Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 2,3


Bab 2

Sekarang

Kereta BMW putih dipandu secara perlahan-lahan sewaktu kereta itu melewati sebuah kawasan pasar malam. Orang ramai yang berpusu-pusu berkunjung ke pasar itu pada malam hujung minggu membuatkan keadaan jaLan   raya sedikit sesak. Tambahan pula, banyak kereta yang memperlahankan kenderaan masing-masing untuk mecari tempat kosong untuk parkir kereta mereka. Tengku Hamzan membaringkan badannya ke kerusi.
“Ada apa ni, Farhan?” soalnya dengan nada suara yang agak lemah. Dia sedikit penat setelah membuat lawatan ke tapat projek untuk pembinaan chalet bertaraf lima bintang di Pantai Tok Bali yang terletak tidak jauh dari tapak pasar malam.

“Pasar malam Tengku”

“Pandu elok-elok sikit” pesan Tengku Hamzan. Dia menyandarkan kepaLan  ya dan cuba memejamkan mata. Tiba-tiba, dia tersedar setelah Farhan tiba-tiba menekan pedal brek dan menyebabkan Tengku Hamzan terhantuk ke tempat duduk hadapan. Dahinya bengkak. Farhan beristighfar. Nasib baik dia sempat menekan brek. Seorang kanak-kanak tiba-tiba melintas di hadapan kereta yang dipandunya. Tengku Hamzan menggosok-gosok dahinya yang bengkak. Dia tidak marah kepada Farhan. Farhan segera meminta maaf dan bertanya keadaan majikannya itu. Tengku Hamzan kelihatan sedang dalam kesakitan.

“Nak pergi hospital ke Tengku?” soal Frahan risau.

“Cuba tengok dulu apa yang terjadi kat luar tu”

“Maaf Tengku, tadi tiba-tiba ada seorang budak melintas jaLan  . Nasib baik saya sempat tekan brek”

“Cuba pergi tengok, Farhan!”arah Tengku Hamzan lagi.

Farhan keluar dari perut kereta dan menyapa bapa kepada kanak-kanak tadi. Ayahanya tadi segera berlari mendapatkan anaknya yang sedang menangis akibat terkjut dan terjatuh di tengah-tengah jaLan   raya. Orang ramai yang turut menyaksikan kejadian itu turut melafazkan syukur kerana kanak-kanak itu tidak apa-apa. Farhan turut memohon maaf.

Tengku Hamzan hanya memerhatikan dari dalam kereta. Dia melihat kanak-kanak itu tidak apa-apa dan Farhan berkali-kali memohon maaf daripada bapa kanak-kanak yang hampir diLan  ggarnya tadi. Tengku Hamzan melihat ke arah  orang ramai yang berpusu-pusu ke pasar malam. Mereka yang sedang leka melihat dan menikmati makanan dan minuman yang dijual di pasar itu barangkali tidak sedar akan kejadian yang baru sahajberlaku ini. Kebanyakan mereka yang berkunjung ke sini terdiri daripada pelbagai golongan usia. Ada yang datang bersama keluarga dan ada yang datang bersama dengan teman-teman mereka.

Mata Tengku Hamzan terpaut pada seraut wajah. Wajah itu mengingatkannya kepada seseorang. Tengku Hamzan mencubit pipinya. Terasa sakit, jelas dia bukan bermimpi.

Farhan masuk ke dalam kereta setelah beberapa kereta membunyikan hon supayaa keretanya segera dialihkan dari menghalang pengguna jaLan   raya yang lain. Farhan menghidupkan enjin kereta dan memasukkan gear pertama. Tengku Hamzan memandang seraut wajah itu sehinggalah wajah itu hilang dari pandangannya.

Malam ini , penjuaLan  nya tidak seberapa bagus tetapi Farah tetap akur dengan rezekinya. “Lan  , malam ini  kita balik awal, nampaknya juaLan   tak berapa bagus” beritahu Farah kepada adiknya. Lan sekadar mengangguk sambil mengunyah sisa-sisa burger yang dibeli dari gerai yang berhampiran.

Bab 3

Tujuh tahun sebelumnya

Mylia masuk ke dalam kereta dan saat itulah dia bertemu dengan Puan Maisarah  . Maisarah memperkenalkan dirinya kepada Mylia dan memberitahu yang dia memerlukan bantuan Mylia untuk menjauhkan anaknya dari seorang perepuan yang akan merosakkan masa depan anaknya.

“Dari mana puan mengenali saya?” soal Mylia.

“Kawan aku yang selamatkan kau tadi yang mengesyorkan kau. Katanya kau memang arif dalam hal-hal macam ni”

Mylia terangguk-angguk, “Tapi saya nak Puan tahu, saya Cuma buat kerja-kerja macam ni hanya untuk membantu orang-orang yang teraniya”

‘Itu aku tahu. Itulah sebabnya aku terpaksa membohongi tujuan aku mengupah kau’ bisik Maisarah di dalam hati.

“Apa sebenanya yang berlaku dengan anak puan?” soal Mylia ingin tahu.
“Ini gambar anaknda Tengku Hamzan!” Maisarah menghulurkan beberapa keping gambar anak tirinya, Tengku Hamzan. Gambar-gambar itu bertukar tangan.

“Anaknda seorang anak yang baik, tak pernah melawan cakap tetapi sekarang  anaknda sudah banyak berubah. Aku tak suka melihat anaknda dipermain-mainkan. Aku nak kau berkawan dengan anaknda Tengku Hamzan  buatkan anaknda jatuh cinta pada kau sampai anaknda lupakan keasihanya. Ak sanggup bayar berapa kau nak”

“Puan, saya tak pernah lagi buat kerja macam ni. Bisaanya saya Cuma berlakon tak sampai satu hari dan kerja saya selesai. Dan saya tak pernah berpura-pura untuk membuatkan orang jatuh cinta kepada saya. Selalunya, saya Cuma berpura-pura untuk membuatkan orang berpisah, bukan untuk jatuh cinta”

“Ak tahu apa yang kau selalu buat, sebab itulah aku sanggup bayar berapa saja yang kau pinta”

“Saya tak berani menipu soal hati dan perasaan ni”
“Aku merayu, hanya kau yang boleh membantu anaknda. Walaupun anaknda Tengku Hamzan hanyalah anak tiriku tetapi aku tak sanggup melihat dia dipermain-mainkan sebegitu. Tolonglah aku, tolonglah aku!” Maisarah merayu-rayu.. air matanya mengalir membasahi pipinya yang masih gebu itu.

“Baiklah, saya setuju untuk membantu”

“Kalau macam tu, esok Fuad akan jemput kau, ada beberapa perkara yang kau perlu belajar sebelum kita sign kontrak” terang Maisarah  .

“Aik, sampai kena sign kkontrak ke puan?”

“Sebagai jaminan yang kau takkan berpaling tadah dari aku!”

Mylia berjalan    pulang ke rumahanya. Sebaik  sahaja pintu rumah dikuak, adik lelakinya datang menerpa. Kedua ibu bapa mereka sudah meninggal, Mylia memikul tanggungjawab sebagai anak sulung menyara dan menjaga adiknya yang hanya baru berusia belasan tahun itu. Khairul enggan bersekolah sebaliknya dia mahu membantu Mylia mencari pendapatan untuk mereka berdua. Jika tiada urusan, Mylia akan menemani adiknya menjual DVD cetak rompak di beberapa buah kawasan di sekitar bandar Kuala Lumpur. Lokasi mereka tidak tetap, dan mereka perlu selalu berwaspada untuk mengelakkan diri daripada ditangkap oleh pihak berkuasa.

“Lambat kakak balik!”

“Ada hal sikit, ni kakak beli makanan kegemaran awak, ada lauk untuk minggu ni. Letakkan dalam peti ais. Kakak penat. Macamana juaLan  ?” soal Mylia. Dia duduk di tikar sambil membaringkan dirinya di tempat tidur adiknya. Khairul mengambil bungkusan daripada kakaknya dan mencium aroma makanan yang dibeli oleh Mylia. Bau Mi udang yang masih panas menusuk ke hidung. Makanan ini adalah makanan kegemaran mereka berdua. Khairul kemudiannya ke dapur dan kemudian dia kembali ke ruang tamu dengan membawa dua buah mangkuk dan plastik biru yang berisi dua bungkus mi udang.

“Banyak lauk akak beli. Banyak dapat duit?”

“Ok la. Bolehlah untuk beLan  ja kita seminggu ni. Esok atau lusa, kakak dapat kontrak baru”

“Sejak bila pulak kakak pakai kontrak-kkontrak ni?”

“Sejak tadi” Mylia gelak nakal. “Bisaanya kalau kontrak-kontrak ni, dapat habuan besar. Khairul tak payahlah paksa diri sangat time jual DVD nanti. Kakak dah ada duit minggu ni”

Khairul mengangguk sambil menyuapkan sudu yang berisi mi ke mulutnya.

No comments:

Post a Comment