Bab
2
Balkish mengemaskan meja makan dan mengangkat kerusi
sebelum dia mengelap lantai cafe itu. memandangkan dia adalah pekerja yang
paling baru, dia terpaksa melakukan kerja yang lebih berat dari orang lain.
Perkerja-pekerja yang lain mulai pulang satu persatu meninggalkan dia sendiri
di cafe itu. Setelah semua kerjanya selesai, Balkish mengunci pintu utama dan
berjalan meninggalkan cafe itu.
“Hye” tegur Amin. Namun tidak diendahkan oleh Balkish.
Dia mempercepatkan langkahnya. Hatinya berderbar-debar apabila ditegur oleh
lelaki yang tidak dikenalinya itu. Amin mengejar langkah gadis itu.
“Hye, saya Amin. Im
your customer” Amin menghulurkan salam perkenalan namun tidak diendahkan
oleh Balkish. Langkah Balkish semakin laju. Dia mula risau apabila dikejar oleh
lelaki itu. Tambahan pula tidak ada orang di kawasan ini malam-malam begini.
Balkish segera berlari-lari anak untuk menuju ke stesen bas.
“Oh
lupa, bukan muhrim” Amin menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil dia
tersenyum. Dia mengejar langkah Balkish lagi.
“You
nak balik? I hantar you balik?” pelawa Amin.
“Sorry
encik. I tak kenal you” Balkish memberanikan diri bersuara.
“Saya
customer awak. Ingat tak..emmm less sugar and lots of your love” Amin senyum
menampkkan barisan giginya.
Balkish
melihat sekilas ke wajah lelaki di sampingnya itu. Barulah dia teringat lelaki
yang membuat pesanan kepadanya siang tadi itu. “Saya dah ingat tapi saya tak
perlukan awak hantar saya balik” balas Balkish.
Balkish
akhirnya melintas jalan dan segera meninggalkan Amin sendirian.
Amin
tetap di posisinya.
“Bye
Balkish!” laung Amin kepada Balkish yang sudah semakin menjauh.
Amin
tersenyum sendirian. “Amin, if she like
you, she’ll turn” beritahu Amin kepada dirinya sendiri.
“She
likes you. She likes you, she likes you” Amin memandang Balkish dari belakang
dan berharap agar gadis itu menoleh ke arah nya dan…
“Yahooo!!!! She likes me!!!!” pekik Amin
tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya.
Selepas
satu jam perjalanan, akhirnya Amin sampai ke destinasinya. Kawan-kawannya sudah
lama sampai sedangkan dia lebih memilih untuk menunggu Balkish habis kerja
dahulu sebelum dia bertemu dengan kawan-kawannya di Teenage Hut ini. Amin masuk
ke dalam bangunan itu dan mencari kelibat kawan-kawannya. Dia menyelit di
celah-celah orang ramai lalu menyapa Hisyam yang sedang asyik berbual dengan
teman wanitanya.
“Asal
lama sangat bro?” tegur Hisyam apabila Amin duduk di sampingnya. Dia hanya
senyum kepada Hani. gadis itu juga sekadar membalas senyuman.
“Mana
Firdaus?” soal Amin tanpa menjawab pertanyaan Hisyam.
“Mana
lagi, tu hah, menari dengan awek kesayangan dia” tunjuk Hisyam ke arah sahabat
mereka yang sedang asyik berdansa di tengah-tengah orang ramai itu.
“Awek
aku tak sampai lagi ke?” soal Amin agi.
“Siapa?
Tina?”
“Eh
kau ni. Awek aku sorang tu je kan”
“Mana
lah tahu bro, kau kan player” sampuk Hisyam.
“Yang
lain tu sparepart je. Yang Tina ni
memang awek aku yang aku sayang-sayang” kata Amin dan dia ketawa menutup
malunya.
“Nampak
awek I Hani?” soal Amin kepada Hani pula. Gadis itu sekadar menjungkit bahunya.
“Tadi
ada sini” sampuk Hisham.
“Tak
apalah. Aku cari sendiri” Amin berdiri lalu menepuk bahu Hisyam beberapa kali.
Kemudian dia berlalu untuk mencari keberadaan Tina. Dari jauh dia melihat
sesusuk tubuh langsing milik Tina sedang berbual-bual dengan seorang lelaki di
meja bar. Amin melangkah perlahan-lahan menghampiri lalu segera dia menegur
dengan sebuah ciuman di pipi gadis itu.Tina terkejut pada awalnya tetapi
apabila mendengar suara manja Amin dekat di telinganya, dia tidak jadi marah.
Satu pandangan serba salah terpamer di wajah gadis itu buat lelaki yang
dikenali dihadapannya itu. Tangan Amin kejap melingkar di pingggangnya dan Tina
sekadar membiarkan. Dia menghadiahkan satu senyuman ke Amin yang berada di
sampingnya.
“I
mengganggu ke?” soal Amin kepada Tina. Dia sempat melirik ke arah lelaki yang sedang asyik berbual dengan teman
wanitanya itu sejak dari tadi.
“Siapa
ni?” soal Amin. Terasa tergugat juga apabila melihat susuk tubuh tinggi lampai milik
seorang lelaki yang berbual dengan Tina itu. Wajahnya juga tidak kalah hebat.
“Ling,
kenalkan kawan lama I, Daniel” Tina memperkenalkannya kepada Amin. Daniel
menghulurkan tangan tanda perkenalan tetapi api cemburu mula membuak-buak di
dalam hati Amin sehingga dia sengaja ingin memalukan lelaki itu dengan tidak
mengendahkan sapaan serta huluran salam dari lelaki yang baru dikenalinya itu.
Sekali
lagi Amin sempat melihat riak wajah serba salah di raut muka Tina. Perasaan cemburu
Amin mula membuak-buak. Dia tahu Tina juga sepertinya, sosial dan banyak teman
bergaul tetapi setiap kali dia melihat kemesraan Tina dengan kawan-kawan
lelakinya dia akan tetap berasa cemburu. Teman wanitanya itu sangat
disayanginya sehingga dia takut akan kehilangan gadis itu ke tangan lelaki
lain.
“You
baru sampai?” soal Tina kepada Amin. Amin sekadar mengangguk.
“I
pergi dulu lah, kalau ada masa free nanti kita jumpa lagi” beritahu Daniel
seraya dia meninggalkan Tina bersendirian bersama-sama dengan Amin.
“Siapa
tu?” segera soalan itu diajukan buat Tina sebaik sahaja mereka tinggal berdua.
“Kawan
I lah Ling. Tadi kan I dah kenalkan you” balas Tina.
“Tapi
I tengok you mesra je dengan dia” sampuk Amin.
“I
kan mudah mesra dengan semua orang. Macam lah you tak kenal I. and you pun
nakal je tadi. Kenapa macam tu dengan Daniel?” soal Tina.
“I
don’t like him”
“Next
time behave ye Ling. Kawan I kan kawan you juga” beritahu Tina seraya mencium
bibir Amin.
“Wanna dance” ajak Amin.
Huluran
tangan Amin disambut dan mereka berdua hanyut dengan irama bingit dari lantai
dansa. Sesekali Tina memeluk Amin erat.
“Ling,
malam ni you tidur di room I ye”
“Housemate
you tak marah ke?” soal Amin berkenaan dengan salah satu teman serumah Tina
yang agak warak. Sudah beberapa kali mereka berdua ditegur bahkan disindir
tetapi Tina selalu sahaja buat-buat tidak dengar dan sengaja dia mengajak Amin
untuk sering-sering tidur di rumah sewanya.
“Ustazah
tu dah pindah la” balas Tina.
“I
ada assignment lah nak kena submit hujung
bulan ni” Amin menolak.
“Ala
you ni, assignment you tu lebih penting dari I ke?”
“Yelah
yelah sayang” Amin segera menuruti permintaan teman wanita kesayangannya itu. Mereka
berdua berkucupan mesra di tengah-tengah orang ramai yang sedang sibuk dengan
hal dan urusan mereka sendiri sehingga mereka tidak mengendahkan hal-hal
sebegitu.
“Love
you sayang” bisik Amin ke telinga gadis itu lalu dia menghadiahkan satu kucupan
lembut di leher jinjang Tina.
No comments:
Post a Comment