Bab 49
Kereta
yang berwarna kelabu itu diparkir di samping kereta mama. Balkish keluar dari
perut kereta sambil membimbit briefcasenya.
Mama yang sedang menghabiskan waktunya di taman halaman depan disapa lembut.
“Assalamualaikum”
seorang wanita berdiri di belakang pintu pagar automatik rumah banglo itu.
Balkish berpaling kea rah suara itu.
“Siapa
tu Balkish?” soal Datin Hasmah separuh berbisik. Dia mula tidak sedap hati
melihat gadis yang tidak dikenali itu.
Balkish
menjungkit bahu. Dia juga baru pertma kali melihat si gadis itu.
“Tak
payahlah buka gate. Mama tak sedap hatilah” baeritahu Datin Hasmah.
“Balkish
tanya dulu dia siapa ya, mama” balas Balkish. Dia menjalan ke arah pintu pagar
rumah.
“Ya,
cari siapa?” soal Balkish kepada gadis itu.
“Amin
ada?” soal wanita itu.
“Amin
pergi kampus. Cik ni siapa?” soal Balkish.
“Saya
Tina. Boleh saya tunggu Amin di dalam?” soal gadis yang baru memperkenalkan
dirinya itu sebagai Tina.
Macam
pernah didengar nama Tina tapi bila? Rasanya pernah Amin menyebut nama Tina di
depannya dulu, tapi dia sudah lupa. Mungkin gadis ini kawan Amin. Kawan
istimewa Amin? Kenapa dia ke sini? Hati Balkish cemburu tapi dia harus menahan
dulu perasaan marah dan cemburunya sebelum dia mengetahui hal yang sebenar.
Balkish menjemput Tina masuk. Mereka berdua berjalan bertemu dengan Datin
Hasmah yang sedang berdiri di tengah-tengah laman. Balkish memperkenalkan Tina
kepada Datin Hasmah. Mereka bertiga kemudian masuk ke dalam rumah.
Balkish
melihat ke arah gadis yang duduk bertentangan dengannya. Entah kenapa gadis itu
dilihat mencurigakan, atau dia hanya mengalami mental breakdown akibat perasaan cemburu dan curiga tentang
hubungan gadis itu dengan suaminya. Mereka bertiga hanya duduk di sofa tanpa
sebarang biacara. Pada awalnya Balkish cuba bertanya tetapi gadis itu
seakan-akan malas untuk menjawab. Datin Hasmah menarik tangan Balkish masuk ke
dapur.
“Mama
tak sedap hatilah Balkish”
“Tak
ada apa-apalah, ma. Dia kata dia kawan Amin”
“Balkish
dah telefon Amin?” soal Datin Hasmah.
“Tak.
Tapi kejap lagi sampailah Amin tu” beritahu Balkish pula. Mereka berdua akhirnya
kembali ke ruang tamu.
Enjin
kereta sport Amin kedengaran dari
tempat parkir. Balkish dan Datin Hasmah berpaling ke arah pintu utama untuk menyambut
kepulangan Amin. Mereka tidak sabar mendengar penjelasan dan cerita Amin
berkenaan kawannya yang seorang ini.
Sebaik
sahaja Amin melangkah masuk. Langkah terhenti di depan pintu. Wajah Tina jatuh
di pandangan. Amin mula tidak senang duduk. Apa Tina buat di sini? Apa yang dia
mahu daripada aku? Balkish? Balkish bagaimana? Adakah dia tahu siapa Tina yang
sebenarnya?
“Abang”
panggil Balkish. Dia melihat perubahan ekspresi suaminya dan mula berasa
sesuatu yang tidak baik bakal berlaku. Balkish mula takut sendirian dan berfikir
bukan-bukan. Adakah benar jangkaannya bahawa gadis ini merupakan teman istimewa
suaminya?
Amin
cuba berlagak biasa. Dia melangkah masuk ke dalam rumah.
“Tina?
Apa you buat sini?’ soal Amin. Beg
galasnya di letakkan di samping kerusi sofa. Dia mengambil tempat duduk di
samping Balkish.
“Amin”
panggil Tina. Wajah lelaki itu masih seperti dulu, langsung tidak berubah.
Tetap handsome dan menawan seperti
saat terakhir mereka bersama. Betapa dia rugi kerana melepaskan Amin. Dia menyesal
atas perbuatan curangnya dulu, kalaulah dia setia kepada Amin pasti mereka
berdua bahagia sampai sekarang. Wajah Balkish dipandang. Gadis itulah kini
lebih berhak terhadap Amin. Cemburu mula bersarang lagi, dia benci melihat
wajah gadis yang bertudung di depannya itu.
“Ada
apa awak datang sini?” soal Amin.
“Amin,
I ada sesuatu nak bagitahu you” Tina.
“Ada
apa?” soal Amin kembali.
Tina
membuka tas tangannya dan mengeluarkan sekeping gambar. Gambar itu diletakkan
di atas meja. Amin, Balkish dan Datin Hasmah melihat.
“Ini
Sufi. Umur satu tahun lebih”
‘Where were you going with this
Tina. I don’t like the sound of it!’ Fikir Amin dalam
hati.
“Amin,
Sufi anak awak. Anak kita” beritahu Tina.
“Apa
you cakap ni Tina?” soal Amin. Suaranya
agak keras melemparkan rasa marah mendengar berita itu. Balkish dan Datin
Hasmah sangat terkejut.
“Sufi
anak awak” ulang Tina lagi.
Kali
ini Amin terdiam.
“Amin
apa ni, Amin?!” tegur Datin Hasmah.
“Awak
nak saya bagitahu macamana hubungan kita dulu?” soal Tina mengugut.
“Tina!
I tak suka you datang sini buat kacau
rumahtangga I. baik you balik
sekarang” marah Amin.
“I
Cuma nak bagitahu yang you ada anak
dengan I” balas Tina lantang.
“Baik
you keluar sebelum I pukul you” ugut Amin.
“I
akan ulang banyak kali sampai you bosan dengar. Sufi anak you!” balas Tina.
Amin
menarik tangan Tina. Tina memberontak. Lelaki itu terpaksa berkeras untuk
menahan amukan Tina. Balkish hanya memerhatikan. Fikirannya kosong. Perasaannya
dingin. Dia berasa ketenangannya diragut oleh berita yang mengejutkan dari
Tina.
“Tina
tolong jangan ganggu keluarga I. You
balik sajalah dulu. Benda ni tak boleh settle
macam ni” Amin menarik tangan Tina sampai keluar pintu pagar rumah.
“Amin”
rintih Tina.
“Please. Balik saja dulu. There’s enough damage you cause here. I
janji esok I jumpa you. Baliklah
sebelum papa I balik” pujuk Amin. Tina akhirnya diam. Kekerasannya mulai
beransur hilang apabila mendengar janji yang diberikan oleh Amin. Amin
melepaskan pegangannya apabila Tina sudah tidak memberontak dan segera mengunci
pintu pagar rumah. Dia membiarkan Tina berdiri di pintu itu, dan menghilang
masuk ke dalam rumah.
Amin
berjalan ke arah mamanya. “Ma, Amin
boleh jelaskan” beritahu Amin.
“Balkish,
abang…” Balkish menapak ke belakang. “Balkish” panggil Amin lagi. Dia meraih
lengan isterinya namun ditepis oleh gadis itu.
“Jangan
sentuh saya” marah Balkish.
“Balkish”
panggil Amin lagi. Dia tahu pasti Balkish sedih mendengar cerita daripada Tina
tadi.
Balkish
kemudiannya menapak mendaki anak tangga, Amin mengekori dari belakang. Sebaik
sahaja masuk ke dalam bilik, pintu bilik segera ditutup rapat tanpa
menghiraukan Amin yang sedang mengejar. Lelaki itu hampir-hampir dihentam oleh
pintu.
“Balkish,
dengar dulu apa abang nak cakap” pujuk Amin. Dia mengetuk daun pintu.
Balkish
menyandarkan tubuh ke pintu kamar. Air matanya deras mengalir, bahu
terhinjut-hinjut menanggung sedu, tangisannya keras kedengaran. Hati Amin sedih
mendengar suara tangis gadis itu. Dia mengutuk diri sendiri atas kesalahan
silamnya itu. Kenapa tiba-tiba muncul Tina yang mengaku mempunyai anak
dengannya? Amin menyandarkan belakang badannya ke pintu kamar Balkish. Dia mengerti
kesedihan gadis itu.
…………………………..
“Macamana
sekarang ni, bang. Saya pun sakit kepala fikir masalah Amin dengan Balkish ni”
keluh Datin Hasmah setelah menceritakan tentang kejadian tadi kepada suaminya.
Dato
Sahar diam. Masalah itu turut membejat kemampuannya untuk berbicara. Dia juga
terkejut mendengar cerita itu daripada Datin Hasmah. Ingatkan apabila pulang
dapat beristirehat dengan tenang, tapi ada-ada sahaja masalah yang menganggu
ketenteramannya semasa berada di rumah ini.
“Amin
dengan Balkish mana?’ soal Dato' Sahar.
“Ada
dekat atas tu bang. Balkish tu terkejut sangat. Saya rasa macam nak pukul saja Amin
tu” Datin Hasmah melepaskan rasa marahnya kepada Dato' Sahar.
“Kenapa
awak tak pukul saja. Takkan saya pula nak ajar dia sekarang ni. Lainlah kalau
saya ada dengan awak tadi” tegur Dato' Sahar.
Datin
Hasmah diam. Dia tidak pernah mengangkat tangan sekalipun terhadap anak-anaknya
apatah lagi mahu memukul mereka.
“Iman
mana?” soal Dato' Sahar lagi.
“Saya
suruh bibik jaga dulu” balas Datin Hasmah.
“Macamana
ni abang?” soal Datin Hasmah risau tentang masalah yang baru muncul ini. Dia bimbang
sekiranya hubungan perkahwinan Amin dan Balkish punah sampai di sini sedangkan
mereka berdua sudah lama bersama.
“Saya
naik dululah” balas Dato' Sahar tanpa menghiraukan keluhan isterinya. Dia
melangkah meninggalkan Datin Hasmah di ruangan tamu. Lama-lama Datin Hasmah
mengejar langkah suaminya. Mereka berdua berjalan ke tingkat atas. Dari jauh
mereka dapat melihat Amin sedang berteleku di pintu kamar Balkish. Dato' Sahar
berdehem kecil sekadar memberitahu kehadirannya di situ. Amin bangun dan
membetulkan ekspresi wajahnya.
“Pa”
sapa Amin lemah. Dato' Sahar melewati Amin tanpa memandang wajah anak sulungnya
itu. Dia marah dengan perbuatan Amin. Dia terkejut mendengar berita tentang
cucunya yang satu lagi hasil dari hubungannya dengan Tina, dan berasa marah
kepada Amin kerana anaknya itu menyakiti hati Balkish sedangkan dia telah
berjanji kepada abang Tahir untuk menjaga Balkish seperti anaknya sendiri. Dia
telah berjanji kepada abang Tahir untuk bertanggungjawab terhadap Balkish. Sekarang,
bagaimana dia mahu berhadapan dengan birasnya itu setelah apa yang Amin lakukan
terhadap Balkish?
……………………………….
Setelah
selesai mengerjakan solat Maghrib, tiga rakaat Amin berteleku di masjid. Dia
memanjat doa buat kedua orangtuanya, isterinya, dan juga buat dirinya. Kepada
Allah dia memohon ampun dan memohon ketabahan untuk dia menghadapai ujian-ujian
hidup dengan tenang. Setelah berdoa, dan berwirid, sejadah dilipat. Amin keluar
dari bilik apabila mendengar suara tangisan Iman. Dia ke kamar anaknya.
Dilihat
mama sedang memangku Iman dalam pelukannya, bibik berdiri di samping mama dengan
memegang botol susu milik Iman. Mama berusaha untuk memujuk Iman dari
terus-terus menangis tapi Iman tidak mendengar. Amin menghulurkan tangannya
kepada Iman, anaknya itu mahu ikut dengannya, Datin Hasmah memindahkan Iman
dari dukungnya ke dukungan Amin.
“Kenapa
anak papa ni menangis?” pujuk Amin. Dia menepuk punggung anaknya dengan lembut.
Amin
berbicara dan bertanya seolah-olah Iman mengerti bicaranya. Dia terus memujuk
dengan kata-kata. Lama-kelamaan, anaknya berhenti menangis. Setelah dilihat
tangisan Iman mula reda, Datin Hasmah mengarahkan bibik keluar dari kamar.
Tidak lama kemudian dia juga turut meninggalkan Amin berdua-duan dengan Iman di
kamar itu.
“Opah
pun tak nak cakap dengan papa. Mama pun masih marah dengan papa. Iman jangan
macam tu ya dengan papa”
“Papa
sayang Iman. Iman kan anak papa dengan mama. Nanti kalau papa tak ada, Imanlah
kena jaga mama” sambung Amin lagi. Dia terus-terus berbicara sampai akhirnya
Iman tertidur. Tubuh anak kecil itu dibaringkan ke katil. Amin berbaring
disamping Iman dan cuba untuk melelapkan mata namun tidak bisa. Fikirannya
menerawang jauh memikirkan masalah besar yang melanda rumahtangganya. Dalam hal
ini dia memang bersalah terhadap Balkish. Papa dan mama juga tak mungkin menyebelahinya.
Apa yang harus aku buat sekarang. Walau apapun yang terjadi aku takkan lepaskan
Balkish.
Bab 50
Kedua-dua
wajah tampan itu ditatap dengan penuh pengharapan, berharap agar salah satu atau
kedua-duanya mengeluarkan jalan penyelesaian atau pendapat yang bernas.
“Complicated” komen Hisyam.
“Tahu
pun” pintas Amin.
“Aku
rasa kau kena berbincang dengan Tina” cadang Firdaus.
“Aku
tak nak jumpa dia lagi” sambung Amin.
“Susah
juga kalau kau tak nak jumpa dia, sebab dia cakap dia ada melahirkan anak kau.
Takkan kau nak biarkan anak kau macam tu saja?” soal Firdaus, cuba memberikan
hujah untuk cadangannya.
“Kalau
dia suruh aku kahwin dengan dia macamana?” soal Amin.
“Kahwin
sajalah. Bukan kau tak mampu!” sambung Hisyam. Itu saja yang Hisyam tahu.
Otaknya bukan boleh pakai sangat.
“Balkish
macamana?”
“Habis
tu kau nak bertanggungjawab tak dekat Tina?” soal Firdaus, cuba memancing untuk
mengorek isi hati Amin.
“Takkan
kau nak bela anak kau saja. Tina macamana? Kau nak biar saja dia macam tu?”
“Dia
bukankah dah ada Daniel? Buat apa aku nak kahwin dengan dia. Kalau belum kahwin
pun dia boleh curang dengan aku, kahwin makinlah menjadi-jadi” beritahu Amin.
teringat peritiwa beberapa tahun dulu yang membuatkna dia hilang sabar dan ‘menyerang’
Balkish. Kalau dulu Balkish menjadi mangsa kerana perbuatan curang Tina, kali
ini takkan Balkish lagi yang terpaksa menjadi mangsa seandainya dia dan Tina
terpaksa hidup berpoligami. Tapi mahukah gadis itu bermadu. Balkish sudahlah
mebencinya selama ini, makin bertambah bencinya dengan masalah yang berkaitan
dengan Tina ini.
“Kau
pergilah berbincang dulu dengan Tina. Dia ada call kau tak?” soal Firdaus.
“Ada,
tapi aku malas nak angkat” jawab Amin tanpa rasa bersalah kerana tidak
mengangkat panggilan dari Tina. Dia benci gadis itu. Dialah perosak kebahagian
antara dia dan Balkish.
……………………………………….
Melisa
melihat jam di tangan, sudah waktunya dia kembali ke ruangan jururawat. Dia
bergegas bersiap dengan mengenakan kembali tudungnya. Alat solat dikembalikan
ke tempatnya. Apabila sampai di ruangan, Melissa masuk ke kamar pesakit tempat
dia bertugas. Sudah waktunya dia memberikan ubat suntikan kepada pesakitnya. Infuse tiga kepala itu di pulas
tombolnya, kemudian Melissa memasukkan satu milliliter ubat melalui corong infuse. Aliran air dari botol infuse dilancarkan dan Melissa kembali
ke kaunter tempat dia bertugas. Pesakit yang sedang nyenyak tidur itu tidak
mahu diganggu. Dia kemudiannya melengkapkan jadual pemberian ubat yang sudah
diberikan kepada pesakit-pesakitnya.
Deringan
telefon Samsung yang dicas di kaunter membuatkan pekerjaan Melissa terhenti.
Dia dan kawannya saling berpandangan. Selama beberapa hari ini telefon itu
tidak pernah berdering tetapi Melisa tetap memastikan agar telefon bimbit itu
tetap akrif dan menyala. Takut-takutnya nanti kenalan atau keluarga si pemilik
telefon membuat panggilan.
“Angkatlah”
suruh seorang kawan Melisa, Hida.
Melisa
menekan butag hijau dan dia member salam kepada sipemanggil.
“Tina?”
panggil Amin pelik. Dia tahu bukan suara Tina yang member salam kepadanya.
“Maaf.
Saya bukan Tina. Saya Melisa” balas Melisa.
“Ini
nombor handphone Tina kan?” soal Amin
pelik.
“Maaf
encik. Sebenarnya Cik Tina ada di hospital sekarang. Saya nurse yang menajaganya. Sudah beberapa hari, belum ada keluarga
yang datang melawat. Encik ni keluarga Cik Tina ke?’ soal Melisa.
“Ya”
jawab Amin teragak-agak.
“Kalau
macam tu encik datang ke hospital kami” cadang Melissa. Dia kemudiannya
memberitahu alamat hospital serta nombor ruangan dimana Tina ditempatkan.
Amin
memberi salam sebelum mematikan panggilannya.
……………………………..
Melisa
mengetuk daun pintu sebelum membawa Amin masuk ke dalam bilik itu. Dia
kemudiannya meminta diri dan meninggalkan Amin.
Amin
melangkah menghampiri sekujur tubuh yang terbaring lemah di katil di dalam
ruangan itu. Nama Tina dipanggil lembut. Perlahan-lahan tubuh yang
membelakangiya itu memperlihatkan wajahnya. Amin sedih melihat wajah lesu milik
Tina. Satu waktu dulu, wajah itu sangat cantik dan mencairkan hati mana-mana
lelaki yang memandangnya. Dia juga pernah berbangga kerana memiliki tubuh dan
wajah itu. Betapa besarnya kuasa Allah, sebentar dia memberi, sekelip mata dia
bisa merampasnya kembali kerana yang diberikan kepada manusia itu bersifat pemberian
sementara dan Allah boleh mengambilnya bila-bila masa sahaja.
Wajah
itu cuba mengukirkan senyuman saat melihat Amin datang menziarahinya.
Terketa-ketar bibir itu menyebut nama Amin. Kulit Balkish pucat sekali,
perutnya juga agak besar dan saiz badannya bukan lagi langsing seperti dulu,
mungkin kerana penyakitnya..
“Awak
dah tengok Sufi? Anak kita” Tanya Tina.
Amin
menggeleng. Wajah Tina berubah sedih.
“Mana
Sufi?” soal Amin.
“Ada
dekat rumah jiran saya. Saya tak tahu nak tinggalkan dekat siapa jadi saya
minta tolong Mak Jah jagakan Sufi buat sementara waktu ni” beritahu Tina. Dia
batuk berkahak.
“Terima
kasih sebab datang jenguk saya” beritahu Tina.
Amin
mengangguk. “Tina, I datang ni sebab nak settlekan
masalah kita. Betul ke Sufi anak I?” soal Amin berterus terang tentang hajat
kedatangannya. Dia tidak mahu berlama-lama di bilik Tina. Dia tidak selesa
berdua-duaan dengan gadis itu walaupun dia hanya menziarah.
“I
ada penyaikt hati. Liver cirrhosis.
You tengoklah keadaan I sekarang, I akan mati bila-bila dari sekarang, takkan I
nak berbohong pada you lagi” beritahu
Tina. Dia tidak mahu berselindung lagi tetang keadaan kesihatannya.
“Penyakit
ini sebab I terlalu banyak minum minuman keras. Akhirnya I dapat hukuman atas
kesalahan I. I berdosa dekat orang tua I sampailah mereka meinggal dunia
setahun yang lalu”
“Daniel
mana?” soal Amin.
“Lelaki
tu lelaki tak guna. I menyesal I curang dengan you Amin. I menyesal sangat melepaskan you” keluh Tina. Air matanya mengalir ke pipi.
…………………………
Pemanduannya
lancar, jalan raya tidak terlalu sesak sekarang ini. Perhatiannya tidak beralih
dari jalan raya namun fikirannya melayang ke tempat lain. Hatinya tidak pernah
tenteram sejak pertemuan kembali dengan Tina. Amin sudah tidak tahu apa yang
terbaik untuk dia dan Balkish. Isterinya itu merajuk dan marah sekali
dengannya. Gadis itu berkurung sahaja di dalam bilik selama dua hari sejak
bertemu dengan Tina. Mujurlah kalau mama pujuk, dia mahu keluar makan itupun
kalau tidak bertembung denganku. Kasihan sekali Balkish, gadis itu terseksa
lagi kerananya. Balkish berdiam diri sahaja kebelakangan ini, sudah hampir
seminggu gadis itu tidak ke pejabat tetapi dia sudah tidak berkurung lagi di
bilik, mungkin segan dengan mama. Namun Balkish masih belum mahu berbicara dan
berjumpa denganku. Amin melihat ke cermin belakang, wajah anak kecil yang duduk
di kerusi bayi di belakang ditatap.
Setelah
bertemu dengan Tina tadi, gadis itu memberikan alamat rumahnya. Amin ke rumah
teres yang terletak di sebuah perumahan di area Subang. Dia memberi salam
sebaik sahaja keluar dari kereta dan memperkenalkan dirinya sebagai Amin kepada
wanita yang lebih muda dari mamanya itu. Mak Jah kemudiannya membawa keluar
Sufi dan menyerahkan kanak-kanak yang lebih kurang sebaya dengan Iman. Amin
membawa Sufi untuk masuk ke dalam keretanya. Dia tidak lupa untuk memberikan
nombor telefonnya kepada Mak Jah sebagai langkah berjaga-jaga seandainya ada
sesuatu yang terjadi kepada Tina sepanjang dia tidak berada di hospital. Dia
kasihankan Tina yang hanya bersendirian di hospital tanpa ditemani sesiapa.
Gadis itu kesunyian dan sendiri menghadapi sakit. Walaupun dia sudah tidak
menyintai gadis itu tetapi nilai kemanusiannya masih lagi wujud dan dia masih
lagi waras untuk berfikir demi kebaikan Tina.
Setelah
sampai di parkir perkarangan rumah, Amin keluar dari keretanya dan membuka
pintu kereta di sebelah belakang. Tubuh kanak-kanak itu dilepaskan dari ikatan seat belt. Sufi didukung ke
pangkuannnya. Amin memberi salam sebelum masuk. Sufi didukung masuk ke dalam
rumahnya. Datin Hasmah terlopong melihat ke arah Amin, dia dapat menyangka yang
anak di pangkuan Amin itu adalah anaknya dengan Tina tetapi kenapa Amin
membawanya ke sini? Sampai hati dia membawa anak itu ke rumah ini? Bagaimana
dengan perasaan Balkish? Datin Hasmah cepat-cepat mendapatkan Amin bimbang
sekiranya Amin dilihat oleh Balkish.
“Amin!
mama tak marah Amin bukan bermakna mama suka apa yang Amin buat selama ni”
marah Datin Hasmah.
“Ma.
Please ma. Tina sakit sekarang ni.
Tak ada orang nak jaga budak ni” balas Amin.
“Kau
letak dulu budak tu” arah Datin Hasmah.
Amin
meletakkan Sufi di sofa. Anak kecil itu kelihatan terpinga-pinga. Dia bukan
sahaja tidak mengenali orang-orang di sekitarnya, malah dia juga tidak
mengenali tempat ini. Sufi duduk di sofa seperti yang disuruh oleh Amin.
“Kau
cari nahas ke? Balkish macamana kalau kau bawa budak tu ke sini?” marah Datin
Hasmah lagi.
Mama
tidak pernah semarah ini.
“Habis
tu, Amin nak biarkan saja budak tu?” soal Amin kembali.
“Min
dah tanya papa? Soal Datin Hasmah.
Amin
menggeleng.
“Balkish?”
“Dia
dengan Amin pun tak nak bercakap, macamana Amin nak tanya” balas Amin.
“Habis
tu Min. Mama risaulah. Kau ni tak fikir betul-betul sebelum ambil tindakan”
marah Datin Hasmah lagi.
“Ma.
Balkish tu isteri Amin. Amin tahu mama risau pasal kami. Apa pun terjadi Amin
takkan lepaskan Balkish. Mama jangan risau” balas Amin.
“Yang
perempuan hari tu macamana?”
“Tina?
Dia kat hospital sekarang. Teruk juga keadaan dia. Amin kena pergi jenguk dia
juga mama. Amin kasihan tengok dia seorang-seorang dekat sana” balas Amin.
“Dia
sakit apa?’ soal Datin Hasmah. Perasaan ingin tahunya membuak-buak.
“Amin
tak tahu sangat. Pasal liver failure.
Teruk juga keadaan dia, ma. Tina tu dah tak ada sesiapa lagi kat dunia ni.
Budak tu pun, jiran dia yang jagakan. Tu yang Amin bawa balik sini”
“Mama
tak kisah Min, tapi Balkish?”
“Biarlah
dia, ma. Lama-lama sejuklah tu. Amin pun tak sampai hati nak biarkan budak tu
dengan orang lain sedangka dia anak Amin” beritahu Amin.
Amin
kembali ke ruang tamu. Dia melihat Sufi sedang bermain-main dengan Iman. Sufi
lebih tua dari Iman agaknya kerana badan Sufi lebih tinggi dan dia sudah hampir
boleh berjalan sendiri sedangkan Iman masih belum.
“Sufi”
panggil Amin.
Anak
itu berjalan ke arahnya. Amin mendukung Sufi dan dibawa ke dapur.
“Bik,
boleh tolong saya tak? Mandikan Sufi” pinta Amin. Bibik mengangguk laju.
“Nanti
awak pakaikan saja baju Iman yang besar-besar sedikit” sambung Amin lagi.
Bibik
kemudiannya mengambil Sufi daripada Amin dan kemudian membawa anak kecil itu ke
bilik air di tingkat bawah. Amin keluar ke ruang tamu, dia mengangkat Iman dari
duduk dan diletakkan ke atas ribaannya. Anaknya itu masih leka bermain dengan
permainannya yang berada di tangan. Sekejap-sekejap barang permainan itu di
letakkan di mulut. Air liurnya menitis. Amin
mencium ubun-ubun Iman. Wajah comel dan polos itu ditatap dengan rasa sayu.
“Maafkan
papa” ubun-ubun itu dicium lagi.
…………………………………………………….
Amin
melangkah naik ke tingkat atas, Balkish masih berkurung di dalam bilik. Daun
pintu diketuk dan Amin meminta Balkish membuka kunci pintu. Sudah lama dia
tidak melihat wajah itu. Dia rindu kepada Balkish. Dia sayang kepada gadis itu
dengan sepenuh hatinya. Dia menyintai Balkish dengan seluruh jiwa dan raganya.
“Balkish,
abang nak cakap sedikit” kata Amin sambil tidak berhenti mengetuk daun pintu
meminta agar Balkish membukakan ruang untuk mereka berbincang.
Balkish
diam.
“Abang
nak cakap sedikit. Awak bukalah pintu ni” beritahu Amin.
“Kalau
awak tak nak buka, abang cakap macam nilah. Abang nak bagitahu yang abang bawa
Sufi ke sini. Tina sakit, tak ada orang yang nak jaga dia” beritahu Amin.
Mendengar
kata-kata Amin itu, tangisan Balkish semakin keras, dia cuba menyembunyikan
laungannya dari kedengaran ke telinga Amin. Dia tidak mahu dibilang lemah oleh
lelaki itu. Dia benci kepada Amin dan menyesal mempercayai yang lelaki itu
tidak akan menyakitinya lagi. Dia menyesal kerana belajar mengenali lelaki itu
dan menyukainya. Dia menyesal atas segala harapan yang dipasang olehnya bahawa
dia akan bahagia di sisi Amin. semua impiannya itu musnah oleh kerana sikap dan
perangai Amin yang takkan pernah berubah. Gebar dan bantal basah dengan air
mata. Sudah beberapa hari ini, dia asyik menangis tanpa henti. Sedih dengan
berita itu. Dia kecewa kerana dia sudah menyukai Amin dan jatuh cinta
dengannya. Dia kecewa kerana lelaki itu sebenarnya sudah mula disanjungi tapi
kenapa tatkala hatinya sudah terpaut dengan lelaki itu, musibah ini muncul.
Mungkinkah memang tidak akan pernah ada bahagia untuk dia dan Amin?
“Abang
cuma nak Balkish tahu” beritahu Amin. Dia menunggu sebentar, berharap agar pintu
bilik itu dibuka supaya dia dan Balkish dapat berbincang. Tapi harapannya itu
hancur. Balkish masih lagi tidak mahu bersemuka dengannya.
Bab 51
Awal-awal
pagi lagi Amin sudah keluar dari rumah untuk ke kampus. Rencananya, setelah
selesai kuliah, dia akan pergi menjenguk Tina di hospital sambil membawakan
makanan yang diminta oleh gadis itu. Amin sempat masuk ke kamar Iman untuk
melihat anaknya, Iman yang tidur di buaian dan Sufi yang tidur di tempat tidur.
“Papa
pergi dulu ya sayang. Jaga mama elok-elok” pipi Iman yang tembam di gosok. Dia
kemudiannya mencium di pipi itu. Amin melihat ke arah Sufi yang masih tidur
lena. Baju Iman yang dipakainya ketat membalut tubuh, Amin tersenyum lucu. Dia
menarik gebar untuk Sufi. Anak kecil itu bergerak-gerak kecil dan sambung
tidur.
Bibik
sudah menyiapkan sarapan pagi.
“Tuan,
makan dulu”
“Tak
apalah” balas Amin. Dia seraya keluar dari rumah itu.
Tidak lama kemudian, Datin Hasmah juga turun
ke dapur. Dia hanya sempat melihat kelibat Amin yang cepat melulu keluar kerana
sudah terlambat.
“Amin
tak breakfast?” soal Datin Hasmah.
Bibir
menggeleng. Anak lelakinya itu selalunya makan hidangan sarapan yang disediakan
oleh Balkish.
Tidak
lama kemudian, Balkish turun dengan lengkap berpakaian formal seperti mahu ke
pejabat. Datin Hasmah terkesima sebentar tapi cepat-cepat tersedar apabila
disapa oleh menantunya itu.
“Breakfast dulu, Balkish” ajak Datin
Hasmah. Balkish mengangguk. Dia duduk di tempat makan dan mengambil roti bakar.
Jam kacang disapukan ke atas rotinya.
“Mama,
Balkish pergi kerja hari ni. Mama tolong tengokkan Iman ya. Nanti lunch kalau tak ada apa-apa Balkish
balik tengok-tengokkan dia. Kalau ada apa-apa mama call sajalah” Datin Hasmah memaksakan kepalanya utnuk mengangguk.
Lagak menantunya itu seperti biasanya, berbicara dengan gaya kata yang biasa,
nada yang biasa dan sikap yang biasa. Dah okey ke Balkish ni? Pertanyaan itu
timbul di benak Datin Hasmah.
“Balkish
pergi dulu, ma. Tangan Datin Hasmah disalam. Dia kemudiannya berlalu pergi.
“Bu,
dah okey ke puan?’ soal Bibik kepada Datin Hasmah. Bibik pun berasa risau
melihat gelagat Balkish.
“Macam
dah okey” balas Datin Hasmah pula.
Mereka
berdua menghantar Balkish dengan pandangan sampailah gadis itu keluar ke tempat
parkir. Dari jauh kelihatan Dato' Sahar sedang menuruni anak tangga untuk ke
ruang makan.
“Wak
dah sampai?” soal Dato' Sahar.
“Belum,
bang” balas Datin Hasmah.
“Abang,
Balkish tu pergi kerja hari ni” beritahu Datin Hasmah.
“Macam
biasa saja saya tengok dia, bang. Abang suruh dia masuk kerja dah ke?” soal Datin
Hasmah kepada suaminya.
“Mana
ada. Saya ni tak kisah pun dia nak masuk office
bila. Dia seganlah tu agaknya cuti lama-lama” balas Dato' Sahar.
“Abang
ada bagitahu abang Tahir dan kak Aminah dah ke pasal Amin dan Balkish ni?”
“Belum”
“Saya
seganlah nak bagitahu. Awaklah yang bagitahu”
“Abang
ni, ada pula saya. Sama-samalah bang. Nanti kita ke rumah mereka” balas Datin
Hasmah. Dato' Sahar sekadar mengangguk lemah.
“Abang,
dekat office nanti, jangan paksa
sangat Balkish tu, bang. Kasihan saya tengok dia” sambung Datin Hasmah lagi
sekadar mengingatkan Dato' Sahar untuk menjaga menantu mereka itu.
Dato'
Sahar mengangguk lagi.
……………………………………………………………..
Fail
di atas meja yang harus dibaca dan diteliti oleh Dato' Sahar tersusun rapi.
Banyak kerja yang harus diuruskan olehnya sejak kebelakangan ini. Dato' Sahar
tidak mengeluh kerana itu bererti rezekinya semakin bertambah, namun kerana faktor
usia dia berasa mudah lelah. Alangkah baiknya kalau ada seseorang yang boleh
membantunya menguruskan syarikat ini. Dahulunya Syarikat Ramsa Maju ini kecil tetapi
setelah usaha yang tidak pernah berhenti daripada staf-staf pekerjanya dia,
akhirnya modal dan kewangan syarikat makin kukuh dan nama Syarikat ini sudah
dikenal oleh ramai orang.
Dato'
Sahar nenekan intercom dan memanggil setiausahanya, Gina untuk masuk ke dalam
bilik pejabat. Gadis itu masuk tanpa berlengah.
“Ya
Dato”
“Ni
fail yang saya dah sign. Awak
ambillah. Nanti bagitahu Farhan suruh dia pergi tengok site projek yang dekat dalam hutan sana tu” arah Dato' Sahar.
“Baik,
Dato”
“Farah
ada. Panggil Farah masuk” arah Dato' Sahar lagi. Gina keluar dan memanggilkan
Farah untuk masuk ke pejabat Dato' Sahar. Gadis itu masuk setelah mendapat izin
dari pemilik kamar.
“Duduklah,
Farah” suruh Dato' Sahar. Farah duduk berhadapan dengan ayah mertua kakaknya
itu.
“Farah,
ibu dengan ayah sihat?” soal Dato' Sahar memulakan bicara.
Farah
mengangguk, “Sihat, pak cik” balas
Farah. Bosnya itu tidak dipanggil dengan gelaran Dato’ kerana ditegah. Dato'
Sahar menyuruh dia memanggilnya dengan panggilan yang paling selesa, jadi Farah
memanggilnya dengan gelaran pak cik sahaja.
“Hujung
minggu ni, pak cik nak ke rumah Farah. Ada hal yang nak pak cik bincangkan
dengan ibu dan ayah Farah. Nanti Farah sampaikan ke orang tua Farah, ya”
beritahu Dato' Sahar.
Farah
mengangguk.
“Nanti
pak cik call juga ayah Farah bagitahu
sendiri” kata Dato' Sahar lagi.
Farah
mengangguk lagi.
“Farah
tahu tak kenapa kakak Farah cuti seminggu ni?” soal Dato' Sahar.
“Kakak
tak ada pula bagitahu, pak cik. Tapi hari ini saya tengok dia dah dating kerja”
sambung Farah.
Kali
ini giliran Dato' Sahar terangguk-angguk. Nampaknya Balkish sendiri belum
memberitahu keluarganya tentang masalah yang baru muncul itu. Jadi lebih baik
dia berdiam diri dulu buat sementara waktu ini, kalau ada masa, dia dan Datin
Hasmah akan menjenguk keluarga Balkish dan berbincang masalah tentang anak
mereka ini. Fikir Dato' Sahar.
Farah
meminta diri untuk keluar jika sudah tidak ada hal yang ingin diberitahu oleh
Dato' Sahar. Dia kembali ke tempat kerjanya untuk menyambung tugasannya.
………………………………………..
Apabila
tiba waktu makan tengahari, Balkish pulang sebentar ke rumah. Dia mahu melihat
anaknya. Sebaik sahaja sampai di rumah, dia melihat anaknya sedang bermain-main
dengan Sufi. Dia hanya memandang wajah polos Sufi, bencikah dia pada anak kecil
itu? Tapi Sufi tidak salah apa-apa, yang salah adalah Amin. Kenapa dia harus
menghukum Sufi? Balkish berjalan menghampiri Sufi dan Iman. Iman diangkat ke
dukungan, Sufi sekadar melihat ke arah Balkish.
Balkish
duduk di sofa sambil bermain-main dengan Iman, Sufi tidak dihiraukannya. Dia
masih belum boleh menerima kehadiran anak itu di dalam keluarga ini. Dia tidak
suka melihat wajah Sufi. Wajahnya mengingatkannya kepada perbuatan jahat Amin. Wajah
itu langsung tidak mirip dengan Amin tapi wajah itu membuatkan hati Balkish
tidak tenang. Dia benci kepada Sufi kerana Sufi adalah anak Amin dengan Tina,
gadis yang pertama muncul dalam hati Amin, gadis yang merosakkan kebahagiaan
rumahtanggan dia dan Amin dan sebab gadis itu jugalah, dia dirogol suatu masa
dulu oleh Amin. Dia benci kepada Tina dan juga Sufi. Balkish tidak betah
berlama-lama dengan Sufi di ruang menonton, dia masuk ke dapur.
Botol
susu yang berisi air susu badan yang memang disediakanya sebelum pergi kerja
dia ambil dalam peti ais. Walaupun sudah berumur satu tahun lebih, Iman masih
lagi menyusu badan Cuma Balkish menyediakan susunya dalam botol kerana Iman
sudahpun tumbuh gigi. Botol susu itu dihangatkan dibiarkan sebentar dalam suhu
kamar. Setelah sudah tidak dingin, Balkish kembali ke ruang menonton untuk
menyusukan Iman. Sebentar kemudian, anaknya itu terlena. Balkish meletakan Iman
ke tempat tidurnya.
“Bik,
mama mana?” soal Balkish kepada bibik yang sedang menyiapkan sayur-sayuran
untuk dipotong.
“Ada
dekat atas” beritahu bibik.
Balkish
kembali ke ruang menonton. Dia duduk-duduk di sofa hingga dia terlena. Tidak
lama dia kembali tersedar apabila mendengar suara tangisan anak kecil. Dia
lantas bangun dan melihat Iman nyenyak tidur. Dia mencari Sufi, mungkinkah
tangisan itu milik Sufi. Dilihat Datin Hasmah sedang mendukung Sufi dan
memujuknya untuk berhenti menangis
“Kenapalah
ni. Tadi dah makan, sakit ke?’ soal Datin Hasmah. Dia menepuk punggung Sufi
sambil mendodoikan Sufi. Balkish hanya melihat. Tangisan Sufi tetap keras,
belum ada tanda-tanda yang tangisan itu akan reda.
“Duduk
dulu ya, opah buat susu dekat dapur” Datin Hasmah meletakkan Sufi di tempat
tidurnya. Dia tidak mahu meminta tolong dengan Balkish kerana dia tahu Balkish
pasti tidak senang dengan Sufi. Setelah Datin Hasmah pergi, Balkish akhirnya
melangkah mendekati Sufi, hati ibunya tersentuh melihat tangisan Sufi yang
tidak henti-henti. Anak kecil itu menangis sepuas hati, entah apa yang
menganggunya Balkish juga tidak tahu. Dia menyentuh kaki Sufi. Anak itu masih
lagi menangis. Balkish memberanikan diri, memegang Sufi ke dalam pangkuannya,
Sufi akhirnya di dukung ke sofa dan dipangku dalam ribanya. Air susu yang tadi
belum habis disuapkan kepada Iman, disuakan ke mulut Sufi, anak kecil itu minum
dengan lahapnya. Balkish melihat, dia tidak senyum. Perasaannya datar sahaja.
Setelah Sufi berhenti memangis, lama-lama, matanya terpejam lena. Sufi tidur
dalam pangkuan Balkish. Balkish kemudiannya meletakkan kembali Sufi di tempat
tidurnya.
Tanpa
disedari perbuatan Balkish itu sebenarnya dilihat oleh Datin Hasmah. Wanita itu
tersenyum bahagia melihat kebaikan menantunya itu. Walaupun dia masih marah
dengan Sufi, tapi naluri keibuannya masih tetap mahu membantu Sufi.
“Mama”
panggil Balkish. Dia menuju ke dapur. Mendengar suara menantunya itu Datin
Hasmah menggelebah. Dia segera ke dapur, dia juga tidak mahu Balkish tahu yang
dia sedang melihatnya.
“Mama,
Balkish balik office dulu. kalau ada
apa-apa mama call lah ya” beritahu
Balkish. Datin Hasmah mengangguk. Balkish kembali ke ruang menonton dan mencium
pipi Iman. Dia hanya menoleh ke arah Sufi yang juga sedang nyenyak tidur.
…………………………………
Setelah
pulang dari melawat Tina, Amin kembali ke rumahnya. Keadaan Tina semakin parah.
Sempat juga dia terserempak dengan mak Jah sewaktu di hospital tadi dan Mak Jah
ada bertanyakan keadaan Sufi. Amin meminta tolong Mak Jah mengemaskan
barang-barang Sufi dan kalau ada masa nanti, dia akan ke sana untuk mengambil
barang-barang yang diperlukan Sufi saat anak kecil itu tinggal di rumahnya.
Setelah
pulang, Balkish dilihat sedang memangku Iman di ruang menonton sementara Sufi
sedang bermain barang permainan Iman di atas carpet. Balkish memandang Sufi tanpa berkelip. Amin melangkah ke
arah isterinya dan menegur.
“Assalamualaikum”
Mendengar
sahaja suara Amin Balkish tersentak. Dia tidak berpaling ke arah Amin tetapi
terus sahaja mengangkat punggungnya dari duduk dan meninggalkan ruang menonton.
Amin sekadar melihat. Dia melepaskan satu keluhan berat dan duduk di sofa.
Wajah Sufi ditatap. Anak kecil itu tidak mengerti apa-apa. Dialah yang terpaksa
menangggung semua masalah ini sendirian, dipulaukan oleh keluarganya sendiri,
dipisahkan dari Iman, dan dipersalahkan oleh Balkish. Amin menyandarkan diri ke
sofa. Kepalanya terasa berat.
……………………………..
Setelah
selesai solat Magrib, Amin mengambil Sufi yang ditinggalkan di lantai carpet bermain-main saat dia mengerjakan
solat tiga rakaat itu lalu mendukungnya. Dia keluar dari kamar dan mengetuk
daun pintu bilik Balkish.
“Abang
keluar dengan Sufi. Balkish jangan lupa makan ya” pesan Amin. dia kemudiannya
pergi meninggalkan rumah itu dengan membawa Sufi bersamanya. Dia sebenarnya
kasihankan Balkish juga, gadis itu pasti tidak mahu keluar dari bilik kalau dia
ada. Dia tidak mahu Balkish sakit kerananya, Balkish pernah tidak makan satu
hari kerana tidak mahu keluar dari biliknya jadi, biarlah dia sahaja yang makan
di luar bertemankan Sufi supaya isterinya itu tidak menyeksa diri sendiri
dengan tidak makan. Amin memandu keretanya ke foodcourt dekat dengan rumahnya, dia memesankan makanan untuknya
serta bubur nasi buat Sufi. Sufi di pangkuannya disuapkan dan apabila anaknya
itu sudah kenyang, barulah Amin makan makanan yang dipesankan untuknya. Setelah
selesai makan, Amin membawa Sufi masuk ke The
Store untuk mecari beberapa kelengkapan bayi untuk Sufi. Ada beberapa orang
pekerja di department bayi itu
tersenyum kearah Amin, mereka kemudiannya menegur dan memuji kecomelan Sufi. Amin
hanya memerhatikan. Dia bukan seperti selalunya, kalau dulu, pantang ada
perempuan yang mencuri pandang ke arahnya, dia pasti akan membalas dan
tersenyum kearah mereka. Kini, keinginan itu sudah tiada, masalah yang
menimpanya membejatkan senyuman untuk diukirkan di wajahnya. Yang ada kini di
hatinya adalah masalah yang menggunung dan seribu tanda tanya tentang bagaiman menyelesaikan
masalah yang sedia ada.
Amin
kembali ke rumahnya apabila semua urusannya sudah selesai. Papa sahaja yang
masih belum tidur. Amin masuk ke dalam rumah dan langsung ke kamarnya. Dia
membaringkan Sufi di tilam empuk milik Aman. Amin ke kamar Iman untuk melihat
anaknya yang seorang itu, rindunya pada Iman kerana satu hari ini, Iman asyik
dipegang oleh Balkish sahaja. Gadis itu pula tidak mahu di dekati olehnya jadi Amin
tidak sempat mahu bermain-main dengan Iman. Pintu kamar bilik Iman dikuak dan
anaknya tidak ada di situ. Amin megeluh lagi, pasti Balkish mengambil Iman
tidur dengannya. Amin kembali ke kamarnya dengan perasaan hampa. Dia
membersihkan wajahnya sebelum masuk tidur. Setelah itu, tubuhnya dibaringkan di
sisi Sufi. Anak kecil itu dipeluk erat.