Saturday, January 26, 2013

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 18


Bab 18

Balkish membuka sampul surat yang bertuliskan namanya itu. Di sudut paling atas sampul surat itu tertulis alamat pengirimnya. Balkish sudah dapat  mengagak isi kandungan surat yang baru sahaj diterimanya.
“Surat awak ke tu?” sapa Amin. Entah dari mana munculnya lelaki seorang ni. Rungut Bakish di dalam hati.
“Dari siapa wak?” soal Amin lagi. Dia mendekati Balkish untuk melihat nama pengirim.
“UPU” balas Balkish saat Amin sudah berdiri dekat dengannya. Hati Balkish jadi berdebra-debar kerana takut berada dekat dengan Amin dan juga takut membaca isi kandungan suratnya tu.
Tanpa terduga surat itu dirampas dari tangan Balkish. “Amin!” jerit Balkish.
“Sinilah saya buka. Saya bacakan untuk awak” beritahu Amin. Balkish terpaksa mengalah. Nak berebut dengan Amin dia takut, dekat dengan Amin saja lutunya sudah menggeletar, tangannya sudah kedinginan.
“Kepada saudari Balkish, berkenaan dengan permintaan saudari dalam permohonan untuk melanjutkan pengajian saudari, kami dengan dukacita memaklumkan yang permintaan saudari ditolak” ketawa Amin membaca isi surat itu.
“Abang dah agak dah. Balkish ni bukannya cerdik sangat” Amin masih ketawa lucu apabila membacakan isi surat itu kepada Balkish.
Balkis terduduk di sofa. Hancur semua harapannya. Impiannya untuk melanjutkan pengajiannya ke universiti seperti orang lain musnah. Segala-galanya hancur dengan kehadiran surat ini.  bukan sahaja impiannya musnah, impian ayah dan ibu juga turut hancur berkecai tapi Amin boleh pula bergelak ketawa memandang hal ini suatu perkara lucu.
“Tak apa Balkish, papa boleh support Balkish masuk kolej swasta” pujuk Amin.
“Balkish tetap nak masuk UIA” bentak Balkish. dia menjeling kea rah Amin yang berada di sisinya. Lelaki itu tidak mengerti kekecewaannya dan sat ini dia sangat membenci Amin kerana mengetawai berita buruk yang baru diterimanya itu. mungkin bagi Amin hal ini remeh kerana dia hidup senang dengan segala kemewahan yang dimilikinya tapi bagiku, inilah satu-satunya peluang  untuk aku mengubah nasib kedua ibu bapaku serta adik-adikku, dan sekarang peluang ini hilang dengan hadirnya surat ini.
“Sama je mana-mana pun sayang” pujuk Amin. Amin duduk di sofa
Balkish terdiam. Amin melihat wajah Balkish yang kelihatan sedih dengan berita yang bari disampaikan olehnya tadi. Dia jadi kasihan. Menyesal pula mengetawakan Balkish sedangkan sepatutnya dia tidak harus berbuat begitu demi menjaga hati Balkish.
“Nah, ambil surat ni. Buat buat bungkus nasi lemak. Kalau tak masuk U, Balkish jual je nasi lemak pagi-pagi kat depan sana tu” Amin bangun dari duduknya dan memberikan surat itu kepada Balkish. Sempat dia menjeling ke arah Balkish yang masih lagi bersedih.
Surat itu Balkish ambil dan membaca isi kandungannya.
“Aminnnnn!!!!!” jerit Balkish geram. Dia hampir menangis apabila mendengar khabar tidak baik dari Amin itu tadi. Tetapi setelah membaca isi surat rasmi tersebut, Balkish menjadi marah. Kalau boleh bertukar hijau jadi Incredible Hulk, sekaranglah masanya. Perbuatan Amin yang telah menipunya tentang isi kandungan surat itu membuatkan Balkish benar-benar marah.
Amin ketawa terbahak-bahak. Apa lagi, dia segera menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa amukan Balkish. Gadis itu mengejarnya dengan bersungguh-sungguh. Amin gembira dapat mengenakan Balkish. Sesekali Amin berpaling ke belakang untuk melihat wajah masam mencuka milik Balkish yang masih mengejarnya untuk membalas perbuatannya tadi. Tanpa terduga, tiba-tiba Amin tersadung di laman depan rumahnya. Dia jatuh terguling-guling di rumput yang tumbuh menghijai di laman. Dan saat itulah, Balkish berhenti di hadapan Amin dan bercekak pinggang.
“Dah dah, abang penat kena kejar” beritahu Amin. Dia mengelak daripada dipukul oleh Balkish.
Balkish tercungap-cungap kepenatan.
“Tak baik awak tipu orang” bentak Balkish.
“La, abang gurau je” balas Amin. Dia menghulurkan tangannya untuk ditarik oleh Balkish tapi Balkish tidak mengendahkannya. Amin bangkit sendiri. Dia membersihkan seluar pendeknya yang kotor terkena tanah dan rumput.
“Mama dengan papa mana?” soal Amin tiba-tiba.
Balkish melilau-lilau mencari kelibat kedua orang mertuanya itu.
“Kita berdua je ni?” soal Amin. Sengaja dia mahu mengusik Balkish.
Hati Balkish tiba-tiba berdegup kencang. Mereka hanya berdua? Di mana mama dan papa? Tangan Balkish menggeletar. Amin ni bukannya boleh diharapkan. Datang mood gilanya, entah apa yang bakal dilakukannya. Betul, Amin ada mood gila. Kalau orang lain, ada mood happy, sedih, tapi Amin, dia ada additional, mood gila!
“Nanti, dah masuk U, abang tak benarkan Balkish tinggal kat hostel” tiba-tiba Amin bersuara.
“Suka hati sayalah” bentak Balkish. Dia mengelakkan diri daripada Amin.
“Eh, mana boleh. Abang pun boleh bersuara dalam hal ni. Balkish kan isteri abang” balas Amin. Amin memperjuangkan buah fikirannya. Memang betulpun, dia ada hak atas Balkish. walaupun mama dan papa tidak tahu yang mereka tidak tidur sekatil tapi sekurang-kurangnya setiap hari dia pasti dapat melihat Balkish. alinlah pula kalau Balkish tinggal di hostel nanti. Siapa pula yang akan menjaga Balkish?
“Eh gelilah!”
“Amboi, jual mahal. Dulu masa abang ngorat senyum je memanjang. Sekarang bila dah dapat abang, macam ni Balkish buat kat abang” sambung Amin. dia mengejar langlah Balkish yang meninggalkannya.
Balkish tersenyum lucu. Ada ke patut dia cakap macam tu. Macam dia tu anak dara je.
Balkish berjalan ke arah buaian kayu yang terletak di samping kolam ikan. Amin membontoti isterinya. Balkish duduk di buaian dan mengayunkan dirinya. Amin sekadar melihat.
“Bila daftar?” soal Amin.
Surat yang berada di tangan Balkish dibuka. Isi kandungannya dibaca sekali lagi untuk menjawab pertanyaan Amin itu.
“Next week”
“Tak lama lagilah. Besok kita pergi cari barang-barang keperluan Balkish”
“Apa yang nak kena beli?” soal Balkish
“Hah, ni Tanya abang. Nasib baik Balkish ada abang. Banyaklah kita nak kena beli, yang penting besok kita pergi. Kita cari baju baru, buku tulis, alat tulis, kasut, beg, semualah. Balkish jangan risau. Biar abang bayar, ok”
“Memang awak yang bayar, tapi duit tu duit papa” sindir Balkish.
“Yelah sayang, abang kan belum kerja lagi”
Balkish mencebik. Mulutnya muncung.
“Hah, mulut tu”
“Apa?”
“Balkish ingat abang tak Nampak?”
“Nanti jangan lupa bagitahu papa dan mama pasal offer letter Balkish ni. Jangan lupa ibu dengan ayah Balkish juga” pesan Amin.
“Besok awak temankan saya pergi rumah ayah?” pinta Balkish. Segan juga meminta pertolongan daripada Amin untuk ke rumah kedua orangtuanya, maklumklah takut Amin tidak selesa di sana. Kunjungan dulu, Amin telah termuntah malam hari kerana tidak terbiasa makan ikan sungai. Pasti Amin keberatan lagi mahu ke rumah ayah, rumah keluarganya tidak seselesa dan semewah rumah keluarga Amin. Walapun dia sangat berterima kasih kepada Amin kerana sanggup mengalah dan berkorban sedikit untuk bermalam di rumah keluarganya yang serba kekurangan, dia pasti Amin pasti tidak mahu lagi berkunjung ke sana.
“Call jelah. Awak ingat dekat ke rumah parent awak?”
“Tak apalah, saya naik bas je”
Amin menarik muka masam. Merajuklah Balkish ni..
“Ayah tak ada handphone eh?” soal Amin cuba meneka
“Takkan handphone pun tak ada. Tak fahamlah! Mahal sangat ke nak beli satu?” marah Amin.
Balkish menjeling kea rah Amin. Kata-kata Amin itu terdengar seperti hinaan kepada keluarganya yang serba kekurangan. Walaupun harga telefon bimbit sekrang tidak lebih dari seratus ringgit tapi keluarganya memang benar-benar tidak berkemampuan. Daripada berhabis duit ke barang yang tidak perlu, lebih baik duit itu dibelanjakan untuk duit perbelanjaan sekolah adik-adik.
“Sakit hatilah sembang dengan orang macam awak ni” marah Balkish. Dia bangun dan meninggalkan Amin.
Amin ketawa lucu. Sekali lagi dia gembira dapat mempermainkan perasaan Balkish. Tidak terlintas di fikirannya menghina darjat keluarga Balkish seperti itu. Dia Cuma mahu mempermainkan perasaan Balkish dan bertengkar dengannya. Kalau bertanya atau bercakap seperti biasa, Balkish tidak mahu menjawab, tapi kalau bergaduh, Balkish ni banyak pula hujahnya.
“Abang gurau je sayang. Herm? Besok kita belikan handphone untuk family awak eh?”
“Saya tak minta pun awak belikan apa-apa” marah Balkish.
“Tak salah kalau abang nak belikan. Anggap saja hadiah abang untuk ayah. Lagipun senang ayah nak contact awak bila awak dah start belajar nanti, awak pun senang nak contact family awak” sambung Amin.
Balkish menjeling ke arah Amin yang berdiri sebelahnya. Tak guna handsome tapi perangai menyakitkan hati. Si Amin ni memang terkenal dengan perangai buaya daratnya, tapi disebabkan dia pandai memujuk rayu, ramai perempuan yang tergoda walaupun sudah mengetahui perangai sebenarnya.
Balkish berlalu meninggalkan Amin.
“Ayah awak ayah saya juga kan?!” laung Amin. Dia kemudiannya tersenyum gembira. Seronok dapat mempermainkan hati si isteri. Balkish tu biar diusik macamanapun pasrah sahaja melayan kerenahnya. Tak pernah nak belajar dari kesilapan, selalu sahaja terkena. Mudah sangat mempercayai orang.
Sewaktu makan malam, Amin turun ke ruang makan. Papa, mama dan Balkish sudah berada di ruangan itu. Amin memandang Balkish tidak berkedip. Entah sejak bila, dia mulai menyayangi isterinya itu, dah tak ada perempuan lain yang bertakhta di hatinya sekarang kecuali Balkish. Lagipun Balkishkan dah jadi isterinya yang sah, tak salahkan perasaan sayangnya itu? Balkish je yang jual mahal, orang dah nak kat dia, dia pulak tak pandang kita ni. Hello, aku ni lelaki idaman Malaya kot. Muka handsome, tinggi, tegap, banyak duit. Herm, actually papa yang banyak duit. Tapi pendek kata, kalau aku jalan dengan Balkish orang akan cakap pasangan sejoli, bagai pinang dibelah dua.
Amin mengambil tempat duduk di samping tempat duduk Balkish. Namun setelah menyendukkan nasi, Balkish pula berpindah tempat duduk dan duduk berhadapan dengan Amin.
“Kenapa duduk situ?” soal Amin marah.
Balkish melihat ke arah mama dan papa. Terkejut juga dengan pertanyaan Amin yang tiba-tiba itu. Suara lelaki itu juga agak kuat. Bukannya nak cover.
“Bukan awak selalu duduk sini ke?” sambung Amin lagi.
“Saya nak duduk sini” balas Balkish. Dia tidak mengendahkan marah Amin. Marahnya yang dirasakan tidak masuk akal. Tetapi memang benar Balkish cuba mengelak daripada Amin. Tidak mahu dia berada sedekat itu dengan Amin.
“Min, papa dah stop credit card Min” beritahu Dato’ Sahar tenang. Macam benda tu not a big deal for him and for me.
“What? Pa? Why?” bentak Amin.
“Kan Amin tak masuk kelas sekarang, remember?” sengaja Dato’ Sahar mempermainkan Amin.
“Tapi besok Amin dan janji nak bawa Balkish cari barang-barang keperluan dia” marah Amin lagi.
“Balkish nanti nak pergi cari barang, ajak Pak Cik Wak tapi nanti pergi office papa dulu” beritahu Dato’ Sahar kepada Balkish.
Balkish sekadar mengangguk. Dia melihat kea rah Amin. Teringat pula pesanan Amin petang tadi yang dia mahu membawanya mencari barang-barang yang perlu untuk kelengkapan belajar tapi sekarang, papa pula memberikan arahan yang bertentangan 360 darjat dari pesan Amin petang tadi. timbul rasa simpati buat lelaki itu.
Amin melihat ke arah Balkish. Balkish pula segera melarikan pandangannya, dan berpura-pura tidak melihat.
“Kereta tu….” Sambung Dato’ Sahar.
“Pa, not the car..please” rayu Amin.
“Besok Amin nak bawa Balkish pergi rumah ayah. We need the car pa” beritahu Amin.
“Betul Balkish?” soal Dato’ Sahar.
“Pa, how come you don’t trust me. I’m telling the truth. Now its everything about Balkish. Anak sendiri pun papa tak percaya” marah Amin. Tetapi Dato’ Sahar tidak mengendahkannya. Balkish terdiam. Dalam hatinya ingin sekali dia mengetawai Amin, perangainya keanak-anakan, umur sahaja dah tua, tapi merajuk sana-sini, kalah budak kecil umur 7 tahun.
“Kalau boleh, Balkish minta Amin hantarkan ke rumah ayah. Nak bagitahu yang Balkish dapat masuk UIA” beritahu Balkish kepada papa. Dia memberitahu hal yang sebenar dan cuba untuk menyebelahi Amin supaya kereta Amin tidak ditarik oleh papa sepertimana papa menarik balik kad kredit Amin.
“Ok, kalau macam tu, you can keep the car tapi hanya untuk besok” Dato’ Sahar mengemukakan keputusannya. Balkish menguis-nguis nasi yang berada di pinggannya. Dia tidak berani mengangkatkan muka memandang Amin di hadapannya. Dato’Sahar memang agak tegas rupanya, tetapi dalam ketegasan Dato’ Sahar itu, Amin masih berani memprotes.
Amin bangkit dari tempat duduknya. Nasi di pinggannya tidak disentuh pun. Seleranya hilang mendengar keputusan dari papanya. Baru sahaja dia berangan mahu keluar berdua-duaan dengan Balkish besok. Tetapi angan-angannya musnah oleh kerana keputusan muktamad papa.
“Min, pergi mana?” soal Datin Hasmah memanggil. Dia tidak berani menyampuk dalam pertengkaran mulut antara suaminya dan Amin sebentar tadi.
“Min tak lapar” balas Amin. Dia meninggalkan ruang makan itu dan mendaki anak tangga ke kamar.
“Abang ni kasar sangat dengan Amin. Depan Balkish lagi abang marah dia. Malulah budak tu” tegur Datin Hasmah separuh berbisik. Balkish melihat ke arah Dato’ Sahar.
“Makanlah Balkish” pelawa Dato’ Sahar. Kata-kata isterinya tadi seolah-olah tidak didengarinya dan teguran itu diabaikan saja.
Setelah selesai menjamu selera dengan Dato' Sahar dan Datin Hasmah, Balkish mengemaskan dapur dan ruang makan. Setelah itu dia naik ke biliknya. Daun pintu diketuk dahulu sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur yang sudah dihuni oleh Amin itu. Dilihat Amin sedang terbaring di lantai dengan alas karpet permaidani yang lembut. Lelaki itu seperti sudah terbiasa tidak duduk di katil. Maklumlah terpaksa mengalah dan memberikan hak mandotori untuk menggunakan katilnya kepada Balkish. Hati kecil Balkish tertawa dengan kemenangannya itu.
“Awak tak lapar ke?” soal Balkish. kesian pula dengan nasib Amin yang tidak sempat makan malam tadi.
Amin tidak menyahut.
“Dah tido?” soal Balkish. dia tahu Amin pasti belum tidur. Moodnya pula mungkin tidak baik kerana bergaduh dengan papa.  Amin tetap tidak menyahut.
“Eh, kalau dah tidur. Tidur kat luar. Jangan kat sini” Balkish mengingatkan. Dia mencuba taktik mencari gaduh dengan Amin untuk memancing suaminya berbicara.
Amin bingkas bangun dari tidurnya.
“You ni kan?! Bukannya nak back up I” marah Amin.
Taktik Balkish tadi menjadi, lega hatinya apabila mendengar suara Amin. sekurang-kurangnya, tidaklah dia membisu sahaja dan hanya menyembunyikan marahnya.
“Dah you cuti satu sem tu buat apa?” Balkish memprovok.
Sebab youlah Balkish! Dan banyak sebab-sebab lain, antaranya malas. Tapi lebih sedap didengar kalau jawapannya sebab Balkish. Nampak macam hero yang sanggup berkorban apa sahaja untuk heroinnya.
“Tak apalah, lagipun awak duduk rumah je, tak pakai duit pun” pujuk Balkish.
“Tapi abang nak belikan barang-barang keperluan Balkish and abang tak nak Balkish pakai duit papa” beritahu Amin. dia tak suka Balkish pakai duit papa sekarang ini. papa macam nak berkeras dengannya tentang duit, mungkin kerana papa berasa marah dengan perbuatannya membatalkan semesternya yang lepas. Tapi Balkish, Balkish isterinya, Balkish harus mendengar katanya tidak menggunakan duit papa sekarang ini. dia tidak mahu bergantung ke papa dan mahu mebuktikan kepada papa yang dia boleh memenuhi keperluan Balkish tidak hanya bergantung kepada duit papa.
“Please. Its my pride” sambung Amin lagi.
Balkish melihat wajah Amin yang sedikit tunduk memandang lantai. Ada keikhlasan pada rentak nada suara suaminya itu. Amin mungkin bergaduh dengan papa, tapi niatnya baik. Kali ini dia mahu mengikut permintaan Balkish lagipun Amin suaminya. Balkish akhirnya mengagguk.
“Bagi abang masa dalam tiga atau empat hari ni. Abang cari kerja, lepas tu kita keluar sama-sama cari barang-barang keperluan Balkish” sambung Amin lagi. Balkish mengagguk.
“Janji?”
“Janji” Balkish memberikan janjinya. Dalam hatinya dia masih meragui kata-kata Amin terhadapnya. Tetapi dari gaya dia bercakap, lelaki tu Nampak bersungguh-sungguh. Tak apalah, bagi je Amin masa. Lagipun duit kerja part time dulu msih ada dalam simpanan. Cukup barangkali untuk perbelanjaan barang-barang keperluan ke universiti. Amin tersenyum gembira. Dia mengambil bantal dan selimutnya dan membuka sliding door untuk ke balkoni. Balkish mengambil sesuatu di bawah katilnya dan mengikut Amin dari belakang. Semasa Amin berkalih ke belakang untuk menutup sliding door, dia terkejut melihat Balkish.
“Eh awak tidur jelah dekat katil” tegur Amin saat melihat Balkish mengekorinya. Sangkanya Balkish mahu menjemputnya tidur di dalam bilik.`
Balkish ketawa lucu. “Ni encik Amin. Ubat nyamuk awak” kata Balkish saat ketawanya habis. Dia meletakkan ubat nyamuk di lantai dekat tempat tidur Amin. Tak kuasa nak tidur sama-sama dengan Amin, apatah lagi dekat balkoni. Sengal betul mamat tu kalau dia fikir aku nak ikut tidur sekali dengan dia.


salam maulidur rasul

Monday, January 14, 2013

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku Bab 17


Bab 17
Amin menjejakkan kakinya ke pasir pantai yang memutih itu. angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup di pinggiran pantai menggoyangkan pepohon kelapa yang tinggi lampai mencecah dasar langit. Memandangkan, sekarang ini musim cuti sekolah, orang yang berkunjung ke pulau ini agak ramai. Terdengar suara jeritan riang kanak-kanak yang sedang bermain sesama mereka I jauh dapat dilihat air laut yang biru menghijau menggamit kedamaian yang sulit dirasaai saat berada di Kuala Lumpur. Tenangnya sang hati saat menggamit keindahan seperti  ini. Amin mengambil beg packnya dari sampan dan mengikut jejak Hisyam, Firdaus dan Mira menuju ke tempat pendaftaran chalet. Pulau Kapas memang cantik, dari segi hiasan landskapnya yang sangat teratur dan unik dan keindahan alaminya. Pantainya dihiasi dengan ombak putih seperti sabun yang sedikit bergelora tetapi tetap sesuai untuk kegiatan mandi-manda. Dari jauh kelihatan ramai pengunjung dan pelancong yang sedang menikmati kegiatan beriadah mereka di pesisiran pantai.
Dah lama juga Amin tidak berkunjung ke tempat begini. Tak sabar rasanya nak pergi join mereka mandi laut. Dalam tidak sedar, Amin tersenyum gembira. Dulu waktu kecil-kecil, papa sering membawa dia dan adiknya, Aman ke pantai dan mereka pasti akan mandi-manda sampai kepenatan. Nanti mama akan memanggil mereka untuk naik. Kalau tidak dipanggil mereka berdua akan asyik tanpa mempedulikan waktu. Apabila selesai sahaja manji, mereka berdua  pasti akan kepenatan dan tertidur.
“Duduklah dulu bro, aku urus bilik kejap” Firdaus menarik tangan Mira untuk menemaninya ke kaunter. Amin dan Hisyam duduk di sofa tempat menunggu.
“Eh, Min tengok tu, awek cun Min” Hisyam menyiku Amin yang berada di sebelahnya. Mulutnya muncung menunjuk ke arah dua orang gadis yang sedang berjalan keluar dari kaunter. Kebetulah gadis-gadis itu juga melihat ke arah mereka dan senyum. Amin dan Hisyam turut membalas senyuman mereka.
“Min cun gila awek tu. Aku cop yang rambut panjang tu”
Amin ketawa lucu. “Kau nak dua-dua pun ambil je”
“Eh, biar betul. Kau ni dah mati pucuk ke?”
“Kau ni gila ke sengal?” Amin mengetuk kepala Hisyam dengan buku limanya. Temannya itu menggosok kepalanya yang sakit.
“Ke kau ingat isteri kau?” soal Hisyam serkap jarang.
Amin sekadar mendengus. Malas mahu melayan serkap jarang temannya. Dia bukannya teringatkan Balkish. buat apa nak ingatkan Balkish, gadis itu tidak pernah menganggapnya dirinya isteri aku! Bentak hati kecil Amin.
Balkish? tak kuasa aku nak ingat perempuan tu. Dapat bebas dari dia beberapa hari ni pun dah kira satu rahmat buat dirinya. Kalau tak, bosan asyik nak kena beralah je dengan dia. Tidur pun kena tidur dekat balkoni. Dia ingat best ke tidur dekat balkoni tu, banyak nyamuk la! Tapi kesian juga bila tengok keluarga Balkish. Timbul keinginan untuk membantu mereka tapi dia tidak berdaya. Kalau dia dah kerja tu lainlah. Adik-adik Balkish masih kecil dan semuanya bersekolah, pasti berat beban ayah nak tanggung mereka. Patutlah, Balkish buat part time dekat café dulu.
Amin mengeluarkan telefon bimbitnya dan cuba mengirimkan satu sms buat Balkish.
‘Abang dekat Pulau Kapas ni. Balkish tak payahlah nak risaukan abang’
Kiriman sms itu di hantar ke nombor telefon Balkish. entah kenapa tergerak hatinya mahu menghantarkan sms itu kepada Balkish padahal belum tentu Balkish merisaukannya. Kenapa aku harus ingatkan Balkish? sedangkan aku tidak menyintai gadis itu. yang aku cintai adalah Tina! Grab your sense Amin! marah Amin kepada dirinya sendiri.

Balkish membantu mama mengemaskan ruang tamu. Tidak banyak yang dapat dilakukan memandangkan mama mengupah seorang pembantu rumah yang akan datang ke rumah setiap hujung minggu. Namun Balkish tetap membantu kerana dia sebenarnya tidak betah untuk duduk diam sahaja di rumah ini.
“Balkish” panggil Datin Hasmah.
“Ye ma”
“Ni ada sms”
Balkish ke ruang makan untuk bertemu mamanya. Telefon bimbitnya yang sengaja ditinggalkan di dapur saat dia membantu mama menyediakan sarapan pagi tadi diambil. Telefon bimbit itu adalah telefon bimbit pemberian Amin saat hari lahirnya dulu.
“Balkish ni, simpan phone merata” tegur mama.
Malu juga mendapat teguran yang pertama dari ibu mertuanya itu. Dia sekadar tersenyum. Sms itu dibuka dan dibaca.
Balkish tersenyum lucu sambil membaca kiriman mesej dari Amin. ‘Abang dekat Pulau Kapas ni. Balkish tak payahlah nak risaukan abang’
 “Orang tak risau pun. Tak ada pun orang yang risaukan dia dalam rumah ni” tanpa disedari Balkish mengomel sendirian.
“Siapa yang sms?” soal Datin Hasmah.
“Amin” beritahu Balkish.
“Dia cakap apa?”
“Dia cakap dia baik-baik saja. Tak payahlah risaukan dia” beritahu Balkish lagi.
Datin Hasmah tersenyum lucu. “Mama ni kan, bukannya mama tak risaukan dia, tapi dah sering sangat Amin tu merajuk keluar dari rumah. Biasanya lepas gaduh dengan papa, dia keluarlah dari rumah. Bila papa dah stop credit card dia, nanti dia balik dengan sendiri. Tu sebab mama dah tak kisah sangat. Lagipun dia ada kawan baik dia. Tiap kali bergaduh dengan papa, dia pergi carilah siapa tu? Mama lupa nama kawan baik Amin. Tapi masa wedding korang hari tu, mereka ada datang” beritahu Datin Hasmah. Rajin mulutnya bercerita kepada Balkish.
“Hisyam dengan Firdaus ke mama?” Balkish turut mengenali teman baik Amin itu kerana mereka jugalah yang sering melepak di café tempat dia bekerja dulu.
“Hah, merekalah. Balkish kenal mereka?”
Balkish sekadar mengangguk.
“Balkish pun tak payahlah risau. Nanti besok lusa, baliklah Amin tu”
Mama. Balkish tak risau pun mama. Kalau Amin tak nak balik lagi bagus, tak payahlah Balkish nak kongsi bilik tu dengan dia. Tak adalah Balkish rasa tidak selamat malam-malam. Namun itu hanya kata-kata yang terluah oleh hatinya.
……………………………………………………
Firdaus mengajak teman baiknya itu ke chalet mereka. kunci kamar masing-masing diserahkan kepada empunya bilik. Oleh kerana tempahan agak banyak waktu musim cuti sekolah begini, mereka tidak mendapat chalet yang bersebelahan.
Amin berjalan  seorang diri  menuju chaletnya. Dia berpisah dengan Fidaus, Mira dan Hisyam di persimpangan empat laluan dalam taman sebelum dia mengambil lorong ke chaletnya. Apabila menjumpai biliknya, kunci bilik dibuka. Ruangan bilik ini simple dan kemas, sesuai untuk penginapan sendiri. Ruang yang masih panas itu dibiarkan dingin dengan menghidupkan air conditioner. Bagpack yang digalas, dicampakkan sahaja ke lantai. Tubuh direbahkan ke katil yang empuk, Amin mencari remote control TV dan menghidupkannya.
Kalaulah Balkish ada dekat sini, kan best! Aku peluk-peluk bini aku tu! Amin berangan. Cakap besar, tapi kalau Balkish depan mata, semuanya tak jadi, nak peluk pun takut, apatah lagi nak cium pipi Balkish yang putih gebu tu.
Bukan apa, Amin sebenarnya takut, takut dia akan melukai Balkish sekali lagi. Gadis itu sudah pernah menderita kerana dia, dia takkan mengulangi kesalahan itu lagi.
Amin mengeluarkan telefon bimbitnya dan melihat ke skrin yang kosong. “Siap kau Balkish. kau tak balas pun sms aku” marah Amin.
Telefon bimbitnya berdering dan nama Firdaus tertera di skrin.
“Bro kau buat apa dalam bilik. Jomlah keluar, mandi laut”
“Ok kejap aku keluar”
Amin mengenakan seluar pendek paras lutut dan membiarkan dada bidangnya terbuka. Sempat lagi Amin mengenakan kacamata Raybannya. Dia keluar dari bilik dan berjalan ke arah tempat yang dijanjikan oleh Firdaus. Ketiga-tiga orang temannya itu sudah berada di situ.
“Honey jomlah” Mira menarik tangan Firdaus untuk mengikutinya.
“You pergilah dulu. I nak lepak dengan kawan-kawan I ni kejap” balas Firdaus.
“You nak biar I pergi sorang?” soal Mira.
“Mira its not a big deal. Bukan ada jaws pun kat plantai ni” sampuk Amin.
Kata-kata Amin itu membuatkan Mira marah. Mulutnya mencebik tapi dia tetap akur dengan kata-kata Firdaus. Ditinggalkan teman lelakinya itu bersama-sama Amin dan Hisyam.
“Jangan lama-lama tau” pesan Mira. Firdaus mengangguk dan tersenyum.
“Apa plan korang?” soal Firdaus sebaik sahaja Mira menjauh dari mereka.
“Kitaorang nak tackle awek yang tu. Cun giler” Hisyam menunjukkan ke arah dua orang gadis yang seksi yang duduk di pesisiran pantai. Gadis-gadis itulah yang menarik perhatian Amin dan Hisyam saat mereka bertembung di kaunter pendaftaran sebentar tadi.
“High class bro” sampuk Firdaus.
Amin, Hisyam dan Firdaus ketawa terbahak-bahak.
“Aku cau dulu, nanti awek aku pulak kena rampas oleh lelaki-lelaki playboy macam korang ni”  beritahu Firdaus.
Amin dan Hisyam menghampiri ke arah gadis-gadis itu dan menyapa mereka. Salam perkenalan yang diberikan oleh HIsyam itu disambut mesra oleh mereka. Amin dan Hisyam tersenyum lebar. Mereka dipelawa untuk duduk bersama-sama mereka.
“You datang dengan siapa?” soal Amin kepada gadis berambut pendek paras bahu yang baru dikenalinya dengan nama Julia itu. Gadis itu sangat cantik, tidak kurang cantiknya kalau dibandingkan dengan Balkish. Cuma gadis ini ada iras-iras Juliana Evans sikit-sikit. Cantik, seriously cantik, tak tipu.  Balkish pula, cantik ayu. Kulitnya putih gebu, dan wajahnya tak iras-iras sesiapa pun. Memang kecantikan Balkish pure, one and only dekat Malaysia ni. Amin cepat-cepat memarahi dirinya saat dia mula menyedari yang dia asyik memikirkan Balkish sekarang ini. sikit-sikit Balkish, sampai depan awek cun macam Julia ni pun, nama Balkish juga yang aku ingat!
“Dengan Hiza jelah” beritahu gadis itu.
“Berdua je?” soal Amin tidak percaya.
Gadis itu mengangguk. “Kitaorang saja nak release tension. Before exam hari tu. I break up dengan boyfriend I so sekarang ni here I am. Nak tenangkan fikiran”
“Bodoh lelaki yang tinggalkan you. Tak tahu nak hargai gadis cantik macam you ni” balas Amin memasang umpan.
Julia tersenyum gembira menerima pujukan dan pujian dari Amin.
“You? You buat apa kat sini?” soal Julia pula.
“I ikut kawan-kawan I. dorang ajak jalan-jalan sini”
“You dah ada girlfriend? Manalah tahu, nanti girlfriend you datang sini serang I sebab rapat dengan you”
“I mana ada girlfriend” beritahu Amin. Betullah kan, mana ada teman girlfriend, isteri adalah.
Angin sepoi-sepoi bahasa pantai membuatkan rambut Julia berterbangan ditiup angin. Amin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh wajah gadis cantik itu. Dia membetulkan rambut Julia. Gadis itu sekadar membenarkan. Amin apa lagi,  terus sahaja dia membelai wajah si gadis. Mereka bertentangan mata.
“You nak jalan-jalan?” ajak Julia. Amin pula segera mengangguk. Mereka berdua berjalan di pesisiran pantai sambil berpegangan tangan sesekali Julia menepuk lengan sasa Amin tatkala lelaki itu cuba mengusik. Mereka berdua ketawa gembira.
Setelah hari sudah berganjak senja, Amin menghantar Julia pulang ke chaletnya dan berjanji akan bertemu di club malam ini. Sebelum sempat Amin pergi, Julia sempat menghadiahkan satu kucupan di pipi lelaki itu dan mengucapkan terima kasih. Amin senyum gembira. Dia kemudiannya kembali ke chaletnya. Tidak disangka mendapat habuan baik daripada Julia. Ini yang diibaratkan pucuk dicita ulam yang datang. ‘Skill tackle awek’ yang dipraktikkan selama bertahun-tahun ini tidak pernah hilang atau hilang seri. Buktinya, dalam beberapa jam sahaja Julia dah macam jatuh cinta dengan aku. Ternyata, berkahwin dengan Balkish takkan pernah menjatuhkan kemampuan aku sebagai playboy Malaya. Amin ketawa bangga. Julia sangat cantik, kalau tak dapat Balkish, dapat Julia pun jadilah!
………………………………….
Amin mengenakan pakaian berjenama dengan gaya casual. Sebentar lagi dia akan bertemu dengan Julia. Gadis itu jelas-jelas menyukainya. Mana taknya, tak pernah ada seorang perempuan yang mampu menolak ketampanannya. Amin memang terbukti kacak dan tegap. Dengan wajahnya yang putih bersih, badannya yang sasa dan tinggi dan dengan karakter personal yang cool, mustahil ada gadis-gadis dapat menolak charmingnya. Bahkan Balkish yang baik itupun tergugat dengannya, senang sahaja nak ambil hati Balkish dulu tapi sekarang susah nak mampus. Lainlah Julia, social, single and vulnerable. Lagilah senang.
Amin mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menaip sesuatu di keypadnya lalu dikirimkan ke Balkish. Dia tersenyum nakal. Jauh di sudut hati, ada dendam buat Balkish kerana tidak pernah melayaninya sebagai seorang suami. Tidak pernah melayan kehendak dan keinginannya sebagai seorang lelaki dan suami! Dan tidak pernah menghormatinya. Sengaja dia mahu menyakiti hati Balkish dan membalas semua perbuatan Balkish.
‘If I didn’t get it from you, I will get it from other girl and tonight I will. I’ll sms you which one is better, yours or her’s :)’
Balkish mengucap panjang tatkala membaca sms itu. Dia sangat terkejut apabila membaca sms kiriman Amin. Dia mengerti maksud kata-kata Amin itu. Selama ini pun Balkish sudah dapat merasakan yang Amin takkan dapat menahan keinginannya itu. Lelaki itu bukanlah beragama untuk tahu yang perbuatan itu terkutuk di sisi Allah dan sudah lama Balkish dapat mengagak bahawa Amin pasti akan mendapatkannya dari wanita lain kerana dia tidak memberikannya kepada Amin. Tapi saat itu dia bersedia menerima segala kemungkinan itu dan berkata kepada dirinya bahawa dia tidak kisah dan tidak apa-apa jika Amin berbuat begitu. Tapi sekarang, tatkala sms itu dibaca, hatinya hancur berkecai dan hampa. Dia berasa sangat marah apabila mengetahui Amin sengaja menyakiti hatinya dan mencabarnya dengan mengirimkansms sebegitu. Amin  memang tidak segan-segan memberitahunya yang dia akan melakukan zina dan maksiat sedangkan dia suaminya dan mereka masih lagi mempunyai hubungan suami isteri yang sah.
“Balkish, kenapa ni?” soal Datin Hasmah.
Balkish menyembunyikan telefon bimbitnya. “Tak ada apa-apa ma”
“Tapi Balkish Nampak pucat” Datin Hasmah mendapatkan Balkish dan mengusap wajah menantunya itu. Walaupun Balkish berada di rumah tetapi gadis itu tetap menjaga auratnya. Dia tetap sahaja bertudung untuk menutup rambutnya dari Dato’ Sahar. Datin Hasmah kagum dengan menantunya itu dan itu membuatkan dia bertambah sayang akan menantu sulungnya itu.
“Balkish naik atas dulu ma” pinta Balkish.
Datin Hasmah mengagguk. Balkish terus berlari ke biliknya dan mengunci pintu bilik dari dalam, dia menangis teresak-esak memikirkan kebodohan Amin dan kebodohan dirinya sendiri. Bagaimana dia boleh menyukai lelaki itu suatu ketika dulu? bagaimana dia boleh terbuai dengan kata-kata manis lelaki itu dan malam ini, lelaki yang sudah menjadi suaminya itu bakal meniduri perempuan lain dan yang lebih teruk lagi, Amin . Alangkah perih rasa di hati memikirkan kebodohan dan kegilaan lelaki yang bernama Amin itu. lelaki itu takkan pernah berubah, tidak serik dengan apa yang dilakukannya terhadapku dulu. jika Amin meniduri perempuan lain, adakah ikat perkahwinan ini tidak bermakna buat dirinya? Adakah dia merasakan perkahwinan ini sekadar untuk menutup salahnya terhadapku? Supaya ayah tidak melaporkan hal ini kepada pihak polis?
Balkish menangis semahunya memikirkan kebodohan dirinya. Walaupun dia membenci lelaki itu namun, dia pernah menyukai Amin suatu ketika dulu, tidak mustahil untuk dia menyukai Amin kalau Amin benar-benar berubah menjadi seorang suami yang mampu dihormati dan mampu membimbingnya ke jalan Allah, mampu menjadi ketua keluarga dan suami yang baik. Tetapi Amin terlalu terpesong dari jalan yang benar. Walaupun tidak menyukai Amin lagi tetapi hati isteri mana tidak terusik kalau tahu suaminya mahu berhubungan dengan gadis lain.
Lama-lama baru Balkish bangkit dari duduknya, air mata yang mengalir deras di pipi diseka. Dengan langkah yang longlai Balkish melangkah masuk ke kamar mandi dan mengambil air wuduk. Tidak lama kemudian dia mengenakan alat solat dan mengerjakan solat sunat hajat. Dia akhir solat Balkish berdoa.
‘Ya Allah seandainya dia jodohku, kau bukakanlah hati aku buat dirinya, senadainya dia jodoh terbaik buatku, kau bukakanlah hatinya untuk berubah ke jalanMu. Sesungguhnya aku memerlukan suamiku, suami yang soleh yang dapat membimbingku ke syurgamu ya Allah. Peliharalah dia dan aku dari dosa-dosa besar. Peliharalah suamiku dari dosa maksiat. Aku merayu kepadaMu ya Allah”
Doa itu diaminkan dengan sepenuh hati.
……………………………
Amin menjemput Julia dari chaletnya dan mereka sama-sama ke club di pusat peranginan itu. Amin kemudiannya memperkenalkan Julia kepada teman-temannya. Tidak dalam kemudian, Hisyam datang bersama-sama dengan Hiza, teman Julia. Mereka berenam duduk dan berbual bersama-sama. Sudah beberapa jug beer dipesan oleh mereka. Julia merapatkan diri dengan Amin dan memegang paha lelaki itu. Amin memandang si gadis di sampingnya itu. Firdaus dan Mira sudah hanyut dalam dunia mereka berdua sedangkan Hisyam dan Hiza sedang asyik berdansa mengikut rentak muzik yang bergema di club itu. Amin mencium pipi Julia. Gadis itu membiarkan sahaja. Mereka berdua bertentangan mata. Lama-lama Julia memberanikan diri mencium ke bibir Amin. Lelaki itu membalas ciuman si gadis.
Tiba-tiba Amin memegang bahu menghalang Julia dari terus berada dekat dengannya. Gadis itu kehairanan. Dia mengambil jarak antara posisi dirinya dengan Amin.
“Kenapa? You tak suka?”soal Julia straight to the point. Dia bingung. Sekejap tadi, Amin memberikan respons positif tapi sekarang, kenapa Amin tiba-tiba menghentikannya?
Amin diam. Dia turut bingung. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan Balkish. Wajah gadis itu menerpa ke dalam kotak fikirannya. Wajah sedih Balkish muncul di fikiran dan meragut keinginannya malam ini. Wajah ayah dan wajah ibu turut muncul di layar fikirannya. Kedua wajah itu kelihatan hampa dengan apa yang dilakukannya terhadap Balkish.
Julia menolak tubuh Amin ke tempat duduk sofa dan mencium Amin. dia tidak puas hati dengan apa yang dilakukan oleh Amin terhadapnya. Dia memang menyimpan [perasaan suka kepada Amin dan Amin juga dilihat mempunyai perasaan yang sama tapi kenapa sekarang, Amin tiba-tiba berubah? Julia mendekati Amin dan mendekati tubuh Amin namun Amin menolaknya.
 Wajah cantik Julia ditatap. Namun nama yang keluar dari bibirnya bukanlah nama Julia tetapi
“Balkish” tiba-tiba nama itu terpacul keluar dari bibir Amin sehingga mengejutkan Julia yang berdiri sangat dekat dengan Amin.
“Siapa Balkish?” soal Julia. Firdaus yang mendengar nama itu turut terkejut. Mira dan Firdaus memandang ke arah Amin.
“Gila dah kawan you tu” marah Mira.
“No one, Julia. You guys carry on” pujuk Firdaus, cuba untuk menenangkan Julia. Dia bimbang pula andainya tercetus ‘perang’ besar antara Julia dan Amin. Pelik juga dengan Amin ni, sebelum ini taka ada pula Amin buat perangai angau macam ni tapi sekarang ni, Amin bakal melepaskan satu peluang besar. Julia tu cantik orangnya. Firdaus turut berasa kesal atas perbuatan Amin itu.
Amin menuangkan beer ke dalam gelas kaca dan meneguknya rakus. Kehadiran dan pertanyaan Julia tidak diendahkannnya. Amin buntu. Entah kenapa wajah Balkish yang ayu muncul di fikirannya. Wajah itu kelihatan sedih dan sayu sehingga membuatkan Amin kasihan terhadap nasib gadis itu. Mungkinkah Balkish sedang bersedih sekarang ini setelah menerima sms dariku tadi?
Setelah habis segelas, dia menuangkan lagi air yang memabukkan itu sampailah Amin sudah hilang pertimbangan. Julia di sampingnya sudah mulai tidak sabar. Tiba-tiba sahaja Amin berubah sikap.
Hisyam, Firdaus, Mira dan Hiza hanya memerhatikan Amin dan Julia. Mereka semua tidak berani bersuara dalam keadaan Julia dan Amin sekarang. Julia memang marah sekali dengan perubahan mendadak sikap Amin sedangkan Amin hanya bersikap acuh tak acuh sahaja malah tidak mengendahkan langsung perasaan Julia.
“Julia, you bawa je Amin balik ke bilik. Dah mabuk dah tu” beritahu Firdaus. Hisyam sekadar mengangguk bersetuju. Amin sudah kelihatan seperti seorang yang mabuk, bercakap meracau setelah beberapa gelas beer ditelannya.
“No. Julia. You need to listen, I dah kahwin” beritahu Amin yang sedang mabuk.
Julia dan Hiza terkejut.
“Tak, dia mengarut je ni. Dah mabuk. Biasalah tu” Hisyam cuba cover line untuk Amin.
“Betul. Ni… cincin kahwin I” Amin menunjukkan cincin yang terselit di jari manisnya. Dia cuba memegang tangannya untuk menunjukkan cincinnya tapi tidak dapat kerana pandangannya yang sudah kabur.
“What. You tipu I” marah Julia. Cepat sahaja tangannya menampar wajah Amin. Julia segera menarik tangan Hiza dan mereka berdua beredar dari situ. Hisyam mahu mengejar Hiza dan Julia tetapi tangannya ditarik oleh Amin.
“Bro…” kata Amin.
“Kau..tahu, nak tahu…rahsia aku dengan…Balkish?” soal Amin. Tutur katanya sudah tidak beraturan.
“Aku..kahwin..dengan Balkish sebab………..” kata-kata Amin terhenti. Dia mual mahu memuntahkan segala isi perut tapi segera ditahan oleh Hisyam.
“Im ok” balas Amin.
“Dahlah Amin. Kau dah mabuk ni, jom aku hantar kau ke bilik” balas Firdaus.
Amin menolak. “Tunggu dulu bro…cerita ni sensasi…Tv3 pun belum.. tahu lagi” Amin ketawa terkekeh-kekeh. Firdaus, Mira dan Hisyam membiarkan sahabat mereka yang sedang mabuk itu merepek semahunya.
“Aku rogol Balkish” Amin ketawa lucu.
Firdaus, Mira dan Hisyam tergamam. Kata-kata Amin itu membuatkan mereka bertiga sangat terkejut. Mereka tidak menyangka rahsia inilah yang ditanggung oleh Balkish dan Amin selama ini. Akhirnya misteri tentang perkahwinan terburu-buru antara Balkish dan Amin itu sudah terjawab. Namun pengakuan Amin itu membuatkan kawan-kawannnya hanya berdiam diri. Mereka semua tidak menyangka yang Amin sanggup memperlakukan Balkish sebegitu rupa dan mereka masih tidak menyangka yang Amin dapat bertindak sekejam itu kepada gadis yang baru dikenalinya. Mereka semua bersimpati atas nasib  malang Balkish.
“Aku rogol Balkish. Sebab tu…aku..kahwin dengan dia”
“Eh bro. Dahlah bro. Tu rahsia kau dengan Balkish. Tak payahlah cerita dekat kitaorng” sampuk Hisyam
Amin menundukkan kepalanya. Berat hatinya mahu mengakui kesalahan dan kekejamannnya itu tapi dia mahu teman baiknya tahu betapa hinanya dia kerana sanggup mempelakukan gadis sebaik Balkish sebegitu rupa. Dia tidak mengharapkan kawan-kawannya menyebelahinya tapi dia mahu mereka mengetahui yang betapa dia berdosa dan bersalah dengan Balkish dan dia sudah tidak mampu menyakiti hati Balkish lagi.
“Kitaorang hantar kau pergi bilik” kata Firdaus. Dia dan Hisyam kemudiannya mencapai bahu Amin untuk memapah lelaki itu keluar dari club. Amin tetap menolak. Dia mengangkat wajahnya. Tanpa disangka, air matanya bergenang di kelopak mata. Hisyam, Firdaus dan Mira kaget dengan suasana itu. Sepanjang persahabatan mereka, semuanya telah mereka kongsi bersama tetapi Amin tidak pernah menitiskan air matanya di hadapan mereka. Namun, malam ini, air mata lelaki itu tumpah jua, kerana isterinya yang bernama Balkish. Dan buat pertama kalinya juga Mira melihat lelaki itu menangis. Lelaki playboy itu menitiskan airmatanya kerana Balkish, gadis waiter yang dikenalinya bekerja di café tempat mereka selalu berkumpul. Dan buat pertama kalinya juga, Mira yakin yang Amin ini masih mempunyai hati dan naluri selayaknya seorang manusia.
“Aku bersalah dekat Balkish…”air mata yang bergenang itu akhirnya tumpah jua.
“Malam tu, banyak kali…aku. Aku...rogol Balkish..sebab Tina.. Aku bersalah dekat Balkish”
“Cukuplah bro. Kitaorang tahu benda ni berat bagi kau. Tak payahlah cerita lagi” pujuk Hisyam.
Kali ini, Hisyam dan Firdaus memapah Amin pulang ke biliknya. Mira membontoti dari belakang. Apabila sampai di bilik chalet Amin, tubuhnya dibaringkan di katil. Lelaki itu masih lagi meracau memanggil nama Balkish dan tidak henti-henti meminta maaf. Mira menyelimuti Amin. Mereka bertiga meninggalkan bilik Amin dan masing-masing sudah tidak ada mood untuk berhibur lagi. Mereka turut kembali ke bilik masing-masing. Amin sudah tidak sedar saat kawan-kawannya menghantarnya ke bilik.
………………………………..
Lenanya terjaga saat kepalanya dirasakan pening dan sakit berdenyut-denyut. Banyak minuman yang diminum semalam sehingga dia merasa tidak enak badan pagi ini. selimut sudah berada di lantai saat Amin bangun duduk di birai katil. Segala kejadian malam tadi langsung tidak diingat.
Sebaik sahaja Amin tersedar dan sakitnya sudah berkurang, perkara pertama yang terlintas di fikirannya adalah Balkish. Dia segera mengemaskan pakaiannya dan mendaftar keluar. Apabila sampai di jeti, Amin mengambil keretanya dan memandu pulang. Dia mahu segera sampai ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Balkish. Setelah memandu selama hampir tujuh jam akhirnya Amin sampai ke perkarangan  rumah papa. Dia berlari-lari masuk ke dalam rumah. Di lihat papa sedang membaca di sofa ruang menonton. Amin menyapa dan terus berlalu.
Dato’ Sahar agak pelik melihat kelakuan anak sulungnya itu. Tiba-tiba sahaja Amin pulang ke rumah, padahal dia belum sempat mematikan credit card anak lelakinya itu. Biasanya setelah susah mendapat duit, barulah Amin tahu jalan untuk pulang ke rumah tetapi ini tidak. Baru beberapa hari berjauhan dari rumah, tiba-tiba saja muncul sendiri. Moodnya juga baik, tidak merajuk atau marah-marah seperti selalunya. Dato’ Sahar tersenyum gembira. Mungkinkah ini semua kerana Balkish? Senyuman lucu masih lagi melekat di wajahnya. Besar juga pengaruh Balkish ni!
Amin mencari di dapur tetapi kelibat Balkish tidak ada di situ. Dia kemudiannya naik ke bilik mereka di tingkat atas. Pintu bilik dikuak rakus. Balkish yang sedang duduk melipat baju di tempat tidur terkejut menerima kunjungan yang tidak terduga itu.
“Eh, awak ni kena sampuk ke apa? cubalah bagi salam” bentak Balkish, marah kerana sikap Amin yang lepas laku itu membuatkan dia kaget besar. Amin menutup daun pintu dan melangkah laju ke arah Balkish. Balkish yang sekadar melihat mulai takut dengan reaksi Amin. Lelaki itu seperti sedang berlari ke arahnya.
“Apa awak buat ni?” Soal Balkish. Serentak dengan itu, Amin segera menghentikan langkahnya. Tidak terdetik di hatinya untuk menakutkan  Balkish. Entah kenapa dia gembira apabila bertemu dengan Balkish.
“Abang rindu Balkish” beritahu Amin. Ilmu apalah yang dipakai oleh Balkish untuk membuatkan aku berasa sangat rindu kepadanya. Tak jumpa beberapa hari pun dah boleh jadi rindu macam ni, padahal ada je perempuan lain yang tidak kurang cantik yang boleh menghiburkan hari-hari ku tanpa Balkish. Tapi kenapa Balkish pula yang dicari?
“Rindu? Lepas tidur dengan perempuan lain, awak ingat awak balik sini boleh tipu saya dengan kata-kata manis awak tu?”
“Abang tak tidur dengan Julia”
Balkish diam. Dalam hatinya melafazkan syukur kepada Allah apabila mendengar kata-kata Amin sebentar tadi. entah Amin berbohong atau berkata benar tapi kata-kata itu sedikit sebanyak membuatkan Balkish berasa gembira.
“Kenapa?” soal Balkish polos. Dia tidak menyangka Amin tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sedangkan lelaki itu beriya-iya sampaikan memberitahunya melalui sms.
“Sebab Balkish. Sebab abang teringatkan Balkish. Tapi masa abang dekat sana, abang imagine Balkish ada dekat sana dengan abang, abang peluk Balkish, cium Balkish” selamba sahaja Amin bercerita angan-angannya itu tanpa mempedulikan pandangan Balkish. biarlah apa Balkish nak fikir tentang dirinya.
Amin memandang Balkish. Merah merona pipi Balkish yang gebu itu. Amin tersenyum, terhibur dengan reaksi yang tidak disangkakan itu.
Amin duduk di lantai yang beralaskan karpet, agak jauh dari Balkish supaya Balkish tidak berasa terganggu. Dia terpancing untuk menceritakan tentang pengalamannya di Pulau Kapas apabila melihat Balkish berasa berminat dengan cerita keindahan tempat kunjungannya selama dua hari itu.
“Cantik tempat tu. Nanti kita boleh pergi sama-sama kalau Balkish nak ikut. Tapi kalau Balkish pergi dengan abang, nanti kita ambil satu bilik je”
Balkish mencebik mendengar Amin berceloteh. Tangannya masih ligat melipat kain.
“Awek cun semuanya Balkish. Seksi, pakai bikini. Mana pakai kain sarung macam Balkish ni. Kampungan” cerita Amin lagi. dia sengaja membandingkan cara pemakaian Balkish dengan cara pemakaian gadis-gadis yang ditemuinya di PUlau Kapas.
Balkish mencebik lagi.
Amin berbaring di lantai pula. “Pantai dia cantik. Warna biru crystal clear. Nampak ikan berenang kat bawah. Ada scuba, diving, jet ski. Bestlah. Nanti Balkish ikut bang pergi ye” bersemangat Amin bercerita tentang pengalamannya bercuti di Pulau Kapas. Balkish sekadar memasang telinga.
“Awak balik naik apa ni?” soal Balkish tiba-tiba.
Drive lah. Abang tak pernah naik bas lah”
Sekali lagi Balkish mencebik. Amin sekadar memerhatikan. Dari tadi dia memerhatikan Balkish sebenarnya. Tiap kali dia bercerita pasti Balkish akan mencebikkan bibir. Cute sangat. Rasa macam nak cium je. Itulah sebabnya dia sengaja bercerita dengan cara berlebihan, supaya Balkish meluat dan mencebikkan bibirnya.
Balkish bangun dari duduknya dan membawa kain-kain yang dilipatnya ke almari untuk disimpan. Amin sekadar memerhatikan. Lama-kelamaan, dia terlena kerana kepenatan yang amat sangat.
Balkish melirik ke arah Amin yang berbaring di lantai. Dia tersenyum lucu. Patutlah diam je dari tadi, dah tertidur rupanya.
Kasihan pula Balkish melihat lelaki itu tidur di lantai. Terlalu penat agaknya setelah memandu selama berjam-jam dari Terengganu. Dari jauh Balkish mengejutkan Amin dari tidurnya. Dia tidak berani mendekati Amin.
Amin akhirnya terjaga apabila mendengar Balkish memanggilnya.
“Tidurlah kat katil” beritahu Balkish.
“Balkish tidur mana?” soal Amin spontan.
“Saya nak turun bawah, siram pokok bunga. Awak tidurlah”
“Abang penatlah. Nanti Balkish kejutkan eh” beritahu Amin, dia bangun dari tidurnya dan merebahkan dirinya ke katil. Penatnya kerana memandu kereta tanpa henti selama beberapa jam masih terasa. Tidak lama kemudian Balkish keluar meinggalkan Amin sendirian di bilik itu.


Julia


keindahan Pulau Kapas, Terengganu


jeti Pulau Kapas


Saturday, January 5, 2013

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 16


Bab 16
Amin masuk ke dalam perut kereta setelah bersalaman dengan orang tua Balkish. Dia memerhatikan ibu mertuanya sedang meninggalkan pesan kepada Balkish. Sesekali ibu mertuanya melirik ke arahnya yang sudah berada di dalam kereta. Amin sekadar tersenyum kepada ibu Balkish itu.
Tidak lama kemudian, Balkish datang lalu membuka pintu kereta. Gadis itu duduk di kerusi.
“Ibu pesan apa?” soal Amin ingin tahu.
Balkis diam seribu bahasa. Malas menguraikan lebih lanjut. Malas ingin memberitahu pesan ibu untuk menghormati Amin seperti seorang suami, menjaga makan dan pakai Amin seperti seorang suami, menjalankan tanggunjawab sebagai seorang isteri kepada Amin. dan kahir sekali ibu berpesan pandai-pandailah bawa diri dengan keluarga Amin.
“Mesti ibu pesan awak jadi isteri yang solehah kan?” soal Amin sekadar meneka.
“Sia-sia jadi isteri solehah pada seorang suami yang tidak pernah solat” sindir Balkish. ringkas sahaja sindiriannya tapi tepat ke jantung Amin. kata-kata itu seperti menusuk dan membunuh.
“Pandai menjawab sekarang” marah Amin.
Balkish hanya diam.
“Hah, saya hampir terlupa” Amin mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan beberapa keping duit bernot seratus. Wang itu kemudiannya dihulurkan kepada Balkish.
“Duit apa ni?” soal Balkish pelik.
“Duit abang untuk adik-adik awak” balas Amin.
“Ayah marah kalau dia tahu awak yang kasi” balas Balkish.
“Kalau macam tu bagilah dekat ibu” jawab Amin. Balkish keliatan teragak-agak untuk mengambil pemberian Amin itu.
“Kita dah jadi suami isteri. Keluarga awak, keluarga saya juga” sambung Amin lagi.
Balkish terharu dengan sikap prihatin lelaki itu. Kalau diikutkan hati dia juga tidak mahu menerima duit ihsan dari anak orang kaya itu tetapi apabila memikirkan adik-adiknya yang mungkin memerlukan duit untuk perbelanjaan sekolah mereka, direndahkan sahaja egonya. Dia akhirnya keluar dari kereta dan menghulurkan duit pemberian Amin itu kepada ibu. Pada mulanya, Aminah juga tidak mahu menerima, tetapi setelah dipujuk oleh Balkish, ibunya menerima huluran itu. Tahir berpura-pura sahaja tidak melihat. Balkish meminta diri dan kembali ke kereta. Amin memandu keretanya ke jalan raya dan perlahan-lahan meninggalkan rumah mertuanya itu.
“Balkish. sakitlah badan abang” sengaja Amin membuahkan topik perbualan antara mereka berdua.
“Jadi?”
“Kenapa cold sangat Balkish ni” bentak Amin.
Balkish diam sebentar setelah dia berbicaa. Hatinya teragak-agak mahu menyampaikan isi hatinya, “Awak jangan ingat sebab awak dah bagi duit dekat keluarga saya awak boleh beli saya”
“Abang ikhlaslah tadi. kenapa Balkish ni ni cold sangat. Abang bergurau je. Nak kata berdarah sejuk, Balkish manusia kan?”
Balkish menjeling ke arah Amin. “Orang sewel” marah Balkish.
“Amboi, tak sayang mulut betul. Suka hati dia nak panggil orang sewel. Dia tu buah kelapa yang ditebuk tupai” balas Amin. Dia tergelak besar dapat mengenakan Balkish.
Ketawa Amin terhenti apabila melihat Balkish menjeling ke arahnya.
“Awak ni memang tak reti nak jaga hati orang!” marah Balkish. herdikan Amin tadi terasa kasar di telinganya, tetapi bagi lelaki itu, katanya-katanya itu dianggap lucu.
“Betul apa! Abanglah tupai tu” bentak Amin, tidak mahu mengalah, dia masih menegakkan kata-katanya. Amin ketawa lagi. kali ini dia menang!
“Berhenti!” jerit Balkish. Dia membuka pintu kereta dan turun. Amin terpaksa memberhentikan keretanya di pinggir jalan raya. Nasib baik tidak ada kereta di belakang, kalau tak, macam-macam boleh jadi sebab Amin terpaksa brek mengejut.
“Eh Balkish” panggil  Amin namun tidak diendahkan oleh Balkish. Gadis itu berjalan laju meninggalkan kereta.
 Amin memandu keretanya perlahan-lahan mengiringi langkah kaki Balkish. Dia tidak putus-putus memujuk Balkish untuk masuk kembali namun Balkish tidak mengendahkannya. Dia terus sahaja berjalan kaki dan rimas juga dengan Amin yang memandu keretanya dekat pinggir jalan seiring dengannya.
 Setelah agak lama keadaan berterusan begitu akhirnya, Amin tidak dapat menahan marahnya dia memandu keretanya agak laju dan memintas Balkish di depan. Gadis itu terkejut.
Amin keluar dari kereta.
“Masuk!” arah Amin.
“Minta maaf dulu!” Balkish juga menengking.
“Awak ingat saya suka ke kena rogol oleh awak” sambung Balkish lagi.
“Masuk jelah Balkish. Banyak songeh pulak!” marah Amin. Suara Amin menengking membuatkan Balkish takut. Amin berjalan menghampirinya dan kini Amin berdiri dalam jarak sedepa daripada Balkish. lutut Balkish menggigil kerana takut. Memandang wajah Amin sebengis ini membuatkan kejadian tempohari terbayang-bayang di ingatan sedangkan kejadian itu mahu dilupakannya.
“Masuk, kalau tak saya akan paksa awak” ugut Amin.
Terbayang-bayang kejadian hitam itu di fikirannya. Balkish takut apabila memikirkan Amin akan memaksanya nanti. Akhirnya kehendak Amin itu terpaksa dituruti.
Amin tersenyum dengan kemenangannya. Dia kembali ke kereta dan mulai memandu ke jalan utama. Mereka berdua memilih untuk berdiam diri sahaja selepas itu.
Perjalanan untuk kembali ke rumah papa dan mama terasa agak panjang dari biasanya. Setelah sampai, Balkish segera keluar dan meninggalkan Amin sendirian di tempat parkir. Lelaki itu memindahkan barang-barang dari dalam bonet kereta sendirian.
Amin melangkah longlai masuk ke dalam rumah. Papa dan mama sedang duduk di ruang tamu.
Mama hanya memerhatikan Balkish melangkah laju ke kamarnya. Dia sempat melihat ekspresisi pada wajah Balkish. bergaduhkan Balkish dengan Amin? hati wanitanya dapat membaca ekspresi pada wajah menantunya itu. belum sempat dia memanggil Balkish, menantunya itu cepat-cepat naik ke biliknya.
“Pa” tegur Amin.
“Papa nak cakap dengan kamu!”
“Ada apa pa?” soal Amin lemah. Dia penat untuk mendengar celoteh papanya. Pasti ada silap yang telah dilakukan olehnya kalau papa sudah menunggu di ruang tamu begini. Amin tidak ada mood mahu mendengar leteran atau teguran daripada papa atau bergaduh dengannya tapi dipaksakan jua. Dia duduk menyandarkan badannya ke kerusi sofa.
“Ni surat dari fakulti!” Suara Dato’ Sahar tinggi. Sampul surat putih itu dihempapkan di meja. Amin jadi takut. Tidak disangka berita itu cepat diketahui oleh papanya. Parah! Papa memang marah betul-betul kalau pasal kuliah. Kalau pasal duit papa ok lagi. Matilah aku! Amin mula gelisah. Dia tidak senang duduk.
“Kenapa cuti satu semester tak bagitahu papa?” soal Dato Sahar.
“Amin tak sempat nak concentrate study. Masalah dengan Balkish lagi” balas Amin.
“Jangan nak libatkan orang lain!” marah Dato’ Sahar.
“Betullah pa! Amin drop just before Amin kahwin dengan Balkish. banyak benda yang Amin kena fikir” Amin membentak.
“Dahlah course sebelum ni ada yang fail. Bila kau plan nak graduation ni? Kau nak tunggu aku mati dulu?” marah Dato' Sahar.
Balkish terkejut mendengar suara ayah mertuanya. Dia keluar dari bilik dan turun ke bawah. Dia melihat Amin sedang berdiri berhadapan dengan papanya.
“Pa, Amin dah besar lah pa. Papa jangan risau sangat. Tahulah Amin”
“Baik.Kalau kau dah besar, dah tahu, duit elaun yang papa masuk setiap bulan tu untuk kau belajar. Dah kau cuti, elaun tu papa batalkan sampai kau sambung belajar balik”
“Pa!” Amin menjerit separuh merayu.
“Mana Amin nak cari duit? Kalau nak sambung belajar bulan depan pa. Mana Amin nak cari duit selama sebulan ni? Amin kena tanggung Balkish lagi” Amin merayu.
“Balkish bawah tanggungan papa” balas Dato’ Sahar.
Amin menatap pandangan Dato' Sahar dengan tajam. Keputusan papanya tidak boleh diterimanya amun keputuan papa selalunya muktamad dan tidak boleh diubah lagi. Amin terpaksa meninggalkan papanya.
“Min, nak ke mana tu?” Datin Hasmah menghalang Amin. dia cemas apabila melihat pertengakaran antara suaminya dengan Amin tapi dia tidak boleh menyampuk dan melindungi Amin. jelas-jelas dalam hal ini Amin bersalah. Dia cuba menghentikan Amin yang sedang berjalan keluar dari rumah.
“Amin nak keluar. Serabut duduk dekat rumah ni!”
“Baguslah, kalau tak balik pun bagus juga” sampuk Dato’ Sahar.
Amin meninggalkan rumah itu. Kata-kata terakhir Dato’ Sahar dirasakan mencabar egonya. Dia tidak ada masalah untuk tidak pulang ke rumah tetapi sangat bermasalah kalau papa menghentikan elaun bulanannya.
Amin memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah. Dia ke hotel untuk check in. nombor telefon Firdaus didail.
“Bro, aku nak minta tolong” beritahu Amin.
“Sejak kau kahwin tak pernah pun kau nak contact kitaorang. Hari ini baru nak ingat aku” bidas Firdaus.
“Papa aku dah tahu aku cuti satu sem dan ugut nak tahan elaun aku bulan ni”
“Kau nak pinjam duit ke ni? No hal lah br. Berapa kau nak aku boleh kasi tapi dengan satu syarat. Malam ni, jumpa kitaorang dekat club” balas Firdaus.
“OK” talian itu dimatikan.
Amin akhirnya tidur di katil kerana kepenatan yang amat sangat.
…………………………………………….
Pada malam hari, seperti yang dijanjikan, Amin bergegas masuk ke club yang menjadi tempat dia dan teman-teman baiknya itu berkumpul. Sudah agak lama sebenarnya dia tidak berkunjung ke sini gara-gara sibuk dengan urusan perkahwinannya. Dan malam ini, Amin mengambil keputusan untuk berhibur sakan tanpa memikirkan sesiapa pun. Di menuju ke meja yang selalu di booking oleh Firdaus. Hisyam dan Mira, teman wanita Firdaus turut berada di situ. Mereka menyapa antara satu sama lain. Amin duduk di samping Mira dan menyapa namun Mira sekadar mencebik. Teman wanita Firdaus itu tidak pernah menyukainya. Tapi Amin tidak mengambil hati, dari awal perkenalan mereka, dia sudah tahu yang gadis itu tidak menyenanginya.
“Lama tak nampak kau bro. lepas kahwin ni sibuk?” tegur Hisyam.
“Sibuk layan kerenah papa aku. Suruh itulah, inilah” sambung Amin.
“Amacam kahwin? Ada beza tak?” soal Firdaus. Dia dan Hisyam ketawa terbahak-bahak.
“Apa yang bezanya, sama je” balas Amin.
“Best yang tak halal lagi” sambung Amin. Segera ketawa mereka bertiga memecahkan suasana hingar-bingar.
“Bro, orderlah, aku belanja” sapa Hisyam.
Amin mengangkat tangannya memanggil waiter di club itu dan memesan satu jug beer dan satu gelas untuknya.
“Aku ingat kau dah berubah” kata Firdaus.
“Aku pun ingat aku dah berubah” Amin melawak. Mereka bertiga ketawa terbahak-bahak lagi.
Amin meneguk beer yang masih tersisa dari gelas Hisyam.
“Kau tinggal kat mana ni?”
“Hotel. Papa aku belum matikan credit card aku lagi. It’s a matter of time je sebelum credit card aku pun kena sekat” beritahu Amin.
“Jangan risau bro, kitaorang ada. Kau nak berapa bagitahu je” sampuk Hisyam.
“Hah, sebelum aku lupa, weekend ni kitaorang nak pergi Pulau Kapas, nak ikut?” ajak Hisyam lagi.
“Kau ikut jelah, kita orang dah book 3 bilik. Kalau kau nak ajak wife kau pun boleh jugak” Firdaus melawak. Hisyam dan Amin ketawa lagi.
“Hah ajaklah, Min. Anggap je korang pergi honeymoon” sampun Hisyam.
“Tak payahlah. Buat malu je ajak dia” balas Amin.
“Ok lah kalau macam tu, set ye. Weekend ni kita pergi. Kau nak ikut kitaorang ke, nak drive sendiri?” soal Hisyam.
“Aku drive sendiri la”