Bab 38
Tengku Hamzan didudukkan di kerusi
sofa di bilik hotelnya oleh Ahmad dan En. Johar. Dia melepaskan satu keluhan
lega setelah dapat keluar dari hospital walaupun sebahagian anggota badannya
masih cedera. Tengku Nadhirah duduk di katil sementara Mylia berdiri di samping
Tengku Hamzan. En. Johar mencadangkan mereka untuk berehat dan Ahmad menghantar
Mylia untuk pulang ke rumahanya tetapi Tengku Hamzan menghaLan g. Sebaliknya Tengku Hamzan menyuruh En.
Johar dan Ahmad meninggalkan mereka sekeluarga. Tengku Nadhirah masih
memerhatikan Mylia tanpa berkelip. Raut wajah bondanya itu tidak jenuh
dipandang. Kerinduannya memuncak tetapi dia berasa agak kekok untuk bersama
dengan bondanya. Mylia menutup daun pintu kamar itu lalu dia mendapatkan Tengku
Hamzan.
“Nak berbaring?” soal Mylia.
Tengku Hamzan menggeleng. Mylia
memandang Tengku Nadhirah yang sedang asyik memerhatikannya. Dia memanggil
anakndanya itu kepadanya. Tengku Nadhirah berjalan mendekati. Tubuh Tengku Nadhirah dipeluk erat
ke dalam pelukannya.
Mylia senyum. Pipi gebu Tengku
Nadhirah dicium. Walaupun sudah tiga hari menghabiskan banyak masa bersama-sama
tetapi Tengku Nadhirah agak kekok dengannya. Tengku Hamzan hanya memerhatikan.
Mylia mendukung Tengku Nadhirah dan duduk di sebelah Tengku Hamzan. Tengku
Nadhirah di ribaannya.
Tengku Hamzan mengusap rambut
Tengku Nadhirah. Kelihatan Tengku Nadhirah keletihan kerana turut berjaga
menemani ayahndanya bersama-sama dengan Mylia.
“Penat sayang?” soal Tengku Hamzan
kepada Tengku Nadhirah.
Tengku Nadhirah mengangguk. Mylia
turut mengusap rambut anakndanya.
“Tidurlah” Mylia memeluk Tengku
Nadhirah dengan lebih erat. Kedudukan Tengku Nadhirah di ribaannya dibetulkan
agar anak itu lebih selesa. Tengku Nadhirah akhirnya terlelap buat pertama
kalinya di dalam pelukan bondanya. Tengku Hamzan mendepakan lengannya. Mylia
menyandarkan kepaLan ya ke bahu Tengku
Hamzan dan dia terlelap jua.
Kesakitan yang masih dapat
dirasainya tidak terlalu mendera kerana saat ini, ketika ini dia merasakan yang
dia adalah satu-satunya lelaki yang paling bahagia di dunia ini. keluarganya
kini baru sempurna. Ada Mylia dan ada Tengku Nadhirah yang mendampingi. Tengku
Hamzan senyum sendiri, bahagia di damping oleh dua orang puteri, Tengku
Nadhirah Putri dan puteri yang telah sekian lama bertakhta di hatinya iaitu
Mylia, si isteri, wanita satu-satunya yang dicintai dari dulu sehingga
sekarang.
Namun ada beberapa perkara yang
perlu diselesaikan sebelum mereka berangkat ke Kuala Lumpur. Segala-galanya perlu
dijelaskan kepada Lan . Segala rahsia
Mylia dan dirinya perlu diceritakan kepada Lan
, adik iparnya. Namun apabila memikirkan soal itu, Tengku Hamzan mula
resah, kenapa selama ini Lan tidak pernah muncul, dan kenapa Mylia membohongi
satu dunia tentang kematiannya. Dan kenapa baru sekarang Mylia mahu mengakui
dirinya yang sebenar? Segala rahsia ini akan diungkit dari mulut Mylia sendiri
tetapi bukan sekarang. Biarlah masa yang menentukannya bila atau di mana, pasti
ada alasan yang munasabah di sebalik semua kejadian lalu. Apa yang berlaku itu
pasti ada hikmah di sebaliknya.
Bab 39
Semua pembantu rumah yang melihat
kehadiran Mylia disamping Tengku Hamzan dan Tengku Nadhirah berasa sangat terkejut.
Mereka semua tahu yang Puan Muda telah mati dalam satu kemaLan gan jaLan
raya beberapa tahun yang dulu.
Mereka semua pelik dengan kehadiran wanita yang wajahanya sangat mirip dengan
wajah Puan Muda mereka.
Tengku Hamzan memberikan penjelasan yang
wanita bersama dengannya itu adalah isterinya yang telah dijumpai semula.
Berita tentang kematian Mylia dahulu adalah berita palsu yang sengaja
diciptakan demi menutup satu penipuan. Tengku Hamzan tidak terlalu terperinci
menjelaskan hal yang sebenarnya, sebaliknya dia hanya menyuruh semua
pekerja-pekerjanya menghormati Mylia sepertimana mereka menghormati Mylia
dahulu.
Tengku Nadhirah sudah tertidur tidak
lama setelah mereka tiba di rumah istana. Tengku Hamzan mengangkat tubuh Tengku
Nadhirah dan dibaringhkan ke katilnya. Gebar empuk diselimutkan menutup tubuh
anak kecil itu dari dingin malam. Kemudian Tengku Hamzan kembali ke kamarnya.
Dilihat Mylia hanya berdiri di balkoni kamar. Dia mendekati isterinya itu lalu
ditegur. Mylia hanya tersenyum.
“Tak sangka selepas tujuh tahun,
tak ada satu pun yang berubah di rumah istana?” kata Mylia. Susun atur perabot
di ruang tamu, ruang makan dan seluruh ruang di rumah istana ini tidak berubah,
malah kamar beradu mereka berdua juga tetap sama sepertimana tujuh tahun lepas.
Tetapi yang lebih mengganggu Mylia adalah penghuni rumah istana ini. bonda
pasti masih lagi tinggal di sini dan En. Johar masih lagi berkuasa besar ke
atas seluruh penghuni rumah ini termasuk Tengku Hamzan sendiri. Walaupun Tengku
Hamzan tidak menyedarinya tetapi pengaruh En. Johar sangat besar ke atas
dirinya. Hanya En. Johar seorang yang bukan ahli keluarga yang mampu memujuk
Tengku Hamzan mengubah keputusannya. Pengaruh lelaki tua itu sangat besar.
“Itu perkara yang baik atau yang
buruk?” kata-kata Tengku Hamzan itu mengejutkan Mylia dari lamunannya sendiri.
Mylia tidak menjawab. Dia
sebaliknya senyum. Tanganya diletakkan di dada Tengku Hamzan. Degupan jantung
suaminya itu dapat dirasai.
“Betulkah hati ini tak pernah
menyintai gadis lain selain dinda?”
“Hati ini tak pernah tahu menyintai
sesiapa pun kecuali selepas bertemu dinda dulu”
“Sekarang bagaimana? Adakah kanda
masih menyintai dinda?”
“Dari dulu, sekarang dan selamanya
kanda akan menyintai dinda”
Mylia melarikan tangannya dari dada
Tengku Hamzan. Ada sesuatu yang meragut ketenangannya.
“Kanda tak tertanya-tanya kenapa
dinda membohongi kematian dinda?”
Tengku Hamzan diam. Banyak persoalan
yang mengaburi mindanya sejak saat dia mengetahui yang Farah adalah Mylia
tetapi dia belum berhasrat mahu bertanya kepada Mylia kerana banyak sahaja
masalah yang timbul sejak itu.
“Dinda akan ceritakan semuanya”
Lan jut Mylia lagi. Sudah saatnya
Tengku Hamzan mengetahui cerita yang sebenar tentang dirinya. Tetapi mampukah
Tengku Hamzan menerima hakikat sebenar tentang dirinya. Patutkah dia menceritakan
dari awal, tentang siapa dirinya, tentang siapa Maisarah? Atau Tengku Hamzan
tidak akan percaya kebenaran yang akan disampaikannya nanti?
“Pada saat kita bertemu, dinda
bukanlah anak kepada Dato Ehsan dan Datin Rahayu, dinda Cuma anak yatim piatu.”
Mylia memulakan bicara.
“Kanda sudah tahu”
Mylia terkejut. Dia tidak pernah
memberitahu hal yang sebenar kepada Tengku Hamzan tetapi darimana Tengku Hamzan
mengetahuinya.
“Selepas kematian dinda dulu, kanda
menghubungi mereka tetapi gagal. Dan kanda ada ke rumah keluarga dinda tetapi
rumah itu sudah dijual kepada keluarga lain. Tetapi apa yang kanda tak faham,
kenapa dinda perlu berbohong? Kenapa rahsiakan tentang Lan ?”
“Kalau dinda tak buat macam tu,
kita takkan bertemu kanda” jelas Mylia. Dia belum merancang mahu memberitahu
tentang daLan g disebalik semua ini. dia
belum bersedia untuk melibatkan Maisarah. Dia tidak mahu Tengku Hamzan
mengesyaki dirinya cuba memburuk-burukkan nama Maisarah. Biarlah Tengku Hamzan
tidak mengetahuinya.
“Kenapa rahsiakan tentang Lan ?” soal Tengku Hamzan lagi.
“Lan kecil
lagi waktu itu. pada awaLan ya dinda
Cuma mahukan harta kanda. Dinda mahu menipu kanda dan meminta wang dari kanda.”
Jelas Mylia.
“Dinda tak nak libatkan Lan dalam
permainan itu. tapi itu dulu kanda, dinda cintakan kanda dengan nyawa dinda”
Tengku Hamzan terkejut. Mylia
kelihatan tenang, dia sudah dapat menjangkakan ini semua. Biarlah dia berbohong
kali ini. dia mempunyai agenda yang lebih baik untuk Maisarah. Tiada sesiapa
yang mampu menghentikan Maisarah kecuali dirinya. Kalau dulu dia masih mentah
tetapi kini dia sudah dewasa dan matang. Mylia yakin yang dia mampu menundukkan
permainan Maisarah. Lagipun, dia sudah tahu bagaiama Maisarah ’bermain’ senang baginya untuk memenangi
permainan ini. kali ini dia akan pastikan keluarganya akan selamat dari
cengkaman Maisarah .
“Maafkan dinda kanda. Itulah
sebabnya dinda nak akhiri perkahwinan kita dulu dan kemaLan gan itu adalah satu titik baru untuk hidup dinda.
Cuma..”jelas Mylia lagi. Belum sempat dia menghabiskan kata-akatanya Tengku
Hamzan memintas.
“Kenapa sekarang baru dinda
kembali?”
“Rindu dinda yang dinda terpaksa tanggung
selama tujuh tahun ini kembali bertamu apabila
melihat kanda buat pertama kalinya di pasar dulu. Dinda cuba untuk memainkan
watak Farah dan dinda tergelincir dari Lan
dasana beberapa kali, dan salah satunya sewaktu kita bersendirian di
hotel dulu”
Tengku Hamzan mengeluh. “Adakah
selama penipuan dinda tujuh tahun dulu, dinda tidak pernah menyintai kanda?”
“Apa yang kanda cakap ni?” soal Mylia. Kali
ini dia benar-benar terkejut.
“Kalau dinda berkahwin dengan kanda
hanya sebab kekayaan kanda, bererti selama ini dinda tak pernah menyintai
kanda. Tengku Nadhirah..anaknda kita..? Kalau dinda tidak cintakan kanda,
macamana Tengku Nadhirah boleh lahir..anaknda adalah lambing cinta dinda pada
kanda..!”
Tengku Hamzan diam. Mylia mengambil
peluang ini untuk meyakinkan suaminya yang dia tidak pernah berbohong tentang
cintanya.
“Dinda sayangkan kanda dan Tengku
Nadhirah. Dinda sanggup buat apa sahaja untuk kanda!” Mylia mendekatkan dirinya
kepada Tengku Hamzan. Wajah suaminya ditenung lembut. Hilang segala rindu yang
membara buat lelaki itu tatkala mereka berdua-duaan seperti ini. Tengku Hamzan
masih lagi segak. Rambutnya sentiasa kelihatan kemas tersisir, dan walaupun
dengan hanya bertshirt namun, suaminya itu tetap kelihatan segak. Tinggi dan
sasa.
Mylia memegang tangan Tengku Hamzan
dan menciumnya. Dia memohon maaf atas kesilapannya yang dulu.
Tengku Hamzan benar-benar murka dan
kecewa.
Mylia tidak menyangka yang kata-katanya
akan mengguris hati Tengku Hamzan sebegini dalam. Patutkan dia memberitahu
sahaja hal sebenar. yang dia juga ditipu oleh Maisarah yang merancang mahu
mengaut semua harta Tengku Hamzan. Patutkah Mylia mengungkit nama Maisarah ddalam
masalah ini? serahkan segala kesalahan kepada Maisarah selayak-layaknya kerana
memang bonda Tengku Hamzan itu yang menciptakan masalah ini.
“Kanda boleh terima siapa dinda
yang sebenarnya tetapi kanda tak menyangka yang kebenaran ini benar-benar
pahit. Perkahwinan dan cinta dinda adalah palsu”
“Kanda!” Mylia memanggil nama Tengku Hamzan beruLan g-uLan
g kali tetapi Tengku Hamzan tetap berlalu pergi. Mylia terduduk di
balkoni. Air matanya menitis lagi, untuk ke sekian kali kerana dan demi Tengku
Hamzan. Dia memaut lutunya erat. Kedinginan malam mula terasa sampai ke tuLan g dan menggigit kalbu. Kedinginan Tengku
Hamzan terhadapnya lebih membuatkan dia merana. Bagaimanakah nasibnya nanti di
kediaman ini, di sisi Tengku Hamzan?
No comments:
Post a Comment