Saturday, September 22, 2012

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 6

Bab 6 Amin melihat beberapa pilihan telefon bimbit yang dipamerkan di dalam rak kaca dan semuanya kelihatan cantik-cantik dan up to date. Dia tidak tahu pilihan yang mana disukai oleh Balkish. Kalau ikutkan hati dia hanya mahu membeli BlackBerry saja tapi dia tahu telefon bimbit yang sebegitu tidak sesuai untuk gadis itu. “Miss, handphone ni sesuai tak untuk girl yang umur 18 tahun? Soal Amin kepada seorang gadis penjual di situ. Gadis itu memberikan penerangan tentang features yang ada tersedia dalam telefon bimbit itu dan Amin sekadar terangguk-angguk. Akhirnya dia memutuskna untuk membelinya sahaja dan menghadiahkan kepada Balkish sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-18. Setelah selesai urusannya di mall itu, Amin memandu keretanya kembali ke café. Dari jauh dia sudah melihat Balkish sedang mengemaskan kedai itu. Amin mendekati gadis itu dan menyapa. “Hye Wan” sapa Amin kepada teman baik Balkish itu. Wan hanya tersenyum-senyum kepadanya. Gadis itu sebenarnya sudah tahu plan kejutan yang diaturkan oleh lelaki. dialahda yang membocorkan rahsia hari lahir Balkish itu. “ Balkish” sapa Amin tatkala gadis itu leka mengerjakan pekerjaannya. Gadis itu hanya tersenyum saat melihat wajah Amin di sampingnya. “Kenapa tak terkejut Nampak I?” soal Amin. “Sebab you dah selalu sangat datang sini” sambung Balkish. “I datang sini sebab ada you je. Kalau you dah tak datang sini, tak adalah I selalu datang” Amin menjelaskan. Melihat senyuman di wajah Balkish Amin juga turut tersenyum gembira. “Happy birthday” ucap Amin. Ucapan itu mebuatkan Balkish sangat terkejut. Dia juga turut melupai hari lahirnya itu namun lelaki ini mengingatkannya tentang hari bersejarah dalam hidupnya itu. “Mana you tahu?” soal Balkish ingin tahu. “Wan” “Wannnnn!” jerit Balkish seraya berlari mendapatkan teman baiknya itu. Wan cuba untuk melarikan diri daripada Balkish namun tidak sempat. “Terima kasih Wan” ucap Balkish seraya memeluk tubuh gadis yang berasal daripada Kelantan itu. Amin berjalan mendekati dua gads itu lalu mendepakan kedua tangannya. “I you tak nak peluk?” soal Amin nakal. Namun Balkish dan Wan sekadar menarik muka menyampah. “Tapi sorrylah babe, I tak sempat nak sediakan apa-apa. Hujung bulan pulak tu, gaji dah habis” keluh Wan. “Tak apalah, you ingat pun dah ok bagi I” “I ada something for you” sampuk Amin. Bungkusan kotak yang berisi sebuah telefon bimbit yang baru dibelinya tadi itu dihulurkan kepada Balkish. Gadis itu menyambut huluran daripada Amin itu. “Apa ni?” soal Balkish ingin tahu. “Bukalah” “Aa, bukalah babe. I pun nak tahu ni” sampuk Wan. Bungkusan itu dibuka dan Wan terus sahaja menjerit apabila melihat kotak telefon bimbit yang terpamer saat balutan kertas itu dirobek. Balkish membuka dan mengelurakn isi kotak itu dan sebuah telefon bimbit keluaran Samsung berada di genggamannya. “Suka? I tak tahu nak pilih yang mana, ni salesgirl tu yang pilihkan” beritahu Amin tanpa ditanya. Telefon bimbit itu dihulurkan kembali kepada Amin. “I tak boleh terima ni” beritahu Balkish. Huluran itu tidak diendahkan. Amin tidak akan mengambil balik hadiahnya itu. “Kenapa?” “I tak boleh terima. Mahal ni. Anggap sahaja I dah terima niat baik you, tapi I takkan terima hadiah semahal ni” “Its not that expensive lah. Terima jelah. I ikhlas. Kalau you tak terima anggap sahaja persahabatan kita putus” Amin tegas kali ini. Egonya tercabar saat hadiah pemberiannya itu ditolak oleh si gadis. Tidak pernah hadiahnya tidak diterima dan itupun hadiah yang tidak semahal mana pun. “Amin” panggil Balkish saat dia melihat reaksi pada wajah lelaki itu berubah. “Ada orang dah marah” Wan menyampuk dengan tiba-tiba. Dan dia hanya sekadar melihat pergaduhan kecil antara sepasang kekasih itu. Tidak disangka Amin itu cepat juga merajuknya. Dalam tidak sedar, Wan tersenyum lucu. “Amin” panggil Balkish lagi namun tidak diendahkan oleh Amin. “I balik dululah Wan” ucap Amin. Dia tidak mahu terus-terus dipujuk untuk mengambil kembali hadiahnya oleh Balkish. Gadis itu bukannya tidak menghargai pemberiannya bahkan memalukannya di hadapan Wan. Sempat Amin mengerling ke arah Balkish yang hanya tertunduk memandang lantai. Mungkin gadis itu diserang rasa bersalah kerana telah merubah mood suasana pada malam itu. Amin nekad, dia mencuri peluang ini dan bergerak dengan cepat kerah gadis itu dan mencium pipinya. Wan yang melihat kejadian itu melopong ternganga melihat keberanian Amin mencium pipi Balkish. Balkish dilihat hanya terdiam kerana sangat terkejut dengan perbuatan Amin ke atasnya itu. Amin segera berlari meninggalkan café itu. Dia terpekik kegembiraan dan senyuman gembira terukir indah di wajahnya. Entah kenapa hatinya sangat gembira apabila dapat menakluk pipi Balkish itu walaupun ianya hanya sekadar ciuman biasa sedangkan selama ini, dia bahkan dapat lebih dari sekadar ciuman dari gadis-gadis yang dipermainkannya. Hatinya berdegup kencang apabila mengingatkan ciumannya tadi. Pipi Balkish sangat lembut seperti kapas, sudah lama pipi yang tembam itu mahu dikucupnya Cuma dia tidak berani dan Balkish pula bukanlah calang-calang gadis yang hanya akan menyerah kepada seorang lelaki. Gadis itu berbeza sekali dengan gadis-gadis yang dikenalinya selama ini. Balkish! Rayu hati kecilnya. Single lagi ke Balkish? Mustahil dia masih single, gadis secantik itu pasti menjadi rebutan mana-mana lelaki. Tubuhnya tinggi, susuk tubuh yang kurus namun pipinya sangat tembam. Bibirnya kecil cute terbentuk. Balkish! Kalaulah Balkish seperti gadis-gadis yang dikenalinya, pasti dia sudah ‘memiliki’ gadis itu saat ini. Panggilan daripada Tina diterima. “Hye, you kat mana ni?” soal Tina mengenai keberadaan Amin. “I baru on the way ke sana. You dah sampai?” soal Amin kembali. “Yes. I tunggu you kat sini” Tna duduk dalam posisi yang seksi di sebuah kerusi. Jeans skinny itu Nampak kena sekali dengan imej remajanya itu. ----------------------------------------------------- “Hye sayang” sapa Amin kepada si gadis. “Kenapa lambat sangat?” soal Tina separuh merajuk kerana terpaksa menunggu lama. “Janganlah merajuk. Dahlah I lama tak juma you, sekarang nak merajuk pula dengan I” kata Amin. Dia kemudiannya terus memeluk tubuh gadis kesayangannya itu. Pipi Tina dikucup semahunya untuk melepaskan rasa rindu yang menggunung. Tina sangat sibuk kebelakangan ini dan dia sangat memahami pekerjaan dan juga pembelajaran gadis itu. Cuma dia sudah tidak tahan menanggung rindu yang terlalu lama. Dan akhirnya malam ini teman wanitanya itu meluangkan waktu untuk bersama-sama dengannya. “Busy ke sayang lately?” soal Amin lalu memandang ke wajah yang dirinduninya itu. Tina mengangguk. “You berhenti jelah modelling, I boleh bagi you duit” beritahu Amin. Tidak sanggup dia berpisah lama-lama dengan Tina. Dan kalau jumpa pun, pasti Tina kepenatan. Dia tidak mahu melihat Tina bersusah-susah sebegitu. “You bagi I duit?” Tina bertanya, sebentar kemudian dia ketawa lucu. “Ling, you belajar pun tak habis-habis lagi. You nak bagi I duit?” soal Tina. “Yelah, I ada duit” balas Amin. Dia marah kerana egonya dicabar. “Yelah, duit papa you kan? Kalau papa you tarik credit card you, you’re done” Amin terdiam. kata-kata Tina itu ada benarnya. “I cuma tak nak tengok you susah kerja, belajar lagi” sampuk Amin. “I love modelling” “Kalau macam tu, I tak nak halang you, tapi kalau you penat, and kalau you rasa nak berhenti don’t hesitate. I akan tanggung you” “Ye lah darling” Tina mengkerutkan hidungnya. Amin tersenyum lucu. Wajah Tina tetap cantik walau apapun ekspresi yang dibuatnya. Tina kemudiannya mencium bibir Amin. “Jom, nak menari?” soal Tina. “Kita balik rumah you jelah, ye sayang” Tanya Amin. Dia tersenyum nakal. Pertanyaan daripadanya itu mendapat jawapan yang berupa anggukan daripada Tina. Amin segera memimpin tangan Tina keluar dari club itu. “Hei, Amin” laung Firdaus memanggil temannya itu saat dia melihat Amin sedang keluar meninggalkan mereka. “Mamat tu, datang bukannya nak jumpa kita” keluh Firdaus kepada Hisyam. “Biarlah bro, dia dah lama tak jumpa Tina” Hisyam membela teman baiknya itu.

3 comments: