Bab 69
Amin membawa masuk barang-barang yang dibeli di
pekan ke dalam rumah. Dia menyapa ibu serta ayah mertuanya dan bersalaman
dengan mereka.
“Apa yang banyak sangat ni, Min?” soal Rihan sambil
melihat isi plastic bag yang dibawa oleh menantu dan anaknya itu.
“Beli dekat pekan tadi ibu. Adalah sedikit. Lama dah
Amin tak datang sini” beritahu Amin. Balkish bersalaman dengan kedua orang tuanya.
Rihan dan Tahir senyum sesama sendiri apabila melihat anaknya serta menantunya
datang bersama ke rumah mereka. Itu bermakna pasangan suami isteri itu sudah
berbaik.
“Farah mana ibu? Soal Balkish.
“Ada dalam bilik tu. Dia dapat surat tawaran sambung
belajar tetapi katanya nak kerja sambil belajar. Ibu pun tak faham sangat.
Nantilah Balkish tanya dia” ujar Rihan.
Sufi dan Iman sudah menghilang mencari ayah su
mereka, si Fahmi.
“Fatin mana?” soal Balkish lagi.
“Pergi sekolah, ada kelas tambahan katanya” beitahu
Rihan lagi.
“Fahim pun balik” beritahu Rihan berkenaan dengan
seorang lagi anaknya itu.
Balkish melihat ke arah Amin, dia tahu hubungan
adiknya yang seorang itu tidak terlalu rapat dengan Amin. mungkin selama ini
fahim jarang berada di rumah kerana dia bersekolah asrama penuh. Lepas sekolah
menengah, fahim pula masuk univrsiti. Adik lelakinya itu tidak terllu mengenali
Amin berbanding adik-adiknya yang lain. Dulu, waktu dia tidak berbaik dengan Amin,
Fahim tahu semuanya dan tambah memburukkan keadaan lagi dia juga pernah meminta
tolong Fahim untuk membantunya menguruskan hal penceraian dengan Amin. Fahim hanya
mendengar cerita yang tak baik tentang Amin jadi mungkin adik lelakinya itu
salah faham.
“Abang duduklah dulu, Balkish pergi buatkan air”
ucap Balkish. Dia menghilangkan diri ke dapur untuk menyiapkan air buat suaminya
serta kedua orang tuanya yang sedang duduk berbual-bual di ruang tamu.
“ Bila lagi Fahim balik?” soal Amin.
“Dah seminggu
dah, dia kata lama sedikit cuti kali ni, cuti sem” beritahu Tahir.
“Kamu dengan Balkish macamana sekarang?” soal Tahir
berkenaan dengan hubungan antara menantu dengan anaknya itu.
Amin senyum, “Macam biasalah ayah. Balkish pun dah okey
sedikit sekarang ni. Sufi pun Alhamdulillah dah semakin baik” beritahu Amin.
Dia tahu ayah mertuanya itu menyebelahinya.
“Baguslah, sejuk hati ibu dengar kau orang dah
berbaik-baik” beritahu Rihan pula.
“Abang mengumpat Balkish depan ibu ke?” seloroh
Balkish. Amin senyum kepada isterinya itu saat Balkish keluar sambil menatang
dulang dengan air sirap sejuk. Dulang itu diletakkan di meja di depan Amin dan
kedua orang tuanya.
Selepas Balkish mendapat kerja di tempat papa, dia mula
menyimpan duit untuk membaiki rumah ayah supaya keluarganya lebih selesa.
Walaupun rumah ini tidaklah semewah rumah orang lain tetapi lebih baik berbanding
rumah kayu mereka yang rompong sana-sini. Kalau hujan pasti perlu ditadah
dengan besen, air hujan yang menitik dari bumbung yang bocor selalu tiris
sampai ke dalam rumah.
“Kata Fahim balik, mana dia, tak nampak pun dari
tadi” Tanya Balkish.
“Pergi kebun Pak Mail tengokkan kebun tu. Semak dah
tinggi paras pinggang dah kat sana” beritahu Tahir. Dia mengambil gelas yang
berisi sirap dan meneguk isinya perlahan-lahan.
“Belum berbuah lagi ke kebun tu?” soal Balkish
sambil menghulurkan gelas kepada Amin. Gelas itu disambut oleh suaminya. Amin
turut minum, menghilangkan hausnya.
“Belum musim lagi sekarang ni. Tunggulah dua tiga
bulan lagi, musim durian” sampuk Rihan.
“Abang pergi kebun sekejap, tolong Fahim apa yang
patut” beritahu Amin. Dia bangun dari duduknya dan Balkish mengikut juga.
Apabila agak jauh daripada ayah dan ibunya Balkish bertanya, “Abang betul ke
nak jumpa Fahim? Tunggu sajalah dia balik rumah”
“Tak apalah, ada hal yang abang nak selesaikan
dengan Fahim. Dekat sana ada privacy sedikit”
“Abang jangan buat pelik-pelik. Fahim tak tahu
cerita sebenar. Dia tolong Balkish saja dulu” beritahu Balkish. Dia tahu Amin
mahu bersemuka dengan Fahim, adiknya.
“Awak ni, cakap macam abang ni budak-budak lagi. Dia
adik awak, abang tahulah macamana nak handle
nanti. Abang just nak berbincang saja
dengan dia, rasanya ada salah faham antara abang dengan dia” sambung Amin.
“Abang tunggu dekat bilik sekejap, Balkish ambilkan
baju ayah. Takkan abang nak pergi kebun macam ni” ujar Balkish. Amin mengangguk
dan menunggu di biliknya. Tidak lama kemudian Balkish datang dengan membawa
persalinan untuknya. Amin menukar pakaiannya di dalam bilik sementara Balkish
menunggu di luar. Sebentar kemudian, Amin keluar dengan lengkap berpakaian
seperti ayah. Balkish senyum lucu melihat penampilan suaminya yang kelihatan
lebih kurang macam ayah, cuma Amin lebih muda dan masih tampan. Kalau ayah
masih muda, pasti ayah pun lebih kurang kacak dengan Amin. Ketawa Balkish
mengekeh. Dia menghantar Amin ke luar dan hanya melihat suaminya menghilang
masuk ke semak di samping rumah untuk ke kebun Pak Mail.
Walaupun sudah lama dia tidak ke kebun itu tetapi
Amin masih ingat lorong kecil ke kebun Pak Maik, lagipun lorong tu sudah
ditebas untuk pejalan kaki. Dari jauh Amin dapat melihat kelibat adik iparnya
yang sedang meneguk air di bawah pohon pokok rambutan yang rendang. Amin
berjalan ke arahnya dan menegur. Apabila melihat gerangan Amin, Fahim hanya
mengangkat kening untuk menyapa. Tidak ada jabat tangan atau salam daripada
adik iparnya itu.
“Dah banyak yang Fahim dah tebas, tak payahlah abang
tolong lagi” beritahu Amin sambil melihat ke sekelilingnya.
Fahim tetap tidak mahu berbicara dengan Amin.
Amin melihat golok ayah tersisip di pinggang Fahim.
Dia menelan air liur takut andainya golok hitam itu digunakan atasnya. Asalnya
mahu tebas lalang nanti, salah haribulan lehernya pula yang ditebas.
“Abang tahu, Fahim yang tolong kakak urus penceraian
kami” beritahu Amin berterus-terang. Dia berdiri agak jauh dari adiknya.
“Abang tak layak untuk kakak. Dari pertama kali saya
tengok abang dengan kakak, memang saya dah rasa ada yang tak kena dengan
hubungan kau orang” beritahu Amin. Dia malas mahu melihat Amin kerana benci
kepada lelaki itu yang dianggap telah banyak menyusahkan hidup kakaknya.
“Abang minta maaf masa kami kahwin dulu Fahim tak
dapat datang. Perkahwinan kami dilangsungkan dengan tergesa-gesa. Fahim pula
masa tu dekat asrama kan?”
“Kenapa tergesa-gesa sampai kakak dengan abangpun
tak dapat nak inform Fahim?” marah
Fahim tentang ketidak hadirannya ke perkahwinan kakak sulungnya itu.
“Abang nak berterus-terang dengan Fahim. Biarlah
Fahim tahu tapi mula-mula Fahim kena letak dulu golok Fahim jauh-jauh” beritahu
Amin.
“Kenapa? Takut aku tetak kau!?” marah Fahim.
“Fahim nak tahu tak? Kalau Fahim nak tahu cerita
sebenar letak golok tu jauh-jauh” ulang Amin lagi. Kali ini Fahim mengikut permintaan
abang iparnya. Dia meregangkan tali golok yang mengikat pada pinggangnya dan
melemparnya agak jauh dari mereka berdua.
“Abang tahu Fahim dengan abang, kita memang jarang
berjumpa dan bila Fahim ada dekat rumah, Fahim tengok pula hubungan kakak
dengan abang yang renggang. Abang dah berusaha untuk jadi yang terbaik pada
kakak Fahim…”
“Aku tak nak dengar cerita kau puji diri sendiri”
bentak Fahim memutuskan kata-kata Amin.
“Apa yang Fahim nak dengar dari abang?” soal Amin.
“Kakak tak bahagia dengan abang. Fahim selalu tengok
wajah kakak yang murung sejak kakak kahwin dengan abang. Walaupun Fahim tahu
kakak nak sembunyikan sedihnya tapi Fahim dapat lihat yang kakak banyak
menyimpan masalah. Dulu kakak susahpun kakak tak pernah tak bahagia tapi sejak
kahwin dengan abang yang kaya-raya ni, Fahim tak pernah nampak kakak senyum.
Sehinggalah kakak datang jumpa Fahim hari tu. Tekaan Fahim selama ni betul
belaka. Fahim nak abang lepaskan kakak!”
“Abang tak boleh buat macam tu. Fahim juga lelaki,
jadi Fahim akan faham suatu hari nanti macamana rasanya kalau Fahim dah mula
sayangkan seseorang macamana abang sayangkan kakak Fahim.
“Kalau abang sayangkan kakak, lepaskan. Abang jangan
ikat kakak macam tu” marah Fahim.
“Abang buat macam tu sebab abang yakin yang suatu
hari kakak Fahim akan berubah fikiran” jawab Amin.
“Kami tak ada masalah apa-apa, abang tak ada
perempuan lain, abang cuma cintakan Balkish. Kakak Fahim saja yang belmu bagi
abang peluang”
“Mungkin abang kena cermin diri sendiri dulu sebelum
mengata orang. Kakak benci abang pasti ada sebabnya”
Amin mengangguk mengiyakan. “Ada. Balkish ada sebab
yang kukuh untuk membenci abang” beritahu Amin dia berdiam diri.
Fahim jadi penasaran mendengar kata-kata Amin yang
dibiarkan tergantung. Selama ini dia tidak pernah mendapat jawapan kepada tanda
tanya yang sering menganggunya tentang sebab pergaduhan kakak dan abang iparnya
itu. Tetapi hari ini mungkin dia akan mendapat jawapan itu daripada mulut Amin sendiri. Dia mendengar dengan teliti.
“Balkish…abang tak memperlakukan Balkish dengan baik
sebelum kami berkahwin” beritahu Amin. Dia cuba mencari kata-kata yang paling
baik untuk memberitahu tentang kejadian hitam dalam hidup Balkish dulu.
“Apa maksud abang?” soal Fahim.
“Abang pernah…Balkish sebenarnya…Kami sebenarnya
pernah bersama sebelum kami berkahwin”
“Huh!?”
“Tapi Balkish tak salah, abang yang paksa kakak
Fahim” beritahu Amin cuba untuk menjelaskan lagi cerita yang sebenar.
Belum lagi Amin memberikan jawapan, Fahim sudah
meluru laju ke arahnya dan menghayunkan satu penumbuk ke perut abang iparnya
itu. Amin membungkuk dan terbatuk akibat rasa senak yang ditanggung olehnya.
Belum puas dengan itu Fahim terus mencekak leher baju t-shirt yang dipakai oleh Amin dan
melempiaskan marahnya,
“Kurang ajar kau buat kakak aku macam tu!” dia terus
menumbuk ke muka Amin lagi. Amin terdorong ke bumi. Dia bangun bertentangan
dengan Fahim dan bersedia untuk menerima pukulan yang selanjutnya daripada adik
iparnya itu.
“Abang tahu Fahim marah tapi tolong jangan pukul
dekat muka. Kalau ayah atau ibu perasan nanti, abang nak jawab macamana”
Fahim terus menerpa dan menendang ke perut abang
iparnya lagi. Sekali lagi Amin terjatuh ke bumi dan menggosok perutnya yang
senak. Sakit dari pukulan yang mula-mula tadi belum lagi hilang kini dia terus
dihujani dengan pukulan-pukulan yang tidak kurang sakitnya.
“Kalau aku tahu kau buat macam tu dekat kakak, dah
lama aku suruh kakak bercerai dengan kau!” marah Fahim lagi. Kali ini dia
berhenti memukul. Abang iparnya dilihat sudah lemah akibat terjahan dan
pukulannya yang rakus tadi.
Amin hanya membiarkan adik iparnya itu melempiaskan
marahnya dan menghukumnya, dia tidak merancang mahu membalas serangan-serangan
itu walaupun dia mampu. Dia pernah menewaskan tiga orang mat rempit sekaligus
dulu, mustahil pula dia tidak mampu mengalahkan pukulan-pukulan daripada adik
iparnya itu.
“Abang salah dulu, abang menyasal tapi sekarang
abang sayangkan Balkish lebih daripada segala-galanya dan abang nak tebus semua
kesalahan abang. Abang nak bahagiakan kakak Fahim. Tolong beri abang peluang” rayu
Amin. Dia tahu kemarahan Fahim tidak boleh dibalas dengan kekerasan, kali ini
dia mahu berhemah dan menunjukkan sikap yang baik kepada Fahim.
“Kau nak aku percaya cakap kau?” marah Fahim lagi.
“Abang ikhlas dengan kakak Fahim. Berilah abang
peluang”
“Kakak dah tarik balik surat penceraian dengan
abang. Fahim tak boleh buat apa-apa. Tapi kalau saya dengar lagi cerita
macam-macam pasal abang, saya akan pastikan abang menyesal” ugut Fahim.
Amin bangkit berdiri. Perutnya masih terasa sakit.
Fahim tidak berespons dia berjalan mengambil goloknya,
Amin sedikit terkejut dan dia menjaga jaraknya daripada Fahim.
“Jomlah balik” ajak Fahim.
…………………………………………………
Selesai menghidangkan makanan yang siap dimasak
bersama dengan ibu dan Farah, Balkish mengintai dari jendela dapur melihat
kepulangan Amin dan adiknya.
“Pergilah ajak mereka makan” suruh Rihan.
Balkish keluar ke ruang tamu menjemput suami dan
adiknya yang baru sampai ke perkarangan rumah.
“Kenapa dengan muka abang ni?” soal Balkish melihat
wajah suaminya yang kemerahan di pipi.
“Kena gigit nyamuk dekat kebun tadi” beritahu Amin.
“Takkan kena gigit sampai macam ni?” soal Balkish
pelik. Dia sudah mula dapat merasakan sesuatu telah terjadi antara suaminya dan
Fahim saat mereka berdua di kebun tadi.
“Nyamuk besar” sampuk Amin.
Amin mengajak Balkish ke dapur, dia tidak mahu terus
disoal siasat oleh Balkish.
……………………………………
Balkish menghampiri Fahim untuk berbicara dengannya.
Dia tahu dia harus memberikan penjelasan kepada Fahim tentang hubungannya
dengan Amin. Kebetulan masa itu, Amin dan ayah serta ibu sedang berbual-bual di
ruang tamu. Yang tinggal di tempat menonton televisyen cuma dia dan Fahim serta
kedua orang anaknya yang sedang leka bermain.
“Kakak nak cakap sedikit dengan Fahim”
“Apa kak?”
Balkish membetulkan duduknya, “Kakak tak tahu nak
cakap macamana, kakak tahu Fahim tak kisah pun, tapi kakak nak Fahim tahu yang
kakak nak bagi abang Amin peluang”
“Kak tak serik-serik ke kak?” soal Fahim.
“Banyak pasal dia yang kakak tak tahu, tapi bila
kakak kenal dia, kakak tahu dia bukanlah orang jahat”
“Kakak sayang abang?” soal Fahim.
“Ya”
Fahim diam. Dia juga mendengar jawapan yang sama
daripada mulut abang iparnya. Ternyata mereka berdua saling menyintai satu sama
lain tetapi kenapa dari cara abang Amin cakap tadi, abang seolah-olah tidak
mengetahui bahawa kakak juga turut menyayanginya. Fahim melepaskan satu
keluhan, nampaknya tindakannya terhadap Amin tadi salah. Dia tidak sepatutnya
menyuruh Amin melepaskan kakak. Nasib baik abang berkeras tidak mahu melepaskan
kakak.
“Abang Amin tahu kakak sayang dia?” soal Fahim.
“Kakak tak bagitahu dia pun”
“Kakak jangan sia-siakan peluang kedua ni” beritahu
Fahim.
Balkish mengangguk.