Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 4


Bab 4

Seperti yang dijanjikan fuad datang menjemput Mylia pada pukul 8 pagi. Mylia dibawa ke sebuah rumah yang terletaka di sebuah kawasan perumahan di tengah-tengah kawsan Bandar. Menurut kata Puan Maisarah  , Fuad akan mengajarnya beberapa perkara dan mungkin pengajarannya akan bermuala hari ini. Di dalam hati, Mylia tertanya-tanya apakah pengajaran yang akan diajarkan oleh lelaki yang mungkin sudah layak dipangggil ayah itu. Rumah ini sungguh cantk dengan hiasan dalamannya ala-ala british. Perabotnya juga sesuai dengan tema British. Mylia melihat-lihat ke seluruh kawasan rumah dan hiasan serta struktur rumah itu sangat menarik perhatiannya. Rumah itu berbeza sekali dengan rumah flat milik mereka adik-beradik. Tetapi walaupun rumah mereka agak lama dan tidak mewah, Mylia dan adiknya Khairul tetap bersyukur kerana mereka masih punya rumah dan tempat berteduh. Nasib mereka berdua lebih beruntung dari orang yang meminta sedekah dan berteduh dengan hanya menggunakan kertas kotak dan tidur di kaki lima atau lorong-lorong belakang bangunan. Mylia duduk di sofa dan membuka siara televisyen. Dia kemudiannya berbaring. Fuad datang dan menyuruh Mylia untuk bersedia kerana mereka akan memulakan pembelajarannya.

“Kejap lagi la pak cik. Saya nak tengok cerita ni. Dekat rumah tak boleh tengok Astro. Kami tak mampu bayar buLan  an” jelas Mylia berterus terang.

Fuad terus menutup siara televisyen dan menarik lengan Mylia untuk mengikutinya ke ruang legar. Mylia terpaksa mengikut sahaja kerana dia tidak mahu dikasari Fuad lagi.

Tengku Hamzan menyuruh setiausahanya, Suraya untuk menyiapkan kereta kerana dia mahu keluar ke kelab golf. Dia sebenarnya telah berjanji dengan Tengku Imran, bapa saudaranya untuk berjumpa dengannya di sana tepat jam 9 pagi. Tengku Hamzan dapat mengagak tujuan utama pertemuan itu dan dia perlu mempersiapkan dirinya dengan jawapan untuk petanyaan daripada bapa saudaranya.

Sangkaan teng Hamzan benar sekali, tengku Imran mempunyai agendanya yang tersendiri dengan mangajak Tengku Hamzan menemaninya. Bukan urusan perniagaan, bukan juga urusan saham tetapi urusan perkahwinannya dengan Tengku Anis, anak kepada Tengku Imran iaitu sepupu Tengku Hamzan sendiri.

“Ayahnda sudah Tanya pendapat dinda Tengku Anis?” soal Tengku Hamzan, nada suaranya tetap lembut. Dia tidak mudah melenting dalam berbincang soal perkahwinan, tambahan pula dia seang berbicara dengan ayahnda Tengku Imran, bapa saudaranya. Mereka sekeluarga mementingkan adat dan budaya dalam berhadapan sesame ahli keluarga. Jika orang muda meninggikan suara atau mengingkari perintah, mereka akan dianggap derhaka. Dan kesilapan itu akan cepat tersebar ke seluruh ahli kerabat keluarga yang lain tak kira di mana saja mereka berada, termasukla dia EngLan  d, Australia dan juga di Amerika Syarikat.

“Pendapat Tengku Anis tak penting, yang penting Tengku Hamzan setuju”

“I still think adinda Tengku Anis should know about this first”

“Why, anaknda did say something to you?” soal Tengku Imran ingin tahu. Dia tidak membincangkan lagi hal ini dengan anakndanya kerana dia ykin Tengku Anis akan bersetuju. Tengku Anis memang sangat rapat dengan Tengku Hamzan, sebab itulah Tengku Imran sangat yakin dengan keputusannya. Tambahan pula dia merancang untuk cepat-cepat melamar Tengku Hamzan untuk menjadi menantunya sebelum anaknya Tengku Hamzan dilamar oleh keluarga yang lain. Dia bimbang sekiranya Tengku Hamzan berkahwin dengan orang kebanyakan dan harta kerabat akan jatuh ke tangan orang lain. Kalau wanita yang dinikahi oleh Tengku Hamzan itu seorang yang baik, itu tidak mengapa tetapi bagaiman jika Tengku Hamzan dikaburkan matanya dengan kecantikan dan lupa serta alpa. Dalam diam, hartanya sedikit demi sedikit dikaut oleh si isteri yang ternyata selama ini mengaggap perkahwinan mereka hanyalah sebuah perniagaan.

“She did say about something but it was a long time ago”

“About what?” soal Tengku Imran.

“About his boyfriend” ringkas jawapan Tengku Hamzan. Tengku Imran sangat terkejut. Dia tidak pernah mengetahui atau mengambil tahu soal peribadi anaknya. Dia terlalu sibuk untuk bercerita soal-soal yang dianggapnya remeh tetapi Tengku Hamzan ternyata lebih banyak mengetahu.

Telefon bimbit Tengku Hamzan berdering, dia melihat nama si pemanggil yang tertera di skrin layer sentuh. Tengku Hamzan menerima panggilan   itu. Sementara itu dia menjauhkan diri daripada Tengku Imran supaya perbuaLan  nyya dengan si pemanggil tidak dapat di dengari oleh ayahndanya.

“Kanda Hamzan, kenapa ayahnda ada appointment dengan kanda hari ni?” soal Tengku Anis cemas.

“Slow down dulu, apa masalahanya ni?’ soal Tengku Hamzan.

“Bonda call tadi kata ayahnda keluar awal pagi nak bincangkan soal perkahwinan dinda. Adinda check dengan secreteray ayahnda, katanya ayahnda ada appointment dengan kanda. Kenapa  kanda?”

Tengku Hamzan ketawanakal, “Sabar dinda. Dengan kanda nak cakap ni. Menurut kata ayahnda kanda akan dijodohkan dengan dinda Tengku Anis”

Tengku Anis terdiam. Khabar itu mengejutkannya,, bukan kerana dia tidak menyukai keanda Tengku Hamzan tetapi kerana dia menyintai lelaki lain, Megat Iskandar, rakan sekuliah kanda Tengku Hamzan sendiri.
“Hello, dinda!” tegur Tengku Hamzan setelah sekian lama panggilan   telefon itu seolah-olah sudah terputus.

“Im still here”

“kenapa diam saja? Ada apa-apa yang dinda mahu katakana?” Tengku Hamzan sudah sedia maklum akan hubungan sepupunya dengan Megat Iskandar malah dia yang memperkenalkan mereka berdua tetapi dia mahu sengaja mengusik dan mnguji sejauh mana Tengku Anis mahu menrahsiakan hubungannya terutama pada pengatahuan bonda serta ayahndanya sendiri.

“Kanda, tolong jangan setuju!”

“Itulah yang kanda sedang buat sekarang ini. Nanti adinda kena berbincang juga dengan ayahnda Tengku Imran. Kanda sudah bagitahu ayahnda yang adinda mungkin sudah ada boyfriend. Sekuruang-kurangnya ringan sedikit beban adinda nanti”
“Apa yang ayahnda cakap selepas itu?”
“Ayahnda terkejut. Kenapa adinda berahsia sangat. Baik berterus terang sebelum kanda bersetuju dengan lamaran ayahnda Tengku Imran” Tengku Hamzan cuba mengusik lagi.

“Please, kanda. Jangan” serius sekali nada suara Tengku Anis merayu supaya Tengku Hamzan menolak ususal daripada ayahndanya untuk menyatukan mereka berdua.
“Relax, kanda bergurau”

Selepas menamatkan panggilan  , Tengku Hamzan menghampiri tengku Imran. Telefon bimbitnya disispkan kembali ke dalam kocek seluar.
“Siapa?” soal Tengku Imran ingin tahu.

“Bussiness” mereka sambung permainan yang tergendala sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment