasa tidak selesa
apabila mendengar nama rina. Tapi gaya Balkish macam dia cool sahaja. Ops
terlupa, yang Balkish memang sudah tidak menghiraukannya sudah lama dulu jadi
buat apa gadis itu harus berasa tidak selesa? Apatah lagi cemburu mendengar
nama Rina.
“Min
dah makan ke?” soal Datin Hasmah lagi.
“Dah
ma. Sufi nilah. Tapi masa orang makan dia sibuk main. Sufi nak makan ke?” soal
Amin kepada Sufi. Anaknya yang seorang ini memang agak pendiam.
Sufi
menggeleng.
“Betul
ni? Balik nanti papa tak masak dah. Kalau nak makan, papa tunggu” beritahu
Amin.
“Abang.
Abang makan sinilah. Adik temankan. Mama masak sedap. Abang makan sinilah”
pujuk Iman. Belum sempat mendengar jawapan Sufi Iman sudah menarik tangan
abangnya untuk masuk ke dalam rumah. Mereka berdua berlari ke dapur.
“Balkish
masuk dululah ma” beritahu Balkish.
Tidak
lama kemudian Amin juga meminta izin untuk masuk. Langkah kaki Balkish diekori
dari belakang. Balkish ke dapur untuk menyiapkan makanan untuk dua orang
anaknya itu. Amin juga turut mengekori ke dapur tapi lelaki itu tidak pula
berbicara apa-apa. Tidak lama kemudian mereka berdua ke ruang makan untuk
menemani Iman dan Sufi di meja makan.
Setelah
membaca bismillah, dua kanak-kanak itu makan nasi yang dihidangkan oleh mama
mereka. Balkish duduk menamani. Amin menatap wajah Balkish yang duduk bertentangan
dengannya tanpa disedari oleh gadis itu. wajah itu tetap ayu seperti dulu Cuma
sekarang sudah sangat jarang tersenyum, mungkin banyak menanggung kesedihan
yang tidak mahu dikongsi dengan orang lain.
“Balkish
dah makan ke?’ soal Amin. isterinya itu sekadar mengangguk.
“Pa,
I just wondering” Iman, walaupun mulut masih penuh, tetap tidak boleh diam. I
wonder where he get that side from from.
“Auntie
Rina tu girlfriend papa ke?’ soal Iman.
Amin
tergelak besar saat mendengar bicara anaknya itu. dari manalah budak dua tahun
ni belajar pasal girlfriend?
“Makan
jelah Iman. Tak baik bercakap masa makan” kata Amin saat ketawanya sudah
selesai. Balkish berdiri dan menghilang ke dapur. Amin melihat kearah isterinya
itu. mungkinkah Balkish marah? Cemburukah dia?
Datin
Hasmah masuk ke ruangan makan. Dia menegur Amin.
“Min,
tunggulah lepas Isyak baru balik. Dah nak Magrib dah ni pun” ucap Datin Hasmah.
“Nanti
Balkish siapkan baju dengan tuala Min kalau Min nak mandi” sambung Datin Hasmah
lagi. Amin mengangguk. Datin Hasmah masuk ke dapur, Balkish dilihat sedang
termenung panjang. Datin Hasmah menegur.
“Balkish
boloh tolong mama siapkan tuala untuk Amin. dia nak mandi, nak solat dulu
sebelum balik” beritahu Datin Hasmah.
“Tolong
mama ye. Mama nak naik atas dulu. papa dah panggil dah tu” beritahu Datin
Hasmah. suruhan Datin Hasmah itu terpaksa ditunaikan.
Balkish
keluar dari dapur dan mahu ke tingkat atas. Dia terserempak dengan Amin yang
masih menemani kedua anak mereka makan. Balkish mahu berlalu pergi tanpa
melihat kearah wajah lelaki itu.
“Susah-susah
je Balkish” beritahu Amin. Balkish tidak mengendahkannya, dia segera beredar.
Malas mahu berbicara atau melayang kata-akata Amin. makin dilayan, makin
menjadi-jadi.
Setelah
selesai makan, Amin, Iman dan Sufi naik ke tingkat atas.
“Pa.
Iman mandi bilik mama jelah” beritahu Iman.
“Abang
jomlah mandi bilik mama” ajak Iman. Sufi mengangguk. Mereka berdua mengetuk
pintu bilik Balkish. gadis itu membuka pintu dan menyuruh Iman dan Sufi untuk
masuk.
“Tuala
abang mana?” soal Amin.
“Ada
dekat bilik Aman” beritahu Balkish. dia segera menutup daun pintu biliknya.
Amin meninggalkan bilik Balkish dank e bilik Aman. Tuala yang disiapkan oleh
Balkish terhampar di katil . Amin mengambil tuala dan melangkah masuk ke bilik
air. Dia harus bersiap-siap untuk mengerjakan solat AMghrib.
Jam
9 lewat, Amin mengajak Sufi untuk pulang. Sufi bersalaman dengan semua orang
sebelum pulang dan Amin bersalaman dengan papa dan mamanya.
“Bye
adik. Besok abang datang lagi” ucap Sufi kepada Iman yang kelihatan sedih untuk
berpisah dengan Sufi walaupun untuk sementara. Sufi biasanya ditinggalkan
dengan mama kalau Amin mahu ke tempat kerja, dan Amin juga ditinggalkan dengan
mama kalau Balkish mahu ke syarikat. Jadi dua beradik itu pasti akan bertemu
lagi esok.
Sufi
berjalan kearah Amin.
“Dah
salam dengan semua?” soal Amin. sufi mengangguk.
“Dengan
mama?” soal Amin lagi. sufi mengangguk lagi. Amin meminpin Sufi untuk keluar.
mereka dihantar oleh mama dan Iman sementara papa leka menonton berita di
televise sementara Balkish hilang ke dapur.
“Bawa
kereta elok-elok” pesan Datin Hasmah kepada Amin.
Kereta
itu kemudiannya dipandu keluar ke jalan raya.
Bab 57
Rina
membetulkan pakaiannya sebelum masuk ke syarikat itu. dia sempat menangkan
dirinya sebelum dia melangkah masuk. Rina disapa oleh seorang sepekrja
syarikat.
“Cari
siapa Cik? Soal Malik.
“Saya
cari En. Amin” beritahu Rina.
“En.
Amin mesyuarat. Cik boleh tunggu dekat sana. Sini saya bawakan” ajak Malik.
Rina mengekori dari belakang. Dia dipersilakan untuk duduk di sofa oleh Malik.
Kemudian Malik memberitahu Gina tentang tujuan kedatangan Rina supaya gadis
setiausaha itu menyampaikannya kepada En. Amin nanti. Rina senyum
berbahasa-basi dengan Gina yang mejanya paling dekat dengan sofa di ruangan
menunggu.
Siapa
pula gadis cantik ni? Kawan En. Amin ke? Kawan baik? Tak kisahlah siapapun, jangan
jadi drama dekat office ni sudah. Gina menyambung tugasnya.
Rina
melihat jam di tangannya, sudah hampir setengah jam dia menunggu Amin, perutnya
juga sudah mula berkeroncong menyanyi lagu kelaparan. Amin belum juga muncul.
Helaian lembar majalah di tangannya dibelek satu persatu. Untuk menghabiskan
masa, dia membaca sahaja isi kandungan majalah itu satu persatu.
“Gina.
Kawan I ada datang?” soal Amin saat dia keluar dari bilik mesyuarat. Dialah
orang pertama yang keluar dari bilik itu saat Dato' Sahar selesai menyampaikan
kata-kata penutup. Risau juga membuatkan Rina lama menunggu.
“Hai”
sapa Rina dari belakang. Amin segera berpaling kea rah gadis itu.
“Lama
ke tunggu?” soal Amin.
“Tak
adalah lama, Cuma nak dekat satu jam juga la” balas rina. Sengaja membuatkan
Amin berasa bersalah.
“Tulah
lain kali nak datang, Tanya dulu. ni main serbu je office orang” marah Amin. si
Rina ni satu. Nak datang tak Tanya dulu, orang free ke tak, suka hati dia je
datang. Tengoklah susahkan diri je menunggu lama. Dia juga tidak tenang di
bilik mesyuarat tadi memikirkan temannya itu terpaksa menunggunya di luar.
“Kebetulan
I ada kerja dekat area sini. Datanglah singgah office you” balas Rina.
“Jomlah
lunch” ajak Amin.
“You
belanja?” soal Rina
Amin
mengangguk.
“Wife
you mana? I nak kenal sangat dengan dia” beritahu Rina. Isteri Amin itu adalah
orang yang paling beruntung kerana dapat menakluk hati lelaki itu. bertuahnya
badan. Dan Rina ingin sekali berkenalan dengan gadis yang dianggap paling
bertuah itu, yang Berjaya menjinakkan seorang lelaki playboy macam Amin dan
membuatnya berubah enjadi seorang suami yang setia.
Balkish
berhenti di hadapan Amin saat lelaki itu memanggilnya. Gadis yang berdiri di
sebalah Amin itu membuatkan dia tidak senang duduk. Siapa gadis itu? Rina? Inikah
Auntie Rina yang disebut oleh Iman beberapa hari yang lalu? Balkish memberikan
senyuman kepada gadis yang diduga sebagai rina itu. Cantik. Memang cantik.
Sepadanlah dengan Amin! hati kecilnya berkata-kata.
“Balkish,
abang kenalkan ni kawan abang, Rina. Rina, wife I”
Rina
menghulurkan tangan untuk bersalaman. Huluran itu disambut baik oleh Balkish.
“Hye”
sapa Rina. Wajah Balkish serta cara dia berpakaian menjadi tatapan Rina. Macam
ni rupanya pilihan Amin. tak jauh beza daripada cirri-ciri yang ada padanya.
Wanita yang bergelar isteri kepada Amin itu bertudung, berbaju kurung batik,
dengan aksesori yang simple sahaja. Secara keseluruhan Balkish terlihat
sederhana sekali, Cuma wajah Balkish cantik, ayu dan keibuan. Dan kalau bibir
itu tersenyum, terlihat lesung pipit di pipi sebelah kirinya. Kalau sekali
pandang ada iras-iras vanida Imran.
“Abang
nak pergi lunch dengan Rina, Balkish ikutlah sekali” pelawa Amin.
“Tak
apalah, Balkish ada hal sikit. Korang berdua pergilah” suruh Balkish.
“Takkan
abang dengan Rina je. Jomlah sekali” Amin mengajak sekali lagi.
Macamlah
tak biasa makan berdua. I bet, sebelum ni selalu je kan korang keluar berdua.
“Jomlah
sekali” ajak Rina pula.
Balkish
terpaksa mengikut Amin dan Rina keluar makan bersama ke restoran yang menjadi kegemaran
lelaki itu. Balkish duduk di sebelah Rina. Mereka bertiga memesan makanan
masing-masing. Amin dan Rina berbual panjang tentang apa sahaja yang terlintas
di fikiran mereka sedangkan Balkish hanya berdiam diri. Keakraban Amin dan Rina
membuahkan tanda Tanya di hatinya. Sejauh manakah hubungan mereka berdua ini?
adakah sahabat atau lebih dari itu? mereka berdua dapat berkongsi apa sahaja
cerita namun semua cerita mereka langsung tidak melibatkan Balkish. dia berasa
terpinggir dalam kemeriahan dua orang sahabat ini. sebenarnya dia tidak
diperlukan antara mereka, Rina dan Amin hanya memerlukan satu sama lain,
kalaulah dia dapat memutarkan waktu, dia menolak sahaja pelwaan mereka berdua
tadi supaya dia tidak terjebak dalam kejanggalann situasi ini.
Setelah
selesai makan, mereka bertiga kembali ke syarikat, rina terpksan meminta diri
kembali ke keretanya. Balkish dan Amin melangkah kembali ke pejabat.
Amin
sedar yang isterinya itu hanya berdiam diri sejak dari tadi tapi dia sengaja
tidak mahu melayani sangat si Balkish ni. Adalah tu benda yang bukan-bukan
difikirkannya. Isterinya itu sejak daripada dulu sampai sekarang tidak pernah
berubah.
“Abang
dengan Rina kawan je” beritahu Amin saat mereka berdua menaiki lif
bersama-msama dan kebetulan waktu itu tidak ada orang lain kecuali mereka.
“Okla”
“Ok?
Ok for what?’ soal Amin.
“She
likes you” beritahu Balkish. dia tidak buta untuk melihat body language, gaya
bahasa dan bicara Rina terhadap Amin. dalam masa beberapa jam sahaja bersama
dengan Rina dia dapat tahu yang gadis itu menyukai Amin. mustahil lelaki itu
berkawan dengan Rina selama bertahun-tahun masih belum dapat membaca isi hati
gadis itu.
“Tak
adalah. Kami kawan je. Dia pun dah tahu abang dah kahwin dengan Balkish”
beritahu Amin.
“Lelaki
boleh kahwin sampai empat” sampuk Balkish.
“Bertuahnya
abang, isteri abang yang sibuk nak bermadu? Abang tak cakap apa-apa pun”
“Jangan
mainkan perasaan orang kalau awak tak suka. Rina tu baik saya tengok”
“You
sound like mama”
Apabila
pintu lif suah terbuka, Balkish melangkah meninggalkan Amin di belakang. Amin
membiarkan sahaj Balkish mendahuluinya. Kata-kata Balkish tadi membuatkan dia
berfikir. Betulkan Rina menyukainya? Selama beberapa tahun mereka berkawan,
gadis itu tiak memberitahunya apa-apa dan mereka berkawan seperti biasa.
Sedikitpun dia tidak pernah memnganggap Rina lebih dari seorang sahabat. Dan
selama bertahun-tahun itu, dia tidak pernah merasakan yang Rina mempunyai
perasaan terhadapnya. Gadis itu seperti biasa melayan kerenahnya dan juga
membantunya. Amin melepaskan satu keluhan berat. Mungkinkah Balkish benar?
………………………………………
Balkish
memaai krim ke wajahnya sambil bertilik di cermin. Gelagat Iman yang meliuk
lentuk di katil sambil berbual di telefon dengan papanya diperhatikan. Anaknya
itu ketawa besar seolah-olah sedang bergurau senda dengan Amin.
Penutup
krim malam ditutup. Balkish bangun dari kerusi dan berjalan ke ara katil.
“Dahlah,
dah malam. Tidur” tegur Balkish.
“Pa.
mama dah suruh tidur” beritahu Iman.
Iman
ketawa seolah-lah Amin memberitahu sesuatu yang lucu kepadanya.
“Ma.
Papa suruh cakap. You look beautiful even without the night cream” beritahu
Iman kepada Balkish.
Eh
Amin ni. Macam tahu-tahu je aku pakai krim malam. Fikir Balkish.
“Ma.
Papa nak cakap” beritahu Iman. Dia menghulurkan telefon bimbit kepada Balkish.
“Mama
mengantuk, nak tidur” beritahu Balkish kepada Iman. Dia tidak mahu berbicara
dengan Amin. buang masa je.
“Pa.
mama cakap dia mengantuk. Dia ajak papa tidur” beritahu Iman kepada Amin. lain
yang dicakapkan oleh Balkish, lain pula yang disampaikak kepada Amin.
Amin
ketawa lucu saat mendengar anaknya itu berbicara. Si Iman ni lebih lancar
bahasi Inggerisnya dari Bahsa Melayu. Susunan ayatnya masih tunggang langgang.
“Ish,
Iman. Mama cakap lain. Awak cakap lain” marah Balkish. nanti apa pula Amin
fikir.
“Pa,
abang dah tidur?” soal Iman.
“Abang
dah tidur. Iman pun tidurlah. Kirim salam dekat mama” beritahu Amin. panggilan
itu dimatikan.
Iman
bangun dari tidurnya untuk meletakkan telefon bimbit mamanya ke meja sebelah
katil. Dia kemudiannya mereahkan diri ke sisi Balkish dan memeluk mamanya
sekuat hati.
“Papa
kirim salam” beritahu Iman.
“Dahlah,
jangan bercakap lagi. tidur. Besok nak bangun susah” sambung Balkish pula.
“Ma.
Kenapa mama dengan papa tinggal asing? Tak macam opah dengan atuk?” soal Iman.
Pertanyaan
itu sudah dipertanyaan banyak kali oleh Iman dan sudah banyak kali juga Balkish
tidak memberikan jawapan. Kalau Iman mahukan jawapan, dia tidak bisa
memberikannya kerana dia juga tidak sanggup memberitahu Iman perkara yang sebenar,
jadi jalan yang sering diambil adalah dengan berdiam diri dan berharap Iman
sendiri akan terlupa untuk mengih jawapan kepada pertanyaan itu. mungkin
apabila Iman sudah dewasa nanti, anaknya itu baru akan mengerti.
……………………………………..
Amin
keluar dari bilik pejabatnya dan melangkah laju masuk ke bilik pejabat Balkish.
daun pintu juga tidak diketuk, dan Amin masuk menerjah ke bilik pejabat Balkish
seolah-olah dia tidak menganggu privasi gadis itu. satu dokumen besar
dihempapkan ke meja Balkish. gadis itu terkejut.
“Apa
ni? Masuk tak bagi salam, tak ketuk pintu pun. Pastu nak marah-marah” marah
Balkish. perbuatan Amin itu dirasakan biadap.
“Abang
tak faham satu apa pun dalam dokumen ni” beritahu Amin.
“Tak
faham tanyalah, tak payah nak hempap-hempap barang” marah Balkish. dokumen itu
diambil dan dilihat isi kandungannya. Ini adalah dokumen akaun syarikat yang
Dato' Sahar suruh Amin lihat tempohari. Dan baru sekarang, lelaki itu mahu
membacanya sedangkan dari awal-awal lagi dia sudah menyuruh Amin melihatnya.
“
Balkish nak ajar abang ke?’ soal Amin. sengaja dia mengintai peluang untuk
bekerjasama dengan Balkish.
“Tak.
I suruh Malik ajar you” tegas suara Balkish.
“Kalau
MAlik ajar abang, sampai bila-bila pun abang takkan faham” beritahu Amin.
Meluat
pula Balkish dibuatnya dengan kerenah Amin yang bagai. Perangainya makin
menajdi-jadi sejak dia bekerja di sini. Kedudukannya sebagai pewaris utama
syarikat papa lebih mendukungnya untuk berbuat apa sahaja mengikut kehendaknya.
Telefon
di meja berbunyi. Suara Dato' Sahar kedengara dari speaker telefo.
“Masuk
office papa sekejap” beritahu Dato' Sahar.
“Balkish,
im not finish yet” rengek Amin tapi Balkish tidak mengendahkannya. Dia keluar
dari bilik pejabatnya meningggalkan Amin sendirian di situ. Akhirnya Amin juga
mengikut masuk ke bilik pejabat papanya.
“Temankan
papa pergi jumpa client. Nanti Balkish bawa sekali dokumen yang berkaitan
dengan tender tu” suruh Dato' Sahar. Balkish mengangguk.
“Nak
ke mana ni pa?” soal Amin.
“Jumpa
client. Site macamana?” soal Dato' Sahar berkenaan satu projek besr yang
diuruskan oleh Amin dan FArhan.
“Ok.
Iman pergi site tadi, semua berjalan according to plan”
“Ok.
Kalau macam tu Amin ikutlah. Papa nak jumpa Dato’ teoh pasal projek tender yang
dia nak bagi dekat company kita. Nanti Amin boleh belajar sikit-sikit” beritahu
Dato' Sahar. Balkish berpaling kearah Amin. dia tidak suka bersama dengan Amin,
nanti dia yang tidak senang duduk atau serba-salah. Nanti dia juga yang tidak
selesa, tapi Amin tidak pernah mahu mengerti tentang situasi mereka itu. lelaki
itu selamba sahaja berusaha mencari tempat di sisinya. Kenapalah Amin tidak
pernah berputus asa?
“Papa
turun dulu, kita jumpa kat bawah. Balkish jangan lupa bawa dokumen penting tu.
ada satu lagi dokumen dengan Gina, nanti awak minta dari dia” beritahu Dato'
Sahar. Dia kemudiannya berlalu.
Amin
senyum mengejek kepada Balkish. dia bangga kali ini dia juga yang menang,
takdir menyebelahinya, ada-ada sahaja perkara yang membuatkan dia Berjaya
mendekati Balkish tapi hati Balkish terlalu keras, hati itu tidak pernah mahu
belajar erti memaafkan atau member peluang kepadanya. Balkish mencebik. Dia
segera keluar dan emndapatkan dokumen yang diperlukan oleh Dato' Sahar daripada
Malik dan Gina. Balkish juga membawa beg netbooknya dan disangkan ke bahu
sambil kedua tangannya membimbit beberapa dokumen yang bakal diguakan oleh
Dato' Sahar untuk meyakinkah Dato Teoh tentang kekukuhan ekonomi syarikat.
Walaupun
Amin melihat Balkish yang terpaksa membawa banyak dokumen di tangannya dan
terppksa lagi menyandang beg netbooknya, dia tidak mahu menolong kecuali kalau
diminta oleh gadis itu. dan Balkish belum meminta tolong, mulut kecil itu susah
sekali mahu membua mulut dan meminta tolong dari Amin. ego? Atau ada berlian
emas dalam mulut?
“Min,
kenapa tak tolong Balkish tu?” teur Dato' Sahar apabila melihat Balkish
terpaksa membawa dokumen-dokumen itu sendirian sedangkan anak lelakinya
berjalan lenganggang kangkung dengan tangan terselit ke kocek seluar.
“Taka
pa pa. shes a tough woman” beritahu Amin. wak yang kasihan melihat Balkish
tergopoh gapah mendapatkan Balkish dan membantunya.
“You
a jerk” marah Balkish kepada Amin saat dia melewati lelaki itu. Balkish segera
beredar masuk ke perut kereta dan duduk di belakang bersama Dato' Sahar. Amin
pula mengambil tempat duduk di sebelah Wak. Kereta itu dipandu menuju ke
destinasi.
Selepas
hampir 30 minit perjalan, ereta yang dipandu oleh Wak itu sampai ke destinasi.
Amin, Balkish dan Dato' Sahar keluar dari perut kereta sementara Wak mencari
parker. Mereka bertiga naik ke bangunan tinggi bersebelahan dengan Bangunan
Mara. Syarikat Dato’ Teoh terletak di lantai 6. Mereka bertiga disambhut oleh
pembantu Dato’ Teoh dan dibawa masuk ke ruangan mesyuarat. tidak lama kemudian,
Dtao’ Teoh dan ebberapa orang pekerjanya masuk. Tanpa berengah Dato Teoh terus
memulakan perbincangan mereka. Dato' Sahar memberikan penerangan dan meyakinkan
Dato Teoh tentang kemampuna syarikatnya untuk menjalan projek syarikat. Dokumen
yang berkaitan tentang projek yang terbaik pernah dijalankan oleh syarikat
diberikan kepada Dato teoh untuk diperhatikan. Ini adalah untuk meyakinkan Dato
Teoh tentang kemampunan syarikat miliknya. Kemudian Balkish memberikan dokumen
kewangan syarikat untuk beberapa bulan terakhir. Dokumen itu memang disiapkan khusus
untuk diteliti oleh Dato Teoh. Balkish tidak memberikan data-data yang
sepenuhnya kerana itu juga boleh membahayakan syarikat papa, dia Cuma
menyiapkan akaun yang berkaitan dengan projek yang akan dipertanggungjawabkan
oleh syarikat Dato Teoh. Akhirnya setelah hapir dua jam berbincang dan bersoal
jawab, Dato Teoh memberkan mereka peluang untuk menyiapkan sebuah draft dalam
masa tiga minggu dan itulah tugas Amin. draft itu nanti bakal dipview kewangan ersembahkan
di hadapan Dato Teoh dan beberapa orang penting syarikat. Walaupun draftnya
nanti bakal disiapkan oleh Amin tapi Dato teoh telah menetapkan sendiri
cirri-ciri serta ideanya ke dalam lakaran itu jadi Amin mahu atau tidak mahu
terpaksa menurut kehendak pelanggan mereka. ini merupakan cabaran buat Amin.
Setelah
semuanya selesai, mereka berjabat tangan tanda persetuajuan kerjasama yang
tidak formal. Delegasi syarikat papa, dihidangkan oleh minum petang oleh
pembantu Dato Teoh sebelum pulang. Mereka bertiga kemudiannya kembali ke
pejabat.
“Dah
review dokumen kewangan syarikat?” soal Dato' Sahar kepada Amin.
“Belum
pa”
“Bila
nak review?” marah Dato' Sahar.
“Amin
tak faham. Balkish pun bukannya nak tolong” Amin mengaitkan nama Balkish dalam
situasinya.
“By
the end of this month, papa nak tahu Amin dan siap review semua. Balkish nanti
tolong juga suami Balkish ni” arah Dato' Sahar. Suara Dato' Sahar bersahaja
namun mengundang getar di hati Balkish. yang si Amin ni satu, kenapa nak heret
nama aku sama? Tak pasal-pasal dia juga kena tegur dengan papa. Dasar mamat
sewel. Malasnya nak bekerjasama dengan Amin, tapi papa dah cakap sendiri yang
dia kena membantu lelaki itu. kalau tak memang Malik sajalah yang disuruh.
Dato' Sahar masuk ke bilik pejabatnya, Balkish
pula melangkah unuk ke bilik pejabatnya, Amin mengekori dari belakang.
“Apa
you nak lagi?” soal Balkish marah. Jengkel dengan perbuatan Amin, sengaja mahu
menyusahkan hidupnya.
“So
bila Balkish nak tolong abang review account syarikat tu?’ soal Amin. dia duduk
di kerusi bertentangan degan Balkish walaupun tidak dipelawa.
“Bila-bila
you nak” balas Balkish. dia bersedia sahaja sekarang ini kerana dia sudah tidak
terlalu sibuk. Kalau ditangguh lama-lama lagitakutnya masa kedepan nanti,
banyak pula kerjanya.
“Kalau
macam tu, malam nil ah. Abang ke rumah papa” perlahan-lahan Balkish mengangguk.
Lebih baik di rumah daripada keluar berdua dengan Amin.
“Ok.
Lepas Maghrib abang ke sana. Nak tunggu Isyak lambat pula kan” sambung Amin.
sejak bila pula Amin ni aware degnan waktu-watu solat ni? Balkish mengangguk
lagi.
“Kalau
macam tu, abang keluar dulu. kena buat draft plan untuk Dato Teoh”
Balkish mengangguk lagi.
……………………………..
Amin
datang seperti yang dijanjikan. Tepat jam 8 malam terpacul wajah itu di ruang
menonton, Balkish memang sudah bersiap dari tadi menunggu kedatangan lelaki
itu. dia juga memberitahu kepada mama tentang kedatangan Amin. Sufi pula dari
pagi tadi lagi di rumah, setelah pulang kerja, Amin terus kembali ke rumah
sewanya dan tidak mengambil Sufi seperti biasa kerana dia akan ke rumah papa
juga nanti.
“Min
dah makan?” soal Datin Hasmah. Amin mengangguk. Dia duduk di sofa, agak jauh
dari Balkish. Amin berbual-bual dengan papanya. Sufi dan Iman leka bermain
permainan baru mereka di atas karpet. Sekejap-sekejap terdengar celothe dua
beradik itu berbicara.
“Jomlah.
Nanti lambat pulak awak nak balik” ajak Balkish. Amin mengangguk, dia mengikut
Balkish ke meja makan. Datin Hasmah melihat dari jauh.
“Abang
ke suruh Amin datang malam ni?’ soal Datin Hasmah setelah mencuit lengan
suaminya yang sedang leka menonton televise.
“Tak
adalah. Abang Cuma suruh Balkish tolong Amin je” eritahu Dato' Sahar.
“Pandai
abang ye. Plan abang berhasil” Datin Hasmah tersenyum lucu.
“Apa
awak ni? Saya tak plan apa-apa pun”
“Yelah
tu bang, dengan orang lain abang boleh tipu. Dengan Mah ni, janganlah. Mah dah
kenal abang lama dah” bantah Datin Hasmah. dia tahu suaminya itu sengaja
menyuruh Balkish membantu Amin supaya sepasang suami isteri dapat mencuri masa
bekerja bersama. Manalah tahu dalam mereka bekerja berdua ni, timbul kembali
rasa saying antara mereka.
“Bang,
say anak pergi tengok mereka berdua tu kejap” beritahu Datin Hasmah.
“Awak
duduk sini je. Temankan saya” arah Dato' Sahar.
Datin
Hasmah menarik muka masam. Dia teringin sangat mahu melihat anaknya dengan
menantunya di dapur, nanti adalah berita baru dia mahu memberitahu Kak Aminah
nanti.
Amin
menarik kerusi buat Balkish dan untuk dirinya. Dia mendekatkan posisinya dengan
Balkish. Balkish menjeling tajam, Amin sengaja buat-buat tidak Nampak. Dia
menarik dokumen yang berada di meja dan dokumen itu diserahkan kepada Balkish.
“Ajarlah
abang”
“apa
yang awak tak tahu?”
“Semua”
Balkish
mencebik. Dulu masa kuliah, takkan tak diajar sedikitpun pasal akaun. Balkish
mengeluh, nampaknya Amin akan berada di sini lebih lama daripada yang
dijangkakan. Meluatnya kerana terpaksa menghabiskan masa dengannya lebih lama.
Bab 58
Farid
mengatur langkah biasa menuju ke tempat yang dijanjikan oleh Rina. Hatinya
berdebar-debar untuk berjumpa dengan gadsi itu berdua-duaan. Biasanya dia
bertemu dengan Rina kalau ada Amin tapi sekarang, Rina meminta untuk bertemu
dengannya tanpa Amin. apa yang diperlukan oleh Rina daripadanya?
Farid
meangkah msuk ke restoran dan mengambil tempat semeja dengan Rina. Gadis itu
menyapanya dengan senyuman gugur jantung Farid dibuatnya.
“Ada
apa nak jumpa?’ soal Farid straight to the point.
“Saja.
Orderlah dulu” suruh Rina. Dia memanggil pelayan untuk memesankan makanan dan
minuman. Farid juga membuat pesanannya.
“Sorry
ajak you keluar” kata Rina memulakan bicara.
“Ada
apa?” soal Farid lagi. dia tahu kalau bukan sebab ada sesuatu yang penting Rina
takkan mengajaknya keluar kerana mereka berdua tidaklah terlalu rapat. Mereka
kenal pun kerana Amin. farid agak kekok dengan Rina, gadis itu selalu sahaja
ceria, membuatkan Farid selalu berasa cemburu dengan kegembiraan hidupnya. Rina
bagaikan bebsa dari masalah, dan peribadi Rina itu membuatkan Farid ingin tahu
dan mengenali gadis yang kini bertugas sebagai seorang doctor di seuah hospital
kerajaan.
“Sebenarnya
ada ssuatu yang I nak Tanya you, boleh?” soal Rina. Dia mengatur bicara, risau
jika bicaranya nanti kedengaran kurang sopan.
“Tanyalah.
Kalau I tahu, I jawab” eritahu Farid.
“Pasal
Amin dengan Balkish. Mesti you lebih
tahu pasal Amin daripada I” sambung Rina.
“Kenapa
dengan diaorang?”
“Amin
ada masalah ke dengan Balkish? I tengok mereka tu bukan macam suami isteri.
Macam ada masalah je” sambung Rina lagi.
“Baik
awak Tanya Amin sendiri” beritahu Farid.
“tak
payahlah ambil tahu hal diaorang. Nanti apa-apa kita pula yang salah” sambung
Farid lagi. dia tidak mahu Rina melibatkan diri dalam urusan rumah tangga Amin
dan Balkish. biarlah masalah mereka selesaikan sendiri. Kalau ada campur tangan
irang ketiga pasti akan berakhir dengan yang tak baik.
“JAdi
betullah mereka ada masalah” teka Rina
Farid
tidak memberikan komentar. Biarlah Rina mentafsir sendiri kebisuannya.
Dari
jauh Hisyam melihat Farid dan rina sedang makan bersama, tanpa berfikir panjang
dia mendekati mereka dan menegur farid. Kemudian, Hisyam menyapa Rina.
“Hye”
“Hye”
balas Rina.
“You
mesti dah tak ingat I kan?” soal Hisyam kepada Rina
Rina
memandang kearah Farid. Dia memang tidak mengenali lelaki yang berdiri di
samping meja mereka ini.
“I
Hisyam, kawan Amin. Tiga serangkai dulu masa dekat kampus” Hisyam
memperkenalkan dirinya kepada Rina. Gadis itu kemudiannya tersenyum lucu
mengingatkan panggilannya buat Amin dan dua orang lagi kawannya. Tak sangka dia
berjumpa lagi dengan Hisyam. kecil sahaja dunia ni. Dan Hisyam juga sudah
banyak berubah sekarang ini, penampilannya lebih kemas dan professional.
“Oh,
baru I ingat. Nice to meet you” ucap Rina.
“Nice
to meet you too. So you dengan Farid?” soal Hisyam ingin tahu tentang hubungan
Rina dengan bekas teman sebilik Hisyam saat di kampus dulu.
“No,
no. kita Cuma lunch sama-sama je” beritahu Rina. Dia tidak mahu Hisyam salah
anggap. Mungkin lelaki warak macam Farid tidak suka kalau dia dikatikan
dengannya.
Hisyam
senyum. “Good. Can I call you sometime?”
Rina
mengangkat keningnya tanda terkejut. Kawan Amin yang seorang ini memang
straight forward. Rina melihat kepada Farid sengaja mahu mengintai ekspresi di
wajah temannya itu. Farid senyum sahaja.
“Well,
erm, I think…” Rina tidak tahu bagaiman mahu memberikan respons kepada Hisyam.
“Well
great, we should exchange number” sampuk Hisyam.
Oh,
he’s persistent. Tak sampai hati pula nak menolak Hisyam di depan farid pula
tu. bagi jelah. Number phone je pun, bukan number akaun, atau nombor rumah.
Kalau tak suka, nanti rejectlah call dia.
“Well
sure” Rina mengambil pen hitam dari beg tangannya dan menulis nombor telefon
bimbitnya ke sehelai tisu yang diambil dari meja makan. Tisu itu diberikan
kepada Hisyam.
“Thanks.
I call you later” beritahu Hisyam. dia meminta diri untuk beredar.
Rina
ketawa kecil mengingatkan situasi dengan Hisyam tadi. lelaki itu agak pelik
sikapnya tapi lucu. Very straight forward dan confident.
“Dia
tu memang macam tu ke?’ soal Rina kepada Farid.
Farid
hanya menjungkitkan bahu. Enggan mengulas lebih lanjut.
……………………………………
Balkish
duduk di bangku buluh di bawah pohon depan rumah ayah, lamunannya melayang
tinggi hinggap entah ke mana. Pandangannya kosong. Hilai tawa Iman dah Fahmi
yang sedang asyik bermain tidak menganggu lamunan panjang itu.
Fahim
memberhentikan motornya di depan rumah dan berjalan kea rah kakaknya. Balkish
disapa.
“jauh
termenung”
Lamunan
itu terhenti saat terdengar suara Fahim dari sisinya. Balkish senyum kepada
adik lelakinya itu. Fahim mengambil tempat di sebelah Balkish.
“Macaman
kuliah?” soal Balkish.
“Ok
je kak, macam biasa” balas Fahim. Adik lelakinya itu memang pintar orangnya
jadi pasti dia boleh menerima pembelajarannya dengan baik.
“Akak
macamana pula?’ soal Fahim.
“Macam
biasa jelah. Macam ni” beritahu Balkish.
“Suami
akak macamana?’ soal Fahim. Balkish terdiam. malas mahu menjawab sebarang
pertanyaan yang berkaitan dengan Amin.
“Akak,
Fahim tak suka tengok akak macam ni. Mengelamun sana, mengelamun sini.
Susah-susah, akak minta je cerai. Akak pun dah ada kerja sekarang kan, dah
boleh berdikari dan tak terlalu bergantung ke suami” kata Fahim.
“Apa
Him cakap ni? Janganlah fikir pasal akak. Him tu kena tumpukan perhatian dengan
pembelajaran. Jangan peningkan kepala dengan masalah akak” beritahu Balkish.
“Akak,
kalau akak nak tahu, ibu tu tiap hari mengeluh pasal akak, risaukan akak. Him
juga tak nak tengok akak sedih-sedih lagi”
Balkish Diam. “Kalau tengok keadaan akak
sekarang ni, ada laki tapi macam tak ada laki”
“Him.
Jangan cakap yang bukan-bukan lagi. kalau ibu dengar nanti ibu marah”
“Akak
fikirlah kak. Suami akak tu macam tak wujud je dalam keluarga kita ni” sambung
Fahim.
“Dahlah,
jangan emo sangat, nanti cepat tua. Akak masuk dulu. tengokkan si Iman dengan
Fahmi tu” beritahu Balkish. dia sengaja mahu melarikan diri daripada Fahim.
Tidak mahu perbualan tentang topic penceraian itu berlanjutan lagi. cerai!
Senang sahaja mengucapkannya tapi bersediakah aku? Hidup bergelar janda anak
satu. Iman pula macamanan terpaksa membesar dengan membahagikan masa antara aku
dan papanya. Bolehkah Iman membesar seperti kanak-kanak lain kalau aku dan Amin
bercerai? Mahukah Amin melepaskan aku? Mahukah aku dilepaskan oleh Amin?
Balkish
melangkah masuk ke dapur, Farah sedang menggoreng kuih cempedak goring
sementara Fatin membantu memotong sayur untuk dimasak sebagai juadah makan
malam nanti. Balkish mengambil tempat di samping Fatin, membantu adiknya itu.
“Sekolah
macamana, adik?” soal Balkish ke[ada Fatin di depannya.
“Fatin
dapat nombor lima kak exam hari tu” beritahu Fatin dengan gembiranya.
“Pandainya
adik akak ni” puji Balkish ikhlas.
“Nombor
lima pun kelas nombor dua buat apa” sampuk Farah.
Fatin
mencebik, mahu mekawan cakap Farah dia takut.
“Taka
pa, nanti Fatin kena usahla lebih gigih lagi supaya dapat naik kelas kan?”
pujuk Balkish. Fain mngangguk laju. Suka dipuji oleh Balkish.
“KAk,
banyak cempedak ni, nanti bawalah balik sikit. Abang Amin suka juga makan kuih
cempedak goring ni” beritahu Farah. Dia kemudiannya membawa sepinggan cempedak
goring dan dihulurkan kepada Balkish.
“Baik
betul Farah dengan Amin. mana farah tahu dia suka kuih ni?” soal Balkish.
cemburukah aku? Eh takkan dengan adik sendiri pun nak cemburu? Melampaulah aku
ni.
‘Abang
Amin tu selalu je datang sini tanpa pengetahuan akak, jenguk ibu, ayah dan
adik-adik, tu pasal Farah tahu. Kakak je yang sengaja pejamkan mata tak nak
tengok kebaikan abang Amin’ Farah menjawab, tapi hanya di dalam hati. Dia tidak
berani juga emberitahu kebanaran itu kepada kakaknya.
“Akak
kenapa tak datang dengan Abang Amin dengan Sufi?” soal Fatin.
“Dia
sibuk”
“Tapi
hari tu”
Sebelum
sempat Fatin menghabiskan kata-katanya tentang kedatangan Amin beberapa minggu
yang lalu, Farah cepat-cepat memintas, “Fatin! Cepat sikit potong sayur tu.
asyik bercakap je pot pet pot pet” marah Farah. Balkish berasa pelik. Apa
sebenarnya yang cuba diberitahu oleh Fatin sehingga mengundang marah pada
Farah? Dia dapat merasakan yang ada sesuatu yang disembunyikan oleh kedua orang
adiknya itu.
Setelah
selesai makan dan solat Isyak, Balkish duduk di sofa sambil menunggu Iman yang
sedang brsiap-siap untuk pulang.
“Iman,
cepat sikit” panggil Balkish.
“Wait
lah ma. Lime minit lagi” laung Iman. Dia masih berbual-bual dengan Fahmi.
Ada-ada sahaja kerenah si Iman ni. Dan Fahmi pula mahu melayan celothe anak
saudaranya itu.
“Nanti
datanglah lagi. ajak Amin sekali” beritahu Aminah. Dia tahu anaknya itu tidak
berbaik lagi dengan Amin tapi dia tidak mahu mengikut sangat angin si Balkish
ni. Kadang-kadang dia sendiri malu ke keluarga Datin Hasmah dan Dato' Sahar
tentang perangai Balkish yang keras kepala ni. Tapi juga tidak tahu apa lagi
yang harus dilakukan oleh dia dan suaminya. Mereka pernah menegur sikap Balkish
terhadap Amin tapi anak sulung mereka itu tidak mahu mendengar. Dato' Sahar dan
Datin Hasmah juga melayan sahaja kerenah Balkish ni, sesungguh besan mereka itu
sangat baik sampaikan Aminah segan untuuk bertemu dengan mereka. sudah banyak
keluarga Amin itu membantu eluarganya sedangkan dia belum pernah memberikan
mereka apa-apa. Ditambah pula dengan perangai si Balkish ni yang macam-macam.
“Kalau
menantu ibu nak datang, tak perlu pun Balkish nak ajak dia datang ibu” Balkish
menjawab. Sakit hatinya mendengar ibu menyebut nama Amin. kenapa ibu tak pernah
mahu berhenti menyebut nama Amin? baik sangatkah si Amin tu? kalau baik, pasti dia akan datang menjenguk keluarganya,
tak perlu pun nak tunggu diajak baru nak datang.
“Balkish!
ayah tak ajar Balkish cakap macam tu dengan ibu!” marah Tahir.
“Maaf
ibu. Cuma Balkish tak suka kalau dengar nama Amin” balas Balkish. Aminah hanya
diam, dia bertukar pandangan dengan suaminya.
“Sampai
bila Balkish nak macam ni? Amin tu suami Balkish. cubalah kamu berdua
berbincang elok-elok, cari jalan penyelesaian” tegur Tahir.
“Ayah,
laki macam Amin tu buat sakit hati orang je. Jalan penyelesaian yang ada untuk
kami adalah Amin lepaskan Balkish” beritahu Balkish.
Tahir
menggelengkan kepala tanda tidak percaya yang kata-kata itu keluar dari mulut
Balkish.
“Abang,
tengoklah apa dah jadi dekat anak kita ni bang” Aminah seakan-akan mahu menangis.
Dia sedih mendengar perkataan cerai yang meniti di bibir Balkish bagaikan tidak
membawa erti apa-apa. Sedangkan perkataan itu adalah penghujung nyawa bagi
seorang wanita. Tapi Balkish, senang sahaja mengucapkannya, di depan dia dan
suaminya.
“ayah.
Amin tu Cuma ayah kepada Iman. Kami tak pernah ada rasa apa-apa. Balkish tak
pernah saying dia ayah. Selepas apa yang dia dah buat kepada Balkish, tak
mungkin Balkish akan menyukai lelaki yang pernah meragut maruah Balkish”
sambung Balkish.
“Kau
balik! Ayah tak nak tengok lagi muka kau kat sini. Apa dah adi dengan kau ni?
Kau langsung tak hormat ayah dengan ibu!”
“Aminah,
hantar anak awak tu keluar. saya tak nak tengok lagi muka dia dekat sini”
Balkish
jadi tergamam. Dia tidak menyangka ayahnya marah sekali sampai tergamak
mengusirnya keluar. kenapa? Mulia sangat ke si Amin ni sampai ayah dan ibu juga
menyebelahinya daripada aku? Sampai ayah marah sekali dengan aku? Apa salah
aku? Amin tu budak jahat. Dia yang meragut maruah aku dulu, kenapa ayah yang dulu
menyebelahi ku, sekarang ayah memihak pula kepada Amin?
“Iman
jom kita balik” ajak Balkish. Iman berlalri-lari mendapatkan mamanya. Anak
kecil itu pelik melihat wajah atuknya yang kelihatan marah dan neneknya yang
hampir-hampir menangis.
“mama”
Iman berjalan dan memegang tangan Balkish.
Balkish
berjalan keluar ke keretanya sambil memegang tangan Iman. Aminan menemani
Balkish sampai ke kereta.
“Balkish
balik dulu ibu” ucap Balkish. dia bersalaman dengan ibunya.
“Nanti
marah ayah tu dah reda, Balkish datanglah lagi. sekejap e tu ayah marah” pujuk
Aminah. Balkish mengangguk terpaksa. Dia mengeluarkan dompetnya dan
menghulurkan beberapa not wang kerta yang berjumlah tiga ratus ringgit kepada
ibunya.
“Tak
apalah Balkish. duit ibu ada lagi” huluran itu ditolak lembut.
“Ambillah
ibu. Untuk adik-adik” pujuk Balkish.
“Tak
apalah, Balkish simpan je duit ni untuk Iman dan untuk Balkish”
Duit
pemberian Amin masih lagi banyak dan cukup untuk perbelanjaan bulan ini.
menantunya itu tidak pernah lupa untuk mengirimkan wang belanja kepada
adik-adik Balkish setiap bulan tapi semua itu dilakukan tanpa pengetahuan
Balkish.
“Iman
salam dengan nenek” surh Balkish. anaknya itu mencium tangan Aminah.
“Bawa
kereta elok-elok. Dah malam dah ni” Balkish mengangguk sahaja. Dia mengundurkan
kereta dan menukar gear pertama kereta itu dipandu keluar dari halaman rumah
ayah.
“Mama
gaduh dengan atuk?’ soal Iman.
“Tak
adalah” protes Balkish.
“Habis
kenapa mama macam nak nangis?’ soal Iman lagi.
“Mata
mama masuk habuk. Iman tidurlah, mesti penatkan main dengan ayah su tadi?”
“Papa
pesan, Iman kena jaga mama elok-elok. Iman yang kena ambil berat pasal mama
kalau papa tak ada”
Balkish
diam. kenapa semua orang harus menyebut nama Amin? kenapa? Ayah, ibu, Fahim dan
sekarang Iman? Tak boleh ke mereka semua membiarkan dia hidup tenang tanpa
Amin?
“Ah,
mama. Hari tu kan masa Iman keluar dengan papa dengan abang, papa kata Iman
budak baik kalau Iman tak cakap dalam masa lima minit. Papa panggil game tu
moment of silence. Iman menang kalau Iman tak cakap dalam masa lima minit”
cerita Iman tanpa disuruh. Teringat tentang papanya dan abang Sufi yang selalu
melayan kerenahnya.
“Iman,
Iman dia kejap boleh tak?”
“Mama
nak main game moment of silence juga ke? Ok, Iman diam lepa Iman count untuil
three. One, two, three” Iman diam serta merta selepa dia menghitung nombor dari
pertama sampai ketiga. Balkish hanya melihat anaknya yang duduk di kerusi depan
dengan seat belt terpasang ke tubuhnya mengetap bibir rapat-rapat supaya dia
tidak bercakap. Pasti Amin sengaja mencipta game ini kerana bising atau bosan
mendengar celothe Iman yang tak pernah mahu diam.
Balkish
senyum lucu melihat gelagat Iman yang diam di tempat duduk.
“Tak
penat ke diam tu?” soal Balkish. sengaja dia mahu menguji kesungguhan Iman
dalam bermain permainan moment of silence itu. Iman hanya menggelengkan kepala.
Dia tidak mahu terjebak dalam pertanyaan mamanya. Dia tahu kalau dia bersuara
sekarang, pasti dia kalah dan mama akan berusaha untuk menganggu konsenterasi
dia berdiam diri.
Balkish
senyum lagi.
“Eh,
jalan ni macam nak pergi rumah papa. Nak pergi ke tak?” soal Balkish. dia
berpura-pura bercakap seorang diri.memang jalan simpang tiga di depannya itu
jalan untuk ke rumah sewa Amin.
“Pergi.
Pergilah ma. Please, please please!”
Balkish
ketawa besar, hilang semua gundah di hati melihat kerenah dan gelagat Iman yang
sering membuatkan semua orang tidak kering gusi. “\
“Mama
saja test. Iman kalah” beritahu Balkish.
“Mama
pergilah rumah papa.please. I promise I be a good boy”
“Please.please”
rayu Iman lagi. di berdiri dan mencium pipi Balkish berulang kali. Balkish
ketawa lucu.
“Duduk
elok-elok” marah Balkish.
“But
we go to papa” balas Iman. Balkish terpaksa mengangguk. Dia memandu keretanya
membelok ke simpang kea rah rumah sewa Amin. jalan di perumahan itu agak kecil,
jadi Balkish memandu perlahan-lahan. Tidak lama kemudian, mereka sampai ke
rumah Amin. lampu rumah itu masih lagi menyala. Tanpa berlengah masa, Iman
mencabut seat beltnya dan melompat keluar dari kereta.
“Iman,
tunggu mama. Be carefull” tegur Balkish. dia mematikan enjin kereta dan turut
keluar. pintu pagar rumah berkunci, Iman memberi salam. Tidak lama kemudian,
muncul Amin dari pintu rumahnya. Lelaki itu kehairanan melihat kehadiran
Balkish dan Iman di depan rumahnya.
“Balkish,
buat apa sini malam-malam ni?’ soal Amin pelik.
“Anak
awak nak jumpa awak. Kebetulan kami dari rumah ayah” jawab Balkish. Iman
berlari-lari masuk ke dalam rumah. Dia mencari Sufi. Balkish serba-salah.
Terasa salah pula menuju ke rumah ini jam-jam begini, nanti apa pula Amin
fikir. Perigi mencari timbakah aku ini?
“Masuklah”
ajak Amin.
“Tak
payahlah, tak manis pula” jawab Balkish.
“Apa
pula. Awak tu isteri saya kan?”
Apa
pula sekarang ni? Rasanya baru tadi dia marahkan Amin, sampai bergaduh dengan
ayah pasal Amin sekarang ini, dia pula yang datang mencari Amin? Balkish, what
do you want actually?
“Tak
apalah, dah lambat ni. Saya balik dululah”
“Iman?”
“Awak
tanyalah dia, kalau dia nak tidur sini. Besoklah awak hantar dia” beritahu
Balkish. Amin masuk kembali ke rumahnya sementara Balkish hanya menunggu di
luar pagar. Sebentar kemudian Amin muncul dengan jawapan.
“Besoklah
abang hantar dia”
Balkish
mengangguk. Dia kembali ke keretanya sambil ditemani oleh Amin.
“Hati-hati
bawa kereta” pesan Amin.
Balkish
mengangguk.
“Bye”
“Sayang” keluar juga panggilan saying itu dari mulut Amin.
Balkish
mengangguk sahaja. Dia kemudiannya memandu keretany untuk kembali ke rumah
papa. Esok dia bekerja jadi dia harus tidur awal.
Amin.
masih seperti dulu, tampan dan kacak walaupun hanya bercelana pedek dan tshirt
round neck. Balkish senyum sendiri.
Bab 59
Dua
tahun kemudian
Balkish
menapak masuk ke bilik pejabat bosnya. Lelaki itu kelihatan menggerunkan. Sibuk
dengan beberapa projek dan tender yang akan dibida oleh syarikat. Apakah reaksinya nanti apabila menerima
dokumen ini daripadanya.
“Ada
apa?’ jerkah Amin. posisi dan kerusi yang dulunya disandang oleh Dato' Sahar
kini telah menjadi milik Amin sepenuhnya. Balkish tercegat berdiri di hadapan
Amin.
Dokumen
dalam sampul kuning bersiza A4 itu bertukar tangan. Amin meletakkan dokumen itu
di mejanya.
“Amin,
saya rasa awak perlu tengok dulu isi dokumen tu” beritahu Balkish.
“Nantilah.
I sibuk” beritahu Amin. hari ini dia kehilangan sebuah tender projek besar yang
telah ditandai olehnya sejak sebulan yang lalu. Projek itu jath ke tangan
pesaing syarikat ini dan Amin berasa sangat kecewa. Nilai yang dibida oleh
syrikatnya berbeza tipis dengan syarikat pesaing yang telah Berjaya mendapatkan
tender itu.
“I
think you should look at it” balas Balkish.
Mereka
berdua bertentang mata, Balkish segera melarikan pandangannya, tidak sanggup
dia bertentang mata dengan Amin lama-lama. Dia bersalah kepada lelaki itu.
Isi
dalam sampul kuning itu dikeluarkan.
“Apa
ni?” marah Amin saat dia mengetahui isi dokumen itu.
“Dokumen
cerai kita. Dan kalau you tak nak ceraikan I cara biasa, I akan minta fasakh”
Dokumen
itu dihamburkan ke muka Balkish. Amin berdiri dari duduknya dan pergi menutup
tirai pejabat supaya pekerja-pekerjanya tidak dapat melihat suatu perang dunia
yang akan tercetus sebentar lagi.
“Kau
gila ke? Hah! nak minta cerai dari aku?” soal Amin marah.
“Kita
tak pernah hidup macam suami isteri. Sama je. Saya tak nak terinkat lagi dengan
perkahwinan kita yang pelik ni”
“Nilah
kerja kau minta cuti minggu lepas? Rupa-rupanya kau pergi mahkamah, failkan kes
cerai”
Balkish
diam. memang tekaan Amin itu benar belaka. Dan dia melakukan semuanya atas
kehendak dia sendiri Cuma dia mendapat bantuan dari Fahim.
“Kau
tak malu ke? Dekat papa, mama, ayah, ibu? Tak malu ke? Kalau tak fikirkan aku,
fikirlah perasan dia orang”
“Saya
keluar dulu. awak akan dapat call dari lawyer saya nanti” beritahu Balkish.
Amin menarik tangan Balkish dan menolak tubuh wanita itu ke mejanya. Balkish
jadi takut. Tenaga Amin sangat kuat sehingga mejanya itu terdorong ke balakang.
“Aku
takkan lepaskan kau Balkish. kau buatlah apa kau nak, tapi aku takkan biarkan
kau hidup bahagia dengan lelaki lain” marah Amin lagi.
“Amin
kalau you buat pelik-pelik, I akan jerit biar semua staf dekat office ni tahu
siapa bos mereka yang sebenar” ugut Balkish. dia sudah tidak mempunyai jalan
lain. Perbuatan dan kebengisan Amin membuatkan dia takut. Dia khuatir yang dia
kaan dilukai oleh Amin sekali lagi.
Balkish
berlalu pergi. Tombol pintu dibuka dan kelihata Gina dan kak Bibi menguping
teliangan di daun pintu. Mereka berdua tedorong masuk ke dalam bilik Amin
tatkala Balkish membuka pintu itu dengan rakus. Kedua wanita itu kemudiannya
tercegat dan senyum kambing. Balkish tidak menghiraukan mereka dan keluar dari
syarikat itu.
Gina
dan Kak Bibi tersipu malu depan Amin kerana kelakuan mereka yang mencuri dengar
pergaduhan antara bos mereka denga Balkish itu.
“Sorry
bos, kuat sangat sampai dengar kat luar tadi” beritahu Gina apabila dia disku
terus0terus oleh Kak Bibi.
“Keluar”
arah Amin.
Balkish
memandu keretanya ke rumah ayah, dia tidak mahumemberitahu apa-apa kepada ayah
atau ibu keranamereka berdua pasti akan memerahinya. Balkish hanya menegur ibu
lemah saat dia terserempak dengan ibu di perkarangan rumah. Pertanyaan ibu juga
tidak sempat dijawab, Balkish terus masuk ke dalam biliknya.
Aminah
memandang Balkish pelik, anaknya itu dilihat lemah dan tidak pernah Balkish
datang ke rumah pada jam-jam begini. Penyapu lidi di tangan disimpan di depan
pintu. Aminan menapak masuk ke dalam rumah dan mengetuk daun pintu bilik
Balkish.
“Balkish!”
panggil Aminah lembut. Tiada sahutan daripada anaknya di dalam bilik.
Aminah
memanggil lagi.
“Ya,
ibu” jawab Balkish.
“Kenapa
ni?” soal Aminah risau.
“Ibu
Balkish nak rehat kejap. Nanti Balkish keluar ye” jawab Balkish.
Aminah
tidak sedap hati. Kenapa ni? Hatinya risau, kenapa sekarang Balkish di sini?
Tidak sihatkah dia? Sebab itu tidak ke pejabat. Fikir Aminah. Tapi kalau tidak
sihat, takkan Amin tidak menjaga Balkish? setahunya menantunya itu prihatin
orangnya. Amin ke ruang tamu dan mencapai telefon bimbitnya yang sedang dicas.
Nombor telefon Farah ditekan.
Salamnya
dijawab oleh sang anak.
Suara
Farah kedengaran gentar dan terkejut.
“Ada
apa ibu?’soal Farah.
“Ada
apa-apa ke kat pejabat?” soal Aminah.
“”Kenapa
ibu Tanya macam tu?” soal Farah terkejut. Tidak disangka berita yang sedang
tersebar di pejabat mereak itu sudah sampai ke pengetahuan ibu. Kuat sungguh
naluri seorang ibu.
“Kak
Balkish kau ni ada dekat rumah sekarang ni. Dia brgaduh dengan abang Amin kau
ke?’ soal Aminah risau.
“Ibu,
nanti farah bagitahu Abang Amin kaka dekat rumah. Nanti Farah cerita dekat ibu
semua, tapi ibu jangan terkejut ye. Tunggu Farah balik. Abang Amin tengah cari
kak Balkish ni” eritahu Farah.
“Ibu
tak sedap hatilah Farah. Ceritalah dekat ibu” pujuk Aminah.
“Ayah
mana ibu?” soal Farah.
“Pergi
kebun Pak Mail”
“Ibu
tunggu Farah balik ye. Sebelum tu ibu cubalah pujuk kak Balkish. farah ke rumah
dengan abang Amin nanti” beritahu farah.
Panggilan
itu kemudiannya dimatikan. Farah menelefon abang iparnya yang telah keuar
beberapa saat yang lalu. Semua orang terdiam apabila mendengar pergaduhan
antara Balkish dan Amin sebentar tadi. tidak lama setelah itu, Balkish keluar
dari pejabat dan disusuli oleh Amin.
Panggilan
Farah tidak diangkat, Farah menghantar pesanan tringkas sahaja kea bang iparnya
memberitahu keberadaan kakaknya di rumah ayah. Tidak lama kemudian Farah
mengambil beg tangannya dan mengangkat punggung dari kerusi. teman baiknya
menegur.
“Kau
nak ke mana tu?” soal Hamzan.
“Aku
balik dulu. aku ambil cuti sakitlah hari ni” beritahu Farah. Hamzan mengangguk
faham.
………………….
Apabila
membaca pesanan ringkas dari Farah, dia memutar stereng kereta di UTurn, rumah
ayah yang dituju. Kereta dipandu dengan laju sekali. Amin sudah tidak
enghiraukan saman kereta yang terpaksa dibayar olehnya nanti, yang penting dia
harus minta penjelasan daripada Balkish sekarang berkenaan surat cerai mereka.
tiba-tiba Amin membelok mendadak di pinggir jalan sehinggakan kereta belakang
yang sedang memandu dalam kelajuan sederhana memberikan hon yang panjang dan
kuat. Amin memukul stereng kereta tanda marah. Dia keluar dari perut kereta dan
berdiri menyandar di pintu. Tak guna dia mencari Balkish dalam keadaan marah
macam ni! Takut apa pula yang terjadi kepada mereka nanti. Bertemu dengan
Balkish sekarang mungkin akan mebawa padah yang buruk dan mengeruhkan lagi
keadaan mereka. Amin beristighbar beberapa kali.
…………………
Farah
akhirnya sampai di rumah, tapi diaberasa hairan kerana tidak melihat kereta
Amin di perkarangan rumah. Pesanan smsmnya sudah sampai kea bang.
Farah
masuk ke dalam rumah, ibu mendapatkannya untuk meminta penjelasan. Wajah ibu
sudah panic apabila melihat kedua orang anak perempuannya berada di rumah saat
waktu bekerja. Farah akhirnya menceritakan segala-galanya kepada ibu. Sedih
hatinya melihat ibu menangis teresak-esak apabila mendengar cerita tentang kak
Farah.
………………………….
Pintu
bilik diketuk dengan kuat sekali, Balkish terasa gentar apabila mendengar suara
ayah memekik menyuruhnya membuka pintu dan keluar. ayah kalau marah memang
macam tu!
“Buka
pintu ni!” arah ayah.
Balkish
memulas tombol pintu dan melihat ayah, ibu serta Farah sedang tercegat di
hadapannya.
“Betul
apa yang ayah dengar?” soal Tahir.
Balkish
melihat ke arah Farah. Pasti adiknya itu telah menceritakan segala-galanya
kepada kedua orangtua mereka.
“Kau
bagitahu?” soal Balkish marah.
Mendengar
suara Balkish yang biadap memarahai Farah, Tahir jadi marag. Mahu sahaja dia
menampar pipi anak sulungnya tu. dia tidak membesarkan Balkish untuk menjadi
biadap begini.
“Abang”
Aminah sempat melarang. Dia tahu suaminya sedang marah dan Balkish juga sedang
marah. Kedua-dua orang yang disayanginya itu memilik sikap yang sama, tegas
dank eras kepala. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?
Aminan
cepat-cepat menarik tangan Balkish ke sofa untuk berbincang. Berita tentang
penceraian yang dibawa oleh Farah itu membuatkan dia dan tahir sedih dengan
keputusan mendadak yang diambil oleh Balkish itu. Aminah duduk di samping
Balkish.
“Apa
Balkish buat ni? Mama terkejut dengar berita ni” soal Aminah lembut.
“Balkish
dah bagitahu Amin ibu” beritahu Balkish. suaranya datar dan wajahnya serius.
Jelas di penglihatannya anaknya itu telah mengambil keputusan muktamad. Air matanya
menitis.
“Apa
Balkish buat ni? Kesian Amin” balas Aminah.
“Ibu
lelaki tu tak pernah pun Balkish anggap macam suami Balkish. ibu lupa ke dia
yang rogol Balkish dulu”
Farah
terkejut. Bulat matanya melihat kerah kakaknya. Farah kemudian melihat keraha
ibu dan ayah. Ayah dan ibu seperti tahu tentang kenyataan itu.
Bunyi
tamparan ayah melekat di pipi Balkish bertambah mengejutkan semua orang.
“Kau
jangan biadap dengan ibu. Aku tak pernah besarkan anak-anak aku jadi biadap
macam ni” marah Tahir.
“Abang,
abang dahlah” pujuk Aminah pula. Risaunya takut pergaduhan itu berterusan lagi.
“Ayah
ibu, semua orang nak menagkan Amin pula sekarang? kenapa semua orang Nampak
Balkish je yang salah? Amin tu apa? Malaikat. Dah lama Balkish bertahan,
cukuplah sampai sini. Ibu dan ayah juga kan pernah cakap dulu sebelum Balkish
berkahwin dengan Amin. Semua keputusan Balkish, ibu dan ayah akan sokong” balas
Balkish.
“Kau
buta ke Balkish?” soal Tahir marah.
“Abang”
pujuk Aminah lagi.
Aminah
menyentuh paha Balkish.
“ibu
tahu Balkish tengah marah, ibu nak Balkish dengar je dulu. bagi kami Amin tu
dah cukup baik selama ni. Dia tak pernah menyakiti Balkish lagi kan? Ada tak
dia ulang hal-hal dulu dia tu? tak ada kan? Dia dah berubah Balkish Cuma
Balkish kena bagi dia peluang. Suami mana sanggup tunggu bertahun-tahun untuk
Balkish bagi dia peluang?
Balkish
menggeleng. Kalau boleh kata-kata ibu itu tdak mahu dmasukkan ke fikirannya,
dia tidak mahu nanti kata-kata itu membuatkan dia berubah pendapat. Hal ini
muktamad. Dia nekad.
“Balkish
dengar dulu ibu cerita” sambung Aminah.
Balkish
diam.
“Dia
jaga Balkish dngan baik masa Balkish mengandung dulu. makan minum Balkish semua
dia jaga. Dengan Iman pun ibu tengok dia lebih rapat daripada Balkish.
janganlah macam ni, tak baik kita isteri minta cerai dari suami. Tempat Balkish
di sisi Amin. dah bertahun-tahun Balkish, kenapa Balkish tak cuba memaafkan
kesalahan Amin yang dulu. dia dah berubah”
“Ibu
tak tahu ibu” beritahu Balkish. kai ini dia sudah tidak data menahan sedihnya.
Air matanya laju menitis di pipi.
“Ibu
tak faham. Semua orang tak faham. Amin takkan pernah berubah. Dia selalu
sakitkan hati Balkish, selalu nak buat Balkish marah dengan dia. Balkish dah
cuba ibu, tapi Balkish tetap tak boleh maafkan kesalahan dia. Dengan Sufi lagi.
tiap kali Balkish pandag Sufi Balkish pasti teringatkan arwah Tina”
Amin
memeluk Balkish erat-erat. Anak sulungnya itu menangis sepuas-puasnya.
Farah
yang sejak dari tadi hanya berdiam diri, mengesat air matanya. dia berasa
simpati dengan nasib kakaknya, selama ini dia beasa hidup Balkish lebih
beruntung dariadanya, mendapat suami yang baik dan bertanggungjawab macam abang
Amin tetapi ternyata ada duka disebalik kegigihan dan kecekalan kakanya itu.
Farah bangun dari duduknya dan memeluk erta tubuh Balkish. dia juga turut
menangis.
……………………………………
Tahir
mencuci tanganya. Makan malamnya tidak dihabiskan.
“Awak
dah telefon keluarga Amin?” soal tahir.
“Belum,
bang”
“Kita
yang kena telefon dulu. saya malu nak jumpa Sahar tapi anak kita yang buat
perangai” balas tahir.
“Saya
pun malu, bang. Mereka kalau ada apa-apa cepat je bagitahu kita. Tapi sekarang
ni, saya malu sangat dekat hasmah tu, bang. Dahlah mereka keluarga baik-baik”
“Dah
tu anak awak tu sampai bila nak tinggal sini?” soal Tahir. Marahnya masih
bersisa.
“Biarlah,
bang dia dekat sini. Nanti apa-apa susah pula kita nak cari dia.
“Ami
nada telefon?” soal Tahir lagi.
“Belum,
bang”
Tahir
mengeluh berat. Dia kemudiannya berlalu pergi. Aminah risau, Balkish sejak dari
petang tadi asyik berkurung sahaj di dalam bilik, makan malam pun tidak. Apa
nak jadi dekat anaknya yang seorang itu. setelah selesai makan, Aminah mengetuk
seklai lagi pintu anaknya untuk mengajak Balkish makan tapi Balkish menolak.
Amin kembali ke kamarnya.
Bab
60
Balkish
duduk di bangku bamboo, pandangannya kosong. Matanya lebam kerana menangis
semalaman. Dia cuba mengambil pendapat ibu dalam hal ini. kata-kaa ibu semalam
membuatkan dia menimbang kembali keputusannya. Tina shirt lusuh yang longgar
dipakainya menggerbang ditiup angin kuat, waktu pagi-pagi begini, jarang angin
sekuat egini kecuali hari mahu hujan. Dia memandang ke langit melihat awah
kelabu yang menutup sinar maTahiri.
“Farah
pergi kerja dulu , ibu” beritahu Farah. Dia menyalami tangan Aminah. Sejak dari
tadi dia memerhatikan anaknya yangduduk di bangku bamboo. Dia bersimpati pada
Balkish tapi bukan begin jalan enyelesaiannya. Farah juga melihat kea rah
Balkish. dia menyarungkan kasutnya dan berjalan kea rah kakanya.
“Kak”
sapa Farah.
“Ya”
senyum Balkish.
“Farah
nak cakap sikit boleh?” soal Farah. Dia takut bakal melukai kakanya dan
menambah luka yang sedia ada.
“Farah
pun nak marah kakak?” soal Balkish. dia cuba untuk tersenyum tapi senyuman itu
kekok sekali di wajahnya.
Farah
berjalan mendekati tubuh Balkish yang masih lagi duduk di bangku.
“Farah
sebenarnya cemburu dengan akak selama ni” beritahu Farah.
“Oh,
sebab tulah farah selalu jawab sikit je kalau akak tegur” Balkish cuba untuk
bergurau.
“Akak
Berjaya, ada karier dan akak tahu ke mana hala tuju hidup akak. Akan rajin belajar,
akan kuat semangat untuk kejar cita-cita akak. Farah cemburu sebab semua tu.
kenapalah farah tak ada sifat-sifat macam tu dalam diri Farah? Sekarang, Farah
juga masih cemburu dengan kejayaan akak. Akak beruntung ada Abang Amin. suami
yang boleh sokong akak dalam apa juga keputusan akak. Farah juga cemburu sebab
akak ada suami yang penyayang dan baik macam abang Amin”
Balkish
diam. ikutkan hati, mahu sahaja dia mengangkat kaki dan berlalu.
“Abang
Amin baik kak. Mungkin akak tak tahu, dan ibu dan ayah juga tak nak cerita
pasal ni sebab Abang Amin suruh rahsiakan dari pengetahuan akak. Tapi Farah tak
terikat dengan janji kepada Abang Amin. sebelum kakak ambil keputusan yang
kakak akan menyesal, Farah nak akak tahu abang Amin”
mereka
terpandang sebuah kereta BMW yang dipandu menuju ke rumah mereka. kata-kata
Farah terhenti separuh jalan. Mereka berdua kenal akan kereta itu. Balkish yang
sejak dari tadi berdiam diri, mula takur apabila melihat kereta BMW yang cukup
d kenalinya. Dia berdiri dari bangku dan hanya tercegat untuk melihat siapakah
gerangan tetamu mereka itu. wajah papa dan wajah mama mula kelihatan di
pandangannya. Dari jauh Balkish dapat melihat sesusuk tubuh lelaki yang sedang menunggu
di di kerusi pemandu. Wak? Atau Amin?
“Assalamualaikum,
Balkish” sapa Datin Hasmah.
Balkish
cuba untuk senyum kepada ibu mertuanya itu tapi dia tidak bisa. Rasa
bersalahnya menggunung buat mama dan papa. Balkish minta maaf mama!
“Abang,
Assalamulaikum” Dato' Sahar mengangkat tangan menyapa Tahir yang sedang berjalan
kea rah mereka. tidak lama kemudian Hasmah dan farah datang juga menyapa.
Balkish berjalan kea rah mama dan menicium tangan mama. Mama memeluk Balkish
erat, wanita yang lebih muda daripada ibu itu kemudian mengesat air mata yang
Berjaya membasahi pipi.
“Balkish
minta maaf mama?” ucap Balkish dengan seribu penyesalan. Datin Hasmah hanya
mengangguk-angguk faham. Dalam situasi itu dia terpandang wajah Amin yang
sedang duduk di tenpat pemandu. Baru sahaja dia mahu marah, Datin Hasmah segera
menarik tangan Balkish mengikut mereka untuk masuk ke dalam rumah. Balkish
duduk bersama-sama keluarganya dengan pandangnnya hanya tertunduk ke lantai.
Dia tidak bernai menatap pandangan papa atau mama.
“Mana
Amin?” soal ayah semacam tidak ada apa-apa yang berlaku antara Balkish dan
Amin.
“Dia
tunggu kat kereta je, abang” balas Dato' Sahar. Tidak lama kemudian farah
datang dengan menatang sedulang air minuman untuk tetamu mereka.
“Iman
sihat mama?” soal Balkish.
“Iman
dengan Sufi sihat” balas Datin Hasmah. dia kemudiannya melihat kea rah
suaminya, berharap agar suaminya bersuara menytakan hajat mereka untuk datang
berbincang tentang masalah antara anak mereka ini.
“Abang,
maaflah datang terlambat sikit” beritahu Dato' Sahar.
“Apa
pula, abang yang suruh datang kan” sampuk Tahir.
“Kami
datang ni sebab nak berbincang pasal Balkish dengan Amin” beritahu Dato' Sahar.
“Kami
un tak sangka bila tahu pasal ni” beritahu Dato' Sahar. Anak lelakinya itu
pulang ke rumah semalam dengan wajahnya yang sembap.
“Kami
Cuma nak tahu, apa salah anak kami?” sambung Dato' Sahar tapi kata-katanya
terputus di situ.
“Setahu
saya, Amin jaga Balkish dengan baik, jaga Iman dengan baik. Tapi kenapa sampai
boleh jadi macam ni?” soal Dato' Sahar lagi.
Suasana
hening seketika. Semua orang tertunduk, masing-masing cuba menyembunyikan duka.
“Pa,
Balkish minta maaf” sedu mula kedengaran dalam suara Balkish. jelas sekali dia
berasa bersalah kerana melukai hati papa dan mama yang telah menjaganya seperti
anak mereka selama ini. bahkan Balkish dapat merasakan yang papa dan mama
menyanyanginya lebih daripada mereka menyayangi Amin. dia diberikan tempat
tinggal sedangkan Amin, anak mereka sendiri hidup di rumah sewa.
“Balkish,
maafkanlah Amin. dia dah banyak berubah” suara Datin Hasmah pula kedengaran.
Wanita itu juga menangis. Aminah yang sejak dari tadi berdiam diri, memegang
tangan besannya itu.
“Mama”
panggil Balkish. dia menyangi ibu mertuanya dan melihat wanita itu terluka
dengan keputusannya hatinya dirundung sayu. Tapi dia nekad. Amin takkan pernah
berubah.
“Amin
dah berubah Balkish. selama ni papa diam je. Abang, saya minta maaf awal-awal
kalau kata-kata saya ni menyinggung abang sekeluarga” beritahu Dato' Sahar.
“Amin
dah berubah. Dia bukan macam dulu lagi dan semua tu sebab Balkish. dah
bertahun-tahun Amin tunggu Balkish untuk terima dia, tapi dia tidak pernah
memaksa Balkish. papa tengok sendiri perubahan Amin. selama dia berkahwin
dengan Balkish, dia dah bertanggunjawab jaga Balkish dengan Iman dengan sedaya
upaya. Kadang-kadang tak pergi class sebab jagakan Iman sementara Balkish sibuk
dengan assignment dan exam. Papa tak kisah, sebab papa tahu Amin berusaha untuk
jaga kerukunan Balkish sekeluarga. Dlu mungkin dia suka main-main, tapi
perkahwinan kamu berdua ajar dia rasa tanggungjawab. Dia dah tak pergi melepak
dengan kawan-kawan dia, dia pergi kelas agama dengan ustaz Wahid. Pernah dia
memperkenalkan Ustaz Wahid ke papa dulu masa solat jenazah arwah Tina” beritahu
Dato' Sahar.
Balkish
tunduk, kata-kata papa itu membuatkan tangisannya semakin deras. Betulkah apa
yang diberitahu oleh papa? Takkan papa nak berbohong. Betulkah Amin dah
berubah?
“Apa
yang buat Balkish terfikir nak berpisah?” soal Dato' Sahar.
“Tina?”
kata Balkish.
“Tina
cerita lama dia, Balkish. sekarang dia saying Balkish seorang je” beritahu
Dato' Sahar.
“Dan
Sufi, bukan anak Amin dengan arwah Tina. Sufi anak arwah dengan bekas suami
dia. Arwah minta tolong Amin untuk jaga Sufi macam anaknya sendiri” beritahu
Dato' Sahar lagi.
Balkish
melihat kea rah papa.
“Kenapa
semua ni baru nak bagitahu Balkish?” tangisan Balkish semakin kuat. Dia bangun
berdiri.
Amin
barlari-lari masuk ke rumah saat mendengar suara jeritan Balkish. dia tercegat
di muka pintu melihat keluarganya sedang berbincang. Aminah yang risau melihat
anaknya pergi mendapatkan Balkish dan memeluk tubuh itu. Balkish menangis
sekuat hati dalam pelukan ibunya.
“Kenapa
semua orang tak cakap apa-apa selama ni. Kenapa sekarang?” soal Balkish lagi.
dia meratap kesedihannya.
“Semua
orang nak tengok Balkish macam orang bodoh kan? Tak tahu apa-apa” marah Balkish
lagi. dia meraung sekuat hati. Dia rasa dirinya ditipu bulat-bulat oleh Amin
dan keluarganya. Kenapa mereka semua merahsiakan semuanya daripe ngeteahuan
aku? Dan kenapa sekarang mahu menceritakan segala-galanya? Saat dia sudah mengambil
keputusan untuk berpisah dengan Amin? kenapa semua orang nak tengok aku hidup
sengsara?
Balkish
mahu masuk ke biliknya untuk mengemaskan barang-barangnya dan saat itulah dia
melihat Amin tercegat memandang ke arahnya. Balkish melulu kea rah lelaki itu.
“Semua
ni salah kau. Kau saja nak buat aku rasa macam ni. Kau saja je nak semua orang
cakap aku salah” marah Balkish. Amin memegang lengan Balkish.
“Balkish,
dengar dulu penjelasan abang” pujuk Amin.
Tahir
yang diam dari tadi berasa geram dengan perangai Balkish yang biadap terhapa
suaminya sendiri di hadapan kedua orang mertuanya. Lengannya ditarik oleh
Aminah.
“Argh,
aku benci kau!” herdik Balkish. dia meninggalkan Amin namun lelaki itu
mengejarnya. Balkish masuk ke dalam bilik dan mengemaskan pakaian-pakaiannya.
“Nak
ke mana ni Balkish?” soal ibu terkejut.
“Maaf
ibu. Balkish nak keluar” beritahu Balkish.
“Balkish!”
panggil Amin.
“Jangan
sentuh aku” marah Balkish. Amin mengejar langkah Balkish sampai ke luar rumah.
Dia menahan pintu kereta Balkish daripada tertutup. Dan memaksa Balkish melihat
ke arahnya.
“Nak
ke mana ni?’ soal Amin lagi.
“Suka
hati akulah”
“I
need to know”
“Kenapa,
sebab kau nak huru-harakan hidup aku lagi?” soal Balkish.
“Youre
my wife. Berdosa kalau abang tak izinkan”
Balkish
terdiam. dosa! Memang berdosa sebab dia masih lagi isteri Amin.
“Sebab
tu aku nak kau lepaskan aku!” Balkish menolak tubuh Amin dari keretanya. Pintu
kereta ditutup dan dia memandu laju keluar dari halaman rumah meninggalkan Amin
sendirian.
sambung lagik plezzzzz
ReplyDeleteSmbg cpt2 k.
ReplyDeleteSy hrp balkish x bercerai dgn amin,
Dlm hal ni mereka dua yg bersalah.
Amin x bgtau psl perubahan diri dia dan juga mengenai sufi.
Balkish plak terlalu keras hati dan ego utk luahkan apa yg dia rasa terhadap
Amin..kalau cinta bgtau cinta jgn pendam..
Sy hrp x dak konflik dah pasni..
Lg satu byk sgt typing error..please baiki k..
ni bukan kepala batu tapi lebih keras drp besi
ReplyDeleteCant wait 4 the next entry...
ReplyDeleteTak sabarnya nk baca episod sterusnya....mohon cepat ye..tq
ReplyDeletenak lagi kak!!
ReplyDeletesambung kak..pleaseeeeeee :'(
ReplyDeleteSambung sambung sambung :)
ReplyDeleteHarap sgt dapat disambung segera
ReplyDeleteHarap2 happy ending...kesian Balkish tak pernah happy...
ReplyDeleteupdate update
ReplyDeleteAda sambung x sis?.
ReplyDeleteBEST.
ReplyDeletesambung lagik akak :'(
ReplyDeleteHmmm still waiting
ReplyDeleteAkak, pls update. Cerita nih mmg best. I will waiting.
ReplyDeleteupdate pleaseeeeee
ReplyDeleteAkak, takde smbungan dh ke untuk citer nihh? Update plsssss. Nk bca ending citer nih.
ReplyDeleteSambungan?
ReplyDeleteSedihnyer.. masih tiada sambungan ke.. :'(
ReplyDeleteAkak, i still hrap agar citer nih ada endingnya. Jgn biar tergantung ceni pls.
ReplyDeleteSis bile ade new entry
ReplyDeletebz skit akhir tahun ni
ReplyDeleteLamanya menunggu sambungan huhu
ReplyDelete