Bab 49
Tengku Hamzan sedang khusyuk
memeriksa dokumen syarikat berkenaan dengan projek terbaru mereka yang
berjumlah ratusan juta dolar yang sedang dalam pembinaan. SekumpuLan pekerja yang diketuai oleh Mylia sedang
menguruskan data kewangan syarikat yang baru. Perombakan semula akaun syarikat
sengaja dibuat supaya data kewangan yang sebenar diketahui. Tengku Hamzan berhenti dan dia menyandarkan
badannya ke kerusi yang empuk. KepaLan ya
terasa memberat. Rasa pening mengundang lagi. Sejak akhir-akhir ini, dia sering
terlewat tidur dan berasa pening. Pekerjaannya tertimbun-timbun dan dia sibuk
menguruskan hal-hal syarikat setelah berita tentang penyelewengan wang syarikat
itu tersebar luas ke pengetahuan seluruh Negara. Ada beberapa pelabur yang
berasa tidak yakin dengan kemampuanya menguruskan syarikat dan ada juga
beberapa orang pelabur yang kurang yakin dengan kemampuan kewangan syarikat. Sesetengah
daripada mereka mengambil jaLan selamat dengan menarik balik usuLan pelaburan mereka berkenaan dengan projek
ratusan juta dolar yang sedang diuruskan oleh syarikatnya dan juga syarikat
Tengku Imran.
Telefon bimbitnya bergetar di dalam
kocek seluar. Nama Mylia tertera di skrin. Panggilan itu
dibiarkan sahaja. Dia penat, tersangat penat. Pundaknya dirasakan terlalu berat
untuk memikul kesemua bebanan ini. matanya mahu tertutup, kerana terlalu lelah
akibat bersengkang mata setiap malam. Badannya lemah kerana tiada rehat
untuknya. Semuanya demi syarikat, demi perjaLan
an syarikat miliknya ini. sekiranya sesuatu berlaku kepada syarikat ini,
belasan ribu pekerja yang akan menganggur. Entah kenapa dia sudah berasa mahu
menyerah. Bebanan kerja kali ini terlalu sukar. Kalau boleh dia mahu memutar
balik waktu, berharap agar dia tidak membuat laporan polis, atau berharap agar
Mylia tidak menemukan penyelewengan data kewangan itu. walaupun syarikat akan
terus ditipu tetapi syarikat tetap dapat berfungsi dan berjalan seperti bisaa. Bukan seperti sekarang ini,
syarikat banyak menghadapi masalah daripada golongan pelabur.
Tengku Hamzan bangun daripada
duduknya dan berjalan keluar dari kamar pejabat. Sapaan daripada
setiusaha sementara yang menggantikan kedudukan Suraya itu tidak diendahkannya.
Mylia berjalan masuk
kedalam bilik pejabat Tengku Hamzan dengan membimbit beberapa dokumen yang
memerlukan pengesahan dan tandatangan Tengku Hamzan. Tengku Hamzan tiada di
kamar itu. dia keluar dan mencari setiusaha suaminya.
“Mana Yani?” soal Mylia kepada
seorang pekerja yang mejanya terletak bertentangan dengan meja Yani, setiusaha
sementara Tengku Hamzan.
“Ada di pantry, Puan”
Mylia segera ke pantry dan menyapa
Yani.
“Mana Tengku?”
“Tengku keluar sebentar tadi”
beritahu Yani. Gadis itu meletkkan cawan yang berisi Nescafe panas. Dia
terkejut menerima sapaan daripada Mylia.
“Tengku ke mana?”
“Maaf Puan, Tengku tidak bagitahu
ke mana dia nak keluar?” jawab Yani.
“Tengku ada appointment ke?”
“SEbentar saya check schedule
Tengku”
Mylia membontoti Lan gkah Yani ke mejanya. Yani kemudiannya
membuka buku yang memuatkan jadual harian majikannya itu.
“Tengku Cuma ada meeting dengan
Syarikat Megah Kristal pukul 2 petang nanti. Sekarang Tengku tidak ada apa-apa
appointment”
“Kalau macam tu, saya tinggalkan
dokumen ni. Nnti bila Tengku balik, awak mnta dia sign. Saya tinggalkan di
kamar pejabat Tengku saja”
“Baik Puan”
Mylia berjalan meninggalkan Yani dan meLan gkah masuk ke bilik pejabat suaminya. Dia
menitipkan dua buah dokumen itu di meja suaminya. Mylia melihat telefon bimbit
suaminya yang masih berada di meja.
Mylia dapat merasakan sesuatu yang
kurang enak, naluri perempuanya mencetuskan rasa cemas. Mylia menelefon kaunter
menyambut tetamu di lobi.
“Ya Tengku, ada apa-apa yang kami
boleh tolong”
Sapa si penerima panggilan . Sangkaanya Tengku Hamzan yang menelefon
kerana tertera nama Tengku Hamzan di skrin telefon di kaunter pertanyaan itu.
“Saya Puan Muda. Tengku ada keluar
dari bangunan tak sejak pagi tadi?”
“Tidak ada Puan. Saya berjaga di
sini sejak pagi tadi tetapi Tengku tak pernah meninggalkan bangunan pejabat”
“Terima kasih”
“Ada apa-apa yang saya boleh
tolong, puan?”
“Tak ada apa-apa” Mylia segera
mematikan talian. Dia tidak mahu memperbesarkan cerita. Dia beristighfar
beberapa kali. Mungkin ini Cuma perasaan cemasnya sahaja.
Mylia keluar dari bilik pejabat
suaminya dan ke lif. Walaupun dia cuba bertenang dan berfikiran positif tetapi
dia masih lagi tertanya-tanya ke manakah suaminya menghilang? Yani, setiausahanya
sendiri tidak tahu keberadaan suaminya, malah suaminya tidak pernah
meninggalkan banguna pejabat. Suaminya jarang ke bahagian-bahagia lain. Bisaanya
kalau ada urusan, staf-stafnya yang akan ke bilik pejabatnya.
Mylia masuk ke dalam lif dan
menekan nombor 15, sebentar kemudian pintu lif terbuka. Mylia menapak keluar.
Dia mencari pintu kecemasan dan mendaki anak tangga ke tingkat teratas. Pintu
ke tingkat 16 itu di kuar dari dalam. Dari jauh Mylia dapat melihat suaminya
sedang berdiri di hujung bangunan. Mylia terkejut, dia memanggil nama suaminya
dengan kuat dan Tengku Hamzan segera berpaling ke arah nya.
Mylia dan Tengku Hamzan terdiam.
“Kanda buat apa di situ?” soal
Mylia takut. Dia menghampiri Tengku Hamzan perlahan-lahan. Bimbang sekiranya
salah sedikit, Tengku Hamzan bertindak di luar sangkaan.
Tengku Hamzan senyum.
“Kanda jangan buat perbuatan yang
bodoh. Tak ada perkara yang tak boleh kita selesaikan” jelas Mylia. Dia menapak
ke arah Tengku Hamzan. Cuba memujuk
suaminya agar mengubah fikirannya.
“Apa dinda cakap ni, kanda nak
ambil angin je. Kat sini fresh air”
“Kanda please. Jangan tinggalkan
dinda” sambung Mylia lagi.
“Dinda dah salah faham. Kanda
bukannya nak terjun bangunan”
“Kalau macam tu, kanda jauh sikit
dari situ”
Tengku Hamzan mengundur ke belakang
beberapa Lan gkah. Mylia segera menarik
tangan Tengku Hamzan ke arah nya sehingga tubuh suaminya terdorong dan
bertembung dengannya. Mereka saling berpandangan. Mylia segera memeluk tubuh
suaminya, dia merintih dalam dakapan Tengku Hamzan.
Mylia sangat cemas apabila
memikirkan yang Tengku Hamzan mahu membunuh diri. Rupa-rupanya dia salah faham
tetapi kerana salah faham itu, barulah dia tahu yang dia masih lagi menyayangi
suaminya itu. apabila memikirkan yang Tengku Hamzan mahu membunuh diri, dia
tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa lelaki itu. tubuh sasa suaminya dipeluk
semahunya. Dadanya berdebar-debar menahan rasa cemas.
Tengku Hamzan memegang bahu Mylia
dan memandang wajah isterinya.
“Kenapa risau sangat? Kanda
bukannya nak bunuh diri. Itu perbuatan terkutuk yang dibenci Allah”
“Mungkin dinda yang terlalu banyak
fikir”
“Tahu pun”
Mylia menarik tangan suaminya ke
kawsan lapang yang agak jauh sedikit dari hujung bangunan. Dengan berteduhkan
di bawah baying-bayang bangunan pencakar Lan
git di sebelah bangunan itu,
mereka berdua duduk sambil memandang ke depan. Masing-masing berdiam diri.
Tengku Hamzan memegang tangan
isterinya. Mylia membiarkan saja.
“Bantu kanda. Kanda tak kuat untuk
menempuh dugaan ini tanpa dinda dan Tengku Nadhirah”
“Adinda akan selalu di sisi kanda.
Sebab adinda sayangkan kanda”
Tengku Hamzan senyum. Dia mengucup
di ubun-ubun isterinya.
“Arghh, rosak tudung dinda” Mylia
merengek manja.
Tengku Hamzan memegang kepala
isterinya lalu mengucup Mylia di hidungnya secara mengejut membuatkan Mylia
kaget. Kali ini, dia tidak merengek melainkan tersenyum gembira.
No comments:
Post a Comment