Bab 36
Kuliah terakhir selesai seperti biasa,
Balkish berjalan pulang ke hostelnya sendirian. Tidak ada teman yang ingin
berjalan bersama-sama. Aiza dan Yani ada hal dan terpaksa dia pulang berjalan
kaki sendirian. Sesekali Balkish mengusap-usap perutnya yang sudah membunting
itu. Balkish berhenti apabila sebuah kereta berhenti beberapa kaki di
hadapannya.
Aman keluar dan melambaikan tangan
kepada Balkish. Balkish tersenyum melihat kelibat adik iparnya itu.
“Masuklah Balkish” ajak Aman. Balkish
sebenarnya teragak-agak untuk masuk ke kereta adik iparnya tetapi melihatkan
Aman berkeras, dia menurut jua.
“Aman buat apa sini? Soal Balkish
memulakan bicara. Agak kekok juga bersama dengan Aman kerana dia memang jarang
sekali bertemu dengan adik iparnya, walaupun mereka berdua dalam satu kampus.
Kali terakhir dulu mereka berbicara sewaktu hari perkahwinannya.
“Balik class, saja ikut jalan sini. Mana
tahu jumpa Balkish” beritahu Aman. Aman memandu keretanya masuk ke jalan raya.
“Fakulti Aman kan jauh kalau ikut sini”
beritahu Balkish.
“Abang Amin call suruh Aman
tengok-tengokkan isteri dia” beritahu Aman.
Balkish tersenyum apabila mendengar nama
Amin. Sayang juga lelaki itu kepadanya. “Sorrylah susahkan Aman” beritahu
Balkish kepada Aman yang duduk di kerusi memandu. Segera dia melupuskan
senyuman di wajahnya apabila mengingatkan kehadiran Aman di situ. Malu kalau
Aman nampak dia senyum sorang-sorang.
“Tak susahpun, untuk kakak ipar and
bakal anak saudara” sambung Aman. Balkish tersenyum mendengar jawapan daripada
Aman itu. Amin betul-betul menjaganya sampaikan Aman disuruh dating
menjenguknya.
Aman memberhentikan keretanya di
perkarangan hostel Balkish. Balkish turun dari kereta selepas mengucapkan
terima kasih. Aman kemudiannya berlalu. Tanpa Balkish sedari ada sepasang mata
yang sedang memerhatikannya.
Hati Fakrul semakin membara, marah
apabila melihat Balkish turun dari sebuah kereta dan ditemani oleh seorang
lelaki yang tidak dikenalinya. Hari tu, lelaki lain, sekarang lelaki lain lagi.
Apa nak jadi dengan kau ni Balkish? Marah Fakrul tanpa usul periksa. Dia
berjalan mendapatkan Balkish yang sedang berjalan masuk ke hostelnya.
“Balkish” panggil Fakrul. Langkah kaki
Balkish terhenti saat mendengar panggilan itu.
“Fakrul?”
“Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak”
beritahu Fakrul.
“Ada apa?” soal Balkish aneh.
“Boleh tak kita cakap dekat tempat
lain?” soal Fakrul. Balkish mengangguk.
…………
Ada apa Fakrul?” soal Balkish. Dia tidak
selesa mengikut Fakrul ke tempat yang sunyi begini. Jalan ini biasanya banyak
orang tetapi setelah selesai kuliah, iaseperti sekarang ini. Fakrul menyuruhnya
mengikut ke tempat ini kerana katanya ada sesuatu yang ingin ditunjukkannya,
dan lelaki itu kelihatan betul-betul aneh.
“Masuklah, ada sesuatu yang saya nak
tunjuk” beritahu Fakrul. Dia menyuruh Balkish masuk ke dalam sebuah dewan kecil
yang sunyi di hujung jalan itu.
“I nak baliklah” beritahu Balkish. Dia
sudah merasa tidak enak dan curiga dengan sikap Fakrul yang dilihat agak aneh.
“Balkish!” panggil Fakrul. Dia memaut
tangan Balkish dan menarik Balkish untuk masuk ke dewan kecil yang usang itu.
…………
Amin memandu keretanya untuk masuk ke
kampus UIA untuk bertemu dengan Balkish. Jalan masuk agak lengang tetapi jalan
keluar dari kampus agak sesak kerana waktu sekarang adalah waktu orang pulang
dari kelas. Amin memandu keretanya dengan had laju perlahan. Sebaik sahaja
sampai di perkarangan hostel Balkish dia mendail nombor telefon isterinya untuk
meminta gadis itu untuk turun bertemunya di bawah. Panggilan dibuat namun tidak
diangkat oleh Balkish.
…………
..
Telefon bimbit Balkish berdering.
Balkish segera mencari telefon bimbitnya dan ingin menerima panggilan itu. Dia
mahu meminta tolong kepada orang yang menelefon itu namun telefon bimbitnya
segera dirampas oleh Fakrul. Setelah Fakrul melihat nama yang tertera di skrin
telefon, dia ketawa nakal.
“Mamat sewel?” Fakrul melihat ke arah
Balkish.
“Ni lelaki yang bawa awak ke hotel tu
ke?” soal Fakrul sinis.
“Fakrul. Mengucap. Tak baik kita berdua-duaan
dekat sini. Kalau orang nampak nanti, maruah saya..” beritahu Balkish sambil
merayu agar Fakrul melepaskannya.
“Awak tu hamil anak luar nikah. Orang
lain tak kisahpun apa saya nak buat dekat awak” beritahu Fakrul.
Balkish terdiam. Mungkin inilah yang
menjadi bualan kawan-kawannya. Mungkin sebab inilah Aiza dan Yani menjauhinya,
dan kawan-kawan yang lain memandangnya dengan pandangan serong.
“Saya memang hamil. Tapi, ni anak saya
dengan suami saya” beritahu Balkish.
Fakrul ketawa besar.
“Jangan nak bohong!” marah Fakrul. Kali
ini suaranya menengking kuat sehingga Balkish menjadi sangat takut. Fakrul
menghampirinya. Tangannya dipegang dan ditarik kuat sehingga Balkish
hampir-hampir terjatuh. Fakrul sempat memegangnya sebelum dia terjatuh ke lantai.
Balkish pula, terus mengusap-usap kandungannya. Dia lebih merisaukan
keselamatan anak yang berada di dalam kandungannya itu.
“Fakrul tolong lepaskan saya” jerit
Balkish. Dia meminta belas simpati dari temannya itu. Terbayang-bayang peritiwa
yang menimpanya dulu. Takutnya bila memikirkan kejadian hitam itu terulang
lagi.
Fakrul merebahkan Balkish ke lantai,
sedangkan Balkish meronta-ronta minta dilepaskan. Gadis itu memukulnya dengan
sekuat hati tetapi sejauh mana kudrat wanitanya dapat menewaskan kekuatan dan
kegagahan Fakrul. Balkish akhirnya menolak tubuh Fakrul sekuat hati, dan
berjaya melepaskan diri dari rangkulan Fakrul. Dia cuba melarikan diri tetapi
kakinya dipegang oleh Fakrul. Balkish sudah mulai menangis. Hatinya berdoa agar
dia diselamatkan dari menjadi mangsa kegilaan Fakrul. Telefon bimbitnya
berdering lagi. Kali ini Balkish berazam mahu mengangkat panggilan itu. Dia
melepaskan diri daripada Fakrul dan berlari sekuat hati mengambil telefon
bimbitnya yang terlantar di lantai. Sebaik sahaja butang hijau ditekan, dia
meminta tolong. Harapannya agar orang yang menelefon itu akan mencarinya.
…………
Balkish!” panggil Amin saat panggilannya
itu terputus. Dia sudah dapat mengagak sesuatu yang buruk akan menimpa gadis
itu apabila mendengar suara Balkish yang seakan-akan menangis meminta tolong.
Naluri Amin mengatakan Balkish mungkin dalam bahaya. Amin segera keluar dari
keretanya dan bertanya kepada gadis-gadis yang tinggal di hostel itu yang
mengenali Balkish. Hanya itu sahaja yang mampu dilakukannya untuk membantu
Balkish. Mahu menelefon kepada teman sebilik Balkish, dia tidak memiliki
nombornya. Amin sudah tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
Dari jauh Aiza melihat seorang lelaki
yang dikenalinya itu sedang berbicara dengan kawan satu hostelnya. Kalau tidak
silap, lelaki itu adalah ahli keluarga Balkish. Aiza mengahmpirinya dan
menegur.
“Awak boleh tolong saya? Saya cari
Balkish. Tadi saya call, suara Balkish macam dia dalam bahaya. Tahu tak kat
mana saya boleh cari dia?” soal Amin.
“Tadi dia balik dulu, lepas tu saya tak
tahu” beritahu Aiza.
“Boleh tak Tanya kawan-kawan dia?” soal
Amin risau.
Aiza menghubungi Yani dan Muaz dan
mereka memberitahu yang mereka tidak melihat Balkish. Tetapi dia berasa pelik
apabila Fakrul tidak menerima panggilannya. Aiza menghubungi Muaz sekali lagi
untuk bertanya tentang Fakrul dan teman sebilik Fakrul itu tidak tahu di mana
keberadaan Fakrul. Aiza berasa tidak enak. Fakrul memang obses dengan Balkish,
takutnya kalau Fakrul buat sesuatu yang tak baik kepada Balkish. Lelaki itu
memang bersikap agak pelik sejak kebelakangan ini. Aiza menceritakan
keraguannya itu kepada Muaz yang dihubunginya melalui telefon dan temannya itu
ingin turut sama membantu mencari Balkish.
Amin, Aiza dan Muaz berkumpul depan
hostel untuk berbincang dan berfikir tentang kemungkinan yang ada. Muaz
mengutarakan ilhamnya, untuk mencari Balkish di tempat yang selalu disebut oleh
Fakrul sejak kebelakang ini iaitu dewan usang dekat jalan belakang Fakulti
mereka. Muaz mengagak yang mungkin mereka dapat bertemu dengan Fakrul di situ
kerana banyak kali menyebut tentang dewan using itu. Dan sejak beberapa hari
ini, Fakrul kelihatan murung dan sering dia mengutarakan kata-kata yang tidak
baik berkenaan dengan Balkish. Mereka berdua menaiki kereta Amin untuk ke dewan
yang dimaksudkan oleh Muaz.
Apabila sampai di tempat kejadian, Amin
segera parkir keretanya dan mereka bertiga mula mencari Balkish di kawasan
dekat situ. Mereka bertiga berpecah berharap agar dengan cara itu mereka akan
menjumpai Balkish dan Fakrul dengan lebih cepat. Amin menolak daun pintu dewan
dan dia menapak perlahan-lahan ke dalam dewan itu.
Tiba-tiba Amin mendengar Aiza memekik
memanggil nama Muaz. Jerita itu didengari oleh Amin dan Muaz dan mereka berdua
berlari ke arah suara milik Aiza. Amin, Muaz tercegat apabila melihat Fakrul
dan Balkish di hujung dewan usang itu. Balkish dilihat duduk berteleku dengan
melipat kedua lututnya. Dia menangis teresak-esak.
“Apa kau buat ni?” soal Muaz marah.
Fakrul terdiam. Dia terkejut apabila melihat teman sebiliknya tercegat di pintu
masuk dewan usang itu.
“Balkish awak tak apa-apa?” soal Aiza.
Dia mahu berlari menuju ke arah Balkish namun dihentikan oleh Fakrul.
“Kau jangan dekat, kalau tak aku
cederakan Balkish” ugut Fakrul.
Balkish melihat ke arah kawan-kawannya,
wajah Amin sahaja yang bertandang di skop pandangannya.
“Awak….!” Rintih Balkish. Suaranya sayu
dengan penuh rayuan. Berharap agar Amin membantunya.
“Kau lelaki yang masuk ke hotel dengan
Balkish hari tu!” marah Fakrul saat dia melihat ke arah seorang lelaki yang
turut berdiri di samping Muaz dan Aiza. Aiza dan Muaz melihat ke arah Amin.
“Awak tolong saya!” rayu Balkish lagi.
Fakrul menarik lengan Balkish untuk berdiri. Tudung Balkish ditarik ke
belakang, Balkish cuba untuk menghalang tudung itu dari tercabut dari
kepalanya. Dia menangis sepuas hati.
“Aku boleh buat apa saja dekat Balkish.
Aku nak masuk hotel dengan dia ke, nak suruh dia tidur rumah aku pun tak apa.
sebab Balkish isteri aku” teriak Amin. Dia tidak tahan melihat Balkish diseksa
oleh lelaki itu.
Fakrul tersengih. “Jangan nak tipu aku!”
Muaz dan Aiza saling berpandangan antara
satu sama lain. Mereka bagaikan tidak mempercayai kata-kata Amin.
“Balkish isteri aku. Kami dah kahwin.
Anak dalam kandungan dia, adalah anak aku!” Amin menapak perlahan-lahan ke arah
Fakrul.
Fakrul bagaikan tidak percaya apabila
mendengar pengakuan dari lelaki itu. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Kerana
rasa terdesak, Fakrul menolak tubuh Balkish ke lantai, mujurlah saat itu Amin
cepat bertindak. Dia berlari mendapatkan Balkish dan sempat menarik lengan
Balkish ke arahnya. Balkish jatuh ke dalam pelukannya.
Fakrul menapak ke belakang. Muaz
mendapatkan teman sebiliknya itu. Tangan Fakrul dipegang erat.
“Mengucap Fakrul” pujuk Muaz. Tidak lama
setelah itu, Fakrul menitiskan air mata. Muaz memeluk teman sebiliknya itu
untuk mententeramkannya.
“Lelaki tadi tu siapa?” soal Fakrul
dalam esak tangisnya, menangisi kesilapan dan keterlanjurannya.
“Siapa?” mendengar pertanyaan Fakrul
itu, Amin pula berasa cemburu. Dia segera mendapatkan kepastian daripada
Balkish.
“Aman hantar saya balik tadi” jawab
Balkish seraya dia menatap wajah suaminya. Air matanya tetap mengalir laju
membawashi wajahnya yang kemerah-merahan.
Mendengar jawapan itu, Amin tidak jadi
marah. Adiknya itu memang disuruh untuk menjenguk Balkish.
Menyedari yang Balkish sudah selamat,
Amin melepaskan pelukannya, tubuh Balkish dibiarkan terbaring lesu di lantai.
Aiza yang leihat keadaan itu berjalan mendekat dan memeluk Balkish dengan erat.
“Abang dah pesan banyak kali. Bagitahu
kawan-kawan awak tentang perkahwinan kita, tapi awak degil” marah Amin dan dia
meninggalkan Balkish bersama dengan Aiza. Balkish hanya mampu melihat Amin
meninggalkannya. Pelukan Aiza terasa bertambah erat. Air mata Balkish menitis
dengan laju. Amin pasti terlalu marahkannnya.
Amin masuk ke perut kereta, enjin kereta
dihidupkan. Dia berasa sangat marah terhadap Fakrul dan Balkish. Hal ini takkan
terjadi kalau Balkish bercerita tentang perkahwinan mereka. tetapi Balkish
degil. Kalau diikutkan marah di hati mahu sahaja dia meninggalkan Balkish di
situ berasama kawan-kawannya tetapi dia tidak sampai hati. Marah melihat
Balkish diperlakukan sedemikian rupa, Amin menghentak stereng keretanya.
Wajahnya merah menahan marah. Dari jauh dia melihat Aiza memimpin Balkish
keluar dari dewan usang itu. Dia menyuruh Aiza dan Balkish untuk masuk ke dalam
kereta. Sepanjang perjalanan kembali ke hostel, Aiza dan Balkish berdiam diri
sahaja. Sekejap-sekejap terdengar esak tangis Balkish memecah suasana tegang di
dalam kereta. Amin memberhentikan keretanya di hadapan perkarangan hostel
isterinya. Aiza turun terlebih dahulu.
“Awak…marahkan saya?” soal Balkish
kepada Amin. Dia menyentuh bahu Amin.
“Baik awak keluar dulu Balkish. Saya tak
nak tengok muka awak sekarang ni” marah Amin.
“Amin” rayu Balkish.
“Keluar” ugut Amin. Dia benar-benar
marah. Balkish hampir-hampir menjadi mangsa Fakrul kerana kedegilannya sendiri.
Dia degil dan tidak mendengar kata Amin. Sudah beberapa kali Amin mengingatkan
untuk menceritakan tentang perkahwinan mereka kepada teman-temannya terutama
setelah Balkish hampir-hampir keguguran tempohari tetapi gadis itu degil.
Sekarang terimalah padahnya. Pernah terlintas di fikiran Amin tentang salah
faham yang mungkin timbul setelah Balkish jatuh pengsan dulu. Pertama Balkish
tidak pernah memberitahu teman-temannya yang dia telah berkahwin dan kedua,
pasti kawan-kawan terutama kawan yang menghantar dia ke klinik dulu akan salah
faham tentang kehamilan Balkish. Apa yang difikirkan oleh Amin tertnyata
menjadi kenyataan.
Dengan lemah, Balkish melangkah keluar
dari kereta itu. Tanpa sepatah kata, Amin memandu keretanya laju menimggalkan
Balkish.
…………
Balkish berbaring dengan wajahnya
menghadap ke katil, sakit badannya kerana peristiwa petang tadi terasa
memberat. Aiza duduk di birai katil. Rambut Balkish yang panjang mengurai itu
di selak ke bahunya.
“Kau ni kan, dah kahwin pun tak cakap
dekat aku” marah Aiza. Dia menepuk bahu Balkish. Serta-merta gadis itu mengaduh
kesakitan.
“Sakit” Balkish mahu bermanja-manja
dengan teman sebiliknya.
“Amin tu suami kaulah?” soal Aiza.
“Em”
“Aku ingat dia abang kau” sambung Aiza.
“Kenapa kau fikir macam tu?”
“Masa kau masuk hostel dulu, dia dengan
parent kau kan yang hantar?”
“Tu mertua aku” balas Balkish. Kali ini
tidak ada satupun yang ingin disembunyikan dari pengetahuan Aiza.
Aiza membuka penutup minyak Mastika, di
ratakan dulu di telapak tangannya lalu disapukan ke belakang badan Balkish.
Lebam-lebam belakang badan gadis itu, sedih Aiza melihatnya. Kasihan Balkish,
dia terpaksa menanggung dugaan ini sendirian. Teringat sikap dinginnya terhadap
Balkish gara-gara fitnah yang ditaburkan oleh Yani terhadap teman sebiliknya
itu. Dan dia buta untuk mempercayai kata-kata Yani. Rasa bersalah timbul buat
gadis di sampingnya itu.
“Macamana kau orang kahwin?” soal Aiza.
Balkish tersentak. Entah apa jawapan yang paling baik untuk diberikan kepada
pertanyaan Aiza itu. Takkan nak cakap aku dirogol oleh Amin, sebab itulah kami
kahwin.
“Amin tu macam playboy saja aku tengok.
Bukan jenis lelaki yang kahwin muda” sambung Aiza lagi.
“Tapi handsome” sambung Aiza. Dia
sengaja mahu bergurau. Beberapa pertanyaannya sebelum ini tidak dijawab oleh
Balkish. Terasa aneh pula apabila kawannya itu berdiam diri apabila dihujani
pertanyaan tentang perkahwinannya. Sengaja Aiza mengutarakan gurauan.
Balkish ketawa. “Handsome saja tak guna,
kalau perangai macam ……” Balkish tidak jadi menghabiskan kata-katanya. Dia
memandang Aiza yang turut melihatnya dengan pandangan pelik.
“Aku gurau saja” beritahu Balkish.
“Kau dengan Amin ni okey ke?” soal Aiza.
Dia dapat menghidu sesuatu dari cara percakapan teman sebiliknya itu.
“Okey. Cuma Amin tu macam tulah, selalu
nak cari gaduh dengan aku” keluh Balkish.
“Dia marah tu tandanya dia sayang kau”
pujuk Aiza. Dia kembali mengurut belakang badan Balkish.
Bab 37
Sudah genap seminggu dia tidak
menghubungi Balkish. sejak kejadian itu, dia tidak ada mood mahu berbicara
dengan Balkish. Bukannya hati tidak rindu tetapi marahnya merajai diri. Dan
Balkish pula tidak pernah cuba untuk berbaik atau memujuknya, gadis itu memang
keras hati. Bagaimanakah keadaannya? Setelah kejadian itu, mungkinkah Balkish
terluka? Kenapa tidak terlintas di fikirannya untuk menghantar Balkish ke
klinik dahulu sebelum dia menghantar Balkish kembali ke hostelnya. Ah, kan ada
Aiza, pasti temannya itu menjaganya dengan baik. Amin termenung sendirian.
Firdaus dan Hisyam awal-awal lagi sudah pulang setelah selesai kuliah, dia
sahaja yang masih menghabiskan waktunya di kafe fakultinya.
Amin terpandang seraut wajah yang
dikenalinya. Gadis itu kemudiannya tersenyum ke arahnya. “Hye” sapanya.
“Hye” balas Amin.
“Awak ingat saya lagi?” soal Rina.
Amin mengangguk laju. Gadis itulah yang
ditolongnya dulu.
“Awak dah okey?” soal Amin.
Rina mengangguk lalu tersenyum.
“Awak belajar dekat sini juga?” soal
Amin agak terkejut apabila bertemu dengan gadis itu di sini.
Rina mengangguk sambil tersenyum malu.
Ingat juga Amin kepadanya.
“Saya belum sempat ucapkan terima kasih
sebab bantu saya hari tu” beritahu Rina lagi.
“Tak apa” balas Amin sepatah.
“Awak tak balik lagi? Dah lambat ni”
tanya Rina.
“Nak balik dah ni”
“Kalau macam tu, I treat you to a
dinner, sebagai tanda terima kasih” sambung Rina.
“Eh tak apalah”
“I insist” tegas Rina. Mahu atau tidak
mahu, Amin bersetuju.
…………
Muaz berlari-lari anak mengejar langkah
kaki Balkish dan Aiza. Dia memanggil nama Balkish saat dia betul-betul berada
di belakangnya. Balkish dan Aiza berkalih ke arahnya.
“Balkish, saya minta maaf atas apa yang
menimpa awak” beritahu Muaz, bersimpati atas apa yang menimpa sahabatnya itu.
Alhamdulillah cerita itu tidak tersebar kepada pengetahuan kawan-kawan mereka
yang lain. Kali ini, Muaz dan Aiza menyimpan kejap rahsia itu dari pengetahuan
sesiapa.
“Terima kasih. Tapi saya harap, awak
jangan bagitahu orang lain” balas Balkish.
“Saya rasa betul apa yang suami awak
cakap. Lebih baik kita hebahkan yang awak dah berkahwin. Cuma, pasal Fakrul
elok kita rahsiakan saja. Tak baik menghebahkan aib orang” cadang Muaz. Aiza
mengangguk tanda setuju. Balkish berpaling ke arah teman sebiliknya itu. dia
juga mengangguk setuju.
“Okey, awak jangan risau, nanti saya
bagitahu kawan-kawan kita yang lain tentang perkahwinan awak” beritahu Muaz.
“Sebenarnya, saya nak serahkan surat ni
juga. Surat dari Fakrul” sambung Muaz. Balkish dan Aiza saling berpandangan.
“Hah. Mana Fakrul? Takkan dia yang
trauma setelah kejadian itu?” soal Aiza menyindir. Balkish sempat menyiku
lengan Aiza.
“Dia balik kampung. Ambil cuti
emergency. Dia minta saya serahkan surat ni kepada awak. Awak terimalah” sampul
surat putih itu dihulurkan kepada Balkish yang berada di depannya. Balkish
menyambutnya.
“Terima kasih Muaz” ucap Balkish. Dia
dan Aiza kemudiannya berlalu dari situ.
Apabila sampai di bilik, Balkish duduk
di katilnya. Beg tangannya diambil dan dia mencari telefon bimbitnya. Tidak ada
mesej atau miscall buatnya hari ini. Dia menunggu panggilan atau mesej daripada
Amin. Lelaki itu tidak pernah menghubunginya sejak peristiwa itu. Marahkah
Amin? Telefon itu diletakkan di hujung katil. Balkish teringatkan surat yang
diberikan oleh Muaz kepadannya tadi. surat daripada Fakrul itu dikeluarkan dari
beg. Isi kandungannya di baca
Balkish,
Saya minta maaf kerana telah menyakiti
awak. Saya malu untuk berhadapan dengan awak setelah apa yang telah saya
lakukan terhadap awak. Maka saya titipkan warkah ini kepada Muaz. Maafkan saya
Balkish, saya betul-betul menyesal. Seandainya boleh saya putarkan waktu, saya
mahu tarik balik apa yang saya katakan dan saya lakukan kepada awak supaya saya
dan awak tetap dapat berkawan..
Ketahuilah Balkish, saya benar-benar
menyesal….
Fakrul
Aiza terus merampas surat itu dan
mencampakkannya ke dalam tong sampah di sudut billik mereka itu. Balkish
terpinga-pinga sendirian.
“Kau jangan terpedaya dengan kata-kata
Fakrul ni” tegas suara bicara Aiza.
“Dia minta maaf” balas Balkish.
“Balkish kalau dia lelaki baik-baik, dia
takkan terfikir nak buat macam tu dekat kau” marah Aiza.
Balkish terdiam. peristiwa itu
bermain-main di fikirannya. Kata-kata Aiza itu ada benarnya.
“Jangan contact dia lagi”
Balkish perlahan-lahan menganggukkan
kepalanya.
…………
.
Amin mengucapkan terima kasih kepada
Rina sebelum dia berlalu. Dia masuk ke dalam keretanya. Jam di tangan di lihat.
Masih awal untuk dia pergi clubbing. Amin memandu keretanya keluar dari tempat
parkir. Fikirannya terkenangkan Balkish. Dia merindui gadis itu tetapi entah
kenapa egonya menghalang untuk dia menelefon atau menghantarkan mesej buat
isteirnya. Amin memandu keretanya melewati jalan utama. Dia tahu ke mana
destinasinya selepas ini. Dia tahu bagaimana cara untuk melepaskan rindu buat
Balkish. Amin teringatkan ibu dan ayah serta adik-adik Balkish. kereta yang
dipandu dibelokkan ke jalan utama untuk ke rumah ayah. Setelah satu jam
perjalanan, Amin akhirnya sampai di rumah orang tua Balkish itu. Seperti biasa
ibu akan membukakan pintu rumah. Amin turun dari kereta dan menyalami tangan
ibu mertuanya itu.
“Amin dari mana malam-malam macam ni?
Balkish mana?’ soal Aminah. Amin diajak untuk masuk ke rumahnya.
“Amin dari kampus. Saja singgah sini
jenguk ibu. Ayah mana ibu?” soal Amin.
“Ayah ada dekat bilik tu. Dah tidur”
sambung Aminah.
“Awal ayah tidur. Tak sihat ke ibu?”
soal Amin risau. Manalah tahu sakit ayah mertuanya itu kambuh lagi.
“Tak adalah. Tadi ayah pergi pekan
sekajap. Mungkin pasal tu penat”
“Farah, buatkan air untuk abang Amin”
suruh Aminah.
“Tak payahlah ibu. Farah, tak payahlah.
Abang sekejap saja ni” Amin mengehentikan Farah dari bersusah-susah untuknya.
“Fahmi mana ibu?’ soal Amin lagi.
“Tu dekat meja dapur, buat kerja
sekolah. Fatin pun ada” beritahu Aminah. Dia melihat ke wajah Amin., hati
tuanya mengatakan yang menantunya itu ada masalah. Mungkinkah bergaduh dengan
Balkish? teka Aminah.
“Amin ke sana dululah ibu” beritahu
Amin. Dia melangkah ke dapur dan menegur Fahmi. Adik bongsu Balkish itu
menjerit keriangan saat melihat Amin datang ke rumahnya. Amin ketawa lucu. Dia
mengambil kerusi dan duduk di samping Fahmi, mengajar Fahmi dan Fatin
menyelesaikan kerja sekolah mereka. Setelah itu, Amin akhirnya meminta diri
untuk pulang. Dia bertemu dengan ibu mertuanya dulu sebelum berangkat. Sebelum
berlalu, Amin tidak lupa untuk meninggalkan sedikit wang belanja kepada Aminah
untuk biaya persekolahan adik-adik Balkish.
Kereta Amin meluncur laju meningalkan
kawasan rumah mertuanya. Aminah hanya mampu menghantar dengan pandangannya
sahaja sehingga lampu kereta Amin hilang dari pandangannya. Wang pemberian Amin
digenggam erat. Menantunya itu tidak pernah lupa untuk meninggalkan wang
belanja kepadanya sekiranya dia bertandang ke mari. Kadang-kadang Aminah berasa
malu untuk menerima wang itu kerana Amin masih belum bekerja, tetapi Amin
berkeras. Dan dia juga terpaksa kerana sedikit-sebanyak, wang pemberian Amin
itu membantu meringankan beban dia dan juga suaminya.
…………
Amin tidak singgah ke mana-mana setelah
pulang dari rumah mertuanya. Dia langsung pulang ke hostel. Badannya terasa
penat, jiwanya terasa kosong. Rindunya kepada Balkish terasa menggungung,
tetapi ditahan sahaja kerana tidak mahu kalah dengan egonya sendiri. Amin
termenung sahaja di dalam kereta. Jalan raya dan tempat parkir lengang kerana
hari sudah larut malam. Hanya lampu neon yang menerangi malamnya. Lambat-lambat
Amin keluar dari keretanya. Dia menapak ke bilik. Daun pintu dikuak dan dia
melihat Farid sedang bertafakur di tikar sejadah. Dia menapak perlahan-lahan
supaya tidak menganggu teman sebiliknya itu beribadat. Tidak seperti hari-hari
yang lain, kali ini Amin menunggu Farid di birai katil sehinggalah lelaki itu
selesai solat.
Farid melihat ke arah Amin di
sampingnya.
“Kenapa kau tengok aku macam tu?”soal
Farid kehairanan.
“Kau solat apa malam-malam macam ni?”
soal Amin.
“Tahajjud. Kau dari mana ni?” soal Farid
pula.
“Aku? Aku dari kampus, lepas tu aku
balik rumah orangtua aku, lepas tu balik sini balik” beritahu Amin.
Farid terangguk-angguk sahaja.
“Tapi aku rasa macam aku tak ada tujuan.
Hidup aku tak ada tujuan” sambung Amin lagi. dia tunduk memandang lantai.
Farid memandang teman sebiliknya itu.
Setelah melipat tikar sejadahnya, dia juga duduk di birai katil, bertentangan
dengan Amin.
“Farid, apa salah aku? Kenapa aku rasa
macam ni?’ soal Amin. Ada nada kekesalan yang bersarang pada kata-katanya itu.
“Kau nak cuba cara aku?” soal Farid.
“Cara apa?” soal Amin beriya.
“Solat. Cara aku cari tujuan hidup
adalah dengan solat”
Amin senyum sinis kemudian berkata, “Aku
dah lupa solat tu macamana. Aku minum arak, tidur dengan perempuan. Aku tak
rasa tujuan hidup kita sama” pintas Amin.
“Kau dah cuba cara kau, dan kau masih
lagi rasa kosong. Apa kata sekarang kita cuba cara aku, amacam? Berani?” soal
Farid seraya membuatkan Amin terasa tercabar dengan kata-katanya. Dia tahu
tentang gaya hidup Amin tetapi dia tidak pernah mahu menghukum. Yang dia
lakukan adalah dengan berdoa agar teman sebiliknya itu terbuka pintu hatinya
untuk mengenali Allah, dan mencari jalan yang benar. Walalupun Amin tidak
pernah dilihat solat, tetapi lelaki itu tetap menghormatinya terutama saat dia
melakukan ibadah wajib lima kali sehari itu. Amin tidak akan melewati di
depannya, atau membuat bising saat dia solat. Dari situ dia tahu, yang Amin
bukanlah jahat sepenuhnya. Cuma, mungkin belum dikurniakan hidayat untuk dia
berubah.
“Kau kena ajar aku solat” beritahu Amin.
Farid tersenyum gembira. Dia mengangguk
bersetuju. Dalam hatinya mengucapkan syukur atas perubahan baik Amin.
“Kau mandi dulu, kemudian tidur. Esok
pagi-pagi aku kejut kau solat Subuh. Kita solat sama-sama di masjid” beritahu
Farid. Perlahan-lahan Amin mengangguk faham. Dia mencapai tualanya dan menuju
ke bilik air untuk mandi. Tanpa disangka, air matanya menitis laju, dibawa oleh
air yang mencurah-curah ke wajah dan badannya. Badannya terhinjut-hinjut
menahan sedu, ditambah lagi dengan kedinginan malam ini. Amin menyucikan diri
seadanya. Dia kembali ke biliknya dan mengenakan pakaian. Dia merebahkan diri
di katilnya. Lenanya datang bertamu. Sebelum tidur, Amin memasang niat untuk
bangun awal pagi esok untuk mengikut Farid ke masjid untuk solat Subuh
bersama-sama.
Bab 38
“Calllah. Tak kalah kalau kau mengalah”
pujuk Aiza. Dia tahu Balkish ego untuk menghubungi Amin dahulu tapi semakin
diikutkan rasa hati, semakin jauh hubungan mereka suami isteri. Banyak kali
sudah Aiza memujuk dalam lembut kali ini, dia memaksa Balkish. Dia juga bosan
melayan keluhan-keluhan Balkish yang setiap hari sama saja, “Kenapa Amin tidak
menelefon?” “Boleh ke kalau aku menelefon dulu?” soalan-soalan itu sudah
seringkali menerjah pendengaran Aiza. Semakin-hari semakin jemu dia memberikan
jawapan kepada pertanyaan Balkish itu. Kali ini, dia memaksa Balkish untuk
menghubungi suaminya itu.
Panggilan berdering. Tidak lama setelah
itu kedengaran suara Amin di hujung talian. Balkish memberi salam.
“Awak sibuk tak esok?’ soal Balkish.
…………
..
Langkah kaki Amin terhenti saat dia
menerima panggilan yang tak terduga itu, sudah lama dia tidak mendengar suara
Balkish.
“Farid, kau pergilah dulu, sekejap lagi
aku menyusul” beritahu Amin kepada Farid, teman sebiliknya. Setelah selesai
solat di Isyak berjemaah di masjid. Mereka berdua berjalan kaki untuk pulang ke
hostel mereka.
Farid mengangguk dan berkata, “Aku
tunggu kau kat bilik”.
Amin mengangguk.
“Awak sihat?” soal Amin. Dia mengajukan
pertanyaan tanpa menjawab pertanyaan Balkish.
Sejuk hatinya mendengar suara Amin
walaupun melalui telefon. Suara lelaki itu menggetarkan kalbunya. Serta-merta
egonya luntur, rindunya yang menggunung buat Amin meletup ibarat gunung berapi.
“Sihat” jawab Balkish sepatah.
“Baby sihat?” soal Amin lagi.
Balkish mengusap-usap kandungannya.
“Sihat, awak?”
“Sihat”
Balkish diam.
“Ada apa esok?’ soal Amin lagi.
“Check up pregnancy saya. Kalau awak tak
sibuk, boleh awak temankan saya esok?” soal Balkish pula.
“Boleh. Lepas check up kita balik rumah
mama” beritahu Amin.
Balkish bersetuju. Sudah lama juga dia
tidak bertemu dengan mertuanya itu. Dan sudah hampir sebulan sejak kejadian di
dewan usang itu, dia tidak menghubungi Amin dan begitu juga Amin. Kini
kandungannya sudah hampir lima bulan dan mula menampakkan perutnya yang semakin
membesar. Mama seringkali menelefon memintanya untuk pulang ke rumah kalau ada
kesempatan, namun Balkish sibuk. Ditambah pula dengan kedinginan hubungannya
dengan Amin, dia jadi tawar hati untuk ke rumah mama. Kerja dan tugasan yang
bertimbun membuatkan Balkish melupakan rindunya buat keluarga, yang diamampu
lakukan adalah berdoa untuk kesejahteraan ibu, ayah, papa, mama dan adik-adik.
Dia tidak lupa untuk memanjatkan doa buat Amin, agar suatu masa Amin berubah ke
jalan yang lebih baik, jalan yang diredhai Allah.
…………
..
Panggilan dimatikan. Aiza tersengih
seribu makna melihat ke arah Balkish. Balkish turut tersenyum bahagia apabila
mendengar suara Amin.
“So, macamana? Tak susahkan nak call
suami kau?” sindir Aiza.
Balkish tersenyum lagi.
“Esok dia temankan aku pergi check up”
beritahu Balkish.
Aiza mencubit lengan Balkish. “Senyum
sampai ke telinga. Obvious gila kau suka laki kau tu” seloroh Aiza.
Balkish ketawa besar. Obvious ke? Dia
menyentuh wajahnya, hangat. Mungkin sudah merah-merah wajahnya menahan malu
dengan seloroh Aiza itu.
Aku suka Amin? Mungkin suka, dari dulu
lagi aku suka Amin. Sejak aku pertama kali mengenal cinta, selama itulah aku
menyukai Amin. Tetapi entah kenapa berat hatiku untuk memaafkan perbuataannya
ke atasku dulu. Amin terlalu kejam memperlakukan aku seperti itu. Pada saat
kejadian itu, aku baru berusia 18 tahun, sebelum itu, aku belum pernah disentuh
oleh mana-mana lelaki pun. Saat aku mengenali Amin, aku mula kenal erti rindu
dan sayang, tetapi Amin merampas semua kenangan indah itu dan diganti dengan
pengalaman yang paling kejam dalam sejarah hidupku. Aku tak mungkin memaafkan
lelaki itu, sampai bila-bila walaupun lelaki itu telah menjadi suamiku sendiri.
Entah bagaiman pengakhiran kisah rumah tangga kami.
…………
Fahim tersenyum sekadar mengambil hati.
Dia tidak tahu bagaimana mahu menyampaikan permintaannya kepada ibu dan ayah.
Tetapi dia benar-benar memerlukan wang sekarang ini. Acara lawatan sekolah itu
akan bermula dua minggu depan dan wang harus dikumpul akhir minggu ini,
sedangkan dia belum lagi memberitahu kedua orangtuanya tentang wang yang harus
dibayar itu.
“Kenapa kau belum bayar lagi?’ soal
Tauhid, teman baiknya. Bahu Fahim ditepuk. Sekali lagi Fahim tersenyum.
“Kalau awak nak, saya bayarkan dulu”
sambung Puteri yang sejak dari tadi hanya memandang wajah Fahim.
“Nantilah saya bayar” balas Fahim. Dia
sudah segan menerima bantuan daripada kawan-kawannya itu. Kalau boleh dia tidak
mahu terhutang budi lagi dengan Tauhid atau Puteri. Mereka sudah banyak
membantunya selama ini.
Tauhid dan Puteri berbeza dengannya, mereka
berdua berasal dari keluarga berada. Wang bukanlah satu perkara besar buat
mereka. walaupun mendapat biasiswa tapi mereka tetap menerima wang perbelanjaan
daripada keluarga mereka. Berbeza dengan Fahim, dia hanya bergantung sepenuhnya
dengan wang biasiswa dan jarang menyusahkan kedua orangtuanya dengan
perbelanjaan seharian. Cuma kalau ada acara ataau kelengkapan sekolah yang
harus dibeli, biasanya Fahim terpaksa juga terpaksa meminta daripada ayah dan
ibu.
Fahim berlalu pergi dari sisi Tauhid dan
Puteri. Puteri hanya mampu melihat kawan baiknya itu berlalu pergi. Dia
berharap sekali agar lelaki itu dapat mengikuti program sambil belajar bersama
teman-teman sekelas mereka yang lain. Walaupun Fahim lebih banyak berdiam diri
tapi Fahim mempunyai hati yang baik. Kalau ada kawan-kawan mereka yang meminta
tolong dialah orang pertama yang akan membantu dan Puteri senang sekali dapat
berteman rapat dengannya. Dengan Fahim dan Tauhid di sisinya, dia berasa
selamat.
Dia duduk di kerusi kosong dekat dengan
pondok telefon. Hatinya berbelah bagi mahu menghubungi ayah atau ibu. Takutnya
dia menyusahkan kedua orang tuanya dengan permintaannya kali ini. Tetapi dia
berharap sekali untuk mengikut lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Destinasi kali ini adalah di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Dia
sudah melepaskan peluangnya untuk mengikuti program lawatan sambil belajar pada
hujung tahun lepas tetapi kali ini, besar harapannya untuk ikut serta
memandangkan ini merupakan tahun terakhir dia dapat menghabiskan masa bersama
kawan-kawannya. Tetapi andainya permintaan itu menyusahkan ayah atau ibu, lebih
baik dipendamkan sahaja. Lagipun banyak lagi peluang lain yang bakal datang
buat dirinya. Fahim berdiri, dia mahu meninggalkan tempat itu tetapi langkah kakinya
terhenti. Dia akhirnya menapak menghampiri pondok telefon. Gagang telefon
diangkat dan dia menekan nombor telefon ibu. Salam diucapkan sebelum Fahim
memperkenalkan dirinya.
“Apa khabar anak ibu?” soal Aminah
gembira apabila mendengar suara anak lelakinya itu.
“Baik. Ibu dan ayah sihat?” soal Fahim.
“Sihat”
“Belajar macamana?” soal Aminah lagi.
“Okey. Ibu Fahim ada sesuatu nak Tanya
ibu” kata Fahim. Dia menghela nafas panjang sebelum menyambung kata-katanya.
“Sekolah ada anjurkan lawatan sambil
belajar. Kalau boleh Fahim nak ikut ibu” Fahim kemudiannya terdiam. Dia tahu
menyampaikan hasrat dan keinginannya itu cuma menambah beban kepada ibunya
tetapi dia berharap sangat agar ibu berkemampuan untuk menunaikan hasrat
hatinya itu.
“Berapa Fahim nak? Nanti ibu sampaikan
ke ayah ya” pujuk Aminah setelah lama dia berdiam diri. Seboleh-bolehnya dia
tidak mahu mengecewakan hati anak lelakinya itu. Fahim bersekolah di sekolah
berasrama penuh. Perbelanjaannya lebih banyak berbanding adik-beradiknya yang
lain tapi Aminah dan Tahir berusaha sehabis daya mereka untuk membuatkan anak
lelaki mereka itu berasa selesa bersekolah di sana. Dia seboleh-bolehnya tidak
mahu Fahim tidak terasa terpinggir dari kawan-kawan sekelasnya.
“Ibu, Fahim nak sangat ikut kali ini
ibu. Kalau boleh…. Tapi kalau tak boleh tak apalah ibu, mungkin ada lain kali
lagi” beritahu Fahim. Dia berasa bersalah membebankan ibunya.
“Nanti ibu tanya ayah ya. Ibu masukkan
duit ke akaun Fahim nanti. Bila cikgu nak duit tu?” beritahu Aminah.
“Cikgu kata sampai minggu depan boleh
bayar lagi”
Fahim meletakkan gagang telefon setelah
mengucapkan terima kasih. Hatinya gembira setelah mendengar kata-kata ibu
tetapi bibirnya tidak mampu tersenyum apabila memikirkan yang ayah terpaksa
bekerja lebih kuat untuk mendapatkan wang yang diperlukannya.
“Fahim”
Fahim berpaling ke arah temannya. Gadis
itu berjalan ke arahnya. “Awak dah call parent awak?” soal Puteri. Fahim
mengangguk.
“Awak ikut tak?” soal Puteri lagi.
Fahim mengangguk laju. Serta merta wajah
Puteri yang muram sejak tadi berseri-seri mengukirkan satu senyuman di
bibirnya. Fahim turut tersenyum melihat wajah gadis itu.
Bab 39
Kereta yang dipandu masuk ke perkarangan
rumah banglo itu diparkir di samping kereta milik Aman. Balkish dan Amin
kemudiannya keluar dari kereta.
“Kenapa pula Aman ni ada dekat rumah?”
Tanya Amin sendirian. Biasanya, adiknya itu jarang balik ke rumah tapi ribut
tak ada, hujan tak ada, tup-tup balik rumah hari ni.
“Hah abang, lambat sampai!” tegur Aman
yang sedang berdiri di pintu masuk. Amin dan Balkish berkalih ke arahnya. Amin
hanya senyum dan berjalan ke arah bonet belakang kereta untuk mengambil beg
pakaian. Balkish menunggu Amin. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah.
“Kau buat apa sini?’ soal Amin sengaja
mahu berseloroh dengan Aman. Mereka bertiga duduk di sofa.
Aman ketwawa mendengar selorohan yang
dirasakan juga sebagai sindiran daripada abangnya itu.
“Mama suruh balik. Dah lama Aman tak
balik katanya” beritahu Aman.
“Kak sihat?’ soal Aman kepada Balkish
yang duduk bertentangan dengannya. Di depan Amin dia membiasakan kakak kepada
Balkish tapi belakang Amin, dia hanya memanggil panggilan biasa. Balkish jauh
lebih muda daripadanya. Dia juga agak kekok membiasakan panggilan kakak buat
Balkish.
Balkish mengangguk dan tersenyum. Amin
menjeling, dengan orang lain, cepat sahaja gadis itu memberikan senyumannya
tetapi untuk dia, nak menggerakkan bibir untuk berbicara pun susah. Ada rasa
cemburu di hati Amin.
“Balkish awak naiklah rehat” arah Amin.
“Tak apalah. Saya tunggu mama dulu”
beritahu Amin. Dia menunggu untuk bertemu dengan mamanya dahulu sebelum dia
naik ke biliknya.
“Mama ada kat atas kak” beritahu Aman.
“Kalau macam tu, Balkish naik dululah,
nak jumpa mama sekejap” Balkish meminta diri. Dia mendaki anak tangga perlahan-lahan.
Barang-barangnya ditinggalkan di dalam kamar. Tidak lama setelah itu dia
mencari ibu mertuanya. Balkish masuk ke dalam kamar Datin Hasmah setelah
mengetuk daun pintu berkali-kali. Balkish melangkah masuk, dilihat Datin Hasmah
sedang terbaring di katilnya. Balkish mengejutkannya dengan lembut. Takut pula
ibu mertuanya terbangun terkejut.
“Balkish bila sampai?” soal Datin Hasmah
sambil menggosokkan matanya.
“Baru sampai ma. Aman pun ada kat bawah”
beritahu Balkish.
“Mama tak sihat ke?” soal Balkish risau.
Dia menyentuh dahi Datin Hasmah dengan belakang tangannya. Tidak panas.
“Mama penat sedikit saja” beritahu Datin
Hasmah. Dia akhinrya turun dari tempat tidurnya.
“Ma nak ke mana ni?” soal Balkish risau.
“Mama tidurlah, nanti Balkish buat. Mama
nak Balkish tolong apa?” soal Balkish.
“Tak apalah Balkish. Mama boleh buat.
Balkish tu yang kena banyak berehat” beritahu Datin Hasmah lagi.
“Hari ni mama rehat, ya. Biar Balkish
tolong mama” pujuk Balkish lembut. Risau dia melihat tubuh Datin Hasmah yang tidak
bermaya begitu.
Datin Hasmah terpaksa mengalah, tubuhnya
terasa berat sekali untuk bangun, entah kenapa hari ini, badannya berasa tidak
enak. Berat hatinya mahu menyusahkan Balkish terutama di saat menantunya itu
sedang hamil.
“Balkish, suruh Amin beli makanan dekat
luar saja malam ni” beritahu Datin Hasmah.
“Tak apalah mama, biar Balkish masak
saja malam ni. Mama jangan risau” pujuk Balkish. Datin Hasmah dipujuk untuk
berehat. Balkish meninggalkan Datin Hasmah sendirian di kamarnya, membiarkan
mamanya berehat sepuas hati. Balkish mengambil persiapan mandi dan masuk ke
bilik air untuk membersihkan diri. Sebelum keluar, dia memastikan dirinya sudah
lengkap berpakaian. Takut apabila keluar nanti, Amin sudah ada di kamar.
Setelah selesai solat Maghrib, Balkish
melipat tikar sejadah dan mengenakan tudung di kepalanya. Dia kemudiannya turun
ke tingkat bawah untuk menyediakan juadah makan malam.
“Mama mana awak?” soal Amin kepada
Balkish.
“Mama tak sihat. Awak naiklah tengok
mama” suruh Balkish.
“Tak sihat? Demam?” soal Amin risau.
“Tak juga. Penat sedikit katanya”
beritahu Balkish. Amin dan Aman meninggalkannya untuk naik ke tingkat atas
untuk melihat keadaan mama mereka. Balkish hanya memerhatikan. Dia ke dapur dan
mengeluarkan sayur-sayuran dan lauk-pauk yang akan dimasak. Tidak lama
kemudian, terdengar suara papa memberi salam. Balkish keluar untuk bertemu
dengan ayah mertuanya itu.
“Mama mana?’ soal Dato’ Sahar. Bisanya
isterinya itu akan berada di tingkat bawah untuk menjemputnya masuk.
“Mama tak sihat, ada dekat atas, pa”
beritahu Balkish. Dato’ sahar duduk di sofa.
“Papa nak air?” soal Balkish.
Dato’ Sahar mengangguk. Balkish masuk ke
dapur dan mengambil segelas air masak kemudian dibawakan kepada Dato’ Sahar.
Ayah mertuanya itu minum perlahan-lahan.
“Amin dengan Aman tu balik?’ soal Dato’
sahar.
“Ada dekat atas, pa” beritahu Balkish.
“Mama tu sejak kebelakangan ni memang
macam tu, sakit tak menentu. Dah bawa pergi klinik tapi macam itulah, sekejap
baik, sekejap sakit” beritahu Dato’ Sahar. Balkish mengangguk. Kasihan pula
mengingatkan mama yang sendirian di rumah kalau papa pergi kerja. Dia pula
jarang pulang sejak kebelakangan ini. Amin? Entahlah, sejak beberapa bulan ini
dia jarang berhubungan dengan Amin. Baru hari ini mereka berdua berhubung setelah
sekian lama mendiamkan diri.
“Papa naik dululah. Balkish tak payahlah
susah-susah. Nanti papa suruh Aman pergi beli makanan dekat luar”
“Tak payahlah pa, biar Balkish masak.
Lagipun Balkish ingat nak masak sup untuk mama” jelas Balkish. Dato’ Sahar mengangguk.
Dia kemudiannya berlalu, mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Balkish
menyambung kerjanya. Dia memasak sup ayam khas untuk mama. Ikan bawal mahu di
masak merah dan ayam mahu digoreng sahaja, sementara sayur lobak merah, kobis
dan bunga kobis mahu dimasak goreng paprika sahaja.
Papa menghalau Amin dan Aman keluar dari
biliknya. Amin kerluar dan berjalan ke biliknya. Dia duduk di birai katil dan
memandang ke bumbung rumahnya. Telefon bimbit Balkish berdering. Amin melihat
nama si pemanggil yang tertera di skrin telefon. Panggilan itu diangkat.
“Hello ibu” sapa Amin.
“Amin?”
“Amin ni, ibu”
“Balkish ada? Ibu ada benda nak cakap
dengan Balkish” balas Aminah.
“Ada apa ibu, Balkish kat bawah. Kalau
ada apa-apa ibu cakaplah dekat Amin”
“Nanti Amin suruh Balkish telefon ibu
ya, ada benda ibu nak tanya”
“Kenapa ibu, ibu macam risau”
“Adik Balkish yang dekat sekolah sains
tu minta duit, ibu nak tanya kalau Balkish masih ada duit simpanan lagi ke?
Boleh ibu pinjam dulu untuk Fahim. Nanti kalau ayah dapat upah, ibu bayar
balik” beritahu Aminah.
“Berapa ibu nak?” soal Amin.
“Tak apalah, Amin. Nanti ibu cakap
sendiri dengan Balkish. Amin tolong sampaikan ke Balkish, suruh dia telefon ibu
balik”
“Ibu, berapa duit Fahim perlukan?”
Aminah memberitahu kepada Amin.
“Nanti esok Amin masukkan ke akaun ibu.
Nanti kalau ada apa-apa lagi, ibu tak payahlah minta dari Balkish. Minta dengan
Amin terus. Amin akan tolong yang termampu Amin” beritahu Amin.
Aminah diam. malu terhadap menantunya
sendiri.
“Ibu, adik Balkish, adik Amin juga.
Kalau ada apa-apa, lain kali ibu bagitahu Amin. Balkish kadang-kadang dia sibuk
dengan homework dia, ibu tahulah dia macamana” pujuk Amin.
“Terima kasih Amin. Terima kasih banyak.
Ibu terhutang budi, kami terhutang budi dengan Amin”
“Amin tolong yang termampu saja ibu.
Lagipun, tak banyak mana pun duit yang Fahim nak tu”
“Tapi boleh tak ibu jangan bagitahu
Balkish?” sambung Amin.
“Kenapa?”
“Nanti Balkish fikir macam-macam. Malas
Amin nak bersoal-jawab dengan anak ibu tu” keluh Amin. Dia membayangkan
soalan-soalan dan tekaan yang mungkin diajukan kepadanya. Malas dia mahu
bertengkar dengan Balkish gara-gara itu.
Panggilan dimatikan. Amin meletakkan
kembali telefon bimbit Balkish ke tempat asal. Dia kemudiannya masuk ke bilik
air dan membersihkan diri. Selepas mengenakan pakaian, dia turun ke tingkat
bawah untuk menemani Balkish.
Amin menyapa isterinya. Balkish sekadar
tersenyum kelat. Tangannya lincah memotong lobak merah di papan hiris.
“Awak langsung tak call abang beberapa
bulan ni” sengaja Amin mengutarakan masalah itu.
Balkish diam.
“Sibuk sangat ke?” sindir Amin.
“Awak pun tak call saya” balas Balkish.
“Abang tunggu awak call”
“Kalau tunggu saya memang lambatlah.
Lain kali, sebelum awak tunggu saya call, better awak call saya, saya pun tak
adalah tertunggu-tunggu. Nak harapkan saya call awak memang lamalah” balas
Balkish.
“Jadi, memang awak tunggu abang call
lah?”
Balkish terdiam. Dia terkena dengan
kata-katanya sendiri.
“Fakrul tu dah tak cari awak lagi kan?”
soal Amin.
Balkish menggeleng.
“Abang tak nak Balkish berkawan dengan
dia lagi. Kalau abang tahu Balkish contact dengan dia lagi, siap awak” ugut
Amin. Balkish melihat ke arah Amin yang berdiri di sampingnya. Wajah lelaki itu
serius. Tiada tanda-tanda dia bergurau tentang ancaman itu.
Balkish kembali menyambung kerjanya.
Sebentar kemudian terasa tangan Amin mengusap pipinya. Balkish terkejut, tetapi
dia membiarkan sahaja.
“Abang rindu awak” ucap Amin. Dengan
tiba-tiba lengan sasa Amin melingkari pinggang Balkish. Balkish terkejut tetapi
dia hanya berdiam diri. Jantungnya berdegup kencang, dadanya berombak laju.
Matanya hanya menatap ke depan.
“Rindu awak” pelukan Amin terasa lebih
erat di pinggangya, malah tubuh Amin terasa lebih dekat ke tubuhnya sehingga
detak jantung lelaki itu terasa dan terdengar di telinganya. Balkish masih lagi
terdiam. Anehnya, jantung yang tadinya berdegup kencang kini mula tenang.
Dadanya yang berombak kencang kini mula tenteram. Dia berasa aman di dalam
pelukan Amin, rasa selamat di sisi lelaki itu.
“Balkish, masak apa hari ni?” soal Aman
seraya melangkah masuk ke dapur.
Amin segera melepaskan pelukannya.
Balkish berpura-pura sibuk memotong sayur. Aman memandang pasangan suami isteri
itu dengan pandangan kosong. Lama-lama senyuman nakal terukir di bibirnya.
“Haaa. Kau orang berdua ni…”
Belum sempat Aman menghabiskan
katanya-katanya, Amin segera menekup mulut adiknya itu.
“Syyh, mama tidur, nanti terbangun pula”
tegur Amin. Yang dirisaukannya adalah, jika kata-kata itu didengari oleh mama
atau papa.
Aman melepaskan dirinya dari Amin.
“Kenapa kau panggil Balkish macam tu?”
soal Amin tiba-tiba.
“Macamana?” soal Aman pelik.
“Kenapa tak panggil dia kakak?” soal
Amin lagi.
“Oh, pasal tu”
Sebelum sempat Amin memukulnya, dia
segera menyelamatkan diri dari abangnya. Amin mengejar Aman sampai ke ruang tamu. kedengaran ketawa
mereka berdua sampai ke dapur. Balkish tersenyum mengenangkan kerenah dua
beradik itu.
…………
.
Amin memanggil mamanya untuk turun ke
tingkat bawah. Dia memimpin tanganDatin Hasmah yang agak lemah itu. Dato’ Sahar
memimpin tangan Datin Hasmah yang satu lagi. mereka bertiga beriringan menuruni
anak tangga. Balkish mempersiapkan makan malam mereka dan menyusun pinggan
untuk mereka sekeluarga. Aman turut membantu Balkish. Dia melihat ke arah Amin
yang sedang turun. Sekali dipandang, hatinya terus meminta untuk melihat wajah
suaminya itu sekali lagi. Kali ini pandangannya lama melekat di wajah tampan
milik Amin. Sejak kehamilan ini, Amin sering dirindui, sedangkan dia membenci
Amin sejak awal perkahwinan mereka lagi. Kata ibu, perubahan sikap dan emosinya
ini mungkin kerana terbawa-bawa oleh kehamilannya. Anak mereka yang
dikandungnya selama hampir enam bulan ini pasti merindui papanya, maka sebab
itulah Balkish turut berasa terubat rindunya saat melihat wajah Amin.
Mungkinkah perasaan saying yang kurasa buat Amin akan hilang setelah kelahiran
bayi ini nanti? Fikir Balkish.
‘Baik pula mamat playboy ni melayan
mama’ fikir hati kecil Balkish saat melihat layanan Amin terhadap Datin Hasmah
terutama saat Datin Hasmah sedang sakit seperti sekarang. Memang di luar
jangkaan yang Amin sangat menjaga mamanya. Perbuatannya sangat menyejukkan
hati. Tak sangak baik juga Amin ni!
‘Dia playboy, mestilah dia tahu melayan
mama dan semua perempuan. He got his own way with woman’ kata-kata itu lahir
dari akal waras Balkish.
“Duduklah mama” jemput Balkish. Dia
menghidangkan nasi buat mamanya. Sup yang dimasak dituangkan ke dalam mangkuk
di depan mama.
“Balkish masak apa?” soal Datin Hasmah
berbasa-basi.
“Masak sup untuk mama. Mama kena makan
banyak sedikit malam ni” pujuk Balkish. Datin Hasmah mengangguk. Amin menarik
kerusi di samping mamanya. Balkish turut menghidangkan nasi buat suaminya, dan
Dato’ Sahar.
“Biar Aman ambil sendiri” beritahu Aman
sambil tersenyum saat Balkish juga mahu menghidangkan nasi buatnya. Balkish
duduk di samping Amin.
“Awak pun kena makan banyak sedikit”
tegur Amin saat Balkish melihat ke
arahnya.
Setelah selesai makan, Amin menyuruh
Balkish berehat sahaja kerana isterinya itu dilihat agak penat. Sejak dari
pulang tadi, Balkish belum sempat berehat. Sudahlah satu hari ini dia ikut
kelas di kampus. Amin menawarkan diri untuk mengemaskan meja makan dan pinggan
mangkuk.
Balkish naik ke tingkat atas dan dia
tidak terus masuk ke biliknya. Balkish singgah di bilik Datin Hasmah untuk
melihat keadaan ibu mertuanya itu. Pintu bilik di ketuk terlebih dahulu sebelum
Balkish meminta izin untuk masuk. Dato’ Sahar duduk di ruang tamu di bawah
setelah menghantar Datin Hasmah untuk berehat di kamar. Segaris senyuman terukir
di bibir saat melihat wajah Balkish muncul di pintu. Datin Hasmah menyuruh
Balkish masuk.
“Mama dah makan ubat?” soal Balkish.
Datin Hasmah menggeleng. Balkish
mengambil ubat dari atas meja dan membantu Datin Hasmah untuk minum obatnya.
Tubuh Datin Hasmah kembali berbaring di katil. Balkish memicit betis ibu
mertuanya itu. Dia sering memicit betis ibu kalau ibu lenguh atau sakit, dan
dia melakukan yang sama ke atas Datin Hasmah.
“Susahkan Balkish saja” kata Datin
Hasmah. Matanya sudah mahu terlelap. Penatnya bukan main, badannya terasa
lemah.
“Tak adalah mama. Bukannya selalu
Balkish balik” balas Balkish.
“Balkish dengan Amin macamana?” soal
Datin Hasmah.
“Amin baik saja mama. Mama jangan risau”
sambung Balkish.
“Amin tu nakal sedikit nak dibandingkan
dengan Aman tetapi dia sebenarnya lebih penyayang dari Aman” beritahu Datin
Hasmah.
Balkish diam sahaja.
“Mama harap, kamu berdua kekal sampai
bila-bila” sambung Datin Hasmah.
Balkish melepaskan pegangannya. Datin
Hasmah dilihat sudahpun terlelap. Balkish bangun dan menyelimuti tubuh ibu
mertuanya itu dan kemudian dia keluar dari bilik itu.
Selesai sahaja dia mencuci wajahnya,
Balkish terus membaringkan tubuhnya ke katil. Matanya serta-merta terlelap saat
tilam empuk itu mengalasi tidurnya.
…………
..
Amin masuk ke kamarnya setelah puas berbual dengan papa dan
Aman sejak dari selesai makan malam. Sudah agak lama dia tidak bertemu dengan
Aman, banyak pula cerita yang diutarakan di antara mereka bertiga. Aman
merupakan pelajar perubatan di UIA, dia sudah berada di tahun ketiga dan tidak
lama lagi dia akan melanjutkan program sarjana di hospital.
Amin membuka lampu kamar dan melihat
Balkish sudahpun terlena di katil. Dia masuk ke dalam bilik air untuk
membersihkan wajahnya. Jarang sekali dia tidur tanpa mencuci wajahnya terlebih
dahulu. Kemudian Amin keluar untuk tidur.
Dia sudah tidak tidur di beranda lagi,
Balkish sudahpun membenarkan dia untuk tidur di sofa di kamar mereka itu. Amin
melihat ke arah Balkish. Gadis itu sudah agak berisi sekarang ini, kandungannya
juga sudah besar dan mula kelihatan. Pakaian-pakaian Balkish sudah kelihatan
tidak muat dengan ukuran tubuh Balkish sekarang. Apabila terfikirkan itu, Amin
mula menyedari yang dia belum pernah membeli pakaian mengandung untuk Balkish.
Barang-barang keperluan anak mereka juga belum dibeli.
‘Betapa aku lalai menjalankan tugas aku
sebagai suami Balkish!’ Amin mula menyalahkan diri sendiri kerana tidak pernah
membuatkan gadis itu bahagia di sisinya. Balkish terabai dan tidak diperlakukan
dengan baik.
‘Balkish masih lagi terseksa dan terluka
sejak mereka berkahwin. Aku juga gagal melindunginya dari Fakrul’ kesal Amin
lagi.
Amin menghampiri Balkish. Wajah gadis
itu yang sudah berisi di tenung lama-lama. Wajah itu masih ayu seperti dulu
namun tetap tidak seceria saat pertemuan pertama mereka. Wajah itu juga sering
dirindui sejak kebelakangan ini. Semakin hari, semakin dia menyanyangi Balkish.
Entah kenapa hatinya bagaikan terikat dengan Balkish dan dengan perkahwinan
mereka. Sedangkan pada awal pertemuan mereka dulu, dia menyukai kecantikan
paras rupa Balkish dan hanya menganggap Balkish seperi gadis-gadis lain yang
didampinginya. Yang bertakhta di hati waktu itu hanyalah Tina. Perkahwinan
mereka juga didasarkan atas rasa tanggungjawab atas perbuatan jahatnya kepada
Balkish tetapi siapa sangka, rasa itu telah bercambah menjadi sayang. Dan
sekarang ini, gadis itulah segala-galanya, dia sudah tidak mampu menyayangi
gadis lain. Cuma satu yang tidak dapat dilakukan biarpun Balkish merayu
kepadanya, berubah. Dia tahu Balkish mahukan seorang suami yang beriman macam
pak Ustaz, kawan-kawan sekampus dengannya tetapi dia tidak mampu.
Tubuh Balkish yang mengkerikuk itu
dihampiri. Mahu sahaja dia menghangatkan gadis itu dengan hangat tubuh dan
kasih sayangnya tetapi Balkish mungkin tidak suka. Tidak mahu dia melakukan
sesuatu yang tidak disukai gadis itu walaupun sebenarnya dia tidak akan pernah
melepaskan peluang andainya peluang itu muncul, tetapi bukan sekarang. Dia
sudah lama tidak menyentuh mana-mana gadis selama perkahwinan mereka. Dan untuk
pengetahuan Balkish, perkara itu bukan mudah baginya terutama pada lelaki yang
pada usia reproductive stage dan yang paling penting dia tidak pernah merasa
berdosa dengan meniduri semua gadis yang dekat dengannya. Namun, setelah berkahwin
dengan Balkish, dia sudah tidak ‘ berselera’ dengan mana-mana gadis kecuali
Balkish seorang. Tetapi Balkish tidak pula menginginkannya sepertimana dia
menginginkan Balkish. Jadi ditahan sahaja kemahuan yang selalu bergelora itu.
Balkish berbeza dengan gadis-gadis yang
dikenalinya dulu. Gadis itu terlalu baik dan dia pula terlalu kejam
memperlakukan Balkish seperti apa yang dilakukannya dulu. Untuk mengulangi
perbuatan terkutuk itu, dia tidak sanggup, apatah lagi setelah dia mula
menyayangi dan menyintainya.
Mahu sahaja dia memeluk tubuh Balkish
yang kedinginan itu dan menghadiahkan Balkish satu pengalaman yang lebih indah
dari kejadian dulu. Kali ini, dia mahu berlemah lembut, memanjai Balkish dan
memperlakukan Balkish dengan baik. Tetapi dia tahu Balkish masih belum lagi
memaafkannya. Dia mahu Balkish turut menerimanya dengan rela. Ditahan sahaja
keinginannya itu malam ini. Dahi Balkish dikucup dengan hati-hati, bimbang
sekiranya Balkish tersedar dek kerana perbuatannya itu.
Amin berlalu meninggalkan Balkish
setelah menarik gebar menyelimuti sebahagian besar tubuh gadis itu. Dia
kemudiannya berbaring di sofa yang menjadi ‘katil’nya. Amin cuba untuk tidur
sambil matanya menatap wajah sang isteri. Lama-lama, dia akhirnya terlena.
yeay dh ada entry baru!
ReplyDeletetq akak novelis...
Dah ade entry baru..
ReplyDeleteyeayy , dh lama tunggu . thankss akak
ReplyDeleteSambung lg
ReplyDeleteYeayyy dh ada Amin N Balkish in da house...
ReplyDeletethanks sis luvly (^_^) masing2 dh ada rasa tp ego
sambung kak...dah lama tunggu cite nie ^^
ReplyDeleteBEST 3X.
ReplyDeleteSuka sgt sgt cerita nie...
ReplyDeleteSalam cik Sulis. Harap2 dapat sambungan cerita ni.. best sgt.. tertunggu2..
ReplyDeleteHarap dapat sambungannya tak lamà lagi...
ReplyDeletesambung kak^^
ReplyDelete