Bab 61
Deruan ombak menghiasi paginya di chalet di depan pantai ini. Balkish
menarik gebar ke paras dada. Matanya masih sembap kerana menangis semalaman.
Bantal bersarungkan sarung putih itu masih lagi lembap dengan air mata Balkish.
gebar tu kemudiannya di selak dari badan, Balkish bangun duduk di birai katil.
Telefon bimbitnya dinyalakan. Dia malas mahu menerima panggilan daripada Amin
lagi.
Balkish berjalan ke arah balkoni biliknya,
pandangannya menikmati kedamaian dan keindahan yang diciptakan oleh Allah untuk
bumi Malaysia ini. dia menghirup udara segar dan ada bau masin dari air laut.
Kepalanya berdenyut akibat kurang tidur sejak beberapa hari ini. dia
kemudiannya berhajat mahu membersihkan diri dan menapak ke dalam bilik air. Dia
Cuma dapat melepkan mata selama tiga jam sahaja itupun setelah solat Subuh pagi
tadi. dia memanjakan diri dengan air aroma terapi yang disediakan oleh pihak
chalet. Lama Balkish berendpan pam di dalam tub mandi dan dia berhajat tidak
mahu keluar. terapi air dan wangi-wanginan Berjaya menghilagkan seidkit resah
di hatinya.
Setelah sejam lebih berendam, Balkish akhirnya
keluar dari bilik air dan menapak ke katil. Telefon yang sudah dinyalakan sejak
sebelum mandi tadi di lihat. Berpuluh-pluh mesj diterima, Balkish mengabaikan
sahaja. Pasti itu semua hasil dari usaha gigih Amin untuk memujuknya. Balkish
mencari nombr telefon Iman dan mendail. Panggilannya tidak diangkat. Mungkin
anaknya leka bermain-main. Dia merindui Iman. Sudah hampir dua hari dia tidak
menatap wajah Iman kerana dia sibuk melayan rasa sedihnya.
Balkish mengenakan pakaian ke tubuhnya, dia
berhasrat mahu mengambil angin di pesisiran pantai. Dia turun ke lobi dan
kemudian ke kafe untuk menikmati juadah sarapan pagi yang terpaksa dibayar khas
kerana waktu buffet sudah habis. Selepas selesai bersarapan sendirian, Balkish
mengatur langkah ke pesisiran pantai. Dia berjalan perlahan-lahan sambil
menikmati keindahan yang di depan mata. Keindahan itu dapat mententeramkan
jiwanya tapi kenapa msih ada resah yang membuatkan dia tidak senang. Amin yang
dikenang-kenang.
Balkish berhenti apabila melihat seroang wanita
cantik di depannya sedang menangis.
Wanita itu disapa lembut.
“Boleh saya tolong?” soal Balkish teragak-agak. Apa
gadis ini buat di sini seorang diri. Mungkinkah dia juga meratapi nasibnya
sepertimana yang dilakukan oleh aku sekarang? soal Balkish dalam hati.
Gadis itu cepat-cepat mengesat air matanya kerana
malu dilihat pelik oleh wanita ang tidak dikenali baru sahaj menegurny.
“Tak ada apa-apa. You ni siapa?” soal gadis itu.
Balkish mula terasa pelik. Kaku ni siapa Balkish ak campur tangan halo rang.
Balkish mula menyasali perbuatannya menegur gadis itu.
“Saya Balkish. stay dekat chalet sana. Saya tengok
awak ni menangis seorang diri kat sini” beritahu Balkish.
“So?” marah gadis itu.
“Okeylah kalau tak ada apa-apa yang saya boleh
tolong” beritahu Balkish. eh Balkish! kau tu pun ada masalah, ada hati nak
tolong masalah orang. Balkish mengutuk diri sendiri. Dia kemuidannya beredar,
berpatah balik untuk ke chaletnya setelah member salam kepada gadis itu.
Balkish cuba lagi mendail nombor telefon Iman tapi
tidak diangkat. Iman tu bukannya pakai telefon sangat, tapi Amin yang
membelikannya, katanya senang kalau dia mahu menelfon dan berbual dengan
anaknya.
Balkish kemudiannya duduk di kerusi di bawah gazebo
dekat kolam renang chalet. Matanya terhibur melihat kegembiraan yang terpamer
di wajah kanak-akank yang sedang leka bermain air sambil ditemani oleh orangtua
mereka. suasana di kolam itu juga tidak terlalu riuh kerana tidak banyak orag
yang berkunjung di saat hari-hari sekolah seperti sekarang. dia dan Amin tidak
pernah keluar bersama-sama dengan anak-anak mereka bersama-sama ke tempat
bercuti seperti ini. gembirakah Iman dan Sufi nanti dengan perpisahan kedua
orangtua mereka? mungkinkah senyuman
seperti kanak-kanak yang sedang bermain air ini akan terukir di wajah Iman?
Balkish melepaskan satu keluhan berat.
Kenapa hatinya masih berbelah bagi dengan keputusan
ini. mngkinkah dia juga tidak mahukan penceraian daripada Amin? betulkah apa
yang diceritakan oleh ayah, ibu, mama, papa dan juga Farah kepadanya. Aku benci
kau Amin! biarpun sampai sekarang kau tak pernah membiarkan hidup aku tenang.
“Awak ada anak?” soal seorang gadis. Balkish
berpaling ke gadis yang baru sahaja duduk di sebelahnya. Gadis itu adalah gadis
tadi yang ditegur saat dia berjalan-jalan di pinggir pantai.
Balkish hanya melihat ke arah gadis itu. matanya
merah, dan begitu juga dengan mataku! Pertanyaan gadis yang tidak dikenalinya
itu dibiarkan tanpa jawapan.
“Saya dah lama inginkan anak” balas si gadis.
Balkish masih lagi menatappnya. Gadis itu masih
muda, dan canti. Dari pemakaiannya, Balkish dapat meneka yang gadis itu dari
kalangan orang berada.
“Tengoklah tu, macam tak ada masalah saja hidup
mereka. kita tengok wajah mereka pun kita dah rasa damai” sambung gadis itu.
“Awak?”
“Saya Tina” gadis itu memperkenalkan diri. Mendengar
nama itu, Balkish jadi terkejut. Bukan kerana wajah gadis itu sama dengan arwah
Tina, tapi kerana nama yang sama.
“Awak Nampak terkejut” kata Tina.
“Nama awak sama dengan …”
“Nama saja sama. Apa yang nak hairan sangat” balas
Tina.
Balkish diam sahaja. Cara bicara gadis itu sangat
sinis, tapi Balkish berniat membiarkan sahaja.
“Saya berharap kawan awak tak merasa kehidupan saya”
balas Tina.
“Kawan saya tu dah meninggal” beritahu Balkish.
Kali ini giliran Tina pula berdiam diri.
“Awak buat apa sini? Seorang juga ke?” soal Balkish
cuba meaih perhatian gadis itu.
Tina mengangguk. Balkish turut berdiam diri
kemudiannya. Tina kemudiannnya mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor
telefon seseorang. Tidak lama kemudian dia mengeluh lagi.
“Bodohlah lelaki ni” keluh Tina.
“Boyfriend?”
soal Balkish tertanya-tanya. Dari tadi lagi dia melihat gadis itu bersedih, dia
jadi penasaran untuk mengetahui masalahnya.
“Suami. Sejak dari semalam I call tak dapat. I lari
bukannya dia nak cari. Barangkali dia bersenang-senang dengan perempuan murahan
tu” keluh Tina. Balkish tiak mengulas lanjut.
“You
dah kahwin?” soal Tina. Balkish mengangguk.
“Dah berapa lama?” soal Tina.
Balkish mula berfikir. Sudah berapa lama usia
perkahwinan dia dan Amin? dia berkahwin masa dia berumur 18 tahun, lalu dia
menyambung pelajarannya selama 2 tahun setengah, kemudian tidak lama setelah
dia menamatkan pengajiannya, Amin juga turut konvo dan mula bekerja bersama di
syarikat papa. Lelaki itu bekerja sebagai engineer di syarikat hampir sethun
dan kini, sudah dua tahun Amin memegang jawatan sebagai pengarah syarikat.
Maknanya sudah hampir enam tahun usia perkahwinan antara dia dan Amin.
“Dah nak dekat 6
tahun” beritahu Balkish kepada Tina.
“Dan awak dekat sini seorang-seorang” sampuk Tina.
Balkish geram tapi ditahan saja kemarahannya. Gadis itu seperti mahu menyindirnya.
Cara bicara dan pandangannya seolah-olah dia mengetahui tentang masalah
perkahwinan Balkish. cara dia meluahkan sindiran itu seolah-olah dia mahu
mengatakan, walaupun usia perkahwinannya 6 tahun, perkahwinannya tetap juga
menuju kehancuran.
Eh hello, suami aku tak macam suami kau! Amin tak
pernah tidak angkat telefon kalau aku call,
malah sekarang pun Amin sedang menelfonku tapi aku yang takmahu angkat.
Suami aku tak macam suami kau, kau tinggal dekat sini tapi tak dicari oleh
suami kau. Amin tidak begitu, Amin tetap mahu mencari dan memujukku kembali.
walapun aku tinggalkan Amin selama 6 tahun ni, dia tak pernah ada perempuan
lain dekat belakang aku macam apa yang suami kau lakukan dekat kau! Marah
Balkish. dia mengahmburkan kata-kata itu di dalam hati. Suami aku suami yang
baik! Tiba-tiba Balkish tersedar apabila mendengar kata hatinya sendiri.
Amin seorang suami yang baik, dia t idak pernah
menyakitiku lagi setelah kejadian itu. dia menjaga makan dan pakaiku selama
perkahwinan kami. Dia berkorban untuk datag ke kampus, menjengukku hampir
setiap hari saat kami masih sama-sama kuliah. Dia bersengkang mata malam-malam
untuk menjaga Iman saat aku sibuk dengan urusan kuliahku dan biar sekali, dia
tidak pernah merungut dengan jadual jaga Iman saat kami masih sama-sama
bergelar pelajar. Amin sanggup menjaga Sufi dan menganggap Sufi seperti anak
sendiri walaupun arwah jelas-jelas mengkhianati cintanya dulu. Amin… dia suami
yang baik dan tetap melayani aku dengan baik walapun aku tidak pernah
menajalnkan tanggunjawabku sebagai seorang isteri di sisinya. Dia dan Amin
jarang sekali sebumbung. Dan semua itu aku yang minta. Akukah yang berdosa?
Kerana tidak pernah member peluang kepada Amin dan tidak pernah ingin mengenali
hatinya?
Telefon bimbit Balkish menyala lagi kerana telefon
bimbit itu sengaja disilentkan. Nama Amin tertera di skrin. Balkish tidak mahu
menerima panggilan itu. dia tidak mahu terus lama-lama di bawah dan meminta
diri daripada Tina.
“Balkish” panggil Tina.
“Kalau rumahtangga awak masih boleh diselamatkan,
awak berjuanglah”
Balkish mengangguk dan mengangkat kaki berlalu
pergi. Dia ingin kembali ke kamarnya.
……………………………………………………..
Iman dan Sufi sedang asyik bermain di halaman rumah.
Iman bergurau berpura-pura berperang dengan Sufi. Sufi pula melayan sahaja
kerenah adiknya itu. kalau Iman suruh berpura-pura tewas, dia menggulingkan
badannya di rumput, mereka kemudian berperang dengan menggunakan pedang light
saber yang dibeli oleh papanya dulu. setiap kali bermain, Iman akan mengambil
peran sebagai heri sementara abangnya mengambil peranan orang jahat.
“Abang, jom main PS pula” ajak Iman. Sufi
menggeleng.
“Abang nak duduk dekat sini saja” balas Sufi.
“Kalau macam tu kita main bola pula”
Sufi menggeleng. “Abang jomlah” ajak Iman lagi. dia
tidak pernah mengaku kalah dalam mengajak Sufi menemaninya bermain.
Sufi terdengar suara papanya sedang berbual-bual
dengan atuk dan opah di dalam rumah. Dia dapat mendengar suara opah dan atuk
menyabut nama mama. Di mana mama? Sudah dua hari mama tidak pulang ke rumah?
Semalam Sufi terserempak dengan papa di dapur. Papa duduk
di tempat makan sambil bahu papa terhenjut-henjut, pipi papa basah. Papa
menangis sebab mama? Selama ini, papa yang selalu memujuknya tentang sikap
mama. Papa kata, mama sayangkan Sufi sama seperti mama sayangkan Iman. Sufi tak
pernah menangis walaupun Sufi menginginkan kasih saying mama sepertimana mamaberikan
dekat Iman.
Tapi semalam Sufi tersedar apabila papa bangun dari
tidurnya. Sufi hanya megintai di dalik tiang besar tapi bila papa lihat Sufi di
situ, papa cepat-cepat mengesat air mata. Papa panggil Sufi duduk di ribanya.
Walaupun papa senyum tapi Sufi dapat rasa air mata papa menitis dari dagu papa
saat Sufi peluk papa.
“Adik!” Sufi mencari Iman saat dia tidak melihat
Iman di perkarangan rumah.
“Abang!” laun Iman. Adiknya itu melambai-lambai dari
luar pagar rumah.
“Nak ke mana tu?’ soal Sufi.
“Ambil bola” Iman menunjuk ke arah bole sepak yang
masih bergolek di tengah-tengah jalan.
“Tunggu abang” laun Sufi. Dia berlari-lari
mendapatkan adiknya. Iman tidak mendengar, dia berlari mendapatkan bolanya yang
kini sedang bergolek ke seberang jalan. Dipercepatkan langkahnya supaya bola
itu dapat segera diambil sebelum masuk ke dalam longkang di seberang jalan.
……………………………..
Amin tekejut saat mendengar satu bunyi benturan yang
kuat di depan rumah.
“Ma, Iman dengan Sufi mana ma?” soal Amin saat dia
mula berasa tidak sedap hati. Anak-anaknya itu tidak diperhatikan saat mereka
sedang sibuk berbincang.
“Main dekat luar tadi” beritahu Datin Hasmah. dia
belum berasa aneh lagi.
“Ya Allah, ma” Amin dapat mengagak sesuatu yang
buruk sudah terjadi. Dia berlari-lari ke luar rumah dan melihat tubuh Sufi
sudah terbaring di jalan raya. Amin segera mendapatkan Sufi. Anaknya dilihat
berlumuran darah. Sufi lemah tidak bermaya.
“Pa, Sufi… dah jaga… adik elok- e..”
“Sufi” Amin menjerit seprti seorang hysteria. Dia
menyuruh pemandu kereta itu segera menelefon ambulans. Dato' Sahar pergi mendapatkan
Iman yang menangis kesakitan di seberang jalan. Sufi dibawa ke hospital
sesegera mungkin. Selepas melakukan pemeriksaan CT scan kepala, Sufi akhirnya
dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan. Amin dan Dato' Sahar menunggu di
ruangan menunggu sementara Datin Hasmah menemani Iman yang sedang menerima jururawatan
di UGD. Nasib baik Iman Cuma cedera ringan, itupun kerana Sufi yang telah menyalamatkan
adiknya dengan menolak tubuh Iman. Tapi akhirnya Sufi yang menerima kecelakaan
itu.
………………………………..
Balkish melangkah longlai masuk ke chalet yang
disewa olehnya. Hatinya tidak tenang. Tanpa terduga dia tersadung di lantai
danlututnya terluka. Darah merah emngalir dari tempat luka tergeser itu. dia ke
bilik air untuk membersihakn lukanya. Balkish menahan rasa pedih saat luka yang
masih terbuka itu terkena siraman air. Setelah itu dia kembali ke katil.
Telefonnya menyala lagi. nama Farah tertera di skrin telefon.
Tergerak hati Balkish untuk menerima panggilan
daripada adiknya itu. berita yang disampaikan oleh Balkish itu membuatkan
Balkish terkejut. Dia segera mengambil barang-barangnya dan berlalu ke lobi
untuk check out. Dia harus segera ke hospital yang telah diberitahu oleh Farah.
Bagaimanalah keadaan Iman sekarang? anaknya itu pasti sedang menangis
mencarinya. Timbul perasaadn bersalah kerana meninggalkan Iman selama dua hari
ini. patutlah tadi masa call Iman tidak angkat telefonnya, rupa-rupanya anaknya
itu ditimpa kecelakaan. Balkish menyalahkan diri sendiri kerana kealpaannya
tidak menajag Iman dengan baik. Air matanya mencurah-curah keluar. kalaulah
sesuatu terjadi kepada Iman, dia pasti tidak dapat meaafkan dirinya.
Sebaik sahaj sampai ke ruangan di depan bilik pembedahan,
mama, papa, ayah, ibu, Farah dan juga Amin melihat ke arahnya. Balkish
memandang merka semua dan mencari wajah Iman. Dilihat Iman sedang didukung oleh
Dato' Sahar. Balkish segera berlari mendapatkan anaknya. Tubuh Iman diambil
dari Dato' Sahar dan dia mencium pipi serta ubun-ubun Iman sepuas-puasnya. Dia
gembira melihat keadaan Iman yang baik-baik sahaja. Yang luka hanyalah lutut
dan sikunya, itupun sudah dirawat dan dibalut oleh kain kasa.
Balkish memandang ke arah Amin. kalau Iman tak ada
apa-apa, kenapa mereka semua di sini? Kenapa harus menunggu di ruangan depan
kamar pembedahan ini? Sufi?
“Sufi mana?’ soal Balkish lemah. Suarany adatar dan
soalan itu tidak ditujukan spesifik kepada sesiapa pun. Salah seorang daripada
keluarganya itu boleh meberikan jawapan, tapi kenapa mereka semua diam.
“Sufi manaaa!!?” soal Balkish kepada Amin. Amin yang
tercegat di samping pintu kamar pembedahan dengan matanya merah kerana menangis
hanya diam.
“Sufi mana mama?’ soal Balkish kepada Datin Hasmah.
ibu mertuanya itu juga tidak memberikan jawapan. Kenapa semua orang berdiam
diri? Balkish menangis sepuas-puasnya. Dia dapat membaca jawapan dari kebisauan
keluarganya.
“Sufi mana ibu?” soal Balkish kepada Aminah. Ibunya
it uterus memeluk Balkish dengan erat. Balkish menangis sekuat hati. Berdosanya dia,
sepanjang perjalanan tadi, dia hanya memikirkan Iman dan berdoa kepada Allah
agar anaknya itu selamat. Dia terlupa tentang Sufi. Berdosanya dia! Balkish
menangis teresak-esak. Dia melepaskan pelukan ibunya dan berjalan ke arah Amin.
“Sufi manaaaa!!!!? Tengking Balkish lagi.
“Operate. Dia dilanggar kereta sebab nak selamatkan
Iman” beritahu Amin sambil memandang
wajah Balkish. mata Amin merah, air matanya tetap mengalir terus.
Balkish marah, dia memukul Amin sekuat hati. Dia
memukul lengan Amin kiri dan kanan.
“Kenapa you tak jaga dia baik-baik!!!?” soal Balkish
marah. Amin hanya diam. air matanya laju mengalir membasahi pipi.
“Selama ni you jaga dia elok-elok. Kenapa!!!?”
Balkish terus memukul Amin.
Amin memeluk Balkish ke dalam pelukannya, “Maafkan,
abang”
tangisan Balkish semakin kuat, dia meronta-ronta
cuba melepaskan diri dari Amin tapi pelukan Amin semakin kuat juga.
Lama-kelamaan tubuhnya terasa lemah dan dia membiarkan sahaja pelukan Amin
melingkari bahunya. Pelukan itu terasa tenteram. Balkish menangis semahunya di
bahu Amin.
……………………………………………….
Amin menghampiri Balkish yang duduk termenung di
kerusi,mulutnya kelihatan terkumat-kamit membacakan doan buat Sufi. Amin duduk
di samping sekadar menemani, dia tidak mahu emnganggu Balkish. telefon bimbit Amin
berdering.
“Ada apa Aman?” soal Amin risau. Adiknya itu masuk
ke kamar opereasi Iman atas bantuan kawannya yang berugas di hospital swasta
itu.
Apabila mengetahui panggilan itu dibua oleh aman,
Balkish turut risau.
“Abang A+” beritahu Amin.
“Akak?” soal Aman pula.
“Nanti abang Tanya” bals Amin. panggilan itu
dimatikan.
“Kenapa?” soal Balkish cemas.
“Blood bank tak cukup darah O+ untuk Sufi” beritahu Amin
kepada Balkish yag duduk di sampingnya.
Papa, mama serta ayah dan ibu menggelengkan kepala
mengisyaratkan darah mereka bukan darah o+.
“Saya 0+” beritahu Balkish.
“Awak nak derma darah tak?” soal Amin. Balkish
mengangguk laju. Dia langsung berduru.
“Kalau macam tu Amin bawa Balkish pergi blood bank”
sampuk Dato' Sahar. Amin dan Balkish mengangguk. Mereka berdu a berjalan
beriringan di kaki lima bangunan tanpa sebarang bicara. Kedua-duanHye memilih
untuk berdiam diri. Iman melihat ke arah isterinya yang sedang bermurung,
langkahkakinya olnglai dan dia kelihatan tidak bermaya. Amin memberanikan diri menyentuh
tangan Balkish dan kemudian menggenggam tangan itu erat0erat, Balkish melihat
ke arahnya, wajah itu memandangnya dengan pandangan kososng.
“Kita pergi makan dulu” ajak Amin.
“Saya tak ada mood nak makan” balas Balkish.
“Awak nak derma darah kena makan dulu” beritahu Amin.
Balkish terpaksa menurut, dia membiarlkan sahaja
kakinya mengkiyt langkah kaki Amin sam bil tanggnya dipegang erat oleh suaminya.
Setelah selesai makan, mereka berdua melangkah ke
arah bLood bank untuk mendaftar menderma darah. Amin hanya memnunggu di kerusi
semenatar Balkish terbaring ke katil pesakit sementara drahnya disdut keluar
dari badan. Setelah selesai mereka berdua kembali ke kamar pembedahan.
“Min, papa dah book bilik untuk Sufi. Amin bawalah
Balkish ke bilik dulu berehat. Biar papa dengan abang Tahir tunggu dekat sini
dlu. Mama dengan ibu pun ada dekat bilik” beritahu Dato' Sahar.
Iman mengangguk. Dia mengajak Balkish untuuk ke
bilik itu tapi Balkish menggeleng. Dia mahu menunggu Sufi sampai Sufi selesai pembedahan.
“Jomlah. Awak dengan saya pun tak solat lagi. kita
pergi solat dulu, lepas tu kita datang balik” pujuk Amin. Balkish menganggk
setuju.dia mngikut Amin ke bilik pesakit VIP yang ditempah oleh papa. Mama dan
ibu serta Iman sudah berada di bilik itu. farah sudah lama pulang ke pejabat.
Balkish mepangah longlai, apabila melihat ibu, dia terus memeluk tubuh orang
tua itu dan menangis semahunya. Aminah berusaha untuk mententeramkan Balkish.
“Sab ar, ni ujian Allah untuk Balkish. allah tak
menguji sesuatu yang tidak boleh ditanggung oleh hambanya” pujuk Aminah.
“Balkish berdosa sangat dengan Sufi. Selama ni,
Balkish selalu abaikan dia ibu sebab Balkish tak sanggup tengok muka Sufi.
Setap kali Balkish tengok Sufi Balkish teringatkan hubungan arwah dengan Amin” dalam
tangisan, Balkish mencuri nafas meluahkan segala-gala yang terbuku di hatinya
selama ini.
“Sabar ya, insyaAllah Sufi taka pa-apa”
“Ibu, kalau sesuatu terjadi dekat Sufi, Balkish
takkan maafkan diri sendiri” tangisan Balkish semakin kuat.
Aminah menggosonk-gosok belakang Balkish.
“Sufi yang selalu Balkish abaikan yang selamatkan
Iman ibu, kenapalah Balkish tak Nampak semua tu selama ni? Kenapa baru
sekrang?”
“Semua yang berlaku itu ada hikmahnya, Balkish.
Balkish jangan persoalkan rancangan Allah kerana itulah terbaik untuk hambaNya”
sampuk Datin Hasmah. Balkish mengangkat wajahnya memandang ibu mertuanya yang
juga telah banyak berkorban untuknya. Serta-merta tubuh itu dipeluk.
“Maafkan Balkish mama. Balkish banyak berdosa dengan
papa, dengan mama”
“Taka pa-apa Balkish. mama dah maaf kan semuanya”
beritahu Datin Hasmah. dia tidak dapat membendung lagi air matanya.
“Dahlah, ambil wuduk, solat beriman dengan Amin,
kemudian doalah untuk kebaikan Sufi dan kebaikan Balkish dengan Amin. kami
berdua ni dah solat” sampuk Aminah. Dia mengangka wajahnya dan memandang Amin
yang sejak dari tadi hanya berdiri. Amin kemudian masuk ke bilik air untuk
berwuduk, dia kemudiannya keluar dan menghamparkan tikar sejadah sementara
menunggu Balkish selesai mengerjakan wuduk. Setelah mereka berdua siap, Amin
mengalunkan iqamah dengan suara yang tidak terlalu keras, tapi cuckup didengari
dengan merdu oleh telinga Balkish. hatinya tiba-tiba diruntun sayu, tidak
disangka lelaki yang dulu dipandang rendah olehnya kerana sikap dan hobinya
yang tidak cocOkey dengan agama Isam kini mengalunkan alunan iqamaha dengan
merdua sekali dan lelaki yang sama itulah yang akan mengimamkannya untuk solat
zuhur ini.
Balkish tersedar apabila terdenan takbir yang
dialunkan Amin , dia kemudiannya membaca bismillah dan memulakan solat zuhurnya
bersajamaah dengan Amin. setelah selesai solat dan berdoa, Balkish menghampiri Amin,
suaminya itu berpaling ke belakang. Balkish menghulurkan tangannya untuk
bersalam dengan Amin.
“Balkish minta maaf dari hujung rambut sampai hujung
kaki. Ampunkan Balkish selama ni” rayu Balkish. air matanya murah sahaja
menitis membasahi pakain solatnya. Amin mengusap kepala Balkish dengan
beralaskan kain solat Balkish.
“Yang lama tu biarlah. Abang tak pernah meyimpan
dendam denan Balkish” beritahu Amin. Balkish mengangkat wajahnya dan
bertentangan mata dengan Amin. suaminya itu kelihatan tenang. Wajah itu tidak
pernah ditatapi selama sebegini, tidak pernah dia menatap wajah itu dan menyadari
betapa wajah itu bisa mendamaikanny. Andainya dia membuka pintu hatinya buat Amin
lama dulu, pasti semua ini takkan berlaku? Kerana buruk sangkanya, dia buta
menilai betap[a baiknya lelaki itu, betapa banyak Amin berubah selama ini dan
betapa bertuahnya dia untuk memilik Amin sebagai suaminya.
“Maafkan Balkish” tangisan Balkish semakin kuat. Dia
memeluk kaki Amin meminta mekampunan daripada suaminya, terasa dirinya amat
berdosa kerana tidak menunaikan tanggungjawabnya terhadap Amin dan Sufi sealam
ini. terasa dirinya sangat hina untuk bergelar isteri dan ibu. Dia sanggup
mencium kaki Amin untuk memohon keampunan daripada suaminya itu. mujurlah Allah
masih memebrinya peluang untuk meminta maaf dan berubah. Semoga Sufi selamat
dan sembuh dengan sempurna.
Amin mengangkat bahu Balkish dan memeluk isterinya
yang seakan-akan hysteria itu. sejak dari tadi Balkish tidak berhenti menangis
sampaikan bengkak matanya.
Aminan dan Datin Hasmah sekadar memerhatuikan.
Mereka menitiskan airmata melihat penyatuan suami isteri itu.
Bab 62
Katil Sufi di dorong keluar oleh dua orang
jururawat, sebaik sahaja melihat wajah Sufi Balkish segera mengikut Sufi untuk
ke bilik, dan saat itu jugalah doktor yang melakukan oerasi ke atas Sufi
keluar, Balkish tidak menghir ukannya sebaliknya terus mengikut Sufi untuk ke
biliknya.
“Pa” panggil Amin.
“Amin pergilah temankan Balkish. biar papa uruskan
dekat isni” beriahu Dato' Sahar. Amin segera mengkiyt Balkish. Dato' Sahar dan
Tahir meny Pa doktor yang baru keluar itu.
“Macaman cucu saya doktor?” soal Dato' Sahar.
“Alhamdulillah oprasi berjaya. Kita tunggu saja bila
cucu encik akan bangun” beritahu Doktor.
“Terima kasih doktor” serta-merta Dato' Sahar
berjabat tangan dengan doktor specialist saraf
yang t lah melakukan oerasi ke atas Sufi. Tahir juga mengucapkan terima
kasih. Doktor itu kemudiannya meminta diri.
“Jomlah, pa. kita pergi lihat Sufi” ajak Aman yang
baru sahaja keluar dari ruangan pembedahan. Dia, Dato' Sahar, Datin Hasmah,
Tahir dan Aminah melangkah laju ke bilik Sufi.
Mereka semua berkumpul di bilik Sufi. Waqlaupun
sudah beberapa jam setelah pembedahan selesai, namun Sufi masih belum sedar.
Balkish masih tetap di posisinya, di sebelah katil Sufi. Dia melihat ke arah
Iman yang sedang tertidur di katil tetamu di bilik IP itu dan dia melihat ke
arah orang lain. Balkish berjalan ke arah ibunya.
“Ibu baliklah dulu, biar Balkish yang tunggu Sufi.
Nanti kalau ada apa-apa Balkish telefon nanti. Mama pun baliklah dulu” beritahu
Balkish. dia menyentuh bahu Aminah. Balkish berjalan ke arah Iman untuk
mengejutkan anaknya itu daripada tidurnya.
“Mama” panggil Iman.
“Iman balik dulu ya, biar mama tunggu abang”
“Iman pun nak tunggu abang” beritahu Iman pula.
Balkish membelai wajah anaknya, “Sayang balik dulu,
nanti esok Iman datang lagi ya. Iman balik dulu dengan papa” pujuk Balkish
lagi. Iman berpaling ke arah papanya. Amin menganggukan kepala. Dia kemudian
mengangkat tubuh Iman ke dukungannya.
Iman pula cepat sahaja menyandarkan kepalanya ke bahu papa. Mengantuk sekali
agaknya.
“Abang balik dulu hantar ibu dengan ayah, nanti
abang datang balik” beritahu Amin. Balkish mengangguk. Dia mengambil tangan Amin
dan bersalam dengannya. Kemudian dia menghantar keluarganya itu pulang. Balkish
duduk kembali di kerusi di sam,ping katil Sufi. Dia hanya memandang Sufi dan
berdoa untuk kesembuhan anaknya itu. tidak lama setlah itu, Balkish membacakan
ayat-ayat al quran yang diketahuinya di telinga Sufi. Air matanya menangis
melihat Sufi yang sedang terlantar sakit di katil. Darah yang didermakan oleh
Balkish tadi diinfus masuk ke tangan kiri Sufi sementara cairan air biasa
dimasukkan ke canang infuse tangan kiri. Pasti anaknya itu sedang menderita
tapi kerana sebab ubat, Sufi tidak boleh menangis malah tidak sedarkan diri.
“Maafkan mama Sufi. Kalau boleh mama tak ganti
tempat dengan Sufi sekarang. biar mama saja yang rasa semua penderitaan Sufi”
tintih Balkish.
Selama ini dia hanya memikirkan yang Sufi bukan
anaknya, tapi anak Tina tapi sekarang Sufi sedarah daging dengannya, darahnya kini
mengalir dalam vena dan arteri Sufi. dan anak yang diabaikan selama ini telah
menyalamatkan anak kandungnya, Iman. Anak yang sering disalah anggap selama ini
telah membuktikan anggapannya itu boleh salah. Sufi membuktikan bahawa betapa
hatinya gelap selama ini kerana tidak membrikan kasih saying yang adil kepada
kedua orang anaknya. Sufi membuktikan bahawa dia benar-benar hidup dalam
kegelapan sehingga tidak melihat kebaiakan Sufi mahupun Amin.
……………………………
Amin mengetuk daun pintu sebelum masuk dan melihat
Balkish masih lagi duduk di kerusi di samping katil Sufi. Gadis itu menyapa Amin
saat dia masuk ke dalam bilik itu. Amin meletakkan beg pakaian Sufi dan Balkish
di sampimng katil. Dia berjalan ke arah Balkish.
“abang beli nasi. Awak pergilah makan” suruh Amin.
“awak dah makan?” soal Balkish kembali kepada Amin.
Amin tidak menjawab, dia menyuruh sahaja Balkish
makan dulu tanpanya. Dia tidak lalu makan apabila melihat keadaan Sufi yang
masih lagi belum bangun. Balkish berjalan ke arah meja makan yang bersaiz kecil
di hujung bilik itu. dua bungkusan nasi dikeluarkan darui plastic. Nasi itu
dibuka.
“Marilah makan sekali” ajak Balkish. dia melihat ke
arah Amin. lelaki itu kemudiannya melangkah ke arah meja makan dan duduk di
sebuah kerusi. Balkish mengeluarkan bungkusan air inuman yang turut dibeli oleh
Amin. minuman itu diberikan kepada Amin.
Mereka berdua makan tanpa berselera, sekadar
mengalaskan perut yang kosong.
“Lepas makan, Balkish tidurlah dulu. biar abang yang
berjaga” beritahu Amin datar.
“Tak apalah”
“Awak tidurlah dulu, kalau ada apa-apa nanti abang
kejutkan”
“saya tak mengantuk” balas Balkish.
“Awak dah derma darah tadi. you need to sleep”
Balkish membaringkan tubuhnya di katil sementara Amin
menunggu Sufi di kerusi sebelah katil. Pada awalnya, Balkish hanya berniat memb
ringkan badan tapi lama kelamaan dia tertidur. Badannya terasa penat keana
telah menderma darah siang tadi. segera matanya tertutup rapat melayan
keinginan tubuh untuk istirehat dan seerusnya tidur.
Balkish terjaga secara tiba-tiba. Dia terus melihat ke
arah Sufi kalau-kalau anaknya itu sudah terbangun dari lenanya yang panjang.
“Amin” panggil Balkish saat dia tidak melihat suaminya
di kerusi ebelah Sufi. Balkish cuba mencara susuk tubuh lelaki tu di ruangan
bilik itu. Amin sedang berteluk di tikat sejadah tempat kami solat bersajamaah
bersama-sama siang tadi. Balkish bangun dari tidurnya tapi dia masih duduk di
birai katil. Dia enunggu Amin menyalesaikan bacaan doanya sebelum dia menegur suaminya
itu.
Amin melipat tikar sejadahnya, dia melihat ke arah
Balkish yang sudah terjaga. Gadis itu cepat-cepat melarikan pandangannya.
“Abang buat awak terjaga ke?’ soal Amin. dia menutup
lampu bilik tidur yang dipasangkan saat dia mahu mengambil wuduk tadi.
Balkish menggeleng.
“Dah lama saya tidur” balas Balkish.
“Awak tidurla, biar saya yang berjaga pula” sambung
Balkish.
Amin berjalan ke arah katil Sufi, dia mencium pipi
Sufi dan duduk di kerusi sebelah katil.
Balkish bangun dari duduknya dan berjalan ke arah Amin.
“Sejak bila awak…berubah?” soal Balkish
teragak-agak.
“Dah lama, Balkish saja yang tak perasan” sambung Amin.
Balkish diam. memang salahnya kerana tidak membuka
mata menilai Amin sebelum ini.
“Kenapa tak bagitahu Balkish selama ni?”
“tentang apa?” soal Amin pelik.
“Tentang semunya. Tentang awak dengan keluarga saya,
tentang awak dah berubah” sambung Balkish.
“Sesuatu yang baik akan sampai sendiri ke orang
lain, tapi bukan dari mulut saya sendiri” eritahu Amin pula.
“So, awak memang tak plan pun nak bagitahu saya?”
“Balkish, niat abang baik. Abang tak nak tengok
Balkish terluka lagi sebab abang. Balkish ingatk tak dulu masa abang mula-mula
bagi ubu duit belanja adik-adik. Balkish ingat Tak apaBalkish cakap dekat abang
lepas tu dan kita gaduh besar” beritahu Amin.
Balkish teringat akan peristiwa saat kali pertama
dia dan Amin berkunjug ke rumah ayah. Saat mahu pulang, Amin memberikan duit
belanja adik-adik kepada ibu tapi semasa dalam perjalanan pulang, mereka berdua
bertengkar sehingga dia mengatakan yang Amin cuba untuk membeli hatinya dengan
wang ringgit.
“Abang tak cakap pasal kelas agama yang abang ikut
sebab abang tak rasa Balkish berminat nak tahu” sambung Amin.
“Siapa cakap Balkish tak berminat nak tahu?”
Amin senyum.
“Maksud Balkish, mestilah Balkish kena tahu, awak
buat saya fikir awak pergi club dengan kawan-kawan awk”
Balkish diam. Amin menarik tangan Balkish dan
mengenggamnya erat.
“Yang lama tu biarlah berlalu. Abang nak minta maaf
dengan Balkish pasal semuanya. Pasal arwah Tina, dia kawan abang. Yang abang
saying sekarang ni hanya Balkish, Sufi dan Iman” sambung Amin.
“Rina?” soal Balkish. jelas sekali dia mencemburui
gadis itu.
Amin ketawa. “Rina Cuma kawan abang” beritahu Amin.
“Betul?” soal Balkish lagi.
“Betul” balas Amin.
Balkish senyum. Terubatlah cemburuinya apabila
mendengar pengakuan Amin yang Rina sekadar teman biasa.
“pergilah tidur, biar abang jaga sini malam ni”
“Awak tidurlah, awak tak tidur dari tadi, saya at
least dah tidur tadi”
Balkish melihat ke arah Sufi yang masih tidur nyenyak.
Dia mencium pipi Sufi. Amin melihat. Dia bangun berdiri, tangan Balkish
ditarik.
“Jomlah, sama-sama tidur. Balkish temankan abang”
pinta Amin. matanya menatap mata Balkish penuh harapan. Semoga Balkish tdak
menolak. Dia benar-benar merindui Balkish selama bertahun-tahun.
Balkish mengangguk. Mereka berdua berbaring di katil
yang tidka auh dari katil Sufi. Balkish membaringkan tubuhnya memandang ke arah
Sufi dan begitu juga dengan Amin. lama kelamaan terasa pelukan Amin di pinggangnya,
Balkish membiarkan sahaja. Amin berbisik ke telinganya.
“Anak kita akan baik-baiak saja. Hes a fighter. Awak
jangan risau sangat”
Balkish memegang lengan Amin yang melingkar di
pinggangnya, di aberdoa untuk kesembuhan Sufi.
Bab 63
Awal pagi, Balkish sudah bangun dari tidurnya, dia
mengejutkan Amin untuk solat Subuh berjemaah. Setelah selesai mengerjakan solat
Subuh, Amin segera mandi kerana dia berhajat mahu keluar membeli sarapan untuk
dia dan Balkish.
Balkish menunggu Sufi di bilik. Dia membuka tirai
dinding kaca untuk memberikan cahaya matahari yang masih tidak terlalu panas
masuk ke dalam bilik Sufi. Dia kemudian masuk ke tandas untuk mengambil bekas
air dan mengumpulkan air suam di dalam bekas tersebut. Tuala kecil yang
dibawakan oleh Amin semalam dimasukkan ke dalam bekas.
Balkish teringatkan sesuatu, dia mengambil telefon
bimbit dan menelefon Amin.
“Ada apa?” soal Amin.
“Awak boleh belikan bunga?” soal Balkish.
“Nak buat apa?” soal Amin pelik.
“Saya nak letak dekat katil Sufi ni. Kalau dah ada
kedai bunga yang dah buka, awak belilah” pinta Balkish.
“Erm. Sufi belum bangun?” soal Amin.
“Belum” jawab Balkish. Panggilan itu dimatikan.
Balkish menyambung kembali tugasnya. Selimut Sufi dibuka dan kemudian pakaian
Sufi pula dilepaskan. Dia kemudiannya memerahkan air dari tuala kecil yang
direndamkan di dalam air suam sebelumnya. Seluruh wajah dan badan Sufi dilap dan dibersihkan kecuali
daerah kepala tempat Sufi menjalani pembedahan semalam.
Wajah Sufi yang comel itu dilap. Wajah itu mirip
sekali dengan Tina. Kenangan lama tentang Tina mula menjamah ingatan.
“Maafkan mama. Mama janji, kalau Sufi bangun, mama
akan bawa Sufi jalan-jalan. Kita pergi ke mana sahaja Sufi nak? Mama akan
belikan apa sahaja yang Sufi minta” kata Balkish, dia berbicara dengan Sufi
walaupun dia tahu Sufi masih belum sedarkan diri. Jauh di sudut hati dia berharap
agar Sufi mendengar suaranya dan cepat-cepat bangun dari lenanya.
“Sufi bangun tau
hari ini, mama tak nak Sufi tidur lama-lama. Nanti Iman datang dengan atuk
dengan opah, mesti Sufi nak temankan Iman bermain. Kalau Sufi tidur lama-lama
nanti siapa nak tengokkan adik Sufi?”
Balkish mengelap dada Sufi dengan kain basah.
“Kalau Sufi bangun, mama akan belikan apa sahaja
yang Sufi nak makan. Sufi suka makan masakan mama kan? Mama akan masak apa
sahaja Sufi nak, tapi Sufi kena bangun, jangan tidur lama-lama. Mama risau,
papa pun risau. Semua orang risaukan Sufi sekarang ni”
“Bangunlah Sufi” rintih Balkish. Air matanya
menitis. Dia cepat-cepat mengesat air matanya dari menitis ke badan Sufi. Dia
tidak mahu menangis di hadapan anaknya, dia harus kuat supaya Sufi juga kuat
bertarung untuk kembali ke pangkuan mereka.
“Mama janji, kalau Sufi bangun, Sufi boleh tinggal
dengan mama” sambung Balkish lagi. Dia mengelap kaki Sufi. Setelah selesai, dia
menyelimuti Sufi supaya anaknya itu tidak kedinginan sementara dia mencari
pakaian yang dibawakan oleh Amin untuk disarungkan ke tubuh Sufi.
Pakaian tidur yang dipilih oleh Balkish disarungkan
ke badan Sufi. dia berhati-hati menggerakkan badan anaknya kerana bimbang Sufi
berasa tidak selesa. Setelah selesai menyarungkan pakaian, Sufi diselimutkan
kembali. Sesekali Balkish memeriksa titisan cairan infuse yang menitis. Dia mencium pipi Sufi yang tembam dan duduk di
samping Sufi. Tangan Sufi digenggam erat dan kemudian Balkish menyambung lagi
bicaranya dengan Sufi. Dia bercerita seolah-olah Sufi mendengar semua
kata-katanya.
“Ma”
Balkish tersentak dan terus terdiam saat dia berasa
terdengar suara Sufi memanggilnya. Dia bingkas bangun dari duduknya dan melihat
ke arah wajah Sufi, berharap agar Sufi mengulangi kata-katanya tadi.
“Sufi cakap apa tadi, sayang?” soal Balkish.
“Mama” panggil Sufi lagi. Balkish tersenyum syukur
dan mengucup pipi Sufi untuk ke sekian kalinya.
“Sufi dah sedar” Balkish separuh berteriak.
“Lapar” kata Sufi. Suaranya masih perlahan dan
lemah.
“Lapar sayang? Mama Tanya doktor dulu” beritahu
Balkish. Dia keluar mendapatkan
jururawat yang bertanggunjawab terhadap anaknya. Dia bertanyakan tentang hasrat
anaknya yang ingin makan itu.
“Maaf puan, nanti saya Tanya Dr. Winda dulu. Nanti
saya bagitahu puan” beritahu jururawat muda itu. Balkish mengangguk dan dia
kembali semula ke bilik Sufi, bimbang juga meninggalkan Sufi lama-lama di bilik
itu sendirian. Balkish kembali ke pangkuan Sufi.
“Adik mana?” soal Sufi. Balkish sedih apabila
melihat Sufi yang sedang terlantar sakit itu masih lagi memikirkan tentang Iman
sedangkan selama ini Balkish selalu mengabaikan Sufi dan tidak pernah adil
dalam memberikan kasih sayang terhadap dua beradik itu. Namun Sufi tetap
mengambil berat tentang Iman.
“Ada rumah atuk. Nanti petang baru adik datang ya.
Mama call papa dulu ya. Sufi rehatlah dulu sayang”
Balkish mengambil telefon bimbitnya dan mendail
nombor telefon Amin.
“Awak, Sufi dah sedar” beritahu Balkish.
“Alhamdulillah. Sekejap lagi abang balik” beritahu Amin.
Dia seperti mahu terbang ke hospital sekarang untuk berjumpa dengan Sufi.
“Awak kalau ada kedai jual bubur nasi, awak belilah.
Sufi lapar” beritahu Balkish.
“Boleh ke makan makanan luar?” soal Amin.
“Awak beli sajalah dulu. Kalau tak boleh tak
payahlah makan. Saya kasihan pula tengok Sufi ni, semalam dia tak makan apa-apa”
beritahu Balkish.
Amin kemudiannya mematikan panggilan telefon. Dia
mencari-cari kedai makan yang sudah buka seawal pagi begini. Hasrat Sufi itu
mahu dikabulkan. Kedai bubur nasi dicari.
Tidak lama kemudian jururawat masuk ke dalam bilik
Sufi dan melihat keadaannya. Bacaan pada monitor yang tersambung ke tubuh Sufi
dibaca dan dihafal. Mungkin dia mahu melaporkan keadaan Sufi kepada Dr. Winda.
“Puan, saya dah lapor ke Dr. Winda, dia kata kalau
Sufi tak sesak nafas, dia dah boleh makan makanan soft diet. Saya dah pesan makanan dari bahagian Nutrition, sebentar lagi mereka akan hantarkan”
beritahu jurawat itu.
“Nurse,
kalau sup dari luar boleh?” soal Balkish.
Jururawat itu mengangguk dan kemudian berlalu
setelah memberikan jawapan itu.
“Sufi tidurlah dulu, nanti kalau makanan dah sampai
mama kejutkan” pujuk Balkish. Dia tahu Sufi pasti masih lelah dan kelihatan tidak
bermaya.
Sufi tidak mahu tidur, dia mahu terus menatap wajah
mama yang lama dirinduinya itu. Dia mahu terus menemani mama sekarang ini, dia
mahu memanfaatkan waktu ini tatkala cuma ada dia dan mama sekarang ini. Jarang
benar kesempatan ini datang dan Sufi mahu sekali terus memandang wajah mama Tetapi
entah kenapa matanya terasa berat sekali.
Dia masih berasa mengantuk dan kepalanya terasa pening. Tanpa rela Sufi
membiarkan sahaja dia terlena lagi.
………………………………………..
Balkish memandang Sufi, hari ini anaknya itu sudah
bertambah sihat. Sudah dua hari Sufi dirawat di hospital ini. Sufi kuat
semangat, walaupun masih kanak-kanak tetapi Sufi tak pernah menangis setelah
dia tersedar kemarin. Dia cuma mengeluh tidak ada selera makanan kerana makanan
yang hanya dibolehkan makan adalah makanan dari hospital.
Wajah Sufi ditatap dengan penuh rasa kasih dan sayang,
si budak dengan pipi tembam itu sangat comel. Wajah Sufi mengingatkan Balkish
kepada arwah Tina kerana wajah mereka berdua mirip sekali. Tatkala memikirkan
nama arwah segala ingatan berkenaan tentang Tina muncul di kotak ingatan.
Balkish
terkejut saat dia mendengar suara Amin memarahi Iman. Dia lantas berpaling ke
arah dua orang anaknya yang sedang bermain di katil. Dilihat Sufi sedang
mengurut dadanya tanda sakit sementara Iman hanya tunduk memandang katil dan
kemudian melihat ke arah papanya dengan mata yang berkaca.
“Papa dah cakap kan tadi, jangan main kasar-kasar
dengan abang. Kenapa Iman buat abang macam tu?” marah Amin lagi. Dia lantas
mengambil tubuh Iman dari katil. Balkish berjalan mengahampiri Sufi.
“Kenapa?’ soal Balkish.
“Ni Iman ni, nakal sangat” beritahu Amin.
“Papa dah cakap kan tadi” Amin menyambung memarahi
Iman.
“Sakit?” soal Balkish kepada Sufi sambil mengusap
dada anaknya yang sedang dalam kesakitan itu. Sufi memandang wajah Balkish yang
tidak jauh darinya. Inilah pertama kali mamanya membelainya selembut itu,
inilah pertama kali mama memberikan perhatian kepadanya. Wajah Balkish ditenung
lam-lama. Segala kesakitannya terasa hilang dengan mendadak saat dia melihat
dan merasai kasih saying mamanya.
“Sakit Sufi?” soal Amin saat dia tidak mendengar
suara jawapan dari pertanyaan Balkish sebelumnya.
Sufi menggeleng.
“Iman, abang sakit sekarang, Iman tak boleh nak main
macam tu dengan abang lagi” tegur Amin lagi. Anaknya yang bongsu ini nakal
bukan main. Kalau ditegur, Iman Cuma mendengar dalam masa lima minit. Selepas
itu dia akan kembali melakukan kesalahannya.
Sufi pula memang tidak pernah memarahi Iman. Sufi berbeza sekali dengan
Iman, anak yang sulung itu pendiam dan tidak banyak bicara. Sufi lebih memilih
untuk memendam rasa. Kedua-duanya sangat berbeza tetapi saling menyayagi.
“Sufi belum makan lagi, kan?” soal Amin apabila
teringatkan makanan yang dihantar sebentar tadi belum dijamah oleh anaknya.
Sufi cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Bukannya
dia lupa tapi dia memang tidak mahu makan makanan hospital yang tidak enak.
“Sufi kena makan, kalau tak macamana nak sembuh.
Kalau Sufi makan, esok doktor dah bagi Sufi balik” pujuk Balkish. Pagi tadi Dr.
Winda sudah memberitahu dia dan suaminya tentang berita gembira itu, Sufi sudah
boleh dibawa pulang esok.
Sufi diam. dia tidak mahu makan tetapi dia tidak
mahu membantah suruhan mamanya.
“Sufi makan ya, mama suapkan” pujuk Balkish lagi.
“Abang, ni ke yang abang kata makanan tak sedap tu?”
soal Iman menyampuk. Reaksi mencerut pada wajah abangnya itu dapat dibaca. Sufi
mengangguk perlahan-lahan sebagai jawapan kepada Iman tadi.
“Adik nak cuba jugalah” sambung Iman lagi. Sufi
terkejut dan berpaling ke arah adiknya.
“No, adik.
Tak sedap sangat. Kalau adik makan, adik boleh muntah” cerita Sufi dengan penuh
bersemangat dengan memek muka yang pahit. Amin separuh tersenyum melihat
gelagat dua orang anaknya itu.
“Adik nak cuba juga” bentak Iman. Amin meletakkan
Iman di samping Sufi.
“Behave,
jangan main kasar-kasar lagi” pesan Amin kepada Iman setelah meletakkan anaknya
itu di katil Sufi. Balkish menyuapkan nasi itu ke mulut Iman. Iman terlihat
menjilat bibirnya dan menghayati rasa makan yang baru disuapkan oleh mamanya.
“Tak adalah tak sedap sangat abang, macam Nestum”
beritahu Iman. Sufi terkejut mendengar kata-kata adiknya. Dia jadi penasaran
dan ingin tahu. Betulkah rasa nasi kisar hari ini sedap seperti kata adiknya?
Sufi meminta mamanya menyuapkan nasi itu.
“Okey
saja kan abang?’ soal Iman lagi. Dia melihat Sufi dan tersenyum gembira.
Abangnya itu akhirnya makan. Sufi mengangguk perlahan-lahan. Rasanya, lidahnya
dapat menangkap rasa yang sama seperti hari-hari kemarin tapi apabila melihat
Iman gembira dan berkata makanan itu enak, dia terikut sama.
Balkish senyum melihat gelagat Iman dan Sufi itu.
Wajah polos kedua-dua orang anaknya itu ditenung. Dia bangga dengan keakraban
Sufi dan Iman. Walaupun mereka tidak ada hubungan darah, tetapi kedua-duanya
dapat bergaul mesra. Sufi, sebagai seorang anak sulung menjaga keselamatan
adiknya dengan baik dan buktinya dia terlantar sakit selama beberapa hari ini
kerana menyalamatkan Iman. Sementara Iman berusaha untuk membuatkan Sufi berasa
gembira.
Sufi yang selama ini tidak diendahkannnya telah menyelamatkan
Iman dari kecelakaan jalan raya. Anak yang selama ini dipandang serong kerana
bukan dari darah dagingnya telah menyalamatkan anak kandungnya sendiri. Betapa
Allah telah membuka hijab yang dia tidak nampak selama ini. Tanpa disangka
orang yang paling tidak disenanginnya telah berkorban untuk menyalamatkan Iman.
Hati Balkish sebak. Dia banyak berdosa kepada Sufi kerana mengabaikan
tangungjawabnya sebagai seorang ibu kerana rasa marah cemburu. Betapa dia
terlalu mementingkan diri sendiri dan hanya tahu memikirkan diri sendiri. Dia
tidak mempedulikan tentang perasaan Sufi dan juga Amin.
Amin yang selama ini dipandang serong rupa-rupanya
adalah orang yang paling penyabar dalam melayan kerenahnya. Betul kata Farah,
suami mana yang sanggup tunggu aku selama bertahun-tahun dan sabar dalam semua
kehendakku. Aku tidak pernah pua menjalankan tanggungjawabku dengan baik. Aku
selalu menyakiti hatinya, aku isteri yang berdosa kerana tidak pernah membuka
hati untuk mengenali Amin. Aku tidak pernah berusaha untuk memberinya peluang
sekaligus memaafkan segala kesalahannya yang dulu. Amin sudah berubah. Amin
yang aku kenal dulu bukanlah seperti suamiku sekarang. suamiku seorang lelaki
yang beriman, seorang suami yang penyabar dan seorang ayah yang penyayang. Dia
boleh mendidik anak-anak kami dengan baik, yang aku rasa aku sendiri tidak
mampu melakukannya. Wajah Amin dipandang tanpa pengetahuan lelaki itu. Wajah
itu tidak banyak berubah dari wajah yang pertama kali kukenal sewaktu bekerja
sambilan dulu. Wajah itu tetap sama dengan lelaki yang mengubah hidupku
beberapa tahun yang lalu, yang mencoretkan arang hitam dalam kanvas hidupku, tetapi kenapa perasaanku kini sedikit-sebanyak
sudah berubah buat Amin. Mungkin ini peluang yang Allah bagi buatku. Allah itu
maha Pemurah dalam segala-galanya, dan aku berterima kasih atas peluang ini. Segala
kejadian yang telah berlaku, akhirnya mebuka hati dan mataku tentang Amin. Perkenalan
singkat dengan gadis muda di chalet
tempohari jelas mebuka mataku betapa aku beruntung mempunyai suami seperti Amin.
“Abang, cepat sembuh, nanti kita pergi sekolah
sama-sama. Abang tahu Is ada mainan baru. Adik tahu dia beli dekat mana, nanti
kita ajak papa pergi beli. Dia berlagak dengan adik sebab dia saja yang ada
mainan baru” asyik sekali Iman bercerita kepada Sufi tentang teman-teman mereka
di sekolah tempat nursery. Sufi pula leka mendengar.
“Ma, bila abang boleh keluar hospital?” soal Iman
kepada Balkish.
“Esok” jawab Balkish.
“Kalau abang balik esok, abang balik rumah papa ke
rumah kita, ma?’ soal Iman. Balkish terdiam. Tidak disangka pertanyaan itu akan
diutarakan oleh anaknya yang banyak celotehnya itu.
Balkish melihat raut wajah Sufi.
“Balik rumah siapa-siapa pun sama saja. Yang penting
Sufi kena rehat” sampuk Amin. dia tidak mahu Iman berasa hati seandainya jawapan
daripada Balkish nanti tidak seperti yang ditanggapi oleh anaknya itu.
“Balik rumah kitalah. Kalau dekat rumah papa, tak
ada nak tengok-tengokkan Sufi” balas Balkish. Dia tersenyum kepada Sufi dan
anaknya itu juga tersenyum gembira.
Balkish kemudian melihat ke arah Amin di sebelahnya.
“Esok abang hantar Sufi rumah papa. Lepas tu abang
balik officelah dulu, ada hal sikit dekat office. Malam nanti abang jenguk Sufi lagi” beritahu Amin tanpa
ditanya.
“Abang pun tinggallah dekat rumah papa” ajak
Balkish. Dari mana datangnya keberanian dan muka tak malu itu? Kalau dulu sibuk
tak nak tinggal sebumbung dengan Amin. Nak muntah kalau tengok muka Amin tetapi
sekarang, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Aku pula yang ajak Amin
balik ke rumah.
Amin tersenyum gembira menampakkan giginya yang
putih tersusun.
“Awak tak kisah?” soal Amin.
“Awak tidurlah dekat bilik Aman” balas Balkish. Dia
mengajak Amin pulang tetapi tidak bermakna dia memberikan kebenaran untuk Amin
tingggal sebilik dengannya.
“Kalau Aman pun balik rumah juga esok macamana?”
soal Amin ingin menguji. Dia tersenyum nakal kepada Balkish.
Balkish tidak menjawab. Kemungkinan itu juga harus
difikirkan, takkan nak biarkan Amin tidur di sofa lagi? Kasihan pula. Sudahlah
beberapa hari ini suaminya itu tidak cukup tidur. Kadang-kadang tidur di kerusi
untuk menjaga Sufi. Hatinya tidak sanggup melihat lagi Amin tidur di sofa
seperti dulu-dulu. Suaminya itu sudah banyak berkorban deminya. Perlukah kali
ini aku pula yang berkorban?
Bab 64
Amin meletakkan tubuh Sufi di katil Balkish dengan
hati-hati. Dia tidak mahu menyakiti Sufi. Balkish mengekorinya dari belakang
sambil diperhatikan oleh Datin Hasmah dan juga Iman.
Tubuh Sufi segera diselimutkan kerana khuatir Sufi
kesejukan, air conmditioner ditutup dan
sliding door dibuka untuk member peluang
udara segar untuk masuk ke kamar itu.
“Sufi rehat dulu ya” kata Amin setelah mengusap
rambut Sufi. Dia bangun dari birai katil dan berjalan ke arah balkoni. Tuala yang
dikeringkan di luar rumah diambil dan masuk ke dalam bilik air untuk
membersihkan diri. Balkish mengambil posisi di samping Sufi, Datin Hasmah duduk
di samping yang satu lagi, Iman pula duduk di katil.
“Papa mana, ma?” soal Balkish apabila tidak melihat
papanya sejak dari ketibaan mereka tadi.
“Papa keluar dengan Wak. Jumpa kawan katanya”
beritahu Datin Hasmah.
“Balkish dah makan ke?” soal Datin Hasmah kepada
Balkish.
“Balkish tak lapar lagi mama” beritahu Balkish.
“Iman nak makan!” sampuk Iman. Dia terlupa yang dia
tidak makan sejak dari di hospital tadi kerana leka berbual dengan abangnya.
Apabila mendengar kata opah barulah dia sedar.
“Iman nak makan apa?” soal Balkish. Dia mahu bangun
dan mengambil Iman dari duduknya.
“Tak apalah, biar mama saja bawa turun Iman ni.
Balkish duduklah sini rehat-rehat. Sekejap lagi mama naik” beritahu Datin
Hasmah. Dia mengajak Iman mengikutnya turun ke bawah. Balkish dan Sufi hanya
melihat Datin Hasmah dan Iman keluar dari bilik.
“Sufi nak makan?” soal Balkish bertanya, takut
anaknya itu masih lapar walaupun sudah makan sebelum keluar dari hospital tadi.
Sufi menggeleng. “Nak tidur?” soal Balkish lagi.
Sufi mengangguk perlahan. Dia menyelimuti Sufi dan menunggu Sufi untuk tidur. Sekejap
sahaja anaknya itu memejamkan mata. Dia kelihatan mengantuk sekali setelah
makan ubat di hospital tadi. Mungkin kerana ubat yang dimakannya mempunyai side effect mengantuk.
Amin melangkah laju keluar dari bilik air, dia
mengesat tubuhnya dengan tuala yang disangkut di bahu. Dia berjalan melintasi katil dan melihat ke
arah Sufi yang sudah tertidur. Amin terus ke almari untuk mencari pakaiannya.
“Abang nak keluar sekejap” beritahu Amin kepada
Balkish yang dilihat sengaja mengelakkan diri daripada memandang ke arahnya
yang hanya bertuala. Dia tahu Balkish segan tapi dia tidak.
Balkish melarikan pandangnnya dan cuba memandang
Sufi sahaja. Hatinya berdebar-debar saat mengingatkan dia sebilik dengan Amin.
Hati kecil menyuruhnya mencuri pandang ke arah suaminya yang sedang berdiri
tidak jauh dengannya. Apabila Balkish melihat ke arah lelaki itu, Amin sedang
berdiri membelakanginya dan mencari pakaiannya di almari. Tubuh sasa Amin
membuatkan Balkish tidak tenang. Akhirnya Balkish terpaksa melarikan pandangnnya
dari terus melihat ke arah suaminya
Perasaan berdebarnya berkurang.
“Balkish dengar tak?” soal Amin apabila Balkish
langsung tidak memberikan reaksi.
“Huh? Dengar, Balkish dengar” jawab Balkish.
Amin menyarungkan pakaiannya ke tubuh dan kemudian menggunakan
tuala untuk mengeringkan rambutnya yang masih basah.
“Nanti ada apa-apa call abanglah” beritahu Amin seraya dia berjalan ke arah katil. Dia
memandang ke arah Balkish dan gadis itu juga turut memandang ke arahnya. Mereka
bertentangan mata. Amin menundukkan badannya dan mencium dahi Sufi.
“Abang pergi dulu” beritahu Amin. Dia melihat ke
arah isterinya. Balkish mengangguk. Balkish memerhatikan Amin tanpa sebarang
bicara. Wajah itu dilihat seksi tatkala rambutnya basah menutup dahi, pandangan
Balkish tidak berkelip. Tanpa sedar, Balkish memaut lengan Amin dan Amin
kelihatan terkejut tapi kemudian dia senyum. Mereka bertentangan mata.
“Balkish minta maaf” beritahu Balkish.
“Untuk apa?” soal Amin pelik dengan perilaku
isterinya yang tiba-tiba meminta maaf tanpa sebab.
“Untuk semua salah Balkish selama ni” sambung
Balkish. Suaranya perlahan sahaja kerana perasaan rendah dirinya atas semua
salah kepada Amin selama ini.
“Abang tak pernah simpan dalam hati dan Balkish tak
pernahpun bersalah pada abang” beritahu Amin.
“Tapi Balkish rasa berdosa sangat dengan awak”
pintas Balkish. Memang dia bersalah terhadap Amin kerana sentiasa berprasangka
buruk terhadap Amin. Tidak pernah mempercayai kata-kata Amin dan memandang
serong atas semua kebaikan Amin. Dia berbuat salah untuk jangka masa yang lama
tetapi Amin tidak pernah menyimpan dendam atau marah kepadanya.
“Abang tak pernah salahkan Balkish atas apa yang
berlaku, tapi kalau Balkish perlukan kemaafan dari abang, abang ampunkan
semuanya. Balkish jangan risau. Abang sayangkan Balkish dan abang akan penuhi
semua permintaan Balkish” sambung Amin.
Sayang! Senang sahaja Amin menyebutkan perkataan itu
tetapi kenapa aku tidak mampu mengucapkanna kepada Amin? Egoku sentiasa
mencegah perkataan itu keluar dari bibir dengan mudah. Betulkah Amin
menyayangiku? Aku pula bagaimana? Aku sukakan Amin?
Selama perkahwinan kami ini, aku tidak pernah
mengenali atau menyintai lelaki lain. tetapi aku juga tidak pernah mempercayai Amin
dan sebab itu jugalah aku tak pernah memberikan cintaku kepada Amin. Namun
sekarang, Amin sudah berubah, mungkinkah aku sudah boleh menyerahkan hatiku ini
kepada suamiku? Mungkinkah aku harus belajar menyayangi dia sepertimana dia
belajar menyayangi dan setia kepadaku.
Pintu bilik diketuk dari luar, mama masuk ke dalam
dan menegur, menyuruh Balkish untuk turun makan. Amin juga dijemput makan tetapi
Amin menolak sebab mahu ke pejabat dengan segera.
“Amin makan dekat office saja mama. Amin pergi dulu” beritahu Amin. Dia menyalami
tangan Datin Hasmah.
“Abang keluar pergi office kejap. Nanti abang balik” bisik Amin ke telinga Balkish. Saat
itu Balkish terasa Amin sangat dekat dengannya, jantungnya seakan-akan terhenti
seketika. Bisikan Amin terasa sangat romantik walaupun lelaki itu tidak
bermaksud melakukannya. Balkish tidak berani menggerakkan tubuhnya ke belakang,
takut-takut nanti wajahnya bertembung dengan wajah si suami. Dia hanya
mengangguk mengiyakan.
“Abang pergi dulu” beritahu Amin lagi. Dia melangkah
keluar dari bilik itu. Balkish berasa terkilan, ada sesuatu yang mahu
disampaikan kepada Amin.
“Mama, Balkish keluar sekejap” beritahu Balkish
kepada Datin Hasmah yang sedang duduk di samping Sufi. Datin Hasmah mengangguk.
Balkish berjalan keluar mengejar langkah Amin. saat
itu Amin sudah pun berjalan menuruni anak tangga.
“Amin” panggil Balkish lembut, namun Amin tidak mendengar
panggilannya. Leleaki itu terus melangkah menuruni anak tangga. Balkish
berusaha mengejar dengan mempercepatkan langkahnya.
“Abang” panggil Balkish lembut. Susahnya mahu
memanggil Amin dengan panggilan itu.
“Abang!” kali ini panggilan Balkish itu didengari
oleh Amin. Dia berpaling ke arah Balkish di belakangnya dan tersenyum.
“Panggil sekali lagi” suruh Amin.
Balkish tidak mengendahkan permintaan Amin itu. Dia
terus berjalan menuruni anak tangga mendapatkan Amin sehinggalah dia berdiri
berhadapan dengan suaminya.
“Ada apa?” soal Amin. Dia tidak mahu memaksa
Balkish. Sekiranya gadis itu tidak mahu, dia tidak pula mahu menyuruh lagi
walaunpun panggilan itu sangat menggembirakan hatinya.
“Ada apa-apa ke dekat office?” soal Balkish risau. Sudah beberapa hari dia tidak masuk ke
pejabat kerana menemani Sufi di hospital, Amin pula berbuat yang sama cuma
kadang-kadang suaminya itu akan mencuri peluang untuk ke pejabat jika ada masa.
Dia pula tidak sempat memikirkan soal kerja selama menjaga Sufi. Sebab itu dia
bimbang jika ada kerjanya yang tertangguh dan Amin tidak memberitahunya apa-apa.
“Tak ada apa-apa. Abang saja nak pergi tengok
budak-budak dekat office tu” beritahu
Amin.
Balkish teragguk-angguk. Hatinya lega apabila
mendengar jawapan daripada Amin itu.
“Papa mana?” soal Amin setelah melihat Balkish hanya
diam.
“Mama kata keluar sekejap” beritahu Balkish.
“Ooo”
“Kenapa abang tanya?” soal Balkish.
“Tak ada apa-apa, abang cuma…”
Amin mendorong badannya ke depan untuk menghampiri
Balkish yang berdiri dua tangga di atas. Tanpa berlengah, dia mencium wajah
Balkish dengan cepat sehingga gadis itu tidak menjangkakan perbuatannya itu. Bibir
Amin mendarat di daerah dahi Balkish. Amin cepat-cepat kembali ke posisinya.
Wajah Balkish yang sangat terkejut itu mencuit hatinya. Gadis itu seakan-akan terpana
dan tidak mampu berkata apa-apa. Amin mengambil peluang ini sebagai peluang
keduanya, dia sengaja mendekatkan wajahnya ke wajah Balkish yang masih dalam
keadaan terkejut. Kali ini dia tidak mahu mengulangi perbuatan tadi tetapi sekadar
mahu mengusik Balkish. Wajahnya dekat dengan wajah Balkish, mereka berdua
bertentangan mata, Amin tersenyum manis.
Balkish memandang wajah Amin, rasa terkejutnya sejak
tadi dibuang jauh-jauh kerana sekarang, dia harus melindungi dirinya daripada
‘serangan’ kedua Amin. wajah suaminya sangat dekat dengannya, mata Balkish
bulat memandang wajah Amin. Dia tidak mahu lagi diperlakukan seperti tadi. Walaupun
dia tidak marah, tetapi dia juga tidak suka.
Melihat wajah Amin yang sedang senyum,
perlahan-lahan perasaan gembira muncul di dalam hatinya. Wajah Amin terasa
lebih dekat dan kali ini, Balkish mengundur diri ke belakang. Amin senyum. Dia
mengerti perasaan Balkish itu. Amin berhenti mengusik.
“Abang pergi dulu, Balkish tengok-tengokkan anak
kita, ya” pesan Amin. Dia kemudiannya berjalan menuruni anak tangga sementara
Balkish tidak mampu berbuat apa-apa. Dia sebaliknya hanya tercegat berdiri
sambil memerhatikan Amin keluar dari rumah.
“Abang pergi
dulu” kata Amin sebelum berlalu. Balkish hanya memerhatikan dengan pandangan
matanya. Setelah itu, Balkish kembali ke biliknya.
“Amin pergi mana?” soal Datin Hasmah saat melihat
hanya Balkish kembali ke bilik itu sendirian.
“Dia pergi office
sekejap ma” beritahu Balkish.
“Kalau macam tu Balkish rehatlah. Kalau nak makan
pun ada dekat bawah tu”
“Tak apalah ma, Balkish nak mandi dulu” balas
Balkish.
No comments:
Post a Comment