Bab
1
Sebuah
rumah dengan hanya keluasan padang sepak takraw didirikan dengan kepakaran
sendiri dengan bahan binaan hasil
sedekah dari orang kampung. Rumah itu didiami oleh Tahir dan seluruh
keluarganya yang terdiri daripada isterinya dan lima orang anak-anaknya. Di
belakang rumahnya, Tahir menempatkan barang-barang yang dikutipnya dari tempat
sampah atau dari rumah-rumah orang.
Barang terbuang itu akan dijualkan kembali kepada pengusaha barang kitar
semula. Tahir tidak memilih kerja. Sejak dia ditimpa kemalangan kerja 15 tahun
lalu, dia akan melakukan apa sahaja untuk menyara seluruh keluarganya itu. anak
sulungnya Nor Balkish baru sahaja selesai pengajian tingkatan limanya dan
sekarang ini dia mendapat kerja part time di Bandar Kuala Lumpur. Setiap hari Balkish
akan berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Memandangkan rumah mereka ini
agak jauh dari Bandar, anaknya itu terpkasa berjalan 10 km setiap hari untuk ke
stesen bas yang paling dekat.
Mira
duduk di samping Firdaus, sambil menunggu beberapa orang lagi kawan mereka
untuk datang.
“Mana
kawan-kawan you ni sayang?” soal Mira.
“On the way lah sayang. You order lah
dulu”
Mira
dan Firdaus membuat pesanan untuk mereka berdua. Tidak lama kemudian, Amin dan
Hisyam sampai ke destinasi yang mereka janjikan itu.
Mereka
berempat akhrinya berkumpul bersama-sama. Hisyam dan Amin membuat pesanan untuk
mereka. seorang waiter wanita datang
mengambil pesanan mereka. gadis itu bertanya.
“Erm anything sir?”
“Yes, Capucinno and black coffee please”
pesan Amin.
“And, miss for black coffee, less sugar and
lots of your love” beritahu Amin. Dia seraya tersenyum kepada waiter wanita
itu. Namun gadis itu tidak memberi respons.
Hisyam
dan Firdaus saling berpandangan dan akhirnya tawa lucu terburai dari perut
mereka.
“Hah,
tak kena layan!” rungut Hisyam.
Amin
sekadar tersenyum. Mira mencebik melihat kenakalan teman baik boyfriendnya itu. walaupun dia sudah
tahu yang Amin memang seorang playboy tapi dia memang tidak dapat mengelakkan
dir dari bertemunya kerana lelaki itu akan sentiasa berdampingan dengan
Firdaus. Terpaksalah Mira memekakkan telinga dan membutakan mata demi untuk
menjaga hubungannya dengan Firdaus. Dia terlalu menyintai teman lelakinya itu.
“Ok
lah sayang. I pergi dulu. you jangan nakal-nakal. Jangan dilayan sangat si Amin
ni” beritahu Mira seraya dia berdiri. Sebelum berlalu dia sempat mengucup di
dahi Firdaus.
“Lega
I bila awek you tu dah blah” beritahu Hisyam.
“Kenapa?
You tak suka Mira ke?”soal Firdaus.
“Hah!
Tak obvious lagi ke kitaorang tak suka awek lu bro?” “ye tak Min?” Hisyam
memukul dada Amin membuatkan lelaki itu terkejut. Amin sedang sibuk melirik ke
arah waiter wanita yang mengambil
pesan mereka tadi. Hisyam dan Firdaus mencari gadis yang mencuri perhatian
kawan mereka itu. Bukannya mereka belum masak dengan perangai Amin. Buaya.
“Perempuan
mana pulak yang kau suka ni bro?” sola Firdaus.
“Tu”
beritahu Amin. Dia menunjuk dengan muncung mulutnya.
“Yang
mana?” soal Hisyam pula.
“Yang
tu”
“Yang
rambut curl tu ke?’ soal Firdaus.
“Itu
bukan taste Amin. Jangan cakap yang waiter pakai tudung tadi tu” Hisyam meneka.
“Hah
pandai pun kawan aku yang sorang ni. Tak sia-sia bapak kau hantar kau masuk
universiti” Amin bergurau lalu dia tesenyum gembira namun Hisyam dan Firdaus
terpaku terpana dengan gadis pilihan Amin kali ini. Mereka semua tahu yang Amin
seorang playboy yang versatile tapi
ini kali pertama mereka mendengar dari mulut Amin sendiri yang dia menyukai
wanita bertudung.
“Eh
jangan Min, budak baik tu” tegur Hisyam.
“Yelah,
aku tahulah skill kau. Tapi tak worth it
Min. Kesian budak tu nanti” kali ini Firdaus menambah.
“Eh
korang ni, macamlah aku ni jahat sangat. Aku nak kenal je budak tu. Siapa suruh
dia cantik sangat. Sengaja je nak goda aku” Amin ketawa lagi.
“Cantik
apanya Min, selekeh je aku tengok. Dengan muka pucat tak pakai make up, tak ada accessories”
“Korang
ni buta ke? Kau tak nampak ke kuilt dia yang putih gebu tu, hidung mancung
terpacak. Ish kalau dia free hair,
confirm cair bijik mata korang”
Hisyam
dan Firdaus ketawa lucu.
“Tak
payahlah Min, dia tak layan lelaki macam kita ni. Dia nak cari ustaz. Kau tu
nak kata manusia pun bukan, ustaz apatah lagi”
“Korang
cabar aku?”
“Eh
janganlah macam tu Min. skill playboy kau kami dah tahu”sampuk Hisyam.
“Aku
rasa aku dah jatuh cinta lah” keluh Amin. Hisyam dan Firdaus mencebik. Bukan
kali pertama mereka mendengar ucapan itu dari mulut Amin.
No comments:
Post a Comment