Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 16


Bab 16

Tujuh tahun lepas….

Dua hari telah berlalu, dan hari ini berakhirlah percutian mereka di Jepun. Tengku Hamzan selalu sibuk dengan urusannya. Mylia hanya duduk termenung di bilik hotel. Setiap kali Tengku Hamzan pulang wajahanya kelihatan agak penat dan Mylia tidak sanggup meminta ditemani keluar. Setelah makan tengahari sendirian di kamar. Mylia menerima pesanan ringkas sms daripada Tengku Hamzan menyurhanya bersiap kerana sekejap lagi mereka berdua akan keluar. Mylia hanya mengenakan jeans biru gelap dan T-shirt putih dengan tulisan DKNY di bahagian dada. Jaket tebal disarungkan ke badan kerana di luar sana mungkin agak sejuk kerana peralihan musim.

Tengku Hamzan sampai di kamar seperti yang dijanjikan.

“Dah siap?” soalnya kepada Mylia. Gadis  itu mendapatkan lengannya.

“Kita nak pergi mana, kanda?”

“Kita keluar bersiar-siar. Sekejap saja. Malam ni kita dah nak berangkat. Sekejap. Kanda nak bawa kamera”

Mereka berdua berjalan    keluar dari bangunan hotel dengan diiringi oleh empat orang pengawal peribadi. Mylia menggenggam tangan keandanya dengan erat. Dia takut berada di tengah-tengah orang ramai yang kesemuanya kelihatan sangat berbeza dengan mereka.

“Jangan lepaskan tangan. Orang agak ramai time macam ni. Dinda akan sesat nanti” pesan Tengku Hamzan. Mylia Cuma mengangguk. Kerana ini pertama kali Mylia sampai ke Negara Matahari Terbit ini, malah pertama kali Mylia ke luar Negara, dia sangat seronok dan teruja. Tangan Tengku Hamzan ditarik ke taman rekreasi. Ada beberapa orang pasangan yang sedang duduk bersembang dan bermesra-mesran di beberapa tempat di sekitar taman itu. Mylia menarik Tengku Hamzan ke arah taman bunga. Tengku Hamzan menurut.
Tengku Hamzan memberi kameranya kepada salah seorang  pengawal peribadi.
Mylia dan Tengku Hamzan berdiri agak jauh antara satu sama lain. Kedua-duanya seperti malu-malu kucing.

Farhan berdehem kecil dan bersuara, “Dekat sikit”

Mylia maju setapak. Di berdiri di hadapan Tengku Hamzan.

Farhan berdehem lagi, lalu bersuara, “Mungkin Tengku nak sedikit mesra”
Tengku Hamzan mencerun ke arah Farhan. Farhan segera melarikan pandangannya. Tengku Hamzan marah ditegur sebegitu oleh pengawal peribadinya sendiri. Tetapi dia akur jua dengan permintaan Farhan. Lengannya diletakkan menyiLan  g di bahu Mylia. Mylia senyum. Lucu dengan perangai Tengku Hamzan. Bila ditegur marah, tetapi buat jua seperti yang disuruh.

Farhan berdehem lagi. Baru mahu bersuara tetapi dia ditengking oleh Tengku Hamzan. Tetapi nadanya dijaga kerana Mylia berada di sisi.

“Ada apa lagi?”

Mylia senyum lucu.

“Yang lain tu mungkin nak ke tepi sedikit” beritahu Farhan. Para pengawal peribadi yang berpakaian formal dengan blazer hitam dan berkaca mata hitam mungkin akan kelihata agak pelik jika turut muncul di dalam gambar buLan   madu antara Tengku Hamzan dan Mylia. Tengku Hamzan menengking ketiga-tiga orang pengawal peribadinya.

“Huh! Tunggu apa lagi?”

Setelah mendengararahan dari Tengku Hamzan sendiri, barulah mereka menjarakkan diri mereka dari pasangan itu. Barulah farhan menekan punat di kamera untuk mengambil gambar pasangan pengantin baru itu.
Walaupun percutian ini agak sederhana tetapi Mylia sangat gembira. Gambar-gambar mereka akan diabadikan di dalam foto album keluarga nanti. Fikir Mylia. Tengku Hamzan agak penat di duduk di bangku. Mylia me ngambil tempat di sebelah keandanya.

“Honey moon kita tak seperti yang dinda bayangkan?”

“Dinda tak pernah bayangkan apa-apa. Tetapi dinda gembira kita ada di sini”

“Tapi kanda terlalu sibuk. Malam ni kita dah nak berangkat. Hari ni baru kanda ada masa nak temankan dinda”

“Kalau macam tu, kat rumah nanti kanda kena selalu temankan dinda. Baru dinda tak rasa sunyi sangat”

“Sunyi ke kat rumah istana?”

Mylia mengangguk. “Lagi sunyi kalau kanda kerja sampai lewat malam. Kanda lebih pentingkan kerja dari dinda”

“Kerja penting. Dinda pun penting bagi kanda”

“Mana lagi penting?”

“Tentulah dinda. Tapi kanda harapkan dinda faham kerjaya kanda”

Mylia mengangguk. Akur dengan status dan siapa Tengku Hamzan sebenarnya. Mylia bangun dari duduk, “Kanda tunggu di sini. Sekejap lagi dinda datang balik” Mylia segera menghilang. Tengku Hamzan segera mengejar tetapi Mylia hilang dalam celah-celah ratusan orang yang sedang membanjiri taman itu.
“Mylia!” Tengku Hamzan memanggil nama Mylia.
“Maaf, Tengku” Pengawal peribadi Tengku Hamzan meminta maaf kerana cuai dalam memerhatikan keselamatan Puan Muda mereka. Mylia terlalu meluru sehingga mereka tidak sedar yang Mylia telah hilang. Itupun setelah Tengku Hamzan memanggil namanya.

Tengku Hamzan memarahi mereka.

“Bodoh. Kenapa tak ada seorang pun yang ikut Puan MUda?”

“Maaf, Tengku”

“Dua orang pergi cari Puan Muda. Yang lain tunggu di sini dengan aku. Mungkin Puan Muda takkan sesat, dia akan kembali ke sini”


Mylia keluar dari kedai sushi. Dia ingin menghadiahkannya kepada Tengku Hamzan. Mylia berlari di celah-celah orang ramai kerana dia ingin segera kembali kepada Tengku Hamzan. Mungkin keandanya telah menunggu agak lama. Mylia akhirnya kepenatan. Semakin kuat dia berlari, dia merasakan dia semakin jauh daripada tempat perpisahan sebelum di meninggalkan keandanya. Mylia memandang ke Lan   git. Bangunan sekelilingnya juga sudah tidak sama dengan bangunan berhampiran tempat penginapan mereka. Mylia terduduk kepenatan. Rintik peluh membasahi dahinya. Mylia terdengar deruan air mengalir di sebelah kiri. Tempat pengairan dan juga rekreasi sudah agak lengang. Mungkin dengan mengikut lorong pengairan itu dia akan sampai ke taman tadi.

Tengku Hamzan semakin resah. Mylia sudah lama menghilang, sudah sejam lebih dan Tengku Hamzan mundar-mandir dan mencari di awasan sekitar namun dia masih belum terlihat kelibat Mylia. Pengawal peribadinya diarahkan berpecah dan mereka tidak dibenarkan kembali selagi belum terjumpa Puan Muda.

Setelah lama berjalan, akhirnya Mylia sampai ke taman bungan tetapi Tengku Hamzan sudah tiada di situ. Air matanya kini mengalir deras. Dia kepenatan dan hampa aoabila melihat Tengku Hamzan tiada di tempat tadi. Mungkin kerana agak lama menunggu atau ada urusan kerja, Tengku Hamzan meninggalkannya di situ. Fikir Mylia di dalam hati. Dia duduk di bangku. Perutnya terasa lapar. Hari juga sudah semakin gelap.

“Mylia!” dari jauh Mylia terdengar namanya dipanggil. Tengku Hamzan segera berlari menghampirinya. Tubuh gadis  itu dirangkul dalam pelukan. Mylia kaget.

“Dinda ingat kanda dah tinggalkan dinda”

“Lain kali jangan tinggalkan kanda macam tu lagi!” pelukannya masih belum dilepaskan.

“Emm?” Kerana agak terkejut diperlakukan begitu di khalayak ramai, Mylia hanya sepatah menjawab.

“Janji dengan kanda. Jangan tinggalkan kanda lagi”

“Janji” Mylia senyum gembira. Dia bertemu kembali dengan Tengku Hamzan dan terbukti Tengku Hamzan mengkhuatirkannya. Tengku Hamzan mungkin menyintainya walaupun keandanya itu belum pernah sesekali melafazkan cintanya.

Tengku Hamzan meleraikan pelukannya. Dia tertunduk malu dengan perbuatannya sendiri. Kerana terlalu gembira bertemu kembali dengan isterinya, dia memeluk isterinya di hadapan khalayak ramai. Dan kini, setelah dia sedar akan perbuatannya, tubuh gadis  itu dilepaskan. Mylia cuba melihat wajah Tengku Hamzan yang sudah kemerahan. Wajah itu dilarikan daripada ditatap oleh si gadis . Tengku Hamzan menarik tangan Mylia dan mereka berdua kembali ke hotel. Setelah bersiram, Mylia dan Tengku Hamzan beristirehat di ruang tamu. Mylia duduk di sebelah Tengku Hamzan.

“Pukul berapa flight kita kanda?”

“Kanda baru call order tiket hujung minggu ni. Flight malam ni cancel. Banyak tempat lagi yang dinda tak pergi kan?”

“Tak mahal ke?”

“Mahal”

“Habis tu kenapa membazir?”

“Jangan banyak Tanya lagi. Malam ni, dinda temankan kanda tengok tv ye” Tengku Hamzan menarik tangan Mylia lalu kepaLan  ya dibaringkan dip aha adindanya.
“Mana bodyguard kanda? Balik tadi pun, dinda tak Nampak mereka”

“Kanda cakap jangan pulang selagi tak jumpa dinda”

“Dia orang kat luar sana lagi? Dinda tengok hujan kat luar tadi. Kasihan mereka. Dinda call ye kanda?”

“Biarkan. Siapa suruh tak jaga dinda dengan baik. Dinda hilang, tak siapa pun jaga dinda. Macamana kalau kanda tak jumpa dinda tadi. Biar mereka rasakan!”
walaupun suaranya agak perlahan tetapi wajah Tengku Hamzan jelas menunjukkan yang dia benar-benar marah. Mylia terdiam. Walaupun Tengku Hamzan menyalahkan mereka tetapi Mylia tetap menganggap dirinya sendiri yang bersalah. Meluru keluar tanpa menghiraukan panggilan   dari Tengku Hamzan. Akibatnya dia tersesat.

“Tapi kanda dah jumpa dinda kan? Dinda call mereka ye. Dingin kat luar sana. Kasihan mereka”

Tengku Hamzan bangun dari paha Mylia. Dia memandang Mylia seakan-akan tidak mempercayai kata-kata gadis  itu sebentar tadi.

“Dinda tersesat sejam lebih sebab salah mereka. Dinda masih nak bela mereka”
“Salah dinda juga. Dinda call ye, cakap kanda suruh pulang?”

“Dinda terlalu baik. Sesekali mereka memang patut di ajar”

“Kanda yang terlalu garang, macam singa” Mylia senyum. Cantik.

Tengku Hamzan teLan air liur. Dia menjarakkan diri mereka.

“Boleh, dengan satu syarat. Cakap that magic three words kat kanda”

Mylia mengerut dahi, “Magic three words apa?” soal Mylia berpura-pura tidak tahu. Dia tahu sebenarnya Tengku Hamzan menginginkan dia melafazkan ‘ I Love You’. Inilah kesempatannya!

“That! Magic Three Words”

Dahi Mylia semakin berkerut. “Apa yang kanda cakap ni. Dinda tak faham”

“Magic three words, I Love You” jelas Tengku Hamzan. Dia tidak sedar yang dia dipemainkan oleh Mylia dan dia juga tidak sedar yang dia melafazkan cintanya kepada Mylia.

Perangkapnya mengena. Tengku Hamzan melafazkan jua perasaan cintanya, walaupun hanya setelah dipermainkan begitu. Tengku Hamzan barangkali belum sedar tetapi hati Mylia tetap berbunga riang. Mylia ketawa, “I love you too”

Tengku Hamzan sedar yang sebenarnya Mylia mengerti maksudnya dari awal lagi dan Mylia sengaja memerangkapnya. Tengku Hamzan senyum, “Nakal!” seraya mengucup lembut dahi adindanya. Mylia kaget. Wajahanya pucat lesi. Matanya terbuka luas dek kerana terkejut. Dalam kedinginan malam itu, kucupan Tengku Hamzan dirasakan hangat. Kulitnya putih kuning itu bertukar putih pucat. Lama-kelamaan, wajahanya merona merah. Tengku Hamzan bangun. Kemudian dia menyerahkan telefon bimbitnya kepada Mylia.

“Sekarang, baru boleh call mereka”

No comments:

Post a Comment