Bab 28
Maisarah bertemu dengan Zue di
sebuah kelab golf. Kedatangan Zue yang agak terlambat membuatkan Maisarah naik marah. Zue duduk bertentangan dengan Maisarah
dan dia memesan minuman untuknya.
“Ada apa nak jumpa?” soal Zue. Kaca
mata hitamnya tidak ditanggalkan. Dia bimbang jika dilihat bersama dengan Maisarah
akan menimbulkan pelbagai spekulasi baru
untuk dunia hiburan tanah air.
“Aku nak jumpa puppet aku kena ada alasan ke?”
“Hei, jangan ingat kau bayar aku,
kau boleh buat apa saja yang kau suka. Aku pun ada life!”
“Aku bayar kau mahal, kau jangan
cakap kau ada hak untuk tengking aku dekat public”
Mereka berdua diam setelah seorang
pelayan lelaki datang menghantar pesanan Zue.
“Macamana hubungan kau dengan
Tengku Hamzan sekarang?”
“Macam biasa. Macam dulu-dulu.
Hubungan kami tdak pernah melebihi hubungan seorang kawan. Tengku Hamzan takkan
dapat menerima aku”
“Aku suruh kau tidur dengan dia,
bukan suruh kau buat dia jatuh cinta pada kau!”
“Tengku bukan macam lelaki lain”
“Kau jatuh cinta pada dia?” soal Maisarah
terkejut. Dia pernah melihat reaksi yang sama pada Mylia dulu. Gadis itu juga telah jatuh cinta pada Tengku Hamzan.
Zue terdiam. Telefon bimbitnya berdering.
Zue menerima panggilan dari pengarah
filem terbarunya. Dia diminta
untuk segera datang ke set pengembaraan. Zue meninggalkan Maisarah sendirian. Maisarah sempat mengugut untuk membocorkan rahsia Zue
jika dia tidak melakukan ‘pekerjaannya’ dengan baik.
Setelah pertemuan dengan Zue, Maisarah menyuruh Fuad menghantarnya pulang. Sebaik
sahaja kereta yang dipandu oleh Fuad masuk ke perkarangan rumah istana, Maisarah
dapat melihat Tengku Hamzan sedang duduk-duduk di taman.
“Kau tahu Tengku akan pulang hari
ini?” soal Maisarah kepada Fuad. Dia terkejut melihat Tengku Hamzan berada di
rumah istana. Katanya mahu ke KeLan tan
untuk beberapa hari.
Maisarah keluar dari perut kereta
dan menuju ke taman. Bahu Tengku Hamzan dipaut dari belakang.
“Bila anaknda pulang?” soal Maisarah
lembut. Tengku Hamzan senyum kepada bondanya dan menyuruh bondanya menemani.
Akhbar di tangannya di letakkan ke atas meja.
“Semalam. Tapi masa tu bonda
keluar. Encik Johar kata bonda ada hal di butik. Anaknda bangun lambat pagi ni.
Dan apabila anaknda bangun, bonda sudah keluar”
“Macamana projek di KeLan tan?”
“Good”
“Tengku Nadhirah mana?”
“Ada di dalam. Main piano”
“Ada apa-apa anaknda nak bagitahu
bonda?” soal Maisarah .
Tengku Hamzan diam. Perlukah
memberitahu bonda pasal Farah?
“Sebenarnya..”
Tengku Hamzan senyum. Dan kemudian
dia menggeleng. Hal Farah biarlah menjadi rahsia buat sementara waktu. Bila
masanya sudah tiba, dia akan menceritakan segala-galanya.
“Kalau macam tu, bonda masuk dulu”
Maisarah berlalu meninggalkan
Tengku Hamzan sendirian di taman itu.
Tidak lama kemudian, Tengku Hamzan
juga bangkit dari duduknya. Dia masuk ke kediaman istana dan menuju ke ruangan
dalam. Dia duduk di sebelah Tengku Nadhirah. Jari-jari Tengku Nadhirah sedang
menari-nari di papan piano.
Tengku Hamzan mengangkat tubuh Tengku
Nadhirah dan diletakkan di atas ribaannya. Dia mencium dahi anakndnya.
“Ayahnda, anaknda tak suka berlatih
main piano” keluh Tengku Nadhirah apabila guru pianonya memintanya untuk menguLan gi mainan pianonya untuk ke sekian kalinya.
“Kalau macam tu, jangan berlatih
lagi”
“Kalau anknda tak berlatih, En. Lim
marah ” Tengku Nadhirah menjeling ke arah
En. Lim yang sedang berdiri di sebelah piano. En. Lim menggelengkan kepala mengisyaratkan
agar Tengku Nadhirah berhenti mengutuknya di hadapan Tengku Hamzan. dia bimbang
sekiranya, Tengku Hamzan memecatnya dari terus mengajar.
“En. Lim takkan marah anaknda. En.
Lim tak boleh marah anaknda. Anaknda ada kuasa lagi tinggi dari En. Lim. Kalau
En. Lim marah anaknda, ayahnda akan pecat En. Lim”
Mendengar kata-kata Tengku Hamzan
itu, En. Lim meneLan air liurnya. Bimbang jika Tengku Hamzan benar-benar
memecatnya. Bayaran yang diberikan oleh Tengku Hamzan sangat berpatutan dan dia
tidak mahu kehilangan ‘sumber pendapatan sampingannya itu’ yang angkanya lebih
besar dari angka pendapatan tetapnya.
“Kau boleh pulang awal. Lain kali
buat sesi pembelajaran lebih menarik untuk Tengku Nadhirah” arah Tengku Hamzan.
En. Lim mengangguk. Dia menundukkan dirinya memberi hormat dan kemudian sambil
diiringi oleh Encik Johar, En. Lim keluar dari kediaman itu.
“Ayahnda, anaknda nak pergi zoo”
“Kenapa nak ke sana?” soal Tengku
Hamzan acuh tak acuh. dia mula memetik papan piano memainkan lagu kegemarannya
yang dimainkan semasa dia memperkenalkan Mylia kepada seluruh kaum kerabatnya
di kediaman istana ayahnda Tengku Shahir.
“Kawan anaknda ke sana dengan
family. Best! Anaknda teringin nak pergi” keluh Tengku Nadhirah.
“Siapa kawan anaknda tu?”
“Syafik”
“Siapa nama penuh Syafik?”
“Ahmad Syafik bin.. bin..bin apa
ye?!”
Tengku Nadhirah mengetuk jari
telunjuknya di dagu beberapa kali. Dia cuba mengingat kembali nama teannya itu.
Tengku Hamzan ketawa lucu.
“Ahmad Syafik bin apa ye?”
Tengku Nadhirah mencebik marah,
“Not funny ayahnda!”
“My princess dah marah. Marah dekat
ayahnda ye” Tengku Hamzan memeluk tubuh kecil anakndanya dan mencium wajahanya
beruLan g kali. Tengku Nadhirah
memprotes, wajah ayahndanya ditolak dari terus menciumnya. Wajah Tengku
Nadhirah masam mencuka. Tengku Hamzan
kemudianya menggeletek di leher Tengku Nadhirah dan Tengku Nadhira segera
ketawa.
“Enough ayahnda. Enough!”
“Say you sorry first”
“Im..sorry” kata Tengku Nadhirah berseLan g seli dengan ketawanya.
“Jom pergi zoo, ayahnda”
“Tengku Nadhirah Putri. Kawan
anaknda tu seorang commoner and you a Tengku. That’s make a different. And we
Tengku didn’t go to zoo or any place like what commoner go. And we, Tengku
didn’t do what commoner do. Understand?”
“Bonda commoner”
Tengku Hamzan terdiam.
“I miss bonda” Tengku Nadhirah mencebik lagi. Matanya bergenang
dengan air jernih. Tengku Hamzan segera mengesat air mata Tengku Nadhirah. Dia
mencium di ubun-ubun Tengku Nadhirah lalu memeluk tubuh anakndanya itu
erat-erat. Tengku Hamzan diam. Bukan hanya Tengku Nadhirah yang merindui kasih sayang
dari Mylia.
Setelah seminggu menuggu jawapan
daripada Farah, akhrinya penantian Tengku Hamzan berakhir setelah dia menerima panggilan
telefn daripada Firdaus dan memberitahu yang
syarikat Farah telah menandatangani kontrak untuk membekalkan bekaLan stok
yang mereka perlukan untuk Projek Putri.
“Dah bincang details stok yang kita nak?” soal Tengku Hamzan.
“Belum tengku. Esok ada meeting
dengan syarikat pembekal. Esok saya akan beritahu”
“Jangan lupa Tanya tentang
pegangkutan. Aku tak mahu ada masalah penghantaran stok semasa projek tu nanti.
Especially dari syarikat Farah. JaLan dari
rumah mereka selalu banjir. Jadi make
sure kau bincang baik-baik”
“Baik tengku!”
“One more. Aku tak boleh turun KeLan
tan this week”
“Oh. Saya ada beritahu Cik Farah
Tengku akan datang meeting nanti”
“Kenapa kau bagitahu macam tu?”
“Maaf Tengku, tapi Cik Farah yang Tanya.
Masa sign kontrak tadi pun dia ada Tanya kenapa Tengku tak datang” jelas
Firdaus. Nada suaranya ada sedikit menjerat. Sengaja dia mahu mendengar reaksi
dari majikannya. Firdaus dapat merasakan ada sesuatu yang sedang berlaku antara
Tengku Hamzan dan Cik Farah.
“Dia Tanya?” soal Tengku Hamzan
gembira dan terkejut. Tetapi dia segera mengubah topik perbincangan mereka
kepada topik business.
Bab 29
Lan
mengambil tempat duduk di
bahagian tengan meja empat segi itu. Tempat duduk di sebelah Lan diambil oleh Farah.
Tidak lama kemudian wakil dari syarikat swasta itu masuk. Farah tidak melihat
Tengku Hamzan. matanya mencari-cari kelibat lelaki itu. Firdaus memberi salam
dan kemudian duduk di kerusi yang paling hadapan.
“Maaf menunggu. Saya ada membuat
perbincangan dengan majikan saya, Tengku Hamzan sebelum masuk ke sini. Baginda
tdak dapat hadir kerana ada beberapa urusan di ibu kota. Ini ada beberapa
keperluan yang kami nak dan kami harap syarikat-syarikat tuan dapat penuhi”
firdaus menyuruh beberapa orang pekerjanya menyerahkan fail putih itu kepada
setiap orang yang berada di kamar itu.
“Seperti yang tertulis dalam
kontrak yang telah ditanda tangani oleh kamu semua sebelum ini. Sebarang
masalah yang berasal daripada pihak pembekal akan ditanggung oleh pihak
pembekal itu sendiri. Segala bekaLan yang kami perlukan akan disediakan oleh pihak
pembekal walau apapun masalah. Dan bekaLan
-bekaLan pokok yang kami mahu semua ada tertulis dan
diperincikan dalam fail putih yang baru diedarkan tadi. BekaLan -bekaLan
pokok akan dimulakan beberapa buLan dari
sekarang bergantung progresif pembangunan Lan
dskap chalet. Paling awal mungkin dalam tiga atau empat buLan . Dan paling lambat dalam 9 buLan ”
“Jika ada apa-apa masalah sila bertanya”
“Macamana jika kami meLan ggar perjanjian kontrak”
“Itu Syarikat Bumi jangan bimbang.
Kita akan selesaikan dengan tindakan undang-undang. Ada apa-apa soaLan lagi?”
“Saya dari Syarikat Green House”
Lan mengangkat tangannya dan memperkenalkan diri.
“Sepertimana yang Encik tahu, jaLan yang perlu
kami lalui untuk ke tapak projek selalu banjir kalau musim hujan. Jadi saya
bimbang sekiranya kami tidak dapat membekalkan stok jika berlaku banjir
sepnjang jaLan keluar dari tapak semaian kami”
“Ok. Green House tunggu sampai
habis meeting. Kita bincang pasal tu. Ada apa-apa soaLan lagi?”
“KeLan tan Permai. Encik, bagaimana dengan bayaran?”
soal seorang wakil dari syarikat KeLan tan
Permai dan soaLan nya itu mendapat
perhatian dari semua orang yang berada di dalam bilik mesyuarat itu.
Firdaus tersenyum apabila soaLan itu
diutarakan.
“Pasal bayaran jangan bimbang.
Syarikat kami tidak pernah terlambat melakukan bayaran. Kami akan masukkan 20%
dari bayaran asal sebagai pendahuluan untuk menampung sebarang kos semasa proses
itu berLan gsung. Selebihanya akan
dimasukkan beransur-ansur selama tempoh proses sehingga kami akan memberikan
50%. Dan selebihanya akan dijelaskan secara cek setelah semua urusan selesai”
Pihak pembekal terangguk-angguk
setuju dengan cara bayaran dari syarikat ini.
Setelah dua jam perbincangan itu
berLan gsung, pelbagai persoalan dan keeliruan
dari pihak pebekal dijelaskan secara terperinci oleh Firdaus. Dan steelah
perbincangan itu tamat, Firdaus meminta Lan danFarah membontotinya ke kamar.
Dia perlu membuat panggilan kepada Tengku Hamzan berkenaan dengan masalah
pengangkutan syarikat Green House.
Tengku Hamzan keluar dari perut
kereta sambil membawa kek harijadi Tengku Nadhirah yang ditempah sehari lebih
awal. Kek itu ditempah dari sebuah kedai kek antarabangsa yang dibuat di bawah
pengawasan pekerja Tengku Hamzan bagi mengelakkan kemungkinan kek itu dicampur
racun. Telefon bimbitnya berdering dan Tengku Hamzan melihat nama Firdaus
tertera di skrin.
“Dah selesai meeting?” soal Tengku Hamzan.
“Baru je selesai, Tengku. Wakil
dari syarikat Green House ada bersama saya sekarang ini”
“Green House?” Tengku Hamzan
terlupa soal perniagaannya buat seketika kerana sibuk dengan urusan majlis
sambutan hari lahir Tengku Nadhirah yang ke lima kalinya.
“Cik Farah..” Firdaus sengaja
menyebut nama salah seorang wakil dari syarikat Green House. Mungkin itu akan
mengembalikan ingatan Tengku Hamzan tentang syarikat pembekal itu.
“Oh! Pasal tu. Sekejap” Tengku
Hamzan masuk ke kediaman istana dan menyerahkan kek itu kepada Encik Johar. Dia
menekup telefon bimbitnya dengan tangan, “Tengku Nadhirah mana?” soal Tengku
Hamzan kepada Encik Johar.
“Ada dengan baby sitter di dapur”
“Anaknda buat apa di dapur?”
“Tengku kata dia nak buat sesuatu untuk
Tengku” pelik apabila mendengar Encik Johar berkata begitu tetapi kerana sudah
terbisaa Tengku Hamzan faham. Tengku yang pertama kali disebut merujuk kepada
diri Tengku Nadhirah dan Tengku yang kedua kali disebut itu merujuk kepada
dirinya.
“Kalau Tengku Nadhirah cari,
katakan saya di kamar bacaan”
Encik Johar mengangguk menurut
perintah.
“Hello” Tengku Hamzan kembali
kepada perbincangannya dengan Firdaus yang tergendala agak lama tadi.
“Kau call aku pakai Skype. Aku
online sebentar lagi”arah Tengku Hamzan dan dia segera mematikan talian.
Firdaus tersenyum sumbing apabila panggilan
nya segera dimatikan oleh Tengku Hamzan.
“Macam inilah sikap Tengku”
beritahu Firdaus untuk menutup malunya di hadapan Farah dan juga Lan .
Dia ke meja dan membuka laptop. Dia
dan Tengku Hamzan akhirnya berhubung dengan Skype. Firdaus menarik laptonya
menghadap Farah dan Lan . Kelihatan
Tengku Hamzan sedang membetulkan duduknya.
“Pasal transport tu tak ada masalah kalau tak banjir kan?” soal Tengku
Hamzan secara tiba-tiba tanpa sebarang kata-kata pembuka bicara atau salam.
SoaLan dari
Tengku Hamzan itu mendapat anggukan daripada Lan .
“Apa pengangkutan yang selalu
digunakan?”
“Lori kecil”
“Ada berapa?”
“Sebuah”
Tengku Hamzan kelihatan termenung
panjang kemudian baru dia berbicara.
“Dalam masa beberapa buLan dari
sekarang, musim tengkujuh akan berakhir Cuma sekarang perubahan musim agak
tidak menentu, so we hope for the best
but we prepare for the worst. Kalau nak minta kerajaan negeri buat
perluasan system perparitan, mungkin dah tak ada masa so kita tak dapat buat
apa-apa berkenaan hal itu. Kalau syarikat tidak dapat membekal, Firdaus you
kena cari substitute”
“Huh?”
“Kalau Green House tak dapat
membekal, takkan nak sit and wait je.
Atau Green House, you ada dua pilihan, samada nak kami yang cari substitute untuk syarikat kamu atau kamu
mahu cari sendiri. Atau third choice,
sebelum hujan, pindahkan pokok-pokok ke tempat yang lebih hampir dengan tempat
projek. Sewa tanah untuk tempoh beberapa buLan
. Firdaus dahulukan 25% untuk Green House”
“Tengku memang genius” puji Firdaus.
Tengku Hamzan mengalih pandangannya
ke arah Tengku Nadhirah yang sedang
berdiri apabila membuka daun pintu.
“ I have works” mereka mendengar Tengku Hamzan sedang berbicara dengan seseorang. Pandangan
Tengku Hamzan terarah kepada seseorang yang sedang berada di
belakang laptopnya. Tidak lama selepas itu, Tengku Hamzan bangun dari tempat
duduknya.
“Tengku!” Firdaus memanggil
majikannya itu namun panggilan itu tidak diendahkan. Imej Tengku Hamzan yang
terpampang di skrin SKYPE kemudiannya menghilang. Namun suara Tengku Hamzan
masih lagi kedengaran sayup-sayup.
“Tengku we still online” Firdaus memanggil lagi Tengku Hamzan. tetapi panggilan
itu tetapi tidak diendahkannya.
Tengku Hamzan mendapatkan tubuh
Tengku Nadhirah dan memaut bahunya.
“Hye sayang. Jom turun”
Firdaus segera menutup laptonya. Farah
diam membisu. Kata-kata terakhir Tengku Hamzan dengan sesorang di dalam kamar
bacaaanya itu mengganggu Farah. Siapakah gadis yang menunggu Tengku Hamzan di dalam kamar
bacaannya itu?
Tengku Hamzan mendukung Tengku
Nadhirah turun ke tingkat bawah. Segala persiapan sambutan hari lahir Tengku
Nadhirah telah siap. Maisarah turun dari kamarnya ke tingkat bawah apabila
mendengar riuh rendah dari seluruh penghuni rumah istana.
“Ayahnda, kenapa anaknda tak boleh
ajak kawan-kawan anaknda?” keluh Tengku Nadhirah setelah meniup lilin
harijadinya. Tengku Hamzan menarik tubuh Tengku Nadhirah ke dalam pelukannya.
“Kan ayahnda dah bagitahu. Anaknda
bukan orang kebanyakan, tak boleh berkawan dengan mereka” beritahu Tengku
Hamzan dalam nada lembut. Dia tidak mahu Tengku Nadhirah terluka di hari
lahirnya.
“Ayahnda ada sesuatu untuk anaknda”
Tengku Hamzan menarik sampul surat dari dalam kocek seluarnya. Tubuh Tengku
Nadhirah diangkat dan dipangku.
“Sebelum tu, cium ayahnda dulu”
Tengku Nadhirah mencium pipi Tengku Hamzan. Tengku Hamzan tersenyum. Sampul
surat putih itu bertukar tangan. Tengku Nadhirah membuka dan mengeluarkan
sekeping gambar. Tengku Nadhirah memandang ke arah Tengku Hamzan. dahinya berkerut.
“Gambar bonda” beritahu Tengku
Hamzan dan dia mencium ubun Tengku Nadhirah.
“Happy birthday sayang ” Tengku
Hamzan memeluk Tengku Nadhirah yang sudah mahu menangis apabila menatap gambar
bondanya. Rindunya kepada kasih sayang seorang ibu datang menjengah. Walau bukan selalu
kerinduan itu menjelma tetapi sekali bertandang, kesannya bertahan lama. Tengku
Nadhirah sampai menangis, tidak makan dan tidak minum dan kadang demam. Dia
cemburu melihat teman-temannya yang mempunyai sebuah keluarga yang sempurna
tetapi dia hanya memiliki seorang ayahnda. Dia merindui dan ingin merasa kasih sayang
seorang ibu.
“Petang nanti Tengku Najwa datang.
Nanti tunjukkan set Barbie doll yang ayahnda belikan semalam”
Tengku Nadhirah mengangguk kemudian
dia mendapatkan nendanya dan meunjukkan hadiah dari Tengku Hamzan kepada Maisarah.
Maisarah tersenyum kelat. Tengku Hamzan tidak pernah menunjukkan gambar Mylia
kepada Tengku Nadhirah. Kenapa tiba-tiba…? Fikir Maisarah. Maisarah memangku
Tengku Nadhirah, rambut anak kecil it dibelai.
“Nenda nak keluar, nak ikut bonda?”
soal Maisarah. Tengku Nadhirah sangat disayanginya. Keletahanya dapat
menghiburkan hati tua.
Tengku Nadhirah menggeleng dan
berkata, “Tengku Najwa nak datang. Nenda janganlah keluar” pujuk anak kecil
itu.
Maisarah akan sengaja mencari
alasan untuk keluar dari rumah istana itu sekiranya Tengku Imran dan keluarganya
akan berkunjung. Dia benci melihat muka lelaki itu. Dia dan Tengku Imran memang
dari dulu lagi bermusuhan.
“Nenda ada kerja. Tengku Nadhirah
nak apa? Nanti nenda belikan”
Tengku Nadhirah menggeleng lagi.
Hadiah dari ayahndanya sudah sangat bererti sehingga dia tidak meminta untuk
apa-apa lagi. Tengku Nadhirah bangun dan berlari mendapatkan Encik Johar dan
menunjukkan gambar bondanya kepada lelaki itu. Encik Johar senyum sahaja.
“Encik Johar ni memang tak pandai senyum lah. Jangan senyum Encik
Johar” bentak Tengku Nadhirah. Kemudian dia berlari-lari ke seluruh tempat
untuk mempamerkan gambar bondanya kepada semua pembantu-pembantu rumah.
“Bonda nak ke mana?” tegur Tengku
Hamzan apabila melihat Maisarah keluar dari kediaman.
“Ada hal. Malam nanti bonda pulang”
Maisarah menyuruh Fuad memandu ke
sebuah hotel. Sesudah sampai ke kamar, Maisarah merebahkan dirinya ke katil.
Fuad duduk di birai katil dan membaringkan tubuhanya ke sebelah Maisarah . Tubuh wanita kesayangannya itu dipeluk
erat. Maisarah membentak dan menolak tubuh Fuad. Dia menyuruh Fuad bangun dan
mengambilkannya dokumen –dokumen penting
tentang wasiat Tengku Hamzan.
Fuad bangun dan mengambil sampul
surat besar yang berwarna kuning dan menyerahkannya kepada Maisarah . Maisarah membaca salinan fotostat dokumen itu.
Wasiat inilah yang telah merosakkan
segala rancangannya. Sekali lagi dia tertewas di tangan Mylia. Sekali lagi gadis
itu telah meLan carkan serangan lebih dulu darinya. Perempuan
itu banyak menyusahkannya walaupun sudah meninggal.
Rupa-rupanya sebelum dia meninggal,
dia ada menyuruh Tengku Hamzan menandatangani satu wasiat yang menyatakan jika
apa-apa terjadi kepada Tengku Hamzan atau dirinya segala harta dan asset
kerabat akan diberikan atas nama nama waris zuriat mereka tetapi jika sesuatu
terjadi ke atas pewaris, segala harta yang diletakkan atas namanya akan
diserahkan kepada mana-mana badan kebajikan. Cuma 0.1% akan diberikan kepada Maisarah
sebagai beLan jan buLan an.
Mylia seolah-olah tahu yang dirinya
akan meninggal dan telah memujuk Tengku Hamzan untuk menandatangani wasiat itu.
Maisarah meneguk arak yang
dituangkan oleh Fuad kepadanya.
“Damn! That bitch still nak merosakkan hidup aku walaupun dah masuk
kubur” Maisarah membaling gelas kaca ke dinding. Gelas itu pecah seribu dan
satu serpihan mencalar pipinya yang gebu. Fuad segera mencabut serpihan kaca
itu dari pipi Maisarah dan mengelap darah merah yang mengalir dengan
menggunakan hujung pakaiannya. Maisarah membiarkan.
“Sudahlah. Awak tak penat ke?
Biarkan sahaja Tengku Hamzan dengan keluarganya. Kita lari ke Siam. Kita bina
hidup baru” pujuk Fuad lembut. Dia sudah penat melihat Maisarah terseksa dengan
impiannya sendiri.
Maisarah bangun.
“You ada duit ke?”
“Saya ada menyimpan. Dan saya boleh
kerja”
“You expect I nak hidup macam orang bisaa?! You mampu ke bagi I
kesenangan. Support perbeLan jaan I buLan
-buLan . I nak shopping, nak pergi spa, buat facial, nak bercuti, nak pergi club”
“Saya tak mampu bagi tu semua. Tapi
saya janji, saya akan buat awak bahagia”
Maisarah ketawa lucu. bahagia!
Mampukah Fuad memberikannya kebahagian? Kerana kebahagian itu sendiri baginya
bererti kesenangan dan wang ringgit!
Mylia berjalan mendekati Fuad. Tubuh lelaki itu ditarik ke
arah dirinya. Dia membuka butang baju
Fuad satu persatu.
“Jangan ungkit lagi pasal ni” Maisarah
membisikkan kata-kata itu ke telinga Fuad. Maisarah masih lagi seksi walaupun
usianya sudah boleh dikategorikan dalam golongan warga tua. Fuad diam. Bisikan dan gema suara Maisarah meruntuhkan
ego dan merancakkan debaran di dalam dada. Tubuh Maisarah dirangkul erat.
setakat ni dah baca sampai ke bab ni, byk jgk ksalahan ejaan tp kesilapan nama watak tuh boleh mengelirukan. apa pun cerita ni msih mnarik minat sy utk mmbacanya smpai hbs...
ReplyDelete