Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 18


Bab 18

Setelah mengetahui niat sebenar Maisarah  , Mylia lebih berhati-hati. Dia tidak boleh mempercayai sesiapapun di rumah ini kecuali dirinya sendiri. Tengku hamzan tidak tahu apa-apa lagi setakat ini dan mungkin itu yang terbaik buatnya. Tengku Hamzan semakin hari semakin sibuk tetapi mejeLan  g petang, dia akan pulang ke rumah kecuali ada urusan di luar Negara. Mylia dibiarkan keseorangan di rumah. Maisarah juga sering keluar rumah. Destinasinya tidak diketahui. Beberapa hari selepas pergaduhan mereka Mylia mahu mencuri masuk ke kamar bacaan Maisarah tetapi bilik itu dikunci. Beberapa kali Mylia ada mencuba tetapi Maisarah tidak pernah lupa untuk memastikan bilik itu terkunci semasa ketiadaannya.
Semasa berada di rumah, Mylia hanya duduk termenung, cuba menguraikan permainan yang dirancang oleh Maisarah dan siapakah Maisarah yang sebenarnya? Sementara ketiadaan Maisarah  , Fuad tidak akan melepaskannya dari pandangan. Setiap gerak-gerinya diperhatikan. Untuk mengelakkan diri daripada Fuad, Mylia akan berkurung di dalam bilik. Kerana terlalu bosan, Mylia terlelap.
Setelah beberapa jam tertidur, dia bangun dan turun ke Lan   tai bawah. Fuad tiada di sekitarnya. Menyedari ketiadaan Fuad, Mylia bertanya kepada pembantu rumah istana.
“Fuad keluar beberapa minit yang lalu”
“Ke mana?” soal Mylia. Dia mula risau jika Fuad bertindak ke atas Tengku Hamzan.
“Tidak tahu, Puan Muda”
Mylia menggelabah. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon bimbit Tengku Hamzan.
“Ada apa dinda?” suara Tengku Hamzan bisaa.
“Kanda kat mana ni?” soal Mylia.
“Office. Ada apa. Dengar macam susah hati je ni”
“Fuad ada di situ ke?”
“Tak. Fuad kata nak datang office ke?”
“Tak. Kalau macam tu tak apalah” Mylia lega.
“Bonda nak datang sekejap lagi. Kalau Fuad ada ikut bonda sekali nanti, kanda pesankan yang dinda mencarinya”
“Kenapa bonda nak datang?” soal Mylia. Nadanya semakin cemas.
Teringat perbuaLan   antara Maisarah dan Fuad tempoh hari.

PerbuaLan   yang dicuri dengar tempohari:

-Kali ini mungkin tak ada masalah apa-apa lagi”
-Bagus. Selepas siap semua wasiat terbaru nanti, bagi aku. Aku akan suruh Tengku Hamzan sign

“Kanda, kalau nak buat apa-apa tunggu dinda ye. Dinda nak ke office kanda”
“Kenapa ni, kanda tak faham? Kenapa tiba-tiba nak ke office pulak”
“Dinda nak belajar juga pengurusan syarikat kanda. Tunggu dinda ye sebelum buat apa-apa especially bila bonda minta kanda sign apa-apa”
“Bonda nak suruh kanda sign apa?”
“Dinda pun tak tahu, tapi sebelum kanda sign, tunggu dinda sampai”
Selepas panggilan   terputus, Mylia menyuruh Encik Johar menyediakan kereta untuk ke pejabat Tengku Hamzan.

Maisarah masuk ke bilik Tengku Hamzan. Fuad di suruh tunggu di luar sahaja. Maisarah dijemput duduk. Tengku Hamzan senyum kepada bondanya.
“Ada apa sebenarnya ni bonda?”
“Apa maksud anaknda?” Maisarah terperanjat. Tengku Hamzan seperti tahu maksud kedatangannya. Apakah  Mylia memberitahu Rengku Hamzan tentang rancangannya?
“Dinda telefon tanyakan Fuad. Fuad ada dengan bonda ke?”
“Ada di luar”
Wasiat yang baru diterima dari Fuad masih tersimpan di dalam tas tangan Maisarah  .
“Dinda mencari Fuad tadi tapi katanya dia nak datang ke office”
“Kenapa dia nak datang office?” soal Maisarah  .
Tengku Hamzan senyum lagi. “Katanya nak datang belajar selok-belok pengurusan pejabat. Anaknda pun tak tahu kenapa hari ini dinda berperangai pelik” Tengku Hamzan senyum lucu mengingat kembali perbuaLan   antara dia dan Mylia sebentar tadi.
Maisarah terdiam. Nampaknya Mylia berusaha memusnahkan rancangannya. Maisarah menggenggam tangannya. Perasaan marahanya terhadap Mylia membuak-buak.
Mylia berlari-lari masuk ke bangunan 17 tingkat itu. Dia berlari mendapatkan lif. Perasaannya berkecamuk, risau jika Tengku Hamzan tidak mendengar pesannya. Jika Tengku Hamzan menandatangani wasiat itu, nyawa Tengku Hamzan tidak lagi berharga bagi Maisarah  . Pasti Tengku Hamzan akan dibunuh dan pembunuhan itu dijadikan seperti kemaLan  gan supaya dia dan Fuad takkan disyak oleh pihak polis. Mylia berlari masuk ke pejabat lalu menerpa masuk ke bilik Tengku Hamzan. Suraya agak terkejut dan dia tidak sempat memberhentikan Puan Muda dari masuk ke bilik ketuanya. Fuad juga tidak sempat memberhentikan Mylia kerana gadis  itu sangat pantas.
“Tak apa Suraya” Tengku Hamzan membenarkan Mylia masuk ke biliknya dan Suraya disuruh meninggalkan mereka.
“Bonda!” Mylia memaniskan raut wajahanya. Perasaan sebenarnya tehadap Maisarah tidak patut dipamerkan di hadapan Tengku Hamzan.
“Lama tunggu kanda?” sambung Mylia. Dia tidak duduk di sebelah Maisarah tetapi dia berdiri di belakang Tengku Hamzan.
“Ada apa ni dinda?” Tengku Hamzan berasa sangat pelik dengan sikap Mylia.
“Sorry tunggu lama kanda” Mylia meletakkan tangannya ke bahu Tengku Hamzan. Tengku Hamzan berasa malu kerana kemesraan mereka dipertontonkan kepada bondanya. Mylia mengambil kesempatan ini menjeling kepada beberapa buah kontrak yang terdapat di meja Tengku Hamzan tetapi tiada wasiat seperti yang dijangkakaknnya.
Mylia melarikan tangannya dari bahu Tengku Hamzan.
“Ah, lupa! Ada apa bonda ke office? Dinda kata bonda nak suruh anaknda sign sesuatu?” Tengku Hamzan berkalih ke arah  Mylia dibelakangnya.
“Yelah bonda. Kenapa tak suruh kanda sign sekarang? Boleh kami baca dulu apa yang bonda nak suruh kanda signkan tu?” Mylia menjeling ke arah  Maisarah  . Mereka bertentang mata. Mylia tersenyum sinis, bangga dengan kemenangan yang berpihak kepadanya. Hari ini, rancangan jahat Maisarah untuk memperdayakan Tengku hamzan menandatangani wasiatnya Berjaya dipatahkan.
“Bonda? dinda?” Tengku Hamzan dapat meneka sesuatu yang tidak baik sedang berlaku antara Maisarah dan Mylia. Pandangan bonda tajam meng arah   ke Mylia yang berada di belakangnya. MYlia hanya senyum lembut apabila Tengku Hamzan melihat ke arah anya. Tengku Hamzan tidak perlu tahu. Pandailah Mylia mempertontonkan bakat lakonannya.
“Tak ada apa-apa, anaknda. Bonda Cuma nak minta anaknda signkan check untuk bonda”
“Dua minggu lepas anaknda dah bagi cheque dua puluh ribu. Dah habis ke? Bonda nak shopping ke mana lagi?”
Mylia terkejut. Dia tidak pernah tahu yang Maisarah meminta duit daripada Tengku Hamzan. Dan duit yang diminta itu bukannya sedikit. Tidak salah seorang anak memberikan duit gajinya kepada ibunya tetapi Maisarah sepertinya mengambil kesempatan. Wang itu pula dibuat joli dan membeli belah. Penat Tengku Hamzan bekerja tetapi Maisarah yang menghabiskan hartanya.
Mylia diam, kali ini dia tidk berhak bersuara. Dia juga mahu tahu bagaiman Tengku Hamzan menguruskan masalah ini dengan bondanya.
“Bonda ingat nak keluar pergi US kali ini. Ada sale di sana”
“Bonda dah selalu ke US”
“Anaknda tak sign check tu tak apa. jangan nak tegur bonda”
“Bukan anaknda tak nak sign. Cuma..”
“Cuma apa?”
“Bonda janganlah boros sangat. Shopping kat sini pun boleh”
“Tak nak sign la ni?”
Tengku Hamzan membuka laci mejanya dan mengeluarkan buku cek. Jumlah wang ditulis di buku sesuai dengan yang diminta oleh Maisarah  . Setelah menerima cek itu, Maisarah keluar dari bilik Tengku Hamzan. Rancangannya mahu mendapatkan Tengku Hamzan untuk menandatangani surat wasiat tidak menjadi kerana kehadiran Mylia. Tetapi sekurang-kurangnya dia mendapat wang puluhan ribu itu. Mungkin lain kali dia boleh memujuk Tengku Hamzan menandatangni surat wasiat itu tanpa melihat dan meneliti dokumen itu.
Fuad bangun berdiri setelah melihat Maisarah keluar dari bilik Tengku Hamzan. Wajah Maisarah membuatkan Fuad tahu kesudahan yang berlaku di dalam bilik itu. Fuad mengahampiri Maisarah  , “Maaf, Puan. Saya tak sempat menghentikan Mylia”
Fuad meletakkan tangannya di bahu Maisarah  . Maisarah menepis.
“Jangan di sini Fuad”
Maisarah segera keluar dari pejabat Tengku Hamzan. Suraya hanya memerhatikan.

“Ada apa sebenarnya antara dinda dan bonda ni?” Tengku Hamzan meluahkan isi hatinya. Dia berasa pelik melihat sikap Mylia dan bondanya. Mylia menggeleng, “Tak ada apa-apalah. Kenapa kanda risau sangat?” Mylia melingkari tangannya di bahu Tengku Hamzan. Tengku Hamzan membiarkan sahaja. Dia kemudian menarik Mylia berhadapan dengannya.
“Ada apa sebenarnya datang ni?”
“Temankan kanda kerja”
“Itu aje? Tak ada niat lain?”
Mylia menggeleng.
“Dah makan?” soal Tengku Hamzan.
“Belum”
“Kanda siapkan kerja dulu sikit. Ada beberapa kontrak baru yang nak kanda tengok dulu. Lepas siap nanti kita keluar. Dinda tunggu di sofa dulu”
Mylia membetulkan tali leher Tengku Hamzan, dia sengaja mahu bermanja-manja.
“Kanda, kalau sign kontrak baca dulu isi kandungannya. Jangan sebab kanda percayakan seseorang, kanda terus sign kontrak. Janji dengan dinda yang kanda akan baca dulu semua dokumen yang kanda akan sign”
“Ada apa sebenarnya ni?”
“Janji dengan dinda!”
Mylia serius. Tengku Hamzan menatap wajah isterinya itu. Kata-katanya bukanlah dalam nada bergurau dan wajahanya turut serius.
“Kanda janji”
Mylia senyum gembira. Dia bangun dari pangkuan Tengku Hamzan dan berjalan    ke arah  ruang yang memuatkan sofa di bilik itu. Dia mengambil majalah untuk dibaca sebelum menunggu Tengku Hamzan menghabiskan semua urusannya.
Tengku Hamzan hanya memerhatikan tingkah laku isterinya. Perubahan sikap Mylia itu menimbulkan tanda Tanya.

No comments:

Post a Comment