Tuesday, May 26, 2015

SNDKI BAB 49-51

Bab 49
Kereta yang berwarna kelabu itu diparkir di samping kereta mama. Balkish keluar dari perut kereta sambil membimbit briefcasenya. Mama yang sedang menghabiskan waktunya di taman halaman depan disapa lembut.
“Assalamualaikum” seorang wanita berdiri di belakang pintu pagar automatik rumah banglo itu. Balkish berpaling kea rah suara itu.
“Siapa tu Balkish?” soal Datin Hasmah separuh berbisik. Dia mula tidak sedap hati melihat gadis yang tidak dikenali itu.
Balkish menjungkit bahu. Dia juga baru pertma kali melihat si gadis itu.
“Tak payahlah buka gate. Mama tak sedap hatilah” baeritahu Datin Hasmah.
“Balkish tanya dulu dia siapa ya, mama” balas Balkish. Dia menjalan ke arah pintu pagar rumah.
“Ya, cari siapa?” soal Balkish kepada gadis itu.
“Amin ada?” soal wanita itu.
“Amin pergi kampus. Cik ni siapa?” soal Balkish.
“Saya Tina. Boleh saya tunggu Amin di dalam?” soal gadis yang baru memperkenalkan dirinya itu sebagai Tina.
Macam pernah didengar nama Tina tapi bila? Rasanya pernah Amin menyebut nama Tina di depannya dulu, tapi dia sudah lupa. Mungkin gadis ini kawan Amin. Kawan istimewa Amin? Kenapa dia ke sini? Hati Balkish cemburu tapi dia harus menahan dulu perasaan marah dan cemburunya sebelum dia mengetahui hal yang sebenar. Balkish menjemput Tina masuk. Mereka berdua berjalan bertemu dengan Datin Hasmah yang sedang berdiri di tengah-tengah laman. Balkish memperkenalkan Tina kepada Datin Hasmah. Mereka bertiga kemudian masuk ke dalam rumah.
Balkish melihat ke arah gadis yang duduk bertentangan dengannya. Entah kenapa gadis itu dilihat mencurigakan, atau dia hanya mengalami mental breakdown akibat perasaan cemburu dan curiga tentang hubungan gadis itu dengan suaminya. Mereka bertiga hanya duduk di sofa tanpa sebarang biacara. Pada awalnya Balkish cuba bertanya tetapi gadis itu seakan-akan malas untuk menjawab. Datin Hasmah menarik tangan Balkish masuk ke dapur.
“Mama tak sedap hatilah Balkish”
“Tak ada apa-apalah, ma. Dia kata dia kawan Amin”
“Balkish dah telefon Amin?” soal Datin Hasmah.
“Tak. Tapi kejap lagi sampailah Amin tu” beritahu Balkish pula. Mereka berdua akhirnya kembali ke ruang tamu.
Enjin kereta sport Amin kedengaran dari tempat parkir. Balkish dan Datin Hasmah berpaling ke arah pintu utama untuk menyambut kepulangan Amin. Mereka tidak sabar mendengar penjelasan dan cerita Amin berkenaan kawannya yang seorang ini.
Sebaik sahaja Amin melangkah masuk. Langkah terhenti di depan pintu. Wajah Tina jatuh di pandangan. Amin mula tidak senang duduk. Apa Tina buat di sini? Apa yang dia mahu daripada aku? Balkish? Balkish bagaimana? Adakah dia tahu siapa Tina yang sebenarnya?
“Abang” panggil Balkish. Dia melihat perubahan ekspresi suaminya dan mula berasa sesuatu yang tidak baik bakal berlaku. Balkish mula takut sendirian dan berfikir bukan-bukan. Adakah benar jangkaannya bahawa gadis ini merupakan teman istimewa suaminya?
Amin cuba berlagak biasa. Dia melangkah masuk ke dalam rumah.
“Tina? Apa you buat sini?’ soal Amin. Beg galasnya di letakkan di samping kerusi sofa. Dia mengambil tempat duduk di samping Balkish.
“Amin” panggil Tina. Wajah lelaki itu masih seperti dulu, langsung tidak berubah. Tetap handsome dan menawan seperti saat terakhir mereka bersama. Betapa dia rugi kerana melepaskan Amin. Dia menyesal atas perbuatan curangnya dulu, kalaulah dia setia kepada Amin pasti mereka berdua bahagia sampai sekarang. Wajah Balkish dipandang. Gadis itulah kini lebih berhak terhadap Amin. Cemburu mula bersarang lagi, dia benci melihat wajah gadis yang bertudung di depannya itu.
“Ada apa awak datang sini?” soal Amin.
“Amin, I ada sesuatu nak bagitahu you” Tina.
“Ada apa?” soal Amin kembali.
Tina membuka tas tangannya dan mengeluarkan sekeping gambar. Gambar itu diletakkan di atas meja. Amin, Balkish dan Datin Hasmah melihat.
“Ini Sufi. Umur satu tahun lebih”
‘Where were you going with this Tina. I don’t like the sound of it!’ Fikir Amin dalam hati.
“Amin, Sufi anak awak. Anak kita” beritahu Tina.
“Apa you cakap ni Tina?” soal Amin. Suaranya agak keras melemparkan rasa marah mendengar berita itu. Balkish dan Datin Hasmah sangat terkejut.
“Sufi anak awak” ulang Tina lagi.
Kali ini Amin terdiam.
“Amin apa ni, Amin?!” tegur Datin Hasmah.
“Awak nak saya bagitahu macamana hubungan kita dulu?” soal Tina mengugut.
“Tina! I tak suka you datang sini buat kacau rumahtangga I. baik you balik sekarang” marah Amin.
“I Cuma nak bagitahu yang you ada anak dengan I” balas Tina lantang.
“Baik you keluar sebelum I pukul you” ugut Amin.
“I akan ulang banyak kali sampai you bosan dengar. Sufi anak you!” balas Tina.
Amin menarik tangan Tina. Tina memberontak. Lelaki itu terpaksa berkeras untuk menahan amukan Tina. Balkish hanya memerhatikan. Fikirannya kosong. Perasaannya dingin. Dia berasa ketenangannya diragut oleh berita yang mengejutkan dari Tina.
“Tina tolong jangan ganggu keluarga I. You balik sajalah dulu. Benda ni tak boleh settle macam ni” Amin menarik tangan Tina sampai keluar pintu pagar rumah.
“Amin” rintih Tina.
Please. Balik saja dulu. There’s enough damage you cause here. I janji esok I jumpa you. Baliklah sebelum papa I balik” pujuk Amin. Tina akhirnya diam. Kekerasannya mulai beransur hilang apabila mendengar janji yang diberikan oleh Amin. Amin melepaskan pegangannya apabila Tina sudah tidak memberontak dan segera mengunci pintu pagar rumah. Dia membiarkan Tina berdiri di pintu itu, dan menghilang masuk ke dalam rumah.
Amin berjalan ke arah mamanya. “Ma, Amin  boleh jelaskan” beritahu Amin.
“Balkish, abang…” Balkish menapak ke belakang. “Balkish” panggil Amin lagi. Dia meraih lengan isterinya namun ditepis oleh gadis itu.
“Jangan sentuh saya” marah Balkish.
“Balkish” panggil Amin lagi. Dia tahu pasti Balkish sedih mendengar cerita daripada Tina tadi.
Balkish kemudiannya menapak mendaki anak tangga, Amin mengekori dari belakang. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, pintu bilik segera ditutup rapat tanpa menghiraukan Amin yang sedang mengejar. Lelaki itu hampir-hampir dihentam oleh pintu.
“Balkish, dengar dulu apa abang nak cakap” pujuk Amin. Dia mengetuk daun pintu.
Balkish menyandarkan tubuh ke pintu kamar. Air matanya deras mengalir, bahu terhinjut-hinjut menanggung sedu, tangisannya keras kedengaran. Hati Amin sedih mendengar suara tangis gadis itu. Dia mengutuk diri sendiri atas kesalahan silamnya itu. Kenapa tiba-tiba muncul Tina yang mengaku mempunyai anak dengannya? Amin menyandarkan belakang badannya ke pintu kamar Balkish. Dia mengerti kesedihan gadis itu.
…………………………..
“Macamana sekarang ni, bang. Saya pun sakit kepala fikir masalah Amin dengan Balkish ni” keluh Datin Hasmah setelah menceritakan tentang kejadian tadi kepada suaminya.
Dato Sahar diam. Masalah itu turut membejat kemampuannya untuk berbicara. Dia juga terkejut mendengar cerita itu daripada Datin Hasmah. Ingatkan apabila pulang dapat beristirehat dengan tenang, tapi ada-ada sahaja masalah yang menganggu ketenteramannya semasa berada di rumah ini.
“Amin dengan Balkish mana?’ soal Dato' Sahar.
“Ada dekat atas tu bang. Balkish tu terkejut sangat. Saya rasa macam nak pukul saja Amin tu” Datin Hasmah melepaskan rasa marahnya kepada Dato' Sahar.
“Kenapa awak tak pukul saja. Takkan saya pula nak ajar dia sekarang ni. Lainlah kalau saya ada dengan awak tadi” tegur Dato' Sahar.
Datin Hasmah diam. Dia tidak pernah mengangkat tangan sekalipun terhadap anak-anaknya apatah lagi mahu memukul mereka.
“Iman mana?” soal Dato' Sahar lagi.
“Saya suruh bibik jaga dulu” balas Datin Hasmah.
“Macamana ni abang?” soal Datin Hasmah risau tentang masalah yang baru muncul ini. Dia bimbang sekiranya hubungan perkahwinan Amin dan Balkish punah sampai di sini sedangkan mereka berdua sudah lama bersama.
“Saya naik dululah” balas Dato' Sahar tanpa menghiraukan keluhan isterinya. Dia melangkah meninggalkan Datin Hasmah di ruangan tamu. Lama-lama Datin Hasmah mengejar langkah suaminya. Mereka berdua berjalan ke tingkat atas. Dari jauh mereka dapat melihat Amin sedang berteleku di pintu kamar Balkish. Dato' Sahar berdehem kecil sekadar memberitahu kehadirannya di situ. Amin bangun dan membetulkan ekspresi wajahnya.
“Pa” sapa Amin lemah. Dato' Sahar melewati Amin tanpa memandang wajah anak sulungnya itu. Dia marah dengan perbuatan Amin. Dia terkejut mendengar berita tentang cucunya yang satu lagi hasil dari hubungannya dengan Tina, dan berasa marah kepada Amin kerana anaknya itu menyakiti hati Balkish sedangkan dia telah berjanji kepada abang Tahir untuk menjaga Balkish seperti anaknya sendiri. Dia telah berjanji kepada abang Tahir untuk bertanggungjawab terhadap Balkish. Sekarang, bagaimana dia mahu berhadapan dengan birasnya itu setelah apa yang Amin lakukan terhadap Balkish?
……………………………….
Setelah selesai mengerjakan solat Maghrib, tiga rakaat Amin berteleku di masjid. Dia memanjat doa buat kedua orangtuanya, isterinya, dan juga buat dirinya. Kepada Allah dia memohon ampun dan memohon ketabahan untuk dia menghadapai ujian-ujian hidup dengan tenang. Setelah berdoa, dan berwirid, sejadah dilipat. Amin keluar dari bilik apabila mendengar suara tangisan Iman. Dia ke kamar anaknya.
Dilihat mama sedang memangku Iman dalam pelukannya, bibik berdiri di samping mama dengan memegang botol susu milik Iman. Mama berusaha untuk memujuk Iman dari terus-terus menangis tapi Iman tidak mendengar. Amin menghulurkan tangannya kepada Iman, anaknya itu mahu ikut dengannya, Datin Hasmah memindahkan Iman dari dukungnya ke dukungan Amin.
“Kenapa anak papa ni menangis?” pujuk Amin. Dia menepuk punggung anaknya dengan lembut.
Amin berbicara dan bertanya seolah-olah Iman mengerti bicaranya. Dia terus memujuk dengan kata-kata. Lama-kelamaan, anaknya berhenti menangis. Setelah dilihat tangisan Iman mula reda, Datin Hasmah mengarahkan bibik keluar dari kamar. Tidak lama kemudian dia juga turut meninggalkan Amin berdua-duan dengan Iman di kamar itu.
“Opah pun tak nak cakap dengan papa. Mama pun masih marah dengan papa. Iman jangan macam tu ya dengan papa”
“Papa sayang Iman. Iman kan anak papa dengan mama. Nanti kalau papa tak ada, Imanlah kena jaga mama” sambung Amin lagi. Dia terus-terus berbicara sampai akhirnya Iman tertidur. Tubuh anak kecil itu dibaringkan ke katil. Amin berbaring disamping Iman dan cuba untuk melelapkan mata namun tidak bisa. Fikirannya menerawang jauh memikirkan masalah besar yang melanda rumahtangganya. Dalam hal ini dia memang bersalah terhadap Balkish. Papa dan mama juga tak mungkin menyebelahinya. Apa yang harus aku buat sekarang. Walau apapun yang terjadi aku takkan lepaskan Balkish.

Bab 50
Kedua-dua wajah tampan itu ditatap dengan penuh pengharapan, berharap agar salah satu atau kedua-duanya mengeluarkan jalan penyelesaian atau pendapat yang bernas.
Complicated” komen Hisyam.
“Tahu pun” pintas Amin.
“Aku rasa kau kena berbincang dengan Tina” cadang Firdaus.
“Aku tak nak jumpa dia lagi” sambung Amin.
“Susah juga kalau kau tak nak jumpa dia, sebab dia cakap dia ada melahirkan anak kau. Takkan kau nak biarkan anak kau macam tu saja?” soal Firdaus, cuba memberikan hujah untuk cadangannya.
“Kalau dia suruh aku kahwin dengan dia macamana?” soal Amin.
“Kahwin sajalah. Bukan kau tak mampu!” sambung Hisyam. Itu saja yang Hisyam tahu. Otaknya bukan boleh pakai sangat.
“Balkish macamana?”
“Habis tu kau nak bertanggungjawab tak dekat Tina?” soal Firdaus, cuba memancing untuk mengorek isi hati Amin.
“Takkan kau nak bela anak kau saja. Tina macamana? Kau nak biar saja dia macam tu?”
“Dia bukankah dah ada Daniel? Buat apa aku nak kahwin dengan dia. Kalau belum kahwin pun dia boleh curang dengan aku, kahwin makinlah menjadi-jadi” beritahu Amin. teringat peritiwa beberapa tahun dulu yang membuatkna dia hilang sabar dan ‘menyerang’ Balkish. Kalau dulu Balkish menjadi mangsa kerana perbuatan curang Tina, kali ini takkan Balkish lagi yang terpaksa menjadi mangsa seandainya dia dan Tina terpaksa hidup berpoligami. Tapi mahukah gadis itu bermadu. Balkish sudahlah mebencinya selama ini, makin bertambah bencinya dengan masalah yang berkaitan dengan Tina ini.
“Kau pergilah berbincang dulu dengan Tina. Dia ada call kau tak?” soal Firdaus.
“Ada, tapi aku malas nak angkat” jawab Amin tanpa rasa bersalah kerana tidak mengangkat panggilan dari Tina. Dia benci gadis itu. Dialah perosak kebahagian antara dia dan Balkish.
……………………………………….
Melisa melihat jam di tangan, sudah waktunya dia kembali ke ruangan jururawat. Dia bergegas bersiap dengan mengenakan kembali tudungnya. Alat solat dikembalikan ke tempatnya. Apabila sampai di ruangan, Melissa masuk ke kamar pesakit tempat dia bertugas. Sudah waktunya dia memberikan ubat suntikan kepada pesakitnya. Infuse tiga kepala itu di pulas tombolnya, kemudian Melissa memasukkan satu milliliter ubat melalui corong infuse. Aliran air dari botol infuse dilancarkan dan Melissa kembali ke kaunter tempat dia bertugas. Pesakit yang sedang nyenyak tidur itu tidak mahu diganggu. Dia kemudiannya melengkapkan jadual pemberian ubat yang sudah diberikan kepada pesakit-pesakitnya.
Deringan telefon Samsung yang dicas di kaunter membuatkan pekerjaan Melissa terhenti. Dia dan kawannya saling berpandangan. Selama beberapa hari ini telefon itu tidak pernah berdering tetapi Melisa tetap memastikan agar telefon bimbit itu tetap akrif dan menyala. Takut-takutnya nanti kenalan atau keluarga si pemilik telefon membuat panggilan.
“Angkatlah” suruh seorang kawan Melisa, Hida.
Melisa menekan butag hijau dan dia member salam kepada sipemanggil.
“Tina?” panggil Amin pelik. Dia tahu bukan suara Tina yang member salam kepadanya.
“Maaf. Saya bukan Tina. Saya Melisa” balas Melisa.
“Ini nombor handphone Tina kan?” soal Amin pelik.
“Maaf encik. Sebenarnya Cik Tina ada di hospital sekarang. Saya nurse yang menajaganya. Sudah beberapa hari, belum ada keluarga yang datang melawat. Encik ni keluarga Cik Tina ke?’ soal Melisa.
“Ya” jawab Amin teragak-agak.
“Kalau macam tu encik datang ke hospital kami” cadang Melissa. Dia kemudiannya memberitahu alamat hospital serta nombor ruangan dimana Tina ditempatkan.
Amin memberi salam sebelum mematikan panggilannya.
……………………………..
Melisa mengetuk daun pintu sebelum membawa Amin masuk ke dalam bilik itu. Dia kemudiannya meminta diri dan meninggalkan Amin.
Amin melangkah menghampiri sekujur tubuh yang terbaring lemah di katil di dalam ruangan itu. Nama Tina dipanggil lembut. Perlahan-lahan tubuh yang membelakangiya itu memperlihatkan wajahnya. Amin sedih melihat wajah lesu milik Tina. Satu waktu dulu, wajah itu sangat cantik dan mencairkan hati mana-mana lelaki yang memandangnya. Dia juga pernah berbangga kerana memiliki tubuh dan wajah itu. Betapa besarnya kuasa Allah, sebentar dia memberi, sekelip mata dia bisa merampasnya kembali kerana yang diberikan kepada manusia itu bersifat pemberian sementara dan Allah boleh mengambilnya bila-bila masa sahaja.
Wajah itu cuba mengukirkan senyuman saat melihat Amin datang menziarahinya. Terketa-ketar bibir itu menyebut nama Amin. Kulit Balkish pucat sekali, perutnya juga agak besar dan saiz badannya bukan lagi langsing seperti dulu, mungkin kerana penyakitnya..
“Awak dah tengok Sufi? Anak kita” Tanya Tina.
Amin menggeleng. Wajah Tina berubah sedih.
“Mana Sufi?” soal Amin.
“Ada dekat rumah jiran saya. Saya tak tahu nak tinggalkan dekat siapa jadi saya minta tolong Mak Jah jagakan Sufi buat sementara waktu ni” beritahu Tina. Dia batuk berkahak.
“Terima kasih sebab datang jenguk saya” beritahu Tina.
Amin mengangguk. “Tina, I datang ni sebab nak settlekan masalah kita. Betul ke Sufi anak I?” soal Amin berterus terang tentang hajat kedatangannya. Dia tidak mahu berlama-lama di bilik Tina. Dia tidak selesa berdua-duaan dengan gadis itu walaupun dia hanya menziarah.
“I ada penyaikt hati. Liver cirrhosis. You tengoklah keadaan I sekarang, I akan mati bila-bila dari sekarang, takkan I nak berbohong pada you lagi” beritahu Tina. Dia tidak mahu berselindung lagi tetang keadaan kesihatannya.
“Penyakit ini sebab I terlalu banyak minum minuman keras. Akhirnya I dapat hukuman atas kesalahan I. I berdosa dekat orang tua I sampailah mereka meinggal dunia setahun yang lalu”
“Daniel mana?” soal Amin.
“Lelaki tu lelaki tak guna. I menyesal I curang dengan you Amin. I menyesal sangat melepaskan you” keluh Tina. Air matanya mengalir ke pipi.
…………………………
Pemanduannya lancar, jalan raya tidak terlalu sesak sekarang ini. Perhatiannya tidak beralih dari jalan raya namun fikirannya melayang ke tempat lain. Hatinya tidak pernah tenteram sejak pertemuan kembali dengan Tina. Amin sudah tidak tahu apa yang terbaik untuk dia dan Balkish. Isterinya itu merajuk dan marah sekali dengannya. Gadis itu berkurung sahaja di dalam bilik selama dua hari sejak bertemu dengan Tina. Mujurlah kalau mama pujuk, dia mahu keluar makan itupun kalau tidak bertembung denganku. Kasihan sekali Balkish, gadis itu terseksa lagi kerananya. Balkish berdiam diri sahaja kebelakangan ini, sudah hampir seminggu gadis itu tidak ke pejabat tetapi dia sudah tidak berkurung lagi di bilik, mungkin segan dengan mama. Namun Balkish masih belum mahu berbicara dan berjumpa denganku. Amin melihat ke cermin belakang, wajah anak kecil yang duduk di kerusi bayi di belakang ditatap.
Setelah bertemu dengan Tina tadi, gadis itu memberikan alamat rumahnya. Amin ke rumah teres yang terletak di sebuah perumahan di area Subang. Dia memberi salam sebaik sahaja keluar dari kereta dan memperkenalkan dirinya sebagai Amin kepada wanita yang lebih muda dari mamanya itu. Mak Jah kemudiannya membawa keluar Sufi dan menyerahkan kanak-kanak yang lebih kurang sebaya dengan Iman. Amin membawa Sufi untuk masuk ke dalam keretanya. Dia tidak lupa untuk memberikan nombor telefonnya kepada Mak Jah sebagai langkah berjaga-jaga seandainya ada sesuatu yang terjadi kepada Tina sepanjang dia tidak berada di hospital. Dia kasihankan Tina yang hanya bersendirian di hospital tanpa ditemani sesiapa. Gadis itu kesunyian dan sendiri menghadapi sakit. Walaupun dia sudah tidak menyintai gadis itu tetapi nilai kemanusiannya masih lagi wujud dan dia masih lagi waras untuk berfikir demi kebaikan Tina.
Setelah sampai di parkir perkarangan rumah, Amin keluar dari keretanya dan membuka pintu kereta di sebelah belakang. Tubuh kanak-kanak itu dilepaskan dari ikatan seat belt. Sufi didukung ke pangkuannnya. Amin memberi salam sebelum masuk. Sufi didukung masuk ke dalam rumahnya. Datin Hasmah terlopong melihat ke arah Amin, dia dapat menyangka yang anak di pangkuan Amin itu adalah anaknya dengan Tina tetapi kenapa Amin membawanya ke sini? Sampai hati dia membawa anak itu ke rumah ini? Bagaimana dengan perasaan Balkish? Datin Hasmah cepat-cepat mendapatkan Amin bimbang sekiranya Amin dilihat oleh Balkish.
“Amin! mama tak marah Amin bukan bermakna mama suka apa yang Amin buat selama ni” marah Datin Hasmah.
“Ma. Please ma. Tina sakit sekarang ni. Tak ada orang nak jaga budak ni” balas Amin.
“Kau letak dulu budak tu” arah Datin Hasmah.
Amin meletakkan Sufi di sofa. Anak kecil itu kelihatan terpinga-pinga. Dia bukan sahaja tidak mengenali orang-orang di sekitarnya, malah dia juga tidak mengenali tempat ini. Sufi duduk di sofa seperti yang disuruh oleh Amin.
“Kau cari nahas ke? Balkish macamana kalau kau bawa budak tu ke sini?” marah Datin Hasmah lagi.
Mama tidak pernah semarah ini.
“Habis tu, Amin nak biarkan saja budak tu?” soal Amin kembali.
“Min dah tanya papa? Soal Datin Hasmah.
Amin menggeleng.
“Balkish?”
“Dia dengan Amin pun tak nak bercakap, macamana Amin nak tanya” balas Amin.
“Habis tu Min. Mama risaulah. Kau ni tak fikir betul-betul sebelum ambil tindakan” marah Datin Hasmah lagi.
“Ma. Balkish tu isteri Amin. Amin tahu mama risau pasal kami. Apa pun terjadi Amin takkan lepaskan Balkish. Mama jangan risau” balas Amin.
“Yang perempuan hari tu macamana?”
“Tina? Dia kat hospital sekarang. Teruk juga keadaan dia. Amin kena pergi jenguk dia juga mama. Amin kasihan tengok dia seorang-seorang dekat sana” balas Amin.
“Dia sakit apa?’ soal Datin Hasmah. Perasaan ingin tahunya membuak-buak.
“Amin tak tahu sangat. Pasal liver failure. Teruk juga keadaan dia, ma. Tina tu dah tak ada sesiapa lagi kat dunia ni. Budak tu pun, jiran dia yang jagakan. Tu yang Amin bawa balik sini”
“Mama tak kisah Min, tapi Balkish?”
“Biarlah dia, ma. Lama-lama sejuklah tu. Amin pun tak sampai hati nak biarkan budak tu dengan orang lain sedangka dia anak Amin” beritahu Amin.
Amin kembali ke ruang tamu. Dia melihat Sufi sedang bermain-main dengan Iman. Sufi lebih tua dari Iman agaknya kerana badan Sufi lebih tinggi dan dia sudah hampir boleh berjalan sendiri sedangkan Iman masih belum.
“Sufi” panggil Amin.
Anak itu berjalan ke arahnya. Amin mendukung Sufi dan dibawa ke dapur.
“Bik, boleh tolong saya tak? Mandikan Sufi” pinta Amin. Bibik mengangguk laju.
“Nanti awak pakaikan saja baju Iman yang besar-besar sedikit” sambung Amin lagi.
Bibik kemudiannya mengambil Sufi daripada Amin dan kemudian membawa anak kecil itu ke bilik air di tingkat bawah. Amin keluar ke ruang tamu, dia mengangkat Iman dari duduk dan diletakkan ke atas ribaannya. Anaknya itu masih leka bermain dengan permainannya yang berada di tangan. Sekejap-sekejap barang permainan itu di letakkan di  mulut. Air liurnya menitis. Amin mencium ubun-ubun Iman. Wajah comel dan polos itu ditatap dengan rasa sayu.
“Maafkan papa” ubun-ubun itu dicium lagi.
…………………………………………………….
Amin melangkah naik ke tingkat atas, Balkish masih berkurung di dalam bilik. Daun pintu diketuk dan Amin meminta Balkish membuka kunci pintu. Sudah lama dia tidak melihat wajah itu. Dia rindu kepada Balkish. Dia sayang kepada gadis itu dengan sepenuh hatinya. Dia menyintai Balkish dengan seluruh jiwa dan raganya.
“Balkish, abang nak cakap sedikit” kata Amin sambil tidak berhenti mengetuk daun pintu meminta agar Balkish membukakan ruang untuk mereka berbincang.
Balkish diam.
“Abang nak cakap sedikit. Awak bukalah pintu ni” beritahu Amin.
“Kalau awak tak nak buka, abang cakap macam nilah. Abang nak bagitahu yang abang bawa Sufi ke sini. Tina sakit, tak ada orang yang nak jaga dia” beritahu Amin.
Mendengar kata-kata Amin itu, tangisan Balkish semakin keras, dia cuba menyembunyikan laungannya dari kedengaran ke telinga Amin. Dia tidak mahu dibilang lemah oleh lelaki itu. Dia benci kepada Amin dan menyesal mempercayai yang lelaki itu tidak akan menyakitinya lagi. Dia menyesal kerana belajar mengenali lelaki itu dan menyukainya. Dia menyesal atas segala harapan yang dipasang olehnya bahawa dia akan bahagia di sisi Amin. semua impiannya itu musnah oleh kerana sikap dan perangai Amin yang takkan pernah berubah. Gebar dan bantal basah dengan air mata. Sudah beberapa hari ini, dia asyik menangis tanpa henti. Sedih dengan berita itu. Dia kecewa kerana dia sudah menyukai Amin dan jatuh cinta dengannya. Dia kecewa kerana lelaki itu sebenarnya sudah mula disanjungi tapi kenapa tatkala hatinya sudah terpaut dengan lelaki itu, musibah ini muncul. Mungkinkah memang tidak akan pernah ada bahagia untuk dia dan Amin?
“Abang cuma nak Balkish tahu” beritahu Amin. Dia menunggu sebentar, berharap agar pintu bilik itu dibuka supaya dia dan Balkish dapat berbincang. Tapi harapannya itu hancur. Balkish masih lagi tidak mahu bersemuka dengannya.

Bab 51
Awal-awal pagi lagi Amin sudah keluar dari rumah untuk ke kampus. Rencananya, setelah selesai kuliah, dia akan pergi menjenguk Tina di hospital sambil membawakan makanan yang diminta oleh gadis itu. Amin sempat masuk ke kamar Iman untuk melihat anaknya, Iman yang tidur di buaian dan Sufi yang tidur di tempat tidur.
“Papa pergi dulu ya sayang. Jaga mama elok-elok” pipi Iman yang tembam di gosok. Dia kemudiannya mencium di pipi itu. Amin melihat ke arah Sufi yang masih tidur lena. Baju Iman yang dipakainya ketat membalut tubuh, Amin tersenyum lucu. Dia menarik gebar untuk Sufi. Anak kecil itu bergerak-gerak kecil dan sambung tidur.
Bibik sudah menyiapkan sarapan pagi.
“Tuan, makan dulu”
“Tak apalah” balas Amin. Dia seraya keluar dari rumah itu.
 Tidak lama kemudian, Datin Hasmah juga turun ke dapur. Dia hanya sempat melihat kelibat Amin yang cepat melulu keluar kerana sudah terlambat.
“Amin tak breakfast?” soal Datin Hasmah.
Bibir menggeleng. Anak lelakinya itu selalunya makan hidangan sarapan yang disediakan oleh Balkish.
Tidak lama kemudian, Balkish turun dengan lengkap berpakaian formal seperti mahu ke pejabat. Datin Hasmah terkesima sebentar tapi cepat-cepat tersedar apabila disapa oleh menantunya itu.
Breakfast dulu, Balkish” ajak Datin Hasmah. Balkish mengangguk. Dia duduk di tempat makan dan mengambil roti bakar. Jam kacang disapukan ke atas rotinya.
“Mama, Balkish pergi kerja hari ni. Mama tolong tengokkan Iman ya. Nanti lunch kalau tak ada apa-apa Balkish balik tengok-tengokkan dia. Kalau ada apa-apa mama call sajalah” Datin Hasmah memaksakan kepalanya utnuk mengangguk. Lagak menantunya itu seperti biasanya, berbicara dengan gaya kata yang biasa, nada yang biasa dan sikap yang biasa. Dah okey ke Balkish ni? Pertanyaan itu timbul di benak Datin Hasmah.
“Balkish pergi dulu, ma. Tangan Datin Hasmah disalam. Dia kemudiannya berlalu pergi.
“Bu, dah okey ke puan?’ soal Bibik kepada Datin Hasmah. Bibik pun berasa risau melihat gelagat Balkish.
“Macam dah okey” balas Datin Hasmah pula.
Mereka berdua menghantar Balkish dengan pandangan sampailah gadis itu keluar ke tempat parkir. Dari jauh kelihatan Dato' Sahar sedang menuruni anak tangga untuk ke ruang makan.
“Wak dah sampai?” soal Dato' Sahar.
“Belum, bang” balas Datin Hasmah.
“Abang, Balkish tu pergi kerja hari ni” beritahu Datin Hasmah.
“Macam biasa saja saya tengok dia, bang. Abang suruh dia masuk kerja dah ke?” soal Datin Hasmah kepada suaminya.
“Mana ada. Saya ni tak kisah pun dia nak masuk office bila. Dia seganlah tu agaknya cuti lama-lama” balas Dato' Sahar.
“Abang ada bagitahu abang Tahir dan kak Aminah dah ke pasal Amin dan Balkish ni?”
“Belum”
“Saya seganlah nak bagitahu. Awaklah yang bagitahu”
“Abang ni, ada pula saya. Sama-samalah bang. Nanti kita ke rumah mereka” balas Datin Hasmah. Dato' Sahar sekadar mengangguk lemah.
“Abang, dekat office nanti, jangan paksa sangat Balkish tu, bang. Kasihan saya tengok dia” sambung Datin Hasmah lagi sekadar mengingatkan Dato' Sahar untuk menjaga menantu mereka itu.
Dato' Sahar mengangguk lagi.
……………………………………………………………..
Fail di atas meja yang harus dibaca dan diteliti oleh Dato' Sahar tersusun rapi. Banyak kerja yang harus diuruskan olehnya sejak kebelakangan ini. Dato' Sahar tidak mengeluh kerana itu bererti rezekinya semakin bertambah, namun kerana faktor usia dia berasa mudah lelah. Alangkah baiknya kalau ada seseorang yang boleh membantunya menguruskan syarikat ini. Dahulunya Syarikat Ramsa Maju ini kecil tetapi setelah usaha yang tidak pernah berhenti daripada staf-staf pekerjanya dia, akhirnya modal dan kewangan syarikat makin kukuh dan nama Syarikat ini sudah dikenal oleh ramai orang.
Dato' Sahar nenekan intercom dan memanggil setiausahanya, Gina untuk masuk ke dalam bilik pejabat. Gadis itu masuk tanpa berlengah.
“Ya Dato”
“Ni fail yang saya dah sign. Awak ambillah. Nanti bagitahu Farhan suruh dia pergi tengok site projek yang dekat dalam hutan sana tu” arah Dato' Sahar.
“Baik, Dato”
“Farah ada. Panggil Farah masuk” arah Dato' Sahar lagi. Gina keluar dan memanggilkan Farah untuk masuk ke pejabat Dato' Sahar. Gadis itu masuk setelah mendapat izin dari pemilik kamar.
“Duduklah, Farah” suruh Dato' Sahar. Farah duduk berhadapan dengan ayah mertua kakaknya itu.
“Farah, ibu dengan ayah sihat?” soal Dato' Sahar memulakan bicara.
Farah  mengangguk, “Sihat, pak cik” balas Farah. Bosnya itu tidak dipanggil dengan gelaran Dato’ kerana ditegah. Dato' Sahar menyuruh dia memanggilnya dengan panggilan yang paling selesa, jadi Farah memanggilnya dengan gelaran pak cik sahaja.
“Hujung minggu ni, pak cik nak ke rumah Farah. Ada hal yang nak pak cik bincangkan dengan ibu dan ayah Farah. Nanti Farah sampaikan ke orang tua Farah, ya” beritahu Dato' Sahar.
Farah mengangguk.
“Nanti pak cik call juga ayah Farah bagitahu sendiri” kata Dato' Sahar lagi.
Farah mengangguk lagi.
“Farah tahu tak kenapa kakak Farah cuti seminggu ni?” soal Dato' Sahar.
“Kakak tak ada pula bagitahu, pak cik. Tapi hari ini saya tengok dia dah dating kerja” sambung Farah.
Kali ini giliran Dato' Sahar terangguk-angguk. Nampaknya Balkish sendiri belum memberitahu keluarganya tentang masalah yang baru muncul itu. Jadi lebih baik dia berdiam diri dulu buat sementara waktu ini, kalau ada masa, dia dan Datin Hasmah akan menjenguk keluarga Balkish dan berbincang masalah tentang anak mereka ini. Fikir Dato' Sahar.
Farah meminta diri untuk keluar jika sudah tidak ada hal yang ingin diberitahu oleh Dato' Sahar. Dia kembali ke tempat kerjanya untuk menyambung tugasannya.
………………………………………..
Apabila tiba waktu makan tengahari, Balkish pulang sebentar ke rumah. Dia mahu melihat anaknya. Sebaik sahaja sampai di rumah, dia melihat anaknya sedang bermain-main dengan Sufi. Dia hanya memandang wajah polos Sufi, bencikah dia pada anak kecil itu? Tapi Sufi tidak salah apa-apa, yang salah adalah Amin. Kenapa dia harus menghukum Sufi? Balkish berjalan menghampiri Sufi dan Iman. Iman diangkat ke dukungan, Sufi sekadar melihat ke arah Balkish.
Balkish duduk di sofa sambil bermain-main dengan Iman, Sufi tidak dihiraukannya. Dia masih belum boleh menerima kehadiran anak itu di dalam keluarga ini. Dia tidak suka melihat wajah Sufi. Wajahnya mengingatkannya kepada perbuatan jahat Amin. Wajah itu langsung tidak mirip dengan Amin tapi wajah itu membuatkan hati Balkish tidak tenang. Dia benci kepada Sufi kerana Sufi adalah anak Amin dengan Tina, gadis yang pertama muncul dalam hati Amin, gadis yang merosakkan kebahagiaan rumahtanggan dia dan Amin dan sebab gadis itu jugalah, dia dirogol suatu masa dulu oleh Amin. Dia benci kepada Tina dan juga Sufi. Balkish tidak betah berlama-lama dengan Sufi di ruang menonton, dia masuk ke dapur.
Botol susu yang berisi air susu badan yang memang disediakanya sebelum pergi kerja dia ambil dalam peti ais. Walaupun sudah berumur satu tahun lebih, Iman masih lagi menyusu badan Cuma Balkish menyediakan susunya dalam botol kerana Iman sudahpun tumbuh gigi. Botol susu itu dihangatkan dibiarkan sebentar dalam suhu kamar. Setelah sudah tidak dingin, Balkish kembali ke ruang menonton untuk menyusukan Iman. Sebentar kemudian, anaknya itu terlena. Balkish meletakan Iman ke tempat tidurnya.
“Bik, mama mana?” soal Balkish kepada bibik yang sedang menyiapkan sayur-sayuran untuk dipotong.
“Ada dekat atas” beritahu bibik.
Balkish kembali ke ruang menonton. Dia duduk-duduk di sofa hingga dia terlena. Tidak lama dia kembali tersedar apabila mendengar suara tangisan anak kecil. Dia lantas bangun dan melihat Iman nyenyak tidur. Dia mencari Sufi, mungkinkah tangisan itu milik Sufi. Dilihat Datin Hasmah sedang mendukung Sufi dan memujuknya untuk berhenti menangis
“Kenapalah ni. Tadi dah makan, sakit ke?’ soal Datin Hasmah. Dia menepuk punggung Sufi sambil mendodoikan Sufi. Balkish hanya melihat. Tangisan Sufi tetap keras, belum ada tanda-tanda yang tangisan itu akan reda.
“Duduk dulu ya, opah buat susu dekat dapur” Datin Hasmah meletakkan Sufi di tempat tidurnya. Dia tidak mahu meminta tolong dengan Balkish kerana dia tahu Balkish pasti tidak senang dengan Sufi. Setelah Datin Hasmah pergi, Balkish akhirnya melangkah mendekati Sufi, hati ibunya tersentuh melihat tangisan Sufi yang tidak henti-henti. Anak kecil itu menangis sepuas hati, entah apa yang menganggunya Balkish juga tidak tahu. Dia menyentuh kaki Sufi. Anak itu masih lagi menangis. Balkish memberanikan diri, memegang Sufi ke dalam pangkuannya, Sufi akhirnya di dukung ke sofa dan dipangku dalam ribanya. Air susu yang tadi belum habis disuapkan kepada Iman, disuakan ke mulut Sufi, anak kecil itu minum dengan lahapnya. Balkish melihat, dia tidak senyum. Perasaannya datar sahaja. Setelah Sufi berhenti memangis, lama-lama, matanya terpejam lena. Sufi tidur dalam pangkuan Balkish. Balkish kemudiannya meletakkan kembali Sufi di tempat tidurnya.
Tanpa disedari perbuatan Balkish itu sebenarnya dilihat oleh Datin Hasmah. Wanita itu tersenyum bahagia melihat kebaikan menantunya itu. Walaupun dia masih marah dengan Sufi, tapi naluri keibuannya masih tetap mahu membantu Sufi.
“Mama” panggil Balkish. Dia menuju ke dapur. Mendengar suara menantunya itu Datin Hasmah menggelebah. Dia segera ke dapur, dia juga tidak mahu Balkish tahu yang dia sedang melihatnya.
“Mama, Balkish balik office dulu. kalau ada apa-apa mama call lah ya” beritahu Balkish. Datin Hasmah mengangguk. Balkish kembali ke ruang menonton dan mencium pipi Iman. Dia hanya menoleh ke arah Sufi yang juga sedang nyenyak tidur.
…………………………………
Setelah pulang dari melawat Tina, Amin kembali ke rumahnya. Keadaan Tina semakin parah. Sempat juga dia terserempak dengan mak Jah sewaktu di hospital tadi dan Mak Jah ada bertanyakan keadaan Sufi. Amin meminta tolong Mak Jah mengemaskan barang-barang Sufi dan kalau ada masa nanti, dia akan ke sana untuk mengambil barang-barang yang diperlukan Sufi saat anak kecil itu tinggal di rumahnya.
Setelah pulang, Balkish dilihat sedang memangku Iman di ruang menonton sementara Sufi sedang bermain barang permainan Iman di atas carpet. Balkish memandang Sufi tanpa berkelip. Amin melangkah ke arah isterinya dan menegur.
“Assalamualaikum”
Mendengar sahaja suara Amin Balkish tersentak. Dia tidak berpaling ke arah Amin tetapi terus sahaja mengangkat punggungnya dari duduk dan meninggalkan ruang menonton. Amin sekadar melihat. Dia melepaskan satu keluhan berat dan duduk di sofa. Wajah Sufi ditatap. Anak kecil itu tidak mengerti apa-apa. Dialah yang terpaksa menangggung semua masalah ini sendirian, dipulaukan oleh keluarganya sendiri, dipisahkan dari Iman, dan dipersalahkan oleh Balkish. Amin menyandarkan diri ke sofa. Kepalanya terasa berat.
……………………………..
Setelah selesai solat Magrib, Amin mengambil Sufi yang ditinggalkan di lantai carpet bermain-main saat dia mengerjakan solat tiga rakaat itu lalu mendukungnya. Dia keluar dari kamar dan mengetuk daun pintu bilik Balkish.
“Abang keluar dengan Sufi. Balkish jangan lupa makan ya” pesan Amin. dia kemudiannya pergi meninggalkan rumah itu dengan membawa Sufi bersamanya. Dia sebenarnya kasihankan Balkish juga, gadis itu pasti tidak mahu keluar dari bilik kalau dia ada. Dia tidak mahu Balkish sakit kerananya, Balkish pernah tidak makan satu hari kerana tidak mahu keluar dari biliknya jadi, biarlah dia sahaja yang makan di luar bertemankan Sufi supaya isterinya itu tidak menyeksa diri sendiri dengan tidak makan. Amin memandu keretanya ke foodcourt dekat dengan rumahnya, dia memesankan makanan untuknya serta bubur nasi buat Sufi. Sufi di pangkuannya disuapkan dan apabila anaknya itu sudah kenyang, barulah Amin makan makanan yang dipesankan untuknya. Setelah selesai makan, Amin membawa Sufi masuk ke The Store untuk mecari beberapa kelengkapan bayi untuk Sufi. Ada beberapa orang pekerja di department bayi itu tersenyum kearah Amin, mereka kemudiannya menegur dan memuji kecomelan Sufi. Amin hanya memerhatikan. Dia bukan seperti selalunya, kalau dulu, pantang ada perempuan yang mencuri pandang ke arahnya, dia pasti akan membalas dan tersenyum kearah mereka. Kini, keinginan itu sudah tiada, masalah yang menimpanya membejatkan senyuman untuk diukirkan di wajahnya. Yang ada kini di hatinya adalah masalah yang menggunung dan seribu tanda tanya tentang bagaiman menyelesaikan masalah yang sedia ada.

Amin kembali ke rumahnya apabila semua urusannya sudah selesai. Papa sahaja yang masih belum tidur. Amin masuk ke dalam rumah dan langsung ke kamarnya. Dia membaringkan Sufi di tilam empuk milik Aman. Amin ke kamar Iman untuk melihat anaknya yang seorang itu, rindunya pada Iman kerana satu hari ini, Iman asyik dipegang oleh Balkish sahaja. Gadis itu pula tidak mahu di dekati olehnya jadi Amin tidak sempat mahu bermain-main dengan Iman. Pintu kamar bilik Iman dikuak dan anaknya tidak ada di situ. Amin megeluh lagi, pasti Balkish mengambil Iman tidur dengannya. Amin kembali ke kamarnya dengan perasaan hampa. Dia membersihkan wajahnya sebelum masuk tidur. Setelah itu, tubuhnya dibaringkan di sisi Sufi. Anak kecil itu dipeluk erat.

No comments:

Post a Comment