Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 8


Bab 8

Mylia dijemput oleh Fuad ke rumah yang bisaa dikunjungi oleh mereka untuk sesi pembelajaran etika. Fuad ‘tabah’ mengajar Mylia yang agak susah menerima segala tunjuk ajarnya. Fuad terpaksa mengajar bahasa Inggeris, etika makan, etika bersosial, cara berpakaian dan segala-galanya yang berkaitan dalam dunia kemewahan supaya Tengku Hamzan tidak akan syak-apa-apa. Setakat ini, Mylia memainkan watak dan lakonannya dengan baik, dan selebihanya hanya berserah kepada Puan Maisarah dalam merancangkan agenda dan pLan   yang baik.

Tengku Anis mengajak Tengku Hamzan  keluar bermain golf bersama-sama dengan Tengku Imran. Tengku Anis sengaja mengajak mereka berdua kerana dia mahu berbicara tentang hal perkahwinan mereka. Tengku Anis yang memulakan permainan kemudian disusuli oleh Tengku Hamzan dan kemudian Tengku Imran.

Kanda, do you have something to tell ayahnda?” soal tengku Anis. Dia sengaja mengingatkan apabila Tengku Hamzan mengelamun sahaja dejak dari tadi. entah apa yang mengganggu fikiran kanda Tengku Hamzan.

“Ayahnda, pasal perkahwinan anaknda dengan Tengku Anis, anaknda dan Tengku Anis terpaksa membatalkan perkahwinan kami. Dinda tengku Anis sebenarnya sudah mempunyai pilihan adinda sendiri” beritahu Tengku Hamzan. Tengku Imran agak terkejut.

“Apa maksud anaknda?” soal tengku Imran kepada Tengku Anis. Tengku Anis tidak berani bertentang mata dengan ayahndanya.

“Siapa pilihan anaknda?” soal Tengku Imran sekali lagi.

“Megat Iskandar” beritahu Tengku Hamzan. Dia terpaksa bersuara memandangkan Tengku Anis sangat takut.

“Anaknda juga tahu hal ni?” soal Tengku Imran dan kali ini kepada Tengku Hamzan. Tengku Hamzan mengangguk mengiyakan.

“So sekarang macamana ni? Kalau ayahnda tetap kahwinkan anaknda dengan Tengku Hamzan, adakah anaknda akan setuju?”

Tengku Anis agak terkejut mendengar pertanyaan itu. Dia mengangkat wajahanya dan memandang Tengku Hamzan. Tengku Hamzan menggelengkan kepaLan  ya memberi keuatan kepada Tengku Anis untuk berterus terang. Tengku Anis menatap wajah ayahndanya. Tidak lama kemudian, dia mengangguk. Kali ini giliran Tengku Hamzan pula yang terperanjat tetapi dia tahu yang Tengku Anis sebanarnya tidak sanggup menyakiti ayahndanya dan sebab itulah dia akan bersetuju dengan perkahwinan mereka.

“Anaknda setuju dengan perkahwinan ini?” soal Tengku Imran kepada Tengku Hamzan pula.

Tengku Hamzan perlu melakukan sesuatu untuk Tengku Anis dan juga Megat iskandar dan dia juga sebenarnya tidak sanggup menolak permintaan daripada Tengku Imran. Kalaulah ini hanya soal perniagaan pasti dia tidak akan menolak tetapi ini adalah soal perkahwinannya, soal hidupnya. Dia terpaksa menolak.

“Anaknda tidak mahu ayahnda murka. Anaknda akan terima tetapi anaknda tidak pernah cintakan adinda Tengku Anis dan adinda juga tidak cintakan kanda. Adinda mencintai Megat Iskandar. Kalau ayahnda bertemu dahulu dengan megat Iskandar dan kalau ayahnda tidak berkenan dengan Megat Iskandar dan mahu meneruskan perkahwinan antara adinda dengan anaknda, anaknda akan terima. Demi adinda, ayahnda patut bertemu dengan Megat iskandar”

Tengku Imran diam. Dia menimbang kata-kata Tengku Hamzan. Tengku Imran menyerahkan kayu golf kepada pembantunya. Sarung tangannya ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

“Ayahnda ada meeting nanti. Ayahnda pergi dulu. Hujung minggu ni, ajak Megat Iskandar datang ke rumah. Anaknda Tengku Hamzan pun datang sekali tetapi jangan datang bersama bonda anaknda. Anaknda kan tahu, ayahnda tak berapa berkenan dengan bonda tiri anaknda itu”

“Baik ayahnda” balas Tengku Hamzan.

“Terima kasih ayahnda!” Tengku Anis tersenyum gembira sehingga dia memeluk ayahndanya tetapi Tengku Imran berdehem. Dia janggal dan keok sekiranya dia dipeluk oleh anaknya sendiri. Tengku Anis dan Tengku Hamzan menghantar Tengku Imran ke kereta dan kemudian mereka menyambung permainan yang tertangguh sebentar tadi.
“Thanks, kanda”

Welcome. Nanti kahwin, jangan lupa ajak kanda”

“Kanda kenapa menolak perkahwinan kita? Kanda dah ada girlfriend?”
Tengku Hamzan menggeleng.

“Mylia tu siapa? Keasih hati?”

“Si bodoh tu Cuma orang kebanyakan” balas Tengku Hamzan.

“Hati-hati kanda. Kalau ayahnda tahu kanda bercinta dengan orang kebanyakan pasti ayahnda murka. Kanda pun kenal ayahnda tu macamana. Ayahnda berpendapat semua orang kebanyakan tu Cuma nak bolot harta kanda. Perempuan zaman sekarang ni cerdik kanda, kadang-kadang mereka mempunyai muslihat mereka sendiri”

“Dinda jangan risau. Kanda akan kahwin dengan perepempuan yang takkan fikir nak bolot harta kanda. Kanda takkan kahwin denga perempuan cerdik. Isteri kanda nanti takkan fikirpun pasal harta kanda, dia malah takkan tahu pun harta dalam bahasa Inggeris tu apa!”

Fuad menarik rambutnya dengan perasaan geram. Sejak dari tadi, Mylia masih gagal menguasai satu baris ayat dalam Bahasa Inggeris. Mengajar Mylia memerlukan banyak kesabaran. Dia memang seorang yang lembap terutama sekali dalam bahasa inggeris. Ini kerana dia berhenti sekolah sejak usianya 15 tahun. Hidup dia dan adiknya merempat sehinggalah Mylia dan Khairul mula berniaga DVD. Hasilnya sangat lumayan berbanding dengan kerja-kerja yang lain. Ini kerana permintaan untuk DVD sangat tinggi terutama di kawasan-kawasan Bandar.

its m…y plea….sure” jelas Fuad satu persatu.

its m…..y trea…..sure” sebutan Mylia jauh berbeza sekali.

Fuad melenting. Dia menghempapkan majalah yang digulung dan dipegang untuk ditunjukkan baris-baris ayat yang ditulis di whiteboard.

PLEASURE

TREA…SURE

PLEASURE.. kenapa bengap sangat kau ni?” marah Fuad.

Mata Mylia mencerun marah. Dia bertentang mata dengan Fuad.

Cuba sekali lagi. It’s my pleasure

“Sebutannya sama saja Cuma beza sikit je” balas Mylia. Dia juga sudah bosan menguLan  g ayat yang sama berkali-kali.

“Seakan-akan sama tetapi kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza. Pleasure maksudnya sudi treasure maksudnya harta. Faham?”

Mylia hanya mencebik.

Maisarah ke hotel untuk makan tengahari bersama dengan seorang rakannya. Dan semasa menjamu selera Tengku Imran kebetuLan  nya datang bersama dengan beberapa orang pekerjanya. Mereka berdua sekadar mengangguk tetapi tidak menyapa antara satu sama lain. Sejak dari dulu lagi mereka berdua memulakan perang dingin, semenjak Maisarah dibawa pulang ke rumah istana oleh keandanya. Wanita itu pada muLan  ya hanya bekerja di rumah istana itu tetapi lama-kelamaan Maisarah menjadi salah seorang pemilik rumah istana milik keandanya, Tengku Farid. Tengku Imran tidak suka melihat Maisarah merosakkan hubungan arwah keandanya dengan arwah isterinya, Tengku Rusnah. Wanita kebanyakan itu ibarat duri dalam daging dan Tengku Rusnah, iaitu bonda Tengku Hamzan banyak menderita selepas Tengku Farid berkahwin dengan Maisarah  . Sampai sekarang hubungan mereka tetap seperti dahulu. Tengku Imran mengesyaki Maisara mahu mengaut segala harta keayaan Tengku Hamzan dan presangkanya itu berasas Cuma dia tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa Maisarah  . Wanita itu terlalu berhati-hati dan licik.

Tengku Imran duduk bersama dengan beberapa orang pekerjanya. Tidak lama kemudian, dia melihat Maisarah keluar dari restoran itu. Tengku Imran berbincang berkenaan dengan projek terbaru syarikatnya dengan pekerja-pekerjanya. Setelah hampir satu jam duduk berbincang, mereka semua keluar dari restoran itu. Maisarah duduk di sofa di ruangan lobi. Dia menunggu Tengku Imran keluar, lalu menegur adik iparnya itu. Tengku Imran menyuruh pekerja-pekerja kembali ke pejabat. Maisarah mahu berbicara dengannya. Mereka berdua duduk di ruangan lobi.

“Apa khabar Tengku Anis?” soal Maisarah  .

“Sihat” Tengku Imran menjawab sepatah. Kalau diikutkan hati nak bercakap dengan Maisarah pun dia tidak mahu.

Maisarah senyum sinis. Saya dapat menjangkakakn yang hubungan Tengku Hamzan dan Tengku Anis memang baik tetapi saya tidak menyangka yang Tengku Imran mahu satukan mereka”

“Apa sebenarnya rancangan kau?”

“Tengku jangan biadap. Saya masih bonda tiri Tengku Hamzan”

Tengku Imran segera bangun dari duduknya. Dia tidak tegar duduk di situ lama-lama dan mendengar cacian yang bakal keluar dari mulut wanita jahat itu.

“Nanti dulu Tengku. Saya ada sesuatu yang penting yang nak diberitahu Tengku”

Tengku Imran berhenti. Dia tidak memandang wajah Maisarah  . Wajah itu masih cantik tetapi pada pandangan Tengku Imran kecantikannya itu adalah racun untuk mendapatkan keayaan kerabatnya. Tengku Imran meluat melihat wajah Mas arah   lama-lama.

“Untuk pengetahuan Tengku, Tahu kenapa Tengku Hamzan tidak bersetuju dengan perkahwinan yang cuba diaturkan oleh Tengku?”

Maisarah berdiri di belakang Tengku Imran, lalu menyambung, “Sebab Tengku Hamzan sudah jatuh cinta dengan orang kebanyakan” Maisarah ketawa sinis. Dia kemudiannya mengambil beg tangannya.

“Mungkinkah sej arah   yang berlaku pada Tengku Farid dulu, akan berlaku pada anaknda Tengku Hamzan. Tengku patut berhati-hati” ugut Maisarah sebelum dia meningalkan Tengku Imran seorang diri. Tengku Imran agak tergugat dengan ugutan Maisarah tadi. Kata-kata Maisarah meninggalkan kesan yang mendalam pada lubuk hatinya dan kesan itu membuahkan rasa risau kepada keselamatan Tengku Hamzan. Dia perlu melakukan sesuatu untuk menjaga kebajikan anakndanya itu. Tengku Hamzan adalah seorang anaknda yang polos, dia belum mengetahui niat sebenar bonda tirinya itu.

Kata-kata Maisarah itu meragut ketenangan Tengku Imran. Apakah ini semua rancangan jahat wanita kebanyakan itu? Siapakah gadis  yang dimaksudkan oleh Maisarah tadi? Apakah dia juga seperti Maisarah  ? PersoaLan  -persoalan itu bermain-main di fikiran Tengku Imran. Perkahwinan antara Tengku Hamzan dan Tengku Anis tidak patut dibatalkan. Dengan cara itu, harta dan keayaan Tengku Hamzan takkan jatuh ke tangan orang yang salah. Hanya dengan cara itu, dia dapat memastikan yang Tengku Hamzan tidak akan mengahwini wanita yang dari kebanyakan.

No comments:

Post a Comment