Bab 73
Matanya
terbuka luas, menatap pemandangan di kota TOkeyyo itu melalui cermina kaca
sliding door bilik hotel. Balkish menarik gebarnya menyelimuti seluruh tubuh.
Kedinginan Kota TOkeyyo di waktu musim sejuk jelas terasa walaupun sudah
dipasang pemanas dalam ruangan. Jam tangan di lihat untuk memastikan waktu
tempatan, walaupun sudah lewat, tapi Balkish belum menampakkan tanda-tanda
ingin bangun. Dia kerling ke arah sofa yang didiami oleh suaminya yang tidur di
situ semalam. Kosong.
Ke
mana pula Amin pergi hari ini?” Fikir Balkish. Balkish bangun dan duduk, gebar
masih belum dilepaskan kerana sejuk yang mencengkam. Rambut yang kusut
dibetulkan dan saat itulah dia merasakan ada sekeping nota yang dilkatkan di
dahinya. Nota itu diambil dan dibaca.
‘Bangunlah
kaki tidur.
Banyak
kali abang kejutkan Balkish tak nak bangun.
Abang
keluar kejap. Breakfast ada dekat meja’
Balkish
menarik muka masam. Mana ada aku kaki tidur! Bentaknya. Dia kemudiannya bangun
dan berjalan ke arah meja coffee dengan berbungkuskan gebar selimutnya.
Sarapannya ada di meja. Cereal dan buah-buahan serta beberapa keeping roti
bakar yang dipotong dadu dicampurkan ke dalam mangkuk, susu segar yang sudah
dingin itu tuangkan. Campuran itu dikacau dan dimakan.
Pintu
bilik terdengar seperti terbuka, pasti Amin sudah kembali. dia memandang ke
belakang dan tersenyum apabila melihat suaminya sudah kembali.
“Abang
pergi mana?” soal Balkish apabila melihat suaminya siap berpakaian kemas. Namun
di tangannya terjimbit dua buat beg kertas.
Amin
ketawa sakan apabila melihat isterinya sedang berbungkus dengan gebar hotel.
Macam orang Eskimo.
“Gelaklah
puas-puas. Bestlah dapat kenakan orang” rajuk Balkish apabila perlakuannya
diketawakan oleh Amin.
Amin
berjalan mengahmpiri isterinya.
“Ni
abang dah belikan coat untuk Balkish. tak payahlah nak berbalut macam kuih koci
ni lagi” gurau Amin. lagak Balkish sekarang ini sebijik macam kuih koci yang
dibalut dengan daun pisang, yang tidak berbalut Cuma bahagia muka.
“Bila
abang nak hantar fail yang kita edit semalam?” soal Balkish tiba-tiba.
“Er..er…abang
dah pun jumpa dengan Mr.Saizune tadi” beritahu Amin tergagap-gagap. Dia mencuri
peluang ini untuk menutup cerita tentang dOkeyumen yang dibawa oleh Balkish dari Malaysia itu.
“Cepatnya”
“Haah,
dan Mr. Saizune suka” sambung Amin.
“Alhamdulillah
dah settle, senang sedikit hati Balkish. tiket balik Balkish dengan Malik abang
dah beli?’ soal Balkish.
“Abang
dari airport lah ni, hantar Malik balik” beritahu Amin.
“Hah?
Abang tak cakap apa-apa pun dekat Balkish”
“Abang
dah kejut tapi Balkish tak nak bangun” sambung Amin lagi.
“Kasihan
Malik, sekejap saja dia datang”
“Tulah.
Dia yang nak balik” Amin kelentong lagi. bukan Malik yang nak balik, dia yang
paksa Malik untuk balik. Dia tidak mahu sesiapapun menganggu percutian dia dan
isterinya itu. tapi Malik tak balik dengan tangan kosong, dia sudah menyiapkan
beberapa buah tangan untuk pekerjnya itu sebagai tanda terima kasih kepadanya.
Dia juga berjanji untuk menghadiahkan bonus bulan depan kepada Malik kerana
keberhasilan usahamasama dengan syarikat dari Sajapun ini. tapi itu semua
dirahsiakan dari pengetahuan Balkish. dia tidak mahu Balkish mengetahui
rancangan liciknya untuk membawa Balkish ke sini. Peluang ini akan diambil dan akan
dipergunakan dengan sebaik-baiknya untuk meraih cinta Balkish untuk memeberikan
kemaafa dan peluang bagi hubungan
perkahwinan mereka. selama ini dia terlalu sibuk dengan urusan dan masalah
sendiri sampai terlupa tentang usaha membaik pulih hubungan perkahwinan mereka.
“Hari
ni kita nak pergi mana?” soal Amin sengaja mahu mengubah topic.
“Hari
ni, Balkish nak rehatlah abang. Penat lagi ni” beritahu Balkish. dia masih
belum boleh mengadaptasi dengan perubahan waktu antara Negara Malaysia dan Sajapun.
“Okey.
Kita jalan-jalan dalam hotel sajalah. Kat bawah ni pun ada kedai kalau awak nak
tengok” ajak Amin. Balkish mengangguk sahaja.
“Siaplah,
kejap lagi kita turun lunch” ajak Amin pula. Balkish mengangguk.
“Ah
abang” terlintas di fikirannya tentang nota yang dilekatkan di dahinya.
“Kenapa
lekat post it note dekat dahi Balkish? tak ada tempat lain lagi ke?” soal
Balkish marah. Dalam banyak-banyak tempat, kenapalah dahi aku yang dipilihnya.
Dia ingat aku ni apa?
Amin
ketawa lucu mengingatkan isterinya yang sangat nyanyak tidur sampaikan tidak
menyadari perbuatan nakalnya itu pagi tadi.
“Gelak
lagi. abang ingat Balkish ni budak-budak lagi ke nak buat macam tu?’ soal
Balkish. dia bertambah marah apabila Amin memperlekhkan kata-katanya dan hanya
ketawa.
“Memang
awak tu macam budak-budak lagi” balas Amin. dia mencubit pipi Balkish yang gebu
itu.
Balkish
apa lagi, dia jadi bertambah marah dan geram dengan perbuatan suaminya. Balkish
mencebik mendengar respons suaminya itu. dia mendang tajam ke arah Amin. suaminya
itu pula bangun berdiri dan berjalan meninggalkannya. Balkish mengomel
sedirian, tidak berpuas hati dengan kata-kata Amin yang menganggapnya seperti
kanak-kanak.
“Cakap
orang pula macam budak-budak. Dia tu pun sama saja. Tak kelakarlah nak letak
post it note dekat dahi orang. Nasib baik tengah tidur kalau masa tu time tak
tidur…” omel Balkish.
“Kalau
time tak tidur kenapa? Balkish nak buat apa?” suara Amin kedengaran dari
belakang kerusi yang diduduki oleh Balkish. Tanpa disedari, entah bila lelaki
itu sudah berdiri di belakang dan mendengar semua leteran yang keluar dari
mulutnya.
Amin
mendongakkan kepala Balkish memandangnya yang berdiri di belakang. Balkish
hanya sempat membulatkan matanya apabila Amin bertindak spontan sebegitu,
hilang semua leteran dan omelannya terhadap Amin apabila terkejut dengan
perbuatan yang tidak disangka-sangkanya, wajah Amin pula tepat pada panahan
mata, lidah menjadi kelu, anak mata hanya melekat pada raut wajah lelaki kacak
itu. Amin bertindak cepat dengan mencium dahi Balkish, tepat pada area post it
note yang dilekatkan olehnya pagi tadi. Bukan hanya sekali tapi berkali-kali
sampai puas. Balkish pula berusaha untuk menepis tapi tidak boleh, dia mahu
melarikan dahinya daripada terus dicium tapi dia tidak mampu sampailah Amin
melepaskan sendiri pegangannya.
Sebaik
sahaja Amin melepaskannya, Balkish terus berdiri dan memandang Amin yang
berdiri bertentangan dengannya. Geramnya Balkish dengan kelakuan Amin itu tadi.
Dia memuncungkan mulutnya tanda marah, keresahan yang bergelodak di dalam hati
didiamkan sahaja.
Amin
senyum mengejek, “Kalau time tak tidur pun Balkish still tak boleh buat apa-apa
dekat abang. Bukan sahaja post it note, ni, bibir abang ni pun dah melekat
dekat dahi tu” sindir Amin.
Balkish
mengesat tempat bekas ciuman suaminya pada dahi dengan gebar yang
disarungkannya.
“Eeeee!”
Balkish separuh berteriak sambil
mengehentakkan kakinya ke lantai. Dia sedar dia kalah dengan kata-katanya
sendiri. Ternyata omelannya tidak benar. Biarpun tidur atau tidak tidur,
perbuatan Amin tetap tidak dapat dihentikannya.
“Nak
ke mana tu?” soal Amin apabila melihat isterinya melangah laju meninggalkannya.
Merajuk pula si Balkish ni. Tapi Okey lah tu, daripada kena marah, kena
herdik macam dulu. ada perubahan, it’s a
good sign. Amin tersenyum puas.
“Mandi.
Rasa kotor pula kena cium dengan awak” beritahu Balkish saat dia melangmbil
tuala yang disediakan oleh pihak hotel di dalam almariSebenarnya memang dia
sudah merancang untuk mandi walaupun tidak dicium oleh suaminya tapi sengaja
dia memberitahu sebegitu kerana mahu menyakiti hati Amin.
.
pintu bilik air ditutup dengan segera. Balkish melihat dirinya di cermin,
rambutnya yang menutup dahi diselak, tempat ciuman suaminya itu dipandang dan
secara tidak langsung kejadian tadi brmain-main d fikirannya. Tanpa sedar,
bibirnya mengukirkan senyuman. Balkish melihat dirinya di cermin. Dia ketawa
lucu megingatkan kenakalan suaminya.
“Comel
saja Amin ni. Rasa nak cekik-cekik saja” kata Balkish. dia suka dengan apa yang
dilakukan oleh suaminya tapi dia tahu, jauh di sudut hati sebenarnya masih ada
luka yang berbekas yang menghalang dia merelakan
semua perbuatan Amin selama ini.
……………………………
Selepas
siap mandi dan bersiap, Balkish dan Amin turun ke retoran hotel yang terletak
di tingkat paling bawah bangunan hotel itu. Amin memesan makanan yang halal
untuk santapan mereka hari ini. sebaik sahaja selesai makan, Amin membawa
Balkish berjalan-jalan di kedai dan butik restoran. Mereka berdua tidak
merancang mahu keluar ke mana-mana kerana Balkish masih berasa penat dan ingin
bereat di kamar. Setelah selesai berjalan-jalan. Mereka berdua naik ke kamar
kembali.
Bab
Balkish
membangunkan Amin dari tidurnya namun suaminya masih belum mahu terjaga dati
lenanya. Balkish tidak berputus asa, Amin harus dibangunkan. Bahu Amin
digoyangkan perlahan-lahan.
“Abang”
panggil Balkish.
“Emmm”
kata Amin sambil menarik gebar menyelimuti tubuhnya yang kedinginan pagi itu.
“Abang,
bangunlah. Dah lambat dah ni” beritahu Balkish. hari ini dia mahu bersiar-siar
di kota TOkeyyo. Tambahan pula cuaca hari ini baik. Salji sudah berhenti turun
namun dingin tetap terasa.
“Pergi
mana pagi-pagi ni?” soal Amin dalam tidurnya.
“NAk
keluar. jomlah abang” ajak Balkish lagi.
Perlahan-lahan
Amin membuka matanya. dia memandang wajah Balkish yang duduk di lantai menghadapnya.
“Pergi
mana?” soal Amin lagi. suaranya agak serak.
“Mana-mana
sajalah abang. Takkan Balkish datang sini tak keluar jalan-jalan. Jomlah abang”
oujuk Balkish lagi.
Amin
melihat jam di telefon bimbitnya, “Awal lagi ni. Kalau time ni kita keluar
mesti bersesak-sesak dalam train nanti” beritahu Amin.
“Ala,
abang mandi, bersiap nanti dah ambil masa lama sedikit. Bangunlah” pujuki
Balkish.
“Yalah
Yalah” kata Amin. dia menyalak gebar dan berjalan mengambil tualanya. Dia
kemudian masuk ke dalam bilik air untuk memandikan diri. Beriya Balkish memujuk
untuk dibawa keluar, kasihan juga kalau asyik duduk di dalam bilik saja.
Selesai
bersiap, Amin dan Balkish keluar dari hotel, mereka mahu ke stesen kertapi yang
terdekat, rugi kalau datang ke Sajapun tidak mncuba system keretapinya yang
paling awal di Asia ini. ada bermacam-macam jenis keretapi di sini, ada JR dan
Metro train. Keretapi di sini disebut SHinkansen atau Bullet train yang
terkenal dengan kepantasan kelajuan keretapi elektriknya.
Amin
membawa Balkish ke stesen keretapi yang paling dekat iaitu dengan 5 minit
berjalan kaki, bersebelahan dengan Hotel Shang Ri La. Ketika mereka ke sana, Amin
sempat menunjukkan ke arah kawasan Ginza strip yang juga dekat dengan hotel
penginapan mereka.
“Malam
nanti kita singgah lah dekat sana” beritahu Amin. dia mengajak Balkish
mengekorinya supaya tidak terlalu ketinggalan di belakang. Pagi-pagi begini
setesen keretapi di Sajapun memang sangat sibuk, takutnya Balkish terpisah
daripadanya.
Selepas
membayar harga tiket JR East untuk ke destinasi mereka di sekitar bandaraya TOkeyyo,
Amin mengajak Balkish untuk menungga keretapi. Sekejap sahaja, keretapi yang
ditunggu sampai.
Amin
cepat-cepat memagang tangan isterinya dan menarik Balkish mengekori langkahnya
masuk ke dalam keretapi. Dia mendorong tubuh Balkish untuk berjalan di depan
sementara dia cuba untuk menahan esak orang ramai yang berpusu-pusu ingin masuk
ke dalam keretapi. Mereka berdua terpaksa berdiri keran kerusi sudah penuh.
Balkish ditarik lebih dekat ke arahnya supaya isterinya itu tidak terpisah. Amin
akhirnya Berjaya mencari ruang paling tepid an dia menyuruh Balkish berdiri,
bersandar pada badan kereta sementara Amin terpaksa menahan tolakan dari para
penumpang yang lain dengan badannya yang berdepan dengan Balkish. kerana
penumpang lain yang saling tolak-menolak untuk masuk ke dalam ruang keretapi,
bdan Amin terdorong ke depan, dia terpaksa mendepakan tangannya di samping
tubuh Balkish supaya badannya tidak terdorong ke arah isterinya. Balkish
terkejut apabila Balkish berada sedekat itu dengannya tapi dia tidak dapat
berbuat apa-apa kerana keadaan keretapi saat itu sangat sesak. Tidak ada satu
inci pun ruang ksong yang terlihat di dalam badan keretapi itu. itulah, tadi Amin
dah cakap keretapi waktu begini sesak, tapi dia yang tak percaya. Sekarang
terimalah padanya. Kasihan pula melihat Amin yang berusaha menahan esakan dan
terjahan para penumpang lain yang menolak badannya. Wajah Amin yang begitu
dekat dengannya dilihat, Balkish segera melarikan pandangannya agak
poerbuatannya itu tidak disedari oleh Amin. dia berusaha untuk tidak bertentang
ata dengan suaminya, kalaulah Amin Nampak mukanya saat itu pasti dia malu. Perasaannya
saat itu berdebar-debar tidak keruan, dadanya pula berdegup kencang, cemas
dengan kedudukan Amin yang sangat dekat dengannya. Tapi lebih baik
bersesak-sesak dengan suami sendiri daripada terpaksa dihimpit oleh lelaki
asing Sajapun yang tidak dikenalinya. Amin cuba memandang Balkish, takut pula
Balkish tidak selesa. Sesekali apabila todak ada dorongan dari penumpang lain, Amin
menjarakkan dirinya tapi apabila didorong lagi, Amin terpaksa menahan dengan
tangannya suapay dia tidak menghimpit Balkish.
Dari
luar terdengar beberapa orang pekerja lelaki di stesen keretapi itu berbicara
dengan kuat kemudian mereka mendorong lagi beberapa orang penumpang yang belum
sempat naik ke dalam keretapi sedangan pintu mahu tertutup. Barangkali pekerja
itu memberitahu yang mereka akan mendorong penumpang dan memeinta maaf
sebelumnya. Sebaik sahaja penumupang itu didorong, keadaan dan kesesakan di
dalam keretapi semakin bertambah, Amin terpaksa mengubah lipatan siku tangannya
yang lurus dibentangkan antara dia dan Balkish dibengkOkeykan sedikit mebuatkan
jarak antara dia dan Balkish bertambah dekat. Saat itu dia dan isterinya
kelihatan sangat hampir sehinggakan tubuh mereka bersentuhan. Balkish segera
pula mengangkat tangannya dan menahan tubuh Amin daripada terus terdrong ke
arahnya. Badan Amin disanggah di bahagian dadanya dengan kedua telapak tangan.
Terasa degupan jantung suami yang semakin berdetak laju. Balkish terkejut dan
dia memandang Amin, ternyata bukan dia sahaja yang berdebar-debar saat ini, Amin
pun tidak kurang hebat debarannya. Amin melarikan pandangnnya, malu dengan
situasi dan keadaan mereka berdua sekarang ini.
Apabila
mengetahui degupan jantung Amin yang berdegup sangat pantas, Balkish tahu Amin
juga turut berasa cemas sepertinya, Balkish melarikan tangannya dari tubuh Amin
namun tatkala tangannya tidak kenyanggah tubuh suaminya, badan Amin akan
terdorong ke arahnya. Terpaksalah Balkish meletakkan kembali tangannya di dada
sasa Amin. Amin mencuri pandang ke arah wajah Balkish yang berada di bawah
dagunya, saat Balkish cuba melihat ke arahnya, dia segera melarikan pandangan.
Masing-masing berasa tidak selesa dan malu sesame sendiri.
Jauh
di sudut hati ada satu perasaan lain yang mula tersemai. Inilah kali pertama
setelah erkahwinan mereka Balkish sedekat itu dengannya, Balkish menyentuhnya
dan sentuhan Balkish itu walaupun berlapik tapi terasa seperti sengatan
elektrik yang mebuatkan seluruh badan Amin berasa kejang dan kaku. Sentuhan
isteri yang telah lama didambakan olehnya itu terasa sangat sentimental, dan
cukup intimate. Amin menelan air liur menahan godaan keinginannya sendiri.
Mereka
berdua turun di stesen Shibuya . destinasi mereka yang pertama di Shibuya
adalahYoyogi park. Oleh kerana cuaca dingin, tdak banyak orang yang
bersiar-siar di taman itu. Balkish dan Amin sekadar berjalan-jalan dan
mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit mereka. walaupun musim
dingin, air tasik tidak membeku dan air pancut masih dapat dipasang. Dari jauh Balkish
berlari-lari sambil menarik tangan Amin untuk mengikutnya.
“Abang
ambil gambar Balkish dekat sini” beritahu Balkish. dia lanas memberikan teefon
bimbitnya kepada Amin. Balkish berdiri di samping jambatan yang dibina
merentasi tasik dan ditengah-tengahnya terdapat air pancut yang akan memancut
selang beberapa minit.
Selesai
mengambil beberapa keeping gambar seperti yang diminta oleh Balkish, Amin menyarahkan
kembali telefon bimbit isterinya itu. Balkish melihat hasil gambar yang telah
diambil oleh suaminya bersama-sama Amin. dia kemudian mengupload gambar itu ke
akaun facebook miliknya.
“Abang,
jomlah ambil gambar berdua” ajak Balkish. dia menarik lengan Amin dan berdiri
dekat dengan suaminya./ kamera telefon dipusingkan menghadap mereka. dia
kemudian menekan punat kamera. Seperti tadi hasil tangkapan gambar dilihat.
Gambar itu tidak diupload.
“Abang
ingat tak masa abang jatuh kolam dulu?” soal Balkish. Amin mengangguk.
“Masa
tu abang kelakar sangat” sambung Balkish. dia tertawa saat mengimbau kenangan
mereka dulu.
Amin
diam. hari ini Balkish kelihatan gembira sekali. Sejak dari tadi isterinya itu
kelihatan bersemangat dan asyik berbicara dengannya. Senang sahaja dia menarik
lengan Amin atau mnegambil gambar bersama-sama dengan wajah mereka dekat antara
satu sama lain. Lan pula dengan Amin. sejak kejadian di dalam keretapi tadi,
hati Amin jadi tidak keruan. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia mencium wajah
Balkish dan bermesra-mesra dengan isterinya tapi dia tahu Balkish pasti tidak
suka jika diperlakukan sebegitu. Amin lebih berdiam diri, cuba mengawal
kelakuan dan emosinya dalam diam.
Balkish
menarik tangan Amin mengikutnya ke hujung jambatan.
“Abang
rasa air ni dingin tak?” soal Balkish. dia segera mendorong tubuh Amin sehingga
lelaki itu hampir-hampir terjatuh. Mujurlah Amin sempat berpaut pada jambatan.
Balkish
ketawa lucu dapat mengenakan suaminya.
“Balkish
gurau sajalah. Gelaklah abang”
Kali
ini Amin pula ingin mengenakan isterinya, dalam kesibukan Balkish mengetawakannya,
Amin menarik tubuh Balkish dan mendorong ke arah tasik yang dingin itu. Balkish
menjerit takut dan berpaut pada lengan Amin. Amin tidak segera menarik tubuh
Balkish yang hampir-hampir nak jatuh.
“Abang,
abang, abang”
“Nak
bergurau lagi?’ soal Amin mengugut.
“Tak
nak dah, tak nak. Tariklah abang” rayu Balkish.
Amin
menarik tubuh Balkish dari terus berpaut pada lengannya. Balkish mengurut dada
tanda lega. Kali ini giliran Amin pula mengetawakannya.
Mereka
berdua sambung bersiar-siar di tasik itu. pelbagai topic yang menjadi bahan
bualan mereka berdua.
“Nak
pergi mana lepas ni?’ soal Amin.
“Mana-mana
saja. Balkish ikut ke mana abang nak bawa Balkish” beritahu Amin.
“Nak
pergi shopping?” soal Balkish.
“Balik
nantilah kita singgah dekat Ginza” beritahu Balkish lagi.
“Kalau
macam tu, kita pergi TOkeyyo Tower nak? Tapi abang nak cari gadget dulu.
Balkish boleh jalan lagi tak?” soal Amin.
Balkish
cepat-cepat mengangguk. Mereka berdua berjalan ke arah tempat pertama mereka
masuk ke taman itu. rupa-rupanya sedar tak sedar mereka sudah mengelilingi
Yoyogi park.
Amin
mengajak kembali ke stesen Shibuya, kali ini keadaan di stesen itu tidak
terlalu sesak seperti pada pagi tadi. senang sahaja mereka masuk ke dalam
keretapi. Tujuan mereka seterusnya adalah ke Akihabara, iaitu pusat segala
gadget dan otaku. Otaku atau nama lainnya adalah orang yang memperagakan gaya
dan fesyan dari anime-anime kesukaan mereka.
Pertama
kali menapak kaki di daerah Akihabara, bsangat terkejut dan kagum dengan
suasana serta keramaian orang di kawasan itu. banyak juga dilihat
pelancong-pelancong asing yang bukan berasal dari Negara Asia berkunjung ke
kawasan ini. di kiri dan kanan terdapat deretan kedai 5 hingga 7 tingkat yang kesemuanya
menjual barang-barang elektrik dan anime.
“Welcome
to gadget heaven” ucap Amin kepada Balkish yang dilihat sedang terkejut dengan
suasana di kawasan tempat kunjungan mereka yang kedua ini. Amin menarik tangan
Balkish untuk mengikutinya masuk ke satu kedai yang dilihat banyak pelanggan
yang terdiri daripada pelancong asing. Sebelum masuk Amin sempat meliat ke arah
sepanduk kedai tersebut untuk melihat tanda kedai yuang menjual barang
international supaya barang tersebut masih boleh dipakai saat sekembalinya
mereka ke Malaysia.
“Abang
nak beli apa?” soal Balkish amil melihat ke arah barang-barang yang dipamerkan
di kedai itu. banyak gadget-gadget yang terbaru ada dijual di kedai, pendek
kata kalau peminat gadget dan barang elektronik, rugi kalau tidak berkunjung ke
mari.
“Ni,
PSP untuk dua orang anak kita” beritahu Amin sambil mengambil contoh PSP edisi
terbaru yang dipamerkan di bahagian kedai paling dalam. Kalau beli di sini
harganya lebih murah daruipada harga yang dijual di Negara Malaysia.
“Sufi
dengan Iman tak pula pesan apa-apa dekat Balkish” keluh Balkish.
“Sebab
mereka tak nak susahkan awak” kata Amin.
“Awak
tak nak beli apa-apa ke?’ soal Amin. dia kelihatan masih mencari barang-barang
yang ingin dibeli. Balkish hanya menggeleng. Dia bukanlah seorang yang terlalu
mememtingkan alatan canggih yang terkini. Cukuplah \hanya dengan telefon bimbit
smartphone yang dimilikinya sekarang.
“Abang
cari apa?” soal Balkish.
“Abang
nak tengok-tengok dulu. hah, kita beli camera digital nak? Yang lama abang lupa
bawa” beritahu Amin.
Balkish
mengangguk.
Setelah
membayar harga untuk barang-barang yang dibeli oleh Amin di kedai itu, mereka
berpindah ke kedai lain pula. Satu persatu kedai yang menarik minta suaminya,
disinggahi dan ada-ada sahaja barang-barang yang dibeli oleh Amin. katanya
murah, jadi rugi kalau tak beli. Suaminya juga turut membeli figure dari
rancangan anime kesukaannya. Balkish sendiri tidak tahu yang suaminya itu
penggemar filem atau cerita anime dari Sajapun.
“Balkish
lapar? Kita pergi makan nak?” ajak Amin.
Balkish
mengangguk. Memang dia pun sebenarnya sudah lapar.
“Kita
cari kedai yang ada sushi. Susah sedikit nak makan dekat kedai yang
pelik-pelik, takut tak halal” beritahu Amin. Balkish mengangguk dan mengekori
langkah suaminya untuk mencari kedaio makan. Sekejap sahaja mereka terjumpa
sebuah restoran Sajapun yang menghidangkan semua jenis sushi. Tanpa berlengah
masa, mereka berdua segera masuk dan mencari empat duduk yang kosong. Sushi di
restoran itu dihidangkan seperti Restoran Sushi King di Malaysia. Mereka berdua
makan sampai puas.
Balkish
teringat yang mereka berdua masih belum solat Zuhur dan Asar. Kedua-dua solat
itu dijamakkan ke waktu Asar tapi takutnya kalau mereka terlambat mereka berdua
terlepas waktu solat. Dia mahu mengajak Amin untuk pulang ke hotel selepas ini.
setelah mengerjakan solat barulah mereka akan keluar bersiar-siar sekali lagi.
di sini tidak ada masjid yang boleh digunakan sebagai tempat beribadah. Nak
solat di sebarang tempat yang bersih pun susah, jadi tempat yang paling elok
untuk solat adalah di kamar bilik mereka.
Amin
melihat jam tangannya. “Dah lambat dah ni. Kita baliklah dulu solat. Balkish
dah niat solat jamak ta’khir kan” soal Amin. baru sahaja Balkish mahu bertanya,
ternyata Amin lebih dulu mengingatkan mereka berdua. Balkish senyum. Sekarang
ini, suaminya itu pula lebih dulu beringat untuk menjaga solat berbanding
dirinya. Dia mengangguk sebagai jawapan ke[ada pertanyaan suaminya sebentar
tadi.
“Kita
balik hotel dulu. Abang rasa tak sempat kita nak pergi TOkeyyo Tower hari ni. Esok
sajalah kita ke sana, tempat tu jauh sedikit dari hotel. Tapi kalau malam ni
nak keluar ke Ginza tu bolehlah. Dekat sedikit dengan hotel kita” bertahu Amin.
gaya Amin seperti pemandu pelancong, semua tempat di TOkeyyo ni diketahuinya.
Betulkah ini kali pertama suaminya ke SAJApun?
“Jomlah”
ajak Amin. dia membayar harga makanan mereka dan keluar dari restoran itu.
jalan yang dilalui tadi diambil untuk kembali ke stesen keretapi JR railway.
“Abang,
abang pernah datang Sajapun sebelum ni kan?” soal Balkish.
“Abang
datang dengan family abang masa abang kecil-kecil dulu” beritahu Amin.
“Patutlah
abang tahu semua tempat kat sini” sampuk Balkish. tekaannya benar.
“Abang
datang masa cuti sekolah dulu dengan papa, mama and Aman” beritahu Amin lagi.
Langkah
kaki Balkish terhenti saat dia merasakan satu titik dingin jatuh ke pipinya.
Dia mendongak ke arah langit dan melihat rintik-rintik salji yang mula
membasahi bumi. Amin turut mendongak ke atas. Dia kemudiannya memandang
Balkish. cantik isterinya itu.
Balkish
senyum kearahnya. “Tak sangka salji turun lagi” kata Balkish. seharian semalam
memang salji tak pernah berhenti tapi hari ini, sejak awal pagi tadi salji
sudah mula berhenti.
“Jomlah,
kalau lebat sangat, basah kita nanti” ajak Amin. dia mengajak isterinya untuk
meneruskan perjalanan mereka. Balkish mengikut langkah sumainya. Walaupun salji
turun tapi orang yang membeli belah di kawasan itu tetap tidak berganjak.
Barangkali mereka semua sudah terbiasa dengan cuaca sebegini.
……………………………
Setelah
selesai solat jamak, Balkish melipat telekong solatnya. Dia mencapat telefon
bimbit dan menelefon anak-anaknya untuk melpaskan rindu kepada Sufi dan Iman.
Berebut Iman dan Sufi mahu berbicara dengan mama mereka. akhir sekali Balkish
terpaksa menyuruh Sufi untuk memasang loudspeaker telefon bagi mengelakkan
kedua adik beradik itu daripada bergaduh. Macam-macam dibualkan oleh mereka,
tentang sekolah, tentang barang permainan baru dan juga tentang opah serta atuk
mereka. masa nilah Iman dan Sufi nak mengadu kepada mama mereka.
“Tungu
mama Tanya papa dulu” beritahu Balkish. dia kemudiannya bertanya kepada Amin
yang sedang duduk di birai katil.
“Abang
Sufi dengan Iman Tanya, dekat tak Disney Team park dengan hotel kita?” Balkish
menyampaikan pertanyaan anak-anakna itu kepada Amin.
“Jauh
juga” beritahu Amin.
“Papa
kata jauh”
“NAntilah
kita datang sekali lagi, kita pergi sana” beritahu Amin tidak mahu menghampakan
kedua oranganaknya.
“Nantilah
cuti sekolah kita datang lagi. papa kata nak bawa Sufi dengan Iman pergi sana”
Balkish
ketawa apabila mendengar sorakan anak-anaknya.
“Ni
budak-budak ni Tanya pasal hadiah dia orang” Balkish memberikan telefon bimbit
kepada Amin. anak mereka itu mahu berbicara dengan papa mereka pula.
Amin
mengambil teleon dan meletakkan ke telinga. Dia kemudiannya mengambil tempat
duduk bersebelahan dengan Balkish di sofa. Balkish mahu bangun berdiri dan
mebiarkan suaminya duduk dengan selesa tapi tangannya ditarik.
“Papa
dah beli” kata Amin bercakap di telefon sambil matanya merenung ke arah
Balkish. dia menarik tangan Balkish untuk duduk disampingnya.
“Iya
yang latest” beritahu Amin. entah apalah yang dibualkan Amin dengan Sufi dan
Iman. Pasti tentang PSP yang dipesan sebelumnya. Fikir Balkish. Amin mendepakan
tangannya dan memeluk bahu Balkish. Balkish terkejut tapi dia membiarkan
sahaja. Amin melihat ke arahnya sambil tersenyum. Tanpa disedari Balkish turut
mengukirkan senyuman.
Amin
kembali menyambung perbualannya. Sementara hanya mendengar. Agak lama berada
dalam posisi seperti itu, Balkish berasa nyaman. Walaupun tubuhnya dan
posisinya agak kaku pada permulaannya tapi lama-kelamaan Balkish berasa selesa.
Matanya tertutup perlahan-lahan dan dia terlena kerana penat. Kepalanya terlentOkey
di bahu Amin. m tidak sedar kerana terlalu asyk me;layan kerenah dan omelan
anak-anaknya di telefon.
“Okey
lah. Nanti cakap dekat opah and atuk papa dengan mama kirim salam” beritahu Amin
sebelum dia mematikan panggilan telefon. Balkish yang disi dikerling dan
ternyata sejak dari tadi isterinya itu hanya membisu karana dia sudah tertidur
di bahunya. Pasti kepenatan kerana seharian berjalan-jalan dan berasak-asak di
dalam keretapi tadi.
“Balkish”
Amin mahu menejutkan isterinya untuk tidur di katil. Dia menggoyangkan bahu
Balkish dengan tangannya tapi Balkish tetap tidak sedar. Tubhnya hanya
bergoyang kecil dan Balkish membetulkan kembali posisi tubuhnya menghadap ke
arah Amin dengan tangan kanannya dipautkan ke dada suaminya. bulat mata Amin
menahan rasa tidak percayanya. Dalam hati berdebar bukan main. Nak kejutkan
Balkish bangun, kasihan pula. Isterinya itu seperti terlalu penat. Amin
akhirnya membiarkan sahaja Balkish tidur beralaskan lengannya. Lambat laun dia
juga turut terlena.
………………
Setelah
terlena buat seketika, Balkish tersedar dan terkejut melihat Amin di sisinya.
Tak sangka pula dalam mendengar perbualan antara Amin dan anak mereka tadi dia
boleh terlelap dengan cepat. Pautan tangan Amin di bahunya dilonggarkan, dengan
berhati-hati Balkish melepaskan dirinya daripada rangkulan suaminya. dia bangun
dan menatap Amin yang sedang terlena. Sebentar kemudian Balkish masuk ke bilik
air untuk mengambil wuduk bagi mengerjakan solat jamak Isyak dan Maghrib yang
dicepatkan ke waktu Magrib. Setelah selesai solat, barulah Balkish membangunkan
Amin dari tidurnya. Dia menunggu Amin selesai solat di balkoni bilik hotel.
Pemandangan di luar bangunan itu masih cantik dihiasi warna-warna kuning
keemasan dan putih Kristal hasil dari lampu-lampu yang terpasang di kedai-kedai
di kawasan Ginza.
“Nak
keluar?” soal Amin saat dia melipat sejadahgnya.
“Abang
larat lagi ke?” soal Balkish.
“Abang
tak kisah, abang takut Balkish yang penat” beritahu Amin.
“Balkish
nak keluar kalau abang nak temankan” balas Balkish.
Amin
mengangguk dan berkata, “Kalau macam tu, jomlah” balas Amin. mereka berdua
bersiap-siap untuk keluar berjalan-alan di kawasan Ginza. Nasib baik Ginza
sangat dekat dengan hotel jadi mereka tidak perlu berjalan jauh. Sampailah
mereka di permulaan jalan di kawasan Ginza, Balkish segera mengikut langkah Amin
dan memegang lengan suaminya. orang berpusus-pusu di kawasan itu membuatkan
Balkish berasa takut dia akan berpisah jika tidak bersama-sama Amin. Amin
menarik tangan Balkish untuk menyaingi sahaja, sudah beberapa kali pegangan
tangan mereka terlepas kerana berlanggar bahu dengan orang ramai yang juga
berkunjung di kedai-kedai di kawasan Ginza itu.
“Nak
makan?” soal Amin.
“Apa
bang?” soal Balkish kerana tidak mendengar pertanyaan suaminya.
“Abang
Tanya, nak try makan dekat sini ke?” soal Amin lagi, mengulangi pertanyaan yang
sama.
“Huh?”
soal Balkish lagi, kali ini gadis tu mendekatkan wajahnya ke mulut Amin untuk
mendengar kata-kata suaminya. berdebar jantung Amin bagai nak luruh apabila
isterinya sengaja mendekat ke arahnya. Cium nanti baru tahu!
Amin
menjauhkan dirinya, Balkish memandangnya pelik. Amin menggeleng dan menarik
tangan Balkish mengikutnya. Dia kemudiannya singgah ke sebuah gerai yang
menjual beberapa jenis kuih manis panas. Setelah bertanya tentang rasanya
kepada penjual kedai, kuih-muih di kedai itu dibeli untuk santapan mereka.
“Sedap?”
soal Amin saat melihat Balkish mencuba kuih itu.
“Sedap.
Rasalah” kuih di tangan Balkish dihulurkan ntuk dicuba oleh suaminya. Amin
telan air liur. Balkish ni sengaja ke dia buat aku jadi tak keruan malam ni.
Sebelum ni tak pernah pula nak berkongsi apa-apa dengan aku apatah lagi
berkongsi makanan. Kalau aku makan, samalah dengan aku berkongsi ciuman secara
tak langsung dengan Balkish. Amin ketawa nakal.
“Cubalah”
ulang Balkish lagi.
Amin
menggigit cebisan kuih yang telah digit oleh isterinya itu. kemudian dia
melihat Balkish menghabiskan kuih di dalam tangannya. Dia senyum. Bekas
makanannya dihabiskan oleh isterinya. Walaupun perkara itu perkara kecil tapi
amat bermakna buat dirinya kerana Balkish memang tidak pernah mahu berkongsi
apa-apa dengannya apatah lagi makanan bekas mulutnya.
“Jomlah,
jalan-jalan lagi” ajak Amin. dia mahu menarik tangan Balkish seperti tadi tapi
isterinya itu sibuk mengambil kuih dalam bungkusan beg kertas untuk disuapkan
ke mulutnya. Kuih itu enak kalau dimakan panas-panas. Amin terpaksa menunggu
Balkish pula, sedangkan kuih itu masih banyak. Dia dengan keberaniannya memaut
bahu isterinya dan dibawa dekat ke tubuhnya. Balkish menjeling. Bulat mata Amin
cuba melawan panahan mata isterinya itu.
“Kalau
abang tak buat macam ni, satu kerja pula nak kena tunggu Balkish habiskan
kuih-kuih tu” beritahu Amin.
“Tapi
jangan fikir bukan-bukan” sambung Balkish. Amin mengangguk. Mereka berdua
berjalan di sepanjang jalan dan berhenti di beberapa buah kedai yang menjual
pelbagai jenis makanan tradisional Sajapun. Pantang ada makanan yang dirasakan
enak dibeli oleh Amin. mereka berdua memilih untuk tidak berhenti lama di
sesebuah kedai yang dikunjungi jadi makanan yang dibeli disuruh bungkus supaya
mereka dapat makan sambil brsiar-siar di sepanjang jalan ini.
“Awak,
abang nak kencinglah. Awak ada Nampak toilet tak dekat-dekat sini?” soalm
tiba-tiba.
Mereka
berdua melilau mencari signboard toilet di kawasan yang mereka lalui. Akhirnya
setelah lima minit mencari di kawasan itu, akhirnya destinasi yang dicari
ditemui.
“Saya
tungg sini sajalah” beritahu Balkish sambil mengambil bungkusan makanan yang
tadinya dipegang oleh Amin dan kini lelaki itu menyarahkan kepadanya.
“Jangan
pergi mana-mana. Susah abang nak cari nanti kalau orang ramai macam ni” pesan Amin.
Balkish
mengangguk, “Pergilah cepat” suruh Balkish. Amin pergi ke tandas awam yang
bertentangan dengan tempat Balkish menunggu.
Balkish
takut juga menunggu bersendirian di kawasan itu. tambahan pula dia berada di
tempat yang agak sunyi dari keramaian kawasan Ginza. Tandas awam ini terletak
di sebalik jalan utama tempat mereka berjalan-jalan tadi.
“Hye”
sapa seorang mat saleh kepada Balkish yang dilihat bersendirian di tempat yang
agak gelap itu.
Mat
saleh dan kawannya itu mendekati Balkish.
“Are
you alone? Soal mat saleh tadi.
“No,
Im here with my husband” beritahu Balkish dengan teragak-agak. Dari gaya mereka
berdua, Balkish rasa mereka risau melihat dirinya yang bersendirian di situ.
“Where
is your husband? Are you lost?” soal mat sale yang satu lagi.
“No,
no. he’Dato' Sahar in the toilet” beritahu Balkish.
“Oh,
we think that you lost. Its dangerous to be here alone by yourself”
“Yaah,
I know” sambung Balkish. Balkish sudah mula tidak enak berbual-bual dengan dua
rang asing itu. bimbang pula kalau-kalau Amin keluar nanti dan melihat dia
seperti sedang melayan mereka, apa pula kata suaminya nanti.
“Why
you loOkey so nervous. Are you OKEY?” soal mat saleh yang satu lagi.
“Abang!”
Balkish tidak sedar yang suaranya agak kuat saat dia melihat Amin keluar dari
tandas awam. Suaminya itu berjalan ke arah Balkish.
“Kenapa
ni? Soal Amin risau apabila melihat dua orang pelancong asing dekat dengan
isterinya.
“Tak
ada, dia orang Tanya jalan” beritahu Balkish. dia segera mahu menarik Amin
pergi dari situ tetapi langkah suaminya terpacak ke bumi apabila saah seorang
pelancong asing itu menegur Balkish.
“Is
this your husband?”
“Yas,
Im her husband” sampuk Amin.
Mat
saleh itu senyum.
“Its
just that we think that your wife standing here by herself, that shes maybe
lost”
Amin
melihat ke arah Balkish.
“But
since you the husband. Maybe she doesn’t need our help anymore” sambung mat
saleh itu.
“Nice
to meet you sir” salam dihulurkan kepada Amin. dia menyambutnya dan mereka
berjabat tangan.
“Okey
then” beritahu mat saleh itu lagi. mat saleh itu menghulurkan tangannya kepada
Balkish pula. Balkish melihat ke arah Amin. takutnya kalau Amin marah
kepadanya. Amin menyambut salam itu dengan tanganya dan dia senyum, “Shes my
wife” tegas suara Amin mempertahankan isterinya agar tidak disentuh oleh lelaki
bukan muhrimnya.
“Yaah
dude. You a lucky guy” kata mat saleh itu sebelum dia mengajak kawannya untuk
pergi dari situ.
Tanpa
berkata sepatah pun kepada Balkish Amin mengatur langkahnya meninggalkan gadis
itu. Balkish terpaksa mengejar suaminya yang jauh di depan.
“Abang!”
laung Balkish memanggil suaminya.
“Abang
jangan cepat sangat. Nanti tak sempat saya nak kejar” beritahu Balkish saat dia
cuba menyangi langkah Amin sebelum mereka masuk ke jalan utama di kawasan Ginza
itu. nasib baik di jalan belakang ini, orang tidak ramai. Tapi kalau Amin sudah
masuk ke jalan Ginza, pasti sudah sulit baginya untuk mencari kelibat suaminya
dalam keramaian orang yang berkunjung ke jalan itu.
“Sukalah
duk melayan jantan mat saleh tadi?” marah Amin.
“Abang
marah ke?” soal Balkish. mereka berdua beretentangan mata walaupun berdiri agak
jauh antara satu sama lain.
“Dia
orang kasihan tengok saya seorang-seorang dekat situ. Takut saya sesat kea pa
kan?” beritahu Balkish memujuk marah suaminya. dia pasti Amin akan marah kalau
melihat dia bercakap dengan dua orang asing tadi dan sangkaannnya itu betul. Suaminya
memang kuat cemburu sejak dari dulu lagi.
“Nasib
baik saya keluar cepat, kalau tak jangan-jangan dia orang bawa awak pergi mana,
saya pun tak tahu. Macamana abang nak cari?” marah Amin.
Balkish
diam sahaja.
“Bila
abang Tanya awak kata orang Tanya jalan. Muka awak tu bukan Sajapun sangat pun,
pakai tudung lagi, takkan dia orang nak Tanya jalan dekat awak” marah Amin.
“Balkish
saja tak nak bagitahu abang, sebab Balkish tahu abang memang macam ni”
“Macamana?”
“Abang
tu cemburu tak tentu pasal” bentak Balkish.
Marah
Amin apabila mendengar kata-kata isterinya. Cemburu dia kata?! Langkahnya laju
ingin mendekat ke arah Balkish.
“Eh,
abang ni lelaki juga. Awak tak tengok ke mat saleh tu tengok awak macam nak
telan orang. Jangan-jangan dekat kepala dia tu memang dah terbayang-bayang apa
yang dia bakal buat dekat awak” marah Amin.
“Abang!”
tegur Balkish.
“Kalau
marah sekalipun, abang janganlah sebut yang bukan-bukan” marah Balkish. dia
tidak tegar mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya.
Amin
diam, Balkish juga turut diam. lama-lama Amin mengalah, dia tahu kasarnya
bahasa yang dia guna kerana ikutkan marah di hati.
“Jomlah
kita balik” ajak Amin. tangan Balkish diraih namun isterinya menepis.
Balkish
berjalan mendahuluinya, Amin memanggil nama isterinya tetapi Balkish tidak
berkalih ke arahnya. Merajuk benar isterinya itu kali ini. salah dia juga
berkata yang bukan-bukan. Isterinya itu sensitive tentang hal-hal yang begitu
kerana telah mengalAminya dulu. Amin memarahi diri sendiri atas keceluparan
mulutnya tadi. Balkish berhenti apabila ingin masuk ke kawasan Ginza, walaupun
sudah agak lewat, tapi orang ramai masih banyak. Dia takut untuk melangkah ke
kawasan itu kecuali dengan Amin.
“Abang
pegang tangan Balkish. kalau abang tak buat macam tu, nanti kita berpecah”
beritahu Amin. dia melihat ke arah istrinya tetapi Balkish melarikan wajahnya. Amin
mengambil beberapa bungkusan makanan yang dipegang oleh Balkish dan dipindahkan
ke tangannya. Tangan Balkish pula digenggam erat. Mereka berdua sudah hilang
mood untuk bersiar-siar dan ingin segera kembali ke bilik hotel.
Sebaik
sahaja melewati kesibukan di jalan Ginza, Balkish segera menyuruh Amin
melepaskan tangannya. Mereka berdua kembali ke bilik hotel dengan wajah yang
murung dan serius. Pintu bilik hotel dibuka oleh Amin dan dia menjemput Balkish
masuk. Sejak dari tadi isterinya itu berdiam diri.
Balkish
meletakkan beg dan baju panasnya ke sofa tempat Amin tidur. Dia kemudiannya
menghilang ke dalam bilik air untuk bersiap-siap ingin tidur. Amin tidak betah
dengan kebisuan isterinya itu. sebaik sahaja Balkish keluar dari bilik air, dia
akan berbicara dengan Balkish.
Balkish
keluar dari bilik air dan mengambil baju panasnya yang dibiarkan di sofa
sebentar tadi. dia menggantungnya di hanger di samping baju panas suaminya. Amin
hanya memerhatikan sahaja sejak dari tadi. Balkish melewati di depannya dan
saat itulah Amin nekad. Tangan Balkish dipegangnya kemas seperti tidak mahu
melepaskannya.
Berkali-kali
Balkish menepis namun tidak Berjaya. Balkish tidak mahu berkeras melawan, dia
takut sekali andainya kejadian dulu berulang lagi seandainya dia berkeras
melawan Amin mala mini. Suaminya itu dalam keadaan marah sama seperti kejadian
dulu.
‘Ya
Allah, Lindungilah hambamu ini’
Apabila
Balkish berhenti meronta, Amin meraih satu lagi tangan isterinya. Dia
mengangkat wajah memandang ke arah Balkish namun Balkish melarikan wajahnya
daripada ditatap oleh suaminya. Amin melepaskan satu keluhan berat.
“Abang
tak patuh cakap macam tu tadi” keluhnya.
Balkish
masih lagi berdiam diri. Ikutkan hati malas nak melayan suaminya mala mini.
Merajuklah katakan. Tapi semuanya salah Amin, cemburu tak tentu pasal. Lepas tu
mulalah nak marah sana-sini. Baru sahaja nak mengcap bahagia untuk waktu yang
lebih lama lagi tapi tak sangka pula begini jadinya.
“Abang
tak sengaja sakitkan hati Balkish” sambung Amin lagi.
Balkish
diam lagi. perlahan-lahan Amin melepaskan pegangan tangannya.
“Kenapa
tak nak tengok sini? Marah dekat abang ke?” soal Amin.
Balkish
sengaja membelakangi suaminya. malas dia mahu bercakap dengan Amin sekarang
ini. memanglah marah, siapa tak marah kalau kena tuduh macam tu tadi, lepastu
boleh pula cakap benda yang bukan-bukan.
“Benci
sampai tak nak tengok muka abang sekarang ni?” soal Amin. dia menelan air liur.
Tekaknya terasa kering. Sedih dipinggirkan oleh orang yang paling disayanginya.
Balkish
berpaling ke belakang apabila mendengar pintu bilik dibuka, dia hanya sempat
melihat suaminya meninggalkannya sendirian di bilik itu dan kemudian pintu
bilik tertutup rapat. tiada kata yang terlua, Cuma rasa kesal keara seharusnya percutian
ini berakhir dengan baik tapi lain pula jadinya. Balkish melangkah ke katil dan
merebahkan dirinya di situ. Gebar tebal ditarik menyelimuti dirinya yang
kesejukan menahan dingin salji di luar sana. Matanya cuba dipejam, dan berpura-pura
tidak ada kebimbngan yang menganggu dirinya. Sekejap-sekejap Balkish berbalik
ke kiri dan ke kanan. Susah untuk dia terlena apabila memikirkan suaminya yang
masih belum pulang sejak tadi. Balkish bangun dari katil dan mendail nombor
telefon Amin namun deringan telefon suaminya berdering di dalam bilik hotel. Suaminya
keluar tanpa membawa telefon bimbit. Balkish mundar-mandi di dalam bilik hotel,
dia resah apabila memikirkan suaminya keluar tanpa membawa telefon bimbit,
kalau terjadi apa-apa kepadanya bagaimana? Akhirnya Balkish menurut kehendak
hati untuk turun mencari Amin di lobihotel. Mungkin suaminya tidak berada jauh
kerana dia tidak membawa telefon bimbitnnya bersama. Almarai akaian dibuka
untuk mengambil baju panas yang disimpan di situ. Alangkah terkejutnya Balkish
apabila melihat baju panas suamiyna tergantung di sebelah baju panasnya. Amin
keluar tanpa pakaian tebal sedangkan salji masih lagi turun di luar sana. Resah
hati makin menggungun apabila memeikirkan pelbagai kemungkinan yang mungkin
menimpa suaminya. Balkish segera memeprcepatkan langkahnya dan turun ke lobi
hotel. Dia mencari Amin di segenap pelusuk bagunan lobi namun Amin tidak ada di
situ.
“Abang!”
rintih Balkish apabila mengingatkan salahnya kerana tidak mengendahkan suaminya
sejak dari tadi. dia hampir-hampir menangis tapi cepat-cepat diseka kerana
tidak mahu dilihat oleh orang lain. Balkish buntu, mahu mencari di luar sana
dia takut dengan tempat asing itu, akhirnya Balkish menunggu sahaja di ruang
lobi, kalau-kalau suaminya pulang. Sekejap-sekejap dia berkalih melihat jam di
tangan. Sudah sejam suaminya keluar tapi belum pulang, salji di luar tetap
sahaja turun tanpa henti. Balkish akhirnya berputus asa, dan kembali ke
biliknya. Dia tetap memikirkan cara untuk mencari Amin, Balkish masih mundar
mandir di depan sofa saat dia mendengar bunyi beep, tanda kad bilik disentuh
dari luar. Balkish kaget dan kakinya o=ibarat dipacak tegar di lantai apabila
melihat Amin masuk ke dalam bilik dalam keadaan menggigil. Wajahnya putih dan
bibirnya sedikit kebiru-biruan. Balkish segera mencabut baju panasnya dan
disarungkan ke tubuh Amin.
“Abang
pergi mana? Risau Balkish” marah Balkish sambil tangannya sibuk membalut tubuh suaminya
yang masih kedinginan.
“Se…juk…se….”
menggigil Amin dibuatnya.
“Tahupun
sejuk” Balkish mengambil tangan Amin ke dalam genggamannya dan meniupkan hawa
panas ke tangan mereka. jari-jemari Amin digosok supaya hangat.
“Berendamlah
dalam tab, cepat sedikit abang panas” cadang Balkish.
Amin
menggeleng.
“Sini,
Balkish jirus dengan air panas” Balkish menarik tangan Amin mengikutnya. Dalam
terpaksa, Iman=Amin menurut. Mereka masuk ke dalam bilik air dan Amin disuruh
masuk ke tab mandi. Balkish mencuba campuran antara air panas dan air sejuk di
tangannya supaya tidak terlalu panas air yang bakal disemburkan ke tubuh suaminya
nanti. Kalau meledur anak orang nanti, siapa nak tanggung?
Amin
menggigil menahan sejuk, wajahnya masih pucat. Balkish tanpa berlengah masa
terus menyabur air hangat itu ke tubuh suaminya, Amin sedikit terkejut tapi
akhirnya tubuh yang kedinginan itu berasa semakin hangat. Dia duduk di dalam
tab mandi sambil dimandikan oleh Balkish. Balkish menyentuh tangan suaminya,
“Dah kurang dah sedikit” kata Balkish berkenaan dengan kedinginan kulit suaminya.
“Bukalah
baju abang, nanti makin sejuk kalau pakai pakaian basah” tegur Balkish.
Amin
menggeleng. “Tak apalah, abang mandi sendiri lah” kata Amin. badannya sudah
beransur-ansur hangat sekarang ini dan dia sudah boleh mandi sendiri. Tambahan
pula dia malu kepada Balkish kerana diperlakukan seperti anak-anak mereka.
Balkish memandikannya sepertimana Balkish memandikan Iman dan Sufi.
“Buka
sajalah, takkan dengan Balkish pun abang malu” pujuk Balkish.
Amin
diam. air hangat dari pili diambil dan dibasahkan ke tubuhnya. Kata-kata
Balkish ibarat masuk telinga kanan dan keluar ikut telinga kiri.
“Ke
abang nak Balkish buka?” soal Balkish. dia sudah mula geram. Orang bukannya nak
tengok sangat body dia tu, orang Cuma risaukan kalau dia demam. Tak hairanlah
kalau body lelaki melayu ni, lainlah kalau body Ashton Kutcher ke? Craig David
ke? Yang tu lainlah.
“Eh,
eh. Abang buat sendiri” Amin membukan butang kemeja kasualnya yang berwarna
hijau muda itu. Balkish melihat, sangkanya dia sudah lali melihat tubuh Amin
kerana sudah beberapa kali lelaki itu tanpa segan silu membuka baju di
hadapannya tapi, ni dup dap dup dap dalam hatinya ni, siapa boleh jawab? Tu
baru tengok Amin membuka butang bajunya, belum lagi dibuka baju tshirt hitam
yang dipakai dua lapis dengan baju kemeja kasualnya itu.
Degupan
jantung semakin kuat saat melihat otot-otot sasa pada bahagia sisi rusuk kiri
dan kanan yang terpamer saat Amin menarik tshirt hitamnya ke atas. Saat Amin
sudah menanggalkan bajunya dari tubuh, Balkish segera menutup mata kerana tidak
sanggup menahan degupan jantunya yang semakin kuat dan laju. Semakin dilihat Amin,
semakin kuat jantungnya berdegup.
“Balkish,
awak tak apa-apa?” soal Amin pelik apabila melihat Balkish di depannya
memejamkan mata secara tiba-tiba.
“Saya
tunggu dekat luar. Lepas buka seluar awak, awak keluarlah pakai towel tu.
bathrobe nanti saya ambil. Jangan mandi lama-lama sangat pula, nanti demam”
Balkish segera meninggalkan Amin sendirian di bilik air. Dia keluar dengan
enutup pintu bilik iar. Sebaik sahaj keluar, Balkish melepaskan keluhan yang
berat, dia bagaikan sesak kerana tidak dapat bernafas dengan baik seaktu
berdua-duaan dengan Amin tadi. dadanya diurut perlahan-lahan.
“Apa
ni? Kenapa aku jadi macam ni” soal Balkish sendirian, bathrobe di dalam tangannya
di genggam.
“Sejuk..”
Amin keluar sambil memeluk tubhnya menahan kedinginan. Balkish memberikan
bathrobe yang dipegangnya kepada Amin.
“Awak,
pemanas bilik tu dah pasang yang paling panas ke?” soal Amin sambil
menyarungkan bathrobe ke tubuhnya. Dia duduk di sofa.
“Dah
paling panas dah tu? sejuk lagi ke?” soal Balkish risau. Dia pergi mengambil
sepasang pakaian tidur buat suaminya dari dalam beg bagasi. Dia berjalan ke
arah Amin dan meletakkan baju itu di meja.
“Abang
pergi mana? Risau Balkish, Phone abang tak bawa, baju panas pun abang tak
pakai” soal Balkish.
“Abang
keluar”
“Lain
kali jangan buat macam tu lagi. risau Balkish. abang tahu tak Balkish pergi
cari abang dekat semua tempat dekat lobi bawah sana. Ingatkan bang ada dekat
situ” sambung Balkish lagi.
Balkish
meletakkan tuala kecil ke bahu Amin untuk digunakan mengelap rambutnya yang
basah. Baru sahaja Amin mahu mengambilnya, Balkish lebih dulu mendapatkan tuala
itu dan dia mengelap rambut suaminya perlahan-lahan. Amin membiarkan sahaja.
“Balkish
risau tau, abang” sambung Balkish.
Amin
diam.
“Kita
bukan dekat negara kita. Kalau jadi apa-apa dekat abang macamana? Abang pula
tak bawa phone. Keluar saja melulu sebab gaduh dengan Balkish” kata Balkish
sambil tangannya mengelap rabut Amin dengan penuh kasuh sayang. Dia
diserangrasa bersalah kerana menyusahkan Amin. kerana dialah Amin jadi begini.
Amin
menghentikan perbuatan isterinya. Dia tidak selesa diperlakukan semesra itu
oleh Balkish. kalau Balkish terus-menerus begini, mustahil kali ini dia dapat
menahan dirinya. Jadi lebih baik, dia menghalang Balkish sebelum dia melakukan
sesuatu yang tidak disukai oleh Balkish nanti.
“Abang
marh Balkish lagi?” soal Balkish dengan rasa bersalah. Mungkinkah Amin
memarahinya malah membencinya. Sebab itulah Amin menghentikan perbuatannya.
“Tak”
jawab Amin sepatah.
“Habis
tu kalau tak marah, abang tak suka Balkish ke?” dia melihat ke arah Amin,
meminta simpati daripada suaminya.
“Abang
rasa elok Balkish tidur” beritahu Amin. Balkish berdiam diri.
“Abangpun
nak tukar baju” sambung Amin. dia menjaga kata-katanya agar kali ini tidak
mengguris hati si isteri lagi.
Balkish
mengangguk. Walaupun sikap Amin dirasakan dingin tapi dia juga tidak mahu
memaksa, mungkin Amin perlukan ruang setelah pergaduhan mereka tadi. Balkish
merasakan ada jarak antara Amin dengan dirinya, mungkinkah Amin akan
memperlakukannya sedingin ini selepas ini? Balkish kembali ke katil sementara Amin
menggantikan pakaiannya dengan pakaian yang dipilih oleh Balkish tadi.
“Abang”
panggil Balkish. dalam kesamaran lampu di bilik itu di dapat melihat Balkish.
“Erm?”
“Abang
marah dekat Balkish?” soal Balkish.
“Tak
adalah”
Balkish
diam. air matanya sudah mula bertakung. Sekejap sahaja lagi, takungan itu akan
pecah, bila-bila masa sahaja.
“Abang,
Balkish Cuma nak jaga hati abang” Amin bangun dari tidurnya apabila mendengar
suara isterinya seperti sedang menangis. Dari samar-samar lampu bilik, dia
melihat Balkish sedang duduk berteleku di katilnya.
“Tu
sebab Balkish cakap orang tu Cuma tanya jalan, Balkish cepat-cepat tarik abang
pergi dari situ sebab Balkish tahu abang mesti tak suka kalau abang tahu
Balkish bercakap dengan dia orang”
“Abang
jadi macam ni sebab Balkish. sebab Balkish keras kepala tak nak mengalah masa
kita bergaduh. Sebab tu abang keluar kan?” Balkish melepaskan semua yang
dibukukan di hati. Sebab itulah yang membuatkan dia rasa bersalah kerana
membuatkan Amin jadi begini.
Terdengar
suara Balkish cuba menahan sendu. Amin mengatur langkah perlahan-lahan ke arah
isterinya.
“Bukan
salah Balkish. abang yang salah” pujuk Amin. Balkish mengangkat wajahnya dan
memandang Amin yang duduk di hadapannya.
“Balkish
yang salah, Balkish minta maaf abang. Abang janganlah tak hiraukan Balkish.
Balkish tak kuat macam abang” rayu Balkish. sikap dingin yang ditunjukkan oleh Amin
sebentar tadi terasa seperti satu hukuman gantung buat dirinya. Bagaimanalah Amin
menaggung rasa itu selama bertahun-tahun selama ini. sedangkan dia yang hanya
merasa buat beberapa detik yang lalu sudah tidak tertanggun begini, inikan pula
bertahun-tahun seperti yang diamalmi oleh suaminya itu. timbul rasa penyasalan
kerana memperlakukan Amin sedemikian rupa selama ini. tak disangka rasa
dipinggirkan itu adalah sesuatu yang berat sekali.
Amin
diam lagi. dia sudah bingung sekarang ini. kata-kata isterinya itu membuatkan
dia berasa pelik. Mungkin cara dia menepis dan menahan perbuatan Balkish
kepadanya tadi disalah erti oleh isterinya itu.
“Abang,
abang. Balkish tak sangka abang akan keluar dengan salji dekat luar tu. Balkish
bukannya tak nak tengok abang, tapi masa tu Balkish pun tengah marah, sebab
abang marahkan Balkish tak tentu pasal” sambung Balkish lagi. dia cuba menjelaskan
dan mebela dirinya di hadapan Amin.
“Dengar
dulu apa abang nak cakap” pujuk Amin.
“Abang
nak marah Balkish lah tu kan? Abang cemburu pasal mat saleh tu ke? Balkish tak
layan dia pun. Tapi bila orang bertanya, Balkish jawablah. Tak adalah sampai
Balkish bertempuk-tampar dengan dia, abang”
“Balkish”
panggil Amin lembut.
“Abang
sebelum abang marah…” kata-kata Balkish terbantut di situ. Mana tidaknya,
macamana nak bercakap kalau mulut yang dipakai untuk berkata-kata kini
‘dipakai’ oleh Amin. yup! Bibir Balkish akhirnya ditakluki oleh suami tercinta
untuk kali pertama setelah mereka berakhwin.
Amin
melepaskan bibir Balkish. gadis itu seperti tidak percaya, dia memandang Amin
tidak berkelip. Amin pula tidak senyum, takut juga kalau perbuatannya itu
dimarahi oleh empunya bibir. Geram sangat, orang nak bercakap tak bagi peluang
langsung. Terpaksalah bagi Balkish diam dengan cara macam tu. huh sekarang ni,
tak satu kata pun yang keluar dari mulut itu! baru dia tahu! Amin senyum nakal.
“Abang!!!!!”
serentak dengan jeritan itu, bertalu-talu pukulan hinggap ke badan Amin.
Balkish marah dan terkejut dengan perbuatan itu.
“Aw,
Aw..sakit Balkish..sakit..Aduh”
Amin
mengehntikan pukulan itu dengan memgang tangan Balkish. dia tidak berani
menindih tubuh Balkish walaupun dia mampu. Balkish dipaksa melihat ke arahnya.
“Kalau
benda tu bothered you so much, sampai Balkish rasa Balkish bersalah dekat
abang. Abang maafkan Balkish” kata Amin ikhlas. Dia tidak sanggup marah
lama-lama dekat isetri tersayang.
Lemah
badan Balkish mendengar suara Amin mengucapkan kata-kata itu. kalau dia berdiri
sekarang ini, pasti dia sudah jatuh terlesajalepuk ke lantai. Amin melepaskan
pegangan pada tangan Balkish saat diarasakan Balkish sudah tidak akan menyarangnya
lagi. mereka berdua tunduk memandang katil.
“Balkish,
abang pun nak Balkish maafkan abang. Abang tahu salah abang lebih besar lagi
tapi andainya ada ruang untuk Balkish maafkan abang, boleh tak Balkish cuba?”
Balkish
mengangkat wajahnya. Dia tahu apa yang dimaksudnkan oleh Amin itu.
“Abang
bersalah malam tu, Balkish. abang tak patut…” Amin berhenti. Dia menyaka air
matanya dan mengumpul segala kekuatan yang ada padanya, “Tu adalah satu-satunya
perkara yang abang malu nak mengaku yang abang pernah buat. Abang malu pada
Balkish, pada anak-anak kita”
“Setiap
kali abang fikir pasal tu, abang akan rasa diri abang tak layak untuk Balkish.
abang menyasal sangat-sangat” terdengar sendu pada kata-kata Amin. setiap kali
dia mengimbau kenangan terkutuk itu, dia past akan menangis kerana penyasalan
yang amat berat.
“Abang
dah bertaubat dengan Allah tapi taubat abang tak diterima selagi abang belum
mendapat kemaafan dari orang yang teraniaya. Andainya Balkish mampu, Balkish
cubalah. Abang akan tunggu sampai bila-bila. Abang tak paksa” Amin menangis
teresak-esak. Kali ini dia melepaskan semuanya di hadapan Balkish. biarlah
gadis mengatakan dia lelaki lemah kerana menangis tapi memang perkara yang satu
itu bila diyngkit, sering membuahkan sayu dan berbungakan esak tangis.
“Balkish
ingatlah, abang sayang Balkish… dan anak-anak kita. Percayalah kejadian tu
merupakan kenangan paling pahit bukan sahaja dalam hidup Balkish tapi hidup
abang juga. Tapi abang bersyukur dan tak pernah menyasal untuk abang membuat
keputusan untuk memperisterikan Balkish dulu”
Balkish
dilihat tunduk sahaja, barangkali dia juga sudah menangis. Amin bangun dan mahu
meninggalkan Balkish sendirian. Isterinya itu masih memerlukan waktu untuk
memaafkannya. Sebelum berlalu, Amin menundukkan dirinya dan mencium ubun-ubun
Balkish dengan penuh rasa sayang dan kasih. Saat itulah esak tangis Balkish
semakin kuat. Balkish sempat memegang tangan Amin sebelum lelaki itu berlalu.
Wajah Balkish yang sudah basah dengan air mata itu memandang ke arahnya,
“Abang..”
panggil Balkish. panggilan itu seolah-olah rintihan.
“Abang..”
Amin
sudah tidak tahan lagi melihat wajah sedih isterinya. Dia memeluk Balkish tanpa
berfikir panjang. Pelukannya itu dibalas erat oleh Balkish. Balkish menangis
semahunya dalam pelukan suami. Amin mengusap rambut panjang isterinya yang
mengurai, berusaha untuk memujuk ajagr tangisan itu berhenti.
Lama-lama,
barulah pelukan itu terlerai. Balkish menyaka air mata yang masih tersisa di
wajahnya. Dia mengangkat wajah melihat ke arah suaminya yang duduk
bertentangannya. Amin mengelap sisa air mata pada pipi isterinya, namun sebaik
sahaja mata mereka bertemu, Amin melarikan pandangannya. Terasa berat memandang
ke anak mata Balkish sekarang ini.
“Pahit
untuk Balkish..tapi, Balkish..say….sayang..kan..ab..abang” kata Balkish
diselang-seli dengan sedunya.
“Walau…pun…su..sah…tapi…Ba..kish..akan..cu..ba”
“Su…sah…tapi..bu..kan..mus..ss..tahil”
sambung Balkish.
Amin
senyum, dia menyaka sisa air mata pada wajah isterinya. “Terima kasih Balkish” Amin
kembali memeluk tubuh isterinya yang sudah lemah itu. kerana terlalu gembira,
mahu sahaja Amin mencium lagi bibir munggil milik Balkish tapi dia takut
isterinya marah seperti tadi. Amin hanya melirik ke arah wajah itu. wajah
Balkish pula masih lagi sedih.
“Abang…te…teman
Balkish mal..am ni?” Tanya Balkish dalam sendu yang masih bersisa.
Amin
mengangguk. Air matanya dibiarkan sahaja menitis. Dia mengambil kerusi rotan
dan meletakkannya di samping katil. Kemudian dia membantu Balkish membaringkan
tubuhnya ke katil. Gebar digunakan untuk menyelimuti tubuh Balkish yang mungkin
kedinginan. Amin duduk di kerusi dan menyarungkan baju panas ke tubuhnya.
Balkish berbaring dengan mengahadap Amin yang di yang duduk di kerusi.
tangisannya sudah reda. Dia senyum apabila melihat Amin senyum kepadanya.
“Tidurlah”
“Abang
pun”
Balkish
menutupkan matanya, untuk tidur. Amin hanya memerhatikan wajah ayu milik
isterinya itu. keputusan Balkish untuk cuba meaafkannya sudah cukup baginya.
Dia sedia menunggu lebih lama lagi bagi mendapatkan kemaafan dari isteri yang
tersayang. Perlahan-lahan Balkish membukakan matanya.
“Kenapa
tak tidur lagi?” soal Amin.
“Macamana
nak tidur kalau abang asyik tengok Balkish macam tu?”
Balkish
menggeserkan tubhnya untuk member sedikit ruang di katil itu buat Amin. dia
kemudiannya menepuk bantal buat alas kepala suaminya.
“Tidurlah
sini” ajak Balkish.
Perlahan-lahan
Amin bangun dan membuka baju panasnya. Dia merebahkan diri di samping tubuh
Balkish. tubuhnya dimirngkan ke arah gadis itu. walaupun jarak agak jauh tapi
mereka cukup dekat buat Amin kerana Balkish memberikan ruang untuk sekatil
dengannya.
Balkish
cuba melepakna matanya tapi dia tidak terlena. Dia membuka matanya dan melihat Amin
juga masih belum tdur dan asyik memerhatikannya.
“Tak
boleh tidur?” soal Amin lembut. Balkish mengangguk perlahan. Dia sudah penat
kerana berjalan seharian hari ini, tambahan pula dia pergi mencari Amin dan
menangis semahu-mahunya tadi. patutnya dia sudah kepenatan dan tertidur, ini
lain pula kejadiannya.
“Nak
abang tolong?” soal Amin lembut.
“Selalunya
kalau Iman atau Sufi tak boleh tidur abang buat macam ni” Amin mendekatkan
dirinya kepada Balkish. lengan sasanya dimasukkan ke bawah leher Balkish
sehinggalah Balkish berada dekat sekali dengannya, wajah Balkish berada dibawah
wajahnya. Amin menyuruh Balkish memusingkan badannya sehingga gadis itu
membelakanginya. Dengan itu, Amin mendekatkan lagi jaraknya sehinggakan dia
dapat menghidu bau shampoo yang digunakan oleh isterinya. Leher jinjang Balkish
terserlah saat Amin menyalak rambut itu dengan tangannya. Lengan yang satu lagi
memaut lengan Balkish lembut.
Saat
berada dalam rangkulan Amin, peliknya, Balkish berasa sangat selesa dan tenang.
“Macamana?”
soal Amin.
“Selalu
ke Iman dengan Sufi tertidur kalau abang buat macam ni?” soal Balkish lemah.
“Em”
jawab Amin.
Tanpa
sengaja, Amin menyentuh kulit Balkish pada leher jinjangnya. Balkish megetap
bibir dan menutup mata menahan rasa. Amin menyalak rambut Balkish sekali lagi,
menyarlahkan kulit gebu pada leher jinjang isterinya. Dia sekadar melihat,
takut Balkish tidak suka dengan apa yang bakal dilakukannya, jadi ditahan
sahaja keinginannya. Mengiku naluri lelakinya, tangannya bergerak ke arah leher
Balkish.
“Dah
tidur?” soal Amin.
“Belum”
“Abang
rasa elok malam ni abang tidur di sofa saja” beritahu Amin.
Balkish
membalikkan dirinya meghadap Amin. Amin terpaksa mengundurkan kepalanya ke
belakang untuk mengelakkan kepalanya dan kebala Balkish berlaga. Lengannya pula
masih di bawah leher Balkish jadi dia tidak dapat mengelak jauh.
Tanpa
berkata apa-apa, Balkish melihat ke arah wajah Amin. dia menggenggam baju suaminya
dan menarik lembut ke arahnya. Dengan lemah dia menghadiahkan satu kucupan ke
bibir Amin. sebentar sahaja kucupan itu berlangsung dan Balkish melepaskan
kucupannya. selepas bibir mereka berenggang, Amin melihat ke arah isterinya.
“Balkish
penat sangat hari ini. bila dekat abang macam ni, Balkish boleh terlena”
beritahu Balkish tapa di Tanya. Dia merapatkan kealanya ke dada Amin. walaupun
gak terkejut dengan perbuatan Balkish tapi Amin tidak mahu menganggu isterinya
yang sudahpun mengantuk itu. dia membaringkan tubuhnya ke arah Balkish di
sisinya.
‘Esok
kita cakap pasal hal ni’sepatutnya itu yang ingin dikatakan oleh Balkish tapi
kerana mengantuk sekali yang keluar dari mulutnya,
“@*^(*^!)(&#^(@&%#@)@)!&W#&*^”
Satu
apa pun yang dikatakan oleh Balkish itu tidak difahami oleh Amin. dia senyum.
Mungkinkah ini permulaan mereka ke arah rumah tangga yang lebih sempurna? Ikir Amin.
dia juga cuba untuk tidur dan kantuknya datang tanpa menunggu lama. Amin
memejamkan matanya, menemani tidur si isteri
The
end
Tamat ke cerita ni
ReplyDeleteTamat ke cerita ni
ReplyDeleteDh tamat ke?? Huwaaa. Nak smbungannya kak. Special edition pun okeyy. Btw citer nih mmg best lahh. Sukaa gilaa dgn amin and balkish.
ReplyDeleteSambung lagi please!!!! Epilog?
ReplyDeleteLaaahhh dah habis ke akak writer??? Huhuhuuuu...nak lagi !!! Pleasee?! Huwaaaaa..nak lagiiii..i beg you..please kak!!
ReplyDeleteSambung..plesss..dah berbulan tunggu cite nie^^
ReplyDeleteKipidap writer :)
Kipidap writer..sambung lagik pless..dah lama tuggu cite nie ^^
ReplyDeletedah habis... i let u guys imahine sendiri their happy ending hehe
DeleteKipidap writer..sambung lagik pless..dah lama tuggu cite nie ^^
ReplyDeletedah habis... ill let u guys imagine sendri their happy ending
ReplyDeletespecial edition takde ke akak? ^^ pleaseeeee
ReplyDeleteTaknak imagine. Nk akak tulis jugak ending dia. Tapi happy ending. Hmm
ReplyDeleteAlaaa nak epilog. Pleaseee
ReplyDeleteala....writer smbungl sikit lgi...pleazzzz
ReplyDeletesambunggg plezzzzzzzzzzz :'(
ReplyDeletehari hari bukak blog nie
smbung lagi kakkkk
ReplyDeleteSori, tak perasan dah ada update. Apapun, SNDKI best. Terima kasih sulis.
ReplyDeleteAkaaaakkk sambung lah lagiii!!! Buat lah special editions punyeee pleeaassseee?!!huhuuu
ReplyDeleteSalam rakan penulisku,Teruskan usaha menghasilkan karya..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/
ReplyDeleteMenyesal tgk klu cmni hppy ending pnt tgu2 part last2 mcm ni ending tq sgt2 lh sis buat kmi smua ttgu utk hppy ending tp hampa..
ReplyDelete