Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 34


Bab 34

Penghantara stok pokok hiasan telah dilaksanakan oleh semua syarikat pembekal beberapa hari yang lalu termasuk syarikat Green House. BekaLan  -bekaLan   pokok hiasan ditempatkan di dalam sebuah gudah berbumbung yang terletak tidak jauh dari tempat projek. Semua pembekal disuruh menghantar bekaLan   beberapa hari lebih awal kerana Firdaus khuatir pembekaLan   stok akan menghadapi masalah kerana sekarang ini hujan turun dengan tidak menentu Nasib baik kerja-kerja penambakan pantai telah selesai sebuLan   yang lalu. Kalau tidak keadaan pantai yang bergelora akan lebih merumitkan kedaan di kawasan pesisiran pantai di hadapan resort itu. Tengku Hamzan berteduh di bawah payung yang dipegang oleh Ahmad. Dia memerhatikan pekerja-pekerjanya sedang memunggahkan pokok-pokok hiasan daripada syarikat pembekal. Dari jauh dia melihat Farah sedang membantu memindahkan pokok-pokok dari lori ke gudang. Pakaian dan tudungnya lencun basah tetapi gadis  itu tetapi bersungguh-sungguh menyelesaikan kerja-kerja. Tengku Hamzan memanggil Firdaus dan menyuruhanya memanggil Farah datang berteduh di bawah tempat mereka. Firdaus terpaksa meredah hujan itu dengan baju hujan dan menyampaikan pesanan daripada Tengku Hamzan kepada Farah. Dari jauh, Farah hanya memandang ke arah Tengku Hamzan tetapi dia terus melakukan kerja-kerja tanpa menghiraukanarahan yang disampaikan oleh Firdaus. Tidak lama kemudian Firdaus kembali ke tempat berteduh dan menyampaikan jawapan Farah kepada ketuanya.
“Kata Cik Farah dia mahu segera selesaikan pemindahan itu”
“Kamu semua, pergi tolong!”arah Tengku Hamzan kepada beberapa orang pekerja kolar putih yang sedang berteduh di tempat berteduh. Mereka semua terpaksa menurutiarahan Tengku Hamzan dan berlari-lari ke arah lori dan membantu menyelesaikan kerja-kerja pemindahan supaya dapat berakhir dengan cepat. Tengku Hamzan memerhatikan dari tempat berteduh.
Setelah semua kerja itu selesai. Mereka semua dipanggil untuk berkumpul dan berteduh di tempat yang berbumbung. Seorang pekerja menghidangkan kopi panas dan pisang goreng panas. Mereka semua menjamu selera kerana kepenatan dan kedinginan. Tengku Hamzan masih memerhatikan Farah dan gadis  itu tahu dirinya diperhatikan. Dia sengaja melarikan pandangan dan tidak mahu bertentang mata dengan Tengku Hamzan.
Setelah semua orang kelihatan sudah santai Tengku Hamzan menyampaikan pesanan untuk ke hotel tempat penginapannya petang ini pada jam 5 petang untuk mengambil check masing-masing. Kemudian Tengku Hamzan berlalu pergi. Farah hanya memandang.
Tengku Hamzan membaringkan tubuhanya ke katil. Gambar Tengku Nadhirah yang dijadikan wallpaper telefon bimbitnya ditatap. Dia menyayangi Tengku Nadhirah dengan sepenuh jiwa kerana anaknya itulah satu-satunya peninggaLan   arwah Mylia yang paling berharga. Setelah kejadian penculikan Mylia, hanya Tengku Nadhirah yang Berjaya diselamatkan oleh En. Johar. Mylia telah dilarikan oleh seorang penculik sebagai tebusan. Beberapa buLan   setelah itu, Tengku Hamzan mendapat berita tentang keterlibatan Mylia dalam satu kemaLan  gan di gaung. Dia terpaksa membuat pengecaman ke atas satu mayat wanita yang dipercayai Mylia berdasarkan rekod pergigian dan pengecaman barang-barang yang dijumpai bersama-sama dengan mangsa.
Ingatan Tengku Hamzan mencari-cari gambaran wajah Mylia. Senyumannya membuatkan hati Tengku Hamzan berdebar-debar. Arwah isterinya itu sangat dicintai. Tengku Hamzan cuba mencari perbedaan pada wajah milik arwah isterinya dan juga Farah tetapi tiada. Wajah mereka sangat persis. Adakah ade kemungkinan yang Farah sebenarnya adalah Mylia atau mereka berdua memang dua orang yang berbeza. Mungkin peLan  duk dua serupa. Kan di muka bumi ini ada 7 orang yang memiliki wajah yang sama. Getus hati kecilnya. Tiap kali memandang wajah Farah hatinya tidak tenang. Dia teringatkan Mylia. Kerinduannya kepada arwah isterinya bagai tidak dapat dibendung-bendung lagi. Sudah angaukah aku ini? Angau kepada Farah?  Tetapi Farah bagaimana? Adakah dia mempunyai perasaan yang sama juga kepadaku? Atau Farah sudah mempunyai calon di hati?mustahil Farah masih belum berpunya. Dia cantik! Berdikari! Tegas! Takkan perempuan sebaik Farah belum ada yang berkenan? Fikir Tengku Hamzan sendirian.  Telefon bimbitnya berdering. Dia menjawab panggilan  .
“Ada apa?” soalnya kepada si pemanggil.
“Tengku kita keluar dinner malam nanti” suara manja Zue kedengaran di hujung talian. Tengku Hamzan mengekuh berat.
“I di KeLan  tan sekarang”
“I tahu, di Hotel River View kan?”
Zue menunggu jawapan dari Tengku Hamzan tetapi Tengku Hamzan hanya diam.
“I pun kat sini sekarang. Sebelah bilik you je. Kita keluar dinner ye malam ni”
Tengku Hamzan terkejut sehinggakan dia bangun dari tidurnya. Dia keluar ke balkoni dan melihat ke sebelah biliknya. Balkoni bilik di sebelah kanannya tertutup tetapi bilik di sebelah kiri pintu balkoninya di buka luas-luas.
“Kenapa you terkejut sangat. Your bonda yang bagitahu I mana yous stay” beritahu Zue tanpa ditanya.
“Tengku! Tengku are you there?”
“Im here. At the balcony”
Zue senyum. Dia ke arah balkoni dan malmbaikan tangan kepada Tengku Hamzan. Tengku Hamzan mematikan panggilan  .
“What are you doing here?” soal Tengku Hamzan terperanjat dengan kejutan kedatangan Zue ke mari.
Zue terdiam demi terbandang susuk tubuh Tengku Hamzan yang sasa. Dadanya yang bidang dan berotot membuatkan hati Zue berdebar-debar. Peristiwa pada malam di country house dulu berlegar-legar di kotak memori. Tatkalah gerimis turun dalam kedinginan malam, tubuh wanitanya hangat berada di dalam pelukan tubuh Tengku Hamzan. Kemeja biru muda yang menutup Cuma separuh tubuh Tengku Hamzan itu masih basah. Dalam samar-sama kemeja itu, Zue dapat melihat tubuh Tengku Hamzan masih lagi sasa walaupun Tengku Hamzan sudah agak jauh berbeza umur dengannya.
“I ada shooting di sini. Other krew dah balik pagi tadi tapi bila I tahu you still ada di sini I stay” jelas Zue.
“So, how about having dinner with me tonight?”
“I ada urusan kerja”
“sampai pukul berapa? I’ll wait”
Tengku Hamzan melepaskan satu keluhan berat.
“See you tonight” balas Tengku Hamzan kemudian dia segera masuk ke kamarnya.. pintu balkoni di tutup rapat.
Tengku Hamzan turun ke lobi sambil diiringi oleh Ahmad. Setelah tiba di lobi dia melihat sudah ramai pengusaha-pengusaha sedang menunggunya. Tengku Hamzan meminta Ahmad menghulurkan briefcasenya.
“Kita selesaikan di sini sahaja” beritahu Tengku Hamzan. Dia mengambil beberapa helai kertas check yang telah siap diisi dengan nama penerima, dan jumlah bayaran kepada setiap pengusaha. Tengku Hamzan menyerahkan setiap check kepada pemilik atau wakil setiap syarikat namun satu helai cek tersisa di tangannya iaitu cek yang telah diisi atas nama Green House.
“Syarikat Green House tidak hantar wakil ke?”
Semua pengusaha saling berpandangan sesama sendiri dan mencari-cari wakil dari syarikat Green House. Mereka diam.
Tengku Hamzan mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Lan   .
“Maaf Tengku. Kami masih dalam perjaLan  an. Boleh  tunggu sebentar? Hujan lebat di tempat saya ni. Kami terpaksa pandu perlahan-lahan” beritahu Lan apabilamelihat nama Tengku Hamzan tertera di skrin telefon bimbitnya.
“Bila sampai?”
“Dalam sepuluh minit lagi”
Talian dimatikan. Dan Tengku Hamzan menyruh mereka bersurai. Sebelum mereka semua berlalu Tengku Hamzan sempat menyampaikan beberapa pesanan.
“Pemindahan stok pertama sudah selesai dan tuan-tuan semua baru menerima bayaran pertama sesuai dengan perjanjian kita. Untuk stok kedua aku harap segala-galanya akan berjalan    sesuai dengan jadual. Terima kasih atas kerjasama semua” setelah itu semua pengusaha pulang. Dia duduk di kerusi di tengah-tengah lobi menunggu kedatangan wakil dari Green House.
“Hye Tengku!” tegur suara Zue dengan gaya yang manja. Zue tetap cantik walaupun hanya berseluar jeans dan t-shirt Burberry warna cream. Rambutnya dilepaskan mengurai.
“Awal you turun?”
“I ingat you ada meeting di bilik mesyurat. So I ke sana dulu tadi tapi bilik mesyuarat kosong. Buat apa di lobi? Kata ada hal kerja?”
“I tengah tunggu pengusaha. Yang lain semua dah pulang. Hari ini penyerahan paycheck je. Sekejap lagi kita keluar” beritahu Tengku Hamzan.
“I nak you ikut I sekejap boleh?” pinta Zue dengan suara yang manja menggoda. Tangan Tengku Hamzan diraih manja. Dia meminta Tengku Hamzan berdiri.
“Nak ke mana?” soal Tengku Hamzan pelik. Briefcasenya diserahkan kepada Ahmad. Ahmad bangun dari duduknya.
“You nak kemana? I ajak Tengku Hamzan je” soal Zue kepada Ahmad.
Tengku Hamzan mengarahkan Ahmad menunggu sahaja di lobi kerana khuatir Lan akan tiba sebentar lagi. Ahmad menurut arahan majikannya.
Tengku Hamzan mendail nombor telefon Tengku Nadhirah apabila dia teringatkan yang Tengku Nadhirah akan pulang dari percutian dan gathering kaum kerabatnya pada petang itu. Dia hanya menurut sahaja ke mana Zue membawanya.
“Hye sayang . Dah bertolak ke?”
“Ayahnda di mana ni?”
“Ayahnda di KeLan  tan lagi. Kenapa?”
“Anaknda rasa macam tak sihat lah”
“Kenapa? Demam ke?”
“Tak”
“Habis tu? Selsema?”
“Tak”
Tengku Hamzan senyum. Pasti anaknda Tengku Nadhirah hanya mahu bermanja-maja dengannya. Barangkali sudah homesick berada di USA selama dua minggu.
“Lama lagi ke ayahnda di KeLan  tan?”
“Hujung minggu ayahnda pulang”
Talian dimatikan oleh Tengku Nadhirah.
Tengku Hamzan menyimpan telefon bimbitnya di poket seluar.
“Mana you bawa I ni? Soal Tengku Hamzan kepada Zue apabila dia melihat tiada orang di setiap ruang tersorok itu. Yang ada hanyalah hos kecemasan dan alat bantuan kabakaran yang berwarna merah. Zue menolak daun pintu kepada laluan kecemasan yang terletak pada bahagian yang paling hujung. Tangan Tengku Hamzan ditarik mengikutnya.
Lan   memandu van putih itu dan mulai membelok ke perkarangan hotel. Di luar van hujan masih turun mencurah-curah.
“Lan   turunkan kakak dulu. Takut lambat pula cari parking” cadang Lan   . Mereka buru-buru kerana risau pihak dari syarikat Tengku Hamzan menunggu lama.
“Kakak turun dulu la. Nak ke toilet sangat dah ni”
Farah membuka pintu van dan berlari turun. Bajunya sedikit basah kerana terpaksa meredah hujan. Dia bertanya kepada seorang pengawal keselamatan tentang kedudukan toilet di lobi itu.

“Kali ini kau jangan sia-siakan peluang ini. Buat seperti yang aku suruh. Dan aku akan pastikan yang kau akan jadi siteri Tengku Hamzan” kata-kata Maisarah terngiang-ngiang di telinganya. Menurut rancangan Maisarah. Perbuatan mesra yang akan dilakukannya kepada Tengku Hamzan sebentar lagi akan di’snap’ oleh seorang wartawan hiburan yang diupah oleh Maisarah dan berita ini pasti akan menggemparkan seluruh Malaysia dan demi menjaga maruahanya dan maruah Tengku Hamzan sendiri, lelaki itu akan disuruh bertanggungjawab terhadapnya. Itu pLan   sebenar Maisarah dan dia hanyalah seorang pelakon yang diupah oleh Maisarah untuk memainkan peranan penting dalam komplot itu.
 Tengku Hamzan disuruh berdiri di anak tangga bawah sementara Zue berdiri di anak tangga lebih tinggi membuatkan ketinggian mereka berdua setaraf.
“Kenapa you pelik hari ni. Kenapa bawa I ke sini” soal Tengku Hamzan. Tingkah laku Zue agak berlainan dari kebisaaan tetapi Tengku Hamzan tidak dapat menangkap niat sebenar gadis  itu.
Zue senyum manja. “I ada surprise untuk you”
Surprise apa?”
“Hari ini birthday I tapi I ada hadiah untuk you. Close your eyes” bohong Zue tentang hari lahirnya. Itu sahaja alasan yang dapat difikirkan untuk membuatkan Tengku Hamzan menutup matanya.
Sewaktu keluar dari tandas, Farah ternampak lelaki yang mirip wajah Tengku Hamzan sedang bersama dengan seorang wanita. Farah membontoti mereka sampai ke sebuah lorong untuk laluan pintu kecemasan. Mereka berdua melewati pintu. Farah memberanikan diri mengekori mereka berdua. Dia berjinjing kaki cuba mengintai mereka dari cermin tingkap kaca pada bahagian paling atas pintu kecemasan itu
“I tak ada present for you” keluh Tengku Hamzan. Dia menyesal kerana tidak menyediakan apa-apa hadiah untuk Zue.
“Tak apa. cepatlah close your eyes” bentak Zue lagi.
Tengku Hamzan menurut sahaja. Dia juga tertanya-tanya apakah kejutan yang disediakan oleh Zue kepadanya. Walaupun dia berasa agak pelik dengan sikap Zue pada hari ini tetapi diikutkan sahaja kerenah gadis itu. Zue diperkenalkan oleh bondanya beberapa buLan   yang lalu dan dia dapat bersama dengan gadis itu kerena dia merasakan Zue banyak mengisi kekurangannya. Gadis itu periang dan selalu ada di saat dia memerlukan teman. Terlalu banyak bekerja membuatkan dia berasa penat dan terima kasih untuk Zue keranan gadis itu akan sentiasa menghiburnya dengan kerenahnya yang macam-macam.  Tetapi hubungan persahabatan seringa disalahertikan oleh mana-mana majalah hiburan. Mereka mengambil peluang ini untuk mengeksploitasi popularity Zue untuk melariskan majalah hiburan mereka.
Hati Tengku Hamzan tiba-tiba berdetak agak kencang. Dia hanya merasakan sebegini apabila berada berhampiran dengan Mylia mahupun Farah. Tetapi kini kenapa apabila berada di samping Zue dia juga dapat merasakan degupan yang kencang.
Tengku Hamzan terkejut apabila merasakan bibirnya disentuh. Tengku Hamzan membuka mata dengan segera. Dilihat wajah Zue sudah melekat pada wajahanya dan bibir mereka bersatu. Tengku Hamzan sangat terkejut.
Sudah lama dia tidak merasa kelembutan bibir seorang wanita. Sudah tujuh tahun Mylia meninggal dunia dan selama itulah dia tidak membuka hatinya kepada mana-mana gadis  untuk mengetuk pintu hatinya. Cintanya hanya satu iaitu hanya untuk Mylia.
Bibir Zue bermain-main dibibirnya. Dia tidak meminta ciuman itu tetapi dia juga tidak menolak. Tengku Hamzan bagaikan terpana dan dia terpaku. Lama kelamaan dia hanyut. Hatinya merindui kehadiran Mylia.
 Hati Farah bagai diragut dan disentap kuat apabila melihat Tengku Hamzan dicium oleh perempuan yang tidak dikenalinya itu. Farah menggagahkan diri melihat. Dia menolak daun pintu mahu menghalang tetapi dengan tiba-tiba dia berhenti.
-“Apa haknya untuk melarang?” bagaimana jika pertanyaan itu diutarakan oleh Tengku Hamzan atau perempuan yang tak dikenalinya itu.
Apa jawapannya nanti.
-“Isteri! Isteri apa yang meninggalkan suaminya sendiri selama tujuh tahun! Dan sekarang. Kenapa baru sekarang nak ungkit hak kau sebagai isteri” bagaimana jika Tengku Hamzan bertanya begitu. Farah bermonolog sendiri.
-“Dinda cemburu! Kalau ini hanya lakonan kanda untuk buktikan yang Farah  adalah Mylia. Dinda mohon agar kanda berhenti. Hati dinda cukup terluka sekarang ini” air mata Mylia gugur ke pipi apabila melihat Tengku Hamzan membalas ciuman gadis  itu. Farah melarikan pandangannya. Dia tidak sanggup untuk menyaksikan lagi kemesraan suaminya dengan gadis  lain.


Zue memaut dada Tengku Hamzan. Tengku Hamzan tersentak. Bahu Zue dijauhkan dari tubuhanya.
“Kenapa?” soal Zue lembut.
Im sorry. Im sorry Zue!” selepas tubuh mereka berjauhan Tengku Hamzan melafazkan maafnya itu kerana sikapnya yang dianggap tidak sopan sebentar tadi.
Mendengar permintaan maaf dari lelaki di hadapannya itu membuatkan Zue tidak jadi marah. Tengku Hamzan tidak pernah memohon maaf selama ini. Zue terharu. Wajah Tengku Hamzan kelihatan sedih. Mungkin ada sesuatu yang mengganggunya.
“Kenapa ni?” soal Zue lagi. Kali ini tangannya mengusap lembut rambut Tengku Hamzan yang jatuh menjurai ke dahi. Tangan Zue ditepis lembut.
Im sorry. But this is a mistake” beritahu Tengku Hamzan.
Mistake? I tak faham”
Tengku Hamzan tidak mahu memberi penjelasan. Dia mahu segera beredar dari situ. Perbuatannya tadi sangat menjatuhkan maruahanya. Dia malu untuk bertentang mata dengan Zue. Dia malu dengan perbuatannya terhadap Zue.
Tengku! You just kiss me back tadi. Why it’s a mistake
Lan  gkah kaki Tengku Hamzan berhenti. Dia memandang wajah Zue.
I’m sorry! I masih tak boleh lupakan arwah isteri I” Tengku Hamzan tergagap-gagap berbicara. Dia tidak mahu melukakakn hati Zue tetapi dia khuatir jika Zue salah faham dengan perbuatannya tadi.
“Oh now youre saying that you still love your wife. Padahal tadi you kissed me back”suara Zue meninggi. Maruahanya tercalar dengan kata-kata Tengku Hamzan. Jelas sekali Tengku Hamzan menolak cintanya.
“Why you are so strange today?” soal Tengku Hamzan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu melukakan perasaan gadis itu. hanya dia yang tahu saat mereka berciuman tadi, dia hanya memikirkan Mylia dan Farah.
“I love you. That’s why!”
Tengku Hamzan tersenyum sinis. “You satu-satunya kawan I. dan I sayangkan you macam family I. tak lebih dari itu. You cakap di awal perkenaLan   kita yang you takkan jatuh cinta dengan I dan you just nak berkawan dengan I. I tak pernah anggap you lebih dari kawan.”
Dada Zue berombak kencang menahan kemarahannya. Dia menapak menghampiri Tengku Hamzan. Pipi Tengku Hamzan ditampar dengan sekuat hati.
Eventhough you tak cintakan I. you don’t have to be that harsh” Zue berlari keluar meninggalkan Tengku Hamzan. Daun pintu kecemasan di tolak dan Zue terkejut apabila melihat seorang gadis  berada di sebalik pintu itu. Dia segera berlari keluar. Farah sangat terkejut apabila melihat perempuan itu keluar dengan cepat dan berlari keluar. Air matanya dikesat. Daun pintu dibelakangnya ditolak sekali lagi dan kali ini Tengku Hamzan yang muncul.
“Farah!” Tengku Hamzan terkejut apabila melihat Farah berada di situ. Farah berlari sekuat hati meninggalkan Tengku Hamzan. Tengku Hamzan mengejar dan memanggil-manggil nama gadis  itu. Lama-kelamaan Farah hilang dari pandangan. Lengan Tengku Hamzan dipaut dari tepi.
“Farah!” panggil Tengku Hamzan terburu-buru.
“Tengku”
Rupa-rupanya Lan yang memaut tangannya.
“Kenapa ni Tengku? Tengku Nampak macam orang yang kena kejar dengan hantu. Ada jumpa Kak Farah?” soal Lan   .
Tengku Hamzan menarik nafas dalam-dalam. SoaLan   daripada Lan itu sengaja dibiarkan tanpa jawapan.
“Tadi La nada terserempak dengan Kak Farah. Katanya sakit jadi dia pulang dulu. kunci van pun dia ambil sekali. Tergesa-gesa sekali nampaknya” beritahu Lan tanpa disoal.
“Dah dapat paycheck? Saya pesan dekat Ahmad suruh bagi ke awak” soal Tengku Hamzan sengaja mengubah topic.
Lan   menggeleng.
“Kalau macam tu. Jomlah sama-sama” mereka beriringan ke lobi. Tengku Hamzan menyerahkan sekeping cek kepada Lan   . Briefcasenya ditutup.
Lan   mengucapkan terima kasih sebelum berlalu.
Tengku Hamzan teragak-agak menyatakan sesuatu kepada Lan tetapi dia memang memerlukan peluang ini. Peluang untuk memberitahu menjelaskan situasi tadi kepada Farah. Peluang untuk berjumpa Farah.
“Lan  , awak balik dengan apa. Jom saya hantarkan” Tengku Hamzan menawarkan bantuan. Pada hematnya pasti Fuad pulang terlebih dahulu
“Tak mengapa Tengku Hamzan. Bila hujan berhenti, saya ambil cab sahaja”
“Hujan masih lebat. Awak juga yang cakap hujan di sini tak menentu. Mari saya hantarkan. Tak susah pun. Ahmad yang drive” Tengku Hamzan senyum.
“Kalau macam tu..” akhirnya Lan bersetuju menerima pertolongan itu.
PerjaLan  an ke rumah Lan memakan masa sejam lebih kerana keadaan jaLan   yang berlopak serta hujan yang turun dengan sangat lebat. Sebaik sahaja tiba di rumah itu, mereka bertiga keluar dari perut kereta dan meredah hujan yang masih turun dengan lebatnya. Tengku Hamzan dan Ahmad dihidangkan dengan secawan the sambil ditemani oleh Lan di ruang tamu. Adik Farag itu mengucapkan terima kasih kerana dihantar pulang.
“Kak Farah mana?” soal Lan kepada isterinya.
Tengku Hamzan cuba memicing telinga mencuri dengar perbuaLan   sepasang suami isteri itu.
“Ada dalam bilik, bang. Selepas balik terus kakak masuk bilik. Katanya tak sihat” jelas isteri Lan itu. Lan bangun dari duduknnya dan berjalan    ke arah pintu. Hujan masih lagi turun tanpa henti. Kelihatan beberapa orang pekerja mereka sedang sibuk memindahkan pokok-pokok hiasan ke dalam bangsal berbumbung zink.
“Tengku duduk sekejap. Saya nak pergi tengok pekerja-pekerja sana” beritahu Lan   . Lan menyarungkan but hitam dan baju hujan ke badannya.
“Ros, minta kakak keluar sekejap. Abang nak tolong pekerja-pekerja sana. Tiada siapa nak layan tetamu kita ni. Takkan nak biarkan awak sorang-sorang” bisik Lan kepada isterinya.  Ros mengangguk.
“Hati-hati ye bang”
Ros kembali ke ruang tamu setelah menghantar suaminya sampai ke perkarangan pintu. Lan meredah hujan untuk membantu menyelesaikan tugas-tugas pemindahan bersama-sama dengan beberapa orang pekerjanya yang lain.
“Minumlah dulu Tengku, Ahmad. Saya ke dalam sebentar” beritahu Ros. Sebentar kemudian Ros dan Farah keluar. Tengku Hamzan memandang wajah Farah yang merah padam.
“Menangiskah dia?” soal Tengku Hamzan dalam hati. Farah mengambil tempat di sebelah Ros. Dua orang wanita itu hanya berdiam diri. Tengku Hamzan juga diam. Dia tidak tahu apa yang nak dibicarakan.
“Lan   pergi mana?” soal Farah kepada Ros.
“Abang Lan pergi tolong pindahkan pokok”
“Ada yang belum dipindahkan lagi ke?” soal Tengku Hamzan terkejut. Dengan cuaca begini masakan mereka tidak membuat persiapan awal-awal. Kalau hujan lebat, pasti pokok-pokok itu akan rosak.
“Abang dengan kakak terlalu sibuk uruskan pokok untuk stok yang pertama dulu” sampuk Ros.
“Boleh saya tahu di mana tempatnya pindahan itu?”
“Dekat sahaja. Tengku jangan risau. Kami akan usahakan untuk penuhi koata syarikat kami” sinis suara Farah. Tengku Hamzan hanya memikirkan tentang syarikatnya sahaja. Tidak pernah berfikit tentang kesusahan orang lain. Bentak hati kecil Farah yang masih lagi sedih dan marah kepada lelaki itu.
“Ahmad, Jom”
Ahmad bangun dari duduknya dan membontoti Lan   gkah Tengku Hamzan ke pintu.
“Nak ke mana tu Tengku” soal Ros pelik. Farah juga turut bangun dari duduknya.
“Ada lagi baju hujan dan but?” soal Tengku Hamzan.
Ros mengangguk.
“Boleh kami pinjam. Lagi ramai lagi cepat kerja-kerja tu selesai” beritahu Tengku Hamzan. Ros menghulurkan dua pasang but hitam dan dua helai baju hujan kepada Tengku Hamzan.
“Kenapa awak buat macam ni? Nak tunjuk baik depan semua orang, depan keluarga saya. Nak tunjuk yang awak tu alim, suka menolong, ringan tuLan  g. Padahal belakang orang apa yang awak tak buat..” soal Farah dengan tiba.
Tengku Hamzan terkejut mendengar pertanyaan itu. Dia tahu dia berhak dimarahai kerana perbuatannya tadi sangat tidak sopan dan salah di sisi agama tetapi siapa Farah untuk memarahinya? Malah memalukannya dihadapan orang lain. Cemburukah dia?
Ros dan Ahmad memandang Farah. Mereka berdua sangat terkejut mendengar pertanyaan itu tetapi mereka tidak faham apakah sebenarnya yang ingin disampaikan kepada Tengku Hamzan. Yang jelas, Farah memang betul-betul bermaksud dengan kata-katanya. Tiada riak kesal atau rasa bersalah yang terlihat di wajahanya walaupun dia memalukan Tengku Hamzan di hadapan mereka berdua.
Tengku Hamzan berlalu tanpa kata. Ahmad turut membontoti. Hujan yang lebat itu diredah. Hujan turun mencurah-curah sehingga menyulitkan pandangan mata. Dari jauh Farah melihat Lan   , Tengku Hamzan Ahmad dan beberapa orang pekerja mereka sedang sibuk memindahkan pokok ke dalam bangsal yang berbumbung.
Farah hanya memerhatikan Tengku Hamzan dari jauh. Meluat mahu memandang muka itu lama-lama. Baru sahaja perasaan rindu dan saying kembali ertandang buat suaminya itu tapi kenapa Tengku Hamzan tidak boleh belajar erti setia sepertinya? Tujuh tahun da tidak pernah berlaku curang terhadap Tengku Hamzan dan dia mengharapkan yang sama dari suaminya.
“Kenapa kakak cakap macam tu dekat Tengku tadi. Terkejut Ros dengar. Tengku pun turut sama terkejut” teguran dari Ros itu membuatkan lamunan Farah berkecai seribu.
“Kakak masuk dulu” Farah tidak mahu mengulas Lan   jut. Biarlah hanya dia dan Tengku Hamzan sahaja yang memahaminya.


Setelah semua pokok-pokok Berjaya dipindahkan mereka berlima berdiri di hadapan pintu rumah. Masing-masing memeluk tubuh kerana kedinginan. Walaupun memakai baju hujan tetapi pakaian mereka tetap lencun.
“Bermalam di sini sahaja Tengku. Tak tahu bila hujan nak berhenti. Kalau dah macam ni. JaLan   pasti banjir” beritahu Lan   .
Tengku mengelap badannya dengan tuala. Dia diam.
“Merancang nak balik ke Tengku? Janganlah. Kalau balik pun tersekat juga. JaLan   nak keluar banjir” sampuk seorang pekerja Lan   ”
“Berapa lama akan banjir selalunya?” soal Tengku Hamzan.
“kalau hujn belum berhenti sampai pagi esok. Lusalah baru air surut. Kalau malam ni dah berhenti. Pagi esok, jaLan   tu dah boleh guna” beritahu Lan lagi.
“Kenapa nak cepat-cepat balik?” soal seorang pekerja Lan dengan nada berseloroh. Pekerja itu mengjungkitkan sebelah keningnya. Pertanyaan itu membuatkan yang lain senyum-senyum nakal.
Tengku Hamzan hanya diam.
“Ingat bini dah ke?” sampuk seorang pekerja lagi.
Tengku Hamzan hanya senyum. Lan   , dan dua orang pekerjanya ketawa mengilai. Tengku Hamzan turut ketawa akhirnya. Walaupun dia berasa sangat penat dengan kerja-kerja berat yang dilakukannya tadi tetapi dia berasa sangat gembira bekerja bersama mereka. dan sekarang mereka lebih terbuka dengannya tidak seperti pekerja-pekerja di pejabatnya. Dengan mereka dia dapat berbual dan bergurau senda. Sudah lama dia tidak ketawa. Mereka sama dengan Mylia. Agaknya orang kebanyakan itu sama sahaja. Baik dan riang. Mereka dapat senyum dan ketawa walaupunn terpaksa melakukan kerja-kerja berat walaupun dengan upah yang sedikit.
“Saya duda. Isteri saya meninggal dalam kemaLan  gan jaLan   raya” Tengku Hamzan menyampaikan statusnya itu secara tersurat. Biar senang dimengerti oleh semua orang.
Lan  , dan dua orang pekerjanya berhenti ketawa. Mereka semua tidak menyangka yang Tengku Hamzan tidaklah sesempurna yang disangka.
“Bila nak jemput minum ni. Teh dah sejuk” Tengku Hamzan bertanya berseloroh. Dia tahu ada rasa simpati yang lahir di hati mereka kepadanya tetapi Tengku Hamzan tidak suka menerima rasa simpati. Dari dulu sampai sekarang dia memang tidak suka.
“Jemput minum” Lan bersuara.
Setelah itu dua orang pekerja Lan meminta diri untuk pulang. Rumah mereka terletak tidak terlalu jauh dari rumah Lan jadi mereka berjalan    kaki sahaja. Lan menjemput Tengku Hamzan dan Ahmad untuk masuk. Mereka bertiga ke belakang tempat perigi. Lan meminta isterinya memberikan dua helai tuala dan kain basahan kepada Tengku Hamzan dan Ahmad.
Air perigi diambil dengan timba dan dikumpulkan kedalam baldi besar. Ahmad sudah siap menukar persalinannya kepada kain basahan tetapi Tengku Hamzan masih lagi tidak tahu bagaimana mahu melakukannya.
“Mandi bersama? Macam ni je” soal Tengku Hamzan tiba-tiba. Dia terkejut apabila mereka bertiga akan mandi sahaja di samping perigi ini secara terbuka, tanpa ada kamar mandi dan apabila melihat Ahmad yang sudah mengenakan kain basahan dia bertambah risau. Dia tidak biasa mandi bersama begini, mandi dengan air perigi, di tempat begini.
“Ya tengku” jawab Ahmad. Dia senyum kepada Tengku Hamzan.
Lan   ketawa apabila melihat kejanggaLan   Tengku Hamzan dengan keadaannya sekarang. Pasti Tengku Hamzan tidak pernah merasa mandi telaga bagaimana. Dia sengaja menyuruh Tengku Hamzan untuk duduk dan sekejap lagi Tengku Hamzan akan tahu bagaimana rasa kedinginan air telaga.
“Duduklah Tengku. Saya akan mandikan Tengku” jelas Lan   .
“Saya takkan duduk” jelas Tengku Hamzan tegas.
Ahmad yang menyedari kebisaaan Tengku Hamzan itu berbisik kepada Lan tentang pantang larang Tengku Hamzan menundukkan dirinya kepada orang kebanyakan.
Lan   agak terkejut sebenarnya dan menganggap Ahmad cuba untuk bergurau dengannya tetapi wajah Ahmad tegas dan dia tidak pernah melihat lelaki bodyguard itu bercanda atau bergurau dengan sesiapa pun sebelum ini.
Lan   mencebok air telaga lagi dan kali ini air itu dibiarkan di dalam timba. Dia menghampiri Tengku Hamzan dan apabila melihat Tengku Hamzan leka. Air telaga itu disimbah ke arah Tengku Hamzan. Tengku Hamzan mahu marah tetapi kedinginan air telaga itu mebuatkan kemarahannya reda. Tengku Hamzan memeluk tubuhanya yang kedinginan. Lan ketawa melihat gelagat lelaki berdarah di raja itu itu.
Mahu sahaja Ahmad ketawa melihat reaksi Tengku Hamzan itu tetapi dia menahannya kerana Tengku Hamzan adalah majikannya.
Tengku Hamzan masih lagi memegang kain basahannya. Bajunya yang lencun masih lagi terlekat pada tubuhanya yang sudah kedinginan. Beberapa kali diajak tetapi Tengku Hamzan masih lagi berdalih. Dia tidak mahu mandi bersama-sama. Ditunggu sehingga Ahmad dan Lan selesai. Lan siap-siap menarik air telaga untuk tujuan Tengku Hamzan bersiram. Apabila sudah tiada orang, barulah Tengku Hamzan membuka pakaiannya satu persatu dan mengenakan kain basahan. Air mandian dicebok perlahan dan dijirus ke tubuh. Tubuhanya menggigil menahan rasa dingin.
Walaupun dingin tetapi perasaan mandi dengan air telaga sangat berbeza dengan air yang dihangatkan di rumah istana atau air mandian yang disediakan oleh En. Johar. Baldi yang tersisi air itu sudah kosong tetapi dia masih lagi belum menyabun diri. Dia memanggil Ahmad yang berada di dalam rumah tetapi mungkin kerana hujan lebat suaranya tidak kedengaran. Tengku Hamzan mengintai ke dapur dan melihat Farah yang sedang memasak.
Hasratnya mahu meminta tolong mencebokkan air telaga dibatalkan apabila memikirkan yang Farah masih lagi marah kepadanya. Tengku Hamzan mengambil timba dan cuba mencebok air telaga sendiri. Telaga itu tidaklah sedalam mana tetapi baginya yang baru merasakan pengalaman pertama kalinya ini berasa pekerjaan ini sangat susah. Berkali-kali dicuba tetapi dia gagal mengeluarkan walau satu timba air dari telaga itu. Tengku Hamzan jadi marah. Tiada satupun pekerjaan yang dia gagal untuk lakukan tetapi kali ini dia gagal mencebok air telaga. Tengku Hamzan mencampakkan timba itu ke Lan   tai dengan sekuat hati tetapi timba itu terpeLan  ting lalu tercampak masuk ke dalam telaga.

“Cik Farah!” panggil Tengku Hamzan kuat.
Farah tidak mahu menyahut. Dia berpura-pura tidak dengar.
“Cik Farah! Timba terjatuh dalam telaga” beritahu Tengku Hamzan.
“Huh!” Farah berhenti memotong sayur. Dia berjalan    keluar untuk melihat ke dalam telaga.
“Kenapa boleh jatuh?” soal Farah. Dia sudah melupakan perasaan marahnya kepada Tengku Hamzan kerana cemaskan timba.
Tengku Hamzan diam. farah masih lagi berleter saat dia mengambil sebatang kayu panjang dan kayu itu digunakan untuk menarik tali timba keluar.
Tengku Hamzan disuruh memegang tali itu. Akhirnya mereka Berjaya mengeluarkan timba itu.
“Cik Farah saya nak jelaskan tentang hal tadi’ beritahu Tengku Hamzan. Dia bimbang dia tidak mempunyai peluang yang lain untuk menjelaskan hal yang sebenar.
“Tak ada apa-apa untuk dijelaskan Tengku”
“Saya dengan Zue tak ada apa-apa. Kami Cuma kawan”
“Tengku tak perlu jelaskan apa-apa. Saya tak nak tahu. Saya ajarkan macamana nak guna timba. Sekali sahaja. Selepas itu Tengku buat sendiri” Farah sengaja mengelak membicarakan soal itu.
“Cik Farah”  panggil Tengku Hamzan lembut.
Mendengar suara Tengku Hamzan saat dia mula memujuk itu adalah satu kelemahan baginya. Tengku Hamzan memang seorang gentlemen, dia lebih pintar menyelesaikan masalah mereka dan dia tidak pernah menggunakan kekerasan. Farah cuba berlagak bisaa. Panggilan   Tengku Hamzan tidak diendahkan. Samada Tengku Hamzan lihat atau tidak, dia tetap mengajar menggunakan timba untuk mencedok air telaga. Panggilan   Tengku Hamzan semakin kuat.
“Farah!”
Farah tersentak. Tali timba terjatuh lagi ke dalam telaga.
“Farah. Saya tak pernah tunduk kepada sesiapa sebelum ini kecuali bonda saya dan arwah isteri saya. Tetapi kali ini, saya minta maaf sebab buat awak bersedih” Tengku Hamzan membongkokkan kepaLan  ya sedikit. Dadanya berombak kencang. Egonya memuncak kala ini. Pasti hatinya terlalu menyayangi Farah sampaikan dia sanggup tunduk pada gadis  itu.
 Farah memusingkan tubuhanya memandang Tengku Hamzan. Dia ah sedih. Air matanya menitis. Tatkala melihat kejadian petang tadi. Hatinya bagai dihiris dengan sembilu tajam. Tetapi apabila melihat kesungguhan Tengku Hamzan memohon maaf, hatinya terharu. Tengku Hamzan bukan seorang yang mudah meminta maaf. Benteng egonya terlalu kukuh untuk dia meminta maaf.
“Kakak. Ada apa ni?” Tengku Hamzan dan Farah melihat kepada Ros yang tiba-tiba muncul di ruang itu. Farah segera mengesat air matanya.
Ros mengesyaki sesuatu apabila melihat kakak iparnya itu berdua-duaan dengan Tengku Hamzan. Farah segera beredar dari situ dan Ros membontoti Lan   gkahanya. Ada apa sebenarnya antara kak Farah dengan Tengku Hamzan? Hatinya mula memikirkan perkara yang tak elok. Farah masuk ke dapur. Dan Ros menurut dari belakang.
“Ada apa ni kak?”
“Tak ada apa-apalah Ros”
“Kak tak elok perempuan berdua-duaan dengan lelaki macam tu” tegur Ros dengan lembut.
“Kakak tahu. Ros boleh tolong kakak tak. Tolong jangan bagitahu Lan   ?”
“Ada apa sebenarnya ni kak”
“Tolong jangan bagitahu Lan   , ehm” bersungguh-sungguh Farah meyakinkan adik iparnya itu agar merahsiakan apa yang dilihatnya tadi dari pengetahuan Lan   .
“Kakak kena janji dengan Ros jangan buat macam tu lagi”
“Kakak janji!”

No comments:

Post a Comment