Tuesday, August 7, 2012

tengku 51.52


Bab 51

Tengku Hamzan mencampakkan gagang telefon ke dinding. Baru sahaja dia menelefon ke pejabat ayahndanya, Tengku Imran tetapi taliannya tidak disambungkan ke bilik pejabatnya. Berita tentang penarikan dana syarikat megah kristal itu telah smapai ke pengetahuannya walaupun berita itu tidak diisyhtiharkan secara rasmi lagi.
……………..

“What!!!!” Maisarah terkejut apabila disampaikan berita tentang syarikat megah Kristal telah menarik dananya daripada projek Polypetroleum yang diusahakan bersama dengan syarikat Perdana king. Fuad berdiri di hadapan majikannya dan mengangguk mengiyakan.
“Saya dah sahkan dengan beberapa orang anak buah kita di syarikat Megah Kristal. Tengku Imran Cuma tunggu masa yang sesuai untuk isytiharkan berita itu secara rasmi” jelas Fuad lagi.
“Apa yang Tengku Imran merancang nak buat?” Maisarah tertanya-tanya sendirian.
“Apa orang tua tu dah nyanyuk. Kalau dia tarik balik dana tu, syarikat Tengku Hamzan akan bankrupt!” jerit Maisarah  .
“Panggil En. Johar!”arah  Maisarah kepada Fuad. Fuad keluar dari kamar bacaan itu dan sebentar kemudian dia muncul besama dengan En. Johar.
“Ada apa Puan nak jumpa saya?” soal En. Johar. Walaupun dia membenci wanita itu tetapi Maisarah tetap majikannya, bonda tiri Tengku Hamzan dan dia menghormati wanita itu sebagai seseorang yang dihormati oleh Tengku Hamzan.
“Kau tahu yang Tengku Imran nak tarik dana daripada projek kerjasama dengan syarikat Tengku Hamzan?” soal Maisarah terus terang. Dia tahu, En. Johar rapat dengan Tengku Hamzan dan lelaki itu juga turut dihormati oleh anakndanya, jadi mungkin Tengku Hamzan ada memberitahu rahsia itu kepada En. Johar. Fikir Maisarah  .
“Apa?! Tengku Imran tarik diri?” ternyata berita itu turut pertama kali didengari oleh En. Johar dan dia ternyata sangat terkejut.
“tengku Imran takkan buat macam tu! Kalau dia tarik diri, syarikat Tengku akan mengahadapi masalah besar. Pelabur-pelabur lain pun akan tarik diri sebab syarikat Tengku imran adalah penyumbang dana utama. Apabila syarikat megah Kristal tarik diri secara tiba-tiba, pelabur lain juga akan syak sesuatu dan berpendapat yang projek ini bermasalah” keluh En. Johar.
Maisarah senyum sinis. Lelaki ketua pembantu rumah itu rupa-rupanya banyak mengetahui tentang lumrah pelaburan dan perniagaan. Tak sia-sia dia banyak menghabiskan masa dengan Tengku farid dan Tengku Hamzan! Fikir Maisarah lagi.
“Kalau Tengku Hamzan jatuh bankrupt. Dia dah tak berguna apa-apa lagi kepada aku! Yang aku kesalkan, harta-hartanya tidak dapat aku miliki” Maisarah berterus terang di hadapan En. Johar.

……………………….

Tengku Hamzan merempuh masuk ke bilik pejabat Tengku Imran walaupun dihalang oleh setiausaha ayahndanya itu. tengku Imran dan beberapa orang tetamunya memandang ke arahTengku Hamzan serentak. Tengku Hamzan menapak menghampiri mereka walaupun setiausaha Tengku Imran itu menyuruhnya keluar.
“Tak apa. biarkan Tengku masuk” Tengku Imran bersuara mengizinkan. Setiusahanya pula disuruh keluar.
Tengku Imran mengarahkan pandangannya kepada beberapa orang tetamunya dan mereka kemudiannya berjabat tangan. Sewaktu ketiga-tiga orangtetamu ayahndanya itu melepasi mereka barulah Tengku Hamzan tahu siapakah gerangan mereka bertiga.
“Ayahnda hasut mereka untuk menarik dana dari projek polypetroleum!?” soal Tengku Hamzan dengan suara yang agak menengking. Hilang sudah rasa hormatnya kepada ayahndanya itu. kemarahan menguasai diri dan nafsu membatasi moral. Ketiga-tiga orang tetamu ayahndanya yang baru sahaja meninggalkan bilik pejabat itu tadi adalah pelabur-pelabur dalam projek Polypetroleum. Walaunpun dana mereka tidak sebanding dengan dana yang disumbangkan oleh syarikat Megah Kristal tetapi bantuan mereka sangat-sangat diperlukan terutama ketika saat genting seperti ini.
“Duduk dulu anaknda” tengku Imran menahan marahnya. Dia sedar yang Tengku Hamzan dalam keadaan yang tidak stabil sekarang ini. kalau perkara ini trjadi kepadanya, barangkali dia juga akan bertindak sebegitu.
Tengku Hamzan duduk di kerusinya.
“Anaknda dating bukan untuk duduk. Kenapa ayahnda tiba-tiba tarik dana dari projek polypetroleum. Sebelum ini kita dah ada kata sepakat”
“Ayahnda tak rasa syarikat anaknda mampu uruskan projek itu” beritahu Tengku Imran tegas.
“Anaknda boleh saman syarikat ayahnda!”
“Kalau anaknda ada banyak sangat masa sampai nak saman company ayahnda, baik anaknda gunakan masa tu untuk selesaikan masalah dana company anaknda”
Tengku Hamzan mengepal tangannya. Dia terasa bagaikan mahu menumbuk ke muka ayahndanya itu tetapi ditahan sahaja perasaan amuknya itu.
“kalau tak ada apa-apa lagi. Anaknda boleh pergi sekarang. Ayahnda ada meeting sekejap lagi”
“Ayahnda kejam! Company tu dah macam darah daging anaknda sendiri. Anaknda takkan biarkan company tu jatuh ke tangan sesiapa pun!” Tengku Hamzan menjerit bagaikan orang hysteria.
“baguslah. Ayahnda tak nak ambil tahu!”
Tengku Imran terasa bersalah, dia tidak sanggup bertentang mata dengan Tengku Hamzan. Dia terpaksa melakukan ini semua. Maafkan ayahnda, anaknda!
Tengku Hamzan menekan butang intercom.
“Sally, call security”arah Tengku Imran.
“Ayahnda akan menyesal dengan apa yangayahnda dah buat ni!” ugut Tengku Hamzan sbeelum dia berlalu keluar dari bilik pejabat ayahndanya itu. pintu bilik dihempas kasar.
Tengku Imran menyandarkan tubuhnya ke kerusi empuk. Dia meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya. Pandangannya dilontarkan ke luar bangunan. Rasa bersalah atas apa yang dilakukannya membuatkan dia berteleku di kerusinya. Raut wajah anakndanya,Tengku Hamzan sangat menyentuh perasaan. Tengku Hamzan juga sangat marahkannya, mungkin selepas ini mereka berdua bukan sahja tidak bertegur sapa tetapi ada kenungkinan yang Tengku Hamzan menganggapnya musuh. Musuh di dalam selimut atau duri di dalam daging. Maafkan ayahnda, anaknda!
Tengku Imran teringat akan pesanan terakhir Allahyarham keandanya Tengku Farid untuk menjaga Tengku Hamzan dan memelihara segala harta kepunyaan anakndanya itu daripada jatuh ke tangan Maisarah  . Tengku Imran cuba mententeramkan hatinya sendiri dengan beruLan  g kali menyatakan apa yang dilakukannya ini demi kebaikan anakndanya, Tengku Hamzan. Tetapi jauh di sudut hatinya, pernah terlintas, satu niat kecil untuk mengambil peluang ini mendapatkan syarikat yang menjadi milik Tengku Hamzan itu. walaupun syarikat itu bakal bankrupt tetapi syarikat itu telah menadi warisan dari sebelah kerabat Tengku Farid sejak turun temurun.
Maafkan adinda, kanda. Adinda terpaksa melakukan ini semua demi kebaikan anaknda tengku hamzan. Dinda harap kanda Tengku farid akan mengerti. Keluh Tengku Imran sendirian.

Bab 52

Semalam, syarikat megah Kristal telah mengisytiharkan penarikan dana mereka dari projek usahasama dengan syarikat Perdana King dan hari ini semua syarikat pelabur lain telah mengambil jaLan   yang sama.
Tengku Hamzan buntu, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Tidak pernah terlintas dif ikirannya syarikat Perdana King akan menghadapi masalah sebegitu. Selama ini syarikatnya itu beroperasi dengan Lan   cer tanpa apa-apa masalah terutama masalah kewangan. Tengku Hamzan menyuruh setiausaha sementaranya untuk mengabaikan semua panggilan   daripada syarikat yang membuka tender untuk projek Polypetroleum itu. projek itu adalah projek usahasama syarikat Malaysia dengan bberapa buah syarikat dari Britain. Seboleh-bolehnya dia mahu mengelakkan panggilan   daripada mereka kerana mereka pasti akan menuntutnya untuk bertanggungjawab atas segala ketertangguhna kerja-kerja pembinaan projek itu.
Tengku Hamzan hanya memikirkan bagaimana mahu mencari dana tambahan untuk meneruskan pembinaan projek itu kerana jika dia Berjaya meyakinkan beberapa syarikat, projek itu akan Berjaya diteruskan untuk beberapa buLan   akan dating.
Kos pembinaan projek itu memang tidak tertanggung oleh syarikah Perdana King sahaja. Sekurang-kurangnya jika syarikat Megah Kristal tidak menarik dananya, masalah ini takkan timbul.
Tengku Hamzan mengambil briefcasenya dan keluar dari kamar peabatnya. Dan tidak lama selepas itu, Mylia dating untuk berjumpa suaminya tetapi dia diberitahu oleh setiausaha pembantu suaminya yang suaminya baru sahaja keluar.
“Dah lama ke?”
Baru saja, puan”
“Ada tengku bagitahu awak dia nak ke mana?” soal Mylia lagi.
“Tak ada”
Mylia segera ke lif. Tengku Hamzan ditegur dan kebetuLan   saat itu hanya mereka berdua yang sedang beridiri di ruangan di luar koridor pejabat itu.
“Seorang saja hari ni?” soal Mylia separuh menyindir. Kebisaaannya, ke mana sahaja suaminya itu pergi, pasti ada yang menemani. Kalau bukan bertiga, berdua. Paling tidakpun, pasti Ahmad atau Farhan yang setia membontoti ke mana sahaja Lan   gkah majikan mereka itu.
“Tengku Hamzan berpaling ke arahMylia. Dia berdiam diri. Wajahnya serius sahaja seperti kebisaaannya.
“Bodyguard kanda mana?”
“Mereka minta cuti” beritahu Tengku Hamzan.
“Kanda nak ke mana ni?” soal Mylia ingin tahu. Suaminya itu kelihatan agak cemas dan tergesa-gesa.
“Ada hal sekejap”
“Dinda ikut boleh?”
“Jangan” pantas sahaja suaminya itu menegah.
Mylia tersenyum lucu. “Kalau tak bagi dinda ikutpun jangalah marah!” perlinya.
Tengku Hamzan senyum.
Pintu lif terbuka dan Tengku Hamzan meLan  gkah masuk. Mylia hanya memerhatikan sehinggalah pintu lif itu tertutup kembali. Mylia menekan butang anak panah ke bawah dan apabila lif di sebelah terbuka pintunya dia segera meLan  gkah masuk.

………………………………

Tengku Hamzan parker kereta BMW putihnya di hadapan sebuah bangunan pejabat yang terletak berhampiran dengan Bangunan Pejabat Mara. Dia mengambil briefcasenya lalu segera keluar. Tengku Hamzan naik ke tingkat tiga. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, hatinya terus berdetak dengan lebih kencang, perasaannya lebih kurang sama dengan perasaan saat dia dan Mylia diijabkabulkan dulu. Dia tidak pernah merasakan perasaan begini sebelum ini kecuali pada saat itu dulu. Inilah pertama kali dia berdebar-debar untuk berjumpa dengan seseorang kecuali Mylia. Padahal Dato Ganesha yang ingin ditemui itu bukanlah orang asing. Lelaki itu telah banyak meminta tolong daripada syarikatnya untuk melaburkan dana untuk mana-mana projek besar yang diuruskan oleh syarikatnya. Jika syarikat Perdana King turun padang dan melabur dalam projek itu, pasti syarikat-syarikat lain juga berani memberikan modal dan bekerjasama. Ini menunjukkan yang dahulunya, syarikat Perdana King memang kukuh dari segi kewanganya dan impaknya dalam pelaburan projek-projek pembinaan ini sangat besar dan membanggakan.
Tengku Hamzan meLan  gkah masuk ke dalam pejabat itu. dia berjumpa dengan setiausaha Dato Ganesha.
“Maaf encik. Dato’ sibuk sekarang dan encik pun tak ada appointment. Encik dating lain kali” beritahu setiausaha itu setelah dia menelefon ke pajabat majikannya.
“Boleh kau call boss kau sekali lagi. Cakap Tengku Hamzan nak jumpa dia” Tengku Hamzan menyuruh. Dia tahu kalau Dato’ Ganesha tahu yang dia ingin berjumpa pasti dia akan mendapat kebenaran untuk masuk.
“Maaf encik, boss saya memang sangat sibuk sekarang ni” setiausaha itu masih berkeras tidak membenarkan Tengku Hamzan masuk.
“Kalau macam tu, I’ll wait here” Tengku Hamzan duduk di sofa, menunggu Dato’Ganesha kalau-kalau dia keluar dari kamarnya. Briefcasenya didakap tidak dilepaskan. Briefcase itu sangat berharga, mengandungi dokumen-dokumen tentang projek Polypetroleum yang diuruskan oleh syarikatnya. Dia yakin yang Dato’ Ganesha akan berminant untuk melabur dalam projek ini.
Setelah sejam menunggu akhirnya dato’ Ganesha keluar. Tengku Hamzan memanggil-manggil nama lelaki itu tetapi tidak diendahkannya. Tengku Hamzan membontoti Dato’ Ganesha. Lan   gkah kakinya dipercepatkan agar dia sempat menyapa lelaki India itu.
Dato’ Ganesha menerjah masuk ke dalam lif, mengelak daripada disapa oleh Tengku Hamzan. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu menunjukkan mukanya di hadapan lelaki itu. tetapi Tengku Hamzan tetap menunggu di ruangan menunggu.
Pintu lif yang sedang tertutup segera ditahan dengan tangan kanannya. Pintu itu terbuka kembali. Tengku Hamzan meLan  gkah masuk.
Dato Ganesha tidak mempnyunyai pilihan lain melainkan senyum.
“Where are you going?” soal Tengku Hamzan. Dato’ Ganesha kelihata terburu-buru meninggalkan pejabatnya.
“Ada meeting dengan syarikat Megah Kristal” beritahu Dato Ganesha jujur.
Riak wajah Tengku Hamzan berubah. Dia tersangat membenci ayahndanya dan syarikat itu.
“I nak you melabur dalam projek syarikat I” beritahu Tengku Hamzan. Dia yakin yang Dato’ Ganesha akan mematuhi permintaan atauarahannya. Dan dia juga yakin yang Dato’ Ganesha tidak akan menolak memandangkan syarikat Perdana King itu telah banyak membantu syarikat milik Dato’ Ganesha.
“Sorry. I tak berminat” jelas Dato’ Ganesha.
“Tapi projek Polypetroleum yang syarikat Perdana King handle tu akan untung. Syarikat you akan dapat pulangan yang besar” beritahu Tengku Hamzan lagi cuba meyakinkan salah seorang pelabur asal projek Polypetroleum itu.
“Kalau projek itu akan untung, kenapa syarikat-syarikat pelabur lain menarik diri”
“Ini peluang kita, semakin sikit pelabur, semakin besar portion keuntungan kita nanti”
“Tapi kalau Cuma syarikat I  yang melabur, kosnya takkan mencukupi” bentak Dato’ Ganesha.
“I akan cuba yakinkan beberapa syarikat pelabur yang lain” sambung Tengku Hamzan lagi.
“Mereka semua takkan kembali melabur selagi Syarikat Megah Kristal tidak melabur kerana hanya syarikat itu yang mempunyai kewangan yang besar. Kami syarikat-syarikat kecil ini bimbang projek ini takkan mampu bertahan” sambung Dato’Ganesha.
Tengku Hamzan diam. Segala kata-kata Dato’ Ganesha itu benar sehinggakan dia tidak mempunyai apa-apa yang ingin dikatakan untuk menyanggahnya.
“You pujuklah Tengku Imran untuk bantu kewangan syarikat you. Kalau syarikat Megah Kristal menyambung balik pelaburannya, syarikat saya akan ikut serta”
“Forget it. Ill never ever gonna speak to that person anymore”
“Youll loose everything, the project and your company” beritahu Dato’ Ganesha dan kemudian dia meninggalkan Tengku Hamzan sendirian di pintu bangunan.
Kalau Dato’ Ganesha tidak memberitahunya pun dia sudah sedar akan hakikat itu. Cuma dia berasa yang dia sudah tidak punya pilihan lain melainkan berusaha untuk mempertahankan projek itu, dan juga syarikatnya. Dia akan melakukan apa sahaja suapaya syarikat peninggaLan   Allahyarham ayahndanya itu tidak jatuh ke tangan orang lain.
Tengku Hamzan mengejar Lan   gkah Dato’ Ganesha dan memanggil nama lelaki itu. lengan Dato’ Ganesha ditarik kasar secara tidak sengaja supaya dia dapat menghentikan lelaki itu. dato Ganesha terkejut sehingga dia agak terdorong ke belakang.
“Dato’ tak apa-apa?” soal Tengku Hamzan ikhlas, dia tidak berniat mahu mengasari lelaki itu.
“What are you doing?!” soal Dato’ Ganesha kasar.
Tengku Hamzan Cuma memapah Dato’ Ganesha yang sudah agak berumur itu tetapi niatnya itu disalah ertikan. Dato’ Ganesha menolak tubuh Tengku Hamzan sehingga lelaki itu seolah-olah mahu terjatuh tetapi dia sempat berpaut pada tiang lampu di pinggir jaLan  .
Mylia tersentak, dan Lan   gkah kakinya menapak ke arahsuaminya. hatinya sayu melihat suaminya itu diperlakukan sebegitu. Tengku Hamzan tidak pernah sanggup dimalukan sebegitu tetapi suaminya itu kini sudahlah dimalukan sebegitu tetapi dia segera mendapatkan Dato’ Ganesha lagi dan masih mencuba untuk memujuk lelaki berketurunan india itu untuk membantunya. Dato’ Ganesha segera masuk ke dalam keretanya.
Tengku Hamzan terduduk di sebuah tempat duduk di kaki lima banguna yang berdekatan dengan bangunan pejabat milik Dato’ Ganesha itu.
Mylia menghentikan Lan   gkahnya. Dilihat setiap perbuatan Tengku Hamzan dari jauh saja. Suaminya itu sengaja merahsiakan dari pengetahuan sesiapa untuk berjumpa dan memujuk kembali pelabur-pelabur projek. Pasti dia tidak mahu diketahui oleh sesiapapun tentang usahanya itu. bahkan, Ahmad mhupun Fuad juga tidak mengikut. Jarang sekali suaminya itu keluar bersendirian. Pasti jika diketahui oleh sesiapapun, suaminya akan berasa malu. He is  a man with pride! Fikir Mylia. Dia membatalkan hasratnya untuk mendapatkan suaminya.
Setelah berhenti sekejap di kaki lima Tengku Hamzan mahu segera ke syarikat peabur yang lain. Dia takkan berhenti berusaha selagi belum terlambat.  Tengku Hamzan berjalan    ke arahkeretanya. Tetapi tayar keretanya dirantai dan tertera surat saman di kaca hadapan kereta.
“Shit!!!” sumpah seranah itu senang sahaja melucur dari mulutnya. Tengku Hamzan menendang-nendang tayar keretanya.

No comments:

Post a Comment