Thursday, April 21, 2016

sndki bab 70

Bab 70
Kertas-kertas bertaburan tidak tersusun di atas meja, Balkish hanya memandang tanpa ada usaha untuk mengemaskannya lagi. Laptopnya dibiar terbuka walaupun dia tidak menggunakannya. Mug merah dengan corak bear dan bungan ros besar terpacak di sudut meja, sudah lama air coffee di dalam mud itu tidak dijamah, barangkali dari coffee panas bertukar menjadi coffee dingin. Tugas yang baru ini memerlukan konsentr erasi yang penuh untuk menyusuh dan memberikan harga yang paling dekat dengan harga sebenar.
Balkish perlu melakukan penelitian melalui internet dan juga beberapak dOkeyumen lain yang Berjaya ddapatkan oleh Amin melalui kawannya. Prosajak baru yang mahu didapatkan oleh syarikat mereka ini bertapak di Sajapun. Selepas satu-satu prosajak masuk untuk syarikat ini di bawah pimpinan Amin, dia tahu dia harus bersyukur kerana itu juga merupakan suatu rezeki baginya dan juga pekerja-pekerja lain di syarikat ini tapi dengan ini juga bermaksud mereka semuanya semakin sibuk, Amin bertambah sibuk sampaikan tiada masa untuk mereka berbual-bual atau bergurau macam dulu. selepas mengambil rehat selama 10 minit, Balkish menyambung balik kerjanya. Date due untuk fail ini sangat suntuk, Amin memang sering mahukan kerja yang diamanahkan olehnya siap tepat pada waktunya jadi dia terpaksa tidak trerlalu bersenang lenang selagi kerjanya ini belum selesai. Pen hitam yang terselit di antara kerta-kerta yang berselerak di meja di capai, Balkish menuls beberapa not nombor yang baru di kertas draft yang disedikana olehnya sebentar tadi namun pekerjaannya itu terbantu saat dia melihat Amin membuka pintu bilik pejabatnya dan melangkah keluar meninggalkan syarikat.
“Pergi mana pula tu? sehari dua ni bukannya nak tegur orang. Nasib baik satu office, boleh juga aku curi-curi tengok muka dia, kalau lain-lain office confirm tak berjumpa sangat” omel Balkish sendirian. Dia kembali menyiapkan urusannya yang tegendala sebentar tadi.
Amin turun dari lantai 2 danmahu ke tempat parkir, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia menyalukkan tangan ke adalam kocek seluar sebelah kanan dan mengeluarkan telefon bimbit smartphone yang telah lama dipakainya itu.
Amin member salam dan salamnya itu dibalas oleh si pemanggil.
“Kau kat mana sekarang ni?” soal si pemanggil.
“Aku dekat office, nak keluar kejap. Kenapa?” soal Amin ingin tahu. Jarang Hisyam, sahabat lama waktu di Universiti dulu menghubunginya.
“Aku dekat dengan office kau ni. Datanglah dekat restaurant mamak bawah bangunan syarikat kau” ajak Hisyam. dia sudah lama t idak bertemu dengan sahabat baiknya itu.
Amin bersrtuju dan pergi berjumpa dengan Hisyam di tempat yang dijanjikan oleh sahabatnya. Mereka berdua berjabat tangan apabiola b rjumpa dan duduk bertentang di sebuah meja bahagian luar. Cuaca hari ini tidak terlalu panas dan Hisyam pula mahu merOkeyOkey jadi tempat itu dikira sesuai.
“Lama tak dengar cerita dari kau” kata Hisyam.
“Kau oranglah yang lupakan aku, habis belajar saja terus tak contact aku yang belum habis masa tu” sambung Amin. dia kemudannya memanggil pelayan di restoran dan membuat pesanan aor minum sama dengan yang dipesan oleh Hisyam.
Hisyam sekadar senyum mendengar sindiran sahabatnya itu, memang betulpun kata Amin. dia dan Firdaus tidakberhubung dengan Amin setelah mereka tamat belajar, pada masa itu masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.
“Kau ada jumpa Firdaus tak?” soal Amin ingin tahu. Rindu juga untuk berkumpul ramai-ramai macam dulu.
“Jarang juga, dia dah tak lepak sangat dekat Teenage Hut. Lepas Mira balik kampong, dia katanya minta kerja dekat sana” sambung Hisyam.
“So Mira dengan Firdaus putus?” soal Amin terkejut mendengar cerita itu. hubungan Mira dengan Firdaus tak pernah retak sebelum ini, tatkala hubungannya dengan arwah Tina sentiasa bergolak dengan masalah. Tak sangka pula hubungan belangkas dua orang itu akhirnya punah.
“Yang aku dengar macam tulah. Tapi aku duk tengok Firdaus tu macam gila baying. Lepas sebulan dua bulan tanpa Mira dia Okey lagi, lama-lama dah Nampak dah angau dia tu” sambung Hisyam.
“Yalah. Kan dua orang berdua tu dah lama” sambung  Amin.
“Aku suruh Firdaus pergi pinang si Mira tu, dia tak nak pula” beritahu Hisyam.
“Aku dengar Balkish pun kerja dekat company kau”
“Haah, ada kat atas tu. kau nak jumpa dia sekali ke?” soal Amin. pelayan datang membawa pesanannya. Amin tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih.
“Taklah. Eh, hari tu aku jumpa Rina, kawan kau budak law tu” beritahu Hisyam. lama tidak berjumpa membuatkan mereka berdua banyak modal untuk bertukar-tukar cerita.
“Kau tahu kan aku tak suka kau kaca dia” sampuk Amin. belum sempat Hisyam bercerita dia sudah tahu ke maa arah tujuan cerita yang bakal disampaikan oleh kawan baiknya itu.
“Tak delah. Aku try juga ngorat dia tapi tak dapat, aku call tak angkat, mesej tak balas, dia jual mahal sangat dengan aku. Dengan kau lainlah” kata Hisyam.
Amin ketawa besar. Kata-kata Hisyam itu singgah ke telinganya bagai satu lelucon sehinngga memburaikan ketawa yang besar.
“Dia kawan aku. Aku tak bagi kau kacai dia sebab aku kenal sangat perangai kau ni. Habis madu sepah kau buang merata” jawab Amin.
“Kau ni buta kea pa? aku ni pun perasan yang Rina tu suka kat kau”
“Memang dia suka aku, sebab aku ni kawan dia. Kalau dia tak suka aku takkan dia nak berkawan dengan aku. Macam kau ni, Rina tu tak suka kat kau sebab tu dia tak nak layan sangat lelaki perangai buaya macam kau ni” sampuk Amin.
“Meantang-mentang kau dah baik macam ustaz sekarang, tak segan-segan kutuk aku perangai macam buaya” bisas Hisyam pula. Amin ketawa lagi. telefon bimbitnya berdering lagi. Amin memberikan salam seperti biasa, suara Farah kedengaran di talian hujung sana.
“Bawa turunlah, saya dekat kedai mamak kat bawah ni” beritahu Amin. panggilan itu kemudiannya di matikan.
“Siapa? Balkish?” soal Hisyam ingin tahu.
“Tak adalah, pekerja aku” beritahu Amin. dia meneguk air minumannya.
“Weh aku nak Tanya kau. Kau dengan Balkish macamana?” soal Hisyam. dia mengusi-ngusi air munimnya denga straw.
“Macam biasalah” soalan Hisyam itu dijawab ala kadar saja oleh Amin.
“Kau tak bosan ke dengan Balkish? Yalah dulu kan, banyak perempuan tapi sekarang bila dah kahwin kena setia dekat isteri saja”
“Aku tak pernah bosan sejak berkahwin ni. Ada-ada saja benda baru yang aku tahu pasal Balkish tu. tambah pula bila anak-anak kita orang dahbesar sekarang, lagilah aku tak bosan melayan keranah si Sufi dengan Iman” jelas Amin.
Hisyam kelihatan terangguk-angguk. Air minumnya sudah tidak dikuis-kuis lagi. hisyam merenungkan setiap kata-kata Amin.
“Kau ni kenapa? Plik aku tengok” celah Amin.
“Aku rasa aku dah sampai seru nak kahwin” beritahu Hisyam.
Kata-kata sahabatnya itu membuatkan Amin ketawa lagi. tidak menyangka yang Hisyam akan mengucapkan perkataan kahwin di hadapannya. Kawannya itu adalah seorang yang suka berfoya-foya dan tidak gemar memberikan komitmen. Buktinya walaupun dia suka mencari gadis-gadis muda untuk menemani hari-harinya tapi dia tidak pernah mahu melanjutkan hubungan lebih dari dua minggu. Paling lama pun, kalau tidak salah selama sebulan. Hisyam berbeza dengan Firdaus, Firdaus pula setia kepada Mira seorang. Tapi kedua-dua sahabatnya itu sangat social.
“Abang” sapa Farah dengan teragak-agak apabila melihat abang iparnya sedang asyik berbual dengan kawannya.
Tawa Amin terhenti saat mendengar suara Farah yang menyapa. Gadis itu berdiri tercegat di hadapannya sambil menjinjit sebuah sampul surat yang berwarna putih.
“Hah, Farah” sapa Amin.
“Abang, surat yang En. Farhan nak tu” sampul surat itu dihulurkan kepada Amin.
“Nasib baik abang tak pergi site lagi, kalau tak Farah kena hantar sendiri dekat Farhan lah: sambung Amin.
Farah sekadar senyum. Memang nasib baik juga. Dia tergesa-gesa mencari surat itu apabila ditelefon oleh En.Farhan tadi dan En. Farhan memintanya menyarahkan surat itu kepada Abang Amin sahaja kerana Abang Amin mahu ke tempat prosajak juga nanti. Tak payahlah susah-susah ke tapak prosajak semata-mata nak serahkan surat ni kepada En. Farhan.
“Farah dan breakfast ke? Jomlah” ajak Amin.
“Tak apalah abang, ada kerja lagi kat atas tu” beritahu Farah. Dia meminta diri dan hanya senyum kepada saabat abang iparnya itu. segan jua apabila diperhati oleh sahabat abang Amin.
“Kata staf, tapi berabang-abang dengan kau” uji Hisham.
“Staf aku, tapi adik ipar aku juga” sampul surat itu diletakkan di tepi. Takut terkena air dari gelas minuman yang sudah basah.
“Oh, adik Balkish?”
“Haah”
Hisyam terangguk-angguk. Amin hanya memerhatikan sahabatnya itu, satu perasaan yang curiga sudah mula timbul di benaknya dia kenal dengan Hisyam dan sudah masak dengan perangainya.
“Hah, yang tu kau jangan sentuh. Tu adik Balkish, sama macam adik perempuan aku juga. Kalau aku tahu kau buat benda tak senonoh dengan Farah, aku cincang kau sampai lumat”
            “Bro, aku tak berani kacau kalau dia family kau. Adik kau sama macam adik aku juga”
“Hah, baguslah. Kalau Balkish dapat tahu apa-apa mesti dia marahkan aku”
Hisyam senyum.
Tidak lama kemudian, Amin akhirnya meminta diri untuk ke tapak prosajaknya dan Hisyam juga turut berlalu ke tempat parkirnya yang diparkir agak jauh daripada syarikat Amin. dia sebenarnya ada hal dengan clientnya di bangunan yang bertentangan dengan bagunan tempat kerja Amin. alang-alang berada di kawasan yang sama, jadi dia mengajak Amin keluar untuk berjumpa setelah sekian lama mereka idak berhubung, tak sangaka pula akan bertemu dengan Farah yang telah menambat hatinya. Tapi masalahnya sekarang, farah adi kepada Balkish, yang juga merupaka adik ipar Amin.
Hisyam masuk ke dalam kereta Putih Honda, dia termenung mengingatkan wajah ayu milik Farah yang ada iras-iras dengan Balkish. wajah Farah juga cantik bertudung dengan senyumannya yang manis terukir di bibir. Wajah itu sempat senyum kepadanya sebelum meminta diri untuk beredar. Bayangan itu hanya muncul sekejap di fikirannya. Hisyam tidak sanggup memikirkan yang lebih jauh kerana tidak lama setelah itu dia teringatkan kata-kata Amin. Hisyam senyum. Dia memasukkan gear Drive dan memandu keretanya masuk ke jalan raya.
……………………………………………………
Amin memandu kereta ke tempat destinasi dengan berhati-hati, jalan raya agak sibuk kerana waktu makan tengahari. Raduio kereta dikuatkan sedikit dan Amin ikut-ikutan enyanyi sesuai dengan lagu yang berkumandang dari corong radio. Telefon bimbitnya berdering, sangkaannya Farhan yang menelefon mahu bertanya keberadaannya kerana masih belum sampai ke tapak prosajak lagi, tapi rupa-rupanya Rina. Panggilan gadis itu diangkat.
Amin dan Rina berbual seketika di telefon dan setelah selesai panggilan itu dimatikan. Amin kemudiannya mendail nombor telefon Balkish. selang beberapa deringan barualah penggilannya diangkat.
“Awak, hari ni kawan saya nak datang rumah. Awak baliklah awal sedikit ya” beritahu Amin.
“Kawan yang mana satu ni?” soal Balkish. dia belum mengesyaki apa-apa.
“Rina. Katanya nak datang tengok Sufi” beritahu Amin.
Balkish terdiam. rina! Dia kenal dengan gadis itu, kalau mengikut firasatnya pada pertemuan yang pertama dulu, gadis itu menyukai Amin. sekali pandang pun dah tahu. Sekilas dipandang ikan di air sudah tahu jantan atau betina. Takkan Amin tak Nampak semua tu? Kalau dia tahu Rina sukakan dia, kenapa dia benarkan Rina datang ke rumah? Sengaja Amin nak duga aku? Atau Amin belum perasan lagi yang Rina mungkin sukakannya?
“Farid pun datang sekali nanti” beritahu Amin.
“Saya sibuklah” bentak Balkish.
“Ala, baliklah awal sedikit. Please, pleas, pleas!” rayu Amin.
“Erm” jawab Balkish ringkas. Dia senyum, tercuit dengan gurauan Amin sebentar tadi.
Amin ketawa mengekeh di hujung talian. “Yang?” panggilnya
“Erm”
“Abang saying kat awak” beritahu Amin.
“Eh, gelilah”
“Kalau abang cakap, Balkish  geli. Kalau macam tu, Balkish sajalah yang cakap yang Balkish sayang abang”
“Okey lah Balkish ada kerja sedikit ni” pintas Balkish. segan melayan jiwang karat suaminya.
“Tunggulah dulu, abang nak bergayut pun Balkish tak nak layan”
“Balkish banyak kerja”
“Okey lah. Kat office semua Okey kan?” soal Amin.
“Okey saja”
“Okey, take care. See you at home soon. Miss you already. Muah muah muah muah muah”
Tuuuuuuuuuuttttttttttt……. Panggilan itu dimatikan oleh Balkish. Amin ketawa sendirian mengingatkan perangai Balkish yang tak pernah berubah. Susah sangat ke nak cakap perkataan saying? Rindu? Cinta? Ego sangat ke Balkish tu nak sebut perkataan jiwang tu semua. Eee, makin difikirkan Balkish ni, makin geram aku dibuatnya.
Balkish meletakkan telefon bimbitnya I meja. Dia membuat muka tidak suka mendengar ayat-ayat jiwang dari bekas playboy yang terlah menjadi suaminya itu. nasib baik panggilan itu dimatikan, kalau tak keluar lagi perkataan-perkataan dalam bahasa lain wo ai ni ke? Ai shiteru ke?
Telefon berbunyi menandakan ada mesej masuk ke inbox, telefon dicapai dan Balkish melihat nama Amin tertera di skrin sebelum dia membuka pesanan ringkas daripada suaminya itu.
‘ Muah muah muah muah muah muah 1000 x’
Balkish senyum. Ni mesti sebab nak sambung perbualan yang terbantut memalui telefon tadi. hati Balkish berbunga riang. Dia menekan keypad untuk membalas mesej dari suaminya.
‘Abang ni, macam budak-budak’ smsm itu dikirim. Tidak lama kemudian telefon bimbit Balkish berbunyi lagi. dia sudah dapat mengagak pengirim smsm itu dan tekaannya benar.
‘Tapi Balkish suka kan kalau abang macam ni?’

Balkish senyum lagi. dia menekan keypad ‘Suka’ kemudian dia menekan keypadnya lagi untuk menghapus sms itu. Balkish termenung, dia menulis sekali lagi pada skrin telefon pintarnya‘Suka’ tapi dia tidak mengirmkannya serta-merta kerana berasa malu dengan sms itu lalu dia menghapuskannya sekali lagi. akhir sekali sms Amin yang terakhir itu tidak dibalas.

No comments:

Post a Comment