Bab 12
Sekarang
Pertemuan yang tidak dirancang
dengan gadis di KeLan tan semalam membuatkan hati lelakinya gundah
geLan a. Wajah gadis itu sangat mirip dengan wajah Mylia malah
terlalu iras sampai tiada perbezaanpun antara kedua-dua wajah. Yang membezakan
mereka adalah Mylia tidak bertudung tetapi gadis kelmarin bertudung merah jambu. Beberapa fail
baru tentang projek pembangunan chalet di negeri KeLan tan tidak disentuh. Fail-fail itu diserahkan
kepadanya untuk diteliti perkembangannya. Suraya mengetuk daun pintu dan
kemudian dia masuk. Tengku Hamzan termenung jauh. Suraya merapatkan dirinya ke
meja Tengku Hamzan.
“Tengku” panggil Suraya.
Suara Suraya mengejutkannya seraya
lamunan panjangnya tentang gadis semalam
hilang dari benak fikiran.
“What?”
“Ini fail yang Tengku minta pagi
tadi. Fail projek Chalet Puteri ni dah siap dibaca ke? Kalau Tengku dah tak
guna, saya boleh ambil fail ni sekarang”
“Aku belum habiskan lagi. Biarkan
dulu di meja, nanti aku baca. Kau boleh keluar sekarang” Suraya segera keluar
sepertimana yang diarahkan olehanya.
Fail yang baru dibawa masuk oleh
Suaraya tadi turut tidak dibaca. Lamunannya terbang ke wajah ayu milik Mylia
yang turut dimilik oleh gadis yang
dijumpainya beberapa hari lalu. Wajah itu meragut ketenangannya. Serta-merta
ingatannya bersama Mylia muncul di layar memori. Bagaimana mereka berkenaLan dan
bagaimana dia melamar gadis itu.
Perlukah dia memberitahu encik Johar
tentang gadis negeri KeLan tan itu, Bonda? Adakah bonda patut tahu?
Tetapi gadis itu bukannya Mylia. Mylia
sudah meninggal. Gadis itu mungkin peLan duk dua serupa. Fikir Tengku Hamzan
sendirian. Dia cuba
menghapuskan perasaan ingin tahunya yang mula bercambah. Wajah gadis misteri itu cuba dihapuskan dari layar lamunannya. Dia bahagia kini, dia bahagia
bersama keluarganya. Kehilangan Mylia walaupun sangat dirasainya tetapi dia
redha dengan pemergiannya untuk selama-lamanya. Seperti kata bonda, Allah lebih
sayangkan Mylia lebih daripada kami. Walaupun sudah hampir tujuh tahun Mylia
meninggalkannya tetapi Tengku Hamzan masih tidak dapat melupakannya.
Berkali-kali bonda mencadangkannya untuk berkahwin lain tetapi dia menolak
dengan cara baik. Dia masih tidak dapat menggantikan Mylia. Tempat Mylia di
hatinya tidak boleh diganti oleh mana-mana gadis lain. Sayangnya kepada Mylia melebihi segala-galanya.
Tengku Hamzan menerima panggilan telefon
yang disambungkan oleh Suraya. Tengku Imran yang membuat panggilan . Tengku Imran memberitahu bahwa Tengku Shahir
merancang untuk mengadakan majlis tahunan keluarga di rumah istananya pada beberapa
buLan akan datang. Tarikhnya tidak dapat ditentukan
lagi tetapi Tengku Imran akan memaklumkannya segera jika sudah mendapat tahu
tarikh yang sebenar supaya Tengku Hamzan dan keluarga dapat meluangkan masa. Tengku
Imran berpesan agar membawa seluruh anggota keluarganya seta mengingatkan
Tengku Hamzan sendiri untuk hadir. Tidak seperti tahun sebelumnya. Tengku
Hamzan hanya menghantar ‘wakilnya’ sahaja.
Pertemuan kerabatnya itu diadakan
setiap tahun untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga dan agar
seluruh keluarga kerabat mereka mengenali antara satu sama lain. Kebisaaanya
acara itu akan dimaklumkan beberapa buLan
lebih awal supaya mereka dapat
meluangkan masa pada hari berLan gsungnya
acara.
Ini kerana seluruh kerabat diraja
itu adalah tokoh politik, ahli perniagaan dan jarang mempunyai masa teluang
jika tidak dikhabarkan lebih awal.
Tengku Imran bertanyakan khabar
Tengku Hamzan. Lelaki itu sudah banyak berubah selama beberapa tahun
kebelakangan ini terutama perubahan dari segi fizikal. Anakndanya itu semakin
kurus. Tengku Hamzan lebih banyak menghabiskan masa demi kerja dan sudah jarang
bersosial bersama keluarga. Jika dulu dia mudah mengajak Tengku Hamzan untuk
menemaninya bermain golf tetapi kini Tengku Hamzan memberikan banyak alasan.
Tengku Hamzan juga agak jarang menghadiri perjumpaan keluarga dan sukar untuk
melihat kelibatnya di majlis-majlis keraian walaupun majlis anjuran pejabat.
“Apa khabar anaknda Tengku
Nadhirah?”
“Sihat ayahnda. Tengku Anis
macamana dengan baby baru?”
“Sihat juga. Anaknda jaga
kesihatan. Dont get overworked”
“Baik, ayahnda”
Tengku Imran mematikan talian.
Setelah menerima panggilan dari Tengku Imran, fikirannya difokuskan
kembali kepada pekerjaannya. Sesekali bayangan wajah Mylia mengetuk pintu rindu
tetapi dia cuba
mengabaikan perasaannya dan tekun membaca butir-butir terperinci berkenaan
projek Putri di negeri Cik Siti Wan Kembang.
Bab 13
Tengku Hamzan dan Mylia sudah
beberapa hari berkahwin dan perkahwinan mereka mendapat restu Maisarah . Mylia berjumpa dengan Maisarah secara sembunyi-sembunyi
setelah menerima panggilan daripada Maisarah tempoh hari. Pertemuan itu
merupakan satu titik perubahan dalam hidup Mylia apabila Maisarah tiba-tiba
mengubah keputusannya dan menyuruhnya berkahwin dengan Tengku Hamzan. Kata Maisarah , selepas berpisah dengan Mylia, Tengku
Hamzan berubah sikap dan Maisarah khuatir melihat perubahan drastik pada sikap
dan fizikal Tengku Hamzan. Kerana kasihankan Tengku Hamzan, Maisarah mengambil
keputusan untuk mengahwinkan mereka berdua.
Sehari sebelum perkahwinan mereka, Maisarah
ada menyuruh Mylia menandatangani satu kontrak lain, antara isu yang menjadi
bangkitan dalam kontrak yang baru adalah Mylia tidak boleh mendedahkan rahsia
serta kontrak mereka berdua kepada pengetahuan Tengku Hamzan. Isu kedua adalah,
mereka berdua tidak dibenarkan tidur bersama kerana alasan Mylia masih mentah.
Isu ketiga adalah Mylia akan akur dengan segalaarahan Maisarah . Mylia yang tidak tahu akan alasan sebenar
perubahan keputusan Maisarah serta niat jahat Maisarah menandatangani kontrak
itu tanpa sebarang syak wasangka. Bagi pendapat Mylia, Maisarah hanyalah
seorang ibu yang baik pada anakndanya. Dia menghormati Maisarah sebagai bonda
Tengku Hamzan dan dia tidak akan sekali-kali memecahkan rahsia mereka. Kata Maisarah , Rahsia asal usul Mylia haruslah disimpan
dengan baik. Tengku Hamzan pasti akan sedih jika mengetahui dirinya ditipu.
Perkahwinan mereka berdua
berwalikan wali hakim, Khairul terlalu mentah untuk menjadi wali dan Maisarah berjaya
memperdayakan semua orang dengan alasan, Mylia sebenarnya adalah anak angkat
Dato’ Ehsan dan dengan alasan itu, mereka layak untuk mendapatkan wali hakim. Maisarah
juga menghalang Khairul hadir ke majlis perkahwinan kakaknya.
Walaupun tanpa persetujuan Maisarah , Mylia tetap membawa adiknya masuk secara
curi-curi tetapi Khairul tidak diperkenalkan kepada Tengku Hamzan. Dia hanya
mampu melihat perkahwinan kakaknya dari jauh bersama dengan rakan tetamu yang
lain.
Selepas semua acara selesai, mereka
berdua sampai ke perkarangan rumah istana. Tengku Hamzan mengajak Mylia
membontotinya. Mereka berdua diiringi masuk ke dalam rumah istana dengan
beberapa orang pengawal peribadi yang agak ramai berbanding bisaa. Mylia
terlopong kagum dengan kemegahan kediaman suaminya, lampu dipasang di segenap
penjuru membuatkan seluruh kediaman itu kelihatan berkilauan seperti emas.
Mereka berdua disambut oleh Encik Johar dan semua pemantu rumah yang bilangannya
seramai lima
belas orang termasuk beberapa orang chef
“Bonda mana?” soal Tengku Hamzan
kepada Encik Johar. Setelah acara persandingan, Maisarah pulang lebih dulu.
Tengku Hamzan dan Mylia beramah mesra dengan tetamu-tetamu yang hadir.
“Kenalkan, ni Encik Johar, dia
ketua semua pembantu rumah. Kalau ada masalah apa-apa, tanya saja pada Encik
Johar”
Mylia menyapa mesra.
“Esok aku kenalkan kau dengan semua
orang. Aku penat, nak naik atas dulu” beritahu Tengku Hamzan kepada Mylia.
Tengku Hamzan masih tersasul panggilan untuk orang kebanyakan terhadap Mylia.
“Air bersiram ada?” soal Tengku
Hamzan kepada Encik Johan.
“Ada Tengku. Semuanya telah disediakan
termasuk air mandian Puan Muda sekali”
Mylia kelihatan agak janggal.
Pembantu-pembantu rumah hanya tunduk, tidak berani memandang Tengku Hamzan.
“Saya naik dulu Encik Johar” beritahu
Tengku Hamzan.
Mylia hanya membontoti dari
belakang. Tengku hamzan meluru masuk ke kamar beradu. Mylia menguak daun pintu.
Ruang kamar mereka sangat luas dilengkap dengan perabot-perabot yang moden.
Ruang itu lengkap berpermaidani, balkoni dan bilik air. Susunan perabot kemas
dan berimej moden. Walaupun lengkap dengan segala keperluan dan perabot tetapi susunanya tidak terlalu padat. Ada satu ruang yang
disediakan untuk menonton televisyen, lengkap dengan alat stereo dan sofa. Mylia
duduk di pinggir katil. Tengku Hamzan mengambil tuala yang disediakan oleh
Encik Johar di katil. Dia sempat menjeling ke arah Mylia yang kelihatan
tepesona dengan kemewahan yang mengelilinginya. Tengku Hamzan senyum tetapi
apabila Mylia berpaling ke arah anya, Tengku Hamzan segera melarikan pandangan.
Tengku Hamzan menghilang ke dalam
bilik air. Tidak lama kemudian dia keluar dengan hanya bertuala paras pinggang.
Persalinan yang disediakan oleh Encik Johar dikenakan ke tubuh, sesekali Tengku
Hamzan menjeling ke arah Mylia yang
mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Selesai mengenakan pakaian. Tengku Hamzan menyuruh Mylia bersiram. Pada muLan ya Mylia tersenyum lucu. Perkataan-perkataan
yang digunakan oleh Tengku Hamzan mencuit hatinya tetapi setelah teringat yang
Tengku Hamzan mempunyai darah keturunan raja, memang wajar untuk dia
menggunakan beberapa perkataan diraja. Mylia belum membisaakan dirinya lagi.
Mylia ke bilik air dan tidak lama
selepas itu dia keluar dengan lengkap berpakaian. Tengku Hamzan duduk bersandar
di kepala katil. Di tangannya ada sebuah novel Inggeris. Tajuknya, Mylia kurang
jelas kerana dia lemah dalam menguasai bahasa Inggeris. Dia duduk di birai katil, di sebelah Tengku
Hamzan. Tengku Hamzan melirik ke arah Mylia
kemudian dia membaca novel.
“Tadi kata penat?” tegur Mylia.
“Penat sikit. Lepas bersiram, badan
dah ok balik”
Tengku Hamzan lembut bersuara
tetapi matanya tetap menatap bait-bait ayat yang terkandung di dalam novel.
“Malam ni malam pertama” sambung
Tengku Hamzan
Mylia diam. Kata-kata Tengku Hamzan
itu mengundang gundah di hatinya. Perubahan Mylia terus mendapat perhatian
Tengku Hamzan. Dia melihat dalam lirikan. Mylia bermain-main dengan jarinya.
Dia tetap membisu.
“Mylia tidur di sofa malam ni” Mylia
bangun dari duduknya, namun lengannya ditarik oleh Tengku Hamzan. Tengku Hamzan
menyuruh Mylia duduk di sisinya. Mylia akur walaupun dia sangat takut. Tengku
Hamzan memegang tanganya dengan tangan kiri. Mylia agak takut dan
berdebar-debar. Ini bukan pertama kali Tengku Hamzan menyentuh tangannya tetapi
ini adalah pertama kali mereka tidur sebumbung, dan ini jugalah malam pertama
mereka. Itu sebenarnya yang membuatkan Mylia takut.
Melihat wajah Mylia yang agak
ketakutan, Tengku Hamzan meleraikan tangannya.
“Dinda jangan salah faham, kanda
takkan buat sesuatu tanpa kebenaran Dinda”
Tengku Hamzan senyum. Manis sekali
apabila bibirnya mengukirkan senyuman tetapi sayang, Tengku Hamzan jarang
tersenyum. Walaupun begitu, dia tetap menarik dengan kulitnya yang sawo matang,
berlesung pipit di kedua-dua belah pipi, berkening lebat dan hidungnya mancung
seperti hidung Mylia.
“Betul?”
“Betul!”
“Jangan tidur di sofa, tidur saja
di sini. Kanda lupa nak bagitahu, malam esok kanda ada urusan di jepun, Mylia
ikut sekali. Kita boleh honeymoon.
Dalam buLan ni, kanda sibuk sikit, jarang ada di rumah.
Jadi esok, Mylia ikut sekali kanda ke Jepun. Passport, kanda ada minta bonda uruskan”
“Ke jepun?”
Ya, ke Jepun, pernah ke sana ?”
Mylia menggeleng.
Tengku Hamzan menarik Mylia ke
sebelahanya. Tubuh Mylia berbaring bersebelahan dengan Tengku Hamzan. Tengku Hamzan
senyum gembira. Walaupun dia seorang suami tetapi dia tidak mahu memaksa. Mylia
mungkin terlalu mentah untuk bergelar isteri. Dalam pekahwinan mereka ini,
Tengku Hamzan merasakan yang dia perlu banyak bersabar. Kadang-kadang selama
perkenaLan mereka, Mylia agak kebudak-budakan, sesuai
dengan umurnya yang masih remaja itu. Jadi tak mungkin dia mengharapkan Mylia
berubah dalam sekelip mata saja.
“Tengku tak tidur lagi?” soal Mylia.
“Aik, dah jadi suami pun
bertengku-tengku lagi” Tengku Hamzan bergurau.
“Lain kali panggil kanda. Encik
Johar marah nanti kalau dinda bertengku-tengku dengan kanda. Encik Johar tu
perihatin kalau tak menitik beratkan soal pangkat ni. Bukan Encik Johar je,
kanda pun marah”
Tengku Hamzan mengambil alat kawaLan jauh
yang terletak di sebelah mejanya dan dia memalapkan lampu kamar agar Mylia
dapat tidur dengan lebih selesa. Mylia membelakangkan tubuhanya tetapi tengku
Hamzan tidak menegah. Dia kembali membaca novel Notebook yang baru dibelinya
beberapa hari yang lalu. Novel itu dicadangkan oleh Tengku Anis. Suraya pula
membantu untuk membeli novel itu di sebuah kedai buku berhampiran dengan pejabat
mereka. Kata Tengku Anis, dia patut membaca buku-buku cinta supaya dia lebih
romantik terhadap Mylia. Tengku Anis juga tahu perangainya yang agak dingin.
Tengku Hamzan mahu berubah, jika itu dapat membahagiakan Mylia.
Jarum jam di dinding bergerak ke
angka satu. Mata Tengku Hamzan sudah berat. Dia mematikan lampu bilik dengan
menggunakan alat kawaLan jauh saja. Gebar kuning ditarik menyelimuti
tubuhanya dan juga Mylia. Mylia bergerak-gerak kecil dan berpaling ke arah Tengku Hamzan, dalam keadaan separuh sedar,
lengan Tengku Hamzan dipautnya. Seperti kebisaaan, Tengku Hamzan agak tersentak
dengan perbuatan Mylia itu. Tetapi serta merta ada satu perasaan indah yang menjalar
ke seluruh urat sarafnya setelah kulit mereka bersentuhan. Kalau orang lain
tentu dia sudah menengking, menampar orang yang memegang tangan kanannya. Dia
agak sensitive soal tangan kanannya. Malah Tengku Hamzan pernah berasa rendah
diri dengan fizikalnya tetapi bonda yang memberinya keyakinan yang dia tidak
sama dengan orang lain. Dia berkuturunan tengku, ada darah di raja, ada
kemewahan. Kenapa perlu berasa rendah diri hanya kerana kecacatan tangan
tangannya?
Rambut panjang Mylia yang menutup
raut wajahanya diselak perlahan-lahan oleh Tengku Hamzan. Dia tidak mahu
menganggu tidur adindanya. Lengan kanannya dibiarkan berada dalam pelukan Mylia.
Tengku Hamzan membaringkan tubuhanya ke arah Mylia dan berbisik, “I love so much. More than
your love to me”
No comments:
Post a Comment