Bab 1
Tujuh tahun lepas…
Hamdan sedang becakap dengan keasih
barunya. Entah apa yang dibualkan, meluat Mylia tengok. Lelaki itu menggenggam
tangan si keasihanya dan membisikkan sesuatu ke telinga si gadis . Mylia sudah
tidak tahan lagi, dia bangun dan berjalan pantas
ke arah meja pasangan keasih itu. Dia mencapai gelas
yang berisi ice blended honey dew dan menuangkan isinya ke kepala Hamdan. Tubuh
Hamdan kejang menahan kesejukan yang menjalar ke seluruh urat dan pembuluh d
arah ,sehingga dia dia mati saraf.
Hamdan menolak kerusi dan
menengking Mylia. Tanpa di duga, Mylia terus menampar ke pipi Hamdan. Lelaki
itu mengangkat tangannya mahu menampar gadis yang menyerangnya tetapi dia tidak sanggup
menampar seorang gadis .
“What the hell is your problem?”
amuk Hamdan tanpa mempedulikan apakah tanggapan Suraya terhadapnya. Beberapa
orang peLan ggan yang berada di restoran
itu memerhatikan mereka bertiga. Dua orang pelayan datang menghampiri untuk
cuba mententeramkkan keadaan.
“So, inilah budak perempuan baru
yang you pungut tepi jaLan untuk jadi keasih you? Setelah apa yang I dah
buat untuk you, I bagi you sepuluh ribu, you kata nak kahwin dengan I tetapi
selepas dapat duit, batang hidung you pun I tak Nampak!” tengking Mylia
“Apa yang dah berlaku ni?” soal
Aya. Dia menarik bahu Hamdan. “Siapa perempuan ni?” soal Aya lagi. Dia terasa
dia telah ditipu setelah mendengar kata-kata dari gadis yang telah ditinggalkan oleh Hamdan itu.
“Sumpah! I tak kenal perempuan ni!” Hamdan mengangkat
tangan kananya ke paras muka seolah-olah sedang berikrar.
“Selepas you dapat duit I, terus
lupa I!” sampuk Mylia.
“Hey perempuan!” tengking hamdan.
Dia benci dan marah dengan gadis yang
tidak dikenalinya itu yang cuba merosakkan hubungannya dengan Aya.
Tanpa di duga, Aya megangkat
tangannya dan menampar ke pipi Hamdan. Lelaki itu kelihatan sangat terkejut
namun dia tidak berdaya untuk berkata-kata. “After this, jangan contact I lagi.
Dasar lelaki buaya. Lelaki macam kau ni tak guna” Suraya berjalan meninggalkan restoran itu. Dua orang pelayan
cuba mententeramkan hamdan. Lelaki itu seolah-olah amuk kepada Mylia. Mylia cuba melarikan diri tetapi
dikejar oleh Hamdan.
Dia tidak akan melepaskan gasis itu
yang telah merosakkan rancangannya. Wajah Hamdan merah menahan marah. Dia
berlari mengajar Lan gkah gadis itu dan lengan Mylia dipaut dari belakang
membuatkan Mylia terjatuh.
“Siapa kau?” soal Hamdan kasar.
Mylia bangkit tetapi dia hanya berdiam diri. Wajah Hamdan sangat menakutkan.
“Lepaskan aku!”bentak Mylia.
“Aku akan lepaskan kau kalau kau
cakap siapa kau sebenarnya!”
“Lepaskan aku! Kalau tak aku akan
jerit!”
“Kau jeritlah, tak ada orang yang
akan dengar! Sini lorong kosong, mana ada orang ambil lorong ni. Aku akan
tentukan nasib kau hari ini!” Hamdan gelak kasar. Dalam imaginasinya dia sudah
memikirkan bagaimana mahu memperlakukan gadis itu.
Mylia menjerit meminta tolong
dengan sekuat hati. Dia sangat takut jika lelaki itu berniat jahat kepadanya.
“Boleh saya tolong?” tiba-tiba ada
seorang laki yang menegur dari belakang. Hamdan tersentak. Dia tidak menjangkakakn
ada orang yang akan berada di situ selain mereka berdua. Hamdan memberanikan
diri menjawab.
“Bukan urusan awak, baik awak
beredar!”
Fuad tersenyum sinis. “Ini memang
urusan aku. Serahkan perempuan tu pada aku. Biar aku yang uruskan dia!” Fuad
menyelak jaket kulit yang membaluti tubuhanya. Dipingggangnya tersisip selaras
pistol automatik. Hamda kecut perut. Dia melepaskan Mylia dan berlari sekuat
hati untuk menyelamatkan dirinya. Mylia berterima kasih kepada lelaki yang
tidak dikenalinya itu kerana membantunya. Mereka berdua berjalan ke
sebuah kereta Mercedes merah yang diparkir tidak jauh dari lorong tadi. Apabila
sampai, Mylia disuruh masuk kerana ada seseorang yang ingin berbicara
dengannya.
No comments:
Post a Comment