Bab 67
Farhan mematikan panggilan telefom daripada bosnya.
Amanah daripada Amin itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Dia keluar
dari bilik pejabatnya dan memanggil Gina, setiausaha kepada Amin.
“Ada apa bos?” soal Gina.
“Hisyam mana?” soal Farhan.
“Ada tadi bos, keluar sekejap” beritahu Gina tentang
Hisyam, engineer muda yang bekerja di
bawah Farhan yang merupaka senior engineer
di syrikat itu.
“Call dia
cakap saya nak jumpa. Sekejap lagi, bos suuh saya pergi jumpa client projek perumahan dekat Subang.
Saya nak dia ikut sekali” beritahu Farhan.
Gina mengangguk. Dia mencapai telefon di mejanya dan
mendail nombor telefon bimbit Hisyam. Hasrat dan arahan Farhan disampaikan
melalui telefon.
Farhan kemudiannya berjalan ke arah pejabat Balkish.
Dia mengetuk daun pintu. Setelah mendapat izin untuk masuk, barulah dia menepa
ke dalam bilik pejabatnya.
“Ada apa En. Farhan?” soal Balkish.
“Bos Tanya, fail yang awak dengan dia buat hari tu,
awak ada simpan lagi tak?” soal Farhan.
“Ada. Kenapa?”
“Dia kata dia lupa nak save. Awak sendlah ke
emel dia” beritahu Farhan.
Balkish mengangguk faham.
“Tu saja, En. Farhan?” soal Balkish.
Farhan mengangguk. Balkish menarik muka masam. Dah
dua hari ssuaminya ke Kuantan tapi dia tidak pernah menghubunginya.
“Awak nak saya sampaikan apa-apa ke dekat Amin?”
soal Farhan. Balkish cepat-cepat menggelng. Malu dekat Farhan yang sepertinya
sedar akan peruabahan emosinya saat ini.
Farhan keluar dari bilik itu. Sementak ketiadaan Amin,
dialah yang mengambil alih semua tugas bosnya itu di pejabat jadi dia bertambah
sibuk kerana terpaksa menguruskan dua kerja.
Mujur ada Hisyam yang boleh diharap untuk
membantunya dalam kerjanya sebagai jurutera. Semua kerja pengurusan syarikat
terpaksa diambil alih, Cuma fail-fail yang konfidensial dia tidak berani
sentuh, dan kalau urusan itu tidak memerlukan perhatian segera, bisasanya dia
akan menunggu Amin pulang untuk menguruskannya sendiri.
Balkish menmbukan fail yang diminta oleh Amin
melalui Farhan tadi untuk memastikan bahawa fail itu adalah fail yang
sebenarnya. Setelah itu dia mengirimkan fail itu ke emel Amin. Balkish
mengirimkan sms kepada suaminya memberitahu yang dia sudah mengirimkan fail
yang dikehendaki oleh Amin. Setelah menunggu sebentar, Balkish memberanikan
diri mendail nombor telefon suaminya. Panggilannya itu berdering beberapa kali
barulah diangkat oleh Amin.
Lelaki itu memberikan salam kepadanya.
“Waalaikumussalam” jawab Balkish.
Amin diam, dan Balkish juga diam.
“Kenapa awak?” soal Amin.
“Er, saya cuma nak bagitahu yang saya dah send fail yang abang nak ke emel”
beritahu Balkish. Mendengar suara Amin hatinya gembira. Rindunya kepada suami
sukar diucapkan dengan kata-kata.
“Abang baru dapat mesej Balkish ni” beritahu Amin
“Okey,
saya takut abang tak bukak mesej, tu sebab saya call” beritahu Balkish.
“Oh, abang ingat Balkish rindu abang?” gurau Amin. Dia
tidak sempat menghubungi Balkish semenjak dia sampai ke Kuantan. Banyak hal
yang harus diuruskan berkaitan dengan tender baru ini sehinggakan dia tidak
mempunyai kesempatan. Bukannya dia tidak ingat dekat Balkish dan anak-anak
mereka.
“Sufi dengan Iman sihat?” soal Amin.
“Sihat. Abang sihat?” soal Balkish pula.
“Sejak abang sampai sini, badan panas-panas sedikit.
Mungkin sebab penat sangat kerja malam before
abang bertolak hari tu” beritahu Amin mengadu kepada isteri tercinta.
“Abang demam ke?’ Balkish mula risau. Suaminya
sendirian pula di sana dan tidak ada sesiapa yang dapat menjaga andainya dia
jatuh sakit.
“Agaknya demamlah kot. Demam rindu” dia ketawa besar setelah dapat mengenakan
Balkish.
Balkish senyum gembira. Mujur saat itu, Amin tidak
ada di hadapannya. Kalaulah Amin berada berhadapannya dengannya, pasti dia
sudah malu diejek oleh Amin kerana wajahnya yang merah sedang manahan malu.
“Jadi ke abang balik hujung minggu ni?” soal
Balkish.
“InsyaAllah, abang pun tak boleh lama-lama dekat
sini, nanti Balkish rindu abang pula”
“En. Amin. jangan nak perasan sangat. Tak ada
orangpun rindu awak” bentak Balkish. Lak! Itu pula yang keluar dari mulutnya.
Padahal semua kerja tak dapat dibuat akibat terlalu memikirkan Amin.
“Balkish” panggil Amin. Suaranya berubah.
“Balkish ingat tau, abang sayang sangat dekat
Balkish” kata-kata Amin itu lembut dan romantik. Tak snagka pula akan mendengar
ucapan begitu daripada panggilan telefon kali ini. Hati Balkish jadi
berdebar-debar. Dia tidak tahu bagaimana mahu memberikan respons kepada luahan
perasaan suaminya itu.
“Cium sedikit”
“Huh!” Balkish terkejut. Baru sahaja, dia nak ambil feel dengan kata-kata Amin, tapi apabila
mendengar Amin menggatal tadi, segala feelnya
hilang. Sekarang feel marah adalah!
“Ciumlah sedikit, muah muah. Macam orang tengah kapel” rayu Amin lagi.
“Kita ni bukannya tengah kapel. Awak tu dah ada anak dah pun” bentak Balkish marah dengan
sikap menggatal suaminya. Kalau di rumah, Amin tidak pula mengada-ngada begini,
ini sejak dua hari pergi outstation tiba-tiba
jadi macam ni. Salah makan ke dekat kuantan tu?
Amin ketawa, kemudian dia menyambung, “Tahupun bukan
kapel. So nanti abang balik abang nak
tuntut hak abang sebagai suami Balkish supaya bertambah seorang lagi anak kita”
“Hello. Balkish!” panggil Amin apabila talian
telefon dimatikan dengan tiba-tiba. Dia tersenyum lucu apabila membayangkan
wajah Balkish yang pucat lesi dan sikap gelabahnya apabila dia mengutarakan
kata-katanya tadi. Pasti Balkish secara tidak sengaja menutup panggilan itu
kerana berasa takut dengan kata-katanya.
Balkish separuh menjerit apabila dia mendengar
kata-kata Amin. Nasib baik panggilan itu telah dimatikan, kalau tidak pasti Amin
tahu. Telefon bimbitnya dicampakkan ke sudut meja, takut kalau-kalau telefon
bimbit itu berdering dan Amin yang menelefonnya. Membayangkan saat Amin pulang
nanti dan Amin mahu menunaikan kata-katanya membuatkan Balkish bertambah takut.
…………………………………………..
Rina keluar dari dapur apabila mendengar deruan
enjin kereta depan rumahnya. Dia ingin tahu siapa yang bertandang ke rumah pada
hari cuti begini jadi dia menyelak langsir di sliding door dan mengintai tuan
empunya kereta yang berwarna kelabu.
“Wenda” jerit Rina. Kawan serumahnya itu berlari
keluar apabila mendengar suara Rina yang memanggilnya dengan cemas.
“Kenapa?’ soal Wenda sambil mengintai keluar rumah.
Dia senyum gatal kepada Rina apabila melihat wajah Farid terpampang pada
pandangannya.
“Dia datang nak jumpa kaulah tu. Pergilah bersiap. Touch up make up sedikit” usik Wenda
sambil mencubit pipi Rina.
“Siapa cakap aku nak keluar dengan dia. Aku tak
janji pun nak jumpa dia hari ni” marah Rina.
“Assalamualaikum” Farid memberi salam. Rina jadi
bertambah cemas mendengar suara Farid. Dia segera menjatuhkan langsir di sliding door supaya Farid tidak dapat
melihatnya di dalam rumah.
“Kau cakap aku tak ada” beritahu Rina.
“Tu kereta kau kat
depan rumah tu” Wenda memuncungkan mulutnya ke arah kereta Honda milik teman
serumahnya yang parkir bersebelahan dengan keretanya.
“Cakaplah apa-apa, aku tak nak jumpa dia” beritahu
Rina lalu dia segera menyembunyikan dirinya di belakang pintu utama. Wenda
teragak-agak menjawab salam dan membukakan pintu rumah mereka buat Farid yang
sudah lama menunggu di luar rumah.
“Pagar rumah tak bertutup, saya masuk sajalah”
beritahu Farid tanpa ditanya. Wenda senyum kambing sambil menganggukkan kepala.
“Rina ada?” soal Farid.
“Er…ada apa Farid datang ni?” soal Wenda. Dia
memegang erat pintu rumah supaya Farid
tidak ternampak Rina yang berlindung di sebalik pintu.
“Maaf ganggu awak dengan Rina pagi-pagi macam ni. Ni
saya belikan sesuatu dekat kedai depan sana tu. Tak tahu sesuai ke tak dengan
selera awak dengan Rina?” Farid menghulurkan bungkusan plastik yang dijimbit
olehnya. Bungkusan itu bertukar ke tangan Wenda.
“Nak jumpa Rina kenapa?” soal Wenda.
“Saja” balas Farid sepatah.
“Kalau macam tu jemputlah masuk dulu, nanti saya
panggilkan Rina”
“Tak apalah. Saya tunggu kat luar saja” balas Farid.
Wenda malu sendiri kerana tersalah bahasa. Dia tidak
sepatutnya mengajak lelaki bukan muhrim masuk ke dalam rumah yang cuma ada dia
dan Rina yang tinggal di rumah. Kalau dilihat orang, tidak manis.
Wenda menutup daun pintu. Dia tidak dapat mengelakkan
diri apabila dicubit oleh Rina.
“Kau ni, aku suruh lain, kau buat lain. Ni kena
rasuah dengan nasi kerabu dengan nasi lemak” marah Rina.
“Aku kasihan tengok Farid. Kau jumpalah dia sekejap.
Tak payah bersolek pun tak apa. Nanti kalau kau touch up mesti dia bertambah suka kat kau. Kau tak nak kan dia suka kat kau?”
Rina menarik muka masam, dia mengintai keluar dan
melihat Farid sedang berdiri di depan rumah, sedang menunggunya keluar. Mahu
atau tidak, Rina terpaksa mengalah. Dia mengenakan tudung dan memakai cardigan untuk menutup lengan pendek
tshirt yang dipakainya.
Farid tersenyum gembira apabila melihat wajah Rina
muncul di depannya.
“Ada apa?” soal Rina.
“Tak ada apa-apa. Saja nak jumpa awak” beritahu
Farid.
“Dah jumpa kan, blehlah balik” jawab Rina. Dia rimas
dengan kemunculan Farid. Sejak keluarganya datang merisik dulu, Farid sekarang
lebih kerap mencarinya.
“Kenapa awak selalu layan saya macam ni, dengan Amin
awak lain, dengan Hisyam pun awak layan baik-baik” keuh Farid.
“Bila masa awak tengok saya menggatal dengan
Hisyam?” sola Rina marah. Dia tidak suka dirinya diumpamakan seolah-olah dia
gadis yang tidak baik.
“Hari tu, dekat restoran time kita makan” beritahu Farid.
“Sekali tu saja saya jumpa dia, itupun awak ada kan?
Lepas tu mana ada kami contact lagi” marah Rina.
“Betul?” soal Farid lagi. Hatinya cemburu melihat
layanan Rina terhadap Amin dan juga Hisyam yang diasakan lebih istimewa
berbanding layanan gadis itu terhadapnya.
“Betullah” kata Rina meyakinkan Farid. Dia terdiam
selepas itu, kenapa pula dia perlu meyakinkan lelaki itu tentang hubungan dia
dan Hisyam yang hanya sekadar kawan biasa.
“Lega hati saya” Farid mengurut dada.
“Awak, temankan saya nanti. Kita pergi jenguk anak Amin.
Saya dengar hari tu dia masuk hospital sebab accident”
Rina terkejut mendengar berita itu. Dia tidak tahu
menahu akan cerita itu. Kenapa anak Amin masuk hospital? Kawannya itu tidak memberitahunya
apa-apa.
“Saya pun baru tahu. Tapi Amin kata anak dia dah
sihat sekarang, dah keluar hospital dah pun” beritahu Farid lagi.
“Bila nak pergi lawat anak dia? Saya ikut sekali”
pinta Rina.
“Tengoklah minggu depan, saya confirmkan balik dengan Amin. Sekarang ni dia outstation” beritahu Farid. Dia sering juga berhubung dengan Amin
samada melalui telefon atau berjumpa dengannya. Kadang-kadang kalau ada masa,
mereka akan menghadiri ceramah Ustaz Wahid bersama-sama.
“Amin dengan Balkish okey ke?” soal Rina risau.
“Dia orang okey.
Sufi saja yang accident masa main
dengan adiknya dekat depan rumah” beritahu Farid tentang cerita yang didengar
sendiri dripada mulut Amin.
“Kasihan Sufi”
“Awak janganlah risau sangat” pujuk Farid. Dia tahu
gadis itu mengambil berat tentang Amin dan anak-anaknya. Mereka bertiga boleh
dikatakan berkawan rapat sejak zaman universiti
lagi. Tidak dinafikan juga, sedikit sebanyak gadis itu turut tahu tentang
pergolakan rumah tangga Amin dan isterinya.
No comments:
Post a Comment