Bab 40
Balkish mengusap-usap perutnya yang
sudah membuncit. Terasa tendangan kuat di dalam kandungannya membuatkan Balkish
berhenti menulis.
“Sayang, mama ada kerja sedikit, sayang
kenapa?” Balkish berbicara dengan anak yang dikandungnya. Sejak akhir-akhir
ini, anaknya banyak sekali melakukan free
kick di dalam. Besar nanti nak jadi pemain bola sepak ke? Ke nak jadi cikgu
tae-kwan-do? Itupun kalau anak mama
ni lelaki kan? Kalau anak mama ni perempuan, mama tak benarkan.
Dia dan Amin sepakat tidak mahu
memeriksa jenis kelamin anak mereka, biarlah mereka mengetahuinya setelah anak
ini lahir.
“Awak kenapa?” soal Muaz apabila melihat
perubahan wajah Balkish yang seperti menahan kesakitan,
“Nothing” balas Balkish.
“Jadi ke balik minggu ni? Soal Aiza
pula.
“Jadi. Nanti Amin datang jemput” balas
Balkish. dia mahu pulang ke rumahnya hujung minggu ini. Sudah sebulan dia tidak
pulang ke rumah mama mahupun rumah ibu. Dia seringkali dibebani dengan
tugasan-tugasan yang memerlukan perhatiannya. Amin pula berbeza dengannya.
Lelaki itu kelihatan terlalu banyak masa terluang, sekejap-sekejap muncul di
depan mata tanpa sebarang notis pemberitahuan. Balkish tidak membenci
kejutan-kejutan kecil seperti itu tetapi dia merisaukan pembelajaran Amin.
Suaminya itu terlihat seperti tidak memikirkan sangat tentang pelajarannya.
Kalau kena pada tempatnya, pernah juga Balkish menegur tapi Amin seperti biasa
hanya mengangguk dan membahaskan tentang perbezaan pendapat mereka tentang
konsep belajar.
Kadang-kadang Balkish cemburu dengan
kesantaian Amin dalam menangani kuliahnya tetapi dia tidak boleh mencontohi
sikap lelaki itu, takutnya nanti dia kecundang sedangkan harapan keluarganya
terlalu besar buat dirinya. Dia takut seandainya dia melakukan kesilapan kecil,
dia bakal kecundang dalam dunia kemahasiswaan yang penuh dengan kompetitsi ini.
Keluarganya tidak seperti keluarga Amin.
Mereka bukanlah berasal dari golongan senang. Jadi dia harus berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarganya.
…………
.
Aminah mematikan panggilan telefonnya.
Baru sahaja dia berbicara dengan Amin. Aminan melihat ke arah suaminya, bersiap
sedia untuk ditegur oleh Tahir.
“Amin kata nanti dia masukkan duit,
bang” beritahu Aminah kepada suaminya walaupun suaminya itu tidak bertanya.
“Saya dah penat larang awak. Ikut suka hati
awaklah nak buat macamana” balas Tahir. Banyak kali dia menegah isterinya itu
dari menelefon Amin tetapi Aminah tidak mendengar.
“Abang ni, Amin tu kan dah jadi menantu
kita” balas Aminah pula.
Kali ini Tahir hanya berdiam diri.
Dia tidak berkenan dengan pemberian wang
daripada Amin, tetapi Aminah berbeza pendapat dengannya. Isterinya itu mungkin
takut membebaninya dengan beban perbelanjaan anak-anak mereka memendangkan dia
yang sering-sering sakit. Tahir sebenarnya tidak menyenangi pemberian itu kerana
takutnya mereka akan terhutang budi kepada lelaki itu. Walaupun Amin telahpun
menjadi menantu mereka tetapi dia tetap tidak dapat melupakan perbuatan lelaki
itu terhadap Balkish.
Akan tetapi Amin meminta pula perkara
ini dirahsiakan daripada Balkish, Tahir tidak dapat memikirkan kenapa hal ini
perlu dirahsiakan daripada Balkish kalau lelaki itu berniat tidak baik. Mungkin
dia ikhlas. Fikir Tahir.
Tahir membetulkan duduknya, teh pekat
yang disediakan Aminah diteguk perlahan untuk meredakan hasunya.
“Farah macamana?” soal Tahir kepada
Aminah.
“Saya dah cakap, akhir minggu ni kita
bagi duit yuran dia bang. Dia dah risau sangat tu” balas Aminah. Anak keduanya
itu bakal mengambil ujian terpenting dalam hidupnya iaitu SPM namun yurannya
masih belum dijelaskan.
Tahir berasa sangat bersalah kepada
anaknya itu, Farah tidak kurang sama seperti Balkish. Kedua-duanya banyak
berkorban untuk adik-adik mereka. Namun sejak Balkish berkahwin, Farah banyak
mengambil alih tugas Balkish di rumah. Dia banyak membantu ibunya dan menjaga
adik-adiknya apabila dia dan Aminah keluar mencari rezeki. Dan dengan
kesihatannya sekarang, dia sudah tidak boleh bekerja keras seperti dulu lagi.
Walaupun telah menjalani pembedahan, doktor tetap melarangnya melakukan
kerja-kerja berat seperti selalunya. Aminah pula pergi meletakkan kuih yang
dibuatnya di kedai makan pada waktu pagi sedangkan pada waktu tengahari dia
pergi mengambil upah untuk membersihkan rumah orang. Dia dan isterinya itu
melakukan apa sahaja kerja yang termampu demi untuk menyara keluarga mereka
itu.
Tahir terpaksa mengakui wang yang Amin
berikan banyak membantu dia dan Aminah. Walaupun hatinya dan egonya keberatan
untuk menerima wang itu tetapi dia terpaksa merelakan demi masa depan
anak-anaknya yang lain.
Balkish? Balkish macamana? Bahagiakah
dia dengan lelaki itu? fikir Tahir. Seandainya sesuatu yang buruk terjadi
kepada anak sulungnya itu dia tidak akan memaafkan Amin dan kali ini sekiranya
lelaki itu mencederakan Balkish lagi, dia pasti akan menghukum Amin.
“Abang, masuklah. Saya dah masak tadi”
ajak Aminah. Suaminya itu dilihat termenung panjang.
…………
Panggilan dari ibu mertuanya itu
dimatikan. Amin kembali duduk bersama-sama dengan kawan-kawannya. Firdaus dan
Hisyam melihat ke arah temannya itu.
“Siapa tu?” soal Firdaus tentang
gerangan orang yang menelefon temannya itu, serius gaya Amin berbicara dengan
si pemanggil tadi, membuatkan Firdaus tertanya-tanya.
“Mak mertua aku” balas Amin ringkas.
“Kenapa?” soal Hisyam pula.
“Tak ada apa-apa. Cakap dengan mak
mertua aku” beritahu Amin.
“Serius je” soal Hisyam lagi.
Amin mengangguk. “Hal kecil je” balas
Amin.
“Balkish tahu ke kau selalu contact
dengan family dia?” soal Firdaus pula.
“Tak, aku tak nak dia tahu. Dia tu pelik
sedikit. Kalau dia tahu nanti dia fikir bukan-bukan. Nanti dia ingat aku nak
ambil hati dia pula”
Hisyam dan Firdaus ketawa. “Bukan kau
memang nak ambil hati dia ke?’ soal Hisyam sambil mengetawai Amin. Bukannya dia
tak dapat membaca kawannya itu. Sejak berkahwin dengan Balkish, Amin sudah
banyak berubah dari segala segi kerana Balkish, dan sekarang dia tidak mahu
mengakui yang dia cuba mengambil hati isterinya itu.
“Aku tak nak dia terhutang budi dengan
aku. Aku tolong keluarga dia pun sebab aku ikhlas. Lagipun dari aku habiskan
duit ke benda-benda mengarut, apa salahnya tolong yang aku mampu” sambung Amin
lagi.
“Tak sangka pula kawan aku ni baik”
Hisyam ketawa lagi.
“Aku cuma tak nak Balkish risau. Dia tu
macam tak betul dah aku tengok duk sibuk dengan exam dia. Malam-malam pun tak tidur sebab belajar. Aku ajak
keluar pun tak nak” beritahu Amin. Dalam tidak sedar dia juga turut mengeluh
kerana Balkish tidak menyediakan masa untuknya. Gadis itu sering mengelak
apabila diajak keluar. Katanya sibuk dengan exam dan tugasan-tugasan yang belum
selesai.
“Calon suami mithali tahun ini jatuh
kepada……” suara Hisyam sedikit keras.
Firdaus pula membuat bunyi drum seperti
pada acara penyampaian hadiah untuk pemenang pertandingan vocal.
“Amin!!!” Hisyam menyebut nama Amin
bersama-sama dengan Firdaus, mereka berdua ketawa serentak.
Amin mengambil bukunya, dia
menggulungnya dan kemudian mengetuk kepala Firdaus dan Hisyam. kawan-kawanya
itu terdiam dan menggosok kepala mereka.
“Slowlah sedikit, orang dah
pandang-pandang kau orang” tegur Amin.
Amin melihat ke arah orang ramai yang
melihat ke arah mereka kerana suara ketawa kawan-kawannya yang agak keras
sebentar lagi dan dia terpandang Rina yang juga turut duduk di kafe itu bersama
dengan kawan-kawannya.
Amin senyum kepada gadis itu saat Rina
senyum kepadanya.
“Oi, siapa tu?” soal Hisyam yang pantang
melihat gadis cantik.
“Rina” balas Amin.
“Mana kau kenal dia?’ soal Hisyam lagi.
Tidak berpuas hati dengan jawapan pendek daripada kawannya itu.
“Kau jangan main-main dengan dia. She’s
not your type” ugut Amin. Bukannya dia tidak tahu perangai Hisyam. Kawannya itu
pasti tidak pernah melepaskan kawan-kawan perempuannya selagi dia belum
meniduri mereka, terutama kalau kawan-kawan perempuannya itu cantik, dan Rina
tidak kurang cantiknya. Dia faham perangai Hisyam itu dan dia juga lebih kurang
sama dengan Hisyam dulu. Cuma sejak dia berkahwin ini, Hisyam lebih aktif
berbanding dirinya.
“Kenalkan kat aku. Kau kan dah kahwin”
“She’s not your type. Dia gadis
baik-baik” ulang Amin. Part mana yang Hisyam ni tak faham bila aku cakap she’s
not your type.
“Apa salahnya aku kenal dengan dia. Kau
pun dulu sebelum kenal Balkish sama dengan aku kan? Tapi bila kenal Balkish,
kau dah jadi macam ni. Mana tahu Rina ni ‘Balkish’ aku” sambung Hisyam.
“Banyak lagi gadis lain, Hisyam. Just
let go this one go, okey” sampuk Firdaus setelah lama berdiam diri. Dari tadi
dia hanya memerhatikan dua orang kawannya itu. Dia lebih banyak mendengar
perbualan mereka. Tetapi apabila perbualan antara sahabatnya itu semakin
serius, dia menyampuk dan meredakan ketegangan itu. Dalam hal ini dia
menyebelahi Amin. Dia melihat gadis itu juga seperti gadis baik-baik tidak
seperti gadis yang selalu didampingi oleh Hisyam. Jadi tidak usah mencemari
kain yang bersih dan banyak lagi kain-kain yang dijual di pasaran tetapi bukan
kain yang satu ini. Kain yang satu ini nampaknya sudah dilihat-lihat oleh Amin.
Gadis-gadis yang berkawan dengan Hisyam
pasti akan tunduk dengan pujuk rayunya. Hisyam pandai mengambil hati si gadis.
Mungkin kerana sebab itu juga, Amin sudah member peringatan awal-awal untuk
tidak mendekati Rina. Fikir Firdaus lagi.
“Kau suka dia?” soal Hisyam kepada Amin.
“Dia kawan aku” balas Amin.
“Okey, jawapan tu dah cukup baik untuk
aku” balas Hisyam. Mendengar jawapan itu, Hisyam mengalah kerana dia bukanlah
seorang playboy yang tidak bermaruah. Dia ada motto sendiri, ‘dia tidak akan
mencuri ‘makanan’ kawan’ motto Hisyam menunjukkan yang dia seorang yang setia
kawan.
Bab 41
Amin masuk ke Teenage Hut dengan langkah
yang laju. Pintu dikuak dengan kasar. Gadis-gadis yang dilewatinya ditegur
selamba. Marahnya pada Balkish membuatkan hatinya memberontak. Gadis itu memang
keras kepala.
Malam ini Amin mahu melakukan apa sahaja
yang dia mahu, tanpa memikirkan perasaan Balkish. Sudah lama dia mengalah untuk
gadis itu tetapi Balkish tetap memandanganya sebagai seorang lelaki asing dalam
hidupnya.
Seorang gadis tersenyum manja saat Amin
menyapanya. Amin sempat memegang erat pinggang si gadis dan membisikkan sesuatu
ketelinganya. Gadis itu tersenyum nakal.
“Amin!” Firdaus memanggil temannya itu
saat dia melihat Amin sedang bermesra-mesraan dengan gadis yang tidak
dikenalinya. Firdaus berasa aneh dengan sikap temannya itu malam ini, dan dia
segera memanggil Amin sebelum temannya itu melakukan sesuatu yang gila.
Amin berkalih ke arah Firdaus tetapi dia
sempat mencium pipi gadis itu sebelum dia berlalu ke arah Firdaus dan
kawan-kawannya yang lain. Dia duduk di tepi teman wanita Hisyam yang baru. Amin
melihat kemesraan mereka berdua. Hatinya membara, dia bangun berdiri.
“Kau nak ke mana?” soal Firdaus.
“Aku nak enjoy malam ni” beritahu Amin.
Dia kemudiannya berjalan menghampiri gadis tadi. Mereka berdua berbual
sebentar, kemudian Amin sudah melingkari tangannya di sekeliling pinggang gadis
itu. Sesekali si gadis menghampiri wajahnya ke wajah Amin untuk menggoda, Amin
ketawa nakal.
“Kenapa dengan kawan awak tu?” soal Mira
kepada Firdaus. Dia berbisik kepada
Firdaus yang duduk bersebelahan dengannya. Tangannya sengaja menyentuh dada
teman lelakinya itu.
Firdaus menjungkit bahunya. “I pun tak tahu,
ling. Pelik sangat saya tengok perangai dia malm ni”
“Jangan-jangan datang bulan” kata Mira.
Firdaus ketawa lucu.
“Jahatlah girlfriend I ni” kata Firdaus
setelah selesai ketawanya. Hidung Mira dicuit. Bibir gadis itu dikucup lembut.
Tidak lama kemudian Amin kembali ke
tempat duduknya sendirian, gadis tadi ditinggalkan di meja bar. Gadis itu agak
marah dengannya. Apabila dia kembali kawan-kawannya sudah tiada, barangkali
sudah menari di lantai dansa. Air yang berwarna kuning jernih itu dilihat, dia
haus dan air itu sahaja yang berada di depannya. Gelas dipegang, namun dia
tidak berdaya mengangkatnya dan meletakkannya ke bibir. Terngiang-ngiang suara
Farid yang sedang mengaji al-Quran. Dari mana suara itu datang dia juga tidak
tahu. Tetapi kerana suara Farid itu gelas yang dipegangannya diletakkan kembali
ke meja. Air itu ditenung.
“Yang temasuk dalam dosa-dosa besar
adalah minum arak. Dan apabila seseorang mabuk, dia akan melakukan dosa-dosa
besar yang lain” suara Ustaz Ali yang sedang memberi ceramah beberapa bulan
yang lalu pula muncul di gegendang telinganya. Ustaz Ali kemudiannya
menceritakan sebuah cerita tentang seorang lelaki yang berperang dengan hatinya
untuk meneguk air haram itu. Pada awalnya dia hanya berfikir untuk mabuk.
Tetapi setelah dia mabuk, lelaki itu dalam kedaan tidak sedar telah merampas
maruah seorang gadis dan kerana takut lelaki itu akhirnya telah mengakhiri
hidup si gadis yang tidak berdosa. Amin teringat kembali kisah yang diceritakan
oleh Ustaz Ali itu.
Dia belum lagi bertaubat, dia belum
bersedia untuk memutuskan berhenti dari minum arak selama hidupnya. Dia teralu
bergantung pada minuman itu dan untuk berhenti selama-lamanya, dia berasa
dirinya tidak cukup kuat untuk mengenepikan godaan itu. Farid dan Ustaz Ali
tidak pernah memaksanya, mereka memberikan nasihat dan memberitahu
cerita-cerita yang memberikan teladan. Kadang-kadang cerita-cerita itu turut
memberikan kesan ke jiwanya, tetapi hatinya belum lagi terbuka sepenuhnya.
Hasrat untuk mengenali Islam itu sudah ada tetapi belum cukup kuat untuk dia
berusaha dengan bersungguh-sungguh dan beristiqamah dalam perlakuannya.
Amin bangun dari duduknya dan melangkah
keluar dari bangunan itu. Dia kembali ke keretanya.
…………
..
Balkish membalikkan tubuh ke kiri dan ke
kanan. Walaupun lelah, tapi dia tetap tidak dapat melelapkan matanya. Perutnya
sakit-sakit sejak pagi tadi tetapi sekarang frekuensi semakin sering. Sesekali
Balkish mengusap-usap perutnya, berharap agar anaknya lebih tenang di dalam.
Dari samar lampu koridor, dia dapat melihat Aiza sedang tidur di katilnya.
Balkish bangun dan duduk di birai katil.
Dia keluar dari bilik untuk ke bilik air. Sejak maghrib tadi, dia sering-sering
kencing. Balkish berjalan ke bilik air, tiba-tiba dia melihat air sajarnih mengalir dari betisnya. Langkah kaki
Balkish terhenti, air itu disapu dan dilihat. Dia tersentak apabila memikirkan
yang air itu mungkin air ketubannnya. Balkish berjalan perlahan-lahan kembali
ke kamarnya. Tubuh Aiza digoyangkan untuk membangunkan gadis itu.
“Kenapa Balkish?” soal Aiza. Wajah
Balkish yang sedikit ketakutan itu membuatkan dia risau.
“Aku rasa air ketuban aku pecah”
beritahu Balkish.
Tiba-tiba perut Balkish terasa sangat
sakit. Dia mengerang kesakitan. Aiza menjadi panik. Dia seakan-akan meloncat
dari katilnya. Tubuh Balkish yang menggigil menahan kesakitan segera disambut.
“Tahan Balkish, aku call taxi”
Aiza mencapai telefon bimbitnya dia
menyuruh Balkish duduk di katilnya dulu. Nombor telefon teksi didail.
“Jom kita turun” ajak Aiza.
“Phone aku”
Aiza mencapai telefon bimbit Balkish di
meja belajar. Mereka berdua keluar dari bilik.
Setelah beberapa minit menunggu teksi
yang dipanggil melalui telefon, Aiza membantu Balkish untuk masuk ke dalam
teksi. Gadis itu mengerang kesakitan, panik Aiza dibuatnya. Pemandu teksi yang
sedang memandu juga turut panik melihat keadaan Balkish yang mengerang
kesakitan tidak henti-henti dari tadi.
“Aaaaaarghhhhh” sakit perutnya semakin
keras, jeritan Balkish turut semakin nyaring. Tangan Aiza digenggam erat.
“Amin” Balkish menyebut nama suaminya.
Aiza terlupa mahu memberitahu suami
kepada kawannya itu tentang kondisi Balkish sekarang. Dia mengambil telefon
bimbit Amin dan mencari nombor telefon lelaki itu dalam kontak telefon.
Amin dihubungi dan sebentar kemudian
suara lelaki itu kedengaran.
“Amin. Amin” kerana panik, Aiza terlupa
tujuan dia menelefon.
“Balkish!” panggil Amin apabila menerima
panggilan daripada isterinya itu. Tetapi suara si pemanggil bukan suara
Balkish.
Dia mendengar suara jeritan melalui
telefon, Amin mula mengesyaki sesuatu.
“Aiza?”
“Amin, Balkish nak bersalin dah ni. Saya
dalam teksi ni dengan dia. Jumpa awak dekat hospital” beritahu Aiza.
“Aiza, jaga Balkish baik-baik, sebentar
lagi saya sampai” Amin risau dengan keadaan Balkish sekarang. Panggilan itu
dimatikan, dia menghidupkan enjin keretanya dan memandu laju meninggalkan
tempat parkir. Dia harus segera sampai ke hospital untuk menemani Balkish.
Tetapi kedudukannya sekarang agak jauh berbanding papa dan mama. Takutnya dia
tidak sempat sampai ke hospital semasa isterinya itu bersalin. Amin kemudiannya
menelefon papa.
“Hello, pa”
“Ada apa malam-malam ni?” soal Dato’
Sahar.
“Pa, Balkish dah nak bersalin tu! Papa
boleh tak ke hospital sekarang? Amin mungkin lambat sedikit sampai”
“Kau kat mana ni?” soal Dato’ Sahar
pelik. Seharusnya, anak lelakinya itu lebih dekat keberadaannya dengan Balkish.
Amin ke mana malam-malam ni. Mungkinkah dia ke pub yang selalu dikunjunginya.
Fikir Dato’ Sahar. Memikirkan kemungkinan itu, Dato’ Sahar berasa sangat marah,
namun dia harus megutamakan keadaan Balkish dulu buat masa sekarang.
“Jumpa dekat sana, pa” Amin tidak menjawab
pertanyaan papanya itu.
Datin Hasmah dibangunkan dan Dato’
Sahar menyampaikan berita itu kepada
isterinya. Mereka berdua segera bersiap untuk ke hospital. Kali ini Dato’ sahar
sendiri memandu kereta.
…………
..
Sebaik sahaja sampai, Balkish dibantu
oleh Aiza untuk turun sedang pemandu teksi yang membawa mereka ke sini membantu
memanggil doktor dan jururawat yang bertugas di unit emergency. Balkish kemudiannya
di dorong masuk ke bilik menunggu bersalin. Aiza masuk untuk menemani kawannya
itu.
“Balkish, istighfar banyak-banyak” Aiza
cuba menenagkan kawannya.
Doktor yang bertugas malam itu membuat
pemeriksaan ke atas Balkish dan apabila selesai, dia memberitahu Aiza yang
Balkish bakal melahirkan tidak lama lagi.
Aiza menerima panggilan daripada si
pemanggil dari telefon Balkish. Dia memberi salam sebelum memberitahu hospital
tempat keberadaannya dan juga Balkish. Aiza kembali menemani Balkish. Balkish
tidak henti-henti mengerang kesakitan dan kali ini sakitnya itu semakin kerap.
Tidak lama kemudian, keluarga mertua
Balkish sampai dan Aiza memberi salam serta memperkenalkan dirinya.
…………
..
Sebaik sahaja parkir keretanya di tempat
parkir hospital itu, Amin berlari untuk masuk ke lobi hospital. Oleh kerana
sudah larut malam, tempat parkir yang paling dekat dengan unit emergency sudah
ditempati oleh keluarga pesakit yang bermalam, jadi Amin terpaksa parkir agak
jauh.
Dia harus segera menemui Balkish.
Risaunya dengan keadaan isterinya itu. Papa dan mama seharusnya sudah sampai
sekarang. Semoga mereka sempat menemani Balkish semasa proses bersalin itu
nanti. Seandainya Balkish sendirian melahirkan anak mereka, dia tidak akan
memaafkan dirniya.
Amin segera ke kaunter di bahagian
emergency. Dia bertanya kepada petugas di situ tentang keberadaan isterinya.
Setelah mendapat informasi dari petugas kaunter, Amin segera berlari masuk ke
bilik isterinya. Pintu bilik dikuak kasar.
Balkish, Datin Hasmah, Dato’ Sahar dan Aiza
berpaling ke arah Amin. Dia melangkah perlahan-lahan ke arah Balkish. Mereka
berdua bertentang mata. Balkish senyum lemah kepada lelaki yang berdiri di
hadapannya itu.
“It’s a boy” beritahu Balkish lemah.
Amin berjalan mendekati Balkish. Tangan
Balkish digenggam dengan penuh kasih sayang. Tanpa terduga, dia menghampiri
wajah Balkish dan memberikan satu kucupan di dahi isterinya. Balkish sangat
terkejut tetapi dia hanya membiarkan.
Wajah ayu Balkish ditatap lembut. Mereka
berdua lupa tentang pertengkaran mereka sejak tengahari tadi. Amin menghampiri
bayi yang dalam pelukan Balkish. Bayi itu diangkat dan didukung. Pipinya yang
tebam dan kemerah-merahan itu dikucup oleh Amin.
“Baby kamu tu belum diazankan” beritahu
Dato’ Sahar.
Amin terkejut. Azan? Dia pernah mendengar azan
tapi untuk melakukannya, dia belum mempunyai kepercayaan diri. Amin terpaksa
melihat ke papanya.
Dato’ Sahar mengambil bayi dari pelukan
Amin. Bayi lelaki itu didekatkan ke wajahnya. Dia membisikkan alunan azan yang
sangat merdu ke telinga bayi lelaki itu. Amin mengundurkan diri. Dia berasa
bersalah kepada dirinya sendiri kerana tidak mampu menjalankan tanggungjawab
yang pertama kepada anak mereka itu. Amin diam. Dia hanya melihat dari jauh
bayi lelakinya yang sedang diazankan oleh papa.
“Amin tak nak tengok anak Amin? Muka dia
mirip Amin” ajak Datin Hasmah saat suaminya itu selesai mengazankan cucu
mereka.
Amin berjalan mendekati kedua orang
tuanya. Bayi itu didukung dan dibawa kepada Balkish. Isterinya itu kelihatan
sangat penat. Matanya sedikit kuyu. Amin duduk di samping Balkish.
“Thanks sayang, sebab bagi peluang untuk
abang jadi ayah kepada anak kita” ucap Amin. Suaranya diperlahankan sedikit
supaya ucapannya itu hanya didengari oleh Balkish.
Balkish senyum. Tangan Balkish digenggam
erat oleh Amin. Dia hanya melihat Balkish terlena. Gadis itu mungkin terlalu
penat selepas melahirkan anak mereka. Amin duduk di kerusi sofa sambil memangku
anaknya yang baru lahir.
“Amin dah bagitahu parent Balkish?” soal
Datin Hasmah.
Amin menggeleng.
“Biar papa bagitahu abang Tahir” sampuk
Dato’ Sahar.
“Aiza nak balik ke?” soal Datin Hasmah
kepada sahabat menantunya itu.
“Sekejap lagi saya balik” beritahu Aiza.
“Terima kasih sebab tolong Balkish malam
ni. Mak cik tak tahu macamana nak berterima kasih dekat Aiza” beritahu Datin
Hasmah. Dia tidak janggal membiasakan dirinya sebagai mak cik kepada Aiza.
“Sama-sama mak cik”
“Aiza kalau nak balik, bolehlah kalau
nak sama-sama dengan mak cik dan pak cik. Nanti kami hantar ke kolej” pelawa
Datin Hasmah.
“Tak apalah mak cik” segan Aiza untuk
menerima pelawaan itu.
“Tak apa. Biar kami hantar, tak
susahpun. Tak baik anak dara pulang lambat macam ni seorang diri”
Aiza akhirnya mengangguk. Kata-kata ibu
mertua Balkish itu ada benarnya.
Tidak lama kemudian, Dato’ Sahar
melangkah masuk ke bilik Balkish.
“Papa dah cakap dengan Abang Tahir. Esok
Amin pergi jemput parent Balkish datang sini. Tapi lepas papa dengan mama
datang. Jangan tinggalkan Balkish sendirian, tak elok” pesan Dato’ Sahar.
Amin mengangkat wajah melihat ke arah
papanya. Dia mengangguk faham.
“Abang, kalau tak ada apa-apa lagi, kita
balik dululah. Nak hantar Aiza ke kolej dia, kita tak boleh lama” ajak Datin
Hasmah.
Dato’ Sahar mengangguk. Dia melihat
cucunya yang masih di dalam timangan Amin.
“Nanti mama suruh nurse dekat luar ambil
baby ni. Amin malam ni temankan Balkish. jangan tinggalkan dia seorang diri”
pesan Datin Hasmah pula. Amin mengangguk.
Aiza menghampiri Balkish, dilihat gadis
itu sedang nyenyak tidur.
“Amin, saya balik dulu. Kalau Balkish dah
sedar nanti, sampaikan salam saya dekat dia”
Amin mengangguk lagi.
Tidak lama kemudian, Datin Hasmah, Dato’
sahar dan Aiza meninggalkan bilik itu. Tinggallah mereka bertiga di dalam
bilik. Amin asyik melihat ke arah anak mereka yang didalam pangkuannya. Benar
kata mama, anak mereka ini mirip dengannya, hidungnya, matanya dan rambutnya
ikal. Satu-satunya mirip Balkish adalah bibirnya. Amin tersenyum sendiri.
Anaknya itu sedang nyenyak tidur seperti ibunya.
Pintu bilik diketuk dan seorang
jururawat muncul. Amin bangun dari duduknya. Dia menyerahkan bayinya kepada
jururawat itu. Pipi gebu anaknya dikucup.
“Nanti baby I dibawa ke mana?” soal
Amin.
“Dekat ruang nursery dekat sebelah ni,
encik”
“Nanti ada yang jaga dekat sana kan?”
soal Amin risau.
Jururawat itu mengangguk.
“Kalau menyusu macamana?” soal Amin
lagi. Risau jika anaknya itu lapar.
“Biasanya kami akan bawa bayi ke ibunya.
Encik jangan risau, kalau baby encik lapar, kami akan bawanya ke sini”
jururawat itu memberitahu.
Amin mengangguk.
“Tag nama dah ada?” soal Amin lagi.
“Dah, encik. Ini” jururawat itu
mengeluarkan tangan bayi Amin dari selimut yang membalut tubuh kecil itu. Tag
nama yang tertulis nama Nur Balkish binti Tahir di lengan tangan kanan bayi
ditunjuk. Amin mengangguk.
“Okey, encik?” soal jururawat itu. Amin
mengangguk. Jururawat itu kemudiannya membawa anaknya itu keluar.
Amin kembali duduk di kerusi di samping
Balkish. Tangan Balkish digenggam, dia memaksa dirinya untuk terlena.
…………
..
Pintu bilik diketuk, jururawat yang
mendukung bayi yang sedang menangis. Amin bangun dan melihat ke arah jururawat
itu.
Anaknya menangis kerana lapar. Bayi itu
bertukar tangan. Amin membangunkan Balkish yang sedang tidur.
“Sayang, bangun sayang”
Balkish tersedar.
“Anak kita lapar. Awak susukanlah dia”
Balkish bangun dari tidur dan
membetulkan dirinya. Amin membantu dengan sebelah tangannya. Posisi duduk
Balkish diperbetulkan. Amin menyerahkan bayi mereka itu kepada Balkish.
“Nurse, boleh tak tolong wife saya. Dia
belum pernah…”
Jururawat itu menghampiri Balkish. Amin
kemudiannya keluar dari bilik isterinya itu. Dia duduk di kerusi depan pintu
kamar. Sengaja dia keluar kerana takut Balkish segan dengannya. Tidak lama
kemudian jururawat itu keluar.
“Dah selesai ke?” soal Amin.
“Belum. Nanti kalau dah selesai, encik
panggillah saya. Nanti saya ambil balik baby encik untuk diletakkan di nursery”
beritahu jururawat itu. Dia cepat berlalu pergi.
Amin tercegat di pintu. Nak masuk ke tak
nak? Dia serba-salah. Papa dan mama pesan jangan tinggalkan Balkish sendirian
tetapi kalau dia masuk sekarang, Balkish sedang menyusu. Pasti Balkish segan
dengannya
“Balkish” panggil Amin lembut.
“Awak masuklah, jangan tinggalkan saya
sendiri” rayu Balkish.
“Awak tak kisah?”
“Awak masuklah, tapi jangan pandang
sini” beritahu Balkish.
Amin teragak-agak untuk masuk.
Sebenarnya bukan saja Balkish yang mungkin segan. Dia juga turut segan.
“Abang masuk, ya”
“Erm”
Amin dengan jujurnya melangkah masuk
dengan memejamkan matanya. Dia sengaja tidak membuka lampu kamar. Dia duduk di
sofa.
Mereka berdua berdiam diri, yang
terdengar cuma bunyi yang dihasilkan oleh anak mereka yang sedang minum susu
dengan lahapnya.
“Awak jangan diam saja” Balkish bersuara
memecah kejanggalan antara dia dan Amin.
“Oh, ya. Sebelum abang lupa, kawan awak,
Aiza suruh abang sampaikan salam kalau awak dah sedar” beritahu Amin.
“Awak hantar Aiza balik?” soal Balkish.
“Papa dengan mama yang hantar” jawab
Amin.
“Parent saya dah tahu, wak?” soal
Balkish pula
“Dah, papa dah call ayah tadi. Esok saya
pergi jemput ayah dengan ibu” beritahu Amin.
“Amin, saya rasa Iman dah puas ni. Dia
dah berhenti menyusu dah ni” kata Balkish.
“Iman? Siapa Iman?” soal Amin pelik.
“Anak awaklah” balas Balkish. Dia
sengaja mengenakan Amin. Kalau dapat melihat ekspresi Amin waktu itu pasti dia
sudah ketawa terbahak-bahak.
“Awak dah fikirkan nama untuk anak
kita?” soal Amin.
“Iman” balas Balkish.
“Sesuailah, awak Amin. Iman tu maksudnya
baik. Semoga anak kita menjadi seorang yang beriman kelak, taat kepada orang
tua dan menjadi seorang hamba Allah yang soleh” sambung Balkish lagi.
“Iman tu nama yang saya bagi. Kalau awak
nak bagi nama kedua, awak pilihlah cepat-cepat” beritahu Balkish.
Amin belum memikirkan nama anak mereka.
Dia tidak tahu nama-nama Islam yang baik untuk diberikan kepada anaknya. Kalau
Balkish mahu, dia boleh pilih nama kedua anak mereka. dia berjalan ke arah
Balkish untuk mengambil Iman. Anak itu dibawa ke jururawat tadi untuk dibawa ke
ruang nursery. Amin kembali duduk di kerusi di samping Balkish. Dia takut untuk
memegang tangan Balkish. Kalau tadi lainlah, gadis itu terlena dan tidak sedar
saat dia mengenggam erat tangannya.
Amin membantu Balkish untuk berbaring.
Bahu isterinya dipegang. Saat itulah Balkish mencuri pandang wajah suaminya
dengan jarak dekat. Hatinya berdebar-debar tetapi perasaan itu bukan seperti
dahulu. Jantungnya berdegup kencang tetapi bukan kerana fobia. Sudah lama
perasaan takut terhadap Amin terhapus dari diari hidupnya. Kalau tidak salah
dia sudah tidak merasa fobia dengan Amin sejak usia kehamilannya tiga bulan.
Malah dia sudah menjadi rindu dan berasa sayang buat lelaki yang bergelar
suaminya itu. Kata ibu, perasaan rindunya dan perubahan sikapnya terhadap Amin
mungkin kerana bawaan kandungannya tetapi kenapa sekarang, dia merasa senang
dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Amin. Sentuhan Amin juga diraskan
tenang.
“Awak tidurlah. Kena banyak berehat”
Amin menyelimuti tubuh Balkish. Dia duduk di kerusi. Balkish tersedar dari
lamunannya.
Ada apa dengan kau ni Balkish? Kenapa
kau pandang Amin macam tu? Kenapa kau suka dengan Amin? Kau dah lupa apa yang
dia dah buat dekat kau? Balkish bermonolog sendirian. Perubahan hati dan
perasaannya itu tidak disenangi. Balkish membalikkan diri dari memandang Amin.
Amin mengeluh dalam diam. Balkish tidur
membelakanginya. Isterinya itu tidak mahu memandangnya. Amin menyandar di
kerusi.
“Awak, kalau nak tidur, tidur saja di
sofa. Tak elok tidur di kerusi” kata Balkish.
“Abang tak kisah”
“Tidur saja di sofa, nanti sakit badan
awak”
Amin bangun dan berjalan ke arah sofa.
Dia membaringkan tubuhnya.
best!!!..suke sngat... n nk lg..hehe
ReplyDeletefinalllyyyyyyyy....hahahaha
ReplyDeletehari2 bukak blog nie :)
Owhhhh...
ReplyDeleteRindu nya ngan balkis dan amin..
Dah ade anak dah..
Cepat2 lh sambung lg
BEST.
ReplyDeletecpat sambung balik ye.. hehe
ReplyDelete