Bab 3
Balkish
menyendok beberapa sudu coffee bean ke dalam mixer namun secara tidak sengaja
butiran-butiran coffee itu tertumpah ke lantai. Nasibnya bertambah malang lagi
apabila supervisornya melihat kejadian
itu. Masa tu juga Balkish dihambur marah. Namun dia hanya berdiam tidak
menjawab. Kepalanya ditundukkan ke arah lantai
lalu dia mengutip dan membersihkan kotoran yang dilakukan olehnya itu. Entah
kenapa sejak dari pagi tadi ada-ada sahaja salah pada setiap tindakannya.
Walaupun salah-salah tetapi dia tidak betah untuk duduk diam, ada sahaja kerja
yang akan dilakukannya maka makin banyaklah salahnya. Mungkin dia sudah
diperhatikan oleh supervisornya sejak
dari tadi cuma baru sekarang supervisornya
itu berkesempatan menegur.
Balkish
kembali ke kaunter depan.
“Eh,
kau ni kenapa? Dari tadi aku tengok serba tak kena. Kau tak sihat ke?” soal Wan
kepada Balkish.
Balkish
sekadar menggeleng. Dia juga tidak tahu apa yang tidak kena kepada dirinya. Dia
juga berasa sangat aneh dengan perubahan sikapnya hari ini. Sejak dari pagi
tadi lagi sampailah sekarang, dia tidak berhenti-henti membuat kesalahan.
“Jangan-jangan
sebab budak nerd yang selalu usik kau tu dah tak datang sini beberapa hari ni
tak?” sengaja Wan mengusik. Dia hanya ingin bergurau tetapi manalah tahu jika
gurauannya itu kena pada tempat dan situasi. Wan tersenyum mengusik.
“Ish
kau ni, mana ada” Balkish cepat-cepat menafikan usikan itu. Tetapi dalam masa
yang sama dia juga seakan-akan membenarkan usikan daripada temannya itu tetapi
dia tidaklah mahu mengakuinya.
“Ye
ke ni? Aku tengok muka kau ni berseri-seri je bila aku mention pasal budak nerd
tu” usik Wan lagi.
Kali
ini Balkish sekadar tersenyum. Dia tidak mahu menafikan lagi. Semakin dinafikan
semakin galak Wan mengambil kesempatan itu.
“Kau
panggil dia budak nerd tu kenapa?’ soal Balkish aneh dengan panggilan tidak
formal buat lelaki yang dikenalinya dengan nama Amin itu.
“Dah
dia pakai spek punk bingkai hitam tu, aku tengok macam budak nerd je”
“Nama
dia Amin lah” beritahu Balkish.
“Wahhhh!
Mana kau tahu nama dia ni?” soal Wan lagi.
“Dia
yang bagitahu” beritahu Balkish jujur.
“Aku
yang kerja lebih lama daripada kau ni dia tak bagitahupun nama dia. Kenapa kau
dia bagitahu?” soal Wan sengaja mahu mengusik.
Balkish
sekadar menjungkitkan bahu namun hatinya berbunga-bunga dengan soalan terakhir
daripada temannya itu. Ini bermakna dia sedikit istimewa di mata Amin
berbanding dengan kawan-kawannya yang bekerja di cafe itu.
……………………………
Fatin
hanya diam apabila diejek oleh beberapa orang teman dari kelasnya itu. Mereka
sudah terlalu sering mengusiknya sehingga Fatin sudah lali dengan ejekan-ejakan
itu sehingga dirasakan sudah sebati dengan jiwanya. Lagipun apa yang mereka katakan
itu ada benarnya. Baju sekolahnya sudah lusuh. Sudah lima tahun dia belum
menukar seragam sekolah baru bahkan seragam sekolah inipun adalah hasil sedekah
daripada orang yang bersimpati dengan nasib keluarganya. Fatin lebih memilih
untuk berdiam diri walaupun terkadang dia berasa sangat marah dan ingin sahaja melawan kata-kata
mereka. Tetapi siapa dirinya? Tidak setanding dengan kemewahan keluarga mereka.
Mereka mampu memiliki apa sahaja yang mereka inginkan sedangkan dia memilih
untuk menguburkan sahaja keinginan hatinya daripada membebani ayah, ibu serta
kakaknya yang bekerja untuk memberi mereka sekeluarga makan.
Ejekan-ejekan
itu akhirnya berhenti apabila tidak mendapat reaksi daripada Fatin dan akhirnya
mereka meninggalkannya sendirian di kelas itu. Fatin mengambil bungkusan nasi
yang disediakan oleh ibunya pagi tadi. Bungkusan itu disembunyikan di dalam
tudung kecil yang sudah kuning warnanya itu. Fatin masuk ke dalam tandas dan
membuka bungkusan nasi itu. Dia makan di situ. Suap demi suap nasi disuakan ke
mulutnya. Dalam tidak sedar, air mata jernih menitis mebasahi pipinya yang
mulus. Terasa perih sekali hidupnya setakat ini namun dia bersyukur dengan apa
yang dikurniakan Allah kepadanya dan keluarganya. Walaupun mereka sekeluarga
sangat miskin, namun dia tidak pernah mengeluh. Nasi itu di makan sehingga
habis.
…………………………………………
“Hoi!”
tegur Farid, teman sebilik Amin apabila melihat rakan sekuliahnya itu masih
tidur di katil.
Amin
bingkas bangun apabila disergah sebegitu. Matanya masih terkebil-kebil melihat
kelibat Farid yang masuk ke dalam bilik.
“Kau
tak pergi kelas lagi ke?’ soal Farid.
Amin
menggeleng. Assignment aku tak siap lagi. Kenapa? Prof tanya pasal aku ke?’ soal Amin sambil menggaru
kepalanya yang tidak gatal. Rambut hitamnya yang tidak beraturan gara-gara baru
bangun tidur tidak diendahkan. Rambut Amin lurus dengan kerinting di hujungnya
jadi kalau tidak disikat rambutnya akan kelihatan masai. Apatah lagi dengan
keadaan bangun tidur begini.
“Attendence
kena cukup 80% untuk kau ambil exam”
“Aku
tahulah!” Amin segera bangun dan mengambil tualanya lalu dia menanggalkan
bajunya sebelum dia menghilang ke dalam bilik air. Farid sekadar menggeleng
dengan sikap panas baran temannya itu.
Setelah
selesai mandi, Amin bersiul-siul senang hati kerana sebentar nanti dia akan
bertemu dengan teman wanitanya, Tina. Dia terdiam apabila melihat teman
sebiliknya itu sedang mengerjakan solat. Amin menapak dengan perlahan-lahan
supaya tidak menganggu khusyuk Farid itu. Dia mengenakan pakaiannya untuk
segera keluar. Tidak betah dia berlama-lama dengan Farid di bilik itu.
best...
ReplyDeletex sabar nak tunggu sambungannye nanti..
thanks