Bab 46
Hari
ini Dato’ Sahar sengaja memberikan Wak cuti kerana dia tidak masuk ke pejabat.
Mereka sekeluarga mahu menghadiri upacara konvokesyen Balkish yang diadakan di
Kampus UIA. Dato’ Sahar mendapat parkir kosong tidak jauh dari dewan. Kereta
agak banyak di jalan sekitar kampus dan jalan agak sesak. Semua orang
berpusu-pusu mahu ke dewan konvokesyen. Untung ada beberapa pegawai keselamatan
yang ditugaskan menjaga dan melancarkan perjalanan orang ramai ke dewan.
Balkish, Datin Hasmah dan Dato’ Sahar keluar dari kereta. Balkish membetulkan
pakaian jubah konvokesyennya. Dia khuatir memikirkan yang Amin masih belum
sampai.
Suaminya
itu pergi menjemput keluarganya yang terdiri daripada ayah, ibu, Farah, Fahmi,
Fatin dah Fahmi. Mereka semua dapat menghadirkan diri ke acara konvokesyennya.
Kebetulan juga, adik-adiknya yang masih bersekolah cuti sekarang ini.
“Sini
mama pegang Iman” Datin Hasmah mengambil Iman dari dukungan Balkish.
“Jomlah
masuk dulu” ajak Dato’ Sahar.
“Amin,
pa” beritahu Balkish. Dia risau suami dan keluarganya tidak sempat menyaksikan konvokesyennya.
“Kejap
lagi sampailah tu” sambung Dato’ Sahar.
Amin
berangkat agak awal kerana pergi menjemput keluarganya tapi kenapa lelaki itu
masih belum tiba.
“Jam kan tadi. Balkish masuklah dulu,
nanti terlambat” pujuk Datin Hasmah. Dia mengajak Balkish mengikutnya untuk
masuk ke dewan. Balkish tidak segera ke tempat duduknya, dia masih mahu
menunggu di dewan bersama papa dan mama. Kebetulan hanya dua orang yang
dibenarkan masuk ke dewan kerana tidak ada tempat duduk yang cukup untuk semua
orang.
“Balkish
pergilah. Nanti kalau Amin datang mama ganti dengan dia” pujuk Datin Hasmah.
Dia dapat melihat wajah Balkish yang cemas. Akhirnya Balkish mengalah. Dia
mendapatkan tempat duduknya di barisan paling depan.
Dia
menghantar sms kepada Amin bertanya keberadaan lelaki itu. smsnya dibalas.
‘Jammed, sayang’
‘Cepatlah.
Tak lama lagi turn saya’ balas
Balkish.
Tiada
balasan daripada Amin. Balkish rimas. Sudah sampai giliran barisannya untuk berdiri dan beratur di samping pentas.
Sesekali dia mencari-cari wajah Amin, mama dan papa namun tidak berhasil.
Keluarga-keluarga peneriman ijazah menghalangi pandangannya. Mereka sibuk untuk
mengambil gambar ahli keluarga mereka yang sedang dipanggil namanya naik ke
pentas dan menerima segulung ijazah dari Canselor UIA.
“Nama
mahasiswa-mahasiswa yang menerima anugerah Canselor kerana prestasi mereka yang
cemerlang dari segi akademik dan Kokurikulum bakal diumumkan. Untuk program
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan adalah: Dipersilakan Ahmad Muaz bin
Ismail”
Nama
Muaz, temannya sudah dipanggil. Balkish semakin cemas. Kawannya itu sudah mula
melangkah naik ke pentas.
“Yang
kedua, dipersilakan Balkish binti Ahmad Tahir”
Wawa
mencuit pinggangnya. “Turn kau
Balkish” bisik Wawa.
Balkish
tergopoh-gapah melangkah naik ke pentas. Dia cuba mengawal jalannya yang
berkaki high heels. Dari pentas yang
agak tinggi itu, dia dapat melihat dengan lebih jelas ke seluruh isi dewan.
Tempat duduk mama dan papa dilihat. Wajah ayah dan wajah Amin muncul
dipandangnnya. Balkish tersenyum ke arah mereka. Dia dapat melihat wajah ayah.
Betapa gembira hatinya dapat membuatkan wajah ayah yang sudah dihiasi garis
usia itu tersenyum. Ayah banyak berkorban untuk dia dan adik-adik. Ayah bekerja
keras setiap hari untuk menyara hidup mereka sekeluarga. Kulit ayah menunjukkan
betapa ayah tidak kisah menahan bahang panas sinar matahari semata-mata untuk
memberikan dia dan adik-adik pelajaran. Ayah tersenyum. Wajah yang jarang
sekali tersenyum itu akhirnya memberikan dia satu perasaan bangga kerana berjaya
memnggembirakan hati ayah. Kedut-kedut di wajah ayah semakin jelas, namun
Balkish tetap berbangga memiliki ayah eperti ayahnya.
Wajah
Amin dipandang. Lelaki itu tersenyum menampakkan gigi sambil melambaikan tangan
ke arahnya. Balkish membalas senyuman itu. Dia melangkah perlahan-lahan ke arah
Canselor dan menerima segulung ijazah yang memang layak menjadi miliknya. Dia
bertungkus-lumus siang dan malam untuk ijazah ini. Apalah salahnya kalau dia sedikit
merasa bangga dengan pencapaiannya yang diusahakan dengan titik peluhnya
sendiri. Balkish kemudiannya melangkah turun dari pentas.
………………………………………
Acara
konvokesyennya telah selesai. Balkish bersalaman dan berpelukan dengan kawan-kawannya
yang telah konvokesyen bersama. Mereka sempat bergambar bersama-sama dan saling
bertukar emel untuk berhubung setelah masing-masing mencari haluan pekerjaan
masing-masing. Dia berbual dengan Aiza dan Muaz dan berjanji yang mereka akan
tetap berhubung walaupun sudah tidak berada dalam satu bumbung lagi.
Balkish
meminta diri dan beredar keluar dari dewan untuk mencari keluarganya. Dari jauh
dia melihat keluarga Amin dan keluarganya sedang menunggu agak jauh dari pintu
keluar. Balkish melangkah ke arah mereka.
“Kak”
Fahmi mendapatkan Balkish. Topi graduan yang masih tersemat di kepalanya
dilepaskan dan diletakkan ke kepala Fahmi.
“Tahniah
kak” ucah Farah dan Fahim.
“Terima
kasih. Nanti giliran kau orang pula” sambung Balkish.
Dia
kemudiannya bersalam dengan ayah dan ibu. Aminah memeluk tubuh Balkish, bangga
dengan anak gadisnya itu. Air mata gembira menitis di pipi sang ibu.
“Ibu
janganlah menangis. Balkish tak nak tengok ibu sedih. Ijazah Balkish ni,
Balkish hadiahkan buat ibu” kata Balkish. Dia mengusap belakang ibunya. Datin
Hasmah mengesatkan air matanya. Balkish bertegur sapa dengan mama dan papa.
Dengan Amin dia hanya senyum.
Tangan
Amin tergenggam sejambak bunga ros dan sebuah teddy bear putih yang bertopi graduan. Hadiah itu dihulurkan kepada
Balkish.
“Tahniah”
ucap Amin.
Jambangan
bunga itu bertukar tangan. “Thanks awak” Balkish senyum. Malu pula dengan
keluarganya dan keluarga mertuanya saat dia tahu yang perbualannya dan Amin
didengari oleh semua orang.
“Balkish
nak buat apa lagi lepas ni?” soal Dato’ sahar.
“Tak
ada apa-apa dah, pa. Majlis pun dah selesai” jawab Balkish.
“Kalau
macam tu kita pergi makanlah” sambung Dato’ Sahar lagi.
“Iman
ni pun dah rimas dah. Berpeluh saja dari tadi” sampuk Datin Hasmah pula.
Mereka
semua keluar dari perkarangan depan dewan konvokesyen. Saat mereka berpisah
untuk ke tempat parkir kereta Dato’ Sahar dan parkir kereta Amin, Balkish,
dengan refleks menurut belakang Amin.
“Balkish
naik dengan siapa?” soal Dato’ Sahar. Balkish menghentikan langkahnya. Malu
ditanya bergitu oleh ayah mertuanya. Nampak sangat dia mengikut Amin.
“Ish
abang ni. Ada pula tanya macam tu” marah Datin Hasmah.
“Tak
adalah. Muat ke? Kalau tak, naiklah dengan kami”
Dato’
Sahar masih belum mengerti. Wajarlah Balkish mengikut Amin, lelaki itu suaminya
dan dia sudah menyukai Amin. Tetapi bila ditegur oleh Dato’ Sahar Balkish mula
segan. Nampak sangat dia tidak boleh berenggang dengan Amin sekarang ini.
“Kalau
macam tu, abang dengan kakaklah naik dengan kami” sampuk Dato’ Sahar lagi.
“Naik
dengan kamilah kak. Biar budak-budak tu naik satu kereta” sampuk Datin Hasmah
pula. Menyokong cadangan suaminya. Tahir dan Aminah mengangguk. Mereka berdua
berjalan ke arah Dato Sahar dan Datin Hasmah ke kereta.
Amin
membawa Balkish, Iman dan adik-adik Balkish ke tempat parkir. Dia menekan punat
hijau pada remote control kunci
keretanya. Lock pintu terbuka. Iman
diserahkan kepada Balkish. Pintu Balkish dibukakan dan gadis itu mengambil
tempat duduk di depan. Adik-adik Balkish duduk di tempat duduk belakang. Amin
kemudiannya duduk di seat pemandu.
Perlahan-lahan keretanya dipandu keluar dari tempat parkir.
“Fahim
berapa lama cuti?” soal Balkish kepada adik lelakinya yang tinggal di sekolah
brasrama penuh. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan Fahim kerana Fahim agak
jarang pulang. Sekolahnya jauh di Kelantan dan biaya perjalanan untuk pulang
hanya ditanggung oleh pihak sekolah pada cuti semester. Maka, Fahim lebih
memilih untuk tidak sering-sering pulang untuk menjimatkan wang yang terpaksa
di berikan oleh ayah untuk menanggung kos perjalanannya.
“Sebulan
lebih. Tapi ada dua minggu lagi kak” balas Fahim. Amin melihat wajah adik
lelaki Balkish yang kedua itu. Fahim anak ketiga setelah Balkish dan Farah. Dia
juga tidak terlalu dekat dengan Fahim kerana jarang berjumpa.
“Dah
kenal dengan abang Amin?” soal Balkish kepada Fahim. Adik lelakinya itu tidak
datang saat perkahwinan dia dan Amin.
Fahim
diam.
“Dah”
sampuk Amin. Fahim agak diam orangnya, sama seperti Farah. Tidak tahu samada
dia memang pendiam ataupun dia begitu dengannya kerana masih kekok. Fikir Amin.
“Kelas
berapa sekarang?” soal Amin kepada Fahim.
“Form Four” balas Fahim.
“Abang,
abang. Fahmi kelas lima dah” sampuk Fahmi, adik yang paling bongsu. Dia berasa
cemburu apabila Amin hanya bertanya kepada Fahim.
“Kalau
Fahmi, abang dah tahu” balas Amin.
“Sibuk
saja dia ni” marah Fatin kepada adiknya itu.
Fahmi
berjalan-jalan di dalam kereta. Dia berdiri di tengah-tengah di antara kerusi
Balkish dan Amin.
“Duduklah
Fahmi” tegur Farah.
“Tak
nak” protes Fahmi.
“Abang,
kita nak makan mana?” soal Fahmi kepada Amin.
“Kenapa?
Fahmi ada teringin nak makan apa-apa ke?” soal Amin.
“Fahmi
nak makan udang”
“Boleh.
Ada satu tempat ni, seafood dia
memang sedap. Nanti Fahmi boleh pesan berapa banyak udang yang Fahmi nak” balas
Amin. dia melayan bicara kanak-kanak itu.
“Yeay!”
Fahmi bersorak gembira.
“Tapi
nanti kalau tak habis makan, Fahmi kena bayar” sengaja Amin mahu mengenakan
Fahmi.
Fahmi
menarik muka kecewa.
“Abang
gurau sajalah” balas Amin.
“Sekarang,
Fahmi duduklah dulu. Bahaya berdiri” sambung Amin lagi. Fahmi akhirnya
mendengar dan dia kembali ke tempat duduk.
………………………………………….
Setelah
selesai membuat bayaran di kaunter restoran itu, Amin menghantar keluarga
Balkish pulang. Balkish terpaksa naik dengan ayah mertuanya kerana kereta yang
dipandu oleh Amin tidak muat.
Sebaik
sahaja sampai di rumah banglo papa, mereka semuk naik ke bilik masing-masing
untuk berehat. Hari juga sudah jauh malam dan mereka semua sudah kepenatan.
Balkish membawa masuk Iman yang tertidur ke dalam bilik. Pakaian Iman
digantikan. Dia hanya mengelap tubuh Iman dengan air hangat memandangkan
anaknya itu sudah tertidur. Tidak mahu dia mengaggu tidur Iman.
Setelah
selesai Balkish kembali ke biliknya. Dia masuk ke bilik air untuk mandi dan
membersihkan diri. Dia tidak lupa untuk membawa masuk pakaian persalinannya
sekali, bimbang juga kalau Amin pulang, dia masih belum lengkap berpakaian.
Tuala
yang masih basah disidai di hanger.
Kedengaran suara enjin kereta Amin di perkarangan rumah. Balkish berdebar.
Entah kenapa hatinya berdegup kencang. Dia cuba mengawal perasaan yang sedang
berkecamuk.
Amin
mengetuk daun pintu sebelum dia masuk. Di lihat Balkish sudah selesai mandi dan
bersiap-siap untuk tidur.
“Ibu
pesan, kalau kalau free nanti ibu
suruh datang sana. Katanya sekarang musim durian. Ibu nak kirim dekat mama”
“Kenapa
awak tak ambil saja tadi. Kalau tak boleh bagi dekat mama terus” sampuk
Balkish.
Teringat
tentang dusun Pak Cik Yaya yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Pak Cik Yahya
ada meminta tolong ayah untuk menjaga dan melihat-lihat dusun itu. Takut pula
kalau ada yang datang mencuri buah durian. Ayah pula, kalau ada masa lapang
suka pergi meracun semak belukar di dusun itu. Rumah Pak cik Yahya agak jauh
jadi Pak Cik Yahya jarang datang ke dusunnya, kalau dia datang, pasti dia akan
memberikan buah duriannya kepada ayah. Malah Pak cik Yahya juga berpesan untuk
ayah mengambil sahaja buah durian yang jatuh.
“Nantilah
kita pergi” sambung Amin. Dia berbaring di katil kerana badannya terasa penat.
Balkish hanya melihat. Amin akhirnya bangun duduk.
“Awak
dah nak tidur ke?” soal Amin.
Jantung
Balkish semakin berdegup kencang.
Dia
mengangguk. “Jangan tidur lagi, abang ada sesuatu untuk awak” beritahu Amin. Dia
kemudiannya bangun berdiri dan mencapai tualanya. “Abang mandi dulu” sambung Amin.
dia kemudiannya melangkah masuk ke bilik air.
Balkish
gelisah, dia takut apabila mendengar kata-kata Amin itu. Kenapa dia mempunyai
perasaan begini? Apa yang dia harapkan daripada Amin malam ini?
‘Awak
kalau awak nak tidur dekat katil malam ni boleh’ hati kecil Balkish
berkata-kata. Nak cakap macam tu ke? Too
corny, Balkish.
Atau
nak buat-buat mengigau lepas tu pergi tarik tangan Amin ikut ke katil? Too suspicious, Balkish.
Kalau
tak payah cakap sepatah katapun, terus saja peluk tubuh Amin, lepas tu senyum? Too horny kalau macam tu Balkish.
Habis
tu macamana? Balkish berperang dengan diri sendiri.
Setelah
selesai mandi, Amin keluar dengan hanya bertuala separas pinggang. Tubuh
Balkish sudah dilihat terbaring di katil mungkin kerana penat, gadis itu
terlelap sambil menunggunya.
Amin
memilih pakaian yang ingin dipakai dari dalam almari. Sejak mereka kembali
tinggal di rumah ini, Balkishlah yang melipat dan menggosok pakaiannya. Susunan
pakaian di dalam almari itu dilihat kemas. Bajunya dan baju Balkish dipisahkan
di dua rak yang berasingan. ‘pakaian kecil dimasukkan ke dalam laci di bawah
rak’
Amin
mengenakan pakaiannya. Setelah mengenakan celana panjang, tualanya dicabut.
Rambut dan dadanya yang masih basah, dilap. Tuala itu digantung di bahu.
Balkish
membuka matanya, wajah dan tubuh Amin dipandang. Jujur, badan Amin sasa.
Ketinggiannya cukup untuk seorang lelaki. Bahunya tegap, dan belakang badannya
berotot. Balkish segera menutup matanya. Tidak mahu dia menatap Amin lama-lama.
Amin
mengenakan t-shirt round neck ke
tubuhnya. Dia berjalan ke arah tempat meja belajar dan mengeluarkan sesuatu
daripada beg galasnya. Amin berjalan ke arah Balkish. Tubuh Balkish
digoyangkan. Nama Balkish dipanggil. Gadis itu membuka mata.
“Bangunlah
dulu” pujuk Amin. Dia tahu Balkish mengantuk, dia juga mengantuk tapi hal ini
tidak boleh ditangguh esok pagi.
“Kalau
tak nak bangun sendiri, abang bangunkan” ugut Amin. Mendengar ugutan itu,
Balkish segera bangun. Entah bagaiamana cara yang digunakan oleh Amin untuk
membangunkannnya, Balkish tidak tahu yang penting dia tidak mahu!
Balkish
duduk berhadapan dengan Amin. Rambut Amin yang masih basah itu berjuntaian di
dahinya. Balkish menggigit bibir. Amin sangat seksi. Dia suka sekali melihat Amin
dalam keadaan begini. Mahu sahaja dia mengangkat tangannya dan menyelak rambut
yang menutup separuh dahi suaminya itu.
“Abang
ada sesuatu untuk awak”
“Apa
dia?” soal Balkish agak takut. Sesuatu ??? Eee scarylah Amin ni. Malam-malam macam ni, dengan cuaca dan suasana
yang agak dingin dan sunyi. Dengan mood
yang baik dan romantik, mereka berdua di katil. Dengan wajah Amin yang bersih
setelah lelaki itu mandi dan membersihkan wajahnya. Dengan rambutnya yang masih
basah melurut sampai ke dahi. Takutnya, andai dia kalah dengan Amin malam ini.
Seandainya Amin bertindak, dia takut dia hanya menurut.
Melihat
reaksi Balkish, Amin ketawa lucu. “Apa yang awak fikir ni?”
Balkish
mula malu diketawai sebegitu oleh Amin. Mungkinkah Amin dapat membaca hatinya?
“Apa
dia?” Balkish mula merajuk dan marah.
“First,
cakap dulu apa yang awak fikir tadi” Amin masih ketawa. Wajah Balkish yang masam
mencuka dilihat. Wajah itu tetap ayu dan cantik.
“Tak
ada. Cepatlah. Saya dah mengantuk ni” ugut Balkish.
Amin
berhenti ketawa. Dia menunjukkan sesuatu dalam gengammannya. Sebuah kotak
berkain baldu berwana biru ruby jatuh
di pandangan Balkish.
“Hadiah
konvokesyen sayang” bisik Amin.
“Bukalah”
suruh Amin. Dia meletakkan kotak kecil itu di telapak tangan Balkish. Kotak
kecil itu dibuka dan isinya berupa sebentuk cincin emas putih dengan corak
melingkar yang agak unik. Di hujung lingkaran itu tersemat sebentuk berlian
putih di sisi kanan dan kiri.
“Saya
tak boleh terima” kotak kecil itu ditutup dan dikembalikan kepada Amin.
Wajah
Amin berubah.
“Kenapa?”
“Tak
perlulah awak nak berhabis duit untuk saya, tak perlu pun benda ni” balas
Balkish.
“Abang
dah agak awak akan cakap macam tu, sebab tu abang nekad kalau Balkish tak nak
terima, abang nak buang saja cincin ni” ugut Amin.
“Apa
pula? Bagilah dekat mama ke. Tak pun awak pulangkan saja dekat kedai yang awak
beli” Balkish bertikam lidah. Dia tidak mahu menerima hadiah semahal itu
daripada Amin. terasa dirinya dibeli oleh lelaki itu.
“Mama
mana pakai cincin macam ni” beritahu Amin.
“Saya
nak tidur” beritahu Balkish. Dia tidak mahu menghiraukan alasan Amin.
“Okey,
kalau macam tu abang buang” Amin bangun dari duduknya. Dia membuka sliding door bilik mereka dan melangkah
ke balkoni. Balkish melihat. Terkejut juga kerana Amin kelihatan tidak bergurau
dengan kata-katanya.
“Awak
takkan buang cincin semahal itu” kata Balkish. Dia menyedapkan hatinya yang Amin
takkan bertindak sebodoh itu untuk membuang cincin secantik itu. Tetapi, Amin
memang sewel, tak mustahil cincin itu dicampakkanya ke luar tengah-tengah malam
begiini.
Amin
menghayunkan tangan yang menggenggam kotak kecil itu dan membalingnya dengan
sekuat hati. Balkish segera bangun dari katil dan berlari ke arah balkoni. Dia
cuba untuk mengahalang perbuatan Amin itu tapi dia tidak sempat. Kotak itu
sudah tidak ada di tangan Amin.
“Awak
gila ke? Kenapa awak buang saja cincin tu. Mahal. Membazir saja awak beli”
“Dah
awak tak nak”
“Lain
kali kalau nak beli untuk buang, baik tak payah. Dahlah saya tak nampak mana
awak campak cincin tu. Kalau tak esok boleh kita cari balik” marah Balkish
lagi. Cincin secantik itu terasa sayang kalau dibuang begitu sahaja.
“Kenapa
nak cari balik?”
“Yalah
pergi hantar balik dekat kedai jewels
yang awak beli. Membazir saja beli mahal-mahal”
“Dia
orang tak nak terima kalau kotak pun rosak”
“Siapa
cakap? Eeee awak ni” marah Balkish.
“Nasib
baik saya tak buang. Kotak pun masih bagus. Awak rasa kedai tu nak terima ke
kalau awak dah pakai cincin ni?” Amin membuka isi kotak kecil itu dan
mengeluarkan sebentuk cincin dari tempatnya. Tangan Balkish dipegang dan
disarungkan cincin berlian itu ke jari manisnya sebelah kiri.
Balkish
terpana. Dia terharu dengan kejutan itu. “Saya rasa kalau saya dah sarungkan
cincin ni dekat jari awak, kedai tu dah tak nak terima” sambung Amin. Balkish
melihat ke arah Amin.
“Sebab
dia orang tahu, cincin ni lebih sesuai di jari manis awak daripada terpamer di
kotak kaca di kedai mereka” sambung Amin.
“Lain
kali kalau orang bagi hadiah, jangan degil sangat tak nak terima” marah Amin. Dia
mencuit hidung Balkish.
Balkish
terharu dengan pemberian Amin. Dia terharu dengan kejutan yang tak
disangka-sangkanya. Emosinya berubah mendadak daripada marah terhadap lelaki
itu kepada perasaaan sayang. Hadiah itu mungkin tidak terlalu bermakna buat Amin
tetapi dia sangat bahagia dengan permberian itu. Cincin yang disarungkan ke
jari manisnya di sebelah kiri merupakan simbolik kepada cincin pertunangan
mereka. Perkahwinan mereka yang dilakukan secara mendadak sehinggakan acara
pertunangan tidak sempat dilakukan kerana tidak cukup waktu. Jadi jarinya hanya
disarungkan dengan cincin perkahwinan. Dia masih lagi terlalu muda saat
perkahwinannya dilangsungkan. Dia juga mahukan percintaan dan perkahwinan
seperti orang lain, dipinang dan di minta baik-baik keizinan untuk disunting
daripada kedua orang tuanya tetapi impian itu musnah kerana kejadian itu. Dia
menginginkan majlis pertunagan dan perkahwinan yang sederhana dan meriah dengan
kegembiraan serta tetapi impian itu bagaikan diragut daripadanya. Malam ini, Amin
menebus kenangan pertunangan yang tidak pernah berlangsung itu dengan sebuah
memori indah yang baru. Tanpa disangka, air mata bergenang di kelopak mata. Dia
berterima kasih kepada Amin.
“Eh
jangan sedih” Amin mula risau.
Lama-lama
genangan air di kelopak itu bertakung dan menitis keluar, membasahi pipi.
Balkish tunduk. “Abang sayang Balkish, abang tak nak tengok Balkish sedih macam
ni” Amin cemas. Dia tidak menyangka yang perbuatannya yang berpura-pura
membaling jauh cincin itu membuatkan Balkish bersedih.
“Terima
kasih abang” ucap Balkish.
Amin
menguatkan hatinya. Dia nekad untuk memeluk gadis itu buat pertama kalinya
setelah mereka berkahwin. Dia tidak mahu Balkish terus menangis. Seharusnya
hari ini merupakan hari yang bahagia buat isterinya itu tapi Balkish terus
menerus menitiskan air mata. Tangan Amin terketar-ketar saat cuba meraih bahu
Balkish. Takutnya kalau perbuatannya itu melukai hati Balkish dan membuatkan
gadis itu bertambah sedih. Kedua belah bahu Balkish disentuh. Gadis itu masih
menangis. Akhirnya, Amin memeluk lembut tubuh gadis itu ke dalam pelukannya.
Tangisan Balkish semakin keras. Terdengar esak tangisnya dan bahunya
terhinjut-hinjut menanggung sedu.
“Maafkan
abang” bisik Amin ke telinga Balkish, dia berasa bersalah membuatkan isterinya
itu menangis. Pelukannya dieratkan.
Bab 47
Cuti
sekolah telah berakhir dan begitu juga dengan cuti semester. Pelajar sekolah
dan pelajar universiti memulakan hari-hari dengan rutin menghadiri kelas. Amin
bangun kerana terkejut apabila dia mendengar suara papa. Jam di dinding
dilihat. Katil sudah dikemaskan. Amin melepaskan gebarnya dan bangun dari sofa.
Dia berlari-lari masuk ke kamar mandi sehingga terlupa untuk membawa tuala. Dia
sudah sangat terlambat untuk ke kelas.
Amin
mengenakan pakaian yang sudah siap digosok oleh Balkish. Dia melaung memanggil
nama Balkish. Geramnya dia kepada gadis itu.
“Tahulah
dah tak kena pergi kuliah, tapi kejutkanlah. Ni dah terlambat” Amin berleter
seorang diri. Balkish masuk ke dalam bilik mereka apabila mendengar suara
panggilan Amin.
“Ada
apa awak?” soal Balkish.
“Awak
ni tak kejutkan saya kenapa?” marah Amin. Dia menarik zip seluarnya. Mulutnya
berleter tapi tanganya sibuk bergerak mengemaskan buku-buku dan barangnya yang
masih berselerak.
“Saya
dah kejutkan awak, awak yang tak nak bangun” bentak Balkish.
“Lain
kali kejut sampai saya bangun!”
“Saya
pun banyak kerja nak buat. Gosok baju awak, buat breakfast awak. Tak ada masa saya nak duduk tak buat kerja tunggu
kejutkan awak sampai awak bangun” balas Balkish. Tidak suka kalau Amin
memarahinya.
“Saya
dah lambat ni” keluh Amin.
“Bukannya
awak tak biasa lambat” sindir Balkish.
Amin
diam. Alangkah baiknya kalau Balkish tidak menjawab.
Datin
Hasmah mendengar pertengakaran antara Amin dan Balkish saat dia membantu suaminya
untuk bersiap. Mereka berdua kemudiannya berjalan keluar melewati kamar anak
dan menantu mereka. Datin Hasmah memegang tombol pintu. Dato’ Sahar manghalang
isterinya dari mencampuri urusan rumahtangga anak mereka tapi Datin Hasmah
berdegil, tombol pintu dipulas. Amin dan Balkish berpaling ke arah Dato’ Sahar
dan Datin Hasmah. Mereka berdua berdiam diri kerana malu dengan mereka.
“Apa
yang bising sangat pagi-pagi ni?” soal Datin Hasmah.
“Mama,
Amin dah lambat. Amin pergi dulu” kata Amin. Dia mengambil beg galasnya dan berjalan
melewati papa dan mamanya.
“Amin”
panggil Datin Hasmah.
“Amin
tidur dekat sofa lagi?” soal Datin Hasmah. Matanya melihat ke arah sofa di
ruangan bilik itu. Kalau dulu, Amin memberikan alasan yang Balkish masih dalam
pantang. Kalau sekarang, apa pula alasan yang bakal diberikan oleh anaknya tu.
Balkish
dan Amin terkejut. Mereka terlupa tentang hal itu. Langkah kaki Amin terhenti.
Dia dan Balkish terdiam, tidak tahu kata-kata apa yang wajar dituturkan saat
ini. Dato’ Sahar melihat ke arah sofa. Dia agak pelik melihat gebar yang belum
dikemaskan berada di sofa itu, sepertinya sofa itu menjadi tempat tidur
seseorang.
“Amin,
mama tanya tu” sampuk Dato’ sahar. Dia juga berasa hairan dan mahukan jawapan
daripada Amin.
“Nantilah.
Amin dah lambat” balas Amin. Dia segera berlalu tanpa mempedulikan Dato’ Sahar
ataupun Datin Hasmah yang menagih jawapan untuk persoalan-persoalan yang
bermain di fikiran mereka. Datin Hasmah dan Dato’ sahar melihat ke arah
Balkish. Balkish tidak berani bertentang mata dengan kedua orang mertuanya.
Rasa bersalah bersarang di dalam hatinya kerana menghampakan kedua orang tua
itu.
…………………………………………………..
Iman
sedang bermain-main di ruang tamu dengan Bibik. Amin, Balkish, Datin Hasmah dan
Dato’ Sahar duduk di ruang menonton. Televisyan sengaja tidak dibuka. Balkish
sudah gelisah melihat ketegangan di wajah papa. Amin yang duduk sebelahnya
dikerling. Lelaki itu tetap seperti biasa.
“Dah
berapa lama?” soal Dato Sahar. Akhirnya ada di antara mereka berempat yang mahu
memecahkan ketegangan situasi sekarang ini.
“Pa,
Balkish minta maaf” akhirnya Balkish berbicara, dia sengaja memohon keampunan
daripada papa apabila melihat Amin hanya berdiam diri. Dia tidak mahu hal ini
berterusan dan dia tahu dia yang salah dan menyebabkan Amin terjebak sama.
“Balkish
sebenarnya, setelah kejadian ….” Balkish mahu berterus terang. Memberitahu
masalah utama yang menyebabkan dia dan Amin tidak tidur sekatil.
“Amin
yang nak kami macam tu” sampuk Amin. Datin Hasmah dan Dato’ Sahar terkejut.
“Kenapa,
Min?” soal Datin Hasmah sedih. Perbuatan Amin itu seolah-olah membohongi mereka
mengingatkan selama ini mereka beranggapan yang anak dan menantu mereka itu
baik-baik sahaja.
“No specific reason, ma. Amin cuma tak
cintakan Balkish” balas Amin. Lancar sahaja mulutnya memberikan alasan itu. Sebenarnya
dia tidak mahu Balkish memberitahu tentang masalah gadis itu setelah kejadian
hitam dalam hidupnya. Biarlah hal itu menjadi rahsia mereka suami isteri. Dia
tidak mahu Balkish bertambah malu. Dia juga tidak mahu papa dan mama bertambah
risau.
“Tapi mama rasa Amin..”
Balkish
terkejut mendengar kata-kata Amin. Betulkah lelaki itu tidak menyintainya atau
dia sekadar mencari alasan kukuh untuk tidak menceritakan masalah yang sebenar?
Riak wajah Amin diperhatikan, dia cuba mencari kebenaran pada kata-kata yang
baru dituturkan oleh lelaki itu. Mustahil Amin tidak menyintainya sedangkan
selama ini, lelaki itu banyak berkorban untuknya.
“Iman.
Iman tu?” sepatah-sepatah yang keluar dari mulut Datin Hasmah. Dia tidak
sanggup lagi bertanya.
“Iman
anak kami kerana kejadian dulu” balas Amin. Kata-kata itu lancar sahaja keluar
dari mulutnya. Balkish terdiam. Dia melihat ke arah Iman yang sedang bermain
dengan permainannya. Hatinya sayu tatkala mengenangkan nasib anaknya. Anak itu
tidak bersalah, kenapa dia harus dihukum? Amin dan dia yang bersalah kerana terjebak
dengan masalah itu dulu.
Dato’
Sahar bangun dari duduknya. Dia sudah tidak sanggup mendengar kata-kata Amin.
“Abang
nak ke mana?” soal Datin Hasmah.
“Pa,
satu lagi. Amin nak pindah bilik” beritahu Amin. Balkish dan Datin Hasmah
melihat ke arah lelaki itu. Kenapa Amin nak pindah bilik? Fikir Balkish. Dia
tidak pernah berharap lelaki itu berpindah dari kamar mereka sekarang.
“Selama
ni kami rahsiakan sebab tak nak papa dan mama sedih kalau dapat tahu, tapi
sekarang dah terlambat jadi tak ada guna Amin dan Balkish berlakon lagi. Amin
rasa Balkish pun selesa kalau Amin pindah bilik Aman saja buat sementara waktu
ni” balas Amin.
“Abang.
Jangan abang. Jangan diikutkan sangat Amin tu” sampuk Datin Hasmah.
“Awak,
apa awak cakap ni?” Balkish menegur Amin.
“Hasmah,
anak kita dah besar. Tahulah dia fikir sendiri. Dah banyak kali saya cakap
macam tu dekat awak. Sampai bila awak nak faham” tegas suara Dato’ Sahar. Dia
memarahi isterinya.
………………………..
Balkish
duduk termenung di birai katil, pandangannya kosong menatap sofa di ruangan
bilik itu. Kalau jam-jam begini tubuh Amin sudah terbaring lena di situ tapi malam
ini Amin tidur di bilik Aman. Bukan malam ini saja, bahkan malam-malam
berikutnya pasti lelaki itu sudah tidak tidur di sofa itu lagi. Teringat
perbincangan antara papa, mama dia dan Amin petang tadi. Papa dan mama kecewa
dengan mereka, Amin juga pasti tidak mahu mengalah dengan papa dan lelaki itu
mungkinkah mahu menjaga rahsia tentang penyakitnya yang fobia dengan Amin dulu?
Terngiang-ngiang
kata-kata Amin yang dia tidak menyintainya. Benarkah? Atau Amin hanya sekadar
mahu mengusulkan alasan yang kukuh bagi menutup rahsianya yang satu itu, rahsia
yang dia sebenarnya takut kepada Amin. Apa salahnya memberitahu papa dan mama
tentang hal itu? Mungkinkah dia mahu menanggung salah itu di pundaknya
sendirian, tidak mahu papa dan mama menyalahkan aku? Fikir Balkish.
Amin
tidak cintakan aku? Takkanlah, habis selama ini itu apa, gesture dan kata-kata Amin jelas-jelas meyakinkan aku bahawa
suamiku itu menyintaiku. Dan pernah dua kali Amin melafazkan yang dia
menyintaiku. Langkah diatur untuk ke beranda,
sliding door didorong sebelum dia menapak ke beranda di biliknya. Lampu di
kamar Aman masih menyala terang. Sedang apa Amin sekarang? Kenapa dia belum
tidur lagi, atau dia juga tidak boleh terlena memikirkan masalah kami.
Masalah
ini, bukan hanya masalah Amin tetapi masalahnya juga. Iman bagaimana? Kasihan
Iman andainya papa dan mama selepas ini tidak menghiraukannya. Iman hasil
perbuatan malam itu, tetapi Iman masih
lagi darah daging Amin. Dan bagaimana pula dengan hubungan mereka suami isteri.
Terasa jarak Amin semakin jauh daripadanya, kenpaa semua ini menjadi semakin
sulit? Kenapa dia harus berenggang dengan Amin di saat dia sudah menyukai lelaki
itu dan jika diberi sedikit masa lagi dia pasti akan jatuh cinta kepadanya.
Kenapa ada pula timbul masalah begini. Dan Amin, kalau bertengkar dengan papa,
pasti tidak mahu mengalah. Apa salahnya sedikit mengalah tadi dan meminta maaf.
Mungkinkah Amin memilih keputusan ini kerana marah dengan sikapku kepadanya
pagi tadi? Balkish mengeluh berat.
“Abang”
panggil Balkish. Terasa mahu pergi memujuk Amin untuk tidur di bilik ini. Tetapi
dia tahu itu tidak mungkin. Buat apa Amin tidur di sofa kalau dia dapat tidur
di tilam empuk di kamar Aman? Biarlah Amin di situ buat sementara waktu ini. Dia
juga agak sibuk kebelakangan ini. Entah apa yang disibukkannnya sampai sekejap
sahaja berada di rumah, pasti mahu keluar lagi selepas itu. Pernah terlintas di
fikiran Balkish untuk dia mengikut Amin tetapi dia tidak mahu, nanti Amin akan
mengejeknya dan berfikir bahwa dia cemburu
……………………………….
Datin
Hasmah suka menghabiskan waktunya di halaman depan rumah, dia akan menyiram pokok
bunga, menggunting dahan dan daun pokok bonzainya dan menggembur tanah pada pokok-pokok
bunga. Semenjak sudah ada pembantu rumah, tugas-tugas hariannya lebih mudah,
Balkish juga banyak menbantu setelah dia sudah habis belajar seperti sekarang Cuma
kalau dia ke kelas memandu, Iman ditinggalkan sahaja di rumah. Datin Hasmah
tidak keberatan, dia suka dengan keletah cucu tunggalnya itu. Amin dan Dato’
Sahar agak sibuk sekarang ini, sekejap-sekejap sahaja Nampak batang hidung
mereka di rumah. Aman pula dari dulu sibuk memanjang, balik rumah pun
kadang-kadang. Mujur ada Iman peneman sunyi.
“Balkish!”
panggil Datin Hasmah. Menatunya itu menyahut.
“Tolong
bawakan baja yang mama simpan dekat belakang tu” suruh Datin Hasmah. Tidak lama
kemudian Balkish keluar dan menjimbit palstik hijau yang berisi baja pokok
bunga. Gadis itu tunduk mengambil pasu bunga dan dibawa kepada mama. Dia
membantu menggemburkan tanah.
Datin
Hasmah mengelap peluh yang membasahi wajah dengan kain tuala kecil tersangkut
kemas di bahunya. Sesekali matanya melihat ke arah sebuah kereta sedang yang
berwarna merah yang sudah lama di parkir bertentangan dengan rumahnya. Datin
Hasmah dapat melihat ada seseorang di dalam kereta itu tapi dia tidak melihat
dengan jelas. Cermin hitam kereta di buka separuh, Datin Hasmah mencuri peluang
ini untuk melihat gerangan orang itu. Apabila menyedari kewujudannya disedari
oleh Datin Hasmah, cermin itu segera ditutup kembali. Tidak lama kemudian,
kereta itu dipandu masuk ke jalan.
“Kenapa
mama?” soal Balkish.
Datin
Hasmah menggeleng. Hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan wanita itu?
Bab 48
Amin
termenung panjang, fikirannya melayang entah kemana tapi hatinya tidak tenang
memikirkan masalah. Sejak akhir-akhir ini banyak masalah yang menimpanya
termasuk masalah akademik, masalah dengan papa dan Balkish. Baru beberapa
minggu lepas dia mendapat surat dari pejabat dekan. Surat itu merupakan surat
amanaran untuk dia tidak lagi meminta cuti atau tidak masuk ke kelas. Untuk
menduduki ujian kahir semester, kehadiran haruslah 80% tapi dia harus hadir
untuk 95% daripada kelas untuk membolehkan dia menduduki ujian akhir semester
tahun ini. Dan dia berharap agar tahun ini dia dapat menamatkan pengajiannya,
dia sudah tidak mahu ketinnggalan daripada Balkish. Selama ini, dia banyak
bermain-main, kelas jarang datang, dan tugasan jarang dihantar tapi dia sudah
mahu berubah. Dia mahu setanding dengan Balkish walaupun dia tahu dia tidak
mampu secemerlang gadis itu tapi semoga dia sempat mendapatkan ijazahnya tahun
ini. Kelas semester pendek juga bakal diambil untuk memastikan subjek-subjek
yang gagal semester-semester sebelumnya dapat diambil semula dan mempercepatkan
proses perjalan dia untuk ke pentas Dewan Konvokesyen.
“Jauh
termenung” sapa si gadis. Dia lalu duduk bertentangan dengan Amin. Amin senyum.
Gembira melihat gadis itu ceria seperti biasa.
“Dah
banyak kali saya tengok awak study seorang-seorang
dekat sini. Mana kawan-kawan tiga serangkai awak tu?” soal Rina.
“Dah
balik” jawab Amin. Dia juga sering melihat mahasiswa itu di bilik study dekat perpustakaan ini. Mereka
hanya senyum kalau bertembung, baru pertama kali ini, Rina menegurnya. Dia
melihat ke arah meja study kawan-kawan
Rina.
“Tak
ada study group ke?” soal Amin. Dia
melihat kawan-kawan Rina sedang bercakap dan melihat ke arah mereka.
“Bergosiplah
tu” balas Rina mengingatkan usikan kawan-kawannya tadi saat dia memberitahu
yang dia mahu menyapa Amin.
Amin
senyum. Rina melihat wajah tampan di hadapannya itu. Kalau Amin tersenyum
matanya seperti seperti mata Mashimaro. Sangat comel. Wajahnya bersih tanpa jerawat.
Pakai facial wash apalah mamat ni?
Ada kumis tipis di bagian atas bibir, tapi Amin masih nampak kemas. Rambutnya
tersisir rapi. Fesyennya simple, dada dan lengannya sasa dan
berotot, jari-jemarinya panjang, runcing.
Rina
terkejut apabila melihat sebentuk cincin di jari manis lelaki itu. Sudah
berpunyakah dia? Dari cerita yang dia dengar, Amin seorang playboy, mahukah dia setia pada yang satu? Siapakah gadis yang berjaya
menakluk hati lelaki itu. Sudahlah tampan, baik dan setia. Setiakah dia? Kalau
setia takkan dia digelar playboy.
Terdetik di hati untuk mengenal teman wanita gadis itu, bagaimanakah pilihan Amin?
Wanita yang bagaimana yang mampu menundukkan hati lelaki itu?
Amin
melihat ke arah Rina yang sedang melihatnya.
“Ni
cincin kahwin” beritahu Amin tanpa ditanya. Dia tahu gadis itu tertanya-tanya
saat melihat ke arah jarinya.
Rina
sekali lagi terkejut.
“I
dah kahwin. Dah ada anak dah pun” beritahu Amin lagi. Ringan sahaja mulutnya
ingin bercerita. Rina dilihat masih terkejut. Amin tersenyum lucu melihat
ekspresi wajah si gadis saat dia menyampaikan cerita itu.
“Tak
ada orang bagitahu I pun you dah
kahwin” balas Rina spontan tanpa memikirkan natijah kepada kata-katanya itu.
“Kenapa?
You stalk I ke selama ni?” soal Amin
sengaja mahu mengusik. Rina tertunduk.
“Memang
tak ada yang tahu pun. Kawan-kawan tiga serangkai I tu saja yang tahu” Amin mengulangi gelaran dia dan kawan-kawannya
yang diberikan oleh Rina.
Rina
tersenyum kelat.
Amin
melihat jam tangannya. Sudah sampai masanya dia bersiap-siap untuk ke tempat
Ustaz Wahid. Amin mengemaskan buku-buku dan alat tulis yang berselerak di meja
belajarnya.
“I pergi dulu. dah lambat ni. Ada janji”
beritahu Amin.
“Date?”
Amin
sekadar tersenyum.
Siapalah
gadis yang bertuah berjaya mendapatkan cinta Amin? Sudahlah Amin tu baik, kaya
dan tampan. Pasti gadis itu tidak kurang hebatnya. Date? Rina kenapa kau tanya Amin macam tu tadi? Nampak sangat kau busy body dengan urusan dia. Rina
mengangkat punggung dari kerusi dan berjalan ke arah kawan-kawannya. Mereka
sibuk bertanya hasil perbualan antara dia dan Amin tetapi gadis hanya berdiam
diri dan menggelengkan kepala, tidak mahu memberikan jawapan kepada soalan-soalan
paparazzi kawan-kawannya.
…………………..
Selepas
selesai kelas yang disampaikan oleh Ustaz Wahid, Amin segera pulang ke
rumahnya. Dia duduk-duduk di depan ruang menonton. Papa dan mama sedang
beristirehat di situ. Balkish datang dengan membawa segelas air untuk Amin. Lelaki
tu dilihat agak penat sejak kebalakangan ini, dia juga rindu dengan pujukan dan
usikan manja Amin. Sejak Amin memulai semester baru, dia sudah kembali sibuk
dan Balkish terpaksa mencari ruang untuk dia berbicara dengan Amin.
“Abang
dah makan?’ soal Balkish tidak sengaja panggilan ‘awak’ bertukar menjadi
‘abang’. Lelaki itu melihat ke arahanya.
“Awak
panggil saya apa tadi” soal Amin lembut. Suaranya kedengaran lemah. Memang
penat agaknya Amin hari ini.
Balkish
senyum. Amin juga turut senyum.
“Abang,
abang. Tengok tu” segera Datin Hasmah mencubit lengan Dato’ Sahar yang duduk di
sebelahnya supaya suaminya juga melihat kemesraan menantu dan anak mereka.
Dato’ Sahar mendengar tapi dia sengaja berpura-pura menonton televisyan.
Balkish
jadi malu apabila menyedari yang Datin Hasmah melihat ke arah dia dan Amin.
“Awak
nak makan?” soal Balkish mengulangi pertanyaannya yang belum dijawab oleh Amin.
“Boleh
juga. Awak yang masak?” soal Amin. Dia segera mengikut Balkish ke ruang makan. Amin
duduk di kerusi sementara Balkish masuk ke dapur untuk menghangatkan makanan
buat Amin.
Bibik
membantu Balkish mengeluarkan makanan yang disimpan di peti ais.
“Puan
nak saya buat apa lagi?” soal bibik.
“Tak
apalah, bik. Biar saya saja yang hidangkan untuk tuan” beritahu Balkish. Dia
mahu melayani Amin dengan sepenuh hati. Dia mahu menjalankan tanggunjawabnya
untuk lelaki itu, menjaga makan dan minumnya. Dia mahu berbakti sebagai seorang
isteri yang solehah untuk Amin. Makanan-makanan itu dipanaskan di dalam microwave. Setelah selesai, dia
mengeluarkan hidangan makan malam untuk Amin. Tanpa disuruh dia mengambil
tempat di sebelah Amin.
“Iman
mana?” soal Amin.
“Dah
tidur” balas Balkish.
Amin
mengunyah nasi perlahan-lahan.
“Dia
menangis saja hari ni. Rindu dekat abang agaknya. Satu hari tak nampak abang”
beritahu Balkish.
“Iman
ke Balkish yang rindu dekat abang?” soalan Amin menjerat. Balkish hanya senyum.
“Dua-dualah”
jawab Balkish.
“Abang
dari mana, malam baru balik?” soal Balkish pula.
“Ada
kelas” jawab Amin ringkas.
“Kelas
sampai malam-malam macam ni?” soal Balkish. Ada nada cemburu pada bait-bait
kata yang keluar dari bibirnya.
Amin
menngangguk. Balkish diam, dia sudah tidak mahu bertanya lagi.
“Malam
ni, abang tidur dengan Iman. Balkish dah jaga dia satu hari ni, biarlah kalau
malam ni abang yang standby kat bilik
dia. Balkish rehatlah” beritahu Amin.
Lelaki
itu sangat baik kepadanya, Amin seorang lelaki yang penyayang. Amin lebih
banyak menghabiskan masa bersama Iman berbanding dirinya. Lelaki itu
menguruskan Iman saat dia sedang menghadapi semester akhir tanpa mengeluh. Amin
sangat memahami. Bertuah siapa yang memiliki lelaki ini. Bertuahnya aku. Kenapa
selama ini aku buta menilai betapa berharganya dia?
“Awak
saya nak cakap sedikit” beritahu Balkish. Dia mahu memulai bicara.
“Ada
apa?” soal Amin.
“Saya
dapat offer letter tawaran kerja dari
Petronas” beritahu Balkish. Dia mengatur bicara.
“Bila?
Tak sangka cepat kena lamar” balas Amin. Dia turut gembira untuk Balkish.
“Ingat
tak dulu, saya pernah interview dekat
kampus sebelum konvo?”
Amin
mengangguk. Dia yang menghantarkan gadis itu ke kampusnya saat dia menghadiri
temuduga dari beberapa syarikat besar yang dianjurkan oleh fakultinya dulu.
“Saya
baru baca emel dari Petronas tadi. Surat mungkin lambat sedikit sampai”
beritahu Balkish.
“Awak
nak terima?” soal Amin.
“Awak
rasa?” soal Balkish kembali. Kali ini dia mahu mengambil keputusan dengan
mengambil peduli pendapat dan perasaan Amin.
“Saya
tak kisah, awak. Yang terbaik untuk awak, saya okey saja” sambung Amin.
Jawapan
Amin mengahampakan Balkish. Dia mahu lelaki itu yang membuat keputusan tetapi
yang diberikannya cumalah kebebasan untuk dia memilih. Dia mahu Amin hadir
dalam pemilihan keputusannya kali ini, dia mahu Amin lebih terlibat dalam
hidupnya.
“Nak
tambah lagi?’ soal Balkish lembut.
“Dah
kenyang dah sayang” beritahu Amin. Dia bangun ke dapur mebawa pinggannya dan
mencuci sendiri pinggan itu.
‘Amin,
I think Im in love with you!’ jerit hati kecilnya. Entah hantu apa yang
menghasur egonya untuk melafazkan kata katinya itu kepada Amin.
“Abang
naik dululah” ucap Amin.
“Nak
mandi, ke sayang nak mandikan abang” soal Amin berseloroh.
Kata-kata
Amin itu tidak terlalu didengar, dia asyik memerhatikan wajah yang mulai di
cintai dengan sepenuh hati itu. Handsome!
Tanpa
sedar kepala Balkish tunduk, mengiyakan apa sahaja yang ditanya oleh Amin.
“Eh?”
Amin terkejut.
“Apa
abang tanya tadi?” soal Balkish mula sedar akan salahnya, mengiyakan tanpa
mengerti apa-apapun pertanyaan dari sang suami.
“Mengelamun
lagi” Amin sekadar senyum. Dia kemudiannya meninggalkan Balkish untuk mengambil
beg galasnya.
“Pa,
mama, Amin naik dululah” Amin meminta diri. Dia kemudiannya meninggalkan lantai
bawah rumahnya itu. Balkish hanya memerhatikan langkah Amin.
“What am I going to do with myself now?”
keluh Balkish. Dia juga hairan melihat perubahan pada dirinya. Sejak bila dia
mulai menyukai lelaki itu? Sejak kapan hatinya termakan dengan pujuk rayu Amin?
dan sejak bila lagi dia mulai menghargai setiap perbuatan Amin? Tanpa disangka
hatinya boleh terpaut pada wajah yang pernah memberikan sejarah hitam pada
dirinya. Tanpa disangka lelaki yang sangat didendami dan dibenci menjadi raja
pemilik hatinya. Sungguh kuasa Allah itu besar, segala-galanya hanya berlaku
atas ketentuanNya. Tak pernah terdetik di hatinya untuk menyukai Amin, tetapi
kini dia malah menyintai lelaki itu. Dia fobia dan trauma dengan Amin
sehinggakan berada dekat dengannya sahaja membuatkan dia berkeringat dingin,
dan tubuhnya menggeletar tanpa sebab tetapi kini dia yang mengendeng-ngendengkan
diri dengan lelaki itu. Balkish pasrah dengan semua ketentuan dari Allah,
setiap musibah pasti ada hikmahnya. Tetapi Amin? adakah dia juga menyintaiku?
Atau Amin sebenarnya sudah ada seseorang? Kenapa sekarang dia agak sibuk dan
selalu keluar rumah? Lelaki itu playboy,
sangat playboy. Suka sangat menggoda
gadis dan setelah mendapat apa yang dia mahu, gadis itu akan ditinggalkan. ‘Awak
dah berubahkah?’ soal Balkish dalam diam. Dia berdoa siang dan malam agar
terbuka hati suaminya mencari redha Allah.
Balkish
kembali ke ruang menonton. Dia duduk di sofa.
“Balkish”
panggil Dato’ Sahar.
“Ya,
pa”
“Macamana
dengan tawaran kerja? Dah dapat tahu ke?” soal Dato’ Sahar mengkhuatirkan
menantunya.
“Kenapa,
pa?”
“Kalau
Balkish belum dapat kerja lagi, kerja dengan papa sajalah, nak?” cadang Dato’
Sahar.
Balkish
senyum. Papanya baik dengannya, tak mungkin dia akan menolak tawaran daripada
papa biarpun tawaran dari Petronas itu lebih menggoda.
“Abang
nak pakai akauntan ke?’ soal Datin Hasmah hairan.
“Awak
ni dah lama tak datang ke office. Syarikat
tu bukannya kecil macam dulu lagi” sambung Dato’ Sahar.
Mendengar
kata-kata suaminya itu, Datin Hasmah sedar yang dia sudah lama tidak menziarahi
suaminya di pejabat. Betulkah sudah banyak perubahan yang terjadi pada tempat
kerja suaminya itu.
“Tapi
syarikat papa tu tak adalah besar sangat. Kalau Balkish dapat offer yang lebih baik, papa tak kisah
pun” sambung Dato’ Sahar. Setiap tahun dia harus menghantar akaun syarikat ke
syarikat audit untuk pembayaran cukai jadi dia berhasrat untuk menggaji seorang
akauntan di syarikat sahaja untuk menguruskan kewangan dan perbelanjaan
syarikat. Cuma tugas Balkish nanti mungkin agak banyak kerana dialah orang
pertama yang digaji dalam sektor itu. Dan kalau betul Balkish setuju, dia akan
berfikir untuk mencari pekerja kerani untuk membantu menantunya nanti.
“Balkish
fikirlah dulu” usul Dato’ sahar.
Balkish
mengangguk.
……………………………………..
Amin
melangkah keluar dari bilik mandi. Air dari badannya menitik membasahi lantai.
Dia bertuala paras pinggang seperti biasa. Telefon bimbitnya berdering. Nama si
pemanggil dilihat terlebih dahulu.
“Hello”
sapanya.
“Kau
kat rumah lagi? bila nak datang. Kita orang tunggu ni” ajak Hisyam.
“Sorry bro. Malam ni aku tak boleh.
Banyak kerja nak buat”
“Kerja
apa? ‘Kerjakan’ Balkish?” Hisyam ketawa.
Amin
sekadar ketawa. Dia tahu temannya itu hanya bermaksud bergurau jadi dia tidak
mahu ambil hati.
“Come onlah. Lama dah aku tak nampak kau
datang sini. Takkan dengan seorang perempuan kau dah cukup” sambung Hisyam
lagi.
“Tak
apalah, bro. Lain kali saja lah. Esok
aku belanja kau dengan Firdaus makan” pujuk Amin. Dia tidak mahu pula dikira
sombong oleh teman baiknya itu.
“Okey,
tapi tempat aku pilih” sambung Hisyam.
“Okey”
balas Amin.
Hisyam
menutupkan panggilan itu. Amin sudah jarang sekali datang ke Teenage Hut. Kalau
dulu setelah berkahwin dengan Balkish lelaki itu tetap datang tapi sudah tidak
terlalu melayani gadis-gadis yang mendekatinya tapi sekarang semenjak Amin
berkawan dengan Farid, teman baiknya itu sudah tidak datang langsung. Setelah
selesai kelas ,mereka bertiga akan lepak sebentar di kafe dan kemudian akan
pulang tetapi Amin tidak. Dia akan menghabiskan masanya di perpustakaan atau
bertemu dengan Farid. Amin dirasakan sudah agak renggang dengannya dan juga
Firdaus.
“Macamana?
Nak Datang ke mamat tu?” soal Firdaus kepada Hisyam.
Hisyam
menggeleng.
“Biarlah
dia, at least dia dah tahu arah tuju
hidup dia. Kita ni bila lagi nak berubah? Umur pun dah makin dewasa, takkan nak
habiskan masa macam ni saja” sambung Firdaus.
“Kalau
you betul-betul nak berubah, apa kata
you start dengan jumpa parent I. Kita kahwin” terlontar jua lamaran
secara tidak langsung dari mulut Mira.
Firdaus
ketawa lucu. Tidak parnah terlintas di fikarnnya untuk melamar Mira sekarang. Dia
menyintai gadis itu tapi dia belum bersedia untuk melangkah ke gerbang
persandingan sekarang. Pertanyaan Mira itu dianggap sebagai lelucon untuk
menutup peluang topik itu menjadi tajuk bahasan antara dia dan Mira.
……………………………………….
Amin
mengangkat telefon bimbit yang masih berdering.
“Hah,
ada apa lagi?’ soal Amin.
Si
pemanggil berdiam diri sahaja. Amin melihat ke skrin. Pada fikirannya, Hisyam
menelefonnya lagi jadi dia menjawab panggilan tanpa banyak berfikir tetapi
ternyata dia silap. Tidak tertera nama Firdaus di skrin telefon bimbitnya.
“Hello”
panggil Amin lagi. siapakah gerangan yang menelefonnya tapi tidak mahu
berbicara.
“Hello”
ulang Amin tapi si pemanggil masih tetap berdiam. Lama-lama panggilan itu dimatikan.
Timbul perasaan tanda tanya di hati Amin tentang panggilan aneh itu. Hati Amin
tidak tenang.
Best..
ReplyDeleteThanks..
Best Sgt. TQ. Tak sabar nak tunggu sambungannya...
ReplyDeleteBilalah Balkish nak mulakan langkah memikat ni... kesian Amin..tq cik Sulis..
ReplyDeletewahhhhhh...sambung lagik ^^
ReplyDeletebestnyeee!!...smbunglh lg..tk sbr nie..hehe.. :)
ReplyDelete~Aira~
Bestnya.....lama dah tunggu akhirnya Ada juga bab baru......sambunglah lagi...lama dah tunggu.....👍
ReplyDeleteBilakah sambungannya.. tak sabar nak baca bab seterusnya..
ReplyDeleteBesttttt
ReplyDeleteNak lagiiiii
ReplyDeleteLama dh tunggu XD
ReplyDeleteSambung kak!! Best!!
ReplyDeleteHarap2 dapat n3 baru soon...
ReplyDeleteCik Sulis..Bilalah agaknya ada entry baru.. tak sabar menunggu.
ReplyDeleteakakkkk...bile nak sambung? :'(
ReplyDeleteLamanye kami tunggu.. harap2 dapat next entry soon ;)
ReplyDeleteRindunya pada sambungan cerita nie...
ReplyDeleteim still waiting X(
ReplyDelete