Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 11


Bab 11

Sudah beberapa hari Mylia asyik menangis sahaja. Khairul mula risau. Kakaknya bersikap pelik begini setelah menerima kerja daripada Fuad. Dan mulai awal minggu ini, kakaknya sudah tidak dijemput Fuad lagi. Mungkinkah kerja itu sudah berakhir? Tetapi kenapa kakak asyik berkurung di dalam bilik sejak akhir-akhir ini? Sekejap-sekejap menagis, emosinya juga terganggu dan Mylia asyik mengeluh sahaja. Apabila ditanya mengapa, Mylia hanya berdiam diri. Pernah juga telefon bimbit kakaknya berdering beberapa kali beberapa hari yang lalu tetapi kakaknya tidak menyambut panggilan   itu seolah-olah kakaknya sedang melarikan diri dari si pemanggil. Kini telefon bimbit kakaknya sudah tidak berdering lagi kerana sejak hari itu, Mylia menyuruh Khairul mematikan telefon bimbitnya.

Mylia sudah tidak dapat menahan rindunya kepada Tengku Hamzan. Dia bersiap-siap mahu keluar. Amaran dari Maisarah tidak dihiraukannya. Dia perlu berjumpa dengan Tengku Hamzan sekali ini, dan selepas itu dia akan terus hilang dari hidup Tengku Hamzan sepertimana yang dijanjikannya kepada Maisarah  .

Mylia ke pejabat tetapi dia diberitahu oleh Suraya yang Tengku Hamzan sudah beberapa hari tidak masuk ke pejabat. Mylia menjadi risau. Apakah Tengku Hamzan jatuh sakit? Apabila ditanya tentang kemusykiLan  nya itu kepada Suraya, Suraya menafikannya. Tengku Hamzan Cuma memberitahu yang dia tidak akan masuk pejabat selama beberapa hari kerana ada masalah peribadi. Mylia mahu menjenguk Tengku Hamzan di rumah istananya tetapi dia tidak tahu di manakah kediaman Tengku Hamzan. Namun ada satu tempat yang muncul di fikirannya. Mungkin dia akan bertemu dengn Tengku Hamzan di sana.

Mylia berlari meninggalkan bangunan pejabat Tengku Hamzan dan mengambil teksi menuju ke Tasik Shah Alam. Dari jauh, dia melihat kereta BMW Putih milik Tengku Hamzan. Mylia berlari-lari ke arah  kenderaan itu dan tidak jauh dari situ dia melihat dua orang pengawal peribadi Tengku Hamzan yang sedang berdiri agak jauh dari tebing tasik. Mylia berjalan    ke arah  mereka. Dia belum nampak kelibat Tengku Hamzan.

Mylia menyapa kedua orang pengawal itu. Dia meminta izin untuk bejumpa dengan Tengku Hamzan. Lelaki kerabat itu dilihat sedang duduk bersendirian di bangku tempat mereka berdua pernah duduk pada kunjungan yang lalu. Mylia menghampiri perlahan-lahan. Dia tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara. Akhirnya Mylia memberi salam. Entah dari mana datangnya keuatan untuk Mylia bersemuka dengan Tengku Hamzan.

Tengku Hamzan berpaling ke belakang, ke arah  Mylia. Wajah itu serius. Dia tidak senyum mahupun marah. Wajahnya seperti tiada mempunyai perasaan, dingin seperti ais. Hati Mylia bertambah sedih melihat perubahan pada Tengku Hamzan. Bukan dia sahaja yang berasa bahang rindu antara mereka, Tengku Hamzan juga merasakan perasaan yang sama, mungkin. Cuma lelaki di hadapan Mylia itu tidak menzahirkannya. Fikir Mylia.

“Maafkan Mylia” lembut suaranya.

Tengku Hamzan masih lagi diam.

“Mylia tahu Tengku ada menghubungi Mylia. Mylia ada alasan untuk semua perbuatan Mylia tetapi Tengku percayalah, apa yang Mylia buat ini adalah yang terbaik untuk Tengku. Tengku masih marah?”

Tengku Hamzan tetap membisu.

“Tengku bencikan Mylia? Sampai tak nak tengok muka Mylia?”
Tengku Hamzan diam. Dia marah pada Mylia, tetapi bukan benci, malah dia merindui gadis itu.

“Kalau macam tu, Mylia minta diri dulu” sambung Mylia setelah Tengku Hamzan tetap membatukan dirinya.

Tengku Hamzan menarik tangan Mylia dengan tangan kirinya.

“Kau sengaja cari alasan untuk tinggalkan aku kan? Tangan kanan aku ni cacat, sebab tu kau tingalkan aku!” tengking Tengku Hamzan.

“Apa maksud Tengku?”

“Kau jangan pura-pura tak tahu. Macamlah aku tak perasaan kau tenung pelik bila lihat tangan kanan aku yang cacat. Kau sama je dengan perempuan lain. Bodoh!”

“Saya tak lihat Tengku macam tu. Kalau ikutkan hati, saya setuju dengan lamaran Tengku untuk mengikat saya sebagai keasih. Kalau itu boleh buktikan yang saya tak memandang fizikal Tengku”

“Kau setuju?” Tengku Hamzan gembira tetapi dan tidak percaya. Kemarahannya mula reda sedikit. Suaranya agak sedikit kendur.

Mylia angguk.

“Walaupun kau tahu tangan kanan aku cacat?”

“Saya tak tahu sehinggalah Tengku memberitahu saya sendiri tadi. Dan setelah saya tahu, keputusan saya tentang lamaran Tengku tetap tak berubah”

“Kalau macam tu, buLan   depan kita kahwin. segala persiapan akan aku tanggung. Kau dan keluarga kau hanya perlu hadir”

“Tengku jangan main-main”

“Aku bukan orang yang suka bergurau. BuLan   depan kita kahwin”

Mylia terdiam. Bagaimana penerimaan Maisarah nanti. Hati Mylia sebenarnya berbunga riang menerima lamaran pernikahan itu. Tetapi masalah yang akan timbul nanti lebih banyak. Siapa pula yang akan mewalikannya nanti? Khairul masih belum cukup umur. Maisarah tentu akan mengekang keras kerana dia dan Tengku Hamzan memang tidak sekufu. Tengku Hamzan hanya mengenalinya sebagai anak Dato’ Ehsan, sebuah penipuan yang diciptakan oleh Maisarah  . Adakah perkahwinan mereka akan berLan  gsung atas penipuan ini?

Tengku Hamzan memang seorang yang suka membuat keputusan sendiri. Fikir Mylia dalam hati. Lngsung tidak bertnya masalahnya.

Keesokan harinya Mylia berkunjung ke pejabat Tengku Hamzan. Tengku Hamzan menelefonnya untuk segera berjumpa. Ada perkara yang nak dibincangkan olehnya tentang hal perkahwinan mereka. Tengku Hamzan berhasrat membawa Mylia berjumpa bondanya. Mylia teragak-agak. Baru beberapa hari lepas Maisarah menyuruhnya meninggalkan Tengku Hamzan. Tengku Hamzan dapat meilhat perubahan pada wajah Mylia. Dia sedar gadis  itu tentunya takut untuk berjumpa dengan bonda, apatah lagi mereka sudah merancang untuk berkahwin tetapi Tengku Hamzan berjanji yang dia akan memastikan bonda dan seluruh keluarganya menerima Mylia. Tengku Hamzan ada bertanya tentang kedua ibu bapa Mylia. Mylia terdiam lagi. Apakah yang patut dilakukan sekarang? Memberitahu perkara yang sebenar atau terus berdiam diri. Adakah Tengku Hamzan akan menerimanya jika Tengku Hamzan tahu siapakah dia yang sebenar.

Telefon bimbit Mylia berdering. Mylia melihat nama Puan Maisarah tertera di skrin telefon. Mylia menjawab panggilan  . Namun dia tidaklah banyak berkata-kata. Tengku Hamzan tertanya-tanya siapakah si pemanggil tetapi dia diamkan sahaja. Setelah mematikan talian, Mylia meminta diri untuk beredar kerana ada urusan penting yang perlu di selesaikan. Tengku Hamzan bangun dari duduknya. Nama Mylia dipanggil sebelum Mylia meninggalkan biliknya. Mylia kemudian menghampiri Tengku Hamzan.
Ada apa Tengku?”

“Jaga diri elok-elok”

Mylia senyum, “I love you Tengku”

Tengku Hamzan agak terkejut mendengar kalimat keramat itu. Walaupun dia cuba menyembunyikan perasaan gembiranya tetapi wajahanya terukir senyuman yang paling lebar. Namun tengku Hamzan berdiam. Dia bukannya lelaki romantic yang pandai bermain kata-kata manis. Malah dia juga tidak mampu menzahirkan rasa sayangnya tetapi apa yang mampu dia lakukan adalah mencintai Mylia sehingga ke akhir hayatnya. Tiada wanita lain yang dapat menggantikan tempat Mylia di dalam hatinya.

No comments:

Post a Comment