Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 7


Bab 7

Tengku Anis memandu keretanya laju tanpa menghiraukan lampu isyarat dan speed track. Yang hanya terbayang di fikirannya adalah dia harus segera sampai ke pejabat Tengku Hamzan. Sebaik sahaja Tengku Anis sampai ke pejabat, dia meluru masuk tanpa menghiraukan Suraya yang berusaha menghaLan  gnya. Tengku Hamzan menyuruh sahaja Suraya keluar. Dia kemudiannya menyuruh tengku Anis duduk dan mendail nombor intercom Suraya supaya menyediakan minuman untuk tetamunya.

Ada apa ni, dinda?” soal Tengku Hamzan lembut. Dia dapat mengagak tujuan kunjungan Tengku Anis tetapi dia sengaja mahu Tengku Anis bersabar dan menarik nafas dalam-dalam sebelum menghemburkan kemarahannya. Adindanya itu seperti kepenatan. Pastinya dia terburu-buru setelah mendengar berita dari ayahndanya.

“Ayahnda beritahu tentang perkahwinan kita. Macamana ni kanda?”

“Macaman apa? Kita kahwin je la. Lagipun kanda memang tak ada perempuan lain yang kanda kenal selain dinda” Tengku Hamzan sengaja mahu mengusik.

“Kanda janganlah main-main, dinda serius ni”

“Dah bagitahu Ayahnda Tengku Imran pasal Megat Is?”

“Belum”

“Kenapa?”soal Tengku Hamzan. Bukankah dia ada berpesan kepada Tengku Anis untuk berterus terang tentang Megat Iskandar.

“Dinda takut ayahnda tak setuju”

“Kalau dinda tak bagitahu, macamana nak tahu ayahnda akan setuju atau tidak”
Tengku Anis diam. Kata-kata Tengku Hmzan itu ada benarnya tetapi dia tidak berani mahu membantah cakap ayahndanya. Suraya kemudiannya masuk dengan membawa minuman untuk Tengku Anis.

“Tengku, ada seorang tetamu yang sedang menunggu. Namanya Mylia. Tengku mahu saya memberitahunya Tengku sibuk atau bagaimana?” soal Suraya.

“Katakan saya sibuk tetapi suruh dia tunggu” beritahu Tengku Hamzan.

“Siapa tu kanda?” soal Tegku Anis. Dia tidak perah mendengar teman Tengku Hamzan yang bernama Mylia. Pasti kenaLan   baru.

Tengku Hamzan menjungkit bahu. “I don’t know” tipu Tengku Hamzan.

“Biar kanda yang bercakap dengan ayahnda Tengku Imran”

“Tapi kanda jangan beritahu yang adinda tak setuju dengan perkahwinan kita. Kanda cakaplah yang kanda yang tak setuju. Dinda takut ayahnda akan marah pada dinda”

Beritahu Tengku Anis. Walaupun ayahndanya jarang marah tetapi ayahnda seorang yang tegas. Tengku Anis bimbang sekiranya ketidaksetujuannya dalam pernikahan dngan Tengku Hamzan akan membuatkan ayahndannya naik marah. Tetapi lain pula jika kanda Tengku Hamzan yang tidak bersetuju. Ayahnda tidak dapat berbuat apa-apa selain redha dengan keputusan Tengku Hamzan itu.

I know what to do” balas Tengku Hamzan.

“Kalau macam tu, dinda minta diri dulu. Kanda pun ada tetamu”

“Jangan. Tetamu kanda tu tak penting. Adinda lebih penting. Cuba ceritakan perkembangan adinda dengan Megat Iskandar’

“Tak apa ke biarkan tetamu kanda tu menunggu lama?” soal Tengku Anis tidak percaya.

Tengku Hamzan mengangguk. Sebenarnya dia gembira menerima kunjungan Mylia tetapi dia terlalu ego untuk mengakuinya. Dan dia tidak mahu kelihatan bersungguh-sungguh dan sebab itulah dia seboleh-bolehnya mahu Mylia menunggu lebih lama untuk berjumpa dengannya. PerbuaLan   dengan Tengku Anis diLan  jutkan sehingga berjam-jam lamanya.

Mylia menunggu agak lama. Sesekali dia menguap kerana mengantuk. Kalau diikutkan hati dia memang tidak mahu datang tetapi dia dipaksa oleh Fuad. Sebenarnya Fuad ada memerhatikan segala gerak-gerinya semalam. Awal pagi tadi, Fuad ada berkunjung ke rumah dan memarahinya dengan perbuatannya mencuri dompet tetamu-tetamu yang datang ke majlis Tengku Hamzan semalam tetapi Fuad memuji caranya mendekati Tengku Hamzan.

Mylia ke meja Suraya dan memaksa setiusaha Tengku Hamzan itu untuk segera menghubungi ketuanya kerana dia sudah tidak sabar mahu menunggu lebih lama. Tidak lama kemudian, Tengku Anis keluar dan menyapa Suraya. Wajah Tengku Anis selepas keluar dari bilik Tengku Hamzan sangat berbeza dengan wajahanya sebelum masuk. Tengku Anis sempat senyum kepada Suraya serta Mylia. Mylia terpaku melihat kecantikan Tengku Anis sehingga dia bertanyakan siapakah gerangan gadis  itu.

“Sepupu Tengku Hamzan. Cik boleh masuk sekarang”

Mylia mengetuk daun pintu dahulu. Kemudian barulah dia masuk. Dia melihat Tengku Hamzan sedang duduk di kerusi dan melihat ke arah anya. Tengku Hamzan menyuruh Mylia duduk. Gadis  itu pun duduk berhadapan dengannya.

“Dah makan?”soal Tengku Hamzan.

Mylia menggeleng. Tengku Hamzan menekan butang intercom dan menyuruh Suraya membatalkan semua temujanjinya pada hari ini.

“Jom, ikut aku” Mylia membontoti Lan   gkah Tengku Hamzan. Lelaki itu berjalan    sangat pantas sehingga Mylia terpaksa berlari-lari kecil.

“Kita nak ke mana?”

Lunch

Mereka berdua makan tengahari di sebuah restoran bisaa di sebuah jaLan   yang terletak di pinggir Bandar. Tempat makan itu sebenarnya sudah dekat dengan rumah lama Mylia. Tengku Hamzan sengaja menyuruh Mylia memilih tempat untuk makan. Dia tidak tahu memilih tempat untuk makan bagi orang kebanyakan dan Tengku Hamzan  mahu mencuba hidup orang kebanyakan. Mylia tidak keberatan. Mereka makan menu yang dipilih oleh Mylia. Ada beberapa lauk pauk yang dihidangkan di meja. Kedua orang pengawal peribadi Tengku Hamzan berdiri di hadapan pintu masuk. Tengku Hamzan sengaja mahu berdua-duaan bersama dengan Mylia. Tidak seperti tempat makan di hotel bertaraf lima bintang, sudu dan garfu di restoran bisaa ini sudah disediakan di dalam bekas di tengah-tengah meja. Mylia memberikan sudu dan garfu kepada Tengku Hamzan. Lelaki itu mengelap dengan menggunakan tisu dan membelek-belek sudu serta garfu itu sebelum dia yakin mahu menggunakannya. Kuah gulai dicedok dan dituangkan ke nasi, kemudian Tengku Hamzan mengambil sedikit semua lauk yang sedia terhidang di meja. Dia teragak-agak untuk menyuakan nasi ke mulut kemudian apabila melihat Mylia yang sedang menikmati juadahanya seperti makanan-makanan itu sangat menyelerakan dan enak, Tengku Hamzan mencuba. Nasi dikunyah perlahan-lahan, dan keenakan makanan itu mula dirasa dan Tengku Hamzan menyuakan suapan yang kedua, ketiga dan seterusnya.

Selepas itu Tengku Hamzan mengarahkan Mylia membawanya ke sebuah tempat rekreasi yang selalu dikunjungi oleh muda mudi. Mylia mencadangkan mereka ke tasik Shah Alam sahaja. Tengku Hamzan berjalan    beriringan dengan Mylia, dua orang pengawal peribadinya berjalan    di hadapan. Tengku Hamzan membisu seribu bicara.

“Selalu ke bodyguard Tengku ikut ke mana sahaja Tengku pergi?” soal Mylia.

Tengku Hamzan mengangguk. “kalau ke tandas?” Tengku Hamzan mengangguk lagi. Mylia ketawa geli hati. Macamanalah nak hidup kalau macam tu. Walau ke tandas sekalipun perlu ditemani. Getus hatinya. Tengku Hamzan memandang Mylia kehairanan. Apakah yang membuatkan gadis  itu ketawa geli hati.

“”Siapa nama mereka?”

Tengku Hamzan menjungkit bahu.

“Mereka sanggup bergadai nyawa demi Tengku tetapi Tengku Tak tahu nama mereka?!” Mylia bertanya dalam rasa tidak percaya. Betapa dinginnya lelaki itu.

“Bukan kerja aku untuk ambil tahu nama mereka”

Mylia berjalan    meninggalkan Tengku Hamzan. Dia mampir ke arah  dua orang pengawal peribadi Tengku Hamzan.

“Encik, boleh saya tahu nama encik?” soal Mylia. Lelaki yang berbadan sasa itu berpaling sesama sendiri. Kemudian dia berpaling ke arah Tengku Hamzan. Tengku Hamzan mengangguk, menandakan dia memberi keizinan untuk mereka menjawab pertanyaan daripada Mylia.

“Ahmad”

“Dan encik ni?” soal Mylia kepada seorang lagi pengawal peribadi Tengku Hamzan.

“Saya Farhan”

“Tengok! Tak susahkan kalau nak bertanya nama!” beritahu Mylia sambil dia tersenyum gembira.

Tengku Hamzan turut terseyum. Mylia mendapatkan Tengku Hamzan lalu memaut lengan kanannya. Tengku Hamzan segera mengelak. Perbuatan Tengku Hamzan itu tadi membuatkan Mylia berasa pelik. Ada apa dengan tangan kanannya? Pada malam semalam pun sama, Tengku Hamzan terus berubah apabila Mylia bertanya tentang keadaan tangan kanannya yang kedinginan.

Tengku Hamzan meninggalkan Mylia keseorangan namun seorang pengawal peribadinya menemani Mylia sepertimana yang disuruh oleh Tengku Hamzan. Mylia mendekati Tengku Hamzan yang duduk di sebuah bangku.

“Apa yang kita buat di sini, Tengku? Kalau tak panas, kita boleh mendayung tetapi sekarang baru pukul 3 petang”

“Kita kan tengah datang

Mylia terkejut. “Tengku bergurau?”

Tengku Hamzan menggeleng.

“Kita datang? Sejak bila pula kita bercinta?” soal Mylia kehairanan. Dia tidak pernah terfikir yang Tengku Hamzan akan jatuh cinta kepadanya terutama apabila dia ditangkap mencuri semalam. Tengku Hamzan pula menyuruhanya ke pejabat pada pagi tadi dan Mylia menurut atasarahan Fuad.

“Kau menolak aku?” Tengku Hamzan berdiri. Marah dengan pertanyaan Mylia. Dia tidak pernah ditolak sebelum ini, malah dia juga tidak pernah diterima oleh mana-mana gadis . Seumur hidupnya selama 29 tahun ini, dia tidak pernah bercinta tetapi sejak semalam, hatinya mula terpaut kepada gadis  kebanyakan itu. Dia tidak tahu adakah perasaan ini cinta tetapi apabila berada di samping gadis  itu, dia tersenyum, gembira dan sejak semalam, hatinya mula mengenal erti rindu.

“Tengku suka saya ke?”

Mylia memandang tepat ke arah Tengku Hamzan. Tengku Hamzan tidak melarikan pandangannya. Mereka bertetang mata sehingga akhirnya Mylia yang terpaksa beralih pandangan. Dia sepertinya tewas dengan tikaman mata Tengku Hamzan yang sepertinya serius dengan kata-katanya. Mylia tidak sampai hati mengecewakan hati Tengku Hamzan dan dia telah menandatangani kontrak dengan Maisarah untuk menunaikan janjinya itu dia terpaksa berlakon dan membuatkan Tengku Hamzan jatuh hati kepadanya dan hari ini, saat ini, janji kepada Maisarah itu bakal dikotakan kerana Tengku Hamzan seolah-olah menyukainya. Mylia menyedapkan hatinya dengan berkata dia melakukan semua ini atas alasan yang baik, mengelakkan Tengku Hamzan daripada tertipu dengan muslihat gadis  yang gilakan hartanya sepertimana yang diberitahu oleh Maisarah kepadanya.

Ada handphone?” soal Tengku Hamzan tiba-tiba.

Mylia mengangguk. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Tengku Hamzan merampas telefon bimbit Mylia dan mendail nombornya. Kemudian dia menyimpan nombor telefonnya ke dalam senarai kontak telefon Mylia. Secara tiba-tiba Tengku Hamzan mengambil gambar Mylia dengan menggunakan tenlefon bimbitnya. Mylia terkejut dengan perbuatan Tengku Hamzan dan dia cuba merampas telefon bimbit Tengku Hamzan. Tengku Hamzan segera menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket. Mylia berhenti. Dia tidak sanggup menyelukkan tangannya ke dalam kocek seluar Tengku Hamzan.

“Tak apa, kali ini saya lepaskan Tengku. Tetapi kalau lain kali Tengku cuba ambil gambar secara curi-curi macam tadi. saya takkan lepaskan Tengku”

Setelah petang barulah Mylia pulang ke rumahanya. Tengku Hamzan mahu menghantarnya tetapi Mylia menolak. Dia tidak mahu Tengku Hamzan melihat tempat tinggalnya. Mylia membeli nasi bungkus untuk adiknya. Khairul kepenatan lalu segera tertidur setelah makan malam. Mylia menonton siaran televisyen. Peristiwa petang tadi bermain-main di ingatan Mylia. Dia senyum sendirian. Dia mengambil telefon bimbitnya dan melihat senarai kontak dan nama Tengku Hamzan ada tersenarai bersama dengan beberapa nama yang bermula dengan huruf T yang lain. Mylia berfikir samada mahu mendail nombor Tengku Hamzan atau tidak. Setelah lama berfikir, jarinya terus menekan butang hijau. Panggilan  nya disambut oleh Tengku Hamzan setelah beberapa deringan panjang. Mylia memberi salam.

“Tengku sibuk ke?” soal Mylia lembut dalam teragak-agak. Dia khuatir jika panggilan  nya mengganggu tokoh usahawan muda itu.

“Sibuk juga sekarang ini. Kenapa?” serius nada Tengku Hamzan.

“Tak ada apa-apa. Saya saja call. Kalau Tengku sibuk, tak apalah. Tak ada benda yang penting pun”

Wait. Esok free?”

“Esok ada hal sebelah pagi. Kenapa tengku?”

“Tak ada apa-apa. tadi aku dapat call dari China. BuLan   depan, mungkin aku kena ke sana. Ada projek baru, so mungkin esok, kita…”

“Tahniah, Tengku”

“Aku busy, lain kali saja kau call aku lagi” talian segera dimatikan oleh Tengku Hamzan. Mylia tercengang. Lelaki itu selalu sahaja melakukan sesuatu sesuai percaturannya. Adakah dia tidak pernah memikirkan pasal orang lain? Mylia mencampakkan telefon bimbitnya ke kusyen sofa yang sudah agak usang. Dia marah dengan sikap Tengku Hamzan yang mematikan taliannya secara tiba-tiba. 

No comments:

Post a Comment