Bab 14
Mereka berdua menginap di sebuah
Hotel yang bertaraf lima bintang. Hotel itu berada di kawasan Bandar dan
berhapiran dengan sebuah kawasan perairan Bandar yang juga dijadikan kawasan
rekreasi. Kerana kepenatan, Mylia dan Tengku Hamzan terus terlelap. Seawall pagi,
setelah solat subuh, Mylia menyambung tidurnya. Setelah matahari mula naik
meninggi, Mylia tersedar dari tidur dan melihat Tengku Hamzan sudad tiada
disebelahanya. Mylia bangun dari baring. Dia mencari kelibat Tengku Hamzan di
semua ruangan dan Tengku Hamzan tiada. Mylia keluar dan ada dua orang pengawal
peribadi Tengku Hamzan sedang berjaga di sebelah pintu.
“Puan Muda nak ke mana? Tengku
berpesan agar Puan Muda duduk di kamar sahaja”
“Tengku mana?”
“Tengku sudah keluar. Ada urusan
kerja. Tapi Tengku berpesan agar Puan Muda tinggal saja di bilik. Tunggu Tengku
balik kalau nak keluar”
“Bila Tengku balik?”
“Saya kurang pasti pasal tu Puan
Muda”
Mylia menarik muka masam. awal-awal
pagi lagi Tengku Hamzan sudah keluar, itupun tanpa memberitahunya sepatah.
“Kalau Puan Muda nak sarapan, saya
boleh pesankan”
Mylia mengangguk. Perutnya memang
sudah terasa lapar. Lagipun dia tidak tahu menu di Negara matahari terbit ini.
Jika pengawal peribadi Tengku Hamzan itu mahu membantu, dia tidak menolak.
Memang benar kata pepatah.
Penantian itu amat menyeksakan. Menunggu kepulangan Tengku Hamzan sangat
memenatkan, tambahan pula dia memang tidak dibenarkan keluar dari suite
president ini. Mylia hanya mampu duduk di bangku berhampiran tingkap dan
termenung keluar, melihat pemandangan yang indah di luar sana. Melihata
pasangan yang sedang bergurau senda di kawasan rekreasi berhampiran dengan
hotel itu membuatkan Mylia cemburu dengan mereka. Orang ramai lalu-laLan g di beberapa jaLan kaki
lima dan di sebelah jaLan raya ada berderat-deret kedai yang menjual
pelbagai jenis barang. Ada kedai makan, kedai sushi, kedai menjual cenderahati
dan barang-barang lain. Orang jepun ada satu kebisaaan iaitu mereka percaya
yang setiap orang yang lalu-laLan g itu
tidak akan mencuri jadi barang-barang juaLan
mereka diletakkan di luar kedai
tanpa sebarang jagaan. Dari tingkap hotel Mylia dapat memerhatikan setiap gerak
geri semua orang. Sesekali penantiannya terubat.
Setelah matahari sudah mahu
melabuhkan tirainya, Tengku hamzan baru pulang. Wajahanya bisaa tetapi Mylia
dapat mengagak yang Tengku hamzan tentu penat setelah seharian bekerja.
Kehadiran Tengku Hamzan mengundang senyuman di hati Mylia. Tengku Hamzan
disambut ramah. Briefcase di tangan Tengku Hamzan di bawa dan Mylia duduk di
samping tubuh Tengku Hamzan. Keandanya itu melabuhkan tubuhanya di sisi Mylia
dan kepaLan ya diletakkan di paha
adindanya. Mata Tengku Hamzan terpejam rapat seolah-olah di tertidur.
“Penat kanda?” soal Mylia lembut.
Rambut Tengku Hamzan dielus perlahan-lahan.
Tengku Hamzan mengangguk. Pada
awalnya, Mylia mahu mengajak Tengku Hamzan membawanya keluar bersiar-siar
tetapi setelah melihat keadaan Tengku Hamzan yang kepenatan, Mylia berasa
kasihan.
“Nak air, dinda ambilkan”
“Tak nak. Kanda nak duduk macam ni
sekejap”
Mylia membiarkan Tengku Hamzan
bermanja-manja dengannya. Dia juga suka Tengku Hamzan berkelakuan begini.
Rambut Tengku Hamzan dielus lagi.
Lama mereka berdua diam. Tidak lama
selepas itu, barulah Tengku Hamzan bangun. Kakinya di picit-picit. Setelah
seharian keluar bersama dengan bakal rakan kongsinya, kakinya berasa agak
lenguh. Mereka terpaksa keluar bersiar-siar untuk merapatkan hubungan sesame
rakan kongsi. Setelah melawat beberapa buah tempat, barulah acara itu selesai.
Tengku Hamzan menyuruh Farhan menghantarnya terus ke hotel. Mylia bangun dan menghilang
ke ruangan pantry. Dia membawa segelas air dan diberikan kepada Tengku Hamzan.
“Nak keluar ke?”
Soal Tengku Hamzan. Tubuhanya
dibaringkan ke sofa. Matanya tertutup lagi. Dia memang sangat kepenatan
sehingga mahu tertidur.
“Tak apalah kanda. Kanda macam
penat”
“Esok saja kita keluar kalau macam
tu. Kaki kanda pun agak lenguh sekarang ni”
Oleh kerana kasihan melihat Tengku
Hamzan, Mylia berasa dia boleh membantu. Dia duduk di Lan tai dan mengurut betis serta kaki Tengku
Hamzan. Perbuatan Mylia itu membuatkan Tengku Hamzan sangat terkejut. Wajahanya
menyinnga. Mylia tidak pernah melihat Tengku Hamzan semarah ini. Tengku Hamzan
memegang bahu Mylia.
“Apa dinda buat ni?”
Mylia sangat terkejut. Tidak
disangka niat baiknya membuatkan Tengku Hamzan marah. Dia teragak-agak
menjawab, “U..u.rut”
Tubuih Mylia diangkat bangun.
Mereka berdua saling berpandangan. Kemudian Mylia tertunduk, “Kanda kata kaki
kanda sakit, dinda ingat boleh urut supaya kaki kanda tak sakit lagi”
“Jangan. Tak payah urut. Lain kali
pun tak payah urut. Jangan sesekali merendahkan diri dinda macam tadi. Tak
baik, tak elok kalau orang tengok” suara Tengku Hamzan meninggi tetapi dia
tidak menengking. Wajah Mylia yang sudah semakin takut kepada Tengku Hamzan
membuatkan Tengku Hamzan tersedar yang sekarang ini dia bukan berhadapan dengan
seorang pekerja tetapi isterinya sendiri. Suara Tengku Hamzan sedikit perlahan
kemudiannya, “Dinda dan jadi Puan Muda, isteri kanda. Martabat dinda dah tinggi
sekarang. Jangan sesekali menundukkan diri dinda kepada sesiapa pun”
“Tapi kanda kan suami dinda. Apa
salahanya…”
“Kanda kata jangan tu janganlah.
Kalau orang tengok macamana? Dinda dah jadi sebahagian keluarga kanda. Kami tak
tunduk kepada sesiapa pun. Faham?”
Mylia mengangguk. “Maaf, kanda”
setelah lama menahan, tangisannya keluar jua memabasahi pipi. Tengku Hamzan
dirundung rasa bersalah. Tubuh Mylia dipeluk erat. Mylia menangis teresak-esak
dalam dakapan keandanya.
Bab 15
Sekarang
Tengku Hamzan kembali ke negeri Cik
Siti Wan Kembang kerana ada masalah yang timbul berkenaan dengan Projek Puteri.
PerjaLan ke negeri itu mengambil masa tujuh jam kalau
menaiki kereta tetapi Cuma beberapa minit kalau menaiki kapal terbang. Kali ini
Tengku Hamzan menaiki kapal terbang dan seperti kebisaaannya, dia akan ditemani
oleh seorang pengawal peribadinya iaitu Ahmad. Setelah sampai, Tengku Hamzan
dijemput oleh Firdaus, ketua Projek Puteri dan juga jurutera projek itu. Mereka
tidak terus ke hotel. Tengku Hamzan menyuruh Frdaus menghantar mereka ke tempat
projek terlebih dahulu.
“Apa masalahanya Firdaus?” soal
Tengku Hamzan. Dia duduk di belakang sementara Ahmad duduk di samping Firdaus.
“Maaf susahkan Tengku. Tengku
terpaksa datang dari KL semata-mata masalah..”
“Terus terang saja apa masalahanya?”
Firdaus meneLan air
liur. Dia berasa agak takut untuk menyampaikan masalah yang timbul kali ini.
Kerana masalah ini gagal diselasaikan olehanya, dia terpaksa memberitahu Tengku
Hamzan dan ketuanya itu terpaksa campur tangan.
“Masalahanya ialah, setelah
kerja-kerja pembinaan bahagian belakang bangunan beberapa buah chalet barulah
kami tahu yang chalet itu kena pada bagian reserve kerajaan. Kita dah buat
sesuai ikut pLan tapi kontraktor yang buat masalah”
“Buat balik la semua”
“Kerja-kerja pembinaan chalet dah
separuh jaLan , kalau runtuhkan dan buat
balik pasti tak cukup masa dan meneLan beLan ja
besar”
“Berapa percent chalet yang
masalah?”
“25% Tengku”
“Bodoh! Banyak tu!” tengking Tengku
Hamzan.
Firdaus parker kereta agak jauh
dari kawasan pembinaan. Mereka bertiga berjalan ke
arah tempat pebinaan. Firdaus menunjukkan beberapa buah chalet yang mengalami
masalah dan kesemua chalet itu sudah hampir siap didirikan. Hendak ruintuhkan
dan membina semula pasti meneLan beLan ja
yang agak mahal.
“Macamana ni Tengku?” soal Firdaus
“Tanah sini macam kosong je.
Mungkin saya boleh berunding dengan menteri besar”
“Selalu kalau kalau sebelah petang,
ada remaja datang main bla di sini. Setiap malam khamis pula, kat sinilah
tempat peniaga-peniaga bumiputera berniaga pasar malam” beritahu Firdaus.
“Teruskan saja. Kalau nak buat
semula beLan ja besar. Kau tu bodoh. Kau
buat apa sampai tak pantau apa yang kontraktor buat!????” keras suara Tengaku
Hamzan.
“Maaf Tengku, beberapa minggu lalu,
saya ambil cuti. Isteri saya melahirkan”
Tengku Hamzan mendengus kasar.
“Lain kali kalau ada masalah sebab kau, mungkin anak kau yang baru lahir tu
takkan mampu beli susu tepung. Aku pecat kau nanti!”
“Baik, Tengku. Saya takkan uLan g lagi kesalahan yang sama. Maaf Tengku”
“Ahmad, aku nak ke hotel. Drive ke
sana” beritahu Tengku Hamzan kepada pengawal peribadinya. Ahmad seperi faham
maksud majikannya itu meminta kunci kereta daripada Firdaus. Dengan teragak-agak,
Firdaus menyerhakna kunci kereta barunya. Anak kunci kereta Triton itu bertukar
tangan.
“Saya macamana?”
“Kau balik naik cab je. Aku pinjam
kereta kau dua tiga hari ni” balas Tengku Hamzan. Dia menyuruh Ahmad supaya
segera ke kereta. Firdau ditinggalkan terkebil-kebil. Tengku Hamzan mendaftar
di kaunter dan kemudian segera ke kamarnya. Kamar Ahmad bersebelahan dengan
kamarnya. Dia menyuruh Ahmad berehat sahaja. Tengku Hamzan duduk-duduk di sofa.
Kesalahan yang dilakukan oleh Firdaus bukan kecil malah syarikat akan rugi
ratusan ribu kerananya tetapi Tengku Hamzan tidak memikirkan hal iti sekarang.
Terlintas di fikirannya untuk berjumpa dengan gadis yang memilik wajah seperti Mylia malam ini.
Tengku Hamzan mengerjakan solat Asar dan memohon dicucuri rahmat untuk arwah
isterinya dan memohon petunjuk dari[ada Dia yang Maha Mengetahui apakah
rancangannya untnuk berjumpa dengan gadis itu adalah satu keputusan yang bijak.
Tangan kanannya mencapai tuala dan
kemudian dia meLan gkah ke kamar mandi.
Setelah selesai bersiram, Tengku Hamzan turun ke restoran di tingkat paling
bawah sambil diiringi oleh Ahmad. Kemudian dia menyuruh Ahmad memandu ke rumah
Firdaus. Setelah sampai ke rumah pekerjanya itu, mereka berdua disambut oleh
Firdaus.
“Maaf, Tengku, rumah saya bersepah
sikit sekarang ni, maklumlah isteri saya dalam pantang.
Tengku Hamzan hampir terlupa yang
isteri Firdaus baru selesai melahirkan.
“Ikut aku malam ni!” kata-kata
Tengku Hamzan itu berunsurkanarahan, bukannya permintaan.
Firdaus saling berpandangan dengan
ibunya. Ibunya berada di rumah mereka kerana ingin menjaga isterinya yang
sedang dalam pantang.
“Boleh saya tahu Tengku ni nak ke
mana?” kali ini ibu Firdaus bersuara. Tidak senang apabila mendengar Tengku
Hamzan meng arah anak lelainya sesuka hati.
Tengku Hamzan memaniskan raut wajahanya.
Dia tidak suka dipersoalkan oleh ibu Firdaus tetapi dia masih ada sopan santun,
dan dia memang dididik menghormati orang tua. Cuma kalau dengan pekerjanya
sahaja dia bertindak sesuka hati.
“Ibu, kita ke dapur sekejap”
Firdaus memimpin ibunya ke dapur. Firdaus terjenguk-jenguk keluar memastikan
mereka berdua sudah agak jauh dari Tengku Hamzan. Barulah Firdaus bersuara,
“Apa ibu buat ni? Dia tu bos saya”
“Ibu tak suka, dia
tengking-tengking orang.arah orang buat itu, buat ini”
“Dia memang macam tu, ibu. Ibu
sabar lah ye. Apa kata, ibu tengokkan Tia. Biar Firdaus sembang dengan bos
kejap”
“Baiklah, ibu buatkan air dulu”
Firdaus kembali ke ruang tamu
sendirian.
“Boleh saya tahu kita nak ke mana,
Tengku?” Tanya Firdaus.
“Ikut je la kalau aku dah suruh.
Nanti kau tahu. Dah berapa lama kau tinggal di sini?”
“Dah hampir lima tahun, Tengku”
“Bagus. Kau tentu tahu selok-belok
kat sini. Ak nak kau….”
Tengku Hamzan diam setelah melihat
ibu Firdaus keluar dengan membawa seduLang air.
“Minumlah dulu”
“Tak pe mak cik, kami tak haus”
balas Tengku Hamzan.
Ibu Firdaus dan Firdaus saling berpandangan.
Ahmad tenang di sebelah Tengku Hamzan. Dia sudah tahu kebisaaan Tengku Hamzan.
Dan dia memang menjangkakakn Tengku Hamzan akan menolak.
Tengku Hamzan keok melihat kelainan
pada wajah ibu Firdaus. Cawan yang terisi air teh itu diambil dan isinya di
hirup perlahan-lahan. Perbuatan Tengku Hamzan itu agak mengejutkan Ahmad.
Tengku Hamzan tidak pernah begini. Terutama setelah kehilangan arwah isterinya.
Tengku Hamzan sudah banyak berubah setelah pemergian Mylia. Memanglah semasa
sebelum bertemu Mylia, Tengku Hamzan dingin dengan semua orang tetapi
kedinginannya bertambah-tambah setelah Mylia meninggal dalam kecelakaan beberapa
tahun lalu.
“Kalau macam tu, ibu masuk dalam
dulu”
Setelah melihat ibu Firdaus
meninggalkan mereka, Tengku Hamzan segera sebelum keluar dari rumah, Firdaus
memberitahu ibunya yang dia mahu keluar. Ibunya berpesan agar segera pulang kalau
sudah selesai urusannya.
Firdaus duduk di hadapan, sebelah
Ahmad.
“Kita nak ke mana ni Tengku?” soal
Ahmad.
“Kita nak cari orang. Firdaus, kat
mana tempat pasar malam dekat-dekat sini?”
“Banyak tempat juga Tengku. Tengku
nak pergi dekat kawasan mana?”
“Kita pergi ke semua tempat. Aku
tak pasti kat mana aku jumpa dia”
Firdaus meneLan air
liur, nampaknya dia akan pulang agak lewat malam ini!
Ahmad memandu dari satu tempat ke
tempat yang lain sesuai petunjuk daripada Firdaus. Semua tempat pasar malam
dikunjungi tetapi Tengku Hamzan masih tidak berpuas hati. Pencarian mereka
diteruskan.
“Kat mana lagi?”
“Ada dua tempat lagi Tengku, satu
dekat on da way ni, satu lagi dekat site” kita pergi yang satu ni dulu, pasti
kalau Tengku masih tidak berjumpa dengan orang yang Tengku cari, kita ke tempat
yang dekat site. Kan saya bagitahu, kawasan reserve kerajaan tu sebenarnya
tempat orang bumiputera berniaga”
Mereka bertiga berhenti di pasar
malam yang ke sekian kalinya. Setelah berpusing-pusing seluruh kawasan untuk
mencari gadis yang wajahanya mirip Mylia
itu, Tengku Hamzan menyuruh mereka segera ke tempat yang lain. Dia khuatir
tidak sempat ke tempat yang terakhir itu kerana malam sudah agak lewat. Ahmad
memandu ke kawasan pembinaan dan membelok ke kiri. Dia mencari parker kosong.
Nasib agak baik kerana mereka belum terlewat untuk mencari-cari di tempat ini
pula. Tengku hamzan berjalan ke depan berbanding Ahmad dan Firdaus
seolah-olah dia mengenali tempat ini. Tengku Hamzan sudah mengingati tempat
ini. Dia yakin di tempat inilah dia melihat gadis itu. Ingatannya kepada kejadian minggu lalu
menerjah fikirannya. Dan dia yakin akan bertemu dengan gadis itu di sini.
Tengku Hamzan memberi salam.
Seorang gadis yang sedang mengemas
barang juaLan nya berpaling ke arah Tengku
Hamzan. Salam itu dijawab dan gadis itu
mengangkat pandangannya ke arah Tengku Hamzan. Pandangan mata mereka
bertentangan. Gadis itu mengukirkan
senyuman.
“Mylia!” panggil Tengku Hamzan.
Melihat wajah gadis itu membuatkan
Tengku Hamzan segera teringat akan wajah milik arwah isterinya itu. Memang
wajah itu bagaikan difotokopi, mata, hidung, bibir, dahi dan pipi semuanya
sama. Cuma gadis di hadapannya itu
bertudung. Itu yang membezakan mereka berdua.
“Puan Muda!” Ahmad turut terkejut
melihat gadis yang dipanggil Mylia oleh
Tengku Hamzan tadi. Cuma Firdaus yang terkebil-kebil tidak memahami situasi
yang sedang berlaku di hadapannya itu.
“Boleh saya bantu, encik?” soal gadis
itu. Senyumannya masih terukir di bibir.
“Mylia”
Gadis itu mengerutkan dahinya.
“Kenapa ni?” seorang lelaki yang agak
muda dari Tengku Hamzan muncul dan berasa pelik dengan kehadiran tiga orang peLan ggan itu.
Tengku Hamzan dan Ahmad melihat
kepada lelaki itu. Tengku Hamzan mula khuatir. Adakah gadis itu sudah berkeluarga? Tengku Hamzan
beretentang mata dengan lelaki itu. Lelaki itu kemudian melarikan pandangan ke
arah Farah.
“Kenapa ni, kak?” soal lelaki muda
itu
Setelah mendengar panggilan lelaki
itu kepada gadis yang wajahanya mirip
Mylia itu, hati Tengku Hamzan mula tenang, tidak berdebar seperti pertama kali
bertentang mata dengan lelaki muda itu. Jatuh cintakah dia? Tengku Hamzan
menghapuskan fikiran itu. Tiada siapa yang mampu menggantikan tempat Mylia.
“Boleh saya tahu, siapa nama cik
ni?” Farah melihat kepada adik lelakinya. Lan mengangguk. Kemudiann barulah Farah
berani bersuara.
“Farah”
“Oh” Tengku Hamzan tidak terkejut.
Dia tahu gadis itu bukan Mylia.
“Awak berniaga apa?”
“Seperti yang encik lihat kat depan
encik ni. Bunga”
“Oh”
“Encik ada nak beli apa-apa? Sebab
kami dah nak berkemas ni. Malam ni tak ada peLanggan sangat”
“Oh. Ini kad saya. Saya in charge
projek sana tu. Mungkin erm…”
Buat pertama kalinya Tengku Hamzan
kehilangan kata.
“Oh, rupanya Tengku nak cari orang
untuk supply bunga ye, Tengku!” setelah lama berdiam diri, barulah Firdaus
bersuara.
Tengku Hamzan melihat ke arah Firdaus.
Firdaus terdiam. Dia salah menyampuk ke? Fikir Firdaus sendirian.
“Mungkin kita boleh berurusan.
Boleh saya minta kad nama?”
Farah mengeluarkan kad namanya dan
menyerahkan kepada Tengku Hamzan. Setelah Tengku Hamzan agak lama berdiam diri
dan hanya berdiri memerhatikan Farah. Ahmad menegur majikannya.
“Saya rasa elok kita beredar,
Tengku” cadang Ahmad.
Lan
melihat Tengku Hamzan dengan
pandangan yang curiga. Dia tidak senang dengan kehadiran lelaki itu. Setelah
mereka bertiga beredar barulah Lan berani bertanya.
“Siapa tadi tu kak?”
No comments:
Post a Comment