Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 36,37


Bab 37

Sudah sebulan berlalu sejak peristiwa pada malam Tengku Hamzan menumpang di rumah mereka. namun Lan masih enggan berbicara dengannya. Farah sudah tidak tahu bagaimana mahu meredakan kemarahan adik lelakinya itu. Lan memang seorang yang pemarah dan protektif. Bukan salahnya juga, dari kecil lagi Lan sudah hidup susah. Malah setelah berkahwin dengan Tengku Hamzan, dia terpaksa menyuruh Lan menyembunyikan diri supaya tidak dapat dikesan oleh Maisarah ataupun Fuad. Dan dengan wang yang dikirimnya kepada Lan   , Lan memulakan perniagaan ini.
Setelah kejadian penculikan itu, dia dibawa lari oleh Muiz, salah seorang penculik yang telah menculiknya atas arahan Maisarah dulu. Muiz banyak membantunya terutama apabila dia berada di dalam kesusahan. Setelah melahirkan anaknya yang lahir mati, Muiz mengambilnya sebagai tawanan. Hati Muiz baik, Muiz tidak membiarkannya sendirian tetapi Muiz membawanya berjumpa dengan kakaknya yang merupakan seorang jururawat di sebuah poliklinik desa. Kakak Muiz banyak membantunya saat itu terutama apabila dia telah kehilangan banyak darah selepas melahirkan.
Setelah kes penculikan itu beransur reda, dia bertekad untuk mengambil peluang ini untuk melarikan diri dari cengakaman Maisarah dan meninggalkan Tengku Hamzan buat selama-lamanya. Dia tidak sanggup menjadi boneka Maisarah untuk menghancurkan hidup suaminya sendiri.
KemaLan  gan jaLan   raya di sebuah gaung itu menjadi satu titik permulaan untuk hidup yang baru. KemaLan  gan itu diaturkan supaya dapat mengaburi mata Maisarah dan Muiz yang turut banyak membantunya ‘membunuh’ Mylia. Segala dokumen pengenaLan   diri diciptakan atas nama Farah Waheeda binti Sulaiman. Lan juga banyak membantu dan menyokong keputusannya untuk menukar identity diri. Lan   , adiknya atau nama sebenarnya adalah Muhamad Khairul bin Shahbuddin mempunyai kenaLan   yang boleh menguruskan soal dokumen pengenaLan   diri yang palsu.
Cuma ada satu rahsia yang tidak dikongsikan dengan Lan iaitu, Tengku Hamzan adalah abang iparnya. Jika Lan dapat tahu yang Tengku Hamzan adalah suaminya pasti Tengku Hamzan akan dihentam habis-habisan.
Farah sedang menyiram pokok bunga saat Lan keluar. Sejak peristiwa itu Lan tidak betah untuk duduk lama-lama di rumah. Ros juga tidak betah untuk berbicara dan bersembang dengannya. Satu yang ditanya, satu yang dijawabnya.

Tidak lama kemudian, Tengku Hamzan keluar dari kereta dan menuju ke arah Farah yang dilihat sedang bekerja di kebun bunga.
“Assalamualaikum”
Hati Farah berdegup kencang. Dia cam suara itu. Farah cuba melarikan diri tetapi Tengku Hamzan mengejar.
“Tolong jangan ganggu saya lagi” Farah mengugut.
“Kita perlu berbincang” pinta Tengku Hamzan.
“Mylia kalau awak lari ke mana pun, saya akan kejar. So baik awak berhenti dan kita bincang pasal ni” sambung Tengku Hamzan lagi. Dia berusaha untuk memujuk.
Farah berhenti. Kata-kata Tengku Hamzan ada benarnya. Sampai bila dia nak melarikan diri daripada Tengku Hamzan. Kalau dia sudah tidak cintakan Tengku Hamzan, minta sahaja cerai. Cerai! Bukankah itu satu-satunya perkara halal yang paling dibenci Allah. Fikir Farah sendirian. Dia berjalan    menghampiri Tengku Hamzan.
“Lan   baru sahaja keluar. Kalau awak ada sesuatu yang nak dibincangkan, baik awak segera sebelum Lan pulang. Kalau Lan Nampak awak di sini, dia pasti akan bunuh awak”
“Mylia pulanglah. Saya akan jelaskan segala-galanya kepada Lan   . Saya sanggup terima apa sahaja hukuman asalkan awak balik ke rumah istana”
“Saya Farah. Berapa kali saya nak cakap yang awak salah orang Tengku”
“Saya tak salah orang. Awak masih lagi isteri saya. Jangan jadi isteri derhaka. Saya halalkan awak keluar dari rumah selama tujuh tahun sebelum ini, tapi kalau awak tak balik lagi selepas ni, saya takkan izinkan. Awak berdosa”
Farah terdiam.
“Sayang, please. Jangan menafikan lagi. Saya yakin yang awak Mylia. Kalau awak bukan Mylia awak takkan terkejut bila lihat tangan kanan saya dulu. Tangan saya sembuh sebab awak. Tak ada orang yang yakin tangan saya akan sembuh kecuali awak. Saban malam awak akan urutkan tangan kanan saya sebab awak yakin yang saya akan sembuh” sengaja Tengku Hamzan mengungkit kisah-kisah dulu saat mereka masih bersama.
Farah tertunduk. Hatinya sedih dan sayu apabila mendengar Tengku Hamzan mengungkit kembali memori mereka berdua dulu.
“Dinda betul. Tangan kanan kanda dah sembuh!” Tengku Hamzan mengangkat wajah Farah dengan tangan kanannya. Air mata Farah disapu dengan jari-jarinya. Farah akhirnya menangis teresak-esak. Tengku Hamzan mahu memeluknya tetapi tubuh Tengku Hamzan ditolak. Farah tidak mahu nengeruhkan keadaan yang sudah parah. Hanya mereka berdua sahaja yang tahu hubungan mereka yang sebenar. Dan jika ada mata yang sedang melihat mereka sekarang ini. apa pula kata mereka nanti.

Ros sangat terkejut apabila melihat Tengku Hamzan berada di kebun bersama dengan kakak iparnya. Dia segera berlari masuk ke dalam rumah dan mendail nombor telefon bimbit suaminya. Ros tidak sanggup melihat mereka berdua berzina di rumah mereka, walaupun kak Farah adalah kakak iparnya sendiri tetapi kemungkaran tetap harus dibenteras.
Farah meraih tangan Tengku Hamzan dan menciumnya. Dia memohon ampun atas segala kesalahannya sebelum ini. Tengku Hamzan mengusap kepala isterinya.
“Maafkan Mylia” pintanya sepenuh hati.
“Kanda ampunkan segala dosa adinda”
Mylia mengumpulkan segala kudrat wanitanya dan bersuara ingin meminta sesuatu yang agak berat untuknya daripada Tengku Hamzan.
“Tolong lepaskan saya!”
Tengku Hamzan terdiam. Mylia menangis teresak-esak.
Permintaan penceraian yang dilafazkan oleh isterinya tadi menggugat kewarasan akalnya. Tidak disangka yang Mylia sanggup membuat permintaan itu.

Dari jauh terdengar deruan motor. Mylia mula risau apabila melihat Lan berlari-lari ke arah mereka.
“Baik Tengku pergi sekarang. Lan akan pukul Tengku sampai mati” rayu Mylia. Dia cemas jika ada sesuatu yang tidak diingini berlaku. Lan memang seorang yang agak panas baran. Tidak seperti Tengku Hamzan. Walaupun Tengku Hamzan seorang yang ego tetapi dia lebih suka menyelesaikan masalah dengan cara berbincang. Sangat berbeza jika dibandingkan dengan Lan   .
“Mana satu lebih baik. Hidup tanpa awak atau mati di tangan adik awak sendiri”
“Tengku tolong, saya merayu. Tolong pergi dari sini” Mylia berlutut, memohon agar Tengku Hamzan segera beredar. Dia tidak mahu ada pertumpahan darah berlaku antara dua orang lelaki yang sangat disayanginya itu.
“Awak masih isteri saya dan tetap akan menjadi isteri saya” beritahu Tengku Hamzan kepada Mylia.
Tengku Hamzan melihat ke arah Lan   . Mereka berdua bertentang mata. Apabila pasti yang Lan sedang melihat ke arahnya, saat itulah Tengku Hamzan mencium bibir Mylia.
Mylia sangat terkejut tetapi perlakuan Tengku Hamzan itu terlalu pantas sehingga dia tidak sempat mengelak. Dia memandang ke arah Tengku Hamzan dan Tengku Hamzan hanya senyum. Dia mempunyai agenda yang tersembunyi yang difikirkannya baru beberapa saat tadi. Mungkin hanya dengan cara ini bisa membuatkan Mylia mengakui kebenaran yang disembunyikannya dari pengetahuan semua orang.
“Awak tetap isteri saya” katanya lagi.
Kemarahan Lan membuak-buak apabila melihat perbuatan Tengku Hamzan ke atas kakaknya. Tengku Hamzan seolah-oleh mengejeknya. Mempersendakan kehadirannya. Dan merendahkan kedudukan kakaknya. Lelaki itu sengaja mencari nahas, manabur garam ke atas lukanya.
Leher Tengku Hamzan dicekik kuat. Mylia  memohon agar Tengku Hamzan dilepaskan. Tengku Hamzan hanya membiarkan sahaja, dia tidak melawan pun padahal Tengku Hamzan sangat mahir dengan pelbagai jenis ilmu mempertahankan diri. Lan menolak tubuh Tengku Hamzan ke tiang kayu dan memukul perutnya.
Tidak lama selepas itu Ahmad muncul tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia telah menerima arahan daripada Tengku Hamzan untuk tidak masuk campur dalam masalah keluarganya.
Mylia menangis teresak dan dia merayu agar Ahmad menyelamatkan Tengku Hamzan dari terus dipukul oleh Lan   .
Ros juga turut menangis apabila melihat pergaduhan itu. dia juga cuba untuk menghentikan suaminya tetapi Lan bagaikan dirasuk. Memukul tubuh Tengku Hamzan semahunya sehingga tubuh lelaki itu lemah longlai. Kalau tadi Tengku Hamzan memang sengaja tidak mahu melwan tetapi kini Tengku Hamzan memang sudah tidak mampu melawan. Dia hanya terbaring lesu di tanah dengan wajahanya yang teruk lebam. Mylia  berlari menerpa ke arah suaminya. Lan menghayunkan kayu sebesar lengannya ke arah Tengku Hamzan dan hampir-hampir mengena Mylia jika dia tidak sempat berhenti.
“Lan  , tolong kakak merayu. Jangan jadi pembunuh” rintih Mylia dalam esak tangisnya.
“Abang!” Ros mendekati suaminya dan menggenggam tangan Lan   . Kayu itu terlepas dari tangan.
“Kakak dengan Tengku Hamzan tak pernah berzina, Lan   . Tengku Hamzan suami kakak yang sah. Dia buat semua ini supaya kakak mengaku yang kakak adalah Nur Amylia binti Shahbuddin dan Nur amylia binti Shahbuddin adalah isteri yang sah kepada Tengku Hamzan Huzaimi bin Tengku Farid. Dia bukan orang jahat seperti apa yang Lan dan Ros fikir. Selama ini kakak hanya fikirkan tentang maruah kakak sahaja dan tak fikirkan tentang maruah Tengku. Dia masih suami kakak dan dia sanggup lakukan ini semua supaya kakak mengaku hal yang sebenar. Kalau apa-apa terjadi pada dia, kakak adalah orang yang paling bersalah” Mylia sudah tidak sanggup menyaksikan Lan membelasah Tengku Hamzan sesuka hatinya sedangkan suaminya itu memang tidak bersalah. Akhirnya dia mengakui juga yang dia adalah Mylia.
Tengku Hamzan senyum.

Tengku Hamzan segera dibawa ke hospital swasta di Kota Bharu. Dia dimasukkan ke unit kecemasan dan terpaksa dimasukkan ke wad untuk beberapa hari bagi memantau keadaannya. Ahmad membuat panggilan   kepada En. Johar untuk memaklumkan keadaan Tengku Hamzan. Farah menunggu di samping katil. Tangisanya belum berhenti tetapi air matanya sudah kering dan tidak mengalir lagi. Farah berpesan supaya Ahmad membawakan persalinan dan kelengkapan yang diperlukan oleh Tengku Hamzan nanti dan dia menyuruh Ahmad pulang sahaja kerana dia akan menjaga Tengku Hamzan pada malam hari.

Mylia tersedar apabila mendengar suara Tengku Hamzan yang cuba untuk bangun.
“Apa awak buat ni?”
“Saya nak ke toilet
Farah memapah bahu Tengku Hamzan.
“Apa awak buat ni?” kali ini Tengku Hamzan pula yang bertanya.
“Saya takkan benarkan awak ke toilet sendirian”

Setelah minum ubat pada jam lima pagi tadi. Tengku Hamzan tidur dengan nyenyak sekali. Farah mengemaskan ubat-ubatan dan juga perkakas yang berada di meja dihujung katil.
Nurse, macama keadaan ayahnda?” soal satu suara milik seorang kanak-kanak.
“Saya bukan nurse” beritahu Mylia seraya dia berpaling ke arah anak itu. wajahnya sangat comel, rambutnya ikal paras bahu.
“Ayahnda?” Farah terkejut apabila teringat gelaran Tengku Hamzan untuk anak kecil itu. siapakah anak ini?
“Bonda!”
Farah senyum dan dia menghampiri Tengku Nadhirah. Rambut Tengku Hamzan dibetulkan dan kepaLan  ya diusap-usap.
“Saya bukan nurse, saya bukan bonda” beritahu Mylia. Dia menjelaskan kepada anak kecil itu.
Hye sayang ” Tengku Hamzan menegur Tengku Nadhirah sebaik sahaja dia bangun dari tidur.
Mylia terpinga-pinga. Tengku Nadhirah berlari-lari ke arah  Tengku Hamzan. Mereka berdua melihat ke arah Mylia.
“Mylia!” En. Johar sangat terkejut apabila melihat Mylia berada di kamar itu. dia dan Mylia saling berpandangan, bagai ada rahsia yang disembunyikan antara mereka berdua dari pengetahuan Tengku Hamzan. Mylia memandang En. Johar tajam dan pandangannya diarahkan  kepada anak kecil di samping Tengku Hamzan. En. Johar melarikan pandangannya. Dia tidak sanggup memandang wajah Mylia lama-lama. Dia banyak bersalah terhadap gadis  itu.
“Ayahnda, kenapa bonda Nampak macam terkejut” Tengku Nadhirah berbisik kepada Tengku Hamzan.
Tengku Hamzan hanya tersenyum.
“Pergi salam bonda”
Tengku Nadhirah turun dari katil dan berjalan    perlahan-lahan ke arah bondanya. Wajahanya tidak lekang dari senyuman, dia sangat gembira dapat bertemu dengan bondanya.
Tengku Nadhirah menghulurkan tangannya kepada Mylia. Mylia menahan rasa di hati. Air matanya menitik setitis demi setitis. Tangannya dihulurkan dan Tengku Nadhirah mencium tangannya. Dia memandang ke arah Tengku Hamzan dan Tengku Hamzan separuh berbisik memberitahu, “Anak kita, Tengku Nadhirah Putri!”
Mylia senyum. Dia mengangkat Tengku Nadhirah ke dalam pelukannya dan anak kecil itu dicium sepuas-puasnya.
En. Johar tidak sanggup menyaksikan kejadian itu. air matanya menitis jua. Dia memang bersalah terhadap Puan Mudanya itu. En. Johar membiarkan mereka sekeluarga berkumpul dan dia beredar dari kamar wad itu.




No comments:

Post a Comment