Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 35,36


Bab 35

Mereka bertiga duduk berbua-bual di ruang tamu. Ros sedang menyiapkan satu kamar untuk tetamu-tetamu mereka. Farah berkurung di dalam biliknya sejak selepas makan malam tadi. Tidak lama kemudian, Ros datang dan mempersilakan Tengku Hamzan dan Ahmad untuk berehat di kamar sahaja.
Ahmad yang sudah mengetahui kebisaaan Tengku Hamzan meminta untuk disediakan selimut dan bantal sahaja kerana dia akan bermalam di ruang tamu sahaja. Tengku Hamzan tidak akan membenarkannya bermalam satu kamar dengannya tetapi Tengku Hamzan juga tidak akan memberitahu kepada tuan rumah untuk menyediakan tempat lain untuk Ahmad. Jadi Ahmad yang sudah sedia maklum dengan kebisaaan majikannya itu menwarkan diri untuk bermalam di ruang tamu sahaja.
Tengku Hamzan meminta diri untuk masuk berehat di kamar terlebih dahulu. Badannya berasa sangat penat apabila bekerja petang tadi. Tengku Hamzan cuba melelapkan matanya tetapi tidak boleh. Banyak hal yang meragut ketenangannya sekarang ini. Hatinya benar-benar pasti yang Farah adalah Mylia tetapi dia tiada bukti kukuh untuk meyakinkan semua orang terutamam Farah. Dan jika gadis  itu benar-benar Mylia, mereka masih lagi suami isteri kerana dia tidak pernah menceraikan Mylia. Kenapa Farah sedih apabila melihat aku dengan Zue? Kalau dia bukan Mylia, dia takkan bersedih! Tapi kalau dia Farah dan dia sudah mula cintakan aku, dia juga akan sedih apabila melihat aku dengan Zue.
Macamana Farah tahu yang tangan kanan aku pernah cacat? Dan Aku tak boleh ikat tali kasut aku sendiri? Dan peristiwa di hotel dulu? semua itu diingat kembali semata-mata mencari bukti untuk menyokong teorinya yang Farh memang Mylia.
Walaupun tanpa alasan yang jelas dan kukuh tetapi adia dapat merasakan aura yang sama pada Farah. Tatkala bersama dengan gadis  itu hatinya akan berdebar-debar. Petang tadi sewaktu bersama dengan Zue hatinya turut berdebar. Sangakaannya hatinya mula beralih kepada Zue tetapi rupa-rupanya memang kerana kehadiran Farah berhampiran situ. Tengku Hamzan bangun dari tidurnya. Dia keluar untuk mengambil air sembahyang dan Lan menegurnya. Mereka bertiga masih rancak berbual. Tengku Hamzan melewati kamar Farah dan dia melihat lampu masih lagi menyala di kamar itu. Dia ke telaga untuk berwuduk. Setelah itu Tengku Hamzan kembali ke kamarnya dan mengerjakan ibadat sunat. Tengku Hamzan menutup lampu dan berbaring. Matanya cuba dilelapkan tetapi dia tidak mampu.
Tengku Hamzan bangkit dari tidurnya, dia keluar dari kamarnya. Dia berniat untuk berterus terang sahaja kepada Lan yang dia akan memperisterikan Farah, mengikatnya sebagai seorang isteri, memperlakukannya sebagai satu hak yang halal.  pengalamannya bersama Farah petang tadi saat di perigi membuatkan dia mempunyai satu perasaan yang sangat sukar dikawal. Dia sebenarnya sangat berterima kasih kepada Ros yang tiba-tiba dating menegur mereka. jika tidak kerana Ros, dia sendiri tidak tahu apa yang bakal dilakukannya terhadap gadis itu. kerana itulah dia yakin dengan keputusannya untuk memperisterikan Farah. Tengku Hamzan membuka daun pintu kamarnya dan melihat ruang tamu sudahpun gelap. Nampaknya Ahmad sudahhpun terlelap di ruang tamu itu dan Lan serta Ros sudah kembali ke bilik mereka. Tengku Hamzan menoleh ke arah kamar Farah dan kamar itu masih lagi cerah. Tengku Hamzan uLan  g alik di hadapan pintu kamar. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya tetapi perasaanya kepada Farah membuak-buak sekali. Sukar dibendung perasaan ingin tahunya terhadap identity sebenar gadis itu. hatinya berat mengatakan yang gadis itu adalah Mylia tetapi akal warasnya cuba membantha kata hatinya.
Daun pintu yang tertutup itu ditolak perlahan. ‘Kalau terkunci, aku masuk ke kamar aku balik tetapi kalau terbuka..’ Tengku Hamzan berkata-kata di dalam hati.
Dan sebaik sahaja daun pintu itu ditolak dengan hujung jari, dia dapat melihat ke dalam bilik Farah. Kelihatan gadis  itu baru selesai solat. Farah menanggalkan alat sembahyangnya dan terserlah rambutnya yang ikal mayang. Hati lelaki Tengku Hamzan berdegup lagi kencang. Terbukalah hijab gadis  itu dan sebaik sahaja melihar rupa Farah tanpa sebarang tudung, wajah itu memang terlalu mirip pada wajah Mylia. Farah menanggalkan pakaian sembahyangnya dan dia mahu menukar pakaian. Telah menjadi kebisaaanya untuk menukar pakaian yang hanya dipakai untuk solat supaya kebersihan dan kesuciannya untuk beribadah lebih terjamin. Dan setelah selesai mengerjakan solat. Pakaian solat itu harus diganti kepada pakaian yang dipakainya. Tengku Hamzan melarikan pandangannya. Hatinya bermonolog sendirian. Betulkah apa yang bakal dilakukannya ini?
‘Aku Cuma mahu melihat tanda lahir di belakang bahu Farah. Kalau ada pasti Farah adalah Mylia…tetapi kalau tiada, aku akan bertangugjawab ke atasnya’ Tengku Hamzan menarik nafas dalam-dalam dan melihat ke dalam. Sebaik sahaja pakaian Farah tercabut dari badannya, Tengku Hamzan terkejut. Dadanya berombak lagi kencang. Menahan rasa yang sedang mengacau emosi dan memberat rasa. Tengku Hamzan segera melarikan pandangannya.
Tatkala Farah selesai mengenakan pakaiannya, Tengku Hamzan memberi salam.
“Assalamualaikum, dinda!” Tengku Hamzan berdiri di pintu. Farah sangat terkejut melihat kehadiran Tengku Hamzan di kamarnya.
“Apa Tengku buat di sini?” soal Farah. Dia mulai takut.
“Kenapa nak berlakon lagi. Rahsia dinda dah terbongkar. Segala dokumen diri boleh dipalsukan tetapi dinda tak boleh sembunyikan tanda lahir dinda di belakang bahu kiri adinda” jelas Tengku Hamzan.
“Dah berapa lama Tengku berdiri di situ?” soal Farah.
Tengku Hamzan mulai berani, dia meLan  gkah masuk ke dalam kamar. Apabila yakin yang Farah adalah Mylia, mereka berdua sudah tiada batas aurat. Mereka berdua masih lagi suami isteri.
“Apa Tengku buat ni. Cepat keluar sebelum saya jerit”
“Awak takkan jerit sebab awak tak nak Lan tahu. Lan tak tahu lagi kan pasal saya. Macamana kalau Lan tahu nanti”
“Tengku, tolong jangan buat macam ni”
Tengku Hamzan menyelongkar semua almari dan meja. Dia mahu mencari dokumen pengenaLan   diri yang asli. Dokumen pengenaLan   diri yang membuktikan Farah adalah Mylia. Pasti dokumen yang asal akan disimpan walaupun dokumen pengenaLan   diri yang palsu telah dibuat. Farah menghalang Tengku Hamzan daripada menyelongkar semua barang-barangnya. Mereka berdua bergaduh dalam nada yang berbisik. Bimbang jika semua orang tersedar.
“Apa yang berlaku ni?” soal Lan terperanjat.
“Astagfirullahalazim” Ros beristighfar beberapa kali apabila melihat Tengku Hamzan dan kakak iparnya berdua-duaan di dalam bilik dengan kedaan bilik yang sangat bersepah. Farah bangun dari duduk dan memandang Lan   .
“Lan  , ini bukan seperti apa yang Lan fikir. Kakak boleh jelaskan”
“Kakak. Ros tak sangka yang kakak…” Ros tidak sanggup menghabiskan kata-katanya.
“Ros. Tolonglah. Lan   . Kakak boleh jelaskan.
“Ada apa ni?” soal Ahmad terkejut apabila melihat Tengku Hamzan di kamar Farah.
“Lan  . Ini bukan apa yang Lan fikir” berkali-kali Farah mencuba untuk meyakinkan adik lelakinya itu.
“Apa semua ni kak?!!!” Lan berteriak sekuat hati. Farah terdiam.
Tengku Hamzan memegang tangan Farah. Farah terkejut dengan tindakan Tengku Hamzan itu. Lan berjalan    laju dan menerpa ke arah Tengku Hamzan.
“Baik kau jelaskan apa sebenarnya yang berlaku ini?” tengking Lan   . Tiada lagi rasa hormat untuk lelaki korporat itu. orang yang melakukan perbuatan zina tidak layak hidup apatah lagi dihormati.
Genggaman tangannya pada tangan Farah dilepaskan.
“Farah tak salah dalam hal ini. Saya yang terlalu mengikutkan nafsu”
Farah memandang Tengku Hamzan pelik. Sudahlah Lan tengah marah, kenapa Tengku Hamzan sengaja mahu menambahkan minyak ke dalam api? Soal Farah pelik.
“Apa kau cakap ni?” tengking Lan   . Kolar baju Tengku Hamzan dijerut ketat.
“Saya sanggup bertanggungjawab. Saya akan nikahi Farah” Tengku Hamzan mempunyai agendanya tersendiri. Dia mengambil risiko ini jika ini perlu!
“Kurang ajar” Lan mnumbuk ke wajah Tengku Hamzan. Ros dan Farah menjerit ketakutan. Ahmad meluru laju dan menarik tubuh Lan menjauhi tubuh Tengku Hamzan.
“Aku bagi kau tumpang rumah aku. Ini yang kau buat pada kakak aku”
“Lan  ! Bukan macam tu. Lan tak tahu..”
“Kakak diam!” tengking Lan   .
“Dasar manusia tak sedar diri. Keluar kau dari rumah aku” Lan menghemburkan sumpah seranah yang kasar pada Tengku Hamzan.

Kereta Perdana yang disewa oleh Firdaus itu diberhentikan di tepi jaLan  . Setelah peristiwa ‘tertangkap’ itu, Tengku Hamzan dan Ahmad dihalau keluar dari rumah Lan   . mereka hanya mampu menunggu sampai air bah surut barulah boleh memandu ke jaLan   raya.
“Apa kita nak buat Tengku?”
“Kau ada saudara kat sini?” soal Tengku Hamzan sinis. Sengaja dia menjawab pertanyaan bodoh daripada Ahmad itu dengan sindiran.
“Tak ada Tengku. Saudara-mara saya ramai di Kedah, Tengku”
“Aku bergurau la, bodoh. Tak perlu kau serius” Tengku Hamzan tergelak besar. Ahmad hanya diam.
Hilai tawanya segaja diciptakan untuk menutup galau hatinya. Tanpa disedari air mata lelakinya gugur di pipi.
Dari cermin belakang Ahmad dapat melihat Tengku Hamzan yang sedang bersedih. Dia membetulkan cermin belakang itu supaya dia tidak dapat melihat Tengku Hamzan yang sedang menangis. Ego majikannya itu harus dipelihara.
“Ahmad!” panggil Tengku Hamzan lemah.
“Ya Tengku”
“Farah isteri aku!”

Bab 36

Setelah menerima panggilan   daripada Farah semalam, Tengku Hamzan sangat teruja untuk pertemuan mereka hari ini. dia senyum pada Farah sebaik sahaja melihat gadis  itu sedang menunggunya. Tengku Hamzan menyuruh Ahmad menunggu di luar sahaja kerana dia juga mahukan privacy setelah tujuh tahun tidak bertemu dengan isterinya itu.
“Assalamualaikum” sapa Tengku Hamzan lalu duduk berhadapan dengan Farah.
“Saya datang sebab saya ada sesuatu nak bagitahu Tengku. Jangan datang ke rumah kami lagi. Jangan ganggu keluarga saya lagi. Tengku tak fikir ke macaman saya nak hidup dalam keluarga saya dengan apa yang Tengku bagitahu mereka malam semalam? Tengku tak fikirkan maruah saya. Lan belum bercakap dengan saya lagi. Saya nak lihat muka Ros pun saya dah malu” beritahu Farah.
“Saya dah cakap. Saya akan nikahi awak. Itupun kalau awak setuju. Tetapi kalau Lan setuju, macamana awak nak kahwin dengan saya? Sebab awak masih isteri orang. Awak kena bercerai dulu” beritahu Tengku Hamzan.
Farah terkejut. Rupa-rupanya ini semua rancangan Tengku Hamzan untuk membuktikan yang dia adalah Mylia.
“Tengku dah gila” Dia bangun berdiri.
Please sayang . Duduk dulu beberapa minit lagi. Kanda terlalu rindukan dinda. Temankan kanda sekejap. Lepas tu, kanda akan hantar dinda pulang” rayu Tengku Hamzan. Dia benar-benar merindui isterinya itu. saban hari saban malam dia mendoakan arwah isterinya dicucuri rahmat dah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman tetapi ternyata isterinya itu masih hidup. Tujuh tahun dia bersendirian dan berfikir yang isterinya telah meninggal tetapi kini jasad isterinya itu berdiri di hadapan matanya. Tengku Hamzan memegang tangan Farah.
“Tolonglah Tengku. Saya bukan isteri Tengku. Meremang bulu roma saya bila dengan Tengku ber-dinda-dinda dengan saya” Farah bangun berdiri dan mula menapak meninggalkan Tengku Hamzan.
“Mylia! Mylia, tunggu!”
“Nur Amylia binti Shahrudin. Aku kata tunggu!” keras sekali suara Tengku Hamzan memanggil nama penuh Mylia, isterinya.
Farah terhenti dan tercegat berdiri. Ramai orang di restoran itu melihat kepada mereka berdua. Farah jadi malu. Dia berlari keluar dari restoran yang terletak di dalam taman itu. Tengku Hamzan mengejar Lan   gkah Farah. Lengan Farah dipaut. Farah menempisnya.
Please Mylia. I love you. Please. Kita balik rumah istana”
“Saya rasa Tengku mesti gunakan ayat yang sama kepada perempuan tempohari. nasib baik isteri Tengku telah meninggal. Kalau tak, tentu dia hidup merana sekarang ini”
“Perempuan mana? Zue? Zue Cuma kawan?”
“Kawan apa kalau macam tu, Tengku? Kalau ikut apa yang saya tengok hubungan Tengku dengan dia bukan main mesra lagi”
“Mylia. Please banyak lagi benda yang kita boleh bincang. Kenapa nak ungkit pasal ni”
“Saya bukan Mylia. Saya bukan Nur Amylia binti Shahbuddin. Saya bukan isteri Tengku. Saya Farah. Farah Waheda binti Sulaiman” bentak Farah. Kata-katanya tersasul keluar. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Farah mungkin masih belum sedar kesilapan yang dilakukannya sebentar tadi.
Tengku Hamzan senyum. Mungkin Farah belum menyedarinya lagi, tetapi dia baru sahaja membuktikan yang dia bukanlah Farah Waheeda binti Sulaiman.
“Kanda dengan Zue tak ada apa-apa”
“Saya lihat Tengku cium dia balik”
“Kanda fikirkan dinda masa tu”
Farah mengeluh dan tersenyum sinis. “Dasar lelaki!” bentak Farah kasar.
Tengku Hamzan memegang erat tangan Farah. Walaupun Farah minta dirinya dilepaskan tetapi Tengku Hamzan tetap memaut lengan itu.
“Dengar sini! Kalau ikutkan hati lelaki aku, nak je aku peluk cium kau di sini. Aku dah tak kisah samada orang tengok atau tidak” tengking Tengku Hamzan kasar. Dia sudah tidak sabar lagi melayan sikap Farah yang semakin tegar untuk membohonginya itu. nafas Tengku Hamzan turun naik menahan marah.
Mylia terkejut menerima amarah Tengku Hamzan yang disemburkan kepadanya tepat ke mukanya.
Tengku Hamzan sedar yang dia agak berlebihan. Wajah Farah yang masih kaget itu membuatkan Tengku Hamzan sedar kekasaran bahasanya tadi.
“Dinda ingat dinda je hidup terluka selama ini. tujuh tahun dinda menghilang, kanda tak pernah terfikir nak cari pengganti tempat dinda. Cinta kanda hanya untuk dinda seorang. Zue dengan kanda hanya kawan. Apa yang berlaku hari itu memang salah kanda. Tapi kanda memang hanya fikirkan dinda pada masa itu. Dinda fikir apa yang kanda cakap pada Lan malam semalam hanya melukai maruah dinda. Dinda masih lagi isteri kanda. Maruah adinda menjadi tanggungjawab kanda. Sekali maruah dinda dinodai, seratus kali maruah kanda tercalar” marah Tengku Hamzan lagi tetapi kali ini suaranya agak kendur sedikit. Dia sudah dapat mengawal marahnya dan Farah juga hanya mendengar, tidak seperti tadi asyik membantah sahaja.
Farah diam. Tengku Hamzan juga turut diam. Tangan Farah dilepaskan.
“Kalau iyapun, tak perlulah tengking-tengking” Farah mengomel sendrian sambil mengurut pergeLan  gan tangannya yang masih lagi sakit. Tengku Hamzan senyum.
“Jom balik rumah istana”
“Saya bukan isteri Tengku”
“Awak isteri saya. Saya baru sahaja confirmkan tadi. Saya tak pernah beritahu nama isteri saya Nur Amylia binti Shah..buddin”
“Tapi tadi baru Tengku bagitahu yang nama isteri Tengku Nur Amylia binti..Shah..rudin” barulah Farah sedar akan kesilapannya sendiri. Telefon bimbit Tengku Hamzan berdering tetapi dia tidak mahu menjawabnya. Telefon bimbit di dalam koceknya dibiarkan berdering sehinggalah ia berhenti sendiri. Tengku Hamzan senyum kepada Farah.
“Masih tak nak mengaku yang awak isteri saya, Nur Amylia”
Telefon bimbit Tengku Hamzan berdering lagi. Dia mengambil telefon bimbitnya dan melihat nama si pemanggil.
“Ada apa En. Johar?” keras suara Tengku Hamzan. Marah kerana diganggu.
“Tengku maaf mengganggu. Tetapi Tengku Nadhirah demam?”

“Semalam Tengku kata dia letih. Tapi pagi tadi bila saya naik ke kamar. Tengku Nadhirah tidak boleh bangun katil. Badannya sangat lemah. Demamnya juga tinggi”jelas En. Johar.
“Tengku kata dia nak jumpa ayahnda” sambung En. Johar lagi.
“Pesan dekat Tengku Nadhirah, malam nanti saya sampai”
Farah melihat wajah Tengku Hamzan dirundung resah. Dia tertanya-tanya apakah khabar yang baru sahaja diterima oleh Tengku Hamzan itu.
“Kanda kena pulang KL sekarang juga. Nanti kita sambung lain kali” beritahu Tengku Hamzan kepada Farah dan dia segera beredar membuatkan Farah tertanya-tanya. Tengku Nadhirah? Siapakah Tengku Nadhirah? Apakah hubungan mereka berdua? Farah mula berfikir dan mngesyaki yang bukan-bukan. Baru sahaja tadi Tengku Hamzan mengakui yang dia tidak punya pengganti.


Farhan datang  menjemput Tengku Hamzan dan Ahmad dari lapangan terbang antarabangsa dan mereka terus ke rumah istana. Tengku Hamzan berlari ke tingkat atas dan menolak daun pintu dengan kuat. Dilihat Tengku Nadhirah sedang berbarin di katil. Ahmad menghampiri anakndanya. Dahi Tengku Nadhirah diusap lembut dan dikucup mesra. Bahang panasnya dapat dirasa.
“Doktor cakap  apa?” selepas tengahari tadi, demamnya dah reda sedikit”
“Kenapa boleh jadi macam ni?” soal Tengku Hamzan sedih. Dilihat di samping katil ada digantung cairan glukosa yang dimasukkan ke vena di tangan kiri Tengku Nadhirah.
“Kebelakangan ini, Tengku Nadhirah sangat bermurung. Saya juga tak tahu mengapa. Tapi mungkin Tengku terlalu rindukan ayahndanya”
“Tinggalkan saya dengan anaknda sendirian”arah Tengku Hamzan. En. Johar mengikutarahn daripada majikannya itu. semua pembantu rumah diarahkan keluar dan hanya berjaga di luar pintu jika Ahmad memerlukan apa-apa pertolongan kelak.
Mata Tengku Nadhirah masih lagi terttup. Dahinya panas.
“Sayang. Bangun anaknda. Ni ayahnda. Ayahhnda minta maaf sebab selalu tak ada di rumah kebelakangan ini. ayahnda terlalu sibuk. Tapi ayahnda nak anaknda tahu yang ayahnda sayangkan anaknda. Jangan tinggalkan anaknda ye sayang ” Tengku Hamzan bersuara lembut dan dibisikkan ke telinga Tengku Nadhirah. Dia sedih melihat Tengku Nadhirah dalam keadaan begini. Tengku Nadhirah sangat ‘fragile’. Ini bukan kali pertama Tengku Nadhirah demam teruk. Setiap kali Tengku Nadhirah demam pasti akan membuatkan semua orang risau kerana demamnya sangat teruk. Selepas beberapa minggu baru akan sembuh.
Dahi Tengku Nadhirah dikucup lembut.
“Anaknda rindukan bonda, ayahnda”
“Anaknda akan jumpa bonda kalau anaknda sembuh”
Tengku Nadhirah berusaha membuka matanya. “Ayahnda ada jumpa bonda?”
Tengku Hamzan mengangguk. Air matanya dikesat perlahan-lahan. Sengsara melihat Tengku Nadhirah yang sedangdemam pana itu.
“Ayahnda menangis?” soal Tengku Nadhirah lemah.
“Tidak”
“Anaknda rindukan ayahnda”
“Ayahnda minta maaf, sayang” Tengku Hamzan menyelak gebar anakndanya dan membaringkan tubuhanya di sisi Tengku Nadhirah. Tubuh anak kecil itu dipeluk erat ke dalam pelukannya. Kehangatan panas tubuh Tengku Nadhirah dirasakan sampai ke kulinya. Anakndanya benar-benar sakit dan lemah sehinggakan doctor terpaksa memasukkan elektolit tambahan ke dalam tubuhanya.
“Ayahnda janji takkan tinggalkan anaknda sampai anaknda sembuh” dahi Tengku Nadhirah dikucup lembut.


Pintu bilik diketuk dari luar. Tengku Hamzan memberi keizinan untuk masuk. En. Johar dan beberapa orang pembantu rumah yang lain masuk ke kamar. Tengku Hamzan melarang mereka membuka kain Lan   gsir, bimbang jika Tengku Nadhirah tersedar dan tidurnya terganggu. Pelukannya terhadapa Tengku Nadhirah dileraikan. Tengku Nadhirah kelihatan sangat nyenyak tidur.
“Waktu untuk Tengku Nadhirah makan ubat Tengku” beritahu En. Johar.
“Pukul berapa sekarang?”
“Sudah pukul 6 pagi”
Tengku Hamzan  mengangkat kepala Tengku Nadhirah dari lengannya dan membaringkannya ke atas bantal. Tengku Hamzan bangun dari tidurnya. Wajah polos Tengku Nadhirah ditatap. Anakndanya tidur dengan menghisap ibu jari tangan kanan. Tengku Hamzan memandang En. Johar pelik.
“Sejak bila anaknda tidur macam ni?”
“Sejak tahun lepas Tengku”
Tengku Hamzan baru menyedari perubahan itu. sudah setahun baru dia menyedari perubahan itu. betapa dia tidak perihatin dengan perkembangan dan pertumbuhan Tengku Nadhirah. Segala-galanya diserahkan kepada En. Johar.
“Ada apa Tengku Hamzan?”
“Setahu saya, kalau kanak-kanak tidur dengan menghisap ibu jarinya, anak itu depressed. Tengku Nadhirah ada bagitahu awak apa-apa?”
“Tentang apa Tengku?”
“Hal-hal di sekolah, kawan-kawan”
“Tengku Nadhirah tidak ada memberitahu apa-apa tetapi kebelakangan ini, kawan-kawannya juga sudah jarang menelefonnya”
“Nanti bila anaknda dah sihat, saya sendiri yang akan tanya anaknda. Awak boleh keluar. Tinggalkan air suam untuk dilap pada badan Tengku Nadhirah di sini. Biar saya yang uruskan semuanya”
“Baik Tengku”
Setelah semua orang keluar. Tengku Hamzan mengambil air suam dan kain putih yang disediakan oleh pembantu rumah itu dan membersihkan badan Tengku Nadhirah. Dia mengejutkan Tengku Nadhirah dari tidur untuk memberi makan ubat. Setelah makan ubat, Tengku Nadhirah duduk di katilnya. Badannya sudah terasa agak sihat sedikit. Kalau sebelum ini untuk duduk pun dia tidak larat.
“Ayahnda”
“Ya”
“Betul apa yang ayahnda cakap semalam? Pasal bonda. Yang ankanda akan jumpa bonda kalau anaknda sembuh”
“InsyaAllah”
“Anaknda fikir anaknda hanya akan jumpa bonda kalau anaknda meninggal”
Tengku Hamzan sangat terkejut. Bagaimana kanak-kanak berumur tujuh tahun boleh berbicara sebegitu.
“Siapa yang cakap macam tu kepada anaknda?”
“Anaknda fikir kat dunia ni, semua orang dah tak sayangkan anaknda. Jadi kalau anaknda mati,anaknda boleh jumpa bonda”
“Sayang! Jangan cakap macam tu lagi. Ayahnda sayangkan anaknda. En. Johar, nenda dan semua di rumah ni sayangkan anaknda”
Tengku Nadhirah diam. Dia tertunduk. Kalau betul semua orang sayangkannya, kenapa kawan-kawan di sekolahnya menjauhinya. Kenapa ayahndanya selalu sahaja tiada di rumah dan nenda juga sangat jarang berada di rumah.
“Bonda masih hidup dan anaknda akan berjumpa dengan bonda kalau anaknda sembuh”
Tengku Nadhirah senyum. “Mana bonda ayahnda? Kenapa bonda tak ikut ayahnda pulang”
“Ayahnda ambil masa nak yakinkan bonda. Bonda tu keras kepala, macam anaknda” Tengku Hamzan mencuit pipi Tengku Nadhirah. Tengku Nadhirah senyum gembira. Kesakitannya bagai dilupakan apabila mendengar berita tentang bondanya.
“Bonda macamana orangnya?” bersungguh-sungguh Tengku Nadhirah mahu mendengar cerita tentang bondanya dariapa Tengku Hamzan.
“Bonda macam anaknda tapi lebih tinggi dari anaknda tapi lebih pendek sedikit dariayahnda, bonda cantik macam anaknda. Bonda sopan santun macam anaknda. Bonda tegas, macam nenda, bonda berdikari macam ayahnda, dan yang paling penting. Bila bonda jumpa anaknda nanti, bonda akan sayangkan anaknda sebab anaknda adalah anak bonda,anak kami. Jadi anaknda cepat sembuh, supaya ayahnda boleh pergi jemput bonda nanti”
Tengku Nadhirah senyum dan bertanya, “Anaknda nak ikut sekali”
“Anaknda kena sembuh dulu”
“Baik. Anaknda janji, anaknda kana sembuh dengan segera”
Tengku Hamzan senyum, terhibur dengan keletah manja anak perempuannya itu.
“Tapi ini rahsia kita berdua. Jangan bagitahu sesiapapun”
Tengku Nadhirah mengangguk faham. Tengku Hamzan mencium dahi anakndanya dan membaringkan tubuh Tengku Nadhirah ke katil.
“Kalau nak cepat sembuh, kena banyak berehat”

No comments:

Post a Comment