Bab 31
Firdaus sangat terkejut apabila
menerima panggilan daripada salah seorang kontraktor di tapak
pembinaan. Dia segera memandu keretanya ke tapak pembinaan. Suasana di kawasana
itu sangat riuh dengan sekumpuLan orang ramai yang memegang sepanduk meminta
projek pembinaan Resort atas tapak pasar malam itu dihentikan. Mereka telah
berada di kawasan itu sejak awal-awal pagi lagi. Tujuan mereka adalah satu,
membantah pembinaan resort atas tapak pasar malam. Dan mereka takkan berganjak
selagi hak mereka itu belum terkotakan oleh pihak pengusaha.
Firdaus menyuruh pekerjanya
mententeramkan pihak yang membuat bantahan. Tetapi laungan bantahan mereka
makin kuat. Firdaus menegah pekerja-pekerjanya melakukan kekasaran. Kalau boleh
masalah ini dapat diselesaikan tanpa pertumpahan darah. Seorang perkerjanya datang
berlari-lari sambil membawa alat pembesar suara sepertimana yang diarahkan oleh Firdaus.
Firdaus memberi salam sebelum membuka
bicara tetapi salam yang dihulurkannya hanya disambut dan dibalas oleh
segelintir orang sahaja.
“Saya harap kalian menghentikan
bantahan ini serta merta. Saya khuatir perhimpunan ini akan membawa masalah
untuk kita bersama”
“Kau jangan nak takutkan kami. Kami
tak takut sebab kami di pihak yang benar” balas seorang lelaki yang berada di
barisan depan. Lagaknya seperti seorang ketua.
“Saya tak bermaksud begitu. Saya
Cuma berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan cara baik”
“Kami juga berharap perkara yang
sama. Pulangkan hak kami!” laungan
lelaki itu mendapat sorakan dari yang lain. Suasanan menjadi riuh kembali.
Mereka menjuLan g sepanduk-sepanduk yang
dipegang. Firdaus gelisah. Dia kemudiannya meminta semua orang bertenang tetapi
mereka tidak mengendahkannya.
Firdaus memberikan alat pembesar
suara kepada salah seorang pekerja kemudian dia berbisik kepadanya. “Call polis. Saya dah tak tahu macamana
nak uruskan masalah ni” pekerjanya itu membuat laporan polis sepertimana yang diarahkan
kepadanya.
Firdaus mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor
telefon Tengku Hamzan.
Farah menerima sms dari ketua
persatuan peniaga untuk berkumpul di tapak pasar malam. Dia bersiap ala kadar
dan segera memandu van ke tapak itu. Dia berlari-lari ke arah sekumpuLan orang
yang sedang mogok dan membantah pembinaan projek di atas tapak pasar malam itu.
Farah terkejut apabila mendengar siren polis dan tidak lama kemudian beberapa
buah kereta polis berhenti di seberang jaLan
. Farah mencari-cari kelibat Tengku Hamzan tetapi dia tidak Nampak
Tengku Hamzan mahupun Ahmad. Kelihatan Firdaus sedang bercakap di telefon dan
wajahanya kelihatan cemas. Tidak lama kemudian sebuah kereta Perdana berhenti
di seberang jaLan . Tengku Hamzan keluar
dari kereta sambil diiringi oleh pengawal peribadinya, Ahmad. Tengku Hamzan
kelihatan bercakap-cakap dengan pihak polis dan mereka semua berjalan bersama ke arah sekumpuLan orang
yang sedang membuat bantahan di hadapan pintu tapak projek. Farah hanya melihat
dari jauh. Fuad mendapatkan Tengku Hamzan apabila melihat ketuanya itu sampai.
Tengku Hamzan diiringinya.
“Kau call polis?” soal Tengku Hamzan kepada Firdaus. Anak buahnya itu
mengangguk.
“Saya tak tahu nak buat apa lagi”
“Aku tak nak polis ambil apa-apa
tindakan. Minta dia orang memantau sahaja. InsyaAllah akan selesai dengan cara
baik” beritahu Tengku Hamzan. dia mengambil alat pembesar suara dari tangan
Firdaus dan meLan gkah ke hadapan dari
kelompok pekerja-pekerjanya. Ahmad turut mengiringi Lan gkah Tengku Hamzan. kaca mata hitam jenama
Ray Ban ditanggalkan dan disangut ke kolar baru t shirt. Tengku Hamzan memberi
salam dan memperkenalkan dirinya.
“Aku Tengku Hamzan, CEO syarikat
yang menguruskan projek resort putri ini. Di harap semua orang bersabar. Siapa
ketua di antara kamu semua?” soal Tengku Hamzan.
Seorang lelaki yang lebih berumur
dari Tengku Hamzan mengangkat tangan dan memperkenalkan dirinya sebagai Khalid.
“Macam ni. Aku harap segala masalah
ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Elok kita berbincang. Aku akan
menerima segala soaLan daripada pihak kalian”
“Kenapa ambil tapak ni?”
“Aku tak ambil. Aku beli dari pihak
kerajaan negeri”
Suasana kembali riuh. Jawapan
daripada Tengku Hamzan membuatkan semua orang yang berkumpul di situ marah. Farah
Cuma terdiam. Dia cuba meLan gkah ke
hadapan dari kumpuLan orang yang memprotes itu.
“Pergi ambil dokumen dalam kereta” arah
Tengku Hamzan dengan hanya berbisik kepada pengawal peribadinya itu.
“Tapi, saya tak boleh tinggalkan
Tengku. Keadaan sekarang bahaya”
“Ikut saja arahan aku” suara Tengku
Hamzan meninggi. Ahmad terpaksa akur. Tengku Hamzan mengangkat alat pembesar
suara dan berkata-kata dengan Lan tang
sekali.
“Aku ada dokumen sebagai bukti.
Tapak ini dibeli dengan sejumlah harga yang mahal dengan syarat..”
Kata-kata Tengku Hamzan tersekat di
kerongkong apabila rasa nyeri mula menusuk di dahinya. Darah merah mula menitis
dan jatuh ke alur di ruang antara pipi dan hidung. Farah sangat terkejut
apabila melihat Tengku Hamzan dicederakan di kepaLan ya dengan seketul batu yang sebesar genggaman
tangan orang dewasa. Farah menolak orang ramai untuk segera sampai ke Tengku
Hamzan. Pihak polis yang sedari tadi hanya memerhatikan dan memantau kini mula
mahu bertindak. Mereka mengepung sekumpuLan
orang yang membuat bantahan itu,
mereka semua terkejut kerana tidak menyangka ada diantara mereka yang sanggup
mencederakan orang sedangkan perhimpunan ini diadakan hanya untuk membantah dan
bukannya mencederakan atau membunuh. MaLan
gnya tiada sesiapapun antara mereka yang melihat siapakah yang membuat ulah
itu. Firdaus mendapatkan Tengku Hamzan dan dia menarik Tengku Hamzan ke
belakang untuk melindungi majikannya itu.
Tengku Hamzan mengelap darahnya
yang mengalir. Ahmad yang baru sahaja sampai terkejut melihat keadaan Tengku
Hamzan. dokumen itu diserahkan kepada pekerja Tengku Hamzan dan dia mendapatkan
Tengku Hamzan dan cuba melindungi ketuanya itu daripada kemungkinan
serangan-serangan yang seterusnya.
“Tengku tak pa-apa?” soal Ahmad.
“Tak ada apa-apa. I must do this”
Luka di dahi hanya ditekup dengan sapu
tangannya. Tengku Hamzan mengangkat alat pembesar suara dan bersuara.
“Harap tiada pihak yang menggunakan
sebarang kekerasan termasuk pihak polis. Luka ini hanya luka kecil” suasana
yang menjadi riuh rendah yang kerana kekacauan tadi kian mereda apabila
mendengar suara Tengku Hamzan.
“Aku faham perasaan kamu semua
sebagai seorang peniaga. Aku juga seorang peniaga Cuma business aku lebih besar
tetapi perasaannya sama apabila ada business kita yang dirampas. Ini dokumen
asli mengatakan yang aku telah membeli tapak pasar malam ini dari pihak
kerajaan negeri dan harganya juga ada tertera di sini. Pada awalnya pihak
kerajaan tidak bersetuju. Aku tahu tapak ini adalah reserve kerajaan untuk kamu semua dan juga ia menjadi tempat
rekreasi untuk remaja beriadah apabila menjeLan
g waktu petang. Jadi aku membeli tapak ini dan juga dua bidang tanah di
hujung sana. Tanah itu akan dijadikan tempat geLan ggang futsal untuk kegunaan penduduk yang
tinggal di sekitar sini. Kalau ke kompleks sukan, harga untuk bermain futsal
dalam waktu sejam mungkin beratus-ratus ringgit tetapi geLan ggang itu boleh digunakan secara percuma”
Tengku Hamzan berhenti seketika
untuk membenarkan sesiapa bertanya soaLan
kepadanya. Suasana kembali riuh.
Mereka semua tidak menyangka dalam diam Tengku Hamzan mencari jaLan penyelesaian untuk mengatasi masalah itu.
“Macamana dengan nasib kami pula?”
“Tapak ini hanya akan diapakai
separuh. Separuh lagi disimpan untuk kegunaan kamu semua. Tapak ini telah
dibeli tetapi tapak yang di hadapan sana akan dijadikan tapak untuk kamu
berniaga”
“Tapi tapak di depan sana penuh
dengan semak-belukar”
“Aku telah menguruskan pembersihan
kawasan itu. Kalau semua berjalan Lan car
kerja-kerja pembersihan akan dimulakan dalam minggu ini juga. Tapak di hadapan
sana lebih sesuai kerana lebih dekat dengan jaLan utama.
Aku jamin jumlah pengunjung akan bertambah jika kita memindahkan tapak
perniagaan ke tapak depan. Dan aku jamin jumlah pengunjung akan lebih bertambah
jika resort ini siap kelak”
Kedaan kembali riuh rendah. Semua
orang yang hadir dalam perhimpunan itu bercakap sesama mereka. Mereka berasa
tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh lelaki itu. Sebelum ini, mereka
menyangka yang lelaki dari Bandar Kuala Lumpur itu menghancurkan mata pencarian
mereka dan menindas mereka yang lebih lemah dan mengaut keuntungan dari
kesusahan orang lain. Pandangan mereka terhadap Tengku Hamzan berubah.
Pandangan firdaus terhadap Tengku Hamzan juga berubah. Pandangan Farah terhadap
Tengku Hamzan juga berubah.
Tengku Hamzan memanggil ketua
persatuan itu untuk tampil ke hadapan dan dia menunjukkan beberapa helai
dokumen asli meyakinkan tindakan serta janjinya kepada persatuan itu. Lelaki
itu mengangguk-angguk apabila Tengku Hamzan menerangkan sesuatu dan mereka
berdua berjabat tangan. Tanda ‘perdamaian’ dan ‘persetujuan’ itu disambut
dengan tepukan gemuruh dari semua orang yang berada di situ. Farah hanya
memerhatikan dan kemudian dia tersenyum.
Tengku Hamzan mengajak wakil-wakil
dari persatuan peniaga itu untuk mengikutinya meninjau-ninjau tapak baru
mereka. Sambil itu Tengku Hamzan menerangkan tentang perancangannya untuk tapak
baru itu. Ahmad setia mengikut Tengku Hamzan walau ke mana ketuanya itu pergi.
Risau sekiranya serangan yang tak terduga berlaku buat kali kedua.
Setelah berpuas hati dengan
penerangan dan perancangan Tengku Hamzan wakil-wakil persatuan itu meminta
mengundur diri dan mereka berjanji akan turut membantu dalam kerja-kerja
pembersihan tapak baru itu.
Firdaus menegur Tengku Hamzan dan
memohon maaf kerana bersangka buruk kepadanya. Tengku Hamzan mengangguk saja.
Firdaus tersenyum memahami. Ketuanya itu memang seorang yang berwibawa dan
berperikemanusiaan serta seorang yang sangat tinggi egonya. Itu memang sudah
pasti. Semua pekerjanya tahu tentang sikap Tengku Hamzan yang satu itu dan
kerana sikap itulah Tengku Hamzan sangat ditakuti oleh semua
pekerja-pekerjanya.
“Jangan salah faham. Aku buat ni
bukan untuk mereka sahaja. Ini untuk resort putri juga. Aku fikir pasar malam
itu boleh menjadi tarikan untuk resort ini” jelas Tengku Hamzan. dia
meninggalkan Firdaus dan mahu segera kembali ke keretanya. Pintu kereta dibuka
oleh Ahmad.
“Tengku” Farah menghampiri.
“Ada apa?”
“Tengku kata kalau ada masa nanti,
Tengku nak jelaskan segala-galanya kepada saya” kata Farah mengingatkan Tengku
Hamzan tentang janjinya kepada gadis itu
semalam. Farah menundukkan wajahanya. Dia malu apabila ditatap oleh Tengku
Hamzan.
“Awak ada masa sekarang?”
Farah mengangguk.
“Kalau macam tu. Ikut saya ke
hotel”
“Huh??!” Farah agak terkejut dengan
ajakan itu. Dia terbayang sesuatu yang tidak baik dengan ajakan itu. Tengku
Hamzan bukan orang yang begitu. Farah menyingkirkan imaginasi tidak baik itu
jauh-jauh dari fikirannya. Pelawaan Tengku Hamzan itu diterima.
Pintu bilik hotel dibuka oleh
Ahmad. Tengku Hamzan masuk ke dalam bilik hotel tetapi Farah teragak-agak untuk
masuk. Tidak manis dipandang orang jika dia berdua-duaan dengan Tengku Hamzan
di dalam bilik hotel.
“Tak nak masuk?”
“Saya di luar sahaja Tengku”
“Siapa yang nak tolong bersihkan
luka ni? Masuklah. Saya bukannya orang jahat”
Farah lambat-lambat meLan gkah ke dalam bilik hotel. Pintu itu ditutup
oleh Ahmad. Tengku Hamzan berbaring di katil. Dia mengarahkan Farah untuk ke
bilik air dan mengambil peti kecemasan. Farah menurut arahan Tengku Hamzan satu
persatu. Di lihat Tengku Hamzan sangat kepenatan.
Farah keluar dari bilik air dengan
sebuah peti kecemasan tergenggam di tangannya. Dia berdiri bertentangan dengan
Tengku Hamzan. Tengku Hamzan bangun dari baring dan duduk di birai katil.
Rambut Tengku Hamzan yang kehitaman
itu jatuh berjuntai ke dahi kerana dibasahi peluh jantan semasa berpanas
melawat tapak tadi. Rambut itu diselaknya, menampakkan lukanya yang sudah
kering. Farah duduk di Lan tai dan
membuka kotak kecemasan itu. Ingatan Tengku Hamzan terbayang pada Mylia. Arwah
isterinya itu selalu dimarahinya kerana duduk di Lan tai.
Farah mengeluarkan larutan alkohol
dari kotak itu dan larutan itu dititis ke kapas. Kemudian dia menekap kapas
basah itu ke tempat sekitar luka. Nasib baik luka Tengku Hamzan tidak besar dan
sudah tertutup. Luka itu dibalut kemas dan akhir sekali Farah menampal kain
kasa yang setebal 1 cm di tempat luka.
“Awak ada kan di tempat bantahan
tadi?” soal Tengku Hamzan secara tiba-tiba. Farah kaget sebentar. Dia tidak
mampu berbohong jadi dia mengangguk sahaja.
“Kenapa nak saya terangkan semuanya
sedangkan awak sudah tahu? Saya Nampak awak dalam kumpuLan persatuan peniaga tadi. Dan segala apa yang
saya jelaskan pada perhimpunan tadi memang sudah terang dan nyata”
Farah berdiam diri. Tangannya hanya
bermain-main dengan pemegang peti kecemasan.
“Apa awak nak?”
“Saya nak minta maaf tentang apa
yang saya cakap pada Tengku semalam”
Farah terasa seperti mahu merangkul
tangan Tengku Hamzan dan menciumnya. Memohon maaf sehingga perbuatannya
diampunkan oleh Tengku Hamzan. dia bersalah kerana menuduh secara melulu dan
kata-kata kejiannya semalam sangat kasar. Apatah lagi untuk seorang Tengku,
kerabat di raja yang mempunyai ego yang tinggi seperti Tengku Hamzan. Farah
hanya melihat pada tangan Tengku Hamzan. dia tidak mempunyai kekuatan untuk
merangkul tangan suaminya itu. Dan akal warasnya melarang tindakan yang bakal
dilakukannya itu.
Mata Tengku Hamzan mencerun ke arah
bibir munggil Farah yang tega meminta maaf daripadanya. Ia mengingatkannya
kepada Mylia. Isteri yang sangat dicintainya dan yang telah meninggal dunia
tujuh tahun dahulu. wajah gadis ini
dengan wajah Mylia sangat persis. Tetapi Tengku Hamzan melarang dirinya
daripada hanyut dalam permainan takdir. Mereka berdua adalah dua orang yang
berbeza. Tetapi dia akui yang dia sudah mulai suka kepada Farah.
Farah bertindak di luar
jangkaannya, tangan kanan Tengku Hamzan diraih. Tangan itulah yang selalu
diurut saban malam kerana dia percaya kelumpuhan tangan kanan Tengku Hamzan bisa
dirawat dengan kaedah fisioterapi iaitu dengan cara urutan dan latihan.
Tengku Hamzan menyentak tangannya
daripada genggaman tangan Farah.
“What are you doing?” perbuatan Farah sangat pelik dan
mengejutkannya. Dia tidak menyangkan yang gadis itu akan bertindak begitu.
Farah lebih terkejut apabila
melihat sentapan pada genggamannya. Tangan kanan Tengku Hamzan tidak lagi
lumpuh. Dia pasti tangan kanan itulah yang menyentak gengamannya. Tangan Tengku
Hamzan terlepas.
“Tangan Tengku!”
“Kenapa dengan tangan saya?” Tengku
Hamzan pelik.
Farah terdiam. Dia tahu yang dia
sudah terLan jur bicara. Dia berdiam
lagi.
“Awak patut balik!”
Farah bangun dari duduknya dan dia
memohon maaf atas perbuatan yang dianggap biadap. Bersungguh-sungguh dia meyakinkan
Tengku Hamzan yang dia bukan orang seperti apa yang Tengku Hamzan bayangkan
tetapi Tengku Hamzan tidak mengendahkannya. Tengku Hamzan berjalan ke
arah pintu dan menyuruh Farah meninggalkannya sendirian.
Farah memohon maaf untuk ke sekian
kalinya. Tengku Hamzan mengarahkan Ahmad menemani dan menghantar Farah pulang ke
rumahanya. Dia menutup daun pintu dengan keras. Tubuhanya yang kepenatan itu
dibaringkan ke katil.
‘Mylia, kanda rindukan adinda!”
No comments:
Post a Comment