Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 60


Bab 60

Tengku Hamzan mundar-mandir di ruang kamar beradunya. Esok adalah hari berLan  gsungnya lelong di rumah kediaman istananya. Ada sesuatu yang mengganggunya. Dia sudah dapat menerima hakikat yang dia sudah diisytiharkan bangkrup tetapi…
“Ayahnda, ayahnda?” panggil  Tengku Nadhirah.
“Ayahnda di sini anaknda”
Tengku Nadhirah memutar tombol pintu dan berlari-lari masuk ke kamar beradu. Dia memeluk kaki Tengku Hamzan dan meminta-minta untuk dipangku. Tubuh Tengku Nadhirah diangkat kedalam pangkuan.
“Anaknda dah berat sekarang. Makan apa sampai berat macam ni?” soal Tengku Hamzan.
“Makan nasi lah ayahnda”
Tengku Hamzan senyum lucu. Dahi Tengku Nadhirah dicium.
“Bonda di mana saying?”
“Di bawah”
“Bonda Tanya, ayahnda nak ikut kami berkemas di rumah baru kita nanti?” sambung Tengku Nadhirah lagi. Menyampaikan pesanan Mylia buat Tengku Hamzan.
“Bonda suruh adinda Tanya ayahnda?”
Tengku Nadhirah mengangguk.
“Apa bonda ingat anaknda ni posmen?”
Tengku Nadhirah memandang Tengku Hamzan pelik.
“POsmen?”
“Tahu posmen tu apa?”
Tengku Nadhirah menggeleng.
“P.O.S.T.M.A.N. tahu?”
“Tahu, yang kerjanya menghantar surat ke sini tu kan ayahnda?”
Tengku Hamzan mengangguk, “POSMEN anaknda yang ayahnda maksudkan tu menghantar pesan bonda untuk ayahnda” Tengku Hamzan senyum lagi.
“Boleh bagi pesan ayahanda untuk bonda?”
“Apa ayahnda?”
“Nanti bagitahu bonda, ayahnda suruh bonda naik ke kamar sebentar”
“SEkarang ke ayahnda?”
Tengku Hamzan mengangguk.
Tengku Nadhirah meminta diturunkan. Dan kemudian dia berlari-lari keluar. anak kecil itu masih belum mengerti erti susuah. Sepanjang hidupnya dia hanya tahu kemewahana. Timbul di benak Tengku Hamzan kebimbangan tentang penyesuaian anakndanya itu nanti.
Tengku Hamzan bersedirian di kamar beradunya itu. dia mundar-mandir lagi, bimbang akan sesuatu. Mylia masuk ke kamar. Tengku Hamzan tercegat melihat isterinya.
“Anaknda bagitahu kanda mencari dinda?”
Tengku Hamzan mengangguk.
“Ada apa kanda?”
Tengku Hamzan meLan  gkah ke arahMylia. Daun pintu di belakang Mylia ditutup rapat. Tubuh Mylia ditarik ke arah nya.
“Tak ada apa-apa”
“Pasti ada yang mengganggu kanda. Kalau tidak, kanda takkan begini” Mylia yang sudah masak dengan perangai suaminya itu mula memujuk agar suaminya itu berterus teras sahaja dengannya.
Tengku Hamzan memusingkan badannya. Dia berjalan    ke arahtingkap.
“Kanda risau dengan syarikat Perdana King” beritahu Tengku Hamzan.
“Siapa yang akan mengendalikan syarikat itu nanti? Bagaimana jika nama syarikat itu diganti?!” beritahu Tengku Hamzan lagi, meluahkan segala kebimbangannya kepada isterinya. Hanya gadis itu sahaja yang sentiada berada di sisinya saat senang mahupun susah. Dia sudah tidak mempercayai sesiapa lagi.
“Kalau kand aterlalu risaukan siapa yang akan membeli syarikat kanda itu, kenapa tidak berjumpa dengan ayahnda Tengku Imran saja?” soal Mylia, sengaja menimbulkan pertanyaan itu agar suaminya itu juga turut sedar yang ayahndanya itu dapat membantu.
“Kanda takkan bercakap lagi dengan ayahanda Tengku Imran” balas Tengku Hamzan keras. Mendengar nama ayahndanya itu diungkitkan pun sudah membuatkan hatinya marah apatah lagi mahu berbincang dengannya.
“Bukankah kanda sanggup lakukan apa sahaja untuk syarikat peninggaLan   ayahnda kanda itu?”
Tengku Hamzan terdiam. jika syarikat itu dibeli oleh ayahnda Tengku Imran, sekurang-kurangnya, syarikat itu masih dipegang oleh keluarga kerabat kanda, dan bukannya orang lain. Bukankah itu juga yang kanda mahu?”
Tengku Hamzan berpaling ke arahMylia.
Tengku Hamzan berjalan    melewati Mylia.
“Kita belum habis berbincang lagi kanda” tegur Mylia.
“Kanda nak ke pejabat ayahnda Tengku Imran” balas Tengku Hamzan. Dia turun ke Lan   tai bawah.

Pintu bilik pejabat Tengku Imran diketuk dari luar dan setelah mendapat izin dari Tengku Imran barulah Tengku Hamzan membuka daun pintu dan meLan  gkah masuk. Dia berdiri di hadapan ayahndanya itu. Tengku Imran melihat penampiLan   Tengku Hamzan sacara keseluruhan. Melihat anakndanya itu dengan hanya tshirt berkolar pada waktu pejabat begini sangat pelik. Pakaian tidak formal itu, tidak cocok buat Tengku Hamzan.
“Duduklah” Tengku Imran mempersilakan duduk.
“Anaknda dating bukan untuk duduk”
“Ada apa?” soal Tengku Imran. Dia tahu kalau bukan kerana ada hal penting yang ingin dibincangkan oleh anakndanya itu pasti dia tidak akan berkunjung ke pajabat ini.
“Esok, segala asset anaknda akan dilelong..”
Tengku Hamzan berhenti. Terasa seperti ada sesuatu yang mengaLan  g kerongkongnya. Kata-katanya bagaikan tersekat kerana haLan  gan itu. Tengku Hamzan berdehem. Keuatannya dikumpulkan untuk mengatakan permintaannya itu dengan orang yang paling dipercayainya suatu masa dahulu.
“Anaknda harap ayahnda akan ke sana”
“Esok ayahnda ada meeting”
“Tolong ke sana!” keras sekali suara Tengku Hamzan sehingga membuatkan Tengku Imran terkejut. Tengku Imran melihat kepada Tengku Hamzan. Dia marah kerana perbuatan Tengku Hamzan itu ibarat tidak menghormatinya.
“Walau apapun pekerjaan ayahnda esok, anaknda harap ayahnda akan ke sana. Syarikat peninggaLan   ayahnda Tengku Farid akan dilelong esok. Walaupun sekarang anaknda terlalu membenci ayahnda atas perbuatan ayahnda tetapi anaknda lebih tidak sanggup melihat syarikat ayahnda Tengku Farid jatuh ke tangan orang lain. Lebih baik jatuh ke tangan kerabat sendiri”
Tengku Imran berdehem.
“Tolong ayahnda” kata Tengku Hamzan seraya memandang ke arahTengku Imran.
“Tengoklah macamana” balas Tengku Imran.
Tengku Hamzan mengambil satu dokumen di atas mejanya. Isi dokumen itu dibuka. Tengku Hamzan melihat Tengku Imran yang sedang sibuk dengan kerjanya. Dia meminta diri dan kemudian berlalu dari situ. Setelah Tengku Hamzan beredar, barulah Tengku Imran melepaskan satu keluhan. Dokumen yang dibuka pada saat Tengku Hamzan masih berada di bilik pejabat itu tidak diendahkan. Dia hanya berpura-pura tidak mahu mengambil tahu tetapi sebenarnya dia juga ridau akan keadaan anakndnaya itu. tetapi dia melihat Tengku Hamzan agak banyak berubah setelah kehilangan syarikatnya itu. dia tidak tahu perubahan ini adalah perubahan yang baik atau sebaliknya tetapi baru sahaja tadi anakndanya itu mengucapkan perkataan ‘tolong’. Pertama kali dia mendengar perkataan tu dari mulut anakndanya yang agak egois itu. sebenarnya kalau tidak dipinta oleh sesiapapun dia pasti akan ke majlis lelongan esok hari.

No comments:

Post a Comment