Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 5,6


Bab 5

Mylia terpaksa bersiap dengan segera setelah menerima panggilan   telefon daripada Fuad. Setelah Fuad sampai, Mylia bergegas turun dari rumah flatnya di tingkat sepuluh. Fuad membawanya ke rumah yang menjadi tempat Mylia diajar tentang etika dan cara-cara bersosial di kaLan  gan orang berada. Setelah sampai, Mylia disambut oleh beberapa orang wanita yang diupah oleh Maisarah untuk membantu mempersiapkan diri Mylia dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Tangan Mylia ditarik supaya Mylia tidak berlengah dan membuang masa. Pembantu-pembantu itu kelihatan sangat cekap mengendalikan bidang tugas masing-masing.
Ada apa ni Fuad? Puan Maisarah cakap buLan   depan baru start. Awak pun kata saya belum ready lagi” keluh Mylia, sambil membiarkan sahaja tubuhanya diurut oleh beberapa orang pembantu wanita. Fuad menunggu di sebalik tabir yang memisahkan mereka.
“Puan call  malam semalam, malam ni, katanya ada majlis sempena meraikan kejayaan syarikat dalam mendapat kontrak dengan sebuah syarikat ICT di China. Puan bertolak awal pagi tadi dan akan sampai ke majlis tersebut. Jadi Puan berharap agar kau dapat menyertai majlis ini dan mengenali Tengku Hamzan”
“Puan ke mana?”

Overseas, tetapi kau tak perlu tahu ke Negara mana”

“Macamana kalau saya buat silap, Fuad. Awak juga yang cakap, saya belum bersedia”

“Kalau kau buat silap, kau sendiri yang tanggung. Segela persiapan yang lain telah diaturkan. Apa yang aku ajar selama ni, aku harap kau boleh gunakan malam ini . Kalau kau berjaya, barulah puan akan sign kontrak itu. Bayarannya, kau tak perlu risau. Puan sanggup bayar sampai lima angka”

Lima angka?! Banyak tu Fuad”

“Kau takkan cakap macam tu kalau kau tahu siapa Tengku Hamzan yang sebenarnya”

Mylia tidak mengerti kata-kata terakhir Fuad tetapi dia hanya berdiam dan pertanyaan itu hanya berlegar-legar di ruang fikirannya untuk beberapa saat. Dia mula berkira-kira wang bayaran yang puan Maisarah sanggup bayar kepadanya. Berapakah nilai sebenar bayaran lima angka seperti yang disebut oleh Fuad tadi. Kalau betul seperti telahannya, wang sepuluh ribu itu nanti pasti dapat menyara kehidupan mereka dua beradik untuk tempoh yang agak lama. Selepas kerja ini selesai, Mylia berfikir mahu berehat sejenak dari melakukan pekerjaan seperti ini dan dia juga mahu adiknya turut berehat dari menjual DVD. Adiknya tentu gembira setelah dia menceritakan hal ini kepadanya nanti.

“Pastikan kamu semua mendandan budak perempuan ni cantik-cantik. Kalau tak, nahas kamu” ugur Fuad sebelum dia keluar dari kamar itu. Pembantu-pembantu kecantikan itu mengiyakan. Mereka takut sekiranya Fuad tidak berpuas hati. Puan Maisarah adalah peLan  ggan tetap salon mereka dan jika Fuad tidak berpuas hati, Puan Maisarah mampu membuatkan mereka kehilangan pekerjaan mereka.

Setelah beberapa jam menjaanli pelbagai rawatan kecantikan, diperagakan pelbagai koleksi gaun malam dari pelbagai jenama terkemuka dunia, didandan rambut dan wajahanya dan akhir sekali dipakaikan kasut bertumit tinggi, akhirnya Mylia keluar untuk dipertontonkan kepada Fuad untuk dinilai. Rambut Mylia yang agak panjang dan mengurai itu didandan ke belakang gaya ala-ala korea, dan tubuhanya yang kecil genit itu sesuai dengan gaun malam yang agak simple dan remaja. Gaun yang berwarna kuning air  dan diperbuat sutera lembut menyerlahkan lagi keayuan dan keremajaannya.

“Sini!” Fuad memanggil. Mylia bergerak perlahan-lahan ke arah   Fuad.
“Tengok kuku” lagak Fuad seperti pengawas sekolah rendah yang memeriksa kuku pelajar sebelum masuk ke kelas.

Mylia menunjukkan kuku-kukunya yang baru siap dirawat sebentar tadi.

“Bagus”

“Sampaikan salam aku pada bos korang. Katakan hujung buLan   depan, Puan akan ke salon. Seperti bisaa Puan book satu salon. Nanti aku call confirmkan bila tarikh kunjungan Puan” beritahu Fuad kepada pembantu-pembantu kecantikan yang sedang berbaris di belakang Mylia. Mereka semua sekadar mengangguk tetapi sebenanrnya kata-kata Fuad itu seolah-olah melepaskan satu beban yang amat besar yang seperti diikat pada bahu mereka sejak beberapa jam yang lalu. Dengan itu mereka tahu yang Fuad sebenarnya berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

Fuad memandu keretanya ke perkarangan sebuah hotel yang terkemuka di Negara ini. Mungkin disinilah tempatnya majlis yang disebut oleh Fuad tadi akan diadakan. Fkir Mylia. Seingatnya Puan Maisarah ada memberitahu semasa pertemuan mereka dahulu yang Tengku Hamzan adalah anak tirinya. Dan malam ini dia akan bertemu dengan lelaki itu. bagaimanakah orangnya? Tampankah dia? Tinggikah orangnya? Sombongkah dia? Pelbagai persoalan timbul. Ini pertama kali dia melakukan peranan membuatkan orang jatuh cinta kepadanya, selama ini dia hanya menerima bayaran untuk berlakon untuk memutuskan perhubungan , bukan membina hubungan.

“Fuad, Tengku Hamzan tu macamana orangnya?”

“Kau pernah tengok gambarnya dulu kan? Macam tulah orangnya”

“Saya dah lupalah, macamana kalau saya tak cam wajahanya nanti. Macamana saya nak dekati Tengku Hamzan nanti. Awak akan tolong saya kan?”

“Segala-galanya terpulang pada kau. Kau fikirlah sendiri macamana nak mendekati Tengku. Apa-apa yang berlaku, jangan sabitkan aku ataupun Puan Maisarah  ”

“Macam bahaya je apa yang saya bakal lakukan nanti”

Fuad diam seribu bahasa. Pandailah fikir sendiri, kalau tak bahaya, takkan Puan Maisarah sanggup bayar sampai lima angka kepada gadis  muda seperti Mylia. Gadis  itu mungkin masih belum sedar yang dia hanya dipergunakan oleh Maisarah dalam mencapai hasratnya untuk mengaut keayaan Tengku Hamzan.

Sebelum menurunkan Mylia, Fuad sempat memberikannya sebuah kotak merah. Mylia membuka isi kandungan kotak itu. Sepasang set alat kemas yang berkilau-kilau memancarkan sinar melekat pada pandangan Mylia. Set barang kemas itu sangat cantik dan Mylia pasti harganya juga turut ‘cantik’
“Pakai. Tapi nanti aku akan ambil balik. Ini milik Puan, jaga elok-elok. Orang takkan percaya yang kau dari golongan berada jika melihat leher kau tanpa set barang kemas yang harganya berjuta-juta ringgit”

“Ingat! Kita tak pernah kenal antara satu sama lain!” pesan Fuad lagi sebelum Mylia turun dari keretanya.

Acara majlis itu telah bermula apabila Mylia mula menapak masuk ke dewan ruangan yang lebih kurang sebesar geLan  ggang bola sepak itu. Ramai tetamu yang hadir yang turut memeriahkan majlis tetapi Mylia tidak mengenali seorangpun dari tetamu-tetamu itu. Mylia cuba menyelit di celah-celah orang ramai, cuba untuk tidak menarik perhatian sesiapa. Dia berasa jika dia bercakap dengan sesiapa sahaja di sini, dia akan mencari nahas kerana pastinya mereka semua akan berbicara topik yang tidak difahaminya serta mungkin mereka akan menggunakan Bahasa Inggeris sedangkan penguasaannya dalam bahasa asing itu sangat lemah. Fuad ada mengajar beberapa ayat yang sering digunakan dalam majlis-majlis sebegini tetapi Mylia belum dapat menguasai sepenuhanya. Ada sesetengahanya sangat susah untuk dihafal mahupun untuk disebut.

Mylia ke bahagian yang menempatkan makanan yang disajikan secara buffet, dia mengisi pinggannya dengan beberapa jenis kuih yang kelihatan sangat enak. Ada antara hidangan yang disediakan sangat asing baginya tetapi apa salahanya jika mencuba. Setelah berdiri agak lama Mylia mula memerhatikan sekeliling, tetamu-tetamu yang hadir semuanya terdiri dari golongan yang berada. Mereka semua kelihatan sangat asyik dalam kemeriahan majlis ini. Lain pula bagi Mylia yang dipaksa hadir ke majlis yang sebegini mewah. Kelibat Puan Maisarah Lan   gsung tidak kelihatan, malah Fuad juga turut hilang di dalam kemeriahan pesta ini.

Majlis ini kemudiannya diserikan denga irama dari piano yang beralun mendayu-dayu. Dari jauh Mylia dapat melihat seorang lelaki yang berambut hitam dan kurus sedang memetik keunci piano. Alunan musik yang dimainkannya sangat merdu. Tetamu yang hadir menikmati irama indah itu. Mylia kemudinnya berjalan    ke arah  sekumpuLan   orang ramai dan menyelinap masuk di celah-celah antara mereka. Tangannya dengan segera menarik keluar dompet dari kocek belakang seorang tetamu dari kumpuLan   itu. Hatinya berbunga riang kerana memikirkan wang yang terkandung di dalam dompet itu pastilah sangat banyak. Kemudian Mylia bergerak pula ke sekumpuLan   orang ramai yang terletak tidak jauh dari lelaki yang menjadi mangsanya tadi. Dompet yang kedua berjaya ditarik dari kocek seluar mangsanya. Kali ini juga Mylia tersenyum riang. Kemudian dia menyelinap lagi ke arah  sekumpuLan   tetamu yang berada hampir dengan pentas dan sama juga seperti tadi, Mylia menyeluk tanganyya dengan pantas tetapi lembut supaya perbuatannya itu tidak disedari oleh sesiapa. Dan kali ini juga, Mylia tersenyumgembira. Mylia menyusup keluar dari ruangan itu  sangkaannya tiada siapa yang menyedari perbuatannya tadi tetapi di luar jangkaannya perbuatannya itu diperhatikan oleh dua pasang mata. Mylia bergerak perlahan ke arah  balkoni yang terletak di hujung dewan. Balkoni-balkoni itu dipenuhi oleh ramai orang sejak dari tadi tetapi apabila persembahan piano itu bermula, tetamu-tetamu mula masuk memenuhi ruang dewan.
“Serahkan wallet aku. Kau boleh masuk penjara kerana mencuri” pada masa itu Mylia sedang melihat hasil curiannya daripada tetamu-tetamu dan saat suara itu menegur, dompet-dompet yang dipegangnya hampir-hampir terlepas.

“Jangan masuk campur urusan orang!” tengking Mylia. Dia cuba untuk menutup kerisauannya. Mylia cepat-cepat menyembunyikan dompet-dompet itu.

“Bagi balik wallet aku!” sebaik sahaja mendengar Mylia menengking kepadanya, lelaki itu terus meninggikan suaranya. Sebelum ini tidak pernah ada orang berani meninggikan suara apabila berbicara dengannya. Siapakah gadis  itu sehingga dia berani melakukan satu-satunya perkara yang paling dibencinya?

Rupa parasnya gadis  itu sangat menawan hati. Gadis  itu kelihatan terkejut dan menggelabah. Tengku Hamzan merampas dompetnya dari tangan gadis  itu, “Baik kau pulangkan wallet orang lain yang kau curi sebelum aku buat repot polis!” Tengku Hamzan mengugut.

Mylia sudah mula takut, dia tidak menyangka perbuatannya tadi disedari oleh lelaki itu tetapi kalau lelaki itu sedar yang dompetnya sedang dicuri, kenapa dia tidak menghentikan Mylia sewaktu dia melakukan perbuatan itu.? Kenapa tunggu sampai sekarang baru mahu mengugut ingin membuat laporan polis. Ketakutan Mylia mula sedikit reda apabila dia berfikir bahawa lelaki di depannya itu mempunyai niat lain.

“Saya tahu maksud awak yang sebenar. Awak nak hasil yang saya dapat ni dibahagi dua kan? Ok kita bagi 30-70, saya 70 %, awak 30%. Macamana?”
Tengku Hamzan menggelengkan kepaLanya.

“OK, 40-60” kali ini Tengku Hamzan menggelengkan kepaLan  ya lagi. Gadis  itu cuba membuat tawaran tetapi tawarannya itu tidak menarik perhatian Tengku Hamzan. Dia lebih tertarik dengan sikap gadis  itu yang jarang ditemuinya. Tengku Hamzan tidak jadi membuat laporang polis, bahkan dia mempunyai agenda yang lebih menarik untuk gadis  itu.

“Ok, fifty-fifty dan itu last deal” bentak Mylia lagi. Dia mula menyampah dengan sikap lelaki yang tidak dikenalinya itu. Bagaikan peribahasa bagi betis mahu paha. Mylia terpaksa memberikan tawaran sama rata untuk mengelakkan dirinya dari ditangkap oleh polis kerana kesalahan mencuri. Kalau dia dipenjarakan, siapa yang mahu menjaga adiknya.

Tengku Hamzan menggeleng lagi. Dia merapati Mylia lalu merampas kesemua dompet yang masih dipegeang oleh gadis  itu. “Aku nak kau serahkan balik semua dompet ni. So aku 100%, kau zero. Dompet-dompet ni aku akan serah ke pengawal keselamatan dan bagitahu aku terjumpa dompet ni. So nama kau akan bersih dari tuduhan mencuri. Ak juga takkan buat laporan polis tapi dengan satu syarat”

“Apa dia?”

“Esok jumpa aku” sambung Tengku Hamzan.

Mylia pelik. “Kenapa?”

“Kau kena buat apa yang aku suruh, kalau tak, aku akan buat laporan polis”

“Saya dah tahu niat awak yang sebenar, awak sengaja tak nak buat laporan polis sebab awk nak ugut saya untuk bagi semua wang dalam dompet ni kepada awak. Awak akan dapat, tapi tak semua” balas Mylia.

“Aku bukan nak duit curi kau tu, bodoh!”

“Saya tak percaya”

“Ok, Aku buat repot polis sekarang juga” Tengku Hamzan mahu mengatur Lan   gkah mahu menyuruh pengawal keselamatan menangkap Mylia. Dia bukan mengacah atau sekadar mahu menakutkan Mylia. Dia memang betul-betul mahu membuat laporan polis kerana berasa dicabar oleh Mylia.

Mylia mula risau kerana, lelaki di hadapannya itu betul-betul meninggalkannya tergesa-gesa dan meng arah   ke arah  beberapa orang pengwal keselamatan yang menjaga di luar dewan.

Mylia mengejarnya lalu menarik tangan lelaki itu. Mereka berdua kembali ke balkoni. Mylia terintai-intai keluar untuk memastikan tiada seorang pun yang tahu keberadaan mereka berdua di situ.

Lambat-lambat, Mylia mengangguk setuju. Dia tidak mempunyai pilihan selain menurut sahaja kemahuan lelaki itu. Lagipun kalau dia ditangkap polis, bukan sahaja adiknya yang akan susah, malah Puan Maisarah juga akan susah. Tanpa dia sedari, dia masih mengenggam tangan lelaki yang tidak dikenalinya sehinggalah dia perasaan yang tangan lelaki itu sangat dingin.

“Sejuknya tangan awak” kata Mylia sepintas.

Tengku Hamzan segera menarik tangannya dari terus berada dalam genggaman Mylia. Pada muLan  ya dia selesa diperlakukan sebegitu tetapi dia benci sekiranya ada orang yang mempersoalkan ‘kedinginan’ tangan kanannya.

“Kenapa tangan kanan awak sejuk?” soal Mylia, tanpa mempedulikan respons negatif Tengku Hamzan. Mylia memegang tangan kiri lelaki itu tanpa izin dari Tengku Hamzan lalu dia cuba membezakan kedua-dua tangan lelaki itu. Tengku Hamzan cuba menepis tetapi Mylia tetap memegang tangannya. Tengku Hamzan akhirnya akur. Dia merenung ke arah  Mylia. Kalau orang lain, mereka semua takut kepadanya dan akan akur semua kata-katanya tetapi gadis  ini tidak. Mungkin dia belum kenal lagi siapa aku. Getus hati lelakinya. Adakah gadis  ini akan berubah setelah mengenalinya? Tengku Hamzan  berminat untuk mengetahui jawapan kepada persoalan yang sedang bermain di fikirannya kini. Siapakah gadis  ini?

Irama mainan piano oleh seorang pemain piano terkenal dari Itali itu telah berhenti. Deejay memutarkan irama musik tarian dan tetamu-tetamu yang hadir kembali ke tengah dewan. Masing-masing kelihatan sedang sibuk berbincang dan bersembang dengan teman-teman yang sama-sama berjuang dalam industri perusahaan ini. ada juga remaja-remaja dan rakan-rakan seusia Tengku Hamzan yang berdansa di tengah-tengah dewan

“Anaknda di sini rupanya” tegur Maisarah yang datang menyapa Tengku Hamzan dan juga Mylia. Mylia mahu menegur Maisarah tetapi dia teringat akan pesanan Fuad sebelum dia meninggalkan Fuad tadi. Mylia membatalkan haratnya. Dia harus berpura-pura tidak mengenali Maisarah sepertimanaarahan Fuad. Maisarah kemudiannya memperkenalkan sepasang suami isteri di sebelahanya kepada Tengku Hamzan.

“Anaknda, bonda kenalkan ini Dato’ Ehsan dan Datin Rahayu”

‘Anaknda? Puan Maisarah memanggil lelaki ini anaknda? Adakah ini akan tiri Puan Maisara, Tengku Hamzan?’ Mylia berfikir sendirian. Dia menggigit bibir kerana dia telah merosakkan rancangan Maisarah  . Tengku Hamzan berjabat tengan dengan dato’ Ehsan dan datin Rahayu.

“Ah! Nampaknya anaknda dah berkenaLan   dengan anak mereka, Mylia”

Tengku Hamzan terperanjat. Dia berpaling ke arah  gadis  di sebelahanya. Dia tidak menyangka yang bonda mengenali gadis  itu serta orang tuannya. Mylia! Cantik namanya tidak sesuai dengan perbuatannya yang mencuri dompet orang tadi. Dia sempat mengerling ke arah Mylia.

Mylia terperanjat dengan penipuan yang dilakukan oleh Maisarah  . Apakah niat sebenarnya untuk menipu anaknya sebegini? Fikir Mylia.

Maisarah menjeling ke arah  Mylia, dan Mylia menjeling kembali ke arah  Maisarah  . Mereka bertentang mata sebelum Dato’ Ehsan menegur Tengku Hamzan. Mylia buat-buat tersenyum kepada lelaki yang melakonkan watak ayahanya itu apabila ‘Dato’ Ehsan’ cuba memasangkan mereka berdua. Mylia tidak sanggup lagi mendengar penipuan yang diaturkan oleh Maisarah ini. dia tidak menyangka yang Maisarah menipu tentang asal usul serta kedua orang tuanya. Dan rancangannya kali ini tidak dibincangkan dulu. Dia tidak suka jika Maisarah membuat perancangan tanpa berbincang dengannya dahulu dan apakah agenda sebenar Maisarah dalam menciptakan watak palsu sebagai ayah senta ibunya? Apakah Maisarah mempunyai agendanya yang tersembunyi? Mylia melarikan dirinya dari Maisarah  , Dato’ Ehsan dan Datin Rahayu serta Tengku Hamzan. Mereka berempat terkejut apabila Mylia tiba-tiba meninggalkan mereka tanpa sebarang kata. Perbuatan Mylia itu agak tidak sopan dan Dato’ Ehsan segera besuara cuba menutup kesalahan Mylia.

“Er, maafkan anak saya Tengku Hamzan, Puan Maisarah  . Dia selalu begitu sebab dimanjai oleh kami. Maafkan kami kerana tidak mendidik anak kami dengan baik”
Maisarah senyum untuk mengambil hati tetapi sebenarnya dia juga marah dengan sikap kurang ajar Mylia tadi. Dia berasa tercabar dengan sikap Mylia dan dia sudah berasa kurang enak dengan gadis  itu. Mylia mencabar egonya.

Mylia bukan caLan  g-caLan  g orang. Malah ketika kali pertama bertemu dengan Mylia, Maisarah dapat melihat dirinya dalam diri gadis  muda itu. Mylia tidak ubah seperti dirinya sewaktu dia berumur 17 tahun dulu tetapi dia belum pasti, apakah Mylia sama-sama bercita-cita tinggi seperti dirinya atau tidak. Dan jika betul Mylia seorang perempuan yang bercita-cita tinggi, Mylia pasti sangat berbahaya kepadanya.

Tengku Hamzan tidak senyum. Dia melihat sahaja Mylia meninggalkan mereka. Tidak lama kemudian, Tengku Hamzan meminta diri. Dia juga bosan bersama dengan Dato’ Ehsan yang berbicara tentang perniagaan. Tengku Hamzan mencari-cari kelibat Mylia dan dia berlari mendapatkan Mylia. Mylia sedang menuruni anak tangga dan Tengku Hamzan memanggilnya. Mylia berhenti dan berpaling ke arah Tengku Hamzan. Dia memandang tepat ke arah Tengku Hamzan. Mereka bertentang mata.

“Esok ke sini!” Tengku Hamzan mengeluarkan dompetnya dengan menggunakan tangan kirinya dan membaling kad namanya ke arah Mylia. Mylia tunduk dan mengutip kad itu di kakinya. Dia kemudiannya berlari turun. Tengku Hamzan mahu mengejar tetapi egonya melarang. Dia memerhatikan Mylia sehingga gadis  itu hilang dari pandangannya.


No comments:

Post a Comment