Bab 16
Tujuh tahun lepas….
Dua hari telah berlalu, dan hari
ini berakhirlah percutian mereka di Jepun. Tengku Hamzan selalu sibuk dengan
urusannya. Mylia hanya duduk termenung di bilik hotel. Setiap kali Tengku
Hamzan pulang wajahanya kelihatan agak penat dan Mylia tidak sanggup meminta
ditemani keluar. Setelah makan tengahari sendirian di kamar. Mylia menerima
pesanan ringkas sms daripada Tengku Hamzan menyurhanya bersiap kerana sekejap
lagi mereka berdua akan keluar. Mylia hanya mengenakan jeans biru gelap dan
T-shirt putih dengan tulisan DKNY di bahagian dada. Jaket tebal disarungkan ke
badan kerana di luar sana mungkin agak sejuk kerana peralihan musim.
Tengku Hamzan sampai di kamar
seperti yang dijanjikan.
“Dah siap?” soalnya kepada Mylia. Gadis
itu mendapatkan lengannya.
“Kita nak pergi mana, kanda?”
“Kita keluar bersiar-siar. Sekejap
saja. Malam ni kita dah nak berangkat. Sekejap. Kanda nak bawa kamera”
Mereka berdua berjalan keluar
dari bangunan hotel dengan diiringi oleh empat orang pengawal peribadi. Mylia
menggenggam tangan keandanya dengan erat. Dia takut berada di tengah-tengah
orang ramai yang kesemuanya kelihatan sangat berbeza dengan mereka.
“Jangan lepaskan tangan. Orang agak
ramai time macam ni. Dinda akan sesat nanti” pesan Tengku Hamzan. Mylia Cuma
mengangguk. Kerana ini pertama kali Mylia sampai ke Negara Matahari Terbit ini,
malah pertama kali Mylia ke luar Negara, dia sangat seronok dan teruja. Tangan
Tengku Hamzan ditarik ke taman rekreasi. Ada beberapa orang pasangan yang
sedang duduk bersembang dan bermesra-mesran di beberapa tempat di sekitar taman
itu. Mylia menarik Tengku Hamzan ke arah taman bunga. Tengku Hamzan menurut.
Tengku Hamzan memberi kameranya
kepada salah seorang pengawal peribadi.
Mylia dan Tengku Hamzan berdiri
agak jauh antara satu sama lain. Kedua-duanya seperti malu-malu kucing.
Farhan berdehem kecil dan bersuara,
“Dekat sikit”
Mylia maju setapak. Di berdiri di
hadapan Tengku Hamzan.
Farhan berdehem lagi, lalu
bersuara, “Mungkin Tengku nak sedikit mesra”
Tengku Hamzan mencerun ke arah Farhan.
Farhan segera melarikan pandangannya. Tengku Hamzan marah ditegur sebegitu oleh
pengawal peribadinya sendiri. Tetapi dia akur jua dengan permintaan Farhan.
Lengannya diletakkan menyiLan g di bahu
Mylia. Mylia senyum. Lucu dengan perangai Tengku Hamzan. Bila ditegur marah,
tetapi buat jua seperti yang disuruh.
Farhan berdehem lagi. Baru mahu
bersuara tetapi dia ditengking oleh Tengku Hamzan. Tetapi nadanya dijaga kerana
Mylia berada di sisi.
“Ada apa lagi?”
Mylia senyum lucu.
“Yang lain tu mungkin nak ke tepi sedikit”
beritahu Farhan. Para pengawal peribadi yang berpakaian formal dengan blazer
hitam dan berkaca mata hitam mungkin akan kelihata agak pelik jika turut muncul
di dalam gambar buLan madu antara Tengku Hamzan dan Mylia. Tengku
Hamzan menengking ketiga-tiga orang pengawal peribadinya.
“Huh! Tunggu apa lagi?”
Setelah mendengararahan dari Tengku
Hamzan sendiri, barulah mereka menjarakkan diri mereka dari pasangan itu.
Barulah farhan menekan punat di kamera untuk mengambil gambar pasangan
pengantin baru itu.
Walaupun percutian ini agak
sederhana tetapi Mylia sangat gembira. Gambar-gambar mereka akan diabadikan di
dalam foto album keluarga nanti. Fikir Mylia. Tengku Hamzan agak penat di duduk
di bangku. Mylia me ngambil tempat di sebelah keandanya.
“Honey moon kita tak seperti yang
dinda bayangkan?”
“Dinda tak pernah bayangkan
apa-apa. Tetapi dinda gembira kita ada di sini”
“Tapi kanda terlalu sibuk. Malam ni
kita dah nak berangkat. Hari ni baru kanda ada masa nak temankan dinda”
“Kalau macam tu, kat rumah nanti
kanda kena selalu temankan dinda. Baru dinda tak rasa sunyi sangat”
“Sunyi ke kat rumah istana?”
Mylia mengangguk. “Lagi sunyi kalau
kanda kerja sampai lewat malam. Kanda lebih pentingkan kerja dari dinda”
“Kerja penting. Dinda pun penting bagi
kanda”
“Mana lagi penting?”
“Tentulah dinda. Tapi kanda
harapkan dinda faham kerjaya kanda”
Mylia mengangguk. Akur dengan
status dan siapa Tengku Hamzan sebenarnya. Mylia bangun dari duduk, “Kanda
tunggu di sini. Sekejap lagi dinda datang balik” Mylia segera menghilang.
Tengku Hamzan segera mengejar tetapi Mylia hilang dalam celah-celah ratusan
orang yang sedang membanjiri taman itu.
“Mylia!” Tengku Hamzan memanggil
nama Mylia.
“Maaf, Tengku” Pengawal peribadi
Tengku Hamzan meminta maaf kerana cuai dalam memerhatikan keselamatan Puan Muda
mereka. Mylia terlalu meluru sehingga mereka tidak sedar yang Mylia telah hilang.
Itupun setelah Tengku Hamzan memanggil namanya.
Tengku Hamzan memarahi mereka.
“Bodoh. Kenapa tak ada seorang pun
yang ikut Puan MUda?”
“Maaf, Tengku”
“Dua orang pergi cari Puan Muda.
Yang lain tunggu di sini dengan aku. Mungkin Puan Muda takkan sesat, dia akan
kembali ke sini”
Mylia keluar dari kedai sushi. Dia
ingin menghadiahkannya kepada Tengku Hamzan. Mylia berlari di celah-celah orang
ramai kerana dia ingin segera kembali kepada Tengku Hamzan. Mungkin keandanya telah
menunggu agak lama. Mylia akhirnya kepenatan. Semakin kuat dia berlari, dia
merasakan dia semakin jauh daripada tempat perpisahan sebelum di meninggalkan keandanya.
Mylia memandang ke Lan git. Bangunan
sekelilingnya juga sudah tidak sama dengan bangunan berhampiran tempat
penginapan mereka. Mylia terduduk kepenatan. Rintik peluh membasahi dahinya.
Mylia terdengar deruan air mengalir di sebelah kiri. Tempat pengairan dan juga
rekreasi sudah agak lengang. Mungkin dengan mengikut lorong pengairan itu dia
akan sampai ke taman tadi.
Tengku Hamzan semakin resah. Mylia
sudah lama menghilang, sudah sejam lebih dan Tengku Hamzan mundar-mandir dan
mencari di awasan sekitar namun dia masih belum terlihat kelibat Mylia.
Pengawal peribadinya diarahkan berpecah dan mereka tidak dibenarkan kembali
selagi belum terjumpa Puan Muda.
Setelah lama berjalan, akhirnya
Mylia sampai ke taman bungan tetapi Tengku Hamzan sudah tiada di situ. Air matanya
kini mengalir deras. Dia kepenatan dan hampa aoabila melihat Tengku Hamzan
tiada di tempat tadi. Mungkin kerana agak lama menunggu atau ada urusan kerja,
Tengku Hamzan meninggalkannya di situ. Fikir Mylia di dalam hati. Dia duduk di
bangku. Perutnya terasa lapar. Hari juga sudah semakin gelap.
“Mylia!” dari jauh Mylia terdengar
namanya dipanggil. Tengku Hamzan segera berlari menghampirinya. Tubuh gadis itu dirangkul dalam pelukan. Mylia kaget.
“Dinda ingat kanda dah tinggalkan
dinda”
“Lain kali jangan tinggalkan kanda
macam tu lagi!” pelukannya masih belum dilepaskan.
“Emm?” Kerana agak terkejut
diperlakukan begitu di khalayak ramai, Mylia hanya sepatah menjawab.
“Janji dengan kanda. Jangan
tinggalkan kanda lagi”
“Janji” Mylia senyum gembira. Dia
bertemu kembali dengan Tengku Hamzan dan terbukti Tengku Hamzan
mengkhuatirkannya. Tengku Hamzan mungkin menyintainya walaupun keandanya itu
belum pernah sesekali melafazkan cintanya.
Tengku Hamzan meleraikan
pelukannya. Dia tertunduk malu dengan perbuatannya sendiri. Kerana terlalu
gembira bertemu kembali dengan isterinya, dia memeluk isterinya di hadapan
khalayak ramai. Dan kini, setelah dia sedar akan perbuatannya, tubuh gadis itu dilepaskan. Mylia cuba melihat wajah
Tengku Hamzan yang sudah kemerahan. Wajah itu dilarikan daripada ditatap oleh
si gadis . Tengku Hamzan menarik tangan Mylia dan mereka berdua kembali ke
hotel. Setelah bersiram, Mylia dan Tengku Hamzan beristirehat di ruang tamu.
Mylia duduk di sebelah Tengku Hamzan.
“Pukul berapa flight kita kanda?”
“Kanda baru call order tiket hujung
minggu ni. Flight malam ni cancel.
Banyak tempat lagi yang dinda tak pergi kan?”
“Tak mahal ke?”
“Mahal”
“Habis tu kenapa membazir?”
“Jangan banyak Tanya lagi. Malam
ni, dinda temankan kanda tengok tv ye” Tengku Hamzan menarik tangan Mylia lalu
kepaLan ya dibaringkan dip aha
adindanya.
“Mana bodyguard kanda? Balik tadi pun, dinda tak Nampak mereka”
“Kanda cakap jangan pulang selagi
tak jumpa dinda”
“Dia orang kat luar sana lagi?
Dinda tengok hujan kat luar tadi. Kasihan mereka. Dinda call ye kanda?”
“Biarkan. Siapa suruh tak jaga
dinda dengan baik. Dinda hilang, tak siapa pun jaga dinda. Macamana kalau kanda
tak jumpa dinda tadi. Biar mereka rasakan!”
walaupun suaranya agak perlahan tetapi
wajah Tengku Hamzan jelas menunjukkan yang dia benar-benar marah. Mylia
terdiam. Walaupun Tengku Hamzan menyalahkan mereka tetapi Mylia tetap
menganggap dirinya sendiri yang bersalah. Meluru keluar tanpa menghiraukan panggilan
dari Tengku Hamzan. Akibatnya dia tersesat.
“Tapi kanda dah jumpa dinda kan?
Dinda call mereka ye. Dingin kat luar sana. Kasihan mereka”
Tengku Hamzan bangun dari paha
Mylia. Dia memandang Mylia seakan-akan tidak mempercayai kata-kata gadis itu sebentar tadi.
“Dinda tersesat sejam lebih sebab
salah mereka. Dinda masih nak bela mereka”
“Salah dinda juga. Dinda call ye,
cakap kanda suruh pulang?”
“Dinda terlalu baik. Sesekali
mereka memang patut di ajar”
“Kanda yang terlalu garang, macam
singa” Mylia senyum. Cantik.
Tengku Hamzan teLan air liur. Dia
menjarakkan diri mereka.
“Boleh, dengan satu syarat. Cakap
that magic three words kat kanda”
Mylia mengerut dahi, “Magic three
words apa?” soal Mylia berpura-pura tidak tahu. Dia tahu sebenarnya Tengku
Hamzan menginginkan dia melafazkan ‘ I Love You’. Inilah kesempatannya!
“That! Magic Three Words”
Dahi Mylia semakin berkerut. “Apa
yang kanda cakap ni. Dinda tak faham”
“Magic three words, I Love You”
jelas Tengku Hamzan. Dia tidak sedar yang dia dipemainkan oleh Mylia dan dia
juga tidak sedar yang dia melafazkan cintanya kepada Mylia.
Perangkapnya mengena. Tengku Hamzan
melafazkan jua perasaan cintanya, walaupun hanya setelah dipermainkan begitu.
Tengku Hamzan barangkali belum sedar tetapi hati Mylia tetap berbunga riang. Mylia
ketawa, “I love you too”
Tengku Hamzan sedar yang sebenarnya
Mylia mengerti maksudnya dari awal lagi dan Mylia sengaja memerangkapnya.
Tengku Hamzan senyum, “Nakal!” seraya mengucup lembut dahi adindanya. Mylia
kaget. Wajahanya pucat lesi. Matanya terbuka luas dek kerana terkejut. Dalam
kedinginan malam itu, kucupan Tengku Hamzan dirasakan hangat. Kulitnya putih
kuning itu bertukar putih pucat. Lama-kelamaan, wajahanya merona merah. Tengku
Hamzan bangun. Kemudian dia menyerahkan telefon bimbitnya kepada Mylia.
“Sekarang, baru boleh call mereka”
No comments:
Post a Comment