Bab 21
Perbezaan masa antara Malaysia dan
Amerika Syarikat adalah lima belas jam. Mylia bangun dari tidur. Tengku Hamzan
masih nyenyak tidur di sebelahanya. Mylia membuka pili air dan berniat mandi
hadas. Setelah selesai mandi, dia mengejutkan Tengku Hamzan dari tidur. Tengku
Hamzan menggeliat. Matanya dibuka, tangan Mylia diraih, dia senyum. Mereka
bertukar-tukar senyuman.
“Kita solat subuh bersama-sama ye,
kanda”
“Biar kanda bersiram dulu”
Mylia mengangguk.
“Pandai ke mandi hadas? Kalau tak
tahu kanda boleh ajar” Tengku Hamzan senyum nakal.
“Gatal” lengan Tengku Hamzan
dicubit lembut. Tengku Hamzan duduk, “Boleh pass
bath robe tu?”
Mylia bangun dan mendapatkannya
untuk Tengku Hamzan.
“Sekarang segan, semalam tak
segan?”
Tengku Hamzan senyum.
“Belum ambil wuduk lagi kan?”
Mylia menggeleng, “Kenapa?”
Sebelum sempat Mylia berbuat
apa-apa, Tengku Hamzan mengucup dahinya. Mylia diam. Bibirnya mengukirkan
senyuman.
Tengku Hamzan bangun dan berjalan ke
arah kamar mandi. Mylia mengemaskan
katil mereka. Teringat peristiwa yang berlaku semalam. Mylia tersenyum
sendirian.
Setelah mengambil wuduk, mereka
berdua solat subuh bersama-sama. Tengku Hamzan kemudiannya berbaring di katil,
Mylia disuruh berbaring di sebelahanya. Mylia mengikut permintaan suaminya.
Lengan Tengku Hamzan dijadikan bantal. Dada Tengku Hamzan dipeluk erat. Tengku
Hamzan memejamkan matanya tetapi Mylia tetap berjaga. Dia tidak boleh
melelapkan mata setelah mandi dan solat subuh. Dia bangun perlahan-lahan agar
tidak mengejutkan Tengku Hamzan yang sedang enak tidur. Mylia membuka sliding door dan duduk berdiri di
balkoni kamar. Sang suria belum lagi kelihatan tetapi sinaran cahaya sudah
terpancar dan membuatkan seluruh alam kelihatan seperti emas yang sedang
berkilau-kilau. Mylia melihat halaman depan rumah istana itu. Kediaman ini
sangat terasing dari kesibukan Bandar, ala-ala istana zaman fairy tales. Tanah menghijau terbentang
luas di sekeliling kediaman istana.
Kediaman Tengku Shahir ini tidak
berpagar, seluruh kawasan yang menghijau yang dapat dilihat dengan mata ini
adalah tanah yang dibeli oleh Tengku Shahir. Kediaman ini sengaja dibeli untuk
dijadikan tempat perhimpunan kaum kerabatnya. Dia sendiri mempunyai kediaman di
bandar New York. Sebelah kiri kediaman
istana, ada sebuah taman yang dipenuhi dengan pokok yang menghijau.
Daun-daunnya digunting dan dijadikan pelbagai rupa dan bentuk sebagai hiasan.
Di sebelah belakang kediaman istana, ada sebuah padang untuk menunggang kuda
dan di hadapan kediaman istana ada tasik-tasik yang diciptakan oleh manusia
seperti yang terdapat pada padang golf. Ada pokok-pokok yang tumbuh merendang
dan beberapa batang pokok pine.
Mylia mengenakan pakaian yang agak
tebal, dia meninggalkan Tengku Hamzan sendirian di kamar. Mylia berjalan -jaLan
di laman sebelah kiri kediaman
istana itu. Ada bangku yang tersedia di tengah-tengah laman. Mylia duduk. Dia
terfikirkan kesudahnnya dengan Tengku Hamzan. apakah Tengku Hamzan menerimanya
setelah dia tahu yang sebenarnya pertemuan mereka diaturkan oleh Maisarah .
Apakah kerabat keluarga Tengku Hamzan akan memahami yang dia benar-benar
menyintai Tengku Hamzan setelah mereka semua tahu yang sebenarnya dia adalah
orang suruhan Maisarah . Apakah
kesudahanannya dengan Tengku Hamzan? adakah Maisarah akan marah dengan apa yang
setelah tahu yang dia dan Tengku Hamzan tidur bersama? Kerana kontrak mereka
melarangnya untuk ‘bersama’ dengan Tengku Hamzan. apakah yang patut
dilakukannya. Mylia tertidur di bangku. Matahari sudah kelihatan di ufuk.
Tengku Hamzan terjaga dari tidurnya.
Mylia terjaga setelah bahunya
digerakkan. Matanya terkebil-kebil melihat siapakah gerangan yang duduk di sampingnya.
“Good morning” suara itu menyapa. Ada keriangan di nada suaranya.
Mylia cam suara itu.
“Good morning, Tengku” Mylia bangun
dari tidurnya dan duduk.
“Kenapa tidur di sini?”
“Selepas subuh tadi saya
bersiar-siar di sini. Tak sedar bila tertidur
“Dinda jealous dengan Mylia” Tengku Anis membisaakan dirinya sebagai
dinda. Memandangkan dia membisaakan dirinya sebagai dinda dengan Tengku Hamzan.
“Kenapa Tengku?”
“Sebab kanda Tengku Hamzan dah
banyak berubah sebab kanda Mylia”
Mylia senyum. “Saya tak buat
apa-apa pun, Tengku”
Tengku Anis diam. Mylia turut diam.
“Dah tahu cerita sebalik kecacatan
tangan kanda Tengku Hamzan?”
Mylia menggeleng. Selama ini dia
ada terfikir perkara itu tetapi Tengku Hamzan terlalu sensitive untuk ditanyakan
tentang hal itu. Rasa ingin tahunya itu berkubur tanpa nisan.
“Kanda Tengku Hamzan tak cerita?”
soal Tengku Anis lagi.
Mylia menggeleng.
“Kanda terlalu berahsia. Jangan
salahkan kanda Tengku Hamzan. semasa kejadian ini mula berlaku pun, kanda
selalu berasa rendah diri. Mungkin sebab tu kanda Tengku Hamzan tak mahu
sesiapa lagi dalam kerabat keluarga kami mengungkit hal itu” jelas Tengku Anis.
Sebelum dia menambah, “Tapi dinda rasa kanda Mylia patut tahu hal ini”
Tengku Anis mengimbas cerita pada
dua puluh tahun dahulu.
Tengku Farid jatuh sakit setelah
kematian isteri pertamanya, Tengku Rusnah. Tengku Farid tidak dimasukkan ke
hospital kerana dia mahu menghabiskan sisa hidupnya bersama dengan keluarganya.
Semasa Tengku Farid sakit tenat, Tengku Hamzan hanya berumur SembiLan tahun
dan menurut tradisi kerabat kami, kami perlu menghadiri banyak kelas semasa
bersekolah dan seperti bisaa Tengku Hamzan menghadiri kelas atas arahan Maisarah walaupun ayahndanya sedang sakit tenat. Maisarah
berkeras agar Tengku Hamzan mengikuti
kelas-kelasnya tanpa perlu bimbangkan ayahndanya kerana ayahndanya akan dijaga
oleh Maisarah . Kerana Tengku Hamzan seorang anak yang menurut perintah, dia
mengikut segala arahan Maisarah walaupun
terpaksa, walaupun Tengku Hamzan mahu berada di samping ayahndanya.
Jika ada waktu terluang, Tengku
Hamzan akan ke kamar ayahndanya dan menemani ayahndanya walau untuk seketika. Maisarah
tidak menjaga Tengku Farid seperti yang
dijanjikannya, sebaliknya, dia masih ke luar Negara untuk membeli belah dan
Tengku Farid kadang-kadang dibiarkan sendirian di bawah jagaan Encik Johar.
Fuad ditinggalkan di Malaysia untuk memastikan Tengku Hamzan menurut segala arahannya.
Pada suatu hari, keadaan Tengku
Farid tiba-tiba membaik dan pada awal-awal pagi peguam Tengku Farid dipanggil
melawatnya. Rupa-rupanya di saat akhir hayat Tengku Farid itu, dia mengubah
wasiatnya. Semua harta Tengku Farid diwasiatkan atas nama Tengku Hamzan. dan
pada hari yang sama juga Maisarah pulang
ke Malaysia. Mereka berdua bergaduh kerana keputusan Tengku Farid menukar
wasiatnya itu tidak dibincangkan dengan Maisarah terlebih dahulu. Pada waktu itu, Tengku Hamzan
menghadiri kelas piano. Pergaduhan antara Maisarah dan Tengku Farid itu membuatkan keadaan
kesihatannya bertambah teruk dengan tiba-tiba.
Setelah Tengku Hamzan pulang dari
kelas, Encik Johar mengkhabarkan berita tidak baik itu kepada Tengku Hamzan.
Tengku Hamzan berlari-lari ke kamar untuk berjumpa dengan Tengku Farid. Tetapi
setelah Maisarah menyedari yang Tengku
Hamzan sedang berjumpa dengan Tengku Farid, dia menarik tangan Tengku Hamzan
untuk segera keluar dari kamar itu. Tengku Hamzan memberontak. Dia dicederakan
oleh Maisarah tetapi Tengku Hamzan
melawan lagi. Pada masa itu Fuad dan Encik Johar hanya melihat pergaduhan itu.
Mereka berdua tidak berani campur tangan. Maisarah menolak tubuh Tengku Hamzan
keluar kamar, tetapi Tengku Hamzan menahan daun pintu dengan tangan kanannya. Maisarah
menekan daun pintu. Rintihan dan tangisan Tengku Hamzan hanya dibiarkan sahaja.
Sehinggalah Encik Johar dan Fuad menolak daun pintu itu.
“Fuad? Fuad membantu Tengku
Hamzan?”
Tengku Anis mengangguk lalu
menyambung, “Fuad menurut segala arahan Maisarah
tetapi dia juga mempunyai belas kasihan
dan menghormati keluarga Tengku Farid yang memberikannya tempat untuk
berlindung. Tetapi Maisarah , perempuan itu sangat kejam”
“Kalau semua orang tahu siapa Maisarah
sebenarnya, kenapa tidak keluarkan dia
dari kerabat keluarga Tengku. Dia tidak ada apa-apa hubungan dengan Tengku
Farid lagi”
“Setelah apa yang Maisarah lakukan terhadap Tengku Hamzan, kenapa Tengku
Hamzan masih menganggapnya sebagai bonda?” soal Mylia lagi.
“Perempuan itu memang pandai
berlakon. Tengku Hamzan tertipu dengan kebaikan yang dipamerkan di hadapan
kanda Tengku Hamzan”
Mylia diam.
“Ada orang bercakap-cakap yang
ayahnda Tengku Farid meninggal kerana Maisarah mengugut mahu membunuh Tengku Hamzan. Kerana
terlalu terkejut, Tengku Farid meninggal kerana kejutan itu tidak mampu
ditanggung olehnya. Tengku Farid mengidap sakit jantung dan hypertension” sambung Tengku Anis lagi.
“Boleh saya tahu kandungan asal
wasiat Tengku Farid?”
“Separuh dari harta Tengku Farid
diwasiatkan atas nama Maisarah dan
separuh lagi diwasiatkan atas nama Tengku Hamzan tetapi Maisarah dinamakan sebagai pemegang amanah harta Tengku
Hamzan sehinggalah Tengku Hamzan berumur 21 tahun”
Mylia diam. Cerita masa lampau
suaminya itu membuatkan hatinya bertambah rasa bersalah terhadap Tengku Hamzan.
dia bersekongkol dengan Maisarah untuk
mendapatkan segala keayaan Tengku Hamzan. tetapi itu sebelum dia mengetahui
niat sebenar Maisarah . Sekarang dia mahu melindungi Tengku Hamzan dari niat
jahat Maisarah . Fikir Mylia sendirian.
Maisarah memang terlalu kejam sampai sanggup
mencederakan Tengku Hamzan walaupun Tengku Hamzan masih berusia SembiLan tahun.
Itu membuatkan Mylia berfikir yang ugutan untuk membunuh Tengku Hamzan yang
dicuri dengar sewaktu perbuaLan Maisarah dengan Fuad itu bukan hanya mainan kata. Maisarah
mungkin sanggup membunuh Tengku Hamzan.
Tengku Hamzan mengenakan baju tebal
setelah bersiram. Dia ke balkoni. Dilihat Mylia sedang duduk di bangku laman
bersama-samam dengan Tengku Anis. Tengku Hamzan memanggil nama Mylia dari
balkoni. Mylia dan Tengku Anis berpaling ke arah Tengku Hamzan. Tengku Hamzan senyum gembira.
“Tunggu kanda. Kanda turun
sekarang” pekik Tengku Hamzan dari jauh. Mylia turut senyum kepada suaminya.
“Dinda tak perah lihat kanda Tengku
Hamzan segembira sekarang” beritahu Tengku Anis. Mylia terkejut, dan dia
berpaling ke arah Tengku Anis di sebelahanya.
Tengku Anis turut senyum kepada Mylia. Mereka berdua berjalan -jaLan
keluar dari laman itu untuk
berjumpa dengan Tengku Hamzan di perkarangan.
Tengku Hamzan berjalan agak
cepat menuju ke perkarangan. Dia disapa oleh Tengku Imran dan Tengku Shahir.
Megat Iskandar turut ada bersama dengan ayahnda mertuanya. Tengku Hamzan
sekadar senyum, dia mahu segera bertemu dengan Mylia yang sedang berada di
laman.
“Nak ke mana tu anaknda. Ayahnda
ada projek nak bincang dengan anaknda ni” Tengku Hamzan berhenti. Dia berpatah
balik ke arah Tengku Imran. Tengku Imran
memaut bahu Tengku Hamzan dan mereka berempat berjalan ke arah sebuah pagola yang terletak di samping
laman. Tengku Imran dan Tengku Shahir berbual tentang projek terbaru mereka dan
merancang untuk membuat kerjasama antara syarikat mereka dan melibatkan import
dan eksport antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Sesekali Megat Iskandar
menyampuk. Dia berusaha untuk menambat hati ayahnda mertuanya, Tengku Imran.
Sesekali mereka bertiga ketawa. Tengku Hamzan sekadar senyum untuk mengambil
hati. Dari jauh kelihatan Mylia dan Tengku Anis sedang berjalan keluar
dari laman. Semakin lama, dua wanita itu semakin mendekat. Tengku Hamzan
melirik ke arah Mylia di sebelah Tengku
Anis. Tengku Imran memerhatikan Tengku Hamzan.
Tengku Anis menyapa ayahndanya dan
suaminya. Bahu Tengku Imran dipaut dari belakang. Mylia menyapa Tengku Hamzan.
“Kanda”
Tengku Hamzan senyum. Perbuatan
mereka berdua itu dilihat oleh mereka berempat. Tengku Shahir berdehem kecil.
Tengku Hamzan melarikan pandangannya dari terus menatap wajah Mylia.
“Bincang business ke?” soal Tengku
Anis kepada suaminya. Megat Iskandar mengangguk.
“Projek antara ayahnda dan ayahnda Tengku
Shahir”
“Kanda Tengku Hamzan! dinda nak
ajak kanda Mylia ikut dinda pergi shopping sekejap lagi boleh?” soal Mylia.
Dia melepaskan pelukannya pada
ayahndanya.
Tengku Hamzan melihat ke arah Mylia.
Anak matanya seolah-olah bertanya, ‘Apa ni? Kenapa tak bincang nak dengan kanda
dulu sebelum merancang keluar dengan Tengku Anis?’
Mylia menggeleng-geleng kecil. Dia
juga tidak tahu rancangan mengejut Tengku Anis ini.
“Dinda selalu shopping dengan bonda
Aishah, Bonda Camellia, Bonda Khiriah. Tengku Edlin pun ada kan?” balas Tengku
Hamzan.
“Mereka memang ikut sekali tapi
dinda nak ajak kanda Mylia sekali. Lagi ramai lagi meriah” balas Tengku Anis.
Baru sahaja Tengku Hamzan mahu
merancang untuk menghabiskan masa bersama Mylia hari ini, rancangan Tengku Anis
untuk mengajak Mylia keluar bersamanya pasti akan membantutkan rancangannya.
Sebab itulah Tengku Hamzan menolak.
“Tak payahlah dinda. Mylia bukan
suka shopping” Tengku Hamzan menambah lagi.
Mylia melihat Tengku Hamzan
bersungguh-sungguh memberikan alasan supaya dia tidak mengikut Tengku Anis
keluar. Sebenarnya dia juga berhasrat mahu bersama dengan Tengku Hamzan sahaja
hari ini.
“Saya memang tak suka shopping,
Tengku” sampuk Mylia. Tengku Hamzan melihat ke arahnya lalu tersenyum.
“Kalau macam tu tak apalah” Tengku
Anis berbual dengan ayahndanya, Tengku Shahir dan Megat Iskandar.
Tengku Hamzan memegang tangan
Mylia, “Ke mana tadi dinda?”
“Bersiar-siar di laman”
“Seorang?”
Mylia mengagguk.
“Kenapa tak ajak kanda”
Mylia diam.
“Kanda nak bincang pasal business
dulu. Dinda tunggu di dalam boleh. Nanti kanda ke sana”
Mylia mengangguk.
Tengku Anis menepuk bahu Tengku
Hamzan.
“Kanda dengan kanda Mylia ni macam
pengatin baru, mengalahkan dinda dengan kanda Megat” Tengku Anis bergurau.
Tengku Imran, Tengku Shahir dan Megat Iskandar turut ketawa.
“Memang pengantin baru pun” Tengku
Hamzan bersuara perlahan tetapi didengari oleh Mylia. Mylia berdebar-debar
setelah kata-kata Tengku Hamzan itu singgah di telinganya. Kejadian malam tadi
terbayang di fikirannya. Mylia mengajak Tengku Anis untuk segera beredar.
Pipinya merona merah menahan malu.
No comments:
Post a Comment