Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 32,33


Bab 32

Tengku Nadhirah dihantar ke sekolah swasta oleh pengawal peribadinya. Beg sekolahanya dibimbit oleh si pengawal peribadi. Apabila sampai ke pintu kelas, barulah pengawal peribadinya menyerahkan beg sekolah kepada Tengku Nadhirah dan berpesan supayaa Tengku Nadhirah tidak ke mana-mana setelah habis kelas.
Suasana di kelas agak riuh setelah cuti penggal pertama selama seminggu. Semua orang sedang sibuk bercerita tentang pengalaman mereka mengunjungi pelbagai tempat menarik di merata-rata dunia. Tengku Nadhirah hanya duduk di kerusinya dan mengeluarkan gambar bonda yang dihadiahkan oleh  ayahndanya seminggu yang lalu. Gambar bonda itu ditatap lama-lama. Tengku Nadhirah tidak menyedari yang perlakuannya itu diperhatikan oleh seseorang. Tiba-tiba gambar itu ditarik kasar sehingga terkoyak sedikit. Tengku Nadhirah menolak kerusinya dan mereut kembali ‘harta’ yang sangat berharga baginya itu. Hilmi mengetetawakan Tengku Nadhirah apabila melihat Tengku Nadhirah terjatuh akibat tersadung dari kerusi. Hilmi kemudiannya mengugut untuk mengoyakkan gambar itu.
“Jangan!” Tengku Nadhirah menjerit.
Satu kelas sunyi apabila mendengar jeritan nyaring itu. Mereka semua melihat ke arah Tengku Nadhirah dan Hilmi serta kawan-kawannya. Hilmi tertoleh-toleh kepada rakan sekelas yang lain.
Tengku Nadhirah mahu menangis tetapi ayahnda berpesan. Menangis bukan dapat menyelesaikan masalah. Menangis hanya penyelesaian yang dicapai oleh seorang yang lemah. Tengku Nadhirah bukan orang yang lemah. Terngiang-ngiang pujukan ayahndanya di kepala sewaktu ayahnda cuba memujuk kerinduannya kepada bonda beberapa tahun yang dulu.
Tengku Nadhirah bangun berdiri dan bercekak pinggang.
“Bagi balik gambar tu”arah Tengku Nadhirah kasar. Matanya mencerun ke arah Hilmi. Wajahanya yang comel bertukar menjadi garang. Bibirnya yang kecil dimuncungkan ke depan dan hidungnya dikerutkan.
“Aku nak koyakkan gambar ini!” balas Hilmi.
Kawan-kawan Hilmi ketawa apabila Hilmi mempermain-mainkan rupa Tengku Nadhirah yang menakutkan saat ini.
Mata Tengku Nadhirah bergenang menahan rasa marah dan sedih. Tetapi dia tidak akan menangis. Menangis hanya untuk orang yang lemah!
Tengku Nadhirah tidak mempunyai ramai kawan. Dia terlalu angkuh untuk menegur sesiapa sahaja. Harapannya rakan-rakan sekelas akan menegurnya dahulu apabila mengetahui yang dia seorang Tengku dan berketurunan di raja. Pada awal permulaan sekolah ada beberapa orang yang berkawan dengannya tetapi mereka semua meninggalkannya. Tengku Nadhirah sendiri tidak tahu mengapa sejak beberapa lama berkawan, kawan-kawannya akan meninggalkannya. Apabila diceritakan kepada ayahnda. Ayahnda hanya tersenyum dan mengatakan. “Mereka sebenarnya yang rugi. Anaknda kaya, kalau mereka berkawan dengan anaknda pasti mereka juga akan  senang. Jangan hiraukan mereka. Pasti ada yang akan berkawan dengan anaknda nanti”
Hari demi hari berlalu tetapi tiada seorangpun yang datang menegurnya.
“Bagi balik gambar tu, atau aku…”
“Kau nak report dekat guru kelas reportlah”
“Siapa cakap aku nak report dekat Cikgu Salmi?! Kalau kau tak bagi balik, aku akan pukul kau”
Hilmi dan yang lain ketawa terbahak-bahak apabila mendengar ugutan daripada Tengku Nadhirah yang hanya dianggap sebagai jenaka oleh mereka. Tengku Nadhirah memandang ke arah   Rihan, teman baiknya beberapa buLan   yang lalu. Tetapi Rihan juga berkawan tidak lama dengannya. Rihan sengaja tidak memandang Tengku Nadhirah.
Tengku Nadhirah marah dan geram dengan semua orang, dengan ayahnda yang telah lama ke KeLan  tan dan Lan   gsung tidak menelefonnya, marah dengan Hilmi yang mempermain-mainkannya dan marah dengan Rihan yang Lan   gsung tidak membantunya sekarang ini.
Tengku Nadhirah meluru ke arah Hilmi dan menumbuk sekuat hati ke arah perut Hilmi. Hilmi jatuh ke Lan   tai dan gambar terlepas dari genggamannya. Tengku Nadhirah mengambil gambar itu dan mahu meninggalkan kelas tetapi Hilmi segera bangun dan menarik rambut Tengku Nadhirah. Tengku Nadhirah menjerit sekuat hati kerana sakit. Dia menolak tubuh Hilmi ke Lan   tai dan turt menarik rambut lelaki itu. Hilmi jatuh dan Tengku Nadhirah menindih tubuh Hilmi dengan tubuhanya yang lebih besar. Pertumbuhan anak perempuan lebih cepat kalau dibandingkan dengan anak lelaki yang seusia dengannya. Hilmi meronta-ronta dan dia Berjaya menolak tubuh Tengku Nadhirah ke belakang. Hilmi menindih tubuh Tengku Nadhirah dan mahu menumbuk ke wajah tetapi perlakuannya terhenti apabila menatap wajah itu. Tengku Nadhirah mengambil peluang ini dengan menendang Hilmi hingga dia jatuh.
“Cik Farah. Ada orang mencari Cik Farah”
“Siapa?”
“Namanya Muiz”
Farah meletakkan cangkul dan menanggalkan sarung tangan yang dipakai untuk menguruskan tapak semaian. Dia berjalan    ke arah tempat duduk di hadapan rumah dan melihat Muiz sedang menunggunya di situ. Dia menyapa Muiz dan duduk bertentangan dengannya.
“Sempat jumpa Lan   . Lan kata nak keluar tadi?” soal Farah memulakan bicara. Muiz hanya tersenyum. Dia erbicara dengan Lan tadi tetai kerana Lan mahu segera beredar kerana ada urusan penting, Lan meminta diri dan meminta seorang pekerjanya memanggilkan Farah.
“Sihat?” soal Muiz. Dia agak keok untuk berbicara dengan gadis  itu setelah lama mereka tidak bersua muka.
Farah mengangguk. Topinya ditanggalkan dan diletakkan di meja. Tidak lama kemudian, Farah meminta seorang pekerjanya membawakan mereka air minuman.
“Macamana business? Lan kata korang dapat projek besar”
“Alhamdulillah business ok. Kakak awak sihat?”
“Sihat. Dia juga kirim salam”
“Waalaikumussalam. Lama tak datang kenapa?”
“Ini pun datang sebab ada hajat” balas Muiz. Dia mengeluarkan satu sampul dari sling bag. Sampul itu digeserkan pada meja dan dihulurkan ke arah Farah. Farah membuka isi sampulnya. Sebuah kad undangan perkahwinan dibaca.
“Tahniah. Saya kenal ke orangnya?”
Muiz senyum. “Tidak. Kawan kakak. Itulah, saya tunggu awak lama sangat” Muiz berseloroh tetapi hakikatnya memang dia pernah menyukai Farah dan dia sendiri telah menyatakan hasrat hatinya untuk memperisterikan Farah tetapi cintanya kepada Farah tidak kesampaian.
“Saya kan masih isteri orang”
“Kalau awak bukan isteri orangpun, awak takkan terima saya. Saya ni kan bekas penjenayah. Lelaki yang telah menghancurkan hidup awak. Lelaki yang telah menculik awak dulu”
“Awak lupa sesuatu. Awak jugalah yang menyelamatkan saya. Yang telah banyak membantu saya selama ini. Kalau tanpa awak saya rasa saya takkan berada di sini”
“Saya dah banyak berubah Farah” keluh Muiz. Ada nada penyesaLan   yang bergetar di halkum. Muiz berasa malu apabila mengingat kembali perbuatannya suatu masa dulu.
“Saya tahu. Awak orang yang baik. Kalau tidak, awak takkan selamatkan saya pada malam tersebut. Sesiapa yang berkahwin dengan awak akan sangat beruntung. Saya dah maafkan kesalahan awak pada masa lalu. Allah juga mengampunkan hambanya yang melakukan taubat nasuha, inikan pula saya. Saya tidak menyimpan dendam. Malah saya sangat berterima kasih kepada awak”
Muiz senyum. Kata-kata dari Farah membuatkan hatinya kembali gembira. Walaupun sudah banyak kali memohon maaf kepada Farah tetapi hatinya tetap didatangi perasaan bersalah kepada gadis  itu. Gadis  itu telah kehilangan anaknya dan juga telah terpisah daripada suaminya. Farah juga banyak kali mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah membuka peluang untuknya melarikan diri dari rumah istana yang didiaminya. Rumah istana itu diibaratkan seperti penjara kepadanya. Kehidupannya dikawal ketat oleh Maisarah  . Maisarah jugalah yang telah mengupah Muiz dan Balck untuk menculik Farah. Kata-kata terima kasih daripada Farah itulah yang memujuk hatinya yang menyatakan bahawa dia telah melakukan perkara yang betul dengan menculik dan menyelamatkan Farah. Farah pula walaupun selalu bergelak ketawa dan riang tetapi dia tahu yang gadis  itu merindui suaminya.
Pernah dia bertanya kepada Farah adakah dia mahu kembali kepada suaminya. Farah senyum dan menyatakan yang dia tidak akan sekali-kali kembali ke rumah istana.
“Tapi awak tak rindukan suami awak?”
“Apa yang saya lakukan sekarang ini adalah kerana saya menyayangi suami saya. Maisarah hanya akan menggunakan saya untuk menjatuhkan suami saya. Lebih baik kami begini” begitulah kata-katanya.
“Jauh mengelamun” tegur Farah. Muiz senyum dan memandang ke arah gadis  di hadapannya itu. Mereka diam. Seorang pekerja datang dengan membawa dua kotak minuman dingin. Farah mengucapkan terima kasih. Air kotak itu diteguk rakus kerana dia berasa sangat dahaga akibat bekerja di bawah sinaran matahari yang sangat terik dan panas.
“Saya rasa awak perlu tahu hal ni. Syarikat yang bagi kami projek seperti apa yang Lan katakana kepada awak tadi adalah syarikat suami saya”
Muiz berhenti menyedut minuman dari kotak. Dia tenang sahaja walaupun sebenarnya dia sangat terkejut mendenar berita itu.
“Dia ada syak apa-apa?”
“Belum. Semua dokumen pengenaLan   palsu yang awak tolong buat dulu sangat membantu” Farah senyum. Dia menyembunyikan galau di hati. Dia tidak memberitahu Muiz yang dia telah melakukan sesuatu yang mungkin membuatkan Tengku Hamzan mengesyaki sesuatu. Farah mengimbau kejadian yang berlaku di hotel dua hari yang lalu. Sejak itu dia sudah tidak berani bertemu dengan Tengku Hamzan dan lelaki itu juga tidak ada menghubunginya. Barangkali Tengku Hamzan sudah pulang ke Kuala Lumpur.
“Lan   dah tahu?” soal Muiz.
“Belum. Kalau dia tahu tentu amuk satu kampung” Farah membuat kelakar. Sengaja menutup perasaannya yang sebenar.
“Bagus. Jangan sampai Lan tahu. Dia sangat marah dengan suami awak walaupun dia tidak mengenali yang Tengku Hamzan adalah suami awak yang sebenarnya”
Farah mengangguk faham. Dia juga bersetuju dengan pandangan Muiz. Biarlah segala apa yang dirahsiakkanya selama ini keal sebagai rahsia.
Muiz dan Farah memandang ke arah sebuah kereta yang berhenti tidak jauh daripada tempat mereka sedang duduk-duduk. Tidak lama kemudian Tengku Hamzan keluar dari kereta tersebut. Farah bangun berdiri demi terpandang wajah itu. Dia tidak menyangka akan menerima kunjungan daripada Tengku Hamzan setelah apa yang berlaku di hotel tempohari. Muiz menyedari perubahan pada wajah Farah.
“Siapa tu?” soal Muiz ingin tahu.
“Tengku Hamzan”
Muiz bangun berdiri juga. Dia memandang ke arah  wajah lelaki yang telah membuatkan Farah banyak menderita tetapi lelaki itu jugalah yang disanjung-sanjung oleh Farah.
“Saya minta diri dulu Farah”
Farah mengangguk. Muiz mengambil sling bagnya dan berjalan    melewati Tengku Hamzan. tatkala berselisih dengan lelaki itu, mereka berdua bertentang mata. masing-masing tidak senyum kepada satu sama lain. Tengku Hamzan mampir ke arah Farah yang masih berdiri menantinya.
“Ada apa Tengku?” soal Farah. Sengaja menganggap tiada apa yang berlaku antara dia dan Tengku Hamzan walaupun peristiwa di hotel masih lagi bermain-main di kotak memorinya. Tengku Hamzan tidak menjawab pertanyaan daripada Farah itu sebaliknya dia pula yang mengajukan pertanyaan.
“Siapa tu?” suara tegas seperti bisaa. Tiada satu pun yang berbeza pada Tengku Hamzan. lelaki itu mungkin tidak terkesan denga apa yang berlaku di hotel tempohari. Mungkin Farah juga patut berbuat begitu. Sia-sia sahaja banyak berfikir tentang kejadian itu sedangkan ianya Lan   gsung tidak menggugat ketenangan Tengku Hamzan. setengah mati Farah risau tentang pandangan Tengku Hamzan kepadanya tetapi rupa-rupanya kerisauannya selama ini adalah sia-sia sahaja.
“Kawan” jawab Farah sepatah.
Tengku Hamzan cuba mengawal rasa cemburunya tetapi dia tidak Berjaya. Tatkala melihat Farah berbicara dengan seorang lelaki yang lebih kurang seusia dengan gadis  itu hatinya berdebar dengan sangat kencang. Dahulu, ketika melihat Farah bersama dengan Lan dia juga risau, sekiranya gadis  yang mirip Mylia itu sudah berpunya. Tetapi setelah mengetahui Lan hanya adiknya, hatinya kembali tenang. Dia bukanlah menyukai Farah waktu itu tetapi tidak tahu kenapa hatinya perlu cemburu. Apatah lagi sekarang setelah dia pasti yang dia telah menyukai gadis  itu. Farah mungkin menyukainya tetapi ada sesuatu yang menghaLan  gnya. Ada Sesutu juga yang menghalang Tengku Hamzan iaitu cintanya kepada Mylia.
“Ada apa Tengku ke mari?”
“Pasal projek”

Bab 33

Suraya masuk ke bilik pejabat Tengku Hamzan dan menyerahkan dokumen akaun yang dipinta oleh Tengku Hamzan. dokumen itu diteliti sepintas lalu dan kemudian dia mnnurunkan tandatangan dan diserahLan   kembali kepada Suraya. Suraya keluar dari bilik pejabat setelah Tengku Hamzan menyuruhanya menyediakan minuman Nescafe. Sejak beberapa hari kebelakangan ini, tidurnya sering tidak lena. Ada sahaja mimpi yang datang mengganggu. Dia bermimpi ngeri tentang arwah isterinya. Dalam mimpinya dia melihat sebuah kemaLan  gan jaLan   raya yang dasyat sekali. dan sebuah kereta telah meletup dan kemudian jatuh merudum ke sebuah gaung yang dalam. Kemudian muncul wajah Mylia dengan dipenuhi darah di seluruh mukanya meminta belas kasihan daripadanya supaya diselamatkan. Dalam mimpinya, dia hanya mampu melihat dan tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu Mylia. Mimpi itu sering datang mengganggu sebaik sahaja dia merebahkan kepaLan  ya ke bantal.
Setelah itu, Tengku Hamzan bangun dan berwuduk. Dia bersembahyang sunat tahajjud dan kemudian menyedahkan bacaan Yasin kepada arwah isterinya.
Tengku Hamzan menyandarkan tubuhanya ke kerusi. Sudah lama dia tidak berkunjung ke kuburan arwah isterinya. Telefon bimbit Tengku Hamzan berbunyi.
Suara manja milik Zue kedengaran di hujung talian.
“Ada apa?”
“Tengku free ke petang ni, saya nak ajak Tengku dinner”
“I banyak kerja. You tahu kan I baru balik dari KeLan  tan semalam”
“Dah lama kita tak keluar makan bersama”
“Mungkin lain kali”
Talian itu terus dimatikan. Dia tidak mahu diganggu terutama apabila urusan banyak yang tergendala. Urusan-urusan di KeLan  tan Berjaya diangani dengan baik walaupun syarikatnya terpaksa menanggung beban biaya yang besar. Projek ini sangat penting baginya kerana inilah projek pertama yang diusahakan yang berkaitan dengan bidang perLan  congan dan resort. Sebelum-sebelum ini dia hanya menunpukan kepada perusahan import dan eksport termasuk kereta dan teknologi. Tengku Hamzan mahu menceburi bidang baru dan ayahnda Tengku Imran banyak membantu.
Tengku Hamzan menyuruh Suraya menelefon Tengku Imran dan membuat janji temu untuk bertemu pada malam hari nanti. Kemudian Tengku Hamzan menyambung kerjanya yang tergendala.
Tengku Nadhirah duduk sendirian dia bawah sepohon pokok yang rending untuk berteduh dari pancaran terik sinar matahari. Dia membuka balutan polisterin pada bungkusan roti sandwich yang dibelinya pada awal waktu rehat tadi. Roti itu digigit dan kemudian dikunyah perlahan-lahan. Tengku Nadhirah termenung jauh. Dia menginginkan kehidupan seperti orang lain. Ada bonda sebagai tempat mengadu masalah dan menumpang kasih sayang . Ayahndanya terlalu sibuk dengan urursan kerja. Kasih sayang  seorang bonda sangat berbeza daripada kasih sayang  seorang ayahnda. Tengku Nadhirah tidak tahu mahu mengadu kepada siapa tentang masalahanya dengan kawan-kawannya di sekolah. Mereka semua tidak mahu berkawan dengannya. Apakah masalah mereka. Bukannya mereka tidak tahu dia seorang yang berketurunan di raja dan sangat kaya. Apa mereka tidak mahukah menumpang kesenangannya? Kalau mereka berkawan dengannya pasti dia akan selalu menghadiahkan mereka hadiah-hadiah yang mahal. Wang dan barang-barang hadiah bukannya satu masalah. Dia bahkan tidak perlu meminta dari ayahanya, bahkan dia sendiri mempunyai kad kredit gold sebagai hadiah harijadi yang ke-lima tahun. Tengku Nadhirah ternampak Rihan sedang berjalan    ke kelas. Tengku Nadhirah berlari-lari anak mengejar Rihan. Nama temannya itu dipanggil dari jauh. Rihan menoleh ke belakang ke arah Tengku Nadhirah. Dia sengaja mempercepatkan Lan   gkahanya kerana tidak ingin bersemuka dengan Tengku Nadhirah. Tengku Nadhirah memanggil nama Rihan sekali lagi dan akhirnya Rihan berhenti. Dia berpaling ke arah Tengku Nadhirah perlahan.
Tengku Nadhirah tercungap-cungap kepenatan dan membongkokkan badannya.
“Awak nak ke rumah istana petang nanti?” soal Tengku Nadhirah memulakan bicara. Dia mahu berbaik-baik dengan Rihan.
Rihan menggeleng.
“Ayahnda ada belikan set Barbie yang baru. Nanti kita boleh main sama-sama”
“Saya tak mahu kawan dengan awak lagi” beritahu Rihan berterus terang.
“Kenapa?” Tengku Nadhirah terkejut. Dia tertanya-tanya kenapaka Rihan menjauhkan diri dariapadanya.
“Saya tak suka kawan dengan awak”
“Kenapa? Saya belikan awak set Barbie yang baru nak?”
“Saya tak suka bila awak suruh saya buat itu ini”
“Mana ada saya buat macam tu”
Rihan tertunduk. Dia tidak mahu melukai Tengku Nadhirah. Dia menyukainya dulu tetapi bila lama-lama dia diperlakukan dengan sesukanya, Rihan mula menjauhkan diri daripada Tengku Nadhirah.
“Saya pergi dulu” beritahu Rihan kemudian dia segera berlari meninggalkan Tengku Nadhirah sendirian. Tengku Nadhirah terkejut dan terdiam apabila mendengar luahan daripada Rihan. Dia tidak sedar yang dia melakukan perbuatan seperti yang diberitahu oleh Rihan kepadanya. Dia sedih kerana semua kawan-kawannya tidak mahu berkawan dengannya. Apa masalahanya? Betulkah dia memperlakukan mereka begitu? Dia menyayangi Rihan tetapi Rihan tidak mahu berkawna dengannya lagi. Tengku Nadhirah berlari ke arah padang sekolah dan menangis sekuat hati. Dia menyandarkan diri pada pagar sekolah yang membataskan padang yang luas itu dengan sebuah kawasan kebun buah-buahan. Di situ Tengku Nadhirah menangis semahunya. Kata-kata pesanan  ayahnda tidak lagi dihiraukan. Dia mahu menangis. Dia tidak kisah samada dia seorang yang lemah atau tidak yang penting dia mahu menghilangkan perasaan sedih ini. Sedih apabila dipulaukan oleh semua orang.
“Kenapa menangis?”
Tengku Nadhirah terkejut menerima teguran dari seseorang tu sehingga dia cuba melarikan diri dan terjatuh akibat tersadung banir pokok besar yang terletak di hujung padang sekolah.
Dia melihat seorang kanak-kanak sebaya dengannya sedang berdiri dan memandangnya dari luar pagar padang sekolah. Tengku Nadhirah bangun berdiri dan membersihkan seragam sekolahanya.
“Apa kau buat di luar sana?” soal  kasar.
“Saya tolong ayah di kebun. Saya tak ke sekolah hari ini. Kemudian saya dengan awak menangis. Kenapa awak menangis?” soalnya.
Tengku Nadhirah berjalan    hampir ke pagar. Kanak-kanak itu dilihat dari atas sampai ke bawah. Pakaian agak using dan wajahanya berkeringat. Rambutnya kusut.
Dari jauh kedengaran nama Amira dilaung dari jauh. Kanak-kanak itu menyahut.
“Ayah dah panggil” beritahunya kepada Tengku Nadhirah. Tengku Nadhirah diam sahaja.
“Nah” Amira menghulurkan sebiji pisang kepada Tengku Nadhirah dan kemudian dia berlari-lari keluar dari kebun itu. Tengku Nadhirah hanya melihat sahaja.
Seorang pelayan wanita datang dengan membawa segelas Nescafe untuk Tengku Hamzan seperti yang dipesannya. Tengku Hamzan senyum apabila melihat Tengku Tengku Imran melambaikan tangan kepadanya dari jauh. Dia sengaja mahu berjumpa dengan ayahndanya itu. Sudah lama mereka tidak bertemu. Masing-masing sibuk dengan uruan kerja. Tengku Imran masih lagi aktif dengan urusan perniagaannya walaupun Megat Iskandar banyak membantu.
“BuLan   depan ada perjumpaan kerabat di rumahTengku Husain. Anaknda Tengku Hamzan ikut?” Tanya Tengku Imran berkenaan dengan acara tahunan kerabat diraja mereka itu.
“Anaknda sibuk ayahnda. Tapi Tengku Nadhirah akan pergi, wakil anaknda nanti”
Tengku Imran meneguk air minumannya.
“Macamana projek?”
“Berjalan    Lan   car setakat ini”
“Masalam tambakan tu selesai”
“Sudah selesai. Alhamdulillah buLan   depan dan start fasa ketiga”
Tengku Imran mengangguk.
“Tengku Anis sihat?”
“Sihat tapi sekarang macam dah nak masuk anak ketiga. Petang tadi anaknda ke klinik dengan bondanya. Ayahnda belum pulang ke rumah lagi hari ini tapi kalau ikut pengalaman ayahnda, Tengku Anis macam dan ada gejala-gejala mengandung”
Ahmad senyum. “Dah nak masuk tiga oranglah cucunda ayahnda”
Tengku Imran senyum bahagia.
“Anaknda macamana? Bila merancang nak kahwin? Ayahnda boleh carikan calon. Ada beberapa orang kawan ayahnda ada bertanya tentang anaknda. Mereka ada anak perempuan. Kalau ananknda setuju ayahnda boleh aturkan pertemuan”
Ahmad senyum. “Anaknda belum merancang mahu mencari pengganti Mylia”
“Fikirkan pasal Tengku Nadhirah”
Tengku Hamzan terdiam.
 “Kalau anaknda ceritakan sesuatu boleh ayahnda simpan sebagai rahsia?”
 Tengku Imran mengangguk.
“Anaknda ada bertemu dengan seseorang yang mirip dengan Mylia”
Tengku Imran ternyata terkejut.
“Mylia sudah meninggal anaknda. Anaknda sendiri yang mengecam mayatnya dahulu.
“Tetapi waktu itu pengecaman hanya dibuat dengan berdasarkan pakaian dan barang-barang yang ada bersama mangsa. Anaknda melarang dilakukan bedah siasat ke atas mayat arwah Mylia kerana ia mencemarkan duli Mylia”
“Macamana dengan laporan gigi?”
“Sekarang semuanya boleh dibeli dengan wang. Anaknda ada mengesyaki yang kes kematian Mylia bukan sekadar kemaLan  gan tetapi laporan polis mengatakan sebaliknya. Kini kehuatiran itu bertambah apabila anaknda berjumpa dengan Farah. Dia mirip sekali dengan Mylia”
“Macamana dengan dokumen pengenaLan   diri?”
“Perfect. Semua menunjukkan yang Farah adalah Farah dan bukan Mylia”
“Apa yang buatkan anaknda rasa Farah adalah Mylia”
“Wajah mereka sangat persis. Tetapi ada satu masa, Farah membetulkan tali kasut anaknda sedangkan pada masa itu kami baru kedua kali berjumpa. Hanya Mylia yang tahu kebisaaan yang anaknda tidak boleh mengikat tali kasut anaknda sendiri. Dan baru-baru ini, Farah terkejut apabila melihat tangan kanan anaknda boleh bergerak. Kenapa dia terkejut? Sedangkan selama ini, anaknda tidak pernah memberitahu yang anaknda pernah cacat tangan kanan”
Tengku Imran diam. Dia mula risau dan mengesyaki sesuatu. Jangan-jangan keacauan ini didaLan  gi oleh Maisarah  .
“Kalau Farah adalah Mylia, apa yang anaknda akan buat?”
“Dia masih isteri anaknda dan anaknda tak pernah menceraikan Mylia”
“Tapi anaknda tidak berasa pelik? Kalau Farah adalah Mylia, milik siapakah mayat yang kita sangkakakn Mylia?”
Tengku Hamzan terdiam. Bukan dia tidak terfikirkan hal itu. Dia tidak tahu jawapan kepada soaLan   tengku Imran itu.
“Ini bermakna selama ini, memang ada orang yang sengaja mahu menjatuhkan anaknda. Ada daLan  g di sebalik semua kejadian pelik ini” bentak Tengku Imran dan memang dia sudah mempunyai suspek iaitu Maisarah tetapi dia tidak memberitahu kepada Tengku Hamzan kerana dia tahu anakndanya itu sangat sulit mempercayai kenyataan yang bondanya berniat jahat kepadanya.
“Macamana anaknda nak buktikan yang Mylia dan Farah adalah orang yang sama?”
Tengku Hamzan menggelengkan kepaLan  ya. Dia tidak tahu.

No comments:

Post a Comment