Bab 68
Hari ini, Amin akan sampai ke lapangan terbang
antarabangsa KLIA pada jam 12 tengahari. Balkish sudah mula risau apabila
memikirkan kata-kata Amin yang bakal dituntut oleh lelaki itu hari ini. Kata-kata
itu bagaikan terngiang-ngiang di telingannya setiap saat sejak pertama kali dia
mendengarnya melalui telefon beberapa hari yang lalu.
Balkish duduk di kerusi untuk menunggu ketibaan suaminya,
anak-anak mereka juga turut datang bersama kerana mahu menjemput papa mereka
pulang.
“Abang jangan main jauh-jauh” pesan Balkish kepada
Sufi yang mahu mengejar adiknya tetapi dihalang oleh Balkish. Dia masih
teragak-agak membiarkan Sufi bermain semahunya sepertimana Iman. Sufi kembali ke
arah Balkish dengan langkah kaki yang biasa. Dia sudah agak penat mahu berlari
seperti tadi.
“Mama. Jom pergi store.
Nak beli air” ajak Sufi.
Keadaan di balai utama ini tidak terlalu sesak
dengan orang ramai seperti kedaan pada hari-hari cuti. Kedaan juga tidak
terlalu sibuk jadi anak-anak Balkish dapat bermain semahu mereka tanpa ada
gangguan daripada orang ramai.
“Iman!” panggil Balkish.
Anaknya itu berlari ke arah Balkish.
“Jom pergi store,
beli barang sedikit” ajak Balkish. Dia kemudiannya memimpin tangan anak-anaknya
dan membawa mereka ke sebuah kedai runcit di balai utama itu. Keinginan anak-anaknya
dipenuhi. Mereka bertiga kemudian kembali ke tempat tadi untuk menunggu
ketibaan Amin.
“Dah, jangan main lagi. Makan elok-elok” pesan
Balkish kepada anak-anaknya. Sufi dibantu untuk duduk di kerusi bersebelahan
dengannya. Iman memanjat sediri kerusi untuk duduk. Makanan yang dibelikan
untuk anak-anaknya dibuka. Mereka berdua makan sambil berbual-bual.
Balkish mencari-cari lagi kelibat suaminya dari
pintu utama balai ketibaan penerbangan domestik. Dia senyum gembira apabila
menatap wajah Amin yang sedang berjalan ke arah mereka. Tangan Amin disalam dan
Amin senyum kepada isterinya.
Sebaik sahaja melihat Amin, Sufi dan Iman melompat
kegembiraan dari kerusi tempat duduk mereka. Amin memeluk kedua orang anak-anaknya
yang menghampiri secara serentak. Kedua-duanya diangkat dalam dukungan di
tangan kanan dan kiri. Iman dan Sufi pula terus memeluk lehek papanya tanda
gembira setelah sekian lama ditinggalkan oleh papa mereka.
“Em, makan apa ni sampai comot muka papa” tegur Amin
sambil ketawa saat kedua orang anak-anaknya itu mencium pipinya. Memandangkan
Iman dan Sufi baru sahaja makan coklat dan makanan ringan yang dibeli oleh
mamanya sampai comot, akibatnya muka dan pipi Amin juga turut terkena kesan coklat.
“Erm, tolong lapkan” pinta Amin kepada Balkish yang
sedang ketawa lucu melihat gelagat anak mereka berdua itu. Mendengar permintaan
Amin itu, ketawa Balkish terhenti. Wajah Amin disuakan ke arahnya untuk dia
membersihkan kotoran yang disebabkan oleh Sufi dan Iman itu.
“Tak ada tisu” balas Balkish. Nasib baik tisu tak
ada, kalau tak terpaksalah dia menyentuh muka Amin sekali lagi.
“Hankerchief
ada dalam poket belakang seluar abang” beritahu Amin.
“Huh?” Balkish bertambah terkejut. Poket belakang
seluar? Dia kena selukkan tangan ke dalam poket seluar Aminlah kalau macam tu!
“Takkan abang nak ambil sendiri” beritahu Amin. Sufi
dan Iman masih lagi dalam dukungannya. Anak-anaknya itu tidak mahu turun dari dukungan
papa mereka. Balkish terpaksa berjalan ke belakang Amin. Perlahan-lahan, dengan
tidak rela dan terpaksa dia menyelukkan tangan kanannya ke dalam poket belakang
seluar jeans suaminya dan mengambil keluar sapu tangan biru. Amin tersenyum
nakal. Balkish kembali ke depan bertentangan dengan Amin. Wajah Amin yang
sedang senyum itu membuatkan Balkish bertambah malu. Dia kemudiannya
membersihkan wajah Amin yang kotor kemudian dia mengesatkan juga mulut Sufi dan
Iman yang comot dengan kesan coklat yang dimakan mereka.
“Lama dah tunggu?” soal Amin kepada Balkish.
“Baru saja” balas Balkish sambil menyimpan sapu
tangan suaminya itu ke dalam beg tangan.
“Papa nak angkat beg. Siapa yang nak turun jalan
dengan mama?” soal Amin kepada kedua orang anaknya.
“Abang! Abang!” Sufi menawarkan diri berjalan
dipimpin oleh mamanya. Dia kemudiannya diturunkan oleh Amin dan Balkish
memimpin tangan Sufi. Beg pakaian yang bersaiz kecil diambil oleh Amin
sementara Iman masih lagi dalam dukungannya. Mereka sekeluarga berjalan ke
tempat parkir. Apabila sampai di kereta, Balkish membunyikan remote kereta dan memasukkan
anak-anaknya ke dalam perut kereta. Dia kemudianya membantu Amin memasukkan beg
pakaian ke dalam bonet.
“Nak abang drive?”
soal Amin.
“Tak apalah, biar Balkish saja drive. Abang mesti penat baru sampai”
“Abang tak penat manapun. Balkish tu, jangan
penatkan diri untuk malam ni” ujar Amin. dia senyum nakal kepada isterinya itu.
Dalam maksudnya tetapi dia berharap agar Balkish faham dalam mentafsir maksud
yang tersirat. Amin sengaja menyentuh tangan Balkish saat dia mahu mengambil
kunci kereta daripadanya. Wajah Balkish merona merah dan isterinya itu jadi
cemas. Amin lebih dulu masuk ke perut kereta dan memerhatikan Balkish dari
cermin sisi di sebelah tempat duduk samping driver.
Dia mahu ketawa tetapi ditahan sahaja daripada terburai kerana dia masih mahu
mengusik isterinya itu lagi.
Enjin kereta dihidupkan, dan Balkish mengambil
tempat duduk di sisi Amin. Sesekali Amin menjeling ke arah isterinya. Jelaslah
isterinya itu tidak keruan dengan tindakannya tadi. Ini semua kerana Balkish
banyak berfikir tentang kata-katanya untuk menuntut haknya sebaik sahaja pulang
dari Kuantan. Nampaknya agendanya untuk mengenakan Balkish sekali lagi
berhasil. Gadis itu tetap senang diusik dan disakat walaupun sudah beberapa
kali terkena.
“Abang dengan adik nakal tak masa papa tak ada?”
soal Amin kepada kedua orang anak-anaknyanya.
“Tak adalah, pa. Kita orang baik saja” beritahu
Iman, yang bongsu.
“Betul ke abang?” soal Amin kepada Sufi pula.
“Betul pa. Adik dengan abang jadi good boy saja masa papa tak ada”
“Ingat papa pesan apa kalau papa tak ada?” soal Amin
lagi. Sengaja mahu berbual dengan kedua anaknya yang masih keciul itu.
“Papa suruh jaga mama baik-baik kalau papa tak ada”
beritahu Sufi.
“Abang dengan adik jaga mama tak?” soal Amin.
“Jaga, pa” sampuk Iman.
“Awak suruh Sufi dengan Iman jadi spy awak ey?” soal Balkish sengaja mahu
bergurau dengan suaminya.
“Mestilah. Awak kan cantik, abang takut nanti ada
orang ngorat. Tu sebab abang pesan
dekat Sufi dengan Iman suruh ikut saja ke mana awak nak pergi. Kalau abang tak
buat macam tu, nanti orang salah ngorat,
ingat awak tu anak dara lagi” jawab Amin.
Balkish ketawa geli hati. Tak sangka pula boleh
tahan juga cemburu Amin ni. Dan paling kelakar bila fikirkan Sufi dan Iman yang
masih belum tahu apa-apa itu menjadi rakan bersubahat papa mereka.
“Mana mama pergi, kami pun ikut papa” sampuk Sufi
mahu mengambil hati papanya.
“Bagus anak papa ni” puji Amin kepada Sufi. Dia
melihat wajah anak sulungnya itu dari cermin tengah.
“Pa, mama selalu bawa kita orang keluar kalau weekend, pa. Mama bawa pergi Toys R Us
dan belikan mainan untuk kita orang” cerita Iman kepada papanya, juga mahu
memenangi perhatian Amin.
“Haah papa. Malam-malam, mama tidur dengan kita
orang. Adik ni boleh tidur sendiri tapi nak juga tidur bilik mama dengan abang”
sampuk Sufi pula.
“Abang tu, banyak tidur. Abang tak tahukan
petang-petang mama selalu cakap kat telefon. Nasib baik adik tak tidur petang,
jadi adik tahu mama selalu bergayut”
Iman tidak mahu kalah dengan abangnya. Kedua adik-beradik itu mahu mengambil
hati si papa.
“Awak selalu bergayut ke selama abang tak ada ni?”
soal Amin cemburu. Kata-kata Iman itu tidak bermaksud mahu mengadu tentang
kelakukan Balkish sepanjang ketiadaan Amin di rumah, tetapi Amin merasa tergugat
apabila mendengar cerita itu daripada anaknya yang baru berusia empat tahun
itu.
Balkish teragak-agak mahu menjawab.
“Betul apa yang Iman cakap?” soal Amin lagi. Dalam
masa yang sama, dia cuba mengawal peasaan cemburunya.
“Betullah” jawab Balkish. Dia melihat ke arah Amin
dengan pandangan pelik. Suaminya itu betul tidak tahu atau sengaja mahu
menduganya.
“Dengan siapa?’ soal Amin lagi.
“Dengan awaklah, dengan siapa lagi?” jawab Balkish
spontan.
Amin tergamam, tak sangka pula kerana cemburunya dia
terus berfikir yang bukan-bukan tadi. Dia terlupa sejenak yang Balkish selalu
menelefonnya saat dia outstation selama hampir seminggu ini.
“Abang lupa pula” kata Amin seolah-olah perkara itu
gurauan baginya.
“Mesti abang syak yang bukan-bukan” Balkish serkap
jarang.
Amin senyum, “Sebab abang sayang isteri abang.
Balkish saja yang tak sayang abang” beritahu Amin. Dia mencuri pandang ke arah
Balkish saat kata-katanya itu ibarat angin yang berlalu di telinga isteriniya.
Balkish langsung tidak memberikan respons seperti yang dikehendaki oleh Amin. Amin
mengeluh berat.
Balkish keluar dari perut kereta sambil menunggu Amin
mengambil beg pakaiannya dari bonet. Iman membantu papanya dengan memegang satu
tali pada beg pakaian itu tapi sebenarnya beban beg itu semuanya disandang pada
tali yang dipegang oleh Amin. Sufi dipimpin oleh Balkish. Mereka sekeluarga
masuk ke dalam rumah dan menyapa kedua orang tua Amin. Tangan Datin Hasmah dan
Dato' Sahar dicium oleh lelaki itu. Amin kemudiannya duduk di sofa bersama ahli
keluarganya yang lain. Tidak lama kemudian, bibik membawa keluar air oren
dingin yang disiapkannya dengan kuih muih yang telah dibeli oleh Datin Hasmah
pagi tadi.
“Min nak makan? Makanan semua dah siap. Kami tunggu
Min saja ni” ajak Datin Hasmah.
“Min salin baju dulu, mama. Melekit dah ni” beritahu
Amin.
Datin Hasmah mengangguk. Amin kemudiannya membawa
beg pakaiannya ke tingkat atas. Dia tidak menyedari yang Balkish mengekorinya
dari belakang.
“Saya dah siapkan tuala untuk abang” beritahu
Balkish saat dia mengejar langkah Amin dengan lebih laju dan menyaingi langkah suaminya.
“Dekat bilik kita atau bilik Aman?” soal Amin.
“Bilik Amanlah”
“Cemas saja abang tengok Balkish ni? Kenapa?” soal Amin
mahu mengusik lagi.
“Biasa saja” balas Balkish.
“Biasa kata Balkish. Biasa ke kalau abang buat macam
ni?” Amin sengaja menarik mengeluarkan kemejanya yang disemat kemas di dalam
seluar. Dia menarik menanggalkan kemeja itu daripada tubuhnya. Amin mahu
mencabar Balkish. Sejauh mana isterinya itu mampu bertahan dengan ulahnya.
Balkish memperlahankan langkah kakinya berjalan di belakang Amin untuk tidak
bertentang mata atau melihat ke arah suaminya. Dia sudah tidak fobia lagi kepada
suaminya cuma dia masih cemas, bukan kerana trauma tapi kerana rasa sayangnya
buat lelaki itu.
“Tuala abang ada dekat katil. Balkish turun dululah”
Balkish tidak boleh berlama-lama lagi dengan Amin di bilik itu dengan Amin pula
sudah menanggalkan bajunya. Terlihat susuk tubuh suaminya yang sasa itu dengan
bahunya yang bidang dan perutnya yang terlihat 4 packs. Balkish jadi gemuruh
dengan tiba-tiba.
“Tadi kata biasa” cabar Amin.
Langkah kaki Balkish terhenti, tubuhnya sudah
membelakangi Amin. Tanpa disedari olehnya, Amin melangkah lebih dekat kepada
isterinya dan bermain-main dengan hujung shawl
sebelah bahu kanan yang dipakai oleh Balkish. Balkish bertambah tidak
keruan saat sudah merasakan hawa dan kehangatan dari tubuh suaminya.
“Abang rindu sangat dekat Balkish dan anak-anak”
Balkish diam, dia cuba mengawal emosinya sendiri.
Kalau dia bercakap saat ini, pasti suaranya kedengaran terketar-ketar.
Amin memusingkan tubuh Balkish menghadap dirinya,
namun wajah Balkish tetap menunduk memandang lantai. Dia tahu isterinya itu
malu untuk bertentang mata dengannya. Shawl
Balkish ingin dibuka dari menutup mahkota wanita itu, rambutnya yang panjang
mengurai separas bahu. Amin membuka pin di bawah leher dan cuba mencabut shawl dari kepala isterinya namun
hajatnya itu tidak kesampaian kerana shawl
itu masih terlekat. Amin sudah mula bengang, time-time mood romatik macam ni, ada saja benda yang menghalang.
Pin sebelah mana pula yang belum aku buka ni? Soal Amin kepada diri sendiri.
Dia mencabut pula pin di bahu kanan Balkish. Sangkanya kali ini apabila ditarik
lembut shawl itu akan telepas dari
kepala Balkish tetapi tidak. Dia terpaksa mencari-cari pin mana lagi yang belum
dibuka demi mengotakan impiannya menatap wajah Balkish dengan rambutnya
panjangnya mengurai ke bahu.
Balkish ketawa geli hati melihat gelagat suaminya
itu. Suara ketawanya sudah tidak boleh ditahan lagi dan akhirnya dia
mengetawakna Amin yang berusaha untuk kelihatan romantik tetapi gagal membuka
pin shawl yang dipakainya. Usaha suaminya
itu mendatangkan sia-sia.
“Kenapalah suka sangat pakai shawl ni. Pin sana sini. Abang nak buka pun susah” bentak Amin, dia
jengkel dengan kegagalannya membuka pin shawl
yang banyak sampaikan mood dan suasana yang baik itu berlalu begitu saja.
Balkish memegang shawlnya
yang separuh sudah dibuka oleh suaminya.
“Abang mandilah dulu, Balkish tunggu kat bawah” beritahu Balkish. Ketawanya
masih belum habis mengejek nasib suaminya. Dia turun meninggalkan Amin
sendirian di kamar itu.
…………………
Balkish melihat ke arah Amin saat suaminya itu turun
menuruni anak tangga. Rambut Amin basah dan mengurai ke dahi, seksi. Dia asyik
memerhatikan keseksian suaminya mala mini dan hanya tersedar saat mama
menyuruhnya menjemput papa, Amin dan anak-anaknya untuk makan. Balkish menjemput
mereka yang sedang duduk di ruang menonton dan mendahului ke dapur untuk
membantu menghidangkan beberapa juadah lain yang sudah siap dimasak olehnya dan
juga mama. Setelah selesai menghidangkan juadah dan menyendukkan nasi ke
pinggan, Balkish duduk di sebelah Amin. Suaminya itu membaca doa makan sebelum
mereka sekeluarga menjamu selera.
“Macamana tender dekat Kuantan tu?” soal Dato'
Sahar.
“Okey
papa. Dia orang suka dengan figures
yang company kita bagi” beritahu Amin.
“Good,
papa memang yakin dengan Amin” puji Dato' Sahar. Suatu masa dulu, papa asyik
bertengkar sahaja dengan Amin. Pantang melihat wajah Amin pasti ada sahaja
topik pergaduhan yang dicetuskan oleh Amin. Tetapi sekarang, semunya telah
berubah. Papa kini mengakui sendiri dan memberi pujian tentang kebolehan Amin
mentadbir syarikatnya.
“Bila Amin nak pergi sana pula?” soal Dato' Sahar
lagi.
“Abang ni, Amin tu baru saja balik, takkan abang dah
tanya bila dia nak pergi” sampuk Datin Hasmah. Dia sempat melihat ke arah
Balkish yang ditinggalkan Amin selama hampir seminggu ini.
“Kasihan menantu awak tu kalau Amin tinggalkan dia
selalu” sampuk Datin Hasmah lagi. Dato' Sahar berdehem kecil apabila ditegur
oleh isterinya.
“Amin ingat nak suruh Farhan yang pergi, pa.First meeting hari tu yang penting. Amin
pun dah bagitahu pihak sana yang kita jamin orang yang berkemampuan akan wakilkan
Amin dan Amin rasa Farhan layak” beritahu Amin. Dato' Sahar mengangguk perlahan-lahan,
bersetuju dengan usulan daripada anak sulungnya itu.
“Tapi Amin jangan serahkan projek tu 100% dekat dia.
Amin kena pantau juga”
“Okey pa. Amin
fikirpun macam tu. Mungkin tugas-tugas dekat
site tu, Amin suruh dia in charga
tapi sekali-skala, Amin nak pergi jumpa CEO sana juga” beritahu Amin.
“Projek dekat Jepun tu macamana pula? Bila nak close deal?” soal Dato' Sahar lagi.
“Abang ni, dah-dahlah bang. Masa makan pun nak
berbincang pasal bussiness” tegur Datin
Hasmah lagi.
“Yalah” balas Dato' Sahar.
“Min tambah lagi, Min” pelawa Dato' Sahar kepada Amin.
Sekarang ini dia bangga dengan kebolehan dan pencapaian akannya itu. Semua ini
berkat dari perubahan pada diri Amin sendiri. Alhamdulillah semuanya sudah
diatur dengan baik oleh Alllah. Dialah yang Maha Mengetahui apa yang tebaik
untuk setiap hambanya.
“Tambah lagi, bang?” soal Balkish kepada Amin.
“Abang dah kenyang”
Setelah selesai makan malam bersama, mereka
sekeluarga meluangkan masa di ruang menonton. Dato' Sahar dan Amin berbincang
soal perniagaan mereka sementara Balkish dan Datin Hasmah hanya menonton
rancangan di televisyan. Sufi dan Iman pula sudah hampir terlelap kerana terlau
penat bermain seharian.
“Amin, budak-budak ni dah mengantuk dah ni, Min
bawalah naik” suruh Datin Hasmah. Amin mengangguk. Dia meminta dari daripada
papa dan mamanya untuk naik ke bilik di tingkat atas. Amin mengangkat Sufi ke
dukungannya kemudian dia dengan dibantu oleh Balkish mengangkat Iman pula ke
dukungannya. Perlahan-lahan Amin mengatur langkahnya untuk ke tingkat atas,
Balkish berjalan disisi.
“Abang ni, Amin tu baru saja balik. Biarlah Amin tu
lepas rindu dulu dekat isteri dengan anak-anak dia. Ni tidak, abang ajak pula
dia berbual pasal bussiness” tegur Datin
Hasmah. Dato' Sahar hanya menarik muka. Mereka berdua melihat Balkish dan Amin
mendaki anak tangga.
Apabila sampai di bilik, Balkish membantu Amin
mengangkat tubuh Sufi ke katil kemudian Amin menurunkan tubuh Iman di sebelah
Sufi. Amin menguap tanda mengantuk.
“Abang tidurlah sini, budak-budak ni mesti rindukan
abang. Dia orang dah cakap dah nak tidur dengan abang” beritahu Balkish kepada Amin.
“Balkish tidur mana?”
“Saya tidur bilik Aman tak apa”
“Balkish tidurlah sini, temankan abang dengan
budak-budak ni. Abang tak buat apa-apa. Kalau Balkish takut Balkish tidur
hujung sana, abang tidur hujung sini” pujuk Amin. Dia memberikan cadangan. Dia
sangat mengantuk sekarang ini, mustahil dia akan ‘melakukan sesuatu ‘ ke atas
Balkish malam ini.
“Er” Balkish kelihatan teragak-agak.
“Abang tidur sini” ulang Amin lagi. Dia menunjukkan
tempat kosong di samping Iman. Balkish akhirnya bersetuju dengan permintaan Amin
itu. Dia yakin yang Amin tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan
memandangkan mereka bukannya tidur berdua di bilik itu sebaliknya ditemani oleh
Sufi dan Iman. Dia juga merindui Amin sepertimana kedua orang anak mereka
merindui papanya, tetapi Balkish tidak mahu menzahirkan kata-katanya itu.
Amin senyum apabila mendengar jawapan daripada
Balkish itu. Dia berbaring bersama-sama Balkish pada tempat mereka. Sufi dan
Iman tidur di tengah. Balkish tidak sanggup membelakangi suaminya jadi dia
memandang ke arah Amin. Suaminya itu turut berbuat yang sama.
“Selamat malam” ucap Amin.
“Selamat malam” ucap Balkish pula.
“Assalamualaikum” ucap Amin lagi.
“Waalaikumussalam” jawab Balkish. Mereka berdua
sama-sama memejamkan mata untuk tidur. Senang sahaja Amin terlena kerana dia sudah
sangat penat dengan kerjanya pagi tadi dan dari meeting dengan syarikat clientnya,
dia terus menuju ke lapangan terbang dengan hanya menaiki teksi.
Perlahan-lahan Balkish membuka mata dan menatap
wajah suami yang sedang berbaring menghadapnya dengan jarak yang dipisahkan
oleh kedua orang anak mereka. Wajah itulah yang dirinduinya selama beberapa
hari ini tetapi perasaan itu tidak terluah di depan Amin.
Wajah suaminya tetap kacak walaupun sekarang mereka
berdua sudah meningkat dewasa. Mengimbas kembali bagaimana perkenalan mereka
dulu dan bagaiman sikap Amin yang playboy
dan tidak bertanggunjawab, sulit untuk mempercayai bahawa lelaki itu kini
menjadi suaminya dan menyintainya dengan
sepenuh hati. Lelaki itu juga sanggup berkorban selama bertahun-tahun menunggunya walaupun cintainya itu tidak
dibalas. Lelaki yang dipanggil mamat sewel yang merupakan lelaki yang paling
dibencinya dulu kini menjadi raja di hatinya, pengubat rindunya, penawar
dendamnya dan juga merupakan ayah kepada kedua orang anak mereka yang comel. InsyaAllah
dengan izin Allah, dia juga akan menyintai Amin dengan sepenuh hati.
Balkish senyum melihat wajah Amin, Sufi dan Iman
satu persatu. Mereka bertiga bagaikan seiras, gaya tidur juga mirip. Selepas
membaca doa tidur, Balkish juga turut melelapkan mata menunggu lenanya datang
bertandang.
Lama dah tak dengar cite si Balkish nie..
ReplyDeleteDah 4bulan dah masih tiada sambungan...
ReplyDelete