Bab 44
Fuad sedang menunggu Maisarah yang
sedang dilayan oleh beberapa orang pekerja salon. Seperti bisaa salon itu akan
disewa untuk beberapa jam dan Maisarah adalah satu-satunya peLan ggan salon itu kini. Semua pekerja salon
sibuk memenuhi kehendak Maisarah . Fuad
membaca akhbar yang memuatkan pelbagai jenis berita yang berkisar tentang
masalah-masalah yang sedang berlaku di dalam Negara. Fuad melipat akhbarnya
apabila ada seorang lelaki muda datang menegurnya.
“En. Fuad?”
“Ya, saya. Encik ni siapa?” soal
Fuad kembali. Dia pelik dengan kehadiran lelaki itu tetapi dalam masa yang sama
dia berjaga-jaga. Bimbang jika lelaki itu mempunyai niat yang tidak baik mahu
mencederakannya. Pekerjaannya sebagai orang kanan Maisarah membuatkan dia
mempunyai ramai musuh dan dia perlu lebih berhati-hati. Pistol yang disisipkan
di belakang pinggangnya mula dicapai tetapi Fuad tidak mengeluarkan pistol itu.
“Maaf encik, saya kerja di kedai di
depan sana. Ada seorang lelaki minta saya serahkan barang ni kepada encik”
lelaki yang tidak dikenali itu menyerahkan satu sampul dokumen yang berwarna
kuning kepada Fuad. Fuad mencapai sampul itu.
“Siapa lelaki yang berikan barang
ni?” soal Fuad. Dia umla mengesyaki sesuatu yang tidak baik.
“Saya pun tak tahu encik. Tetapi
dia ada bagi wang seratus ringgit untuk saya serhakan barang ni kepada encik.
Lelaki itu dah pergi” beritahu lelakimuda itu.
“Bila?”
“Baru saja encik”
“Apa pakaiannya?”
“Kalau tak silap, baju biru, seluar
slack hitam, pakai cap warna biru” sambung lelaki itu lagi.
Tanpa membuang masa, Fuad segera
berlari keluar dari salon itu dan mencari lelaki yang memberikan barang itu
kepadanya. Fuad mencari-cari lelaki yang berbaju dan berbaju biru tetapi dia
tidak melihat sesiapapun yang disyaki. Fuad masuk semula ke salon. Lelaki yang
menyerahkan sampul kunig itu telah kembali ke kedainya yangterletak berhadapan
dengan salon. Fuad duduk dan mengeluarkan
isi kandungan sampul kuning itu. kepingan-kepingan gambar mesra antara dia dan Maisarah
itu menjadi tatapan. Mulut Fuad terngaga luas kerana terkejut. Pasti Maisarah akan
marah melihat gambar-gambar yang berunsurkan ugutan ini. gambar-gambar itu dimasukkan
semula ke dalam sampul kunig dan samp[ul itu ditutup rapat-rapat. Fuad keluar
dari salon itu. dia tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan gambar-gambar
ini, adakah dia patut memberitahu kepada Maisarah ? Fuad berjalan mundar
mandir di luar salon.
Muiz menelefon Mylia memberitahu
yang kerjanya telah diselesaikan.
“Terima kasih Muiz”
“Kenapa suara awak macam tak
gembira?” soal Muiz prihatin.
“Tak ada apa-apa”
“Tak sihat ke Mylia?” soal Muiz
lagi.
“Tak adalah. Kalau tak ada apa-apa
lagi, saya ada hal sekejap. Nanti saya call awak lagi” beritahu Mylia. Talian
itu segera dimatikan apabila dilihat Tengku Hamzan sudah semakin hamper.
Suaminya itu duduk di sebelahnya.
“Kanda, kalau dinda nak minta
sesuatu boleh?” kata Mylia.
“Ada apa?” Tengku Hamzan
membetulkan duduknya.
Tiba-tiba pintu kamarnya diketuk.
“Ayahnda!” suara Tengku Nadhirah
kedengaran dari luar. Mylia bangun dan membuka daun pintu untuk anakndanya.
Tengku Nadhirah meluru laju ke arahbondanya. Mylia mengangkat tubuh Tengku
Nadhirah dan mendukungnya ke katil. Tengku Hamzan mengambil tubuh Tengku
Nadhirah dari Mylia dan membaringkan tubuh anaknya itu ke atasnya. Tubuhnya
dibaringkan ke katil. Mylia memerhatikan. Tengku Hamzan asyik bermain-main
dengan anakndanya.
“Apa yang dinda cakap tadi?” soal
Tengku Hamzan tiba-tiba.
“Boleh tak kalau dinda nak kerja di
syarikat kanda?”
Tengku Hamzan terkejut dengan
permintaan isterinya kali ini. dia mengangkat tubuh Tengku Nadhirah dari
tubuhnya dan dia bangun duduk. Tengku Nadhirah melompat-lompat di katil dan
kedua ibu bapanya tidak melarang atau menegah. Kedua-duanya ada hal yang lebih
penting untuk dibincangkan.
“Kenapa tiba-tiba nak kerja?”
“Dinda bosan duduk di rumah. Dinda
dah bisaa kerja, kalau boleh dinda nak kerja. Ada juga benda yang dinda nak
buat nanti. Kalau di rumah seharian, dinda rasa tak produktif”
Tengku Hamzan senyum, ada lulucu
yang bermain di fikirannya dan dia mengutarakannya supaya Mylia turut dapat
menghayati lulucu itu, “Kalau nak produktif, mengandunglah anak kanda. Kita
bagi adik untuk Tengku Nadhirah nak?”
Tengku Hamzan senyum nakal.
“Kanda main-main pula”
Tengku Hamzan senyum. “Dinda tak
ada pengalaman kerja” Tengku Hamzan tidak bersetuju dengan permintaan
isterinya. Dia tidak mahu Mylia bekerja. Dia sengaja mencari alas an.
“Dinda boleh belajar. Lagipun
selama ini dinda yang Green House”
Tengku Hamzan bangun dari duduknya
dan duduk di sofa. Dia sengaja mengelak dari terus berbincang hal ini.
Mylia bangun dan berjalan ke
arahsuaminya. Dia tahu Tengku Hamzan tidak berapa setuju, Mylia duduk di
sebelah suaminya.
“Please kanda”
“Kenapa tiba-tiba berminat nak
kerja di syarikat kanda?” Tengku Hamzan berasa pelik juga an dia akhirnya
mengutarakan perasaannya itu. selama ini Mylia tidak pernah mengammbil tahu.
“Kan dinda dah cakap tadi. Dinda
dah bisaa kerja”
“Kalau sebab itu, dinda boleh buka
business baru. Kanda akan bagi modal”
Mylia merajuk. Tidak disangka
Tengku Hamzan sangat susah diyakinkan.
“Daripada kanda bagi modal ke dinda
buka business baru yang tak tentu Berjaya, baik kanda bagi dinda kerja di
syarikat kanda. Apa-apa jawatan pun dinda tak kisah”
Tengku Hamzan diam.
“Ada satu jawatan kosong. Jadi
setiausaha kanda nak? Suraya akan cuti bersalin nanti”
“Dinda tak kisah apa-apa jawatan
pun. Bila dinda boleh mula kerja?” soal Mylia. Hatinya berbunga riang kerana
dapat memujuk Tengku Hamzan memberikannya kerja.
“Kanda gurau je, takkanlah kanda
bagi dinda position tu. Assistant manager dekat Human resource boleh?”
Mylia mengangguk laju.
Tengku Hamzan senyum. Terhibur
apabila melihat senyumna yang mekar di bibir adindanya.
“Bila dinda boleh mula kerja?” soal
Mylia tidak sabar-sabar.
“Hujung buLan ni.
Kanda nak bagi notis dulu ke human resource”
“Thanks kanda”
“Your most welcome”
“Esok kalau dinda nak keluar pergi
shopping baju kerja boleh?” soal Mylia
“Boleh, bawa bodyguard sekali”
“Yelah”
“Dinda kan tahu, kanda risau kalau
dinda keluar seorang diri. Atleast kalau ada bodyguard kanda taklah risau
sangat”
“Dinda faham”
“Apa ni?” soal Maisarah menengking ke
arahFuad di hadapan orang ramai tatkala dia melihat gambar-gambar mereka ketika
ke hotel beberapa hari yang lalu. Fuad menunduk sahaja.
“Siapa punya kerja ni?” marah Maisarah
lagi. Beberapa orang pekerja yang ada bersama dengan mereka turut kecut perut,
mereka bergegas keluar membiarkan Maisarah dan Fuad bersendirian.
“Saya tak tahu Puan. Ada budak yang
bagi sampul ni tadi” beritahu Fuad.
“Siapa yang berani ugut aku. Tengku
Imran?!”
“Saya tak tahu Puan tapi saya janji
akan mencari daLan gnya”
“Aku nak kau bunuh orang yang berani
ugut aku ni”
“Baik Puan”
No comments:
Post a Comment