Friday, October 5, 2012

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 7

Bab 7 Selepas turun dari bas terakhir yang menuju ke kawasan rumahnya, Balkish terpaksa berjalan selama 30 minit sebelum dia sampai ke destinasinya. Rumahnya pula terletak sangat jauh dari rumah terakhir di kawasan kampung itu. Walaupun telah kepenatan kerana seharian bekerja tetapi Balkish terpaksa mengharunginya jua demi keluarga. Kalau ikutkan wang penghasilan ayah yang tidak seberapa, adik-adiknya akan mempunyai kesusahan dalam memenuhi keperluan seharian persekolahan mereka. Balkish tidak mahu adik-adiknya mengalami kesusahan yang sama seperti pada zAman persekolahannya. Yuran sekolah susah nak dibayar, baju sekolah juga tidak berganti dari tahun pertama persekolahan. Kalau ada pembayaran untuk tujuan lain tu jangan cakaplah, pasti ada sahaja alasan yang akan diberikan kepada guru kelasnya. Dia tidak mahu adik-adiknya mengalami kesusahan dan malu yang sama. Sekurang-kurangnya dia dapat meringankan sedikit beban ayah dan memberikan sedikit kesenangan kepada keluarganya. Dia tidak kisah kalau dia terpaksa bersusuah dan penat sedikit. Perjalanan ke rumahnya selalu sahaja sunyi saat melewati jalan raya pada jam-jam malam ssebegini. Balkish hanya ditemani oleh lampu-lamou jalan yangturt memberikannya panduan untuk ke destinasinya. Sebaik sahaja sampai di rumah, Balkish memberikan ucapan salam. Ayah sedang duduk berehat di salah satu ruang. Di rumahnya ini tidak ada kerusi sofa, tidak ada meja makan dan mereka hanya tidur beralaskan tilam yang sudah kempes dan berlubang. Namun mereka masih belum berkemampuan y=untuk mengagnatikannya dengan yang baru. Di lihatnya kea rah satu suduh dan melihat adik-adiknya sedang tidur. Balkish berjalan kea rah mereka dan membaiki posisi tidur adiknya yang Fatin yang tidur di hujung kaki Fahmi. Tubuh adiknya itu diangkat dan dibetulkan. “Balkish dah makan ke?” soal ibu. “Dah bu” balas Balkish. Ibunya sedang khusyuk menyediakan kuih-muih untuk dijual keesokan paginya, namun demi sahaja melihat anak sulungnya itu pulang, dia berhenti melakukan pekerjaan dan mahu menyediakan makanan buat anaknya itu. “Taka pa. Balkish dah makan tadi dekat kedai” beritahu Balkish lagi. Wardah kembali duduk untuk menyambung kerjanya yang tertunda tadi. dia bukan sahaj menyediakan kuih muih untuk dijual bahkan juga nasi lemak. Keesokan paginya dia akan bangun awal untuk membungkus makanan dan setetlah itu, dia kana menghantarnya ke kedai makan yang berdekatan untuk menjualkannya. Kadang-kadang Fahmi dan kakanya, Farah akan menolongnya menghantarnya ke kedai kalau hari cuti. “Ibu, Balkish mandi dulu. nanti Balkish tolong ibu” beritahu Balkish. Sebelum dia ke dapur, sempat dia menyapa ayahnya yang sedang berehat. Setelah selelsai mandi, Balkish kembali ke depan dan duduk bersila di samping Wardah. Dia membantu ibunya menyelesaikan beberapa kerja sampai selesai. Setelah itu dia kembalil ke biliknya, dilihatnya Farah sudah lama terlelap di tilam. Bilik itu dikongsi dengan Farah dan juga Fatin. Bilik yang satu lagi dihuni oleh ayah dan ibu sementara Fahmi hanya tidur di luar. Balkish duduk di tilam. Perlahan-lahan dia mengeluarkan hadiah pemberian Amin itu kepadanya. Kotaknya disembunyikan dibalik lipatan-lipatan kain. Telefon bimbit itu dihidupkan dan Amin ternyata sudah menyimpan nombor telefonnya ke dalam contact. Balkish mahu membuat panggilan kepada lelaki itu tetapi dia segan dan takut sekiranya didengari oleh ayah atau ibu. Nanti banyak pula pertanyaan mereka tentang hadiah pemberian Amin ini. senanrnya bukan sahaja pandangan ibu atau ayah tetapi hatinya sendiri tidak senang memnerima hadiah semahala ini walaupun pada Amin harga itu tidak seberapa. ………………………… Amin tersedar dari tidurnya. Dilihat Tina disampingnya sedang lena dibuai mimpi. Amin mengelus rambut si gadis dengan lembut. Tina bergerak-gerak kecil. Bimbang pula jika perbuatannya itu membuatkan gadis itu terbangun. Perlahan-lahan Amin menyelimutkan tubuh Tina yang mungkin kedinginan itu. dia kemudianya menyelak gebarnya dan berhati-hati berganjak turun dari katil. Amin mengenakan kembali boxernya dan duduk di pinggir katil. Fikirannya jauh melayang pada raut wajah yang sering dilihatnya kebelakangan ini dan wajah itu tidak ada di sini. Wajah itu milik Balkish. Entah kenapa saat sebelum tidur tadi dia terfikirkan Balkish dan apabila bersama-sama dengan Tina tadi, dia juga memikirkan Balkish. Dan sekarang fikirannya juga dihantui oleh raut wajah yang mulus itu lagi. Balkish! Dan sebelum dia ke club tadi sempat dia mencuri peluang mecium ke arah pipi Balkish. Gadis itu kelihatan sangat terkejut. Mungkin belum pernah ada lelaki yang Berjaya menjajah daerah itu. kalau dialaha lelaki pertama, alangkah bertuahnya badan. Gadis secantik Balkish dengan pipinya yang gebu itu membuatkan Amin terjaga malam ini. Dan sejak dari tadi, Balkish belum lagi menelefon menggunakan telefon bimbit dan nombor telefon yang dibelinya semena hadiah hari lahirnya tadi. Amin mengerling ke arah tubuh Tina yang masih bergerak-gerak kecil. Gadis itu kemudiannya terjaga apabila disedari yang Amin sudah terbangun dari tidurnya. “Tak boleh tidur ke?’ soal Tina dalam kantuknya. Amin tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum. Dia kemudiannya merebahkan dirinya di samping gadis itu. tubuh Tina dipeluknya erat. Gadis itu turut membalasnya. Tina mencari bahagian dada Amin yang sasa dan meletakkan kepalanya di situ. Amin sekadar membenarkan lalu dahi gadis itu dikucup lembut.

3 comments: