Bab 25
Amin
memandu keretanya masuk ke kampus UIA. Susah sikit nak masuk univerisiti ni,
banyak protocol, kena tinggal mycardlah, kena soal macam-macam oleh pak guard.
Amin menguap beberapa kali. Dia memandu ke bangunan koleh isterinya. Apa bila
sampai dia parker agak jauh dari beranda utama. Takut pula Balkish tidak suka
kalau di amemunculkan diri depan kawan-kawannya. Amin membuat panggilan kepada
Balkish namun panggilannya tidak diangkat. Amin menunggu sahaja di kereta.
Dari
jauh dia melihat Balkish bersama-sama kawannya sedang berjalan menuju ke
bangunan kolej bersama-sama dengan tiga orang kawan-kawannya. Amin
memerharikan.
Fakhrul
berjalan beriringan dengan Balkish. sengaja dia menawarkan diri untuk mengahntar
Balkish, Aiza dan Yani ke kolej mereka setelah habis melakukan diskusi kumpulan
tadi. Balkish mengelakkan diri Fakhrul apabila lelaki itu cuba untuk dekat
dengannya. Yani sekadar melirik sementara Aiza tersenyum sahaja melihat gelagat
Balkish yang sudah jengkel.
“Balkish
tak nak pergi makan ke?” soal Fakhrul.
“Tak
apalah, nanti saya pergi makan sendiri” balas Balkish.
Fakhrul
tidak berputus asa, dia mencuba lagi. tapi mendapat jawapan yang sama dari
Balkish.
“Jomlah
saya teman awak” balas Yani kepada Fakhrul.
Fakhrul
jadi bingung, tiba-tiba Yani menyampuk.
“Hah
tu, pergi aje dengan Yani. Nanti kami keluar makan sendiri” kali ini Aiza
menyampuk, membantu Balkish mengelakkan diri daripada Fakhrul.
“Tak
apalah Yani. Saya pun dah tak ada selera nak makan” Fakhrul menjawab. Yani
menarik muka masam dan berharap Fakhrul memujuknya namun harapannya isa-sia,
lelaki itu tidak mengendahkan Yani.
“Kitaorang
naik dulu. assalamualaikum” beritahu Balkish. dia segera menarik tangan Aiza
untuk melarikan diri daripada Fakhrul. Fakhrul mahu mengejar tapi mengingatkan
hostel ini adalah hostel perempuan, Fakhrul berhenti betul-betul di pintu
masuk. Dia meninggalkan Yani sendirian dan kembali ke hostelnya.
Sakit
hati Amin melihat Balkish dengan kawan lelakinya itu, walaupun Balkish tidak
melayan tetapi kawan lelakinya itu kelihatan terhegeh-hegeh dengan isterinya.
Api cemburu membakar diri Amin.
Balkish
tidak boleh disalahkan kalau lelaki itu yang jatuh hati kepadanya. Yelah,
isteri aku tu cantik, baik. Mestilah pak ustaz tu jatuh hati. Nasib baik Balkish
ni tak melayan sangat, kalau tak dengan Balkish Balkish aku tibia. Marah Amin.
Nombor telefon Balkish didail. Yang minah ni satu jugak, semalam kan dah sms
cakap hari ni nak jumpa, takkan dia lupa. Lama dah aku tunggu kat sini ni.
Budak-budak yang lalu sini, tengok je dekat aku. Malu tau! Tahulah muka aku ni
hensem!
Panggilan
ke Balkish tidak diangkat oleh gadis itu. Amin mendail sekali lagi.
“Hello”
kasar suara Amin. Dia marah kerana telah menunggu lama.
“Assalamulaikum”
jawab satu suara.
“Balkish
mana?” soal AMin. Dia tahu bukan Balkish yang menjawab telefonnya.
“Balkish
pergi toilet kejap, wuduk. Ni siapa?” Tanya Aiza, teman sebilik Balkish. dia
melihat nama si pemanggil tertera di skrin sebagai ‘mamat sewel’ sebelum dia
menerima panggilan itu.
“Cakap
kat dia cepat sikit. I tunggu dekat bawah” balas Amin. Dia segera mematikan
panggilan.
“Balkish,
siapa mamat sewel?” soal Aiza pada Balkish saat teman sebiliknya itu masuk ke
dalam bilik.
“Kenapa?”
“Tadi
dia call, dia suruh kau cepat sikit” beritahu Aiza.
Balkish
terdiam.Dia hampir-hampir terlupa yang Amin mahu berjumpa dengannya hari ini.
“Tak
apalah. Biar je dia tunggu lama sikit” balas Balkish. dia mengenakan telekong solat ke wajahnya untuk mengerjakan solat Asar.
Balkish
akhirnya turun ke beranda tempat AMin parker keretanya. Dilihat sekilas ke
wajah Amin. Masam mencuka, muncungnya panjang sedepa. Marahlah tu, tak pun
merajuk. Ah, peduli apa. Bukannya aku janji pun nak keluar dengan dia hari ini.
bentak Balkish. Saat pesanan ringkas dari Amin semalam diterima, dia tidak
membalas. Sms itu dibuat acuh tak acuh kerana dia sebenarnya agak malas mahu
keluar dengan Amin dia memikirkan tugasa-tugasan yang harus disiapkan sebelum
bulan depan. Kalau ditangguh pasti bertimbun. Tapi nak buat macamana, Amin ajak
keluar. Mahu dibalas tidak mahu, takut pula lelaki tu buat kerja sewel seperti
yang selalu dibuatnya jadi dia tidak membalas dan lihat keadaan dulu. kalau tak
ada benda yang nak dibuat, bolehlah nak menemani si Amin ni. Balkish mengenakan
tali keledar ke wajahnya.
“Dah
lama tunggu?” soal Balkish ingin memulakan bicara. Kalau dia tak menegur, nak
harapkan Amin. Entah bile. Lagipun memang orang merajuk takkan memulakan
bicaranya dulu.
“Tak
lah. Abang baru je sampai” peril Amin.
“Em.
Baguslah” jawab Balkish. malas nak bertengkar.
“Siapa
mamat yang jalan dengan awak tadi?” soal AMin secara tiba-tiba.
Balkish
melihat ke wajah Amin. Mereka bertentangan mata. Segera Balkish melarikan
pandangannya.
“Awak
stalk saya ye?”
“Jawablah”
“Fakhrul.
Kawan study group. Kalau betul awak stalk saya, awak lihat sendiri kan, kami
tak jalan berdua. Ada Aiza dengan Yani juga” balas Balkish.
“Dengan
saya awak takut. Dengan si Fakhrul tu boleh pula berkepit”
“Mana
ada saya berkepit. Dia je yang…” Balkish tidak menghabiskan kata-katanya.
Amin
diam. Balkish melihat ke arah Amin. Mereka bertentangan mata.
“Dia
je yang terhegeh-hegeh. Awak ingat saya suka ke?” beritahu Balkish. Dia
akhirnya melarikan pandangannya. Malu timbul saat dia cuba meluahkan
perasaannya kepada Amin sambil diperhatikan oleh lelaki itu.
Amin
berdehem kecil untuk menghilangkan ketegangan yang timbul antara mereka berdua.
Berdebar jantungnya bertentangan mata dengan Balkish. Selain melihat mata
Balkish, sekilas dia sempat mencuri pandang ke arah bibir si gadis.
“Kalau
saya, awak suka lah?” Amin memberanikan diri bertanya. Inilah peluangnya untuk
mengetahui perasaan Balkish yang sebenar. Pandai dia menjerat Balkish dalam
kata-katanya sendiri. Amin masuk bakul angkat sendiri. Dia tersenyum bangga.
“Suka.
Tapi belum sayang, belum cinta” perlahan sahaja jawapan yang keluar dari mulut
Balkish.
Amin
senyum bahagia. Peluangnya masih ada. Cerah masa depan. Balkish masih lagi
boleh menerimanya, asalkan dia tahu cara untuk menambat hati gadis itu.
“Dan
saya juga takut dekat awak” sambung Balkish lagi.
Impian
yang terbina untuk menambat hati Balkish hancur setelah mendengar jawapan kedua
dari Balkish. serta-merta senyuman di wajah Amin pudar.
Amin
membawa Balkish jalan-jalan di Mall sahaja. Dia tidak tahu lagi destinasi lain
yang sesuai untuk mereka keluar jalan-jalan bersama. Mereka masuk ke Jusco
untuk mencari barang-barang keperluan. Amin mengajak Balkish untuk menemaninya
mencari pakaian formal untuk dia ke kuliah. Gadis itu pada mulanya tidak mahu,
tetapi setelah dipujuk akhirnya dia mengikut sahaja. Amin sengaja meminta
Balkish memilih untuknya. Apa sahaj yang dipilih oleh isterinya itu,
dianggukkan sahaja. Mereka berdua berjalan beriringan. Mahu sahaja tangannya
mengggenggam tangan Balkish erat-erat tapi dia tahu Balkish tidak suka. Ditahan
sahaja keinginannya itu. Amin memperlahankan langkah kakinya untuk dia berada
sedikit di belakang Balkish. langkah kaki Balkish diturut. Balkish dilihat
mencari-cari kelibatnya yang tadi berjalan sering dengan gadis itu.
“Abang
kat belakang awaklah” segera Amin menegur isterinya. Dia tidak mahu Balkish
berasa takut.
“Kenapa
lambat sangat awak jalan ni?” marah Balkish.
“Abang
nak lihat-lihatkan Balkish dari belakang. Kalau Balkish duk sebelah, nanti
Balkish ke mana-mana abang tak sedar”
Balkish
terdiam.
“Awak
nak beli apa-apa ke?” soal Amin.
“Tak
ada. Baju kurung nak pergi kelas cukup yang kita beli hari tu?”
“Cukup”
“Beli
makananlah nak? Nanti awak boleh makan kalau nak stay up”
“Tak
payahlah awak”
“Jomlah”
ajak AMin. Balkish menurut sahaja.
Setelah
selesai membayar di kaunter, akhirnya AMin mengajaka Balkish untuk makan.
Mereka berdua tidak makan di foodcourt sebaliknya AMin membawanya masuk ke
restoran makanan Barat. Balkish menurut sahaja. Banyak makanan yang dipesan
oleh lelaki itu dan akhirnya Balkish memaksa dia menghabiskan semua makanan
yang dipesan. Membazir itu amalan syaitan. Amin terdampar di kerusi seperti
ular sawa kekenyangan. Balkish tersenyum lucu melihat keadaan AMin saat itu.
walaupun mereka telah selesai makan, tetapi Amin menyuruhnya menunggu sekejap
kerana dia sangat kekenyangan. Rasanya kalau bagun berdiri mengejut, isi makanannya boleh keluar semula. Mahu tidak
mahu terpaksa Balkish menunggu.
“Eh
awak. Kita dah lambat dah ni. Nanti tak boleh masuk kampus dah. Kena tahan
dengan pak guard. Saya tak nak ada record” beritahu Balkish.
“Tunggulah
kejap. Abang full ni. Nak muntah pun ada” balas Amin.
“Siapa
suruh awak order banyak sangat” marah Balkish.
“Saya
balik sendiri lah. Saya takut lambat” beritahu Balkish. dia bangun dan
mengambil barang-barangnya. Amin yang kekenyangan itu mahu ditinggalkan di
restoran itu.
“Eh
awak. Tunggulah. Saya hantar” balas AMin.
“Tak
apalah”
“Awak.
Saya yang jemput awak, takkan saya nak biar awak balik sendiri. Banyak
barang-barang awak ni”
“Tapi…..”Balkish
berkeras mahu balik sendiri.
Amin
segera menutup mulutnya. Makanan yang dimakan dengan banyak tadi terasa sedang
dalam proses keluar melalui mulutnya. Amin menahan dengan kedua-dua tangan tertekap
pada mulut. Dia akhrinya berlari masuk ke tandas restoran. Balkish terkejut,
dia juga mengekori lelaki itu ke tandas dan menunggu di luar. Tidak lama
kemudian, AMin keluar dengan wajahnya yang lesu.
“Banyak
ke keluar?” Tanya Balkish simpati.
Amin
mengangguk.
“Awak
nak duduk dulu?” soal Balkish.
Mereka
berdua duduk kembali di meja makan tadi. Balkish memanggil waiter untuk
membayar harga makanan mereka. pelayan datang dengan bil. Terkejut juga melihat
nilai yang tertera di bil itu. belum sempat Balkish membuka tas tangannya, Amin
memberikan dompetnya.
“Pakai
card abang”
Balkish
melihat ke arah AMin. Tidak pernah dia membuka dompet orang lain tanpa keizinan
dari tuannya. Amin terangguk-angguk. Lelaki itu sudah lelah untuk berbicara
gara-gara muntah tadi. dompet yang tebal itu dibuka untuk mengambil kad kredit
seperti yang disuruh. Setelah mendapat kad, pelayan itu beredar ke kaunter dan
kembali ke meja mereka beberapa minit kemudian. Sesekali Balkish melihat ke jam
tangannya.
“Dah
lambat dah ni wak. Kita tidur luarlah malam ni. Besok pagi baru saya pergi
kampus. Kalau masuk time macam ni, mesti kena tahan dekat pak guard” beritahu
Balkish, dia juga tidak sampai hati nak tinggalkan Amin sendirian di sini.
“Ti…dur
kat mana?” soal Amin. Buat-buat bodoh pula. Sebenarnya, setelah mendengar
usulan itu, hatinya berdebar-debar. Macam-macam imaginasi yang difikirkannya.
Sengaja dia bertanya soalan itu untuk mendapatkan kepastian dari Balkish.
Jawablah hotel Balkish! bersina-sinar pandangan mata Amin.
“Kat
mana-mana jelah. Tapi saya tak nak tidur dalam kereta dengan awak” balas
Balkish. mustahil dia akan terlelap di dalam kereta dengan Amin. bermalam
bersama-sama dengan Amin bererti sengaja mengundang kembali kenangan silam yang
cuba dipadamkan dari memori ingatannya.
“Ho…hoo….tel???
Boleh??” tergagap-gagap Amin memberikan cadangan. Balkish mengangguk. Amin
tersenyum bahagia.
Setelah
mualnya hilang. Dia mengajak Balkish untuk kembali ke kereta. Amin memandu ke
sebuah hotel yang terletak tidak jauh dari kampus UIA supaya besok dia dapat
menghantar Balkish ke kampus tanpa terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Amin
dan Balkish keluar dari kereta dan berajalan beriringan masuk ke hotel. Mereka
berdua tidak menyedari yang mereka sedang diekori.
Fakrul
parker motornya di luar tempat parker hotel. Dia terserempak dengan Balkish
waktu di traffic light sebelum cabang masuk ke hotel. Pada awalnya, gadis yang
mirip dengan Balkish itu adalah pelanduk dua serupa. Tidak mungkin Balkish yang
dia kenal adalah seorang gadis yang keluar dengan lelaki berkereta waktu tengah
malam begini. Kebetulan pula mereka melalui jalan yang sama, jadi Fakrul
sekadar mengikut dari belakang kereta tersebut. Saat kereta sport itu membelok
masuk ke simpang hotel, Fakrul memberhentikan motornya di pinggir jalan untuk
melihat gadis yang sangkaannya mirip Balkish itu. saat gadis itu keluar, Fakrul
sangat terkejut melihat gadis yang hanya pelanduk dua serupa itu ternyata
memang betul-betul Balkish. dia tahu itu Balkish dari cara jalan, dan
pakaiannya. Fakrul sangat terkejut. Dia mengekori untuk melihat secara lebih
dekat. Saat Fakrul ingin masuk ke hotel, dia ditahan oleh pak guard hotel
tersebut.
“Awak
buat apa sini?” soal security. Security itu melihat ke arah sepasang pasangan
yang diekori oleh Fakrul.
“Saya
nak duduk sini lah” balas Fakrul. Dia terintai-intai mencari Balkish saat dia
ditahan. Takutnya Balkish hilang dari pandangannya.
“Jangan
nak bohong. Saya Nampak awak ikut customer yang baru masuk tadi” marah security
itu.
Fakrul
diam. “Mana ada bos” dia membela dirinya.
“Baik
awak keluar sebelum saya panggil security yang lain”
“Ok
bos. Ok” Fakrul terpaksa mengalah. Dia melangkah keluar dari hotel seperti yang
disuruh oleh security. Dalam hatniya membara api kemarahan. Marahnya itu
tertumpu pada seraut wajah ayu milik Balkish.
Balkish
dan AMin check in di kaunter.
“What
would you choose sir?” soal penyambut tetamu di kaunter sambil menunjukkan
pakej harga dan jenis bilik kepada Amin dan Balkish.
“Saya
tak nak satu bilik dengan awak” beritahu Balkish kepada Amin. Suaranya separuh
berbisik, malu jika didengari oleh pekerja hotel.
“Saya
bayar, so saya lah pilih”
“Perlahanlah
sikit suara awak tu. Malu kalau orang dengar” tegur Balkish.
“Apa
nak malunya?” Amin tersenyum lucu melihat gelagat Balkish. gadis itu tidak
biasa datang ke hotel dengan seorang lelaki, lainlah dengan aku. Hotel ni dah
kira rumah kedua aku. Rumah pertama aku, rumah Tina, rumah kedua aku hotel,
rumah ketiga aku hostel dan rumah keempat aku barulah rumah papa.
Balkish
malu dilihat datang ke hotel malam-malam begini dengan Amin. Walaupun mereka
sudah menjadi suami isteri, tapi orang lain tidak tahu, pekerja-pekerja hotel
juga tidak tahu. Takutnya menimbulkan fitnah.
Gadis
pekerja hotel yang melayani Balkish dan Amin itu turut tersenyum.
“By
the way. Ni isteri I. kami dah kahwin. In case you fikir bukan-bukan pasal
isteri I ni” beritahu Amin. Dia memperkenalkan Balkish sebagai isterinya kepada
pekerja hotel itu. Gadis itu tersenyum, dan membalas, “Sir our customer privacy
is our priority”
“See!
Apa nak takutnya?” Amin melihat ke arah Balkish.
“So
what room will you choose sir?” tanya si gadis itu lagi kepada Amin.
“Dua
bilik, single” sampuk Balkish. Gadis pekerja hotel itu mengangguk.
“Tunggu
dulu. kalau dua bilik single lagi mahal dari satu bilik. Kita ambillah satu
bilik dengan katil queen size ni. You pun kecil je kan. Muat je untuk kita
berdua” Amin membantah.
“I
nak dua bilik” Balkish membantah.
“Boleh,
you bayar untuk room you sendiri” sambung Amin.
Balkish
terdiam. Harga penginapan satu malam untuk hotel itu boleh dibuat belanjanya di
kampus selama dua minggu. Manalah aku nak cari duit ni. Tapi tak apalah, hal tu
belakang kira, sekarang ni biarpun kena ikat perut selama sebulan ke, setahun
ke, yang penting jangan sebilik dengan Amin. Kena pergi ATM dululah ni.
“So
sir?” Tanya pekerja hotel itu kepada AMin.
“You
heard my wife. Two rooms single bed for us please” beritahu Amin.
Balkish
terdiam.
Amin dan Balkish
mauk ke dalam lif. Telefon bimbit Balkish berbunyi. Panggilan dari Ainza itu
diangkt.
“Sorry, malam ni
aku tak balik kolej”
“Kau tidur mana
ni?” soal Aiza risau.
“Aku tidur luar.
Jangan risaulah. Besok aku pergi kelas terus. Tak payahlah tunggu aku ye”
“Kau dengan mamat
sewel ke ni?” soal Aiza. Risau akan keselamatan teman sebiliknya itu. petang
tadikan dia yang angkat panggilan masuk dari si pemanggil yang cuma dikenali
dengan nama ‘mamat sewel’. Nama aslinya gagal dikesan kerana memang nama itu
yang disimpan di dalam daftar kontak telefon bimbit Balkish.
“Jangan risau
Aiza. Aku tak apa-apa” Balkish mententeramkan hati teman baiknya itu. dia tahu
apa yang dirisaukan oleh gadis itu.
“Kau jaga diri
kau baik-baik ye. Ingat mak ayah, ingat Allah” pesan Aiza.
“Ya.
Assalamulaikum” panngilan Aiza itu akhrinya dimatikan.
“Roomate awak?”
soal Amin meneka.
Balkish
mengangguk. “Risau malam-malam macam ni tak balik lagi” sambung Balkish.
“Kenapa tak
cakap awak dengan suami awak?” soal Amin.
Pertanyaan Amin
itu tidak dapat dijawab. Balkish mengulang-ulang pertanyaan itu kepada dirinya
sendiri. Kenapa? Kenapa aku tidak memberitahu sahaja aku bersama Amin, suamiku
sendiri. Kenapa harus aku merahsiakan lelaki yang dikenali oleh Aiza sebagai mamat
sewel itu adalah suamiku? Adakah aku malu dengan keperibadian AMin? Bersalahkah
aku? Atau berdosakah aku? Ya Allah bukakanlah hatiku dan hati Amin untuk apa
yang terbaik untuk kami.
Mereka berdua
berjalan ke bilik mereka yang terletak bersebelahan. Sebelum AMin masuk ke
biliknya, Balkish mengingatkan untuk bangun awal besok pagi kerana dia tiak
boleh terlambat ke kelasnya besok.
“Nanti awak
kejutkan abang besok”
Balkish
mengangguk.