Bab 24
Kebelakangan ini Mylia banyak
termenung dan lesu. Perubahan sikapmya itu disedari oleh Tengku Hamzan tetapi
apabila ditanya Mylia meyakinkan yang dia tidak ada apa-apa masalah. Tengku
Hamzan memaksa untuk berjumpa dengan doctor peribadinya tetapi Mylia dengan
cemas menolak. Tengku Hamzan tertanya-tanya jika Mylia ada apa-apa masalah yang
disembunyikannya. Kebelakangan ini, perangainya juga banyak berubah. Tengku
Hamzan cuba menangkis perasaan syaknya jauh-jauh.
Perkahwinan mereka sudah hampir
setahun tetapi Mylia tidak pernah mengungkit perihal Dato’ Ehsan atau ibunya.
Ada sesekali apabila Tengku Hamzan bertanya samada Mylia mahu balik menjenguk
mereka atau tidak Mylia segera menolak. Tengku Hamzan tidak memanjangkan topik
itu kerana dia juga ada banyak masalah dengan kerja.
Kerjasamanya dengan syarikat Jepun
bakal menampakkan hasil yang lumayan tidak lama lagi.
Mylia termenung di bangku di bawah
pagola. Dia terdengar suara burung yang sedang berkicauan. Deruan air mengalir
memberikan ketenangan yang dicarinya. Dengan dipenuhi pelbagai tumbuhan renek
taman itu sangat damai dipandangannya. Masalah yang ditanggungnya memberat di
fikirannya sehingga membejatkan otaknya untuk mencari jaLan penyelesaian atau mengambil tindakan yang
wajar.
Tengku Hamzan menghabiskan waktunya
di kamar bacaan setelah makan tengahari tadi. Dari kerusinya, dia melihat Mylia
sedang berjalan di taman berhampiran kolam mandi. Isterinya
itu kemudiannya duduk di bangku di bawah pagola dan termenung. Tengku Hamzan
memerhatikan dari kamar bacaannya. Mylia sangat sering termenung seperti sedang
menanggung rahsia besar. Tengku Hamzan keluar dari kamar bacaan dan mahu
bertemu dan berbicara dengan Mylia.
Mylia mengangkat telefonnya dan
mendail nombor telefon Khairul. Kebelakangan ini Khairul sudah tidak mahu
bercakap dengannya. Adiknya itu merajuk kerana Mylia tidak mahu berjumpa
dengannya. Mylia menolak cadangan Khairul untuk berjumpa kerana bimbang jika
Fuad mengekorinya dan jika pertemuan itu Berjaya dijejaki Fuad tentu Fuad juga
akan tahu persembunyian adiknya.
“Khairul sihat?” lemah suara Mylia
bertanya.
“Em” khairul menjawab dengan lekeh.
“Baguslah. Kakak pun sihat. Business ok?”
Walaupun tidak berjumpa tetapi
sesekali jika berasa rindu Mylia akan menghubungi Khairul untuk bertanya
tentang kedaannya. Khairul sekarang sudah berniaga secara halal. Mylia lega
apabila mengetahui adiknya selamat.
“Biasa je”
“Adik macam marah lagi pada kakak”
“Memang pun”
“Kalau macam tu, kita sembang lain
kali. Kakak Cuma nak tahu Khairul selamat”
“Lain kali jangan call lagi. Hubungan kita putus bila kakak
pilih suami kakak daripada adik sendiri”
“Kakak buat macam ni sebab
sayangkan Khairul”
“Dulu Khairul bodoh, bolehlah kakak
guna alasan tu. Sekarang Khairul dah tahu, ni semua pasal harta suami kakak
kan?”
“Mana Khairul dapat idea macam ni?”
“Dinda cakap dengan siapa tu?”
tegur Tengku Hamzan dari belakang apabila melihat Mylia sedang bercakap di
telefon. Mylia berpaling ke arah Tengku Hamzan.
“Suami kakak ada dekat situ ke?
Baguslah kalau dia tahu yang kakak ada adik lelaki. Bagitahu hal sebenar kepada
dia. Kalau dia cintakan kakak, dia boleh terima kakak seadanya” Khairul
bersuara dalam nada marah.
“Call siapa?” soal Tengku Hamzan kepada Mylia. Kali ini Tengku
Hamzan sudah berdiri di hadapan Mylia. Tengku Hamzan duduk berhadapan dengannya.
“Lain kali kita cakap lagi ye”
Mylia mematikan taliannya itu lalu menyambung, “Tak ada sesiapalah. Kanda
kenapa turun ni?”
“Saja. Temankan dinda di sini”
“Tapi dinda nak sendirian”
“Kanda diam. Anggap je kanda tak
ada di sini”
Mylia diam dan begitu juga Tengku
Hamzan. Suasana itu hanya sepi dari kata-kata. Deruan air dari air terjun
buatan tetap kedengaran mengalir dan kicauan burung masih lagi mengiringi bunyi
air. Mylia terpandang seekor burung yang diletakkan di dalam sangkar tidak jauh
dari tempat mereka duduk. Mylia bangun dari duduknya dan mendapatkan sangkar
burung itu. Tengku Hamzan melihat.
“Ini burung yang kita jumpa di
Tasik Shah Alam dulu ke?” soal Mylia. Sangkar burung itu diletakkan di atas
meja di hadapan Tengku Hamzan.
“Burung nilah yang muncul dalam
mimpi kanda”
Mylia memandang Tengku Hamzan
pelik. Dia meminta penjelasan dari Tengku Hamzan. Tengku Hamzan menceritakan
tentang mimpi yang dialaminya selepas melakukan solat istikharah sebelum dia mengambil
keputusan untuk melamar Mylia.
“Kalau macam tu, dinda kena
berterima kasih pada burung ni” Mylia senyum. Tengku Hamzan senyum juga.
Gembira melihat wajah isterinya itu tidak lagi murung seperti bisaa.
“Tapi, kenapa tak lepaskan?” soal
Mylia.
“Sebab kanda sayang . Ini lambang
cinta kita, juga kenangan perkenaLan antara kanda dan dinda”
“Tapi kanda, kasihan dia terkurung
macam ni. Kita lepaskan saja” Mylia memberi cadangan. Mylia dapat menduga kali
ini dia dan Tengku Hamzan bakal bertengkar lagi. Dia dan Tengku Hamzan memang
mempunyai pandangan berbeza tentang banyak perkara dan setiap kali perkara itu
diutarakan pasti mereka akan bercanggah pendapat.
“Biarkanlah dalam sangkar. Setiap
hari pembantu rumah bagi makan. Kalau kat luar sana entah-entah dia mati kena
makan dekat binatang lain”
“Tapi tempat dia bukan dalam
sangkar”
Mylia dan Tengku Hamzan mempunyai
pandangan yang berbeza tentang kebebasan dan kasih sayang. Bagi Tengku Hamzan
jika sayang harus menyimpan ia
dekat-dekat kepadanya, harus dilindungi sampai tiada apa-apa yang mampu melukakakn
atau mencederakan. Tetapi bagi Mylia jika sayang harus melepaskan jika itu yang terbaik.
Bukankah kesusahan atau ujian itu sebahagian dari anugerah kehidupan. Jika
mengurung atau menyekat kebebasan, bukankah itu bererti mengongkong.
“Kita nak bergaduh lagi ke?” Tengku
Hamzan bersuara, bertanya dalam nada sinis.
“Kanda, kita bebaskanlah. Sudah
setahun lebih kita mengurung dia di dalam sangkar, burung ini juga ada keluarga
ada tanggungjawab, dan kehidupannya. Kesenangan yang kanda bagi tidak standing
dengan kebebasannya” Mylia merayu dan memujuk. Kasihan meliht burung itu
terkurung begitu. Keadaan burung itu seolah-olah mengejek keadaannya sendiri.
Dia rimas dengan penipuannya kepada Tengku Hamzan dan berasa terkongkong oleh Maisarah
yang mengarah itu dan ini demi
kepentingannya sendiri.
“Dinda yakin yang di luar sana
lebih bagus dari apa yang kanda sediakan untuknya di bawah penjagaan kanda?”
Mylia menggeleng. “Dinda tak yakin
tetapi itu yang dinda harapkan dari kanda jika keadaan dinda seperti burung
ini”
“Kita lihat saja. Buka sangkarnya,
kalau burung itu tidak keluar kanda akan tetap menjaganya di dalam sangkar itu”
Mylia mengangguk dan dia membuka
sangkar. Beberapa saat kemudian, burung itu keluar dari sangkar dan berjalan -jaLan
di atas meja dengan dua-dua
kakinya. Burung itu sedang tertoleh-toleh ke arah Mylia dan Tengku Hamzan.
“Kan kanda dah cakap. Burung ini
lebih suka dibela”
Mylia senyum apabila melihat burug
itu sedang melompat-lompat sambil cuba mengibarkan kepaknya. Kerana terlalu
lama berada di dalam sangkar, burung itu barangkali sudah lupa bagaimana mahu
terbang, apakah perasaanya untuk terbang di Lan git yang tiada sempadan. Tengku Hamzan
melihat perlakuan burung yang berada di hadapan mereka. Mylia senyum gembira
apabila burung itu akhrinya melebarkan dan mengibas-ngibas kepaknya lalu
terbang ke Lan git tinggi. Mylia
berdiri.
“Tengok kanda. Siapa yang tak sukakan
kebebasan?!”
Tengku Hamzan diam dan memerhatikan
Mylia. Kata-kata Mylia mengundang tanda Tanya.
Awal pagi Tengku Hamzan bertolak ke
Negara matahari terbit atas urusan kerja. Mylia sudahpun bangun dan seperti bisaa
dia tidak lupa memakaikan kasut Tengku Hamzan. setelah pemergian Tengku Hamzan,
Mylia duduk di sofa dan menonton televisyen. Dia bangun secara tiba-tiba dan
menuju ke dapur. Daun pintu bilik air di ruang dapur ditolak rakus. Mylia
muntah. Pembantu-pembantu rumah yang berada di dapur sangat terkejut dan
khuatir. Ada seorang pembantu menghampiri Mylia lalu menggosok-gosok bahagian
belakangnya. Setelah keadaan sedikit baik. Mylia terduduk menyandar di dinding.
Kedaannya sudah sedikit parah, menampakkan gejala-gejaLan ya. Mylia meraup mukanya. Perlakuannya itu
diperhatikan oleh pembantu-pembantu rumah.
“Tinggalkan saya sendirian” arah
Mylia dan mereka semua meninggalkan Mylia sendirian di ruangan itu.
Mungkinkah rahsia itu akan
diketahui oleh orang lain. Apakah yang patut dilakukannya. Rahsia ini tidak
patut disembunyika dari pengetahuan Tengku Hamzan. sejak beberapa minggu lalu,
kesihatannya tidak berapa baik dan setelah berjumpa dengan doctor di klinik
barulah Mylia tahu keadaannya yang sebenar tetapi dia merahsiakannya dari
pengetahuan semua orang. Dia tidak tahu apakah tindakan yang betul? Jadi dia
berhasrat mahu merahsiakan hal ini sehingga dia tahu apa yang patut
dilakukannya tetapi nampaknya gejala-gejala ini timbul lebih awal dari yang
dijangka. Mylia bangun dari duduknya lalu berjalan ke arah
ruang menonton. Encik Johar sedang menyoal pembantu-pembantu rumah tentang
keberadaanya di ruangan itu. Mereka semua diam tidak berani bersuara kerana Puan
Muda yang menghalau mereka ke sini.
“Tak ada apa-apa Encik Johar. Buat
kerja masing-masing” tanpa menghiraukan pertanyaan Encik Johar,
pembantu-pembantu rumah itu kembali ke ruang dapur. Mereka semua segera
beredar, bimbang jika disoal dan diselidiki oleh Encik Johar lagi.
“Puan Muda tak apa-apa?” soal Encik
Johar. Dia melihat Mylia yang agak lemah lesu.
“Saya nak ke kamar. Kalau Tengku
ada menelefon, katakan saya istirehat. Saya tak nak diganggu” Mylia terus
mendaki anak tangga ke kamarnya. KepaLan
ya pening dan sangat berat. Dia benar-benar memerlukan rehat sekarang
ini.
Hari ini baru genap seharian Tengku
Hamzan ke Jepun tetapi Mylia benar-benar merindui suaminya. Peningnya sudah
berkurangan sejak semalam. Mylia cuba mengalih kerinduannya kepada Tengku
Hamzan dengan melakukan banyak perkara. Dia menonton televisyen tetapi pelakon
lelaki yang mebintangi rancangan drama bersiri di televisyen itu menyerupai
Tengku Hamzan. Televisyen dimatikan. Kemudian Mylia membaca majalah tetapi
setiap kata-kata yang dicetak di majalah menulis dan mengejakan nama Tengku
Hamzan Rahimi bin Tengku Farid Huzaimi. Mylia menutup majalah itu. Dia bangun
dan berdiri.
“Encik Johar, Tengku ada call?”
“Belum lagi Puan Muda”
“Saya naik ke kamar dulu” Mylia berjalan
ke
arah anak tangga. KepaLan ya pening,
dunianya berputar-putar seperti dia sedang berpusing-pusing. Kakinya kebas dan
lemah, badannya berasa ringan.
“Encik Johar!” Mylia memanggil
Encik Johar lemah.
Badan Mylia dilihat sedang goyah
dan tidak stabil. Encik Johar sempat memapah Mylia sebelum tubuhanya menghempap
Lan tai. Encik Johar menjerit memanggil
pengawal peribadi Mylia untuk mebantunya. Tubuh Mylia diangkat ke kamarnya lalu
dibaringkan. Encik Johar mendail nombor telefon doctor peribadi Tengku Hamzan
dan menggesanya untuk segera datang. Mylia dilihat sedang tidak sedarkan diri
dan Encik Johar risau jika sesuatu berlaku kepada Mylia.
Tengku Hamzan sedang terlibat dalam
perbincangan dengan ketua tertinggi syarikat yang menjaLan i usahasama dengan syarikatnya. Mereka
berbincang tentang keuntungan dari usahasama sepanjang tahun lepas dan
bagaimana mahu menentukan perancangan aktiviti projek untuk tahun ini. Telefon
bimbit Tengku Hamzan bergetar. Tengku Hamzan melihat nama si pemanggil. Encik
Johar menelefonnya. Tengku Hamzan menerima panggilan itu
walaupun dia sedang berada dalam mesyuarat penting. Encik Johar takkan
menelefonnya saat dia sedang bekerja kecuali jika ada perkara penting.
“Tengku, Puan Muda pengsang”
“Huh!!!” Tengku Hamzan terkejut.
Semua orang yang sedang berada di bilik mesyuarat itu memandangnya. Tengku
Hamzan bangun berdiri tanpa menghiraukan pandangan aneh dari semua orang. Dia
keluar dari bilik itu. Semua orang yang berada di dalam bilik mesyuarat tertanya-tanya
apakah sebenarnya yang berlaku kepada Tengku Hamzan. Pengawal peribadi Tengku
Hamzan yang menuggu di luar bilik datang ke arahnya. Tengku Hamzan berlari
keluar sambil dibontoti oleh seorang pengawal peribadinya. Seorang lagi masuk
ke dalam bilik mesyuarat dan memberitahu seseorang tentang rancangan Tengku
Hamzan untuk segera kembali ke tanah air atas urusan kecemasan keluarga.
Tengku Hamzan cemas meLan gkah masuk ke rumah istana. Dilihat Encik
Johar sedang menunggu di ruang kasutnya.
“Mana Puan Muda?”
“Ada di kamar Tengku”
Belum sempat Encik Johar
menjelaskan keadaan sebenar Mylia, Tengku Hamzan sudah meninggalkan ruangan itu
untuk segera berjumpa dengan Mylia. Apabila mendengar berita daripada Encik
Johar, dia segera bertolak pulang. PerjaLan
an dari Jepun bukanlah singka. Tengku Hamzan bimbang sekiranya terjadi
apa-apa kepada Mylia sepanjang perjaLan an
pulangnya.
Daun pintu ditolak dan Tengku
Hamzan melihat Mylia sedang berbaring di katil. Ada dua orang pembantu rumah
yang menyediakan segala keperluan yang diminta oleh Mylia. Tengku Hamzan
menyuruh semua orang keluar dan meninggalkannya sendirian bersama Mylia.
Apabila melihat wajah Tengku Hamzan di matanya, Mylia senyum gembira. Senyuman
Mylia dilihat hambar, mungkin kerana kepenatan dan lemah. Tengku Hamzan duduk
di kerusi bersebelahan katil.
“Apa dah jadi ni?”
Mylia senyum lagi. Mungkin sudah
sampai masanya untuk dia berterus terang. Lagipun rahsia yang disembunyikannya
itu sudah sampai ke pengetahuan Encik Johar setelah doctor peribadi Tengku
Hamzan memeriksanya tengahari tadi. Maisarah juga pasti akan tahu berita ini sekejap lagi.
“Kanda akan jadi ayahnda tak lama
lagi” beritahu Mylia. Suaranya sangat perlahan seperti berbisik. Badannya
sangat lemah.
Tengku Hamzan terkejut mendengar
berita itu. Dia belum pernah terfikir akan bergelar ayahnda, tetapi
lambat-lambat senyumannya terukir. Berita gembira itu membuatkan dia terkejut
tetapi pada waktu yang sama turut membuatkan hatinya berdebar-debar seperti saat
pertama dia berjumpa Mylia dulu.
“Kanda akan jadi ayahnda?!” soal
Tengku Hamzan tidak percaya.
Mylia mengangguk lemah. Melihat
kegembiraan Tengku Hamzan dia juga turut bahagia. Kegembiraan itu bagai
menyuntik semangat baru untuk dia terus berusaha membela keluarganya yang
terdiri dari Tengku Hamzan dan anaknda mereka yang bakal lahir nanti dari niat
jahat Maisarah .
“Dah selesai kerja kanda di Jepun?”
soal Mylia.
Tengku Hamzan menggeleng.
“Sorry kanda. Pasal dinda, projek
Jepun tu tergendala”
“Dinda risaukan Nippon?” Tengku
Hamzan membuat jenaka. Dia senyum dan Mylia turut tersenyum.
“Dinda risaukan kanda. Syarikat
kanda”
“Projek kanda boleh cari lain.
Dinda hanya ada dinda seorang”
Kata-kata Tengku Hamzan bagai
bergema di teling ibarat suara bising hujan menghempap bumi. Pandangan Mylia
semakin gelap. Dia akhrinya terlelap kerana kepenatan.
“I love you so much dinda” Tengku
Hamzan mengucup dahi Mylia setelah isterinya itu tertidur disampingnya.
Maisarah terkejut setelah mendengar perbuaLan antara
Mylia dan Tengku Hamzan dari kamar mereka. dia menyandarkan tubuhanya ke dinding.
Tidak disangka Mylia mengandung. Ini bermakna selama ini perempuan itu
menipunya dan lakonannya benar-benar membuatkan dia percaya. Maisarah mengepalkan buku lima kuat-kuat. Marahnya
membuak-buak kepada Mylia. Ini bermakna jika waris Tengku Hamzan dilahirkan,
harapannya untuk mendapatkan harta Tengku Hamzan akan hancur berkecai. Mustahil
dia akan mengorbankan impiannya itu semata-mata kerana haLan gan daripada Mylia. Orang suruhannya itu
ternyata bijak bermain-main lakonan di hadapan Tengku Hamzan dan juga dirinya. Maisarah
berazam yang anak di dalam kandungan
Mylia tidak akan dilahirkan. Kalau perlu, dia sanggup mencabut nyawa
kedua-duanya sekali, Mylia dan anak dalam kandungannya.
No comments:
Post a Comment