Friday, September 7, 2012
Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 4
Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 4
Bab 4
Matanya melilau melihat ke seluruh isi rumah ini. kemas dan teratur, sesuailah dengan pemiliknya. Daniel memuji di dalam hati. Namun keadaan di dalam rumah sunyi dan sepi sepertinya mereka Cuma berdua di dalam rumah. Fikir Daniel.
Tina mendapat panggilan daripada Amin. Dia sengaja membiarkan panggilan itu tidak dijawab.
“You nak minum apa?’ soalnya kepada tetamu yang baru bertandang ke rumahnya itu.
“No thanks” jawab Daniel. Dia agak kekok bersendirian di ruang tamu rumah sewa milik Tina itu. Sebentar tadi, gadis itu menelefon untuk meminta pertolongan daripadanya.
Tina kemudian mendekat lalu duduk di sebelah Daniel.
“You tinggal dengan siapa kat sini?” soal Daniel sekadar berbasa basi. Lirikannya mencari wajah indah milik gadis itu. jujur dia akui, Tina adalah cinta pertamanya. Mereka berdua dilamun cinta saat masih sekolah lagi tetapi hubungan mereka tidak kesampaian kerana sikap tidak matang dan egois mereka sendiri. Dan beberapa hari sebelum ini, dia mendapat tahu yang Tina selalu sahaja clubbing di Teenage Hut jadi dia ke sana dengan harapan dapat bertemu dengan wanita itu kembali. pertemuan yang membaitkan kembali kenangan lama antara dia dan Tina itu membuahkan beberapa lagi pertemuannya dengan wanita itu dan kali ini dia sudah berada di rumah gadis pujaannya itu. Daniel tersenyum nakal.
“I tinggal dengan housemate I, berdua je. Sebenarnya bertiga tapi yang seorang lagi tu warak sangat, tak masuk dengan kami”
“Housemate you tu ada kat rumah ke?”
“Dia. Kerja. Buat part time modeling. Macam I”
Daniel sekadar mengangguk-angguk.
“You…..single ke sekarang? I curious,. Lepas kita clash, I dapat tahu you dengan Rihan tapi lepas tu I tak dengar cerita tentang you dah” soal Tina.
“I dah tak ada apa-apa dengan Rihan sekarang. kami dah lama putus” jawab Daniel jujur.
“Single?” soal Tina, persisten untuk mendapat jawapan tentang status lelaki itu.
Daniel mengangguk mengiyakan.
“You dengan Amin?” soal Daniel pula.
Kali ini Tina pula yang mengangguk.
Daniel memegang jari jemari Tina membuatkan gadis itu sedikit terkejut tetapi dia tidak menegah perbuatan lelaki itu. Mereka berdua bertentangan mata.
“Actually, I sengaja Ke Teenage Hut sebab kawan I cakap you selalu ke sana”
“Kenapa you bagitahu I?” Tina memandang Daniel pelik.
“I nak kita sambung hubungan kita semula. I nak serius dengan you. Bagilah I peluang kedua”
Tina berdiam diri.
“I tahu lepas kita jumpa semula hari tu, you sedar yang you masih cintakan I”
Tina akui yang dia masih menyayangi Daniel tapi, cinta? Dia bukanlah bodoh untuk masih menyintai lelaki yang telah lama pergi dari hidupnya itu. Kini dia mempunyai Amin yang juga menyintainya dengan sepenuh hati.
Daniel mendekatkan dirinya. Dia kemudiannya mencium pipi Tina. Tina sekadar membiarkan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak menolak perbuatan Daniel itu. Sasa bersalah kepada Amin langsung tidak timbul di hatinya. Perlahan-lahan dia merasakan ciuman Daniel mekar di leher jinjangnya. Sesekali Tina memejamkan matanya.
“Please stop. Im in a relationship sekarang”
“I know, tapi tubuh you macam menginginkan I” bisik Daniel. Dia kemudiannya mencium bibir munggil milik gadis cantik itu.
Tina kemudiannya bangun dan menatap wajah Daniel. Daniel juga memandangnya. Mereka bertentang mata. Mira bingung. Dia menyintai Amin tapi hati kecilnya membisikkan sesuatu untuk dia merelakan dirinya rebah di pangkuan Daniel. Tanpa disangka, dia menghuluran tangan kea rah Daniel dan menarik tangan Daniel untuk masuk ke kamarnya. Pintu kamar dikunci dari dalam.
…………………………………….
Beberapa kali Amin cuba menghubungi Tina tetapi panggilannya itu tidak bersambut. Mungkin Tina sedang bekerja sampai tidak mengendahkan panggilannya. Fikir Amin. Dia sengaja meninggalkan pesanan ringkas sms.
‘Yang, kat mana?’
Sms itu dihantar. Amin duduk di dalam keretanya beberapa minit. Aircond keretanya dinaikkan kerana bahang panas sinaran matahari membuatkan dia sedikit berpeluh. Beberapa minit ditunggu barulah dia mendapat balasan sms daripada Tina.
‘Kerja’
Apabila menerima sms balasan daripada Tina itu, Amin mencampakkan telefon bimbitnya ke sebelah. Tina memang tidak suka diganggu kalau dia sedang bekerja. Menganggu mood dan feeling sewaktu photoshootnya. Teman wanitanya itu bekerja sebagai model sambilan. Model biasa-biasa saja, katanya untuk mencari duit tambahan dan sebagai hobi. Amin tidak pula menghalang, dia bukannya jenis lelaki tipikal yang tidak boleh teman wanitanya dipegang orang lain. He’s better than that! Cemburunya kuat sekali tapi Tina meyakinkannnya bahawa dia Cuma bekerja dan tidak ada hubungan emosi dengan model-model yang bekerja dengannya, cemburunya ditahan sahaja. Kerana cemburu jugalah, dia tidak pernah melihat gambar-gambar Tina yang keluar di majalah. Barulah Amin teringatkan Firdaus dan Hisyam. Lelaki itu dihubungi.
“Bro” sapa Hisyam.
“Kau free tak sekarang?” soal Amin.
“Lecture jap lagi. kenapa?” soal Hisyam.
“Firdaus?”
“Adak at sebelah aku ni. Kenapa kau tak datang?”
“Ok lah kalau macam tu” panggilan itu dimatikan oleh Amin lalu dia mencampakkan telefon bimbitnya ke tempat kerusi sebelah. Keretanya dipandu keluar dari tempat parkir. Amin tidak tahu ke mana arah tujunya. Tiba-tiba dia teringatkan Coffee Bean Café dan Balkish. Keretanya dipandu ke destinasi itu.
Sebaik sahaja sampai di café itu Amin tidak segera mencari tempat duduk sebaliknya dia ke kauter. Balkish di sapanya. Terkejut gadis itu apabila melihat wajah lelaki yang dirinduinya itu muncul di depan mata. Namun dia berlagak biasa, tidak mahu menampakkan isi hatinya yang sebenar di hadapan pemilik rindunya itu. Amin menarik kerusi di kaunter itu.
Wan melihat lagak biasa yang dipamerkan oleh Balkish di hadapan Amin. Temannya itu sengaja mengusik.
“Tu, dah datang dah orang yang kau tunggu-tunggu” usik Wan.
Usikan itu didengari oleh Amin dan dia sekadar tersenyum.
“Balkish” nama itu diungkapkan oleh Amin.
Berdebar kencang jantung Balkish tatkala nAmanya dipanggil oleh Amin. Dia segera tertoleh ke arah suara itu.
“You tak nak ambil order I ke?” soal Amin seraya tersenyum.
“Pergilah” Wan menolak tubuh Balkish ke depan.
“Lama you tak datang?” soal Balkish kepada Amin.
“Baru beberapa hari, takkan dah rindu?” soal Amin sengaja mahu mengusik.
“Tak adalah. Saja Tanya”
“Busy” balas Amin sepatah.
“You nak makan apa?” soal Balkish mengambil pesanan.
“Bread toast je, minum macam biasa” pesan Amin. Balkish segera berlalu.
“Eh Balkish” panggil Amin menghentikan langkah gadis itu untuk menyampaikan pesannya itu ke dapur.
“Jangan lupa, less sugar and lots of your love ye” pesan Amin sebelum Balkish mengukirkan senyuman dan berlau ke arah dapur.
Wan yang sedang berada di situ sekadar tersenyum ke arah Amin. Amin berpaling ke tempat lain kerana malu.
Tidak lama kemudian, Balkish datang dengan membawa pesanan Amin.
“Thank you” ucap Amin.
“You dah makan?” soal Amin lagi kepada gadis di hadapannya itu.
Balkish mengangguk.
“Kalau macam tu temankan I makan”
“Banyak customer”
Amin berpaling ke belakang. Dilihatnya Cuma beberapa meja yang masih di huni oleh pelanggan, yang lainnya kosong.
“Macam ni you kata banyak?”
Balkish berdiam diri.
“Temankan I, please”
“Manager marah I nanti” Balkish memberikan alasan.
“Manager you ada? Panggil lah dia, nanti I cakap dengan dia” ucap Amin.
“Mengarut lah you” Balkish segera berlalu meninggalkan Amin sendirian. Amin meneguk air minuman
nya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon seseorang.
“Bro, aku kat kedai kau ni” ucap Amin kepada si pemanggil.
Khairul keluar ke cafenya dan melihat temannya, Amin sedang duduk di kerusi bar di depan. Dia segera menyapanya. Mereka berdua berbual panjang.
Wan masuk ke dalam untuk mencari Balkish. Dia kemudiannya menarik tangan gadis itu utnuk mengikutinya.
“Nak pergi mana ni?” soal Balkish.
“Ni, kau tengok ni. Budak nerd tu kawan manager kitalah” beritahu Wan. Mereka berdua mengintip dari pintu depan dan memang betul apa yang diberitahu oleh Wan tadi. Amin dan manger mereka kelihatan berbual panjang di kaunter depan.
“Biarlah kalau diaorang kawan pun”
“Kau tak curious ke. Kalau betul dorang berkawan senanglah kau nanti”
Balkish membalikkan diri dari terus mengendap Amin dan manager mereka itu. dia kembali ke dalam. Kata-kata Wan sebentar tadi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
“Balkish, customer kat depan tu panggil awak” ucap Khairul, manager cafe saat dia
melewati ruangan staf untuk ke bilik pejabatnya.
Wan sengaja menarik tangan Balkish dan mendorong temannya itu untuk mendekati Amin kemudian dia meninggalkan mereka berdua.
“Khairul tu kawan saya” beritahu Amin tanpa ditanya.
“So?”
“Awak tak nak minta saya suruh dia naikkan pangkat awak ke? Or gaji awak?” soal Amin.
“Kenapa saya nak suuh awak buat macam tu?” soal Balkish hairan.
Amin tersenyum lucu mengingatkan kata-katanya yang memalukan dirinya sendiri tadi.
Dia memandang wajah Balkish yang kehairanan itu. hatinya tercuit dengan wajah manis itu. Berkerut dahinya, terlihat garis yang menyambung dua keninganya yang lebat itu. Amin melarikan pandangannya. Cantiknya awak ni Balkish! Kalaulah saya jumpa awak dulu dari Tina, tentu cinta kita kesampaian.
“You’re so different from other girls that I know” beritahu Amin.
“Apa maksudnya tu?” soal Balkish lagi.
“Tak ada apa-apa” Amin menggelengkan kepalanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
akhirnye ade sambungan..
ReplyDeletex sabar nak tahu ape perasaan amin nanti bile dpt tahu gadis kesayangannye si tina curang terhadap dia..
thanks nur iman sebab baca novel tak seberapa saya ni.hehehe nanti bile Amin dapat tahu Tina curang dengan dia, dia buat kerja sewel! nantikan ye
ReplyDeletebest2....
ReplyDeletexsabar nk tngu...
abiskn ye.. :D