Bab 5
Mylia terpaksa bersiap dengan
segera setelah menerima panggilan telefon daripada Fuad. Setelah Fuad sampai, Mylia
bergegas turun dari rumah flatnya di tingkat sepuluh. Fuad membawanya ke rumah
yang menjadi tempat Mylia diajar tentang etika dan cara-cara bersosial di kaLan gan orang berada. Setelah sampai, Mylia
disambut oleh beberapa orang wanita yang diupah oleh Maisarah untuk membantu
mempersiapkan diri Mylia dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Tangan Mylia ditarik supaya Mylia
tidak berlengah dan membuang masa. Pembantu-pembantu itu kelihatan sangat cekap
mengendalikan bidang tugas masing-masing.
“Ada apa ni Fuad? Puan Maisarah cakap buLan depan
baru start. Awak pun kata saya belum ready lagi” keluh Mylia, sambil
membiarkan sahaja tubuhanya diurut oleh beberapa orang pembantu wanita. Fuad
menunggu di sebalik tabir yang memisahkan mereka.
“Puan call malam semalam, malam
ni, katanya ada majlis sempena meraikan kejayaan syarikat dalam mendapat kontrak
dengan sebuah syarikat ICT di China. Puan bertolak awal pagi tadi dan akan
sampai ke majlis tersebut. Jadi Puan berharap agar kau dapat menyertai majlis
ini dan mengenali Tengku Hamzan”
“Puan ke mana?”
“Overseas, tetapi kau tak perlu tahu ke Negara mana”
“Macamana kalau saya buat silap,
Fuad. Awak juga yang cakap, saya belum bersedia”
“Kalau kau buat silap, kau sendiri
yang tanggung. Segela persiapan yang lain telah diaturkan. Apa yang aku ajar
selama ni, aku harap kau boleh gunakan malam ini . Kalau kau berjaya, barulah
puan akan sign kontrak itu. Bayarannya, kau tak perlu risau. Puan sanggup bayar
sampai lima
angka”
“Lima angka?! Banyak tu Fuad”
“Kau takkan cakap macam tu kalau
kau tahu siapa Tengku Hamzan yang sebenarnya”
Mylia tidak mengerti kata-kata
terakhir Fuad tetapi dia hanya berdiam dan pertanyaan itu hanya berlegar-legar
di ruang fikirannya untuk beberapa saat. Dia mula berkira-kira wang bayaran
yang puan Maisarah sanggup bayar kepadanya. Berapakah nilai sebenar bayaran lima angka seperti yang
disebut oleh Fuad tadi. Kalau betul seperti telahannya, wang sepuluh ribu itu
nanti pasti dapat menyara kehidupan mereka dua beradik untuk tempoh yang agak
lama. Selepas kerja ini selesai, Mylia berfikir mahu berehat sejenak dari
melakukan pekerjaan seperti ini dan dia juga mahu adiknya turut berehat dari
menjual DVD. Adiknya tentu gembira setelah dia menceritakan hal ini kepadanya
nanti.
“Pastikan kamu semua mendandan
budak perempuan ni cantik-cantik. Kalau tak, nahas kamu” ugur Fuad sebelum dia
keluar dari kamar itu. Pembantu-pembantu kecantikan itu mengiyakan. Mereka
takut sekiranya Fuad tidak berpuas hati. Puan Maisarah adalah peLan ggan tetap salon mereka dan jika Fuad tidak
berpuas hati, Puan Maisarah mampu membuatkan mereka kehilangan pekerjaan
mereka.
Setelah beberapa jam menjaanli
pelbagai rawatan kecantikan, diperagakan pelbagai koleksi gaun malam dari
pelbagai jenama terkemuka dunia, didandan rambut dan wajahanya dan akhir sekali
dipakaikan kasut bertumit tinggi, akhirnya Mylia keluar untuk dipertontonkan
kepada Fuad untuk dinilai. Rambut Mylia yang agak panjang dan mengurai itu
didandan ke belakang gaya ala-ala korea ,
dan tubuhanya yang kecil genit itu sesuai dengan gaun malam yang agak simple
dan remaja. Gaun yang berwarna kuning air
dan diperbuat sutera lembut menyerlahkan lagi keayuan dan keremajaannya.
“Sini!” Fuad memanggil. Mylia
bergerak perlahan-lahan ke arah Fuad.
“Tengok kuku” lagak Fuad seperti
pengawas sekolah rendah yang memeriksa kuku pelajar sebelum masuk ke kelas.
Mylia menunjukkan kuku-kukunya yang
baru siap dirawat sebentar tadi.
“Bagus”
“Sampaikan salam aku pada bos
korang. Katakan hujung buLan depan, Puan akan ke salon. Seperti bisaa Puan book satu salon. Nanti aku call confirmkan bila tarikh kunjungan Puan”
beritahu Fuad kepada pembantu-pembantu kecantikan yang sedang berbaris di
belakang Mylia. Mereka semua sekadar mengangguk tetapi sebenanrnya kata-kata
Fuad itu seolah-olah melepaskan satu beban yang amat besar yang seperti diikat
pada bahu mereka sejak beberapa jam yang lalu. Dengan itu mereka tahu yang Fuad
sebenarnya berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Fuad memandu keretanya ke
perkarangan sebuah hotel yang terkemuka di Negara ini. Mungkin disinilah
tempatnya majlis yang disebut oleh Fuad tadi akan diadakan. Fkir Mylia.
Seingatnya Puan Maisarah ada memberitahu semasa pertemuan mereka dahulu yang Tengku
Hamzan adalah anak tirinya. Dan malam ini dia akan bertemu dengan lelaki itu.
bagaimanakah orangnya? Tampankah dia? Tinggikah orangnya? Sombongkah dia?
Pelbagai persoalan timbul. Ini pertama kali dia melakukan peranan membuatkan
orang jatuh cinta kepadanya, selama ini dia hanya menerima bayaran untuk
berlakon untuk memutuskan perhubungan , bukan membina hubungan.
“Fuad, Tengku Hamzan tu macamana
orangnya?”
“Kau pernah tengok gambarnya dulu kan ? Macam tulah
orangnya”
“Saya dah lupalah, macamana kalau
saya tak cam wajahanya nanti. Macamana saya nak dekati Tengku Hamzan nanti.
Awak akan tolong saya kan ?”
“Segala-galanya terpulang pada kau.
Kau fikirlah sendiri macamana nak mendekati Tengku. Apa-apa yang berlaku,
jangan sabitkan aku ataupun Puan Maisarah
”
“Macam bahaya je apa yang saya
bakal lakukan nanti”
Fuad diam seribu bahasa. Pandailah
fikir sendiri, kalau tak bahaya, takkan Puan Maisarah sanggup bayar sampai lima angka kepada gadis muda seperti Mylia. Gadis itu mungkin masih belum sedar yang dia hanya
dipergunakan oleh Maisarah dalam mencapai hasratnya untuk mengaut keayaan Tengku
Hamzan.
Sebelum menurunkan Mylia, Fuad
sempat memberikannya sebuah kotak merah. Mylia membuka isi kandungan kotak itu.
Sepasang set alat kemas yang berkilau-kilau memancarkan sinar melekat pada
pandangan Mylia. Set barang kemas itu sangat cantik dan Mylia pasti harganya
juga turut ‘cantik’
“Pakai. Tapi nanti aku akan ambil
balik. Ini milik Puan, jaga elok-elok. Orang takkan percaya yang kau dari
golongan berada jika melihat leher kau tanpa set barang kemas yang harganya
berjuta-juta ringgit”
“Ingat! Kita tak pernah kenal antara
satu sama lain!” pesan Fuad lagi sebelum Mylia turun dari keretanya.
Acara majlis itu telah bermula
apabila Mylia mula menapak masuk ke dewan ruangan yang lebih kurang sebesar geLan ggang bola sepak itu. Ramai tetamu yang hadir
yang turut memeriahkan majlis tetapi Mylia tidak mengenali seorangpun dari
tetamu-tetamu itu. Mylia cuba
menyelit di celah-celah orang ramai, cuba untuk tidak menarik perhatian
sesiapa. Dia berasa jika dia bercakap dengan sesiapa sahaja di sini, dia akan
mencari nahas kerana pastinya mereka semua akan berbicara topik yang tidak
difahaminya serta mungkin mereka akan menggunakan Bahasa Inggeris sedangkan
penguasaannya dalam bahasa asing itu sangat lemah. Fuad ada mengajar beberapa
ayat yang sering digunakan dalam majlis-majlis sebegini tetapi Mylia belum
dapat menguasai sepenuhanya. Ada
sesetengahanya sangat susah untuk dihafal mahupun untuk disebut.
Mylia ke bahagian yang menempatkan
makanan yang disajikan secara buffet, dia mengisi pinggannya dengan beberapa
jenis kuih yang kelihatan sangat enak. Ada
antara hidangan yang disediakan sangat asing baginya tetapi apa salahanya jika
mencuba. Setelah berdiri agak lama Mylia mula memerhatikan sekeliling,
tetamu-tetamu yang hadir semuanya terdiri dari golongan yang berada. Mereka
semua kelihatan sangat asyik dalam kemeriahan majlis ini. Lain pula bagi Mylia
yang dipaksa hadir ke majlis yang sebegini mewah. Kelibat Puan Maisarah
Lan gsung tidak kelihatan, malah Fuad juga
turut hilang di dalam kemeriahan pesta ini.
Majlis ini kemudiannya diserikan
denga irama dari piano yang beralun mendayu-dayu. Dari jauh Mylia dapat melihat
seorang lelaki yang berambut hitam dan kurus sedang memetik keunci piano.
Alunan musik yang dimainkannya sangat merdu. Tetamu yang hadir menikmati irama
indah itu. Mylia kemudinnya berjalan ke arah sekumpuLan
orang ramai dan menyelinap masuk
di celah-celah antara mereka. Tangannya dengan segera menarik keluar dompet
dari kocek belakang seorang tetamu dari kumpuLan itu.
Hatinya berbunga riang kerana memikirkan wang yang terkandung di dalam dompet
itu pastilah sangat banyak. Kemudian Mylia bergerak pula ke sekumpuLan orang
ramai yang terletak tidak jauh dari lelaki yang menjadi mangsanya tadi. Dompet
yang kedua berjaya ditarik dari kocek seluar mangsanya. Kali ini juga Mylia
tersenyum riang. Kemudian dia menyelinap lagi ke arah sekumpuLan
tetamu yang berada hampir dengan
pentas dan sama juga seperti tadi, Mylia menyeluk tanganyya dengan pantas
tetapi lembut supaya perbuatannya itu tidak disedari oleh sesiapa. Dan kali ini
juga, Mylia tersenyumgembira. Mylia menyusup keluar dari ruangan itu sangkaannya tiada siapa yang menyedari
perbuatannya tadi tetapi di luar jangkaannya perbuatannya itu diperhatikan oleh
dua pasang mata. Mylia bergerak perlahan ke arah balkoni yang terletak di hujung dewan.
Balkoni-balkoni itu dipenuhi oleh ramai orang sejak dari tadi tetapi apabila
persembahan piano itu bermula, tetamu-tetamu mula masuk memenuhi ruang dewan.
“Serahkan wallet aku. Kau boleh masuk penjara kerana mencuri” pada masa itu Mylia
sedang melihat hasil curiannya daripada tetamu-tetamu dan saat suara itu
menegur, dompet-dompet yang dipegangnya hampir-hampir terlepas.
“Jangan masuk campur urusan orang!”
tengking Mylia. Dia cuba
untuk menutup kerisauannya. Mylia cepat-cepat menyembunyikan dompet-dompet itu.
“Bagi balik wallet aku!” sebaik sahaja mendengar Mylia menengking kepadanya,
lelaki itu terus meninggikan suaranya. Sebelum ini tidak pernah ada orang
berani meninggikan suara apabila berbicara dengannya. Siapakah gadis itu sehingga dia berani melakukan satu-satunya
perkara yang paling dibencinya?
Rupa parasnya gadis itu sangat menawan hati. Gadis itu kelihatan terkejut dan menggelabah. Tengku
Hamzan merampas dompetnya dari tangan gadis itu, “Baik kau pulangkan wallet orang lain yang kau curi sebelum aku buat repot polis!” Tengku
Hamzan mengugut.
Mylia sudah mula takut, dia tidak
menyangka perbuatannya tadi disedari oleh lelaki itu tetapi kalau lelaki itu
sedar yang dompetnya sedang dicuri, kenapa dia tidak menghentikan Mylia sewaktu
dia melakukan perbuatan itu.? Kenapa tunggu sampai sekarang baru mahu mengugut
ingin membuat laporan polis. Ketakutan Mylia mula sedikit reda apabila dia
berfikir bahawa lelaki di depannya itu mempunyai niat lain.
“Saya tahu maksud awak yang
sebenar. Awak nak hasil yang saya dapat ni dibahagi dua kan ? Ok kita bagi 30-70, saya 70 %, awak
30%. Macamana?”
Tengku Hamzan menggelengkan kepaLanya.
“OK, 40-60” kali ini Tengku Hamzan
menggelengkan kepaLan ya lagi. Gadis itu cuba membuat tawaran tetapi
tawarannya itu tidak menarik perhatian Tengku Hamzan. Dia lebih tertarik dengan
sikap gadis itu yang jarang ditemuinya. Tengku
Hamzan tidak jadi membuat laporang polis, bahkan dia mempunyai agenda yang
lebih menarik untuk gadis itu.
“Ok, fifty-fifty dan itu last deal”
bentak Mylia lagi. Dia mula menyampah dengan sikap lelaki yang tidak
dikenalinya itu. Bagaikan peribahasa bagi betis mahu paha. Mylia terpaksa
memberikan tawaran sama rata untuk mengelakkan dirinya dari ditangkap oleh polis
kerana kesalahan mencuri. Kalau dia dipenjarakan, siapa yang mahu menjaga
adiknya.
Tengku Hamzan menggeleng lagi. Dia
merapati Mylia lalu merampas kesemua dompet yang masih dipegeang oleh gadis itu. “Aku nak kau serahkan balik semua dompet
ni. So aku 100%, kau zero. Dompet-dompet ni aku akan serah ke pengawal
keselamatan dan bagitahu aku terjumpa dompet ni. So nama kau akan bersih dari
tuduhan mencuri. Ak juga takkan buat laporan polis tapi dengan satu syarat”
“Apa dia?”
“Esok jumpa aku” sambung Tengku
Hamzan.
Mylia pelik. “Kenapa?”
“Kau kena buat apa yang aku suruh,
kalau tak, aku akan buat laporan polis”
“Saya dah tahu niat awak yang
sebenar, awak sengaja tak nak buat laporan polis sebab awk nak ugut saya untuk
bagi semua wang dalam dompet ni kepada awak. Awak akan dapat, tapi tak semua”
balas Mylia.
“Aku bukan nak duit curi kau tu,
bodoh!”
“Saya tak percaya”
“Ok, Aku buat repot polis sekarang
juga” Tengku Hamzan mahu mengatur Lan gkah
mahu menyuruh pengawal keselamatan menangkap Mylia. Dia bukan mengacah atau
sekadar mahu menakutkan Mylia. Dia memang betul-betul mahu membuat laporan
polis kerana berasa dicabar oleh Mylia.
Mylia mula risau kerana, lelaki di
hadapannya itu betul-betul meninggalkannya tergesa-gesa dan meng arah ke
arah beberapa orang pengwal keselamatan
yang menjaga di luar dewan.
Mylia mengejarnya lalu menarik
tangan lelaki itu. Mereka berdua kembali ke balkoni. Mylia terintai-intai
keluar untuk memastikan tiada seorang pun yang tahu keberadaan mereka berdua di
situ.
Lambat-lambat, Mylia mengangguk
setuju. Dia tidak mempunyai pilihan selain menurut sahaja kemahuan lelaki itu.
Lagipun kalau dia ditangkap polis, bukan sahaja adiknya yang akan susah, malah
Puan Maisarah juga akan susah. Tanpa dia sedari, dia masih mengenggam tangan
lelaki yang tidak dikenalinya sehinggalah dia perasaan yang tangan lelaki itu
sangat dingin.
“Sejuknya tangan awak” kata Mylia
sepintas.
Tengku Hamzan segera menarik
tangannya dari terus berada dalam genggaman Mylia. Pada muLan ya dia selesa diperlakukan sebegitu tetapi
dia benci sekiranya ada orang yang mempersoalkan ‘kedinginan’ tangan kanannya.
“Kenapa tangan kanan awak sejuk?”
soal Mylia, tanpa mempedulikan respons negatif Tengku Hamzan. Mylia memegang
tangan kiri lelaki itu tanpa izin dari Tengku Hamzan lalu dia cuba membezakan kedua-dua tangan
lelaki itu. Tengku Hamzan cuba
menepis tetapi Mylia tetap memegang tangannya. Tengku Hamzan akhirnya akur. Dia
merenung ke arah Mylia. Kalau orang
lain, mereka semua takut kepadanya dan akan akur semua kata-katanya tetapi gadis
ini tidak. Mungkin dia belum kenal lagi
siapa aku. Getus hati lelakinya. Adakah gadis ini akan berubah setelah mengenalinya? Tengku
Hamzan berminat untuk mengetahui jawapan
kepada persoalan yang sedang bermain di fikirannya kini. Siapakah gadis ini?
Irama mainan piano oleh seorang
pemain piano terkenal dari Itali itu telah berhenti. Deejay memutarkan irama
musik tarian dan tetamu-tetamu yang hadir kembali ke tengah dewan.
Masing-masing kelihatan sedang sibuk berbincang dan bersembang dengan
teman-teman yang sama-sama berjuang dalam industri perusahaan ini. ada juga
remaja-remaja dan rakan-rakan seusia Tengku Hamzan yang berdansa di
tengah-tengah dewan
“Anaknda di sini rupanya” tegur Maisarah
yang datang menyapa Tengku Hamzan dan juga Mylia. Mylia mahu menegur Maisarah tetapi
dia teringat akan pesanan Fuad sebelum dia meninggalkan Fuad tadi. Mylia
membatalkan haratnya. Dia harus berpura-pura tidak mengenali Maisarah sepertimanaarahan
Fuad. Maisarah kemudiannya memperkenalkan sepasang suami isteri di sebelahanya
kepada Tengku Hamzan.
“Anaknda, bonda kenalkan ini Dato’
Ehsan dan Datin Rahayu”
‘Anaknda? Puan Maisarah memanggil
lelaki ini anaknda? Adakah ini akan tiri Puan Maisara, Tengku Hamzan?’ Mylia
berfikir sendirian. Dia menggigit bibir kerana dia telah merosakkan rancangan Maisarah . Tengku Hamzan berjabat tengan dengan dato’
Ehsan dan datin Rahayu.
“Ah! Nampaknya anaknda dah berkenaLan dengan
anak mereka, Mylia”
Tengku Hamzan terperanjat. Dia
berpaling ke arah gadis di sebelahanya. Dia tidak menyangka yang bonda
mengenali gadis itu serta orang tuannya.
Mylia! Cantik namanya tidak sesuai dengan perbuatannya yang mencuri dompet
orang tadi. Dia sempat mengerling ke arah Mylia.
Mylia terperanjat dengan penipuan
yang dilakukan oleh Maisarah . Apakah
niat sebenarnya untuk menipu anaknya sebegini? Fikir Mylia.
Maisarah menjeling ke arah Mylia, dan Mylia menjeling kembali ke arah Maisarah
. Mereka bertentang mata sebelum Dato’ Ehsan menegur Tengku Hamzan. Mylia
buat-buat tersenyum kepada lelaki yang melakonkan watak ayahanya itu apabila
‘Dato’ Ehsan’ cuba
memasangkan mereka berdua. Mylia tidak sanggup lagi mendengar penipuan yang
diaturkan oleh Maisarah ini. dia tidak menyangka yang Maisarah menipu tentang
asal usul serta kedua orang tuanya. Dan rancangannya kali ini tidak
dibincangkan dulu. Dia tidak suka jika Maisarah membuat perancangan tanpa
berbincang dengannya dahulu dan apakah agenda sebenar Maisarah dalam
menciptakan watak palsu sebagai ayah senta ibunya? Apakah Maisarah mempunyai
agendanya yang tersembunyi? Mylia melarikan dirinya dari Maisarah , Dato’ Ehsan dan Datin Rahayu serta Tengku
Hamzan. Mereka berempat terkejut apabila Mylia tiba-tiba meninggalkan mereka
tanpa sebarang kata. Perbuatan Mylia itu agak tidak sopan dan Dato’ Ehsan
segera besuara cuba
menutup kesalahan Mylia.
“Er, maafkan anak saya Tengku
Hamzan, Puan Maisarah . Dia selalu
begitu sebab dimanjai oleh kami. Maafkan kami kerana tidak mendidik anak kami
dengan baik”
Maisarah senyum untuk mengambil
hati tetapi sebenarnya dia juga marah dengan sikap kurang ajar Mylia tadi. Dia
berasa tercabar dengan sikap Mylia dan dia sudah berasa kurang enak dengan gadis
itu. Mylia mencabar egonya.
Mylia bukan caLan g-caLan
g orang. Malah ketika kali pertama bertemu dengan Mylia, Maisarah dapat
melihat dirinya dalam diri gadis muda
itu. Mylia tidak ubah seperti dirinya sewaktu dia berumur 17 tahun dulu tetapi
dia belum pasti, apakah Mylia sama-sama bercita-cita tinggi seperti dirinya
atau tidak. Dan jika betul Mylia seorang perempuan yang bercita-cita tinggi, Mylia
pasti sangat berbahaya kepadanya.
Tengku Hamzan tidak senyum. Dia
melihat sahaja Mylia meninggalkan mereka. Tidak lama kemudian, Tengku Hamzan
meminta diri. Dia juga bosan bersama dengan Dato’ Ehsan yang berbicara tentang
perniagaan. Tengku Hamzan mencari-cari kelibat Mylia dan dia berlari
mendapatkan Mylia. Mylia sedang menuruni anak tangga dan Tengku Hamzan
memanggilnya. Mylia berhenti dan berpaling ke arah Tengku Hamzan. Dia memandang
tepat ke arah Tengku Hamzan. Mereka bertentang mata.
“Esok ke sini!” Tengku Hamzan
mengeluarkan dompetnya dengan menggunakan tangan kirinya dan membaling kad
namanya ke arah Mylia. Mylia tunduk dan mengutip kad itu di kakinya. Dia
kemudiannya berlari turun. Tengku Hamzan mahu mengejar tetapi egonya melarang.
Dia memerhatikan Mylia sehingga gadis itu hilang dari pandangannya.
No comments:
Post a Comment