Bab 19
Hari ini Mylia mahu berjumpa dengan
adiknya. Sudah lama mereka tidak bertemu, Cuma berhubung melalui telefon
sahaja. Atasarahan Tengku Hamzan, dua orang pengawal peribadi selalu
mendampingi Mylia setiap kali dia mahu keluar dari rumah istana. Pertemuan
dengan Khairul perlu dibatalkan jika dia tidak mampu meloloskan diri daripada
pengawal peribadi Tengku Hamzan. Mylia duduk di sofa di ruangan menonton
televisyen. Jam di dinding menunjukkan pukul 10 pagi. Mylia hanya duduk
menonton televisyen.
“Encik Johar!” Mylia memanggil
lelaki itu.
“Ada apa Puan Muda”
Encik Johar berdiri di samping
Mylia.
“Saya lapar. Nak makan pisang
goring. Suruh sesiapa pergi beli kat kedai depan tu”arah Mylia.
“Tapi, Puan Muda”
“Dah lama saya tak makan. Kempunan
pula sekarang ni. Kalau awak tak suruh seseorang, saya pergi sendiri”
“Kalau macam tu, saya suruh
seseorang nanti”
Mylia mengangguk. Rancangannya
berhasil.
“Saya nak berehat di kamar
sebentar. Nanti kalau sudah siap semuanya, saya akan turun sendiri”
“Ada apa-apa lagi, Puan Muda?”
“Ada. Jangan bagi sesiapa ganggu
saya di kamar ye”
Mylia bangun dari duduknya dan
mendaki anak tangga. Dia masuk ke bilik.
Encik Johar ke dapur dan memanggil
seorang pembantu rumah untuk segera membeli pisang goring seperti yang dikehendaki
oleh Mylia. Terkecoh-kecoh Wani datang setelah dia dipanggil. Dia adalah
pembantu rumah yang paling muda di rumah istana ini. Wani segera ke biliknya
untuk menukar pakaian seragam pembantu rumah di Lan tai tiga rumah itu. Wani bersiap-siap ala
kadar kerana Encik Johar tidak suka orang yang berlengah-lengah. Semasa
melewati bilik Tengku Hamzan dan Puan Muda, tiba-tiba tangan Wani ditarik
kasar. Dia hampir tersembam ke Lan tai.
“Cepat bangun!”arah Mylia.
“Puan Muda! Ada apa ni?” wani
terkejut apabila melihat dirinya sedang berada di dalam kamar tuan rumahanya
dan Puan Mudanya sedang berdiri di hadapannya.
“Cepat. Kita tukar pakaian. Saya
perlukan bantuan awak” Mylia segera memberikanarahan.
Wani melihat Puan Mudanya seperti
dalam kecemasan, bertindak memaksa. Ini adalah kali pertama dia berhadapan
dengan Puan Mudanya. Selalunya pembantu rumah yang lebih senior akan melayan
kerenah dan kehendak Puan Muda tetapi kini dia berhadapan sendiri dan bersemuka
dengan Puan Mudanya.
“Tanggalkan pakaian awak. Saya nak
keluar tanpa diekori oleh pengawal peribadi Tengku Hamzan. saya perlukan
bantuan awak. Cepat sebelum Encik Johar perasan awak hilang”
Wani terpaksa menurut segalaarahan
majikannya. Pakaian mereka ditukar dan kini dia memakai pakaian Puan Mudanya.
Pakaian yang mahal itu membaluti tubuhanya. Dan pakaiannya kini dikenakan oleh
Puan MUdanya. Wani melihat ke arah Puan Muda. Puan Muda sangat cantik walau apa
yang dipakainya. Wani sangat menyanjungi Puan Mudanya.
“Siapa nama?” soal Mylia. Dia
membetulkan pakaianannya. Tshirt yang dipinjamnya itu agak longgar ditubuhanya.
“Wani, Puan Muda”
“Wani. Duduk saja di kamar. Jangan
buka pintu walaupun Encik Johar yang ketuk. Selagi saya tak suruh buka pintu,
jangan buka pintu. Saya keluar sekejap sahaja. Ada urusan”
Setelah memastikan yang Wani
memahamiarahannya, Mylia keluar dari kamar secara sembunyi-sembunyi. Dia
menundukkan wajahanya semasa melewati Encik Johar.
“Pulang cepat sikit”
Mylia mengangguk, wajahanya tetap
disembunyikan di sebalik topi yang dipakainya.
Setelah keluar dari perkarangan
rumah istana itu, barulah Mylia berani mebuka topinya. Setelah yakin yang dia
tidak diekori, barulah Mylia mengambil teksi untuk berjumpa dengan adiknya,
Khairul. Mereka berjanji untuk bertemu di sebuah restoran yang berdekatan
dengan rumah mereka.
Khairul berdiri setelah Mylia datang
menegurnya. Mereka tidak terus berada di restoran. Mylia mengajak Khairul
kembali ke rumah mereka. Sebaik sahaja menjejakkan kaki di rumah mereka, Mylia
terus memeluk adik lelakinya. Mereka sudah lama tidak berjumpa, setelah
perkahwinan Mylia mereka hanya berhubung beberapa kali. Dan semuanya atas
permintaan Mylia. Dia berasa amat bersalah kepada adiknya. Setiap buLan dia
kan memasukkan sejumlah wang kepada adiknya supaya adiknya itu tidak lagi
berniaga.
Mylia dudk di sebelah adiknya, dahi
Khairul dikucup lembut. Adiknya itu masih mentah dan terpaksa belajar
berdikari. Nasib mereka dua beradik agak maLan
g setelah bergelar anak yatim piatu pada usia yang masih muda. Mereka hilang
tempat bergantung dan ditempatkan di rumah anak yatim piatu. Kehidupan mereka
berdua agak baik tetapi apabila ada pihak yang mahu memisahkan mereka, Mylia
mengajak adiknya melarikan diri dari rumah anak-anak yatim itu. Bermula saat
itulah mereka mula belajar hidup sendiri.
“Kakak sihat?”
Mylia mengangguk.
“Khairul?”
“Sihat kak”
“Duit yang kakak kirim tu cukup
kan?”
Khairul mengangguk. “Saya rindu
akak” Khairul memeluk kakaknya lagi.
Mylia meleraikan pelukan adiknya.
“Adik, kakak nak minta sesuatu
boleh?” Mylia perlu berterus terang. Dia sebenarnya tidak sampai hati
memberitahu keputusannya ini kepada Khairul tetapi setelah berfikir
masak-masak, Khairul perlu menurut kehendaknya.
“Apa dia, kak?”
“Janji adik akan ikut semua
kata-kata kakak?”
Khairul tidak mengangguk. Dia dapat
mengagak ada perkara atau kabar yang tidak yang bakal disampaikan oleh kakaknya.
Mylia berat hati mahu berbicara
tetapi digagahi jua semangatnya.
“Kakak nak adik hilangkan diri. Kakak
akan bagi duit. Banyak asalkan adik hilangkan diri”
“Apa maksud kakak?”
“Tolonglah! Kakak tak nak sesuatu
yang buruk terjadi dekat Khairul. Kakak akan terluka jika tengok adik terluka.
Tolonglah setuju. Kakak akan bagi duit pada Khairul. Khairul tak perlu kerja
susuah-susah lagi. Kalau boleh cari kerja halal. Berniaga. Tapi bukan di sini”
“Ini semua pasal Puan Maisarah dengan
suami kakak kan?!” Khairul bangun dari duduk. Permintaan Mylia membuatkan dia marah.
Dia menendang sofa. Meja di hadapannya juga diterbalikkan.
“Tolonglah adik. Tolong kakak. Kakak
buat semua ni sebab sayangkan adik”
“Suami kakak tu tak tahu pun siapa kakak
sebenarnya. Kenapa kakak cintakan dia sampai kakak sanggup berkorban macam ni.
Ikut semuaarahan Puan Maisarah . Adik
nak kakak tinggalkan suami kakak!” kemarahan Khairul semakin meledak. Dia sudah
bosan bersembunyi kerana tidak mahu temberang kakaknya pecah. Kewujudannya
bagaikan membawa masalah kepada kakaknya sehingga Puan Maisarah menghaLan gnya datang ke majlis perkahwinan kakaknya
sendiri.
“Adik tak tahu hal sebenar. Kakak
tak boleh tinggalkan suami kakak. Kalau kakak tinggalkan dia, Puan Maisarah akan
bunuh Tengku”
Khairul terkejut. Dia tidak
menyangka yang kakaknya berada dalam masalah yang sangat besar sampai
melibatkan kehilangan nyawa.
“Puan Maisarah sanggup membunuh?”
soal Khairul.
Mylia mengangguk.
“Nyawa kakak juga dalam bahaya.
Adik tak perlukan duit kakak. Kita larikan diri sama-sama. Kita ubah identity,
kita ke negeri Siam kalau perlu, supaya Puan Maisarah dan Tengku tak boleh cari
kakak”
“Kakak tak boleh. Nyawa Tengku
dalam bahaya!” air mata Mylia mengalir juga. Khairul sedih melihat kakaknya
menangis. Dia mampir dan memeluk Mylia ke dalam pelukannya.
“Biar adik berjuang bersama-sama kakak”
bisik Khairul.
Mylia memandang Khairul lalu dia
senyum, “Jangan. Ini perjuangan kakak. Kalau kakak tewas sekalipun, biar kakak
tewas seorang. Khairul ada kehidupan Khairul. Kakak nak Khairul bahagia. Sebab
tu kakak nak Khairul hilangkan diri. Kalaumasalah semakin sulit, pasti Puan Maisarah
akan mencederakan Khairul. Kakak tak nak Khairul disakiti. Dengarlah cakap kakak.
Esok kakak nak Khairul bertolak. Jangan bagitahu sesiapa termasuk kakak ke mana
tujuan Khairul. Nanti bila semua urusan dah selesai, Khairul tinggalkan nombor
telefon Khairul. Jangan sesekali hubungi kakak. Biar kakak yang hubungi
Khairul”
“Kita takkan berjumpa lagi ke?”
Mylia mengangguk seraya menambah,
“Tapi kakak janji, kakak akan selalu hubungi Khairul”
Setelah pertemuan dengan adiknya,
Mylia segera kembali ke rumah istana. Dia bimbang sekiranya rancangannya ini
diketahui oleh Encik Johar. Secara senyap-senyap Mylia ke kamarnya dan menukar
pakaiannya dengan Wani.
“INgat Wani. Biar pecah di perut,
jangan pecah di mulut”
“Baik, Puan Muda”
Wani keluar secara diam-diam. Dia
ke dapur semula. Setelah itu, barulah Mylia keluar dari kamarnya. Dia ke
tingkat bawah untuk menemui Encik Johar.
“Mana pisang goring?” soal Mylia
kepada seorang pembantu rumah. Wanita tiga puluhan itu ke dapur dan kemudian
kembali membawa pisang goring yang diinginkan oleh Puan Mudanya. Encik Johar datang
menghampiri Mylia.
“Puan Muda buat apa tadi?”
Air muka Mylia berubah. Dia tidak
berani memandang wajah Encik Johar. Adakah Encik Johar mengetahui tentang
pemergiannya tadi? Mustahil Encik Johar syak! Fikir Mylia sendirian.
“Em, saya, ada di kamar. Tertidur. Kenapa?”
soal Mylia. Suaranya perlahan. Pertanyaan Encik Johar mengundang rasa takut di
hatinya. Dia tergagap-gagap.
“Tak ada apa-apa. Cuma agak lama
Wani keluar membeli pisang goring. Saya khuatir Puan Muda menunggu lama. Saya
minta maaf bagi pihak pekerja bawahan saya”
Mylia meneLan air
liur. Lega dengan penjelasan Encik Johar.
Mylia mengangguk. “Tengku ada
call?”
“Tak ada Puan Muda”
“Bonda dah balik?”
“Belum, Puan MUda”
“Kalau macam tu, awak boleh sambung
kerja awak. Saya nak buat kerja sikit. Kalau Tengku ada call, saya di kamar
bacaan Tengku ye” Mylia meninggalkan ruang makan kemudian dia berpatah balik.
“Ada apa Puan Muda?” soal Encik
Johar.
“Pisang goring ni saya bawa ke
atas” balas Mylia. Dia senyum.
Mylia mengunci pintu kamar bacaan.
Dia tidak mahu diganggu. Dia menelefon Khairul untuk memastikan sesuatu.
“Buku akaun atas nama Khairul tu
simpan elok-elok. Kat ATM pun ada sekali. Kalau ada apa-apa, guna saja duit
dalam akaun tu”
“Kakak yakin dengan keputusan kakak
ni?”
Mylia senyap sebentar. Ada sendu di
hujung suaranya, “Kakak yakin. Ini satu-satunya jaLan yang
paling selamat untuk Khairul”
“Kakak kena bahagia. Jaga
kesihatan. Adik sayang kakak”
“Kakak pun sayangkan adik. Adiklah
satu-satunya keluarga yang kakak ada. Jaga diri. Setakat ini sahaja. Lain kali kakak
call lagi”
Mylia kemudiannya mematikan panggilan
nya. Dia duduk di kerusi. Sehelai kertas
bersaiz A4 dikeluarkan dari laci meja. Di kertas itu Mylia menulis sesuatu.
-Wasiat
-Waris
-Perancangan Maisarah untuk
membunuh Tengku Hamzan
-Pembelot di pejabat
-Encik Johar?
-Rancangan menjatuhkan Maisarah
Kertas itu kemudiannya dilipat dan diselitkan
di dicelah-celah buku yang banyak tersusun di rak.
Mylia duduk semula di kerusi. Dia
menangis teresak-esak kerana bakal berpisah dengan Kahirul buat selama-lamanya.
Dalam permainan yang dimulakan oleh dirinya ini, Khairul tidak boleh cedera.
Dia akan menyalahkan dirinya sendiri jika Maisarah mencederakan adiknya. Maisarah
mungkin memang sudah merancangkan pembunuhan Tengku Hamzan ini dari awal. Malah
rancangan Maisarah ini memang kelihatan sempurna tetapi Mylia akan berusaha
sehabis tenaga wanitanya demi memastikan Tengku Hamzan dan hairul tidak
dicederakan. Dia tidak kisah sekiranya dirinya terkorban. Kerana dialah, nyawa
Tengku Hamzan dalam bahaya dan kerana dialah jua nyawa Khairul dipertaruhkan.
Dengan persembunyian Khairul, Maisarah tidak ada alasan lagi untuk mengugutnya.
Satu nyawa sudah selamat, sekarang tinggal nyawa Tengku Hamzan pula yang perlu
diselamatkan.
No comments:
Post a Comment