Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 30


Bab 30

Tengku Hamzan ke KeLan  tan dengan ditemani Ahmad. Firdaus memberitahu ada masalah dengan kawasan pembinaan. Setelah sampai di lapangan terbang Firdaus menjemput dan mereka terus ke tapak pembinaan.
Lakaran design untuk kawasan rekreasi bagi resort itu dibincangkan. Segala aktiviti pembinaan untuk kawasan rekreasi itu terpaksa dihentikan atas arahan Tengku Hamzan sendiri. Firdaus menelefon semalam dan memberitahu yang kawasan itu menghadapai masalah hakisan jadi kawasan pesisiran pantai itu tidak cukup untuk menampuang luas persegi yang sepatutnya. Firdaus membawa Tengku Hamzan melihat-lihat kesan hakisan yang berlaku di pesisir pantai. Hakisannya tidak terlalu teruk tetapi jika berLan  jutan bisa menyebabkan masalah di kemudian hari.
“Kena tambak kalau macam ni” beritahu Firdaus.
Tengku Hamzan mengangguk bersetuju.
“Kalau tambak, naik lagi kos pembinaan” tambah Firdaus.
“kalau tak tambak, hakisan makin teruk mungkin sampai ke pool. Kalau itu terjadi mungkin kosnya makin besar” jelas Tengku Hamzan. Firdaus mengangguk.
“Nanti aku bincang dengan pihak kerajaan negeri. Mungkin kosnya boleh dibahagi sama rata. Tetapi kalau ditunggu kerja-kerja tambak pantai, kerja-kerja pembinaan akan tergendala. Sedangkan kita mengejar deadline
“Macamana ni Tengku?”
Tengku Hamzan terlihat ada sebidang tanah lapangan di sebelah tapak projek.
“Tanah siapa di sebelah?” soal Tengku Hamzan.
“Tanah kerajaan negeri. Situ kan tempat pasar malam. Tempat yang Farah berniaga setiap malam minggu” beritahu Firdaus.
“Bawa aku tinjau-tinjau kawasan itu” arah Tengku Hamzan.
Firdaus dan Tengku Hamzan bersama-sama dengan beberapa lagi orang bawahannya ke kawasan tanah lapang yang menjadi tapak tempat pasar malam. Kawasan itu sangat luas dan lapang. Walaupun di kelilingi oleh semak belukar tetapi kawasan itu ada potensi untuk dibangunkan. Tetapi masalahanya, ini adalah tempat tapak pasar malam. Membangunkan kawasan ini pasti akan menimbulkan masalah bagi golongan peniaga yang kebanyakannya adalah golongan bumiputera.
Tengku Hamzan diam berfikir.
“Tengku nak ambil tanah ni ke?” soal Firdaus.
Tengku Hamzan mengangguk.
“Tapak ni sesuai untuk ganti kawasan rekreasi sana. Cuma masalahanya, tanah ni hak kerajaan negeri”
“Kalau Tengku beli tanah ni, macamana dengan nasib peniaga-peniaga nanti?” soal Fuad menzahirkan kebimbangannya. Pada pendapatnya Tengku Hamzan tentu tidak memikirkan tentang nasib mereka yang menjadikan tapak ini sebagai punca rezeki mereka. Tengku Hamzan tentu tidak mengerti nasib peniaga dan penjaja yang kurang berkemampuan kalau dibandingkan dengan Tengku Hamzan yang dilahirkan dengan harta yang menggunung.
“Tapak ni luas. Kalau kita ambil separuh pun dah cukup”
“Tapi Tengku, saya risau kalau kita dapat bantahan dari peniaga-peniaga nanti”
“Kita ambil dengan cara halal. Kita bincang and beli dari pihak kerajaan negeri. Bukannya kita curi”
“Tapi Tengku, saya tengok petang-petang ada remaja yang datang beriadah di sini”
“Banyak pula kau bertapi-tapi. Siapa yang bayar gaji kau? Aku atau peniaga pasar malam?” Tengku Hamzan meninggikan suaranya.
Fuad terdiam.
“Biar aku yang uruskan hal ni. Kau call Menteri Besar and buat appointment. Kalau boleh esok. Kalau semua berjalan    Lan   car aku nak pembinaan dimulakan dalam minggu ni juga. And aku mungkin stay lama di sini untuk memantau. Book hotel untuk dua minggu, uruskan sewa kereta sekali”
Setelah beberapa hari, akhirnya Tengku Hamzan member arahan untuk memulakan pembinaan tapak rekreasi untuk resort pada tapak yang baru. Tapak itu dahulunya adalah tapak perniagaan pasar malam yang dimonopoli oleh golongan bumiputera. Walaupun Firdaus berasa berat hati tetapi dia terpaksa menurut arahan dari Tengku Hamzan.  separuh dari kawsan itu ditutup dengan zink biru dan diletakkan tanda “DALAM PEMBINAAN UNTUK RESORT PUTRI”
Tengku Hamzan memberitahu yang dia Berjaya mendapatkan tapak itu dari pihak kerajaan negeri dan segala pembinaan harus dimulakan dengan segera. Projek tambakan pantai juga sudah dimulai. Itupun mendapat biaya separuh-separuh dari pihak kerajaan negeri. Firdaus tidak tahu bagaimana Tengku Hamzan melakukannya. Bukan caLan  g-caLan  g orang mampu melakukan perkara yang dilakukan oleh Tengku Hamzan. perasaan kagumnya pada kewibawaan dan kepimpinan Tengku Hamzan memuncak apabila Tengku Hamzan memang Berjaya mengatasi haLan  gan ini dengan keterampiLan  nya. Cuma Fuad sangat kesal kerana pembinaan resort ini Tengku Hamzan telah merampas separuh dari hak rakyat iaitu tapak pasar malam ini .
Seminggu telah berlalu dan Fuad tidak pernah Nampak Tengku Hamzan datang melawat tapak projek. Dia Cuma menelefon dan bertanya tentang perkembangan pembinaan tapak rekreasi dan tambakan pantai. Dua hari yang lepas, Tengku Hamzan menelefon ke pejabat dan meminta beberapa orang pekerja datang ke hotelnya. Katanya ada tugas lain yang perlu diselesaikan yang berkaitan dengan urusan dengan pihak kerajaan negeri. Tengku Hamzan ‘meminjam’ pekerja-pekerja dalam waktu sehari suntuk. Dan keesokannya apabila ditanya, mereka memberitahu Tengku Hamzan meng arahkan mereka untuk mengedarkan surat pemberitahuan yang tempat tapak pasar malam itu dalam pembinaan untuk projek resort puteri.


Farah memberhentikan van di seberang jaLan  . Dia segera menyeberang setelah tiada kenderaan di jaLan  . Kawasan tapak pasar malam di kelilingi oleh pagar zink yang berwarna biru. Papan pemberitahuan “Projek dalam Pembinaan” terpampang di pintu masuk yang ditutup dari dalam. Farah menolak pintu zink dengan sekuat hati. Pembinaan-pembinaan telah dijaLan  kan sedangkan baru semalam dia mendapat pemberitahuan. Farah terlihat kelibat Firdaus dan dia berjalan    ke arah lelaki itu. Firdaus disapa.
“Cik Farah. Ada urusan apa ke sini?”
“Apa ni En. Firdaus?”
Firdaus sudah dapat meneka tujuan kedatangan Farah. Dia mengajak Farah keluar dari tapak pmebinaan itu. Mereka masuk ke sebuah bangunan yang dibuat dengan kayu yang terlatak di dalam tapak pembinaan itu Cuma agak jauh dari kesibukan orang bekerja. Bangunan itu dibina untuk tujuan sementara sebagai tempat untuk melakukan perbincangan di kaLan  gan wakil-wakil kontraktor dan wakil dari pengusaha.
“Saya faham perasaan Cik Farah sekarang ni. Tapi pihak kami sudah mendapat kelulusan dari pihak kerajaan negeri”
“Kamu memang tak ada perasaan kasihan belas sesama manusia. Ini je tempat kami mencari rezeki. Kalau tempat ini pun kamu nak ambil, mana lagi tempat yang kami ada?”
“Cik Farah. Kami Cuma ambil separuh sahaja yang bahagian belakang. Tempat ni kan luas. Cik Farah dan peniaga-peniaga yang lain boleh lagi berniaga di kawasan lapang yang depan sana. Tempat itu lagi dekat dengan jaLan   raya. Lagi memudahkan orang untuk berkunjung. Saya yakin selepas ini, tempat sana akan lebih mendapat ramai pengunjung dan pembeli”
“Awak senanglah cakap. Awak kerja makan gaji. Buat kerja ke tak buat kerja ke, gaji still jaLan  . Saya ni berniaga. Kalau dah tak berniaga, mana saya nak cari duit”
“Sabar Cik Farah. Kami bukannya tidak bertimbang rasa. Tapak yang depan tu memang kami tak ambil. Itu untuk peniaga-peniaga seperti Cik Farah”
“Tapi tanah depan tu kan belukar”
Firdaus terdiam. Dia sudah tidak mampu bertegang urat dengan Farah. Sebenarnya dia menyebelahi Farah dan dia tidak bersetuju dengan keputusan Tengku Hamzan ini tetapi dia tidak mampu bersuara, seperti kata Farah, dia hanya seorang pekerja yang makan gaji.
“Mana Tengku Hamzan? Dah balik KL ke?”
“Masih di sini. Cuma saya tak tahu Tengku ada urusan apa sekarang. Tengku pun jarang datang melawat site
“Menyembunyikan diri lah tu” Farah mencemuh.
“Dia tinggal di hotel mana?”
“Maaf. Saya tak boleh bagitahu”
“Kalau macam tu saya call Tengku sendiri. Dan kalau tak dapat, saya akan selalu ke office awak”


Farah parker keretanya di sebelah bangunan hotel. Dia segera ke lobi dan ke kaunter pertanyaan.
“Boleh saya bantu?” soal penyambut tetamu sambil tersenyum manis.
“Boleh saya tahu nombor bilik Tengku Hamzan bin..”
“Maaf cik. Segala informasi tentang tetamu di hotel kami adalah rahsia. Tapi cik boleh menunggu di lobi”
Farah mengambil tempat duduk di lobi. Lama dia menunggu Tengku Hamzan di lobi tetapi kelibat Tengku Hamzan masih belum tiba. Farah menerima panggilan   daripada adiknya. Panggilan   itu diterima.
“Lan   baru baca mesej kakak. Macamana?”
“Tak tahulah Lan   . Kakak tengah cari Tengku Hamzan ni”
“Kakak kat mana ni?”
“Kat Hotel River View. Tengku Hamzan stay kat sini”
“Dah cari kat ofis En. Firdaus?”
“Tengku Hamzan tak ada di pejabat, kat tapak projek resort tu pun tak ada”
“Sorry. Kalaulah Lan ada dekat KeLan  tan sekarang. Boleh Lan temankan kakak” beritahu Lan mengatakan kesalnya.
“Macamana urusan dengan pihak pembekal?” soal Farah tentang urusan Lan ke Terengganu untuk meminta pihak pembekal menghantar bekaLan   tiga kali ganda berbanding bekaLan   sebelumnya. Ini untuk memenuhi tuntutan keperluan yang dipersetujui dalam kontrak mereka dengan syarikat pengusaha milik Tengku Hamzan.
“Alhamdulillah. Lan tengah berbincang ni. Sekarang lunch break. Sekejap lagi kami sambung balik. Kalau ikut keadaan sekarang nampaknya mereka mampu memenuhi bekaLan   kita”
“Alhamdulillah”
Farah terlihat susuk tubuh Tengku Hamzan masuk ke lobi.
“Lan  , nanti kita sambung balik. Kakak dah jumpa Tengku Hamzan”
Farah menerpa ke arah Tengku Hamzan dan terus menegur Tengku Hamzan. Tengku Hamzan terkejut apabila terjumpa dengan Farah di lobi. Dia segera menyuruh Ahmad ‘menguruskan’ Farah.
“Tengku! Kenapa buat macam ni?” jerit Farah apabila Tengku Hamzan mula meLan  gkah meninggalkannya bersama dengan Ahmad. Dia mahu mengejar Tengku Hamzan tetapi Ahmad menghaLan  gnya. Tengku Hamzan menegur beberapa orang lelaki yang agak berumur dari dirinya. Mereka kelihatan sangat formal dengan kemeja dan bertali leher. Tengku Hamzan senyum dan berjabat tangan. Kemudian mereka kelihatan masuk ke restoran. Farah mengeluh. Pautan Ahmad di lengannya juga terlerai.
“Cik Farah. Sila tinggalkan tempat ini. Tengku Hamzan sangat sibuk sekarang ini dan dia tidak suka diganggu” jelas Ahmad. Farah mengangkat wajahanya dan melihat Tengku Hamzan sedang berjalan    ke arah  mereka. Tengku Hamzan kelihatan sangat berkeyakinan dalam setiap Lan   gkahanya. Dia sangat kacak walaupun hanya berkemeja t-shirt yang berkolar.
“Ahmad, pergi ambil dokumen kat bilik hotel”arah Tengku Hamzan. Ahmad segera meninggalkan Tengku Hamzan dengan Farah sendirian.
“Nak cakap pasal tapak pasar malam tu ke?” soal Tengku Hamzan kepada Farah.
Farah mengangguk. Tadi bukan main lagi dia menjerit di tengah-tengah lobi memanggil nama Tengku Hamzan tetapi kini apabila menatap wajah Tengku Hamzan di hadapannya, mulutnya bisu, peti suaranya kosong. Yang dia mampu lakukan hanyalah mengangguk. Pandangannya leka memerhatikan kesegakan wajah Tengku Hamzan.
“Saya busy sekarang. Baliklah dulu. Nanti ada masa saya jelaskan”
“Tolong jangan rampas tapak tu Tengku” nada suara Farah lembuh ibarat merayu dan merintih. Memohon belas ihsan dari lelaki di hadapannya itu.
“Saya tak boleh buat macam tu. Segala urusan tentang tapak tu dah selesai. Pihak kerajaan negeri pun sudah memberi kelulusan”
“Orang macam Tengku takkan faham penderitaan orang macam saya. Tengku tak pernah berasa susah. Tengku sangat zalim. Kejam. Saya harap suatu hari nanti Tengku akan jatuh miskin” Farah menghemburkan kata-kata kasar kepada Tengku Hamzan untuk melempiaskan amarahnya. Dia kemudian berlalu meninggalkan Tengku Hamzan sendirian di ruang lobi itu.

No comments:

Post a Comment